Upload
oja-abdullah-oja
View
114
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
sejarah jepun
“KEBUDAYAAN MASYARAKAT JEPUN MERUPAKAN KEBUDAYAAN YANG DISADUR
ATAU DIPENGARUHI OLEH KEBUDAYAAN MASYARAKAT LUAR JEPUN TERMASUK JUGA
AGAMA SHINTO”
1.0 PENGENALAN:
Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Timur, Jepun
terdiri daripada empat buah pulau yang utama iaitu Hokkaido, Honshu, Kyushu dan
Shikoku dan mempunyai lebih kurang tiga ribu pulau yang kecil. Oleh kerana
kedudukan geografi kepulauan Jepun yang berhampiran dengan China dan Korea
menyebabkan berlakunya pencampuran budaya. Kemasukan pengaruh budaya luar
ke Jepun adalah bermula pada abad ke-3 Masihi iaitu pada zaman Yayoi. Zaman
Yayoi dan zaman Kofun adalah zaman bermulanya kegiatan perdagangan. Semasa
zaman Yamamto berlaku perpecahan politik mengakibatkan keruntuhan Jepun. Oleh
yang demikian, bermulanya pengaruh China yang meluas di Jepun. Pada zaman
Asoka dan Nara, Jepun telah menerima pengaruh budaya China dengan meluas
dalam semua segi.
Para sarjana Jepun melihat bahawa sejarah budaya Jepun sebagai gabungan antara
kesepaduan dan kepelbagaian, antara perubahan dan kesinambungan hasil
pencampuran pengaruh luar dan tempatan tetapi secara keseluruhannya
menampakkan sifat-sifat Jepun.[1] Dalam perbincangan ini, bahawa tidak ada yang
asli berhubung budaya Jepun termasuk agama Shinto. Hal ini bermaksud, terdapat
pengaruh lain dalam budaya Jepun.
2.0 KEHIDUPAN BUDAYA JEPUN:
Masyarakat Jepun menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan sejak zaman awal
lagi. Salah satu sebab ialah berkaitan dengan latar belakang geografi Jepun yang
dikelilingi laut. Kegiatan pertanian padi membantu membentuk sikap rajin dan
tekun bagi orang Jepun disamping sikap berjimat-cermat. Sikap rajin petani Jepun
juga mungkin dipengaruhi unsur-unsur agama, etika dan falsafah Konfucianisme.
Orang Korea memainkan peranan yang penting membawa teknik-teknik
penanaman padi ke Jepun. Kedudukan geografi semenanjung Korea dengan China
menyebabkan Korea lebih awal terpengaruh dengan budaya China. Teknik
pertanian padi China tiba di Korea sebelum abad ke-4 selain penggunaan besi
kemudiannya dibawa oleh orang Jepun dan juga teknik saliran air yang dikenali oleh
pakar berbangsa Korea. Peralatan logam, senjata sebenarnya juga dibawa masuk
dari Semenanjung Korea.
3.0 AGAMA:
Agama Shinto dikatakan merupakan agama tradisional asli di Jepun. Agama Shinto
tidak mempunyai pengasas agama dan tidak ada kitab. Tetapi Shinto boleh dapat
dikesan daripada dua buah kesusasteraan iaitu Kojiki pada 712 dan Nihonshoki
pada tahun 720. Namun demikian, agama Shinto ini telah pun menerima pengaruh
luar termasuk dari Siberia dan Kepulauan Pasifik Selatan.[2] Shinto atau “the kami
way” dikatakan merujuk sesuatu yang mempunyai “supernatural” atau misteri.
Dalam Shinto, Kami merupakan tuhan yang mencipta alam tetapi bukan Yang Maha
Berkuasa atau Yang Maha Tahu, bahkan tidak semestinya kekal abadi. Secara am,
orang Jepun percaya bahawa ada fenomena mempunyai kuasa magik, itulah
semangat Kami yang menetap di langit dalam bentuk matahari, bulan dan bintang
atau dalam bentuk kuasa semulajadi sebagai awan, hujan dan cahaya.[3] Malah,
kami digambarkan dalam pelbagai bentuk yang ada sifat dan perwatakan mansuia
seperti akan rasa gembira dan sedih. Kami adalah dewa-dewi dalam agama Shinto
dan dalam Shinto mempunyai dewa-dewi yang banyak. Mitos Shinto
kebanyakannya terpengaruh dari beberapa tempat di Asia. Contohnya,
perkahwinan diantara Izanagi dan Izanami mempunyai persamaan dengan budaya
rakyat biasa di Asia Tenggara.[4] Selain itu, cerita dongeng Kojiki tentang
perkahwinan antara seorang manusia biasa dengan kami Omono Nushi mempunyai
persamaan dengan mitos Korea dan Machuria.[5]
Shinto tidak ada satu sistem tentang prinsip-prinsip moral atau doktrin falsafah. Ia
meminjam kata-kata dan idea-idea pengaruh luar terutama Konfucianisme dan
Buddhisme.[6] Putera Shotoku memiankan peranan penting yang membawa masuk
agama Buddha ke Jepun. Setelah kemasukan agama Buddha ke Jepun, Shinto dan
agama Buddha saling mempengaruhi satu sama lain sehingga membawa
percampuran harmono seperti fenomena keramat-biara (jingo-ji) di keramat Shinto
(jinja) dan rahib Buddha membaca sutra serta menjalankan upacara Buddha untuk
Kami Shinto.[7] Sebelum agama Buddha masuk ke Jepun, agama Shinto pada
asalnya bukan dalam bentuk yang ada organisasi mahupun struktur, malah
kandungan Shinto juga tidak berteraskan prinsip moral atau ajaran yang berunsur
falsafah.
Dalam Shinto, manusia pada asalnya baik dan suci, manakala kejahatan dan
kekotoran amat tidak disukai dalam Shinto. Secara keseluruhannya boleh dikatakan
Shinto merupakan satu ajaran yang mementingkan kebersihan fizikal. Oleh itu,
orang Jepun yang berkahwin akan menjalankan upacara Shinto sementara kematian
akan dijalankan dalam upacara Buddha. Shinto mengandungi empat bahagian
utama iaitu Shinto keluarga diraja (koshitsu Shinto), Shinto keramat (jinja Shinto),
Shinto mazhab (kyoha Shinto) dan Shinto rakyat (minkan Shinto), dan ini dihasilkan
dalam tempoh lebih daripada 2000 tahun dengan adunan pelbagai pengaruh luar.
[8] Tempat ibadat Shinto dikenali sebagai “Jinja” dan perlu melepasi satu pintu
gerbang iaitu “Tori” juga dipengaruhi daripada agama Buddha. Salah satu perkara
penting dalam agama Shinto adalah “Matsuri” iaitu perayaan yang diadakan setiap
tahun meliputi tahun baru, musim bunga, bulan April, pertengahan bulan Julai dan
bulan Ogos hingga bulan November dilakukan dengan sepenuh hati kerana akan
diperhatikan oleh “Kami”.
Kedatangan agama Buddha tidak pernah menggantikan agama Shinto sebaliknya
kedua-duannya kepercayaan dan upacara telah diterapkan dalam kehidupan orang
Jepun.[9] Buddhisme telah diperibumikan melalui proses asimilasi untuk
dipersesuaikan dengan masyarakat Jepun. Buddhisme Jepun membawa nilai-nilai
baru seperti “principle of transcendence” dan “world negation” agak berbeza
dengan agama Buddha yang terdapat di India, China mahupun Asia Tenggara.[10]
Pada awalnya, pengaruh China dibawa masuk melalui Semenanjung Korea. Pada
zaman Nara, pengaruh China meliputi aspek seni bina, sistem penulisan, perubatan,
kesusasteraan seperti Kojiki dan Nihon Shoki. Orang Jepun telah banyak meminjam
elemen-elemen sistem pentadbiran China termasuk tulisan China, cara-cara
pentadbiran kerajaan China, cara seni bina dan seni dan sistem falsafah dan
agama.[11] Pada mulanya, orang Jepun pergi ke Korea untuk mempelajari agama
Buddha, tetapi selepas itu mereka pergi terus ke China pada zaman Tang. Orang
Jepun tinggal di China selama berpuluh tahun, di sana mereka mempelajari bahasa
Cina dan juga termasuk sistem pentadbiran China. Selepas itu, mereka pulang ke
Jepun.
Agama Kristian pula tiba di Jepun dalam tiga zaman yang berbeza yakni lewat abad
ke-16, tahun 1868 hingga 1891, tahun 1945-1952.[12] Agama Kristian tidak seperti
agama Buddha lebih mudah diterima oleh rakyat Jepun. Oleh itu, agama Kristian
dilihat sebagai agama asing bagi kebanyakan orang Jepun. Bilangan penganut
agama Kristian juga tidak seramai penganut agama Shinto dan Buddha. Orang
Jepun menganut agama Shinto juga turut mengakui sebagai penganut agama
Buddha. Lebih menarik lagi ialah lebih 50 peratus muda-mudi Jepun memilih untuk
berkahwin di gereja walaupun majoriti mereka bukan beragama Kristian.[13]
4.0 PENTADBIRAN:
Pada zaman awal, Jepun tidak mempunyai satu pentadbiran yang teratur dan
tersusun. Setiap masyarakat Jepun diketuai “Uji”. Uji memainkan peranan penting
sebagai pemerintah. Namun demikian, pada abad tiga masihi sudah ada
rombongan Uji Jepun tiba di China. Melalui hubungan diplomatik ini, lahirlah sebuah
negara Jepun yang dinamakan Yamatai yang diketuai oleh seorang permaisuri
bernama Himiko. Kemasukan pengaruh politik dan budaya dari China dengan lebih
tersusun anatara abad ke-7 hingga abad ke-9 apabila Yamato bertukar kepada
kerajaan Nara dan berikutnya. Selain itu, Yamato ada belajar dari beberapa buah
kerajaan Korea iaitu Paekche, Silla dan Koguryo.
Pada abad ke-7, hubungan Jepun-China dibuat secara terus, tidak lagi melalui
Korea. Jepun mula menghantar rombongan ke China pada 600 Masihi.[14] Pada 607
Masihi, rombongan Jepun dihantar terus ke China atas usaha Putera Shotoku.
Pegawai kerajaan Jepun belajar tentang idea-idea dan falsafah kerajaan China
seperti buku-buku Konfucius, penggunaan simbol amalan Buddhisme, pembuatan
kalendar, perubatan China, herba dan muzik juga mendapat sambutan daripada
masyarakat Jepun.[15]
Rombongan pegawai kerajaan Tang ke Jepun pada 632 Masihi mempunyai tiga
perkara yang boleh dianggap sebagai penting, pertama; mereka pergi melalui jalan
laluan Silla dan kerajaan Silla sudah mempunyai kedudukan yang istimewa dengan
wangsa Tang dan Silla berharap dapat menjadi orang tengah hubungan diplomatik
antara wangsa Tang dan Jepun. Kedua, istana Jepun berusaha mengatur dengan
terperinci untuk menyambut kedatangan rombongan misi kerajaan China, dan
ketiga ialah beberapa orang Jepun yang pergi belajar di China telah pulang bersama
dengan utusan China yang memberikan kebenaran kepada Jepun sumber maklumat
yang boleh dipercayai tentang pelbagai aspek tamadun China.[16] Sumbangan
China penting kepada orang Jepun tidak kira dari segi pentadbiran Jepun atau
budaya, pegawai kerajaan Jepun semuannya mempelajari bahasa China, ini penting
dalam pentadbiran Jepun termasuk melibatkan perakaunan dan pengutipan cukai.
Sistem pentadbiran Jepun banyak dipengaruhi oleh falsafah-falsafah Konfucianisme.
5.0 SISTEM TULISAN:
Sebelum itu, Jepun tidak mempunyai sistem tulisan sendiri, mereka hanya
menggunakan lisan secara turun-temurun. Buddhisme mempunyai pengaruh yang
besar terhadap budaya dan tamadun Jepun seperti melalui penulisannya yang
dipengaruhi tulisan China selain sebutan Sanskrit.[17]
Kebangkitan kebudayaan Jepun asli yang perlahan-lahan boleh diperhatikan dengan
dalam perkembangan sesuatui cara yang memadai dalam menulis bahasa aslinya.
Cara menulis ini telah timbul dengan beransur-ansur dalam kurun ke-9 dan ke-10
melalui proses penggunaan huruf-huruf China yang tertentu dalam bentuk yang
dipendekkan sebagai lambang-lambang fonetik yang mudah tanpa mempunyai apa-
apa makna yang khusus di dalamnya. Oleh kerana setiap huruf China
melambangkan satu perkataan yang mempunyai satu suku kata atau akar
perkataan, lambang-lambang fonetik yang berpunca daripada mereka yang
lazimnya mewakili satu sukun kata keseluruhannya seperti “ka”, “se” atau “mo”.
Hasilnya adalah sesuatu yang bersuku kata dan bukannya huruf seperti sistem
penulisan kita sendiri.
Tulisan Jepun yang terhasil melalui proses penggunaan huruf-huruf China yang
dipendekkan sebagi lambang fonetik yang mewakili satu suku kata dikenali sebagai
“kana”. Salah satu kana ini adalah “Hiragana”. Manakala “Katakana” pula adalah
satu sistem lambang tulisan China yang dipilih mengikut nilai-nilai fonetiknya.
