TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU
KEJURUTERAAN (AWAM / ELEKTRIK / JENTERA) DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK DI SELURUH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM.
MOHD KAMARUZAMAN BIN MD NASIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU-GURU
KEJURUTERAAN (AWAM / ELEKTRIK / JENTERA) DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK DI SELURUH NEGERI KELANTAN
MOHD KAMARUZAMAN BIN MD. NASIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Febuari 2004
iii
Istimewa untuk
Ayah dan ibu yang dikasihi,
Md. Nasir Bin Ahmad,
Zainu Binti Jaafar,
keluarga yang tersayang,
serta teman-teman
Pengorbanan dan galakan yang diberikan oleh kalian
yang tidak jemu-jemu
menjadi perangsang untuk aku
lebih maju kehadapan.
Jasamu tidak akan terbalas walaupun
Kuhidup seribu tahun
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah, syukur kehadirat Ilahi kerana dengan lipah kurnianya dapat
saya menyempurnakan penulisan ini dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada En. Mohd Ali Bin Ibrahim selaku pembimbing Projek Sarjana Muda ini di
atas segala tunjuk ajar, dorongan dan galakan yang diberikan kepada saya sepanjang
tempoh penghasilan kertas projek ini.
Penghargaan ini juga ditujukan penilai Projek Sarjana Muda yang telah
memberi komen dan cadangan yang membina dalam menyempurnakan penulisan ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru
Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) di sekolah menengah teknik di Negeri
Kelantan di atas kerjasama yang diberikan dalam menjawab soal selidik yang
diedarkan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
sesiapa yang terlibat dalam menjayakan penulisan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
v
ABSTRAK
Pada masa ini penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan sama ada di
peringkat pengajian tinggi mahupun di peringkat sekolah semakin meningkat. Kajian
ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru
Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) di sekolah menengah teknik di seluruh Negeri
Kelantan. Beberapa aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan pengetahuan,
kemahiran, minat dan sikap guru-guru tersebut terhadap komputer. Responden yang
terlibat adalah daripada kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan
Jentera di sekolah menengah teknik di Negeri Kelantan. Alat kajian yang digunakan
berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A meliputi
latar belakang responden dan Bahagian B meliputi penyataan-penyataan untuk
menjawab objektif kajian. Pernyataan dibuat dengan menggunakan Skala Likert lima
mata. Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min bagi setiap item menggunakan
Perisian SPSS (Versi 11.5). Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan aspek
pengetahuan berada pada tahap sederhana manakala aspek kemahiran, minat dan
sikap responden terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P berada pada
tahap yang baik. Beberapa cadangan dibuat untuk pengetahuan dan tindakan kepada
mereka yang terlibat. Kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi
meningkatkan lagi tahap penggunaan komputer di kalangan pendidik.
vi
ABSTRACT
Recently, computers are vastly used in the field of education whether in the
highest level as well as in school. The purpose of the research is to look at the level
of computer have being used to teach of engineering subject. Major aspects to
looking at are knowledge, skill, enthusiasm and attitude . All respondents
participated in case of studies are involved a teaching of engineering subjects
(Civil/Electric/Mechanical) in state of Kelantan. Questionnaire had been used as
research tool divided into two parts as respondent’s background and items. Analysis
had been done by a using frequency, percents and mean of SPSS (version 11.5).