Tulisan Jepun ini jauh lebih senang berbanding dengan tulisan China.
Perkembangan dalam tulisan Jepun ini kemudiannya telah membawa kepada
penghasilan puisi, sastera, cerita serta esei. Cara khas membaca karangan dan
puisi China digunakan bagi membolehkan orang Jepun menulis puisi dan prosa
China.[18] Sehingga hari ini, tulisan Jepun merupakan antara tulisan yang paling
rumit di dunia kerana penggunaan sistem “kana” dan bahasa Chia sekaligus.
Berlakunya asimilasi agama Buddha ke dalam budaya China termasuk seni bina,
dan semuannya mempunyai percampuran budaya gaya China, agama Buddha
sampai ke Jepun adalah terjemahan ke dalam bahasa China.[19]
6.0 KESUSASTERAAN:
Dalam bidang kesusasteraan, Nihongi telah disusun pada tahun 720M dan Kojiki
pada tahun 713 M yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan keluarga diraja
manakala Kojiki juga adalah aduan daripada mitos, lagenda China dan Korea, cerita
separa sejarah dan fakta yang boleh dipercayai.[20] Karya Kojiki berbentuk
kesusasteraan yang menceritakan tentang Kami, keluarga maharaja. Kojiki ditulis
dengan gaya China dan separa tulisan China manakala Nihon Shoki pula
sepenuhnya ditulis dengan tulisan China.[21]
Sebuah karya Genji Monogatari ditulis oleh Murasaki Shikibu pada 1002M hingga
1019M adalah hasil kesusasteraan yang terkenal pada zaman itu.[22] Genji
Monogatari menggambarkan kehidupan kelas atasan pada abad ke-11M dan ke-
12M. Karya Genji Monogatari dan Konjaku Monogatari mempunyai kaitan yang rapat
dengan agama Buddha. Wanita atasan memainkan peranan yang penting
menggunakan tulisan Jepun seperti Murasaki telah mempopularkan huruf kana.
Golongan lelaki pada masa itu masih lagi menggunakan tulisan China. Makura no
Soshi (cerita bantal) tahun 1002M, sebuah novel yang mengisahkan kehidupan
anggota keluarga Fijiwara.
7.0 MUZIK DAN DRAMA:
Lagu atau muzik masyarakat Jepun lebih kepada bertemakan tentang nyanyian
kerinduan tanah air, nyanyian bertemakan kebesaran “Kami”, nyanyian minum dan
sebagainya. Dalam riwayat Jepun, ia ada memberi keterangan tentang beberapa
nama dalam nyanyian seperti “kami words” (kamigatari), “country measure”
(hinaburi), “songs of yearning for the homeland” (kunishinohiuta), “drinking songs”
(sakagura no uta) dan “quite sons” (shizuuta). [23] Tarian agama dikenali sebagai
Kagura dipersembahkan di depan maharaja iaitu keturunan dewa Amaterasu. [24]
Pada tahun 612M, menunjukkan satu sejarah awal muzik dan menari dalam
tamadun Jepun. Gigaku diajar di biara Buddha di bawah Tachibana-dera, Uzumasa-
dera dan Shitnno-ji selepas ia diperkenalkan.[25] Salah satu alat muzik bernama
“zither” yang mempunyai tiga belas tali dikenali “cheng” dalam bahasa China atau
“so” dalam bahasa Jepun diperkenalkan ke Jepun pada awal abad ke-7M.[26]
Salah satu drama yang terkenal dikenali sebagai “Noh”. Drama Noh ini
dipersembahkan di teater khas dan semua watak wanita dilakonkan oleh kaum
lelaki.[27] Tema drama Noh adalah bersifat moral dan unsur-unsur keagamaan.[28]
Upacara teh yang terkenal mempunyai unsur-unsur latar belakang Zen sebenarnya
juga berasal dari China.[29] “Ikebana” atau dikenali sebagai gubahan bunga juga
dipengaruhi dari Chiba dan salah satu sumbangan agama Buddha kepada orang
Jepun.
8.0 SENI BINA:
Bagi masyarakat Jepun, kayu merupakan sumber utama seni bina Jepun. Hal ini
mungkin berkaitan dengan orang Jepun yang cintai kepada alam dan juga ada
kaitan rapat dengan agama Shinto. Pada zaman Jomon, antara 8000 sebelum Masihi
hingga 300 sebelum Masihi, orang Jepun memiliki gaya hidup yang asli,
penggunaan peralatan batu dan tempat kediaman tersendiri. Contoh “Ise” (keramat
Shinto). Seni bina Jepun selalunya menggunakan kayu tanpa cat dan penggunaan
tatami untuk lantai rumah. Pada zaman Nara, perkembangan seni bina Jepun
banyak dipengaruhi mellaui agama Buddha. Hal ini dapat dilihat dengan
perkembangan pertama melibatkan perpindahan ibu kota Heijo (Nara) yang dibina
dengan keluasan 7.8 batu persegi yang bermodelkan Chang-An iaitu ibu kota
wangsa Tang lengkap dengan istana, bangunan kerajaan, jalanraya dan biara yang
menjadi lambang dan kekayaan Nara.[30]
Pada zaman Nara juga seni dan budaya berkait rapat dengan agama Buddha yang
dapat dilihat mellaui seni arca, lukisan serta seni bina biara seperti Horyuji yang
dibina di kota Nara pada tahun 607M.[31] Jepun tidak membuat tembok yang besar
dikelilingi kota itu tetapi Jepun telah membuat jalan-jalan yang lebar, kuil Buddha
yang beratap genting yang indah serta istana dan tempat kediaman rasmi telah
dibinakan. Pada tahun 794M, kota kedua telah didirikan di Kyoto beberapa batu ke
utara Nara.
“Cha-no-yu” juga dikaitkan dengan seni binanya yang tersendiri (cha shitsu atau
bilik the) berbentuk tertentu catan dan kaligrafi (kakemono), selain cara yang
tersendiri dalam gubahan bunga, seramik dan perubahan sosial yang berkaitan
dengan cha-no-yu.[32] Satu lagi pembinaan dikenali sebagai “shrine-temple”
(Jinguji).[33] Pada zaman awal, shrines seperti Izomo dan Ise dibina secara ringkas
dan ia berupa dengan bangunan lama digunakan sebagai tempat tinggal dan kaya
semulajadi tanpa warna digunakan.[34] Sami Buiddha akan membaca mantera
kepada “Kami” dan selalunya “Kami” digelarkan sebagai bosastsu (bodhisattvas).
Selain itu, pengaruh China dikaitkan dengan taman landskap Jepun yang dibina
pada tahun 611M di hadapan istana maharaja ketika itu dipercayai oleh para
pengkaji bahawa pembinaan taman ini dipengaruhi Taman Barat Sui yang dibina
pada tahun 607 M di Loyang sepanjang 75 batu mengandungi 16 istana, empat
tasik besar dan pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di China pada ketika itu.[35]
9.0KESIMPULAN:
Jelasnya, boleh dikatakan bahawa pengaruh budaya daripada China, Korea, Yunani
terhadap tamadun Jepun yang dapat dilihat jelas dalam aspek seni bina dan
keagamaan. Sesungguhnya, keseluruhan budaya Jepun termasuk agama Shinto
memang tidak asli kerana mempunyai pengaruh dari luar. Namun begitu, budaya
Jepun dengan budaya asing telah diasimilasikan sehingga wujud satu ciri budaya
Jepun yang unik sehingga sekarang.
TAMADUN JEPUN TAMADUN JEPUN
Zaman Yayoi- neolitik 300S.M – 300M- Telah dapat dikesan pengaruh tamadun China dinasti Han dalam masy. Jepun antara lain kemasukan agama Buddha. - Pengaruh budaya bekerja bertani, bersawah padi, membuat senjata China juga diikuti oleh Jepun zaman ini
Zaman Heian: 794-1185M- zaman penuh dgn tradisi Jepun perhatian kpd cara hidup, beradab, dan menekankan peraturan yg baik/ sopan- Keluarga Fujiwara pemerintah Jepun selama 200 tahun
Zaman pra moden Jepun
Zaman Keshogunan Kamakura 1185- 1333 M- Dianggap bermulanya zaman feudalisme, pemerintah tuan tanah sehingga wujud estet persendirian “syo”- Tuan-tuan tanah yg kaya menjadi Shogun yang memimipin samurai ( tentera)- Pemerintahan bercorak 2 hala
Zaman Keshogunan Ashikaga- Menggulingkan kamakura- Memperkenalkan sistem pengairan utk pertanian.- Pengeluaran tembikar dimulakan, demikian perlombongan diperkenalkan- Kelemahannya kerap berlaku peperangan di kalangan tuan tanah@ daimyo yg merebut kuasa dan
nama
Zaman Keshogunan Tokugawa- Merupakan kerajaan bentuk tentera yg paling lama berkuasa di jepun- Pemimpin paling terkenal ialah Tokugawa Ieyasu yang tealah menyatukan negara Jepun- Pemerintahan masih bercorak feudal namun terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo ( majlis penasihat agung), Roju ( majlis Tertua)dan Hyojosho ( majlis kehakiman)Membentuk dasar baru mengekang kuasa tuan tanah: mengelakkan: komplot, berpaling tadah, menyediakan kod etika mengukuhkan kedudukan berdasarkan kekayaan.- Runtuh krn pembesar bermewah,membazir, rasuah dan tiada pemimpin bijak
Zaman Pemodenan Jepun –Meiji- Era menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kuasa barat- Menggunakan pendekatan agama moral yang tinggi “shinto”; maharaja sebagai kuasa tertinggi’- Sistem feudalisme dihapuskan memperkenalkan perlembagaan baru jepun- Maharaja Meiji paling terkenal :Mutsuhito 1868-1912 dengan sikap lebih terbuka mengizinkan rakyat meneroka ilmu pengetahuan barat demi kemajuan
5. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri
tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa,
ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu
hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat
lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia merupakan satu
proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang
sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa;
Sebagai rumusan, asas kecemerlangan tamadun secara umumnya bertitik tolak daripada kepercayaan, agama, nilai, akhlak, moral, etika, tatasusila dan ilmu pengetahuan. Manusia sebagai pelakon utama dalam pembinaan tamadun harus menjalin hubungan yang rapat dengan Tuhan dan alam sekitar.
Pandangan alam semesta dan kosmologi turut menggarap perkembangan ketamadunan yang berkualiti. Nilai-nilai falsafah bagi setiap tamadun ternyata banyak mencorakkan perjalanan tamadun itu sendiri. Ilmu dan pengetahuan merupakan teras kepada tamadun dan sentiasa dikaji dan diperkembangkan untuk memupuk tamadun sejati. Bagi tamadun Islam, addin yang berpaksikan tauhid menjadi tunjang kekuatan tamadun itu sendiri.
20.1 LATAR BELAKANG DAN PENUBUHAN: SEJARAH TAMADUNJEPUN
20.1.1 Asal-usul Nama Jepun dan Geografi
Nama untuk negara Jepun atau Nihon (Nippon) datum bahasa Jepun bermakna
Tanoh Matahari Terbit dan juga dikenali sebagai Yamato. Istilah Nihon
digunakan buat pertama kalinya oleh cendekiawan-cendekiawan Korea pada
awal kurun ke-7 yang berkunjung ke negara Jepun. Istilah Nippon pula
digunakan dengan meluas semasa Era Meiji (1868-1912) dan Era Taisho (1912-
1926). Istilah Nihon digunakan dengan meluas dan dirujukkan kepada Jepun
selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
Kepulauan Jepun mengandungi empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu,
Kyushu, Shikoku dan Hokkaido, dan dianggarkan terdapat sejumlah hampir
enam ratus buah pulau kecil di sekitarnya. Tumpuan utama penduduk Jepun
sejumlah besamya menetap di Pulau Honshu, Kyushu dan Shikoku. Jepun
mengalami ikiim sederhana yang mengalami empat musim iaitu musim bunga,
panas, luruh dan sejuk. Purata suhu di Jepun sentiasa berubah-ubah setiap
tahun misalnya, suhu di Tokyo biasanya dalam lingkungan 37 C pada bulan
Januari meningkat kepada 39 C pada bulan Ogos. Keadaan muka bumi yang
berlainan mempengaruhi keadaan suhu. Kawasan pantai barat dan barat laut
Pulau Hokkaido dan Honshu misalnya, terletak dalam kawasan yang berhawa
dingin dan bersaiji apabila tiba musim sejuk.
Dari segi ekonomi, Jepun merupakan negara yang kaya dengan sumber dan
hasil bumi, terutamanya arang batu tetapi memiliki kawasan tanah subur untuk
bercucuk tanam yang terhad. Galian sulfur juga terdapat dengan banyaknya
hasil daripada letusan gunung berapi yang aktif. Selain arang batu dan sulfur,
negara ini juga kaya dengan sumber alam lain terutamanya besi, zink,
aluminium, kromium, magnesium dan uranium. Gunung yang terkenal di Jepun
ialah Gunung Fuji yang mempunyai ketinggian 12,461 meter. Daripada sejumlah
250 buah gunung yang terdapat di Jepun, kebanyakannya merupakan gunung
berapi aktif dan masih mengeluarkan lahar. Dianggarkan sejumlah lebih
daripada 50 buah gunung berapi yang aktif dan pergerakan bawah tanah
menghasilkan lebih dari seribu pancutan dan kolam air panas di Jepun.
Negara Jepun terletak dalam lingkungan gunung berapi yang aktif di Asia Pasifik
(TimurJauh). Lanar gunung berapi di Jepun merupakan punca utama kesuburan
tanah dan bersesuaian untuk kegiatan pertanian. Di peringkat awal, kegiatan
ekonomi utama masyarakat Jepun ialah kegiatan pertanian dan perikanan.
Kawasan dataran yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian
kebanyakannya terletak di kepulauan Honshu. Tiga kawasan dataran tersebut
ialah Kanto (Teluk Tokyo), Kinai (Teluk Osaka) dan di Teluk Ise. Dataran- dataran
ini berpenduduk padat, merupakan kawasan pengeluaran makanan, sumber
kekayaan dan kekuasaan, dan dataran ini merupakan punca perselisihan dan
persaingan di kalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal. Kawasan
yang sesuai untuk kegiatan pertanian merangkumi hanya seperlima daripada
negara Jepun. Faktor terpenting disebabkan bentuk muka bumi yang tidak rata,
sekiranya terdapat sungai ia dipisahkan oleh bukit-bukau atau gunung- ganang.
Keadaan muka bumi yang tidak rata mengakibatkan aktiviti pengangkutan dan
komunikasi (perhubungan) tidak berjalan dengan begitu baik dan lancar. Sungai
terpanjang ialah Sungai Shinano yang mengalir di barat selatan kepulauan
Honshu dan sejauh 229 batu yang dianggap kurang sesuai kerana keadaannya
yang cetek hanya sesuai untuk pengangkutan ringan sahaja. Jepun memiliki
kawasan yang kaya dengan sumber air laut dan orang Jepun amat bergantung
sepenuhnya kepada sumber ini. Kekayaan sumber air ini kemudiannya
memainkan peranan untuk mengain sistem pengairan, pertanian, perindustrian
dan perikanan.
20.1.2 Sejarah Awal Orang Jepun dan Keluarga Diraja Jepun
Menurut teorinya, orang Jepun dikatakan berasal dari tiga keturunan iaitu Orang
Ainu (Kaukosid), Orang Mongoloid (China-Monggolia) dan Nusantara (Asia
Pasifik). Sebahagian besar orang Jepun merupakan keturunan Mongoloid dan
mempunyai pertalian rapat dengan orang Cina, Vietnam, Thailand, Burma dan
lain-lain. Orang Jepun berketurunan Mongoloid sampai ke Kyushu melalui negara
China dan berhijrah ke Honshu. Shikoku dan Hokkaido. Orang Jepun telah
bercampur-aduk dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain, antaranya dengan
orang Ainu.
Dari segi sejarahnya, orang Ainu (bangsa proto-Caucasoid) telah menduduki
Jepun lebih awal berbanding dengan orang Mongoloid, iaitu lebih kurang 5,000
tahun dahulu. Peningkatan kemasukan orang Mongoloid yang berlanjutan
sehingga kurun ke-8 lelah mendorong orang Ainu untuk berpindah ke utara
Hokkaido. Dalam proses perpmdahan ini berlaku penyerapan orang Amu ke
dalam suku bangsa Jepun. Mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup
memburu dan memungul makanan, dan dipercayai memiliki kebudayaan yang
sama dengan Zaman Neolitik, dengan peralatan budaya diperbuat danpada
serpihan batu yang leiah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.
Sejarah awal tamadun Jepun dikenali sebagai zaman/owo^ iaitu istilah yang
berasal daripada barang-barang yang dicipta dari sejenis tanah liat iaitu Jomon.
Dari segi kegiatan ekonomi, mereka merupakan masyarakat yang belum
berkemahiran dalam bertani (bercucuk Lanam). maka itu mereka mengamalkan
kegiatan memburu bmatang, menguup hasi! hutan dan mengutip hasil laut
terutama menangkap ikan dan kerang. Dari segi kebudayaan, mereka masih
menggunakan kulit binatang atau kul;t kayu sebagai pakaian. Mereka
menggunakan peralatan budaya yang diperbuat daripada batu batan, tulang-
belulang dan kayu. Melalui kaedah arkeologi auu cangali, dibuktikan penemuan
artifak-artifak antaranya kulit kerang vang ditanam bersama tulang manusia di
dalam perkuburan orang Jomon; dan tembikar-tembikar Jomon yang mempunyai
kehalusan sent dan corak-corak luar biasa. Penemuan-penemuan mi
membuktikan masyarakat asli Jepun telah mencapai tarafseni kebudayaan yang
tinggi menjelang tahun 5000SM. Dan segi sosial, dipercayai masyarakat ini telah
mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara
golongan kaya dan miskin. Mereka tinggal menetap dengan sent bina tempat
tinggal iaitu rumah dengan menggali lubang dan dindingnya diperbuat daripada
jerami. Dari segi kepercayaan, mereka mempercayai suatu jenis kuasa ghaib
melalui penciptaan rupa-rupa patung Dewi dari tanah liat dan gada-gada batu
yang besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Dalam aspek
pengkebumian, orang yang meninggal tidak dikebumikan menggunakan
keianda, tangan dan kaki dilipat dan kadangkala di dada mereka diletakkan
batu yang besar untuk menghalang daripada menjelma semula.
Menjelang tahun 200SM, pengaruh kebudayaan Cina mulai mengalir masuk ke
negara Jepun dan Dinasti Han (206SM-24 TM), ketika itu mula menekankan
pengaruhnya ke atas Jepun. Kemasukan kebudayaan Cina dan pertembungan
ini telah membawa kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat Jepun
sehingga membentuk kebudayaan baru yang dikenali sebagai Yayoi. Nama ini
diambil dari suatu jenis periuk belanga tembikar yang dicipta pada ketika itu
iaitu dari zaman prasejarah Jepun sehingga hampir kurun ke-4 Masihi. Barang-
barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan corak- corak Ibi yang
mudah dan kemas. Antara yang diperkenalkan ialah teknik membuat perkakas
tembaga dan besi, jenis periuk belanga dan tembikar yang baru dan sem
berkebun. Barang-barang tembikar ini bercirikan garisan-garisan Inrus dan
corak-corak Ibi yang mudah dan kemas. Corak lebih cantik, menarik, berwarna-
warni, teknik pembuatan yang lebih kukuh dipelajari daripada teknik pembuatan
tembikar Korea. Era Yayoi dibezakan dengan pengenalan peralatan logam dari
benua Asia terutamanya dari negara China. Di peringkat ini, kegiatan memburu
binatang dan mengutip hasil hutan masih diteruskan tetapi perbezaan yang
ketara ialah pengetahuan tentang pertanian. Masyarakat zaman ini telah
mencapai peningkatan dan kemajuan dalam pertanian antaranya tentang
penggunaan tanah, tenggala untuk membajak dan pengairan. Mereka telah
menjalankan kegiatan penanaman padi sawah dan sistem batas. Pembukaan
tanah-tanah, penanaman padi dan pengairan telah meningkatkan pengeluaran
bahan makanan (lebihan), dan diperkenalkan amalan menyimpan beras dan
barangan pertanian lain. Peningkatan ini membawa kepada wujudnya jurang
perbezaan di antara golongan kaya dengan golongan miskin, terutama
perubahan mengenai status atau kedudukan dalam masyarakat.
Pada zaman kebudayaan Yayoi ini, terbentuk perbezaan-perbezaan di dalam
kedudukan sosial dan politik di antara pemerintah dan diperintah. Kemunculan
lebih ramai pemimpin-pemimpin politik seperti di Yamato (Nara) dan Kyushu,
dan di kalangan mereka ini kumpulan Yamato (nenek-moyang keluarga Imperial
Jepun) muncul sebagai kumpulan politik yang paling berkuasa ke atas
kumpulan-kumpulan lain yang dipanggil Uji. Menjelang kurun ke-4, kekuasaan
kumpulan Yamato meliputi seluruh negara Jepun kecuali di beberapa daerah di
Kyushu. Pemimpin-pemimpin Yamato mengabsahkan mereka berketurunan
Dewi Matahari (Amateresu) dan menentukan bahawa pemujaan dewi ini
merupakan penyembahan terulung di negara ini. Simbol kekuasaan dan alat
kebesaran keluarga dirajaJepun (Imperial Jepun) ialah sebuah cermin tembaga,
sebuah pedang best yang panjang dan permata yang melengkung (magatama).
Menurut sejarahnya, kumpulan Yamato merupakan kalangan pemimpm terawal
dan membawa kepada perpaduan terhadap negara tersebut, dan melaksanakan
dasar imperialisme terutama ke atas beberapa bahagian di Semenanjung Korea.
20.1.3 Sejarah Awal Penubuhan Negara Jepun dan Peranan Korea Sebagai
Jambatan Kemasukan Tamadun Cina
Menurut catatan Rekod atau Kojiki perkara-perkara purba, empayar Jepun telah
diasaskan pada tahun 660SM iaitu pada Zaman Yayoi. Pemerintah ketika itu,
Maharaja Jimmu Temo yang merupakan maharaja kelima dari keiurunan Dewi
Matahari menjadikan Kashiwara, ibu kota di Yamato dan menjalankan dasar
mengukuhkan empayar Jepun. Selama 1,100 tahun, sehinggalah semasa
pemerintahan Maharaja Yuryaku, Jepun menumpukan perhatian kepada
pengukuhan empayar termasuk menakluki sebahagian daripada Semenanjung
Korea. Apakah kepentingan Korea kepada negara Jepun ketika itu? Penaklukan
Korea telah membuka hubungan langsung antara Jepun dengan Semenanjung
Korea, dan melaluinya membuka jalan kepada kemasukan agama Buddha dan
pengaruh kebudayaan Cina ke Jepun. Di peringkat ini, Korea memainkan
peranan penting sebagai jambatan kemasukan kebudayaan Cina ke negara
Jepun.
Pada tahun 552 M, Raja Pakche iaitu salah seorang daripada pemerintah tiga
kerajaan di Korea telah mempersembahkan beberapa buah buku mengenai
doktrin agama Buddha dan sebuah patung Buddha kepada Kerajaan Imperial di
Jepun. Maharaja Jepun ingin menganut agama Buddha tetapi menerima
tentangan hebat daripada menteri-menteri. Beliau memberi patung (Buddha)
kepada Perdana Menteri Soga yang mendirikan sebuah kuil. Kuil ini
kemudiannya telah dibakar oleh beberapa pegawai kerana dianggap membawa
wabak penyakit yang dahsyat ke seluruh negara. Walaupun di peringkat awal
kemasukan agama Buddha wujud penentangan dan perasaan tidak puas hati,
namun agama ini akhirnya diberikan kedudukan yang kuat. Penerimaan dan
pengukuhan kedudukan agama Buddha di Jepun dimainkan oleh peranan
pengaruh Maharani Suiko Putera Mahkota Umayado (572-621 M) dan Putera
Umayado ini dikenali sebagai Shotoku Taishi.
Shotoku Taishi mudah menerima agama Buddha dan baginda merupakan wall
agama Buddha pertama dan penaung pelajaran terulung di Jepun. Penerimaan
agama Buddha dan pengaruh kebudayaan Cina terutama mengenai idea-idea
dan ilmu pengetahuan, telah membawa kepada perubahan dan pembaharuan.
Apakah perubahan dan pembaharuan yang telah diperkenalkan dan
dilaksanakan semasa pemerintahan Shotoku Taishi ini? Antaranya ialah pada
tahun 604 M, Shotoku Taishi memperkenalkan Perlembagaan 17 Artikel yang
berasaskan ajaran agama Buddha; konsep politik dan etika Konfucius.
Hubungan antara Jepun dengan Korea dan China semakin meningkat, sehingga
ramai tukang yang mahir dalam sent bina, seni pahat, sent lukis dan kerja-kerja
logam dan sebagainya telah dibawa masuk dari Korea. Dalam bidang seni bina,
beliau telah membina kuil-kuil yang indah, termasuk kuil Horyuji (Nara).
Shotoku Taishi mengirim suatu utusan yang besar ke negara China pada tahun
607 M dan utusan-utusan seterusnya. Kebudayaan Cina memainkan peranan
dalam pembentukan tamadunJepun untuk selama setengah kurun berikutnya.
20.2 PEMBINAAN, PERKEMBANGAN, DAN PEMANTAPAN TAMADUN JEPUN
SEHINGGA 1912
20.2.1 Pembaharuan Taika dan Kod Taiho
Dalam proses pembentukan tamadun Jepun ini, kematian Shotoku Taishi pada
tahun 621 M tidak memutuskan hubungan antaraJepun dengan negara China
secara langsung dan tidak secara langsung melalui Korea. Utusan-utusan ke
negara China membawa idea-idea dan ilmu pengetahuan Cina balik ke negara
Jepun. Selain melalui saluran diplomatik, Jepun telah mengirim sejumlah besar
pelajarnya ke China dan pelajar-pelajar ini memainkan peranan penting
membawa masuk mengenai ilmu sains dan kesusasteraan. Pada tahun 645 M
berlaku suatu rampasan kuasa yang dipimpin oleh sekumpulan pelajar yang
kembali dari negara China dan mereka memperkenalkan beberapa perubahan
yang dikenali sebagai Pembaharuan Taika. Pembaharuan Taika merangkumi
sistem politik dan pentadbiran, kebudayaan dan pelajaran, dan ia mempercepat
pengaliran masuk idea-idea, pemikiran dan nilai-nilai moral agama Buddha dan
Konfucius ke negara Jepun. Antara pembaharuan terpenting ialah pengenalan
struktur kerajaan yang sistematik iaitu sistem pentadbiran pusat berasaskan
sistem kerajaan Tang di negara China. Pada kurun ke-8, terdirinya sebuah ibu
kota mengikut contoh Chang-an di China iaitu Kota Nara.