Overall, the study show knowledge aspect are in the medium level, on the other
hand, skill, enthusiasm, and respondent attitude are in good level. Results of the
research, some suggestions are given for the purpose of giving awareness and to see
some action taken by the responsible parties. Cooperation by all parties are involved
highly needed to improve the level of computer as teaching tool among teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
viii
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Pengetahuan Penggunaan Teknologi Maklumat
Dalam Pendidikan 14
2.3 Kemahiran Penggunaan Komputer 20
2.4 Minat Terhadap Penggunaan Komputer 23
2.5 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 26
2.6 Penutup 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Sumber Data 32
3.3.1 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.4 Instrumen Kajian 34
3.4.1 Pembinaan Soal-Selidik 35
3.4.2 Kesahan Soal-Selidik 37
3.4.3 Kajian Rintis 38
3.5 Prosedur Kajian 39
3.6 Analisis Data 41
3.7 Penutup 43
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 44
4.2 Analisa Data Berkaitan Dengan
Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Bidang Pengkhususan 45
4.2.2 Jantina 46
4.2.3 Keturunan 46
4.2.4 Agama 47
4.2.5 Pemilikan Komputer Peribadi
Sendiri 47
4.2.6 Tempoh Memiliki Komputer 48
4.2.7 Memiliki Internet Di Rumah 48
4.2.8 Terdapat Komputer Di Bengkel Sekolah 49
4.2.9 Responden Pernah Mengikuti Kursus
Berkaitan Komputer 50
4.3 Analisa Data Berkaitan Dengan
Aspek Kajian. 50
4.3.1 Aspek Pengetahuan 51
4.3.1.1 Aspek Pengetahuan Mengikut
Bidang Pengkhususan 54
4.3.2 Aspek Kemahiran 54
4.3.2.1 Aspek Kemahiran Mengikut
Bidang Pengkhususan 57
4.3.3 Aspek Minat 58
4.3.3.1 Aspek Minat Mengikut
Bidang Pengkhususan 60
4.3.4 Aspek Sikap 61
4.3.4.1 Aspek Sikap Mengikut
Bidang Pengkhususan 64
4.4 Penutup 65
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 66
5.2 Perbincangan 67
5.2.1 Pengetahuan Penggunaan Komputer 67
5.2.1.1 Aspek Pengetahuan Mengikut
Bidang Pengkhususan 69
5.2.2 Kemahiran Penggunaan Komputer 69
5.2.2.1 Aspek Kemahiran Mengikut
Bidang Pengkhususan 71
5.2.3 Minat Terhadap Penggunaan Komputer 72
5.2.3.1 Aspek Minat Mengikut
Bidang Pengkhususan 73
5.2.4 Sikap Terhadap Komputer 73
5.2.4.1 Aspek Sikap Mengikut
Bidang Pengkhususan 75
5.3 Rumusan 76
5.4 Cadangan 77
5.4.1 Guru 77
5.4.2 Sekolah 78
5.4.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan 78
5.4.4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 79
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.6 Penutup 80
BIBLIOGRAFI 81
LAMPIRAN 86
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan Populasi Mengikut Sekolah 33
3.2 Bilangan Item Soal-Selidik Mengikut Bahagian 35
3.3 Nombor-Nombor Item Mengikut Pecahan Aspek 36
3.4 Skor Skala Likert 5 Pemeringkatan 37
3.5 Perubahan Skala Likert 5 Mata Kepada Skala Likert 3 Mata 42
3.6 Perubahan Markat Dan Skala 42
3.7 Markat Skala Likert 3 Mata 43
4.1 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 45
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan 46
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 47
4.5 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Komputer 47
4.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Memiliki Komputer 48
4.7 Taburan Responden Memiliki Internet Di Rumah 49
4.8 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Komputer
Di Bengkel Sekolah 49
4.9 Taburan Responden Yang Pernah Mengikuti
Kursus Berkaitan Komputer. 50
4.10 Data Analisa Frekuensi, Peratusan Dan
Min Bagi Aspek Pengetahuan 52
4.11 Hasil Analisis Bagi Aspek Pengetahuan Mengikut
Bidang Pengkhususan 54
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.12 Data Analisa Frekuensi, Peratusan Dan Min
Bagi Aspek Kemahiran 56
4.13 Hasil Analisis Bagi Aspek Kemahiran
Mengikut Bidang Pengkhususan 58
4.14 Data Analisa Frekuensi, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Aspek Minat 59
4.15 Hasil Analisis Bagi Aspek Minat Mengikut
Bidang Pengkhususan 61
4.16 Data Analisis Frekuensi, Peratusan Dan Min
Bagi Aspek Sikap 63
4.17 Hasil Analisis Data Bagi Aspek Sikap
Mengikut Bidang Pengkhususan 64
xiii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan dasar
Pendidikan
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan
PPK - Pusat Perkembangan Komputer
PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PSM - Projek Sarjana Muda
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 86
B Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. 93
C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan. 95
D Surat Sokongan Daripada UTM. 96
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Usaha untuk memperkenalkan mata pelajaran teknologi maklumat di sekolah
menunjukkan betapa prihatin kerajaan terhadap perkembangan teknologi global
khususnya dalam konteks pendidikan. Projek rintis sekolah bestari melibatkan lebih
90 buah sekolah di seluruh negara adalah projek mega kerajaan dalam usaha untuk
menerapkan unsur-unsur teknologi maklumat dan melahirkan generasi pelajar yang
celik teknologi maklumat serta bersedia mengharungi dunia ekonomi digital.
Pada tahun 1999, kurikulum teknologi maklumat mula diperkenalkan di
beberapa buah sekolah menengah di seluruh negara sebagai satu pakej matapelajaran
dalam sistem persijilan terbuka. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
kurikulum teknologi maklumat di beberapa buah sekolah yang mempunyai
kelengkapan perkakasan komputer dan guru berkelayakan. Sekolah-sekolah yang
dipilih terdiri daripada sekolah yang sedang melaksanakan matapelajaran
pengkomputeran, sekolah dibawah projek komputer dan sekolah menengah teknik
yang menawarkan mata pelajaran asas pemprosesan maklumat.
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Usaha kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meluaskan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru masih giat
diteruskan. Usaha ini bukan sahaja tertumpu di sekolah menengah harian biasa,
malah di sekolah menengah teknik juga tidak ketinggalan. Memandangkan fungsi
sekolah menengah teknik adalah untuk mendedahkan pelajar dengan dunia
kejuruteraan dan teknologi, amat penting unsur-unsur teknologi maklumat diterapkan
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
Anderson (1987),
“New opportunities for the training of teachers should be provided so that
instructors can learn how to use computers as tools in their respective disciplines.”
Kenyataan di atas menunjukkan bahawa peluang latihan untuk menggunakan
komputer perlu diadakan untuk guru supaya mereka dapat menggunakannya sebagai
satu alat dalam bidang tugasnya. Anderson (1987), juga menyatakan bahawa kajian
menunjukkan kebanyakan guru tidak menggunakan komputer di sekolah-sekolah
mereka. Bagi mengelakkan perkara seperti dalam kajian itu berlaku di negara kita,
para guru mestilah sentiasa melengkapkan dirinya dalam ilmu komputer supaya
dapat membimbing generasi muda ketahap yang lebih cemerlang.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Kamal Sha’ari Abdullah (1998)
terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah
menengah Daerah Pekan, Pahang mendapati penggunaan komputer di kalangan
guru-guru Kemahiran Hidup di daerah itu secara keseluruhannya adalah pada tahap
sederhana sahaja. Hasil kajian juga mendapati tahap penggunaan komputer di
kalangan guru-guru menunjukkan pencapaian sederhana dalam aspek pengurusan
tetapi lemah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek sikap guru dan
pentadbiran sekolah terhadap penggunaan komputer pula menunjukkan keadaan
masih ditahap sederhana sahaja.