Pada tahun 702 M, diperkenalkan Kod Taiho (Taihoryo) dan melaluinya struktur
kerajaan telah dikaji semula. Berdasarkan sistem baru ini, Kerajaan Pusat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Jabatan Pemujaan ffingi-kan) dan
Jabatan Negara (Dajo-kan). Jabatan Pemujaan lebih penting berbanding dengan
Jabatan Negara. Menurut kod ini, negara Jepun dibahagikan mengikut wilayah
(kuni) dan setiap wilayah ditadbir oleh gabenor (kami) yang dilantik oleh
Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah (Gun
atau Kori) dan ditadbir oleh gabenor-gabenor daerah (Gunshi). Bilangan wilayah
semakin meningkat apabila tanah-tanah baru diterokai dan dimajukan.
Menjelang kurun ke-8, terdapat sejumlah 66 buah wilayah yang mengandungi
592 daerah. Pegawai- pegawai di peringkat wilayah dan daerah
bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kestabilan; mengutip cukai
dan mengambil tenaga buruh untuk kerja wajib. Daftar penduduk dan
peruntukan tanah dikekalkan. Sistem baru yang diperkenalkan ini merupakan
pengaruh dari kebudayaan Cina terutama struktur kerajaan dinasti Tang.
Pembaharuan Taika dan Kod Taiho telah membina asas dan membawa kepada
pembentukan sebuah kerajaan yang lebih sistematik (lengkap) dan teratur.
Di samping itu dari segi pencapaian, kemunculan aristokrasi yang memainkan
peranan penting dalam struktur Kerajaan di Yamato. Kelas aristokrat ini
kemudiannya, memainkan peranan penting (dominan) dalam sejarah
perkembangan politik Jepun sejak kurun ke-8 sehingga kurun ke-12 Masihi.
20.2.2 Zaman Nara (710-784 M)
Dalam adat resam keluarga diraja Jepun, Maharaja atau Maharani yang menaiki
takhta akan bertukar tempat atau memindahkan ibu negara (pusat kerajaan)
dan ini merupakan suatu tradisi penting. Tradisi ini tidak diikuti oleh Maharani
Gemmyo apabila pada tahun 710 M beliau mendirikan ibu negara yang tetap di
Nara dan diikuti hampir keseluruhannya oleh pemerintah-pemerintah
terkemudian. Nara merupakan pusat pentadbiran, pusat agama Buddha dan
perkembangan keseniaan dan terletak di bawah pengaruh keluarga Fujiwara.
Berdasarkan peranan sebagai pusat agama Buddha, ia berhubungkait dengan
aspek politik, kesenian, seni tulis dan kesusasteraan. Di bidang politik, wujud
cubaan untuk mempengaruhi politik dari kalangan sami Buddha terhadap
keluarga diraja Jepun tetapi dapat dihalang dan dikawal sepenuhnya. Pada
waktu ini diperkenalkan penciptaan Daibutsu (patung Buddha) yang terkenal.
Selaras dengan perkembangan agama Buddha, banyak kuil Buddha dibina dan
termasuklah Horyuji, iaitu sebuah kuil terawal yang kesemuanya merupakan
binaan kayu tertua di dunia. Istana keluarga diraja serta kerabat dan golongan
bangsawan terutama kerabat Fujiwara mengadakan upacara-upacara agama
Buddha yang penting. Dalam konteks ini, ramai Maharaja Jepun yang telah
bersara menjadi sami-sami Buddha. Di Nara, agama Buddha dikatakan
menikmati lebih banyak sokongan daripada Shintoisme. Kemasukan agama
Buddha ke Jepun disertai oleh kesenian-kesenian dari negara China yang lain.
Dalam bidang seni tulis dan kesusasteraan, orang Jepun sudah biasa dengan
tulisan Cina tetapi pada zaman Nara orang Jepun buat pertama kalinya telah
berjaya menghasilkan kesusasteraan mereka menggunakan bahasa Cina. Karya
sastera yang dihasilkan berbentuk penulisan sejarah (historiografi) dan antara
yang terpenting ialah Nihonshoki (Nihongi) yang disusun dalam bahasa Cina
pada tahun 720 M.
Berdasarkan kepada penulisan sejarah, Zaman Nara merupakan zaman yang
menandakan kemuncak peminjaman kebudayaan dari negara China.
20.2.3 Zaman Heian (794-1185 M)
Pada tahun 794 M, Maharaja Kammu telah mendirikan ibu negara baru di Heian-
Kyo (Kyoto) dan menjadi pusat kerajaan diraja selama hampir 1,100 tahun iaitu
sehingga era pemerintahan Meiji. Selepas pemindahan ibu negara ini, keluarga
Fujiwara semakin berkuasa terutama di antara tahun 866 sehingga 1,160 dan
zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Fujiwara. Keluarga Fujiwara mulai
memonopoli jawatan-jawatan Pemangku Raja (Sessho) dan Pengarah-pengarah
Awam (Kampaku), dan perlantikan jawatan Perdana Menteri merupakan hak
turun-temurun. Pemangku Raja Fujiwara yang paling berkuasa dan terkenal
ialah Michinaga yang menguasai sepenuhnya kerajaan diraja di antara tahun
996-1017 M. Kedudukan pengaruh keluarga Fujiwara semakin meningkat serta
berjaya mengekalkan kuasa-kuasa mereka sepenuhnya sehingga kemudiannya
kuasa mereka dilemahkan oleh golongan tentera atau perwira (samurai).
Dalam Zaman Heian, berlaku pembaharuan-pembaharuan yang mencorakkan
pembentukan tamadun Jepun sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau
kebudayaan. Dalam bidang politik, muncul kelas aristokrat yang dikuasai
keluarga Fujiwara. Mereka menguasai dan memiliki sejumlah besar tanah yang
diperolehi sebagai hadiah kerana perkhidmatan mereka. Manakala biara atau
kuil Buddha yang berkuasa juga memiliki sejumlah besar tanah. Golongan
aristokrat di peringkat wilayah memiliki hubungan istimewa dengan aristokrat di
peringkat pusat (Kyoto) atau biara-biara yang berpengaruh, terutama untuk
melindungi daripada pemungut-pemungut cukai kerajaan pusat. Dalam bidang
ekonomi, golongan aristokrat semakin meningkat kekayaan dan hasil kerajaan
pusat semakin merosot yang dalam jangka masa panjang menyumbang kepada
kemerosotan kuasa dan pengaruh pemerintah.
Dalam bidang kebudayaan, hubungan antara Jepun dengan China tidaklah
berbentuk peminjaman sebaliknya unsur-unsur pinjaman dengan unsur-unsur
Jepun. Mereka berusaha untuk mencapai kematangan intelektual dan tidak lagi
pinjam-meminjam atau bergantung kepada kebudayaan Cina. Pada tahun 960
M, Jepun mengambil keputusan menamatkan hubungan rasmi dengan China
dan perkembangan kebudayaan diberikan suatu imej yang baru. Pada waktu ini,
berlaku perkembangan senarai tulisan Jepun atau Kana. Kana dibahagikan
kepada dua iaitu hiragana iaitu sesuatu huruf adalah dalam bentuk berangkal
atau bergaya dan satu lagi ialah katakana. Sistem Kana telah member!
rangsangan kepada perkembangan puisi (waka), prosa dan kegiatan
kesusasteraan dalam bahasa Jepun. Antara hasil kesusasteraan yang luar biasa
ketika itu ialah sebuah novel berjudul The Tale of Genji karya Lady Murasaki.
Kurun ke-10 dan ke-11 merupakan zaman keemasan bagi perkembangan prosa
Jepun. Kesenian dan pertukangan iaitu lukisan, ukiran, seni bina dan lain-lain
menunjukkan ciri-ciri Jepun. Keluarga Fujiwara memainkan peranan penting
dalam perkembangan kesenian kerana mereka merupakan penaung. Manakala
dalam bidang keagamaan, agama Buddha Tendai dan mazhab Buddha dikenali
sebagai Shingon telah diperkenalkan oleh Saicho dan Kukai.
Pada Zaman Heian, perubahan, pembaharuan dan pencapaian- pencapaian
memberikan kesan positif terhadap pembentukan kebudayaan tamadun Jepun.
Perkembangan ini memperlihatkan unsur-unsur atau ciri-ciri Jepun yang lebih
jelas berbanding sebelum ini, seolah-olah dibayangi oleh unsur- unsur tamadun
Cina. Menjelang akhir kurun ke-11, keluarga Fujiwara tidak lagi menonjolkan
pemimpin-pemimpin yang berkeupayaan dan berkaliber. Sebaliknya, muncul
dua keluarga penting vang begitu berpengaruh iaitu Minamoto dan Taira yang
terdiri daripada golongan Tentera atau perwira dan menuntut hak keturunan
mereka daripada keluarga diraja. Dalam persaingan dan pertelingkahan antara
dua keluarga mi. ke.uarga Minamoto memenangi persaingan ini dan mereka
kemudiannya mengsaasKan Kesyogunan Kamakura.
20.2.4 Zaman Kamakura (1185-1331 M)
Kemuncak kepada persaingan dan pertelingkahan antara Keluarga Taira dengan
keluarga Minamoto ialah peperangan vang meie:ui paaa tahun 11SC hmgga
1185M. Dalam peperangan tersebut. keluarga Mmamoto memenangi
peperangan ini dan pemimpinnya Minamoto Yonmoro muncul sebagai pemimpin
yang paling berkuasa di Jepun. Tindakan pertama beliau ialah mendirikan ibu
negennya di Kamakura dan mewujudkan era baru dalam sejarah tamadun Jepun
iaitu Zaman Kamakura (1185-1331 M). Yoritomo membenarkan keluarga diraja
dan keluarga Fujiwara meneruskan kerajaan mereka di Heian. Pada tahun 1192,
beliau mengambil gelaran Sei-I-Taishogun (Panglima) dan ini merupakan bentuk
pemerintahan kediktaktoran tentera atau kesyogunan pertama di Jepun iaitu
Kesyogunan Kamakura. Kerajaan berbentuk tentera ini dikenali sebagai Bakufu
(Kerajaan Khemah).
Pada Zaman Kamakura, berlaku beberapa perubahan, pembaharuan dan
pencapaian penting terhadap pembentukan tamadun Jepun. Dalam bidang
politik, diperkenalkan pemerintahan berbentuk ketenteraan (Kesyogunan) dan
di waktu ini mulanya berakar umbi sistem feudal di Jepun. Dalam bidang
ekonomi, Kesyogunan Kamakura memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan ekonomi Jepun terutamanya berlaku peningkatan hasil
pengeluaran pertanian dan pembuatan serta penggunaan peralatan untuk
pertanian. Peningkatan hasil pertanian dan pembuatan ini mendorong kepada
lebihan hasil pengeluaran sehingga membawa kemunculan pasar-pasar dan
kedai-kedai, dan peningkatan kegiatan perniagaan. Peningkatan perniagaan
mendorong pertumbuhan ekonomi wang dan pertukaran wang, sehingga
membawa kepada urbanisasi (perbandaran) baru. Di samping itu, berlaku
peningkatan dalam aktiviti pertukangan tangan. Peningkatan dalam bidang
ekonomi, mendorong kemunculan pedagang-pedagang dan mereka ini
kemudiannya membentuk persatuan-persatuan perdagangan (guilds). Dalam
bidang kebudayaan, perkembangan dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa politik
yang terbahagi kepada dua iaitu pertama, Maharaja dan golongan bangsawan di
Kyoto meneruskan adat-adat tradisional aristokrasi. Keduanya, suatu jenis
kebudayaan baru sedang dipopularkan di kalangan golongan perwira,
terutamanya di Kamakura (Kesyogunan Kamakura). Di Kyoto, kegiatan kesenian
dan kesusasteraan berkembang pesat terutamanya kerana minat yang
ditunjukkan oleh golongan aristokrat terhadap puisi (waka) Jepun. Antara hasil
karya yang terkenal ialah antologi puisi-puisi Jepun berjudul Shin Kokin Wakashu
(Kokin Wakashu Baru) yang disusun pada tahun 1205; dan karya-karya Saigyo
(118- 1190) yang merupakan seorang sami dan penyajak terkenal. Kebanyakan
puisi ini diminati oleh golongan aristokrat. Manakala di kalangan orang
kebanyakan, diperkenalkan penulisan prosa bergaya baru dengan
menggunakan stall yang bersemangat. Antara karya tersebut ialah Heike
Monogatari (Cerita Keluarga Heike) yang memperihalkan kebangkitan dan
kejatuhan keluarga Taira pada tahun 1233. Perkembangan dalam bidang seni
lukis dan seni ukir memperlihatkan peranan penting golongan aristoktrat.
Lukisan atas gulungan kertas (e- makimono) dan lukisan potret merupakan seni
yang begitu terkenal dan penting. Unkei dan Kaikei merupakan dua pengukir
terkenal yang mengukir patung- patung Raja-raja Dewa (Kongo Rikishi).
Dalam bidang keagamaan, pada zaman ini muncul pelbagai mazhab agama
Buddha. Di kalangan golongan aristokrat, mazhab agama Buddha Tendai dan
Shingon kekal dan popular. Antara mazhab yang muncul ialah mazhab Jodo
(1175) yang diasaskan oleh Sami Honen (1132-1212) dan popular di kalangan
golongan kebanyakan; mazhab Jodo-Shinshu (Ikkoshu) yang diasaskan oleh
Shinran (1173-1262); mazhab Hokkeshu yang diasaskan oleh Nichiren (1222-
1283); dan mazhab Buddha Zen yang di bawa masuk ke Jepun semasa Zaman
Heian popular terutamanya di kalangan kelas perwira.
Pada tahun 1333, Kesyogunan Kamakura digulingkan oleh Maharaja Godaigo
(1288-1339) dengan sokongan beberapa jeneral iaitu Kusunoki Masashige
(1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashikaga Takauji (1305-1358).
Maharaja Godaigo gagal untuk mempertahankan kekuasaan dan pengaruh
keluarga diraja dan pada tahun 1335 digulingkan oleh Ashikaga Takauji.
20.2.5 Kesyogunan Ashikaga (1338-1533 M)
Pada tahun 1335, Ashikaga Takauji telah melancarkan pemberontakan dan
penentangan terhadap kerajaan diraja (Keluarga Imperial) yang dipimpin oleh
Maharaja Godaigo. Kejayaan menundukkan kuasa keluarga diraja mendorong
kepada Ashikaga Takauji untuk melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishogun pada
tahun 1338 dan mengasaskan Kesyogunan Ashikaga. Berbanding Kesyogunan
Kamakura, Kesyogunan Ashikaga dari segi politik gagal untuk mengenakan
kawalan sepenuhnya ke atas kelas tentera wilayah dan daimyo atau tuan-tuan
tanah feudal. Kegagalan mi akhirnya menyebabkan ia mengalami kemerosotan
dan akhirnya, Syogun Yoshiaki dipecat oleh Oda Nobunaga seorang daimyo
yang paling berpengaruh pada tahun 1753.
Pada zaman Kesyogunan Ashikaga, negara Jepun telah mengalami beberapa
perubahan, pembaharuan dan pencapaian dalam bidang ekonomi, kebudayaan
dan sosial, dan agama. Dalam bidang ekonomi, perubahan penting berlaku
dalam bidang pertanian dan perindustrian. Dalam bidang pertanian, setiap
tahun diusahakan dua jenis tanaman iaitu selepas penanaman padi ditanam
pula gandum atau barli, dan penggunaan kuda dan sapi untuk proses
penanaman; tanaman teh dan kapas ditanam secara besar-besaran dan
diperkenalkan sistem pengairan. Dalam bidang perindustrian, pembuatan dan
pengeluaran barangan tembikar dan perlombongan terutama emas, perak dan
tembaga semakin meningkat. Dalam bidang ekonomi, muncul organisasi-
organisasi yang serupa dengan persatuan (za) atau guilds yang berperanan
memonopoli pengeluaran dan pemasaran sebarang barangan. Pertumbuhan
ekonomi mi telah menggalakkan kemunculan persatuan-persatuan kewangan
(Tanomoshiko/Mujinko) dan pertumbuhan ekonomi wang. Ini meningkatkan
hubungan perdagangan di peringkat tempatan dan luar negeri.
Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dan pencapaian terutamanya
dalam seni bina, sent lukis, kesusasteraan dan sebagainya. Antara seni bina
penting ialah Pavillion Emas (Kinkaku) di Kitano, Kyoto dan Pavillion Perak
(Ginkaku) di Higashiyama, Kyoto yang dibina oleh Ashikaga Yoshimitsu dan
Ashikaga Yoshimasa. Mengenai seni lukis, muncul dua pelukis terkenal ialah
Tosa Mitsunobu dan Kano Motonobu. Mengenai kesusasteraan, muzik dan tarian
dipopularkan dalam Zaman Muromachi; Sarugaku (sejenis pengajuan komik)
dan Dengaku (sejenis tarian dan muzik) begitu popular di kalangan rakyat; No
iaitu drama menjadi popular di kalangan golongan aristokrat dan bangsawan
tempatan. Upacara teh (Cha-nu-yut) dan penyusunan bunga (Ikehana) menjadi
popular terutama di kalangan aristokrat. Dalam bidang agama, muncul
beberapa mazhab agama Buddha seperti Judo Shinshu yang begitu terkenal dan
biara- biara (terakoya) berkembang dengan pesat.
Secara umumnya, perubahan, pembaharuan dan pencapaian zaman
Kesyogunan Ashikaga ini merupakan warisan yang penting kepada tamadun
Jepun masa kini. Kemerosotan Kesyogunan Ashikaga menimbulkan huru-hara
politik untuk suatu jangka waktu yang dikenali sebagai Sengoku Jidai (era
peperangan).
20.2.6 Zaman Sengoku Jidai
Zaman Sengoku Jidai merupakan zaman yang penuh dengan persaingan dan
peperangan di kalangan daimyo-daimyo untuk merebut kekuasaan, pengaruh
dan keunggulan. Dan segi politik, zaman Sengoku Jidai merupakan zaman
ketidakstabilan politik yang penuh dengan perpecahan dan peperangan. la
berlangsung sekitar akhir kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Ketidakstabilan
politik ini akhirnya membawa kemunculan seorang pemimpin tentera yang
teragung iaitu Oda Nobunaga (1534-1582). Oda Nobunaga merupakan tokoh
yang berperanan penting ke arah penyatuan negara Jepun di samping seorang
tokoh agung lain iaitu Hideyoshi. Zaman Sengoku Jidai menyaksikan bagaimana
pemerintahnya, Oda Nobunaga menggalakkan hubungan kebudayaan dengan
orang-orang Eropah.
Dalam zaman ini, walaupun wujud ketidakstabilan politik tetapi kegiatan
ekonomi dan kebudayaan tetap berkembang terutamanya melalui peranan Oda
Nobunaga dan Hideyoshi. Dalam bidang ekonomi, pedagang-pedagang {chonin)
telah memperluas kegiatan perniagaan mereka ke seluruh negara Jepun dan
monopoli za atau persatuan-persatuan dipecahkan pada tahun 1568. Kedua-
dua pemimpin agung tentera ini menggalakkan perkembangan kegiatan
perdagangan. Mata wang syiling tembaga telah digunakan dengan meluas dan
dipertingkatkan pengeluaran emas, perak dan tembaga untuk memudahkan
percetakan syiling-syiling ini. Diperkenalkan pendaftaran tanah baru dan sistem
cukai tanah yang lebih tersusun.
Dalam bidang kebudayaan, pencapaian dalam seni bina dengan pembinaan
istana-istana yang indah antaranya Istana Fushimi, yang dalamnya
mengandungi pintu-pintu sorong (fusuma) dihiasi dengan lukisan-lukisan.
Muncul beberapa pelukis terkenal iaitu Kano Eitoku dan Kanu Sanraku yang
melukis penuh dengan kekayaan warna-warni dan kualiti kehidupan. Upacara
minum teh di kalangan orang Jepun begitu terkenal dan ini mendorong kepada
perkembangan kesenian tembikar, terutamanya membuat cawan dan teko
untuk upacara teh. Melalui hubungan kebudayaan dengan Barat terutama di
zaman Oda Nobunaga, pelbagai jenis barangan Barat diperkenalkan (tembakau,
jam, cermin mata, topi, seluar panjang, kerusi, roti) terutamanya oleh pedagang
dan pengembang agama Kristian. Bahasa Jepun diperkayakan
perbendaharaannya dengan menerima masuk istilah-istilah asing terutama dari
bahasa Portugis (roti [pao], seluar dalam [gibao], butang [botan] dan dalam
bahasa Jepun ialah pan, jihan dan botan); bahasa Sepanyol (jabon atau sabun
iaitu shabon dalam bahasa Jepun); dan bahasa Belanda (doek iaitu itik dan
zukku dalam bahasa Jepun). Dalam bidang agama, dasar Oda Nobunaga yang
menyambut baik dan membenkan perlindungan membolehkan mubaligh-
mubaligh Kristian dari pelbagai mazhab (Jesuit, Franciscan, Dominican)
menyebarkan agama ini ke seluruh Jepun. Menjelang tahun 1582, terdapat lebih
kurang 200 buah gereja dan hampir 150,000 penganut Kristian. Orang Jepun
yang memeluk agama Kristian terdiri dari kalangan petani dan golongan
daimyo. Namun begitu, beliau bersikap tegas dan keras terhadap beberapa
mazhab agama Buddha terutamanya mazhab Tendai dan mazhab Ikko dengan
matlamat untuk mengawal mazhab- mazhab ini. Berbeza dengan Hideyoshi,
beliau bertoleransi dengan mazhab- mazhab agama Buddha terutamanya
mazhab Tendai kecuali mazhab Ikko dan bertindak tegas terhadap penganut
Kristian. Antaranya ialah mengeluarkan undang-undang mengharamkan agama
Kristian dan mengarahkan semua paderi keluar dari Jepun, dan penganut
Kristian Jepun telah dianiaya. Namun begitu beliau menyambut baik kedatangan
pedagang-pedagang Portugis. Toleransi terhadap mazhab agama Buddha telah
mendorong agama ini berkembang pesat di Jepun.
Zaman Sengoku Jidai berakhir apabila salah seorang pemimpin tentera
agungnya, iaitu Hideyoshi mati pada tahun 1598 dan kekuasaan politik di bawah
pengaruh sekutunya, Tokugawa leyasu (1542-1616).
20.2.7 Kesyogunan Tokugawa (1603-1867 M)
Tokugawa leyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa
zaman SengokuJidai. Kematian Hideyoshi telah membuka ruang kosong kepada
politik Jepun. Ini membuka peluang kepada Tokugawa leyasu untuk menguasai
politik di antara tahun 1603 sehingga 1616 dan kemudiannya mengasaskan
Kesyogunan Tokugawa. Beliau merupakan pemimpin teragung di Jepun pada
kurun ke-17 dan Kesyogunan Tokugawa merupakan pemerintah kerajaan
tentera paling lama (1603-1867). Berbanding Oda Nobunaga dan Toyotomi
Hideyoshi, leyasu berjaya memenuhi tanggungjawab menyatukan Jepun
berbanding kedua- duatokohtadi.
Secara umumnya, pemerintahan Kesyogunan Tokugawa membawa zaman
kestabilan dan keamanan yang berlangsung selama hampir 200 tahun kepada
negara Jepun, dan mengamalkan sistem feudalisme. Dalam bidang politik dan
pemerintahan, selepas tahun 1630-an pemerintahan Kesyogunan Tokugawa
mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar pemencilan Jepun dengan
menutup pintu kepada dunia luar dan ia berlangsung hampir selama 200 tahun.
Dalam bidang ekonomi, sebelum tahun 1630-an pemerintahan Kesyogunan
Tokugawa telah menggalakkan perdagangan terutama dengan perdagangan
asing dan membuka pintu kepada kemasukan semula agama Kristian. Apabila
dasar pemencilan dilakukan, perdagangan asing telah diharamkan dan orang
asing diusir keluar. Mubaligh-mubaligh serta penganut agama Kristian Jepun
dihukum bunuh. Faktor utama membawa dasar pemencilan ialah kerana
tercetusnya Pemberontakan Shimbara (1637-1638) di Kyushu yang dianggap
oleh Bakufu sebagai pemberontakan penganut Kristian Jepun terhadap
pemerintahan Kesyogunan Tokugawa.
Dalam sistem sosial Bakufu, wujud pembahagian kelas masyarakat yang begitu
ketat iaitu di puncak piramid ialah golongan bangsawan (kuge), daimyo dan
Hatamoto. Golongan rakyat jelata dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu
pahlawan (samurai); kaum tani (Nomin); petukang {Shonin); dan saudagar
(Chonin). Golongan samurai Tokugawa menikmati kedudukan istimewa di
kalangan rakyat jelata. Dalam bidang pendidikan, masyarakat Tokugawa
merupakan golongan berpelajaran. Bakufu dan tuan-tuan tanah mendirikan
sekolah-sekolah elit untuk anak-anak samurai, dan terdapat hampir 60,000
sekolah-sekolah kampung (terakaya) didinkan terutama untuk menampung
keperluan pendidikan anak-anak petani. Di peringkat ini, kemahiran-kemahiran
asas iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan sukatan utama.
Pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku dan kajian terhadap buku-buku
klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dilakukan yang juga mendapat sokongan
daripada golongan daimyo. Dalam bidang kesusasteraan, muncul beberapa
tokoh sastera dan penyair-penyair yang agung antaranya Chikamatu
Monzaemon (pengarang drama), lhara Saikaku (penulis novel) dan Matsuo
Basho (pakar haiku atau pantun tujuh belas suku kata). Di samping itu, muncul
seorang sejarawan Jepun yang terkenal iaitu Aral Hakuseki yang menulis sebuah
karya berjudul Koshitsu (Suatu Tinjauan Penulisan Sejarah Purba). Seni lukis
terutamanya ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki dan sebagainya berkembang pesat
dan di antara pelukis terkenal ialah Hishikawa Moronobu pengasas sekolah sem
lukis ukivo-e.
Kesyogunan Tokugawa mengalami zaman kemerosotan dan keruntuhan
berikutan sistem politik dan pemerintahan Bakufu yang dianggap semakin
lemah kerana masalah-masalah dalaman termasuk penentangan yang
menggunakan slogan 'SonnoJoi' iaitu 'Junjung Maharaja: Usir Orang-orang Gasar'
(orang-orang asing). Ini ditambah dengan masalah-masalah luaran terutamanya
dengan kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Jepun. Akhirnya, kerajaan berbentuk
tentera ini runtuh pada tahun 1867 dan secara langsung menamatkan sistem
feudalisme. Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa telah membuka ruang kepada
proses pemodenan Jepun melalui dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) dengan
pengembalian atau pemulihan kuasa kepada Maharaja Jepun.
20.2.8 Zaman Meiji (1868-1912 M)
Dengan kejatuhan Kesyogunan Tokugawa, suatu peristiwa penting berlaku di
negara Jepun iaitu Pemulihan Meiji pada tahun 1868. Matlamat utama
pemulihan ini ialah untuk mengembalikan semula Maharaja kepada
kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi
dan bersesuaian dengan keturunannya dari Dewi Matahari. Maharaja Meiji
berusia 16 tahun ketika berlangsungnya peristiwa ini maka itu beliau hanyalah
merupakan ketua negara yang simbolik kerana kepimpinan kerajaan dikuasai
oleh beberapa pemimpin samurai muda terutama dari suku kaum Satsuma dan
Choshu atau oligarki Sat- cho. Pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji menyedari
bahawa kedatangan kuasa- kuasa Barat merupakan suatu ancaman kerana
dasar imperialisme mereka. Bagi menghadapi ancaman ini, pemimpin-pemimpin
Pemulihan Meiji bermatlamat untuk menjadikan kerajaan baru sebuah negara
yang kaya (ekonomi) dan tentera yang kuat (Fukoku Kyohei) di samping
memodenkan negara tersebut.
Untuk mencapai matlamat tersebut, dasar pemodenan dilaksanakan iaitu yang
meliputi pembentukan semula institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial
menurut garisan panduan dari Barat. Langkah pertama ke arah modenisasi
Jepun ialah sistem feudalisme dihapuskan. Dengan pemansuhan sistem
feudalisme maka beberapa dasar mengenainya diperkenalkan iaitu semua
tanah diserahkan dan merupakan hak milik diraja; memansuhkan tentera feudal
dan memperkukuhkan tentera pusat; negara Jepun dibahagi-bahagikan menurut
daerah (Ken); mengambil alih beban hutang semua daimyo dan Han (kerajaan
bawah kuasa feudal); penghapusan sistem atau hierarki sosial ketat terutama
menghapuskan sistem kelas; memperkenalkan sistem kerahan tentera moden.
Dalam bidang ketenteraan, angkatan tentera darat dan laut dipermodenkan
menurut cara Barat dengan memperkenalkan industri persenjataan moden;
sistem kerahan tentera moden; dan latihan-latihan ketenteraan melalui
penubuhan akademi-akademi tentera. Dalam bidang perundangan,
diperkenalkan beberapa pembaharuan untuk membentuk suatu sistem undang-
undang moden. Sistem undang-undang moden amat penting untuk
diperkenalkan kerana ia merupakan syarat mutlak bagi mengkaji semula
perjanjian-perjanjian yang dianggap berat sebelah, iaitu perjanjian antara Jepun
dengan kuasa-kuasa Barat sekitar tahun 1850-an dan 1860-an di samping untuk
memenuhi perkembangan kapitalisme (industri). Pada tahun 1873, kerajaan
Jepun telah melantik seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de
Fontarabe sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan. Peraturan dan
sistem undang-undang moden telah berjaya menghapuskan perjanjian-
perjanjian berat sebelah dan membentuk sebuah masyarakat industri moden.
Bagi mencapai matlamat pembentukan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi
dan ketenteraan yang moden maka bidang pendidikan dibenkan tumpuan
penting oleh pemimpin-pemimpm Pemulihan Meiji. Pendidikan merupakan alat
transformasi untuk mencapai matlamat mi dan kesannya, sistem pendidikan
berbentuk moden diperkenalkan. Kerajaan Jepun telah menghantar pelajar-
pelajarnya ke seberang laut untuk mempelajari bidang pentadbiran, sains dan
teknik perindustrian Barat dan mengambil sejumlah besar pakar untuk
mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871
ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem pendidikan yang seragam. Pada
tahun 1886, ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo yang merupakan pusat
pendidikan tertinggi di Jepun. Universiti ini juga berperanan sebagai sekolah
latihan dalam perkhidmatan aw am (pentadbiran), pusat pendidikan dan pusat
penyelidikan. Sistem pendidikan Jepun menekankan kepatuhan dan
penghormatan terhadap Maharaja dan negara (nasionalisme), pendidikan
berorientasikan Barat dan pendidikan moral (etika Kung Fu Tze). Proses
modenisasi dilaksanakan dalam bidang komunikasi yang meliputi perhubungan
dan pengangkutan. Dalam bidang perhubungan, diperkenalkan penggunaan
telegraf yang jauh lebih pesat berbanding dengan pembinaan landasan keretapi
dan menjelang tahun 1880, hampir semua bandar-bandar besar memiliki sistem
perhubungan moden ini. Dalam bidang pengangkutan, diperkenalkan
pengangkutan kereta api melalui pembinaan landasan-landasan kereta apt
untuk mengangkut penumpang dan barangan ekonomi. Menjelang tahun
1881,Jepun sudah memiliki landasan kereta api sepanjang 26 batu, dan
landasan kereta api antara Kyoto-Otsu (1880) dibina sepenuhnya oleh jurutera-
jurutera Jepun. Ini membuktikan dari segi komunikasi, ianya sudah mencapai
taraf atau melebihi taraf sebuah negara Barat.
Dalam bidang kebudayaan, berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu
seni lukis, seni muzik, seni drama dan lain-lain. Seni lukis tradisional Jepun
dipulihkan dan diperbaharui; lukisan minyak menjadi semakin terkenal dan
lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati
pelukis-pelukis Jepun. Seni muzik gaya Barat iaitu instrumental dan vokal
menjadi semakin terkenal; piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik;
dan tarian-tarian Barat antaranya tarian ballroom. Alat-alat muzik tradisional
antaranya shakuhachi, koto dan samisen dan gaya muzik tradisional Jepun iaitu
gagaku telah dihidupkan semula dengan gabungan antara seni muzik tradisional
dengan Barat. Mengenai seni drama, kabuki zaman Edo yang diminati oleh
golongan saudagar-saudagar (kelas terendah struktur sosial) telah mengalami
perubahan penting dan seni drama ini mendapat penghormatan sosial yang
tinggi di zaman Meiji. Drama Kabuki mengalami perubahan-perubahan lain
dalam bentuk peralatan dan muzik, struktur panggung dan teknik penggunaan
lampu. Selain itu diperkenalkan pementasan sandiwara gaya Barat iaitu
Shingeki. Seiring dengan perkembangan Kabuki, industri perfileman
berkembang pesat dengan filem-filem bisu di peringkat awal. Industri
perfileman mencapai kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera
moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, 'prop' dan sebagainya.
Dalam bidang kesusasteraan, berlaku beberapa perubahan dan pengenalan
kepada beberapa aliran kesusasteraan baru. Di peringkat awal Pemulihan Meiji,
minat terhadap kesusasteraan Barat semakin meningkat sehingga mendorong
kepada penterjemahan karya-karya Barat termasuk terjemahan berbentuk
biografi tokoh-tokoh Barat seperti Homer, Shakespeare, Voltaire, Rousseau dan
lain-lain. Antara karya yang diterjemahkan lalah Pilgrim's Progress, The Bible
(Old Testament) dan Social Contract. Melalui karya-karya terjemahan mi,
masyarakat Jepun terutama golongan elit telah terdedah dengan idea-idea
Barat, ilmu pengetahuan dan sains, pemikiran politik, kebudayaan dan sosial,
pendidikan dan sebagainya. OdaJunichiro merupakan penterjemah terkenal
yang menerima pendidikan dari University of Edinburgh (Scotland). Kegiatan
penterjemahan telah membawa kepada perkembangan bentuk kesusasteraan
baru yang menggunakan perbendaharaan bahasa Jepun iaitu gembun itchi oleh
penulis-penulis novel. Antara tokoh terkenal ialah Futabatei Shimei dengan
karya terjemahannya berjudul Rendezvous (1889). Berdasarkan penterjemahan
buku-buku Barat, maka bahasa Inggeris merupakan bahasa asing terpenting di
zaman Pemulihan Meiji. Tokoh-tokoh kesusasteraan lain yang terkenal ialah
Baba Tatsui, Kanagaki Robun, Kawashima Chunosuke, Suyehiro Tetcho, Sudo
Nansui, dan lain-lain. Terdapat penulis-penulis Jepun yang mengilhamkan
pemikiran politik dan sistem politik Barat antaranya Fukuzawa Yukichi, Kato
Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. Idea-idea dan pemikiran politik Fukuzawa Yukichi
mengenai pemodenan telah menjadi panduan dan semangat kepada pemimpin-
pemimpin Pemulihan Meiji. Idea-idea pemikiran dan teori- teori ekonomi yang
membawa kepada doktrin laissez-faire (perdagangan bebas) telah dipelopori
oleh Taguchi Ukichi, melalui penulisannya berjudul Dasar Ekonomi (Keizai Saku)
pada tahun 1882. Di negara Jepun juga, berlaku perkembangan
persuratkhabaran. Akhbar harian pertama dalam bahasa Jepun ialah Nisshin
Shinjishi (Reliable Daily News). Penerbitan akhbar menggunakan mesin cetak
yang diimport dan ini memperkenalkan industri pencetakan di Jepun. Menjelang
tahun 1875, terdapat sejumlah lebih 100 jenis surat khabar dan majalah berkala
dicetak di Jepun.
Untuk memperkukuh semangat nasionalisme dan membma sebuah masyarakat
yang mantap terutama dalam menghadapi pengaruh negatif dari Barat maka
pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji berpendapat suatu ideologi negara perlu
dibentuk. Diperkenalkan ideologi rasmi Kokutai berhubungkait dengan
kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan
dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang dianggap suci.
Kokutai telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat yang
memudahkan pemodenan negara Jepun. Pemimpin-pemimpin Jepun telah
mewujudkan asas kerohanian bagi masyarakat dan kerajaan dengan
memperkenalkan agama rasmi iaitu bentuk Shinto Negara. Sebelum
diperkenalkan Shinto Negara, Shintoisme merupakan suatu sistem agama purba
yang mempunyai empat bentuk iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto),
Shinto Tempat-tempat Suci ffinja Shinto), Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan
Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Perkembangan agama Buddha telah disekat oleh
pemimpin- pemimpin Pemulihan Meiji bagi membolehkan kerajaan member!
keutamaan kepada Shinto Tindakan keras dilakukan terhadap agama Buddha
antaranya mengeluarkan kitab-kitab suci Buddha dan patung-patung dari
tempat suci Shinto untuk dibakar dan dihanyutkan. Namun begitu kemudiannya,
pemimpin- pemimpin Buddha dapat memujuk kerajaan untuk mengubahsuaikan
dan melonggarkan dasar-dasar yang keras terhadap agama Buddha.
Berbanding dengan agama Buddha, ajaran Kung Fu Tze (Konfusianisme)
memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memperkukuhkan nilai-
nilai tradisional yang memberikan rangka etika dan ideologi, membawa kepada
kesedaran moral. Ajaran Kung Fu Tze dapat bergabung dan berharmoni dengan
Shinto Negara. Agama Kristian telah diberikan kebebasan semula untuk
berkembang dengan menubuhkan pusat-pusat keagamaan iaitu di Nagasaki
(Khatolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Gereja Ortodoks
Greek) pada tahun 1870-an; pembukaan sekolah-sekolah agama Kristian oleh
mubaligh- mubaligh; dan pencetakan majalah-majalah agama Kristian.
Perkembangan agama Kristian terhalang kemudiannya dengan kemunculan
beberapa persatuan atau kumpulan berfahaman nasionalis seperti Nippon-sin
(The Japanese), Nippon Kokkyo Daido-sha (Persatuan Cara Agung, Agama
Kebangsaan Jepun). Persatuan dan kumpulan ini bertekad dan bermatlamat
untuk menyanjung tradisi serta warisan negara dengan mengetepikan pengaruh
kebuuayan Barat.
Secara umumnya, dasar Pemulihan Meiji (1868-1912) telah membawa negara
Jepun ke arah matlamat sebuah negara perindustrian yang kaya dan memiliki
kekuatan angkatan tentera (politik) yang dianggap moden. Pencapaian dalam
pelbagai bidang terutamanya melalui hubungan dengan Barat mendorong
kepada pemodenan negara Jepun. Natijahnya, ini meletakkan Jepun sebagai
negara tunggal di Asia yang muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dan
ketenteraan, setaraf dan dapat menyaingi kuasa-kuasa Barat.
20.3 PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT JEPUN DAN SUMBANGAN AGAMA
DALAM PEMBINAAN TAMADUN JEPUN
Dalam tamadun Jepun, terdapat pelbagai agama yang wujud dan yang
terpenting ialah Shintoisme iaitu agama purba yang telah wujud sejak 2,000
tahun dahulu. Agama Buddha dan Konfusianisme pula mempengaruhi corak
kerohanian dan kehidupan sosial orang Jepun sejak kurun ke-6 lagi. Manakala
agama Kristian, memberikan dampak ke atas kebudayaan dan keintelektualan
sejak diperkenalkan pada tahun 1549 dan kembali semula pada kurun ke-19.
Dalam konteks ini, kehidupan tradisi, pertemuan dan interaksi telah membawa
kepada proses pinjam-meminjam dan pengaruh-mempengaruhi antara satu
sama lain sehingga membawa penggabungan dan pembentukan tamadun Jepun
baru.
Ciri-ciri kebudayaan ini juga disumbangkan melalui faktor geografi negara
Jepun. Jepun merupakan sebuah negara kepulauan dan dikelilingi oleh lautan
tetapi mempunyai hubungan yang berkekalan dengan China sejak zaman purba
lagi. Kedudukan yang jauh antara kedua-dua negara ini tidak menghalang
kemasukan pengaruh kebudayaan Cina sama ada secara langsung atau tidak
langsung tetapi tidak dari segi ketenteraan dan kawalan kuasa politik dari China
terutama semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa. Pemerintah Jepun
menjalankan dasar menghalang dan mengawal sebarang bentuk kemasukan
unsur-unsur budaya asing, dan ini menyumbang kepada proses mencerna dan
menyesuaikan apa yang diterima. Dasar pengasingan dan bentuk geografi
Jepun telah mencorakkan pembinaan budaya yang istimewa walaupun terdapat
pengaruh dari kebudayaan Cina dan berjaya mengekalkan identiti budaya yang
berterusan sehingga masa kini.
20.3.1 Pandangan Semesta
Mengenai kepercayaan di kalangan orang Jepun, digambarkan seolah-olah
wujudnya dua konsep ketuhanan. Konsep pertama, mengenai entiti kuasa luar
biasa yang memberikan pemeliharaan, menjaga dan mengasihi. Antaranya
termasuklah konsep syurga dan dunia Konfusianisme, Amida dewa-dewa
Shintoisme, dewa-dewa tempatan dan nenek moyang. la dibayangi pula di
dalam kekuasaan politik serta keibubapaan. Upacara keagamaan yang
diamalkan terhadap entiti ini adalah dengan bercirikan penghormatan iaitu
mengharapkan restu dan membalas segala pemberian. Konsep kedua, adalah
lebih sukar untuk dijelaskan. la mungkin dianggap asas kepada kejadian atau
realiti bagi asas dalaman. la dapat dilihat sebagai Tao oleh orang Cina; Neo-
Konfusianisme Li, yang kebiasaannya diterjemahkan sebagai 'taakulan' dan Hsin
atau hati dan pemikiran. Li pula terdapat dalam konsep Buddha-alam semula j
adi dan Kami, Shintoisme iaitu di dalam interpretasi falsafahnya. Kedua-dua
konsep ketuhanan ini tidaklah seharusnya dianggap saling bersaing dan
sekiranya terdapat sedikit konflik keagamaan ia akan diselesaikan dengan teori
tahap kebenaran iaitu konsep ketuhanan. Hanya terdapat beberapa bentuk Zen
yang dianggap ekstrim yang tidak menenma pandangan semesta ini. Mazhab-
mazhab dan tanah asal iaitu negara China yang menekankan kepercayaan
kepada Amida iaitu Dewa dalam pandangan semesta ini masih boleh menerima
interpretasi metafizik. Kebanyakan mazhab dan pergerakan kebangsaan
menekankan kombinasi kedua- dua konsep ini.
Dalam konteks ini, manusia menerima restu daripada tuhan, alam semula jadi,
kuasanya dan manusia akan menjadi tidak berdaya tanpa mendapat restu ini.
Manusia adalah mikrokosmos manakala tuhan dan alam semula jadi adalah
makrokosmos. Manusia dianggap sebagai dunia dan syurga kecil, di dalam diri
manusia terdapat Buddha alam semula jadi atau Tao atau Li atau hati yang
sebenar {hoshin, ryoshin) sama seperti Li.. Dalam erti kata lain, keadaan
manusia semula jadi akan dicemari oleh kekotoran daripada sifat
mementingkan diri dan nafsu. Agama-agama di negara Jepun kecuali Shintoisme
telah diperkenalkan dan masuk ke Jepun sejak zaman purba lagi iaitu sejak
terbentuknya interaksi antara tamadun Jepun dengan tamadun Cina sama ada
melalui Semenanjung Korea, dan kemudiannya bennteraksi dengan tamadun
Barat. Interaksi antara tamadun membolehkan pengenalan kepada unsur-unsur
yang terdapat pada sesuatu tamadun, ini termasuklah agama. Kemasukan
Buddhisme, Konfusianisme serta Kristian tidaklah diterima dengan bulat-bulat
oleh masyarakat. Sebaliknya, masyarakat Jepun telah menapis atau menyaring
dan menerima unsur-unsur yang dianggap bersesuaian dengan keperluan dan
kepentingan masyarakat.
20.3.2 Agama Shinto
Masyarakat Jepun telah mempunyai kepercayaan agama purba iaitu Shinto
(cara Tuhan-tuhan [The Way of the Gods]) atau Kami-no-Michi wujud lebih awal
berbanding agama Buddha dan Konfusianisme di Jepun. Agama ini dianggap
sebagai agama peribumi yang tidak memiliki doktrin-doktrin falsafah dan
prinsip-prinsip moral sebagaimana agama Buddha; tidak mempunyai pengasas
atau guru-guru atau wali-wali; dan tidak mempunyai kitab suci. Tidak terdapat
dokumen-dokumen atau rekod-rekod khas bertulis mengenainya kecuali
beberapa sumber berbentuk kompilasi (kutipan) dalam Kojiki (Tulisan Mengenai
Peristiwa-peristiwa) pada tahun 712, Nihonshoki (Susurgalur Jepun) padatahun
720, Kogoshu (Petikan Daripada Ungkapan-ungkapan Purba) pada tahun 807
dan Engishiki (Upacara Era Engi) pada tahun 927.
Pandangan semesta Shinto adalah sama sebagaimana dengan pandangannya
terhadap manusia iaitu manusia itu adalah baik dan tidak ada istilah dosa di
dalam kehidupannya. Shinto meletakkan dunia sebagai tumpuan utama tetapi
tidak menafikan kewujudan dunia lain. Menurut legenda purba Jepun, Kami iaitu
Dewi Amaterasu menjadikan atau mewujudkan bumi Jepun dengan tanah yang
baik dan diperintah olehnya untuk selama-lamanya. Terdapat tiga dunia lain
iaitu Takama no hara (syurgd), Yomi no kuni (dunia bawah/neraka) dan
Tokayonokuni (dunia).
Dalam bentuk asalnya, Shinto merupakan suatu jenis pemujaan terhadap alam,
pemujaan terhadap roh nenek moyang dan sebagainya, dan dianggap tidak
merupakan agama yang teratur. Agama Shinto memiliki banyak tuhan dan
setiap golongan (suku) atau Uji memuja satu tuhan. Di dalam peperangan,
golongan yang memenangi peperangan, tuhannya akan disembah dan menjadi
penting manakala golongan yang kalah, tuhan yang dipuja akan berkurangan
kepentingannya. Penyatuan masyarakat Jepun semasa pemerintahan Yamato
telah membawa kepada penggabungan dalam satu polisi keagamaan dengan
mitos dan sistem upacara seluruh negara bertumpu kepada Dewi Matahari.
Tuhan-tuhan agama Shinto dikenali sebagai Kami dan dalam konteks ini, Kami
merujuk kepada Dewi Matahari yang merupakan nenek moyang kepada
keluarga diraja Jepun.
Pada zaman purba, sehingga tahun 550 M, tidak terdapat agama sebagai
sebuah institusi. Ketika itu, yang wujud ialah himpunan legenda-legenda yang
diperturunkan dari generasi ke generasi mengenai asal-usul pembentukan
negara Jepun dan Maharaja itu sebagai Tuhan. Terdapat pelbagai Kami yang
berbeza tetapi mempunyai beberapa ciri persamaan iaitu pertama, Kami tidak
mempunyai bentuk. Untuk menjelmakannya ia perlulah diseru dan ianya
menjelma dalam bentuk yang bersesuaian. Bentuk ini dikenali sebagai Yorishiro
yang biasanya berbentuk kurus dan panjang seperti pokok, batu berbentuk
panjang dan seumpamanya. Anak patung terawal bukanlah sebagai alat
permainan tetapi ia merupakan tempat persinggahan sementara bagi Kami.
Sesetengah orang dianugerahkan sebagai pengantara antara Kami dengan
manusia yang biasanya terdiri dari kaum wanita yang disebut Miko. Kedua, Kami
tidak mempunyai moral yang mempunyai kuasa dan bertindak balas sama ada
disukai atau tidak oleh manusia, berdasarkan kepada layanan atau tindakan
manusia terhadap mereka. Sekiranya manusia melayani dengan baik iaitu
dengan upacara-upacara yangteratur, pemberian-pemberian dan pemujaan
yang penuh khusyuk, Kami ini akan membalas dengan restu di dalam bentuk
hasil tuaian (pertanian) yang baik, perlindungan dari kebakaran, penyakit dan
sebagainya. Begitu juga sebaliknya, manusia akan terdedah kepada
pencemaran dan dikenakan sumpahan (tatari). Ketiga, Kami menetap di
dunianya yang tersendiri dan hanya melawat manusia pada musim-musim
tertentu. Matsuri merupakan upacara Shinto yang paling asas. Keempat,
kebanyakan daripada Kami tidak menyukai darah, kekotoran dan kematian.
Manusia yang mengalami luka atau kecederaan berdarah, wanita yang
melahirkan bayi serta wanita yang dalam keadaan haid dan yang menghadapi
kematian mestilah menjauhi daripada Kami. Dan akhirnya, Kami digunakan
untuk merestui kepentingan kebendaan (material). Sesetengah Kami dipohon
untuk pelbagai permintaan, ada Kami yang dipohon untuk pembenan yang
tertentu, memulihkan daripada penyakit, mengatur perkahwinan yang bahagia
dan berbagai-bagai permohonan lagi.
Sejak Zaman Heian dan zaman seterusnya, Shintoisme telah dipertemukan
dengan Buddhisme. Pertemuan antara dua fahaman agama ini membawa
kepada sistem kepercayaan saling melengkapi, iaitu Shintoisme memuja Kami
dan melalui Buddhisme diserapkan nilai etika dan moral. Shintoisme tidak
mempunyai nilai etika dan moral; dan kekurangannya dilengkapi dengan nilai
etika dan moral dalam Buddhisme. Sesetengah sistem berusaha untuk
menyerapkan falsafah dan doktrinnya kepada percampuran kebudayaan ini.
Antaranya membawa kepada pembentukan doktrin Honjisuika, iaitu
menerangkan Kami sebagai manifestasi sementara Buddha yang sebenar atau
Boddhisatva. Pemujaan terhadap Kami tidak berbeza dengan cara memuja
Boddhisatva. Semasa zaman pemerintahan Kesyogunan Tokugawa, Shintoisme
telah bertentangan arah dengan Buddhisme, dan beberapa pemikiran cuba
untuk menyesuaikan Shinto dengan Neo-Konfusianisme, dimulakan oleh
Hayashi Kazan pada awal kurun ke-17 Masehi.
20.3.3 Pengaruh Agama Buddha
Buddha menyatakan dunia adalah tidak wujud dan ianya penuh dengan
penderitaan. Menurutnya, penderitaan wujud kerana nafsu daripada dalam diri
manusia. Dengan mengetahui punca-punca penderitaan ini, manusia akan
mengenali diri sendiri dan dunia, dan dengan ini penderitaan akan berakhir. Di
dalam ajaran Buddhisme, untuk memadamkan ilusi-ilusi adalah dengan kembali
semula kepada dharma Buddha dan ajarannya. Buddhisme di negara Jepun
memperlihatkan dua aspek yang berbeza iaitu ianya menyediakan atau
membentuk kepada dua golongan masyarakat. Pertamanya, golongan yang
berkesanggupan untuk menerima satu agama yang penuh dengan disiplin dan
kedua, golongan majoriti yang tidak mempunyai aspirasi sebenar untuk
menerima ajaran Buddhisme.
Buddhisme telah memberikan dua sumbangan terpenting kepada ketamadunan
Jepun dari sudut kepercayaan dan keagamaan. Pertamanya, kebanyakan kuil
mazhab memperolehi pendapatan daripadajampi-jampi untuk menyembuhkan
penyakit, memohon keselamatan daripada kemalangan dan mendapatkan jodoh
yang baik. Kedua, sumbangan dalam urusan kematian, sama ada dari segi
praktikal dan kerohanian. Oleh sebab Shinto tidak menyukai kekotoran dan
pencemaran termasuklah kematian, maka Buddhisme diperlukan untuk
memenuhi kekurangan atau keperluan ini dan dapat mengisi keperluan
kerohanian orang Jepun. Sejumlah kecil orang Jepun dapat menerima ajaran
Buddhisme mengenai dunia yang penuh dengan penderitaan, iaitu Buddhisme
mempunyai kaedah-kaedah atau amalan kerohanian dengan tanggapan ianya
akan membawa kesedaran. Di dalam Shintoisme tidak wujud istilah-istilah
mengenai moral, sebaliknya Buddhisme memperkenalkan istilah-istilah moral
mengenai konsep belas kasihan, kebijaksanaan, mengasihani dan tain-lain yang
berkaitan dengan kerohanian (spiritual).
Pengenalan dan kemasukan Buddhisme ke Jepun melalui Semenanjung Korea
membawa bersama-sama dalam bentuk separuh magis. Kemasukan agama ini
membawa bersama-sama sutra iaitu ianya menjanjikan perlindungan kepada
sesuatu negara sekiranya ia dianuti dengan penuh ketaatan dan berdisiplin.
Buddhisme dapat diterima oleh pihak istana atau keluarga diraja Jepun dalam
jangka masa pendek dan diterima kemudiannya sebagai agama rasmi negara.
Sejak pemerintahan Putera Shotoku Taishi pada akhir kurun ke- 6 sehinggalah
kepada pemerintahan Maharaja Showa pada pertengahan kurun ke-9, beliau
mengarahkan supaya kuil-kuil Buddha dibina di setiap wilayah di negara China.
Pada kurun ke-9 iaitu di Zaman Heian, apabila ibu kota berpindah ke Kyoto,
Buddhisme telah bertapak dengan lebih kukuh untuk berkurun-kurun lamanya.
Aspek paling penting sekali adalah berlakunya proses penyesuaian dengan
Shintoisme. Kami menjadi penjaga masyarakat tempatan dengan mempunyai
tempat pemujaan di dalam kuil Buddhisme. Sistem doktrin yang lebih tersusun
diwujudkan iaitu Kami dimasukkan ke dalam manifestasi sementara Buddha dan
Bodhisattva sendiri kepada agama yang semakin terkenal ini. Perkembangan ini
bermula dengan ketibaan dua mazhab Buddha dari negara China iaitu mazhab
Tendai dan Shingon.
Perkembangan Buddhisme di zaman pertengahan dan penerimaan penduduk
tempatan terhadap pengajaran yang kurang kompleks telah memberi harapan
dalam penyelesaian masalah masyarakat Jepun. Bencana alam yang berlaku
telah menyakinkan mereka bahawa ianya berpunca daripada sikap tidak
mengambil peduli masyarakat sertapegangan agama yang lemah, ini
kemudiannya telah membawa Buddhisme kepada bentuk yang baru.
Penyembahan dan ketaatan kepada kuasa Buddha Amida untuk
menyelamatkan penganutnya daripada kematian dan membawa ke syurga
merupakan agama yang telah diterima sejak kurun ke-11 di istana lagi. Aliran
Amidisme ini adalah hampir kepada agama monoteistik iaitu mempercayai
kepada kewujudan syurga dan matlamat utama adalah kehidupan selepas mati.
Pada kurun ke-14 sehingga kurun ke-19, mazhab Buddha Zen telah berkembang
di bawah naungan pemerintah dan telah mempengaruhi semua bentuk kesenian
dan budaya. Mazhab-mazhab Buddha yang begitu popular dan terkenal mula
bersaing antara satu sama lain dan akibatnya membawa kepada pertelingkahan
dan peperangan. Antaranya ialah mazhab Tendai yang menentang pemerintah
dengan menggunakan tindakan bersenjata. Apabila Kesyogunan Tokugawa
memerintah pada kurun ke-17, ia telah meletakkan Buddhisme sebagai suatu
institusi di bawah pengawasan kerajaan. Melalui Pemulihan Meiji pada akhir
kurun ke-19, ia telah memberikan sedikit kelonggaran. Namun begitu
semasapemerintahan awal Meiji, Buddhisme telah menghadapi zaman
kegelapan kerana Shintoisme telah dijadikan agama rasmi negara.
20.3.4 Pengaruh Falsafah Konfusian dan Taoisme
Konfusianisme mengandungi nilai-nilai moral, budaya dan ajaran-ajaran politik
tradisi yang berakar-umbi dari China tradisi. Falsafah ini mengambil sempena
nama pengasasnya iaitu Kung Fu Tze (551-479SM). Kung Fu Tze (Konfusius)
melalui Konfusianisme menyatakan bahawa penyelesaian dalam diri merupakan
pencapaian yang terbaik untuk kerohanian di dalam konteks sosial berhierarki.
Iaitu melalui penguasaan terhadap kod tingkah laku, nilai moral dan budaya
dalam pembinaan diri, dan amalan bertanggungjawab dalam pentadbiran
berasaskan merit atau kepentingan. Konfusianisme menekankan kepada
kepentingan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya dalam menghormati orang
yang lebih tua dan mengenai nilai-nilai pendidikan. Konfusianisme turut
menjelaskan mengenai keadaan masyarakat dari perspektif kekuasaan dan
pengaruh politik, tetapi beliau juga seorang humanis yang percaya terhadap
kemuliaan, kualiti asas dan autonomi individu yang terhad. Dengan ini,
Konfusianisme mengandungi kedua-dua potensi untuk mempertingkatkan
humanistik, egalitarian dan nilai-nilai meritokratik, dan peraturan-peraturan
politik birokratik. Unsur-unsur humanisme lebih diberi penekanan oleh anak
murid Konfusius iaitu Mencius yang telah memperkembangkan lagi ajaran
Konfusius terutamanya bidang moral politik.
Konfusianisme semasa pemerintahan dinasti Han dan Tang iaitu sebelum tahun
1600 Sebelum Masehi telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke Jepun melalui
Semenanjung Korea, berkemungkinan pada kurun ke-5 Masehi.
Konfusianisme, pengaruhnya dapat dilihat pada zaman awal pembangunan
Jepun, iaitu dalam bidang konsep-konsep politik dan etika. Di dalam
Perlembagaan Tujuh Belas Artikel oleh Putera Shotoku Taishi, teks dan idea-
idea Konfusianisme digunakan dalam hierarki dan birokratik di bawah
pemerintahan Maharaja Jepun. Pemikiran Konfusianisme juga merupakan
inspirasi di dalam pembaharuan-pembaharuan Taika. Zaman Pertengahan
dalam sejarah tamadun Jepun menunjukkan ianya didominasi oleh Buddhisme.
Pada masa yang sama di negara China, Konfusianisme kembali semula dengan
perubahan-perubahan terutama penumpuan dan pembaharuan di dalam
perkara yang berkaitan dengan individu. Neo-Konfusianisme memperteguhkan
lagi sosial dan objektif politik tradisi purba, serta memberi metodologi self
cultivate yang menuju kepada identifikasi mistikal. Neo-Konfusianisme terbahagi
kepada dua cabang iaitu pertama, SekolahJu Xi (1130-1200) yang menekankan
pengajian teks klasik dan keduanya, golongan idealis yang menekankan
terhadap autonomi individu. Teks Neo-Konfusianisme ini berkemungkinan
dibawa ke Jepun pada kurun ke-13. Konfusianisme tidak berkembang sendiri
pada Zaman Pertengahan. la dikembangkan oleh sami-sami Zen dan
digambarkan sebagai ajaran yang memberi manfaat dan membawa kepada
penganut-penganut kepada pemahaman Buddhisme yang benar.
Kestabilan negara Jepun di bawah pemerintahan Kesyogunan Tokugawa telah
memberi suasana yang lebih baik kepada Konfusianisme dan ketika itu, tradisi
disebarkan dengan meluas sekali tetapi ianya hanya mempengaruhi sedikit
sahaja struktur institusi politik yang dinaungi oleh pemerintah, baik oleh Bakufu
atau pentadbiran Daimyo-daimyo. Ramai Daimyo-daimyo menggajikan
penasihat Konfusianisme untuk mengajar dan menjalankan upacara-upacara
bersifat kerohanian. Semasa zaman Pemulihan Meiji (1868-1912),
Konfusianisme telah diabaikan dan digambarkan dengan nama atau imej yang
buruk. Walau bagaimanapun, etika-etika Konfusianisme tetap digunakan semula
sebagai elemen-elemen penting di dalam sistem ideologi yang dikenali sebagai
Tennosei, sistem maharaja. Usaha-usaha dilaksanakan untuk menggabungkan
perintah- perintah Meiji dengan nilai-nilai moral Konfusianisme. Terutamanya
yang berkaitan dengan kesetiaan dan kelakuan yang sempurna terhadap ibu
bapa kesemuanya ini dimasukkan ke dalam Titah Maharaja Pendidikan pada
tahun 1890. Kuil-kuil Konfusian di Tokyo telah terbiar selama beberapa tahun
selepas perang, tetapi pada masa kini ianya mulai dimakmurkan dan berkuasa
(pengaruh).
20.3.5 Sumbangan Agama dalam pembinaan Tamadun Jepun
Dalam sejarah Jepun, agama memberikan sumbangan penting kepada proses
pembinaan tamadun dalam semua aspek sama ada dalam bidang sosial, politik
dan ekonomi. Dalam bidang sosial, agama bukanlah merupakan sesuatu yang
tidak sesuai di dalam zaman Jepun kontemporari (moden). Pada zaman
kontemporari ini, terdapat sejumlah masyarakat yang merasa kecewa dengan
keadaan hubungan sesama manusia yang menunjukkan corak kehidupan
mementingkan diri sendiri dan mengasingkan diri masyarakat sekeliling. Mereka
merasa menderita di dalam keadaan seperti ini yang sukar untuk diterangkan
dan seolah-olah tidak mengenali identiti mereka sendiri. Dalam konteks ini,
keperluan terhadap agama merupakan sesuatu yang amat diharapkan dengan
matlamat dapat mengatasi masalah-masalah mengenai kemanusiaan tersebut.
Namun begitu, agama-agama baru menarik minat orang Jepun kontemporari
kerana kesesuaiannya dengan masyarakat moden, antaranya Aum Shinrikyo.
Dalam bidang politik, agama memainkan peranan penting dan ini dilihat dalam
Perlembagaan Meiji yang diisytiharkan pada 11 Februari 1889. Dalam
perlembagaan ini, ditubuhkan badan pemerintahan iaitu badan legislatif,
perundangan dan eksekutif, dan menubuhkan kabinet menteri-menteri negara.
Di dalam perlembagaan ini juga dinyatakan, Maharaja Jepun merupakan ketua
empayar, yang bergabung di dalam dirinya hak-hak memerintah dan
menjalankan pemerintahan berdasarkan perlembagaan. Terdapat kenyataan
Maharaja Jepun bahawa Kuasa ini kami warisi daripada Maharaja nenek moyang
kamu, di dalam Artikel 17 dinyatakan, Maharaja adalah suci dan tidak boleh
ditentang. Pemyataan ini menunjukkan, ianya dikaitkan dengan ciri-ciri
ketuhanan. Maharaja merupakan pemimpin negara termasuk kuasa sekular
dalam kuasa yang melebihi kerajaan dan kuasa ketenteraan, dan juga berfungsi
sebagai ketua bangsa dan memegang kuasa agama. Mengenai kuasa
ketenteraan, tentera merupakan barisan hadapan negara, pembela dan penjaga
tradisi-tradisi purba termasuk Bushido (latahukum Peraturan-peraturan Moral
Golongan Samurai Jepun). Seorang sarjana Jepun, Kawakami Tasuke
menyatakan bahawa, Bushido which had originally developed from the practical
necessities or warriors, came to be popularized by Confucian moral ideas, not
only as the morality of the warrior class bat as the cornerstone of national
morals.
Dalam bidang ekonomi, sumbangan agama dapat dilihat melalui peranan sifat
rajin dan ekonomi merupakan sebahagian daripada Bushido. Dalam konteks ini,
sifat rajin dan ekonomi digalakkan untuk mendapatkan atau mewujudkan
keseimbangan dan kestabilan. Sememangnya, samurai pada zaman
Kesyogunan Tokugawa tidak semuanya terlibat secara langsung dalam bidang
ekonomi iaitu perniagaan dan perdagangan. Namun begitu etika ekonomi
samurai penting berdasarkan kepada dua faktor iaitu faktor pertama, ianya
memberi kesan kepada etika yang berkaitan dengan ekonomi pada zaman
Kesyogunan Tokugawa; dan faktor kedua, ianya penting untuk memahami
tingkah laku sebahagian besar samurai yang memimpin atau mentadbir
perniagaan dan industri semasa zaman Pemulihan Meiji. Sifat-sifat inilah yang
dikatakan banyak membantu pembinaan negara Jepun, sehingga masa kini. Dari
sudut keagamaan, orang Jepun bukanlah masyarakat monoteistik dan berfikiran
luas terhadap agama. Adat merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupan
orang Jepun walaupun ia berdasarkan kepada agama yang berbeza, dan
dihayati tanpa sebarang perasaan tidak konsisten. Agama asli orang Jepun,
Shintoisme tidak pernah menjadi agama eksklusif atau tidak bertoleransi, dan
pengenalan serta kemasukan agama Buddha dan Konfusianisme, dan
kemudiannya Kristian pada kurun ke-17, tidak mengakibatkan banyak
pergeseran.
Kepelbagaian dan keadaan yang kompleks mengenai agama-agama di negara
Jepun menunjukkan perkaitannya dengan kecenderungan untuk berasimilasi
(menyerap) ke dalam kebudayaan Jepun. Melihat dari perspektif sejarah, negara
Jepun