3
Menurut kajian yang dijalankan oleh Zasmani Mohd Nor (2002) terhadap
tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah-
sekolah menengah akedemik daerah Pasir Puteh, Kelantan juga menunjukkan
bahawa tahap penggunaan komputer, kemahiran penggunaan komputer, minat
terhadap penggunaan komputer dan sikap terhadap penggunaan komputer masih lagi
berada ditahap sederhana. Walaubagaimanapun hasil daripada kajian itu
menunjukkan guru-guru berminat dengan penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah walaupun mereka mempunyai sedikit pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang tersebut. Menurut Zasmani (2002) juga, pengetahuan dan
kemahiran yang ada pada guru dalam bidang komputer hanya tertumpu kepada
penggunaan arahan mudah dan ringkas seperti yang terdapat di dalam pemprosesan
perkataan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Laslie Taib (1997), mengenai sikap guru
terhadap Penggunaan Komputer Di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor,
mendapati secara keseluruhannya guru-guru di sekolah itu bersikap positif terhadap
penggunaan komputer. Kajian yang dijalankan itu adalah bertujuan untuk meninjau
dan mengenal pasti sikap, minat dan pengetahuan guru dalam penggunaan komputer.
Kajian itu melibatkan seramai 60 orang guru, yang mana 30 orang daripadanya ialah
guru akedemik dan selebihnya lagi adalah guru teknikal. Hasil daripada kajian
tersebut juga mendapati guru-guru di sekolah itu berminat menggunakan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka sekiranya diberi peluang.
Pengetua merupakan individu yang utama dalam membentuk budaya
pembelajaran di sekolah. Selain berperanan sebagai peneraju kecemerlangan bagi
sesebuah sekolah, pengetua juga seharusnya peka terhadap setiap perkembangan arus
pendidikan negara seperti penggunaan teknologi maklumat didalam pengajaran guru
umpamanya. Namun begitu, satu kajian saintifik telah dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia terhadap 79 pengetua yang menghadiri Mesyuarat Persediaan
Perlaksanaan Sekolah Bestari di Pusat Perkembangan Kurikulum merumuskan hanya
3 peratus sahaja daripada mereka mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang
baik. Sebanyak 97 peratus pengetua yang lain langsung tidak mempunyai kemahiran,
atau sekiranya ada, kemahiran teknologi maklumat mereka itu adalah pada peringkat
terhad. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap penguasaan teknologi maklumat
4
oleh sebilangan pengetua di negara ini masih diperingkat rendah. Sekiranya keadaan
ini berterusan, adakah matlamat negara untuk menjayakan program sekolah bestari
disamping guru-gurunya yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat akan
tercapai?
1.3 Penyataan Masalah
Teknologi maklumat atau komputer merupakan alat untuk membantu
manusia khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Komputer
hanya boleh mengajar manusia tetapi tidak boleh mendidik. Kerja mendidik dan
membimbing memerlukan hubungan kemanusiaan yang tidak ada pada mesin seperti
komputer. Tugas guru pada masa kini semakin mencabar kerana bukan sahaja
memerlukan ilmu yang tinggi dan kemahiran mengajar malah mesti juga menguasai
teknologi maklumat dengan sebaik mungkin. Dalam kajian ini, pengkaji ingin
mengkaji tentang tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kejuruteraan
(Awam/Elektrik/Jentera) di Negeri Kelantan.
1.4 Objektif kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap
penggunaan komputer di kalangan guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)
di sekolah menengah teknik di seluruh Negeri Kelantan. Bagi mencapai tujuan ini,
beberapa objektif kajian telah dibentuk. Objektif-objektif tersebut ialah untuk:-
5
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan mengenai penggunaan komputer di
kalangan guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) dalam
proses P&P.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru Kejuruteraan
(Awam/Elektrik/Jentera) terhadap penggunaan komputer dalam
proses P&P.
iii. Mengenal pasti minat guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)
terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P
iv. Mengenal pasti sikap guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)
terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P.
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian ini adalah :
a. Adakah guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) mempunyai
pengetahuan asas dalam penggunaan komputer bagi tujuan P&P?
b. Adakah guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) mempunyai
kemahiran dalam pengendalian perisian / perkakasan komputer?
c. Adakah guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera) berminat
menggunakan komputer dalam proses P&P?
d. Apakah sikap guru-guru Kejuruteraan (Awam/Elektrik/Jentera)
terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P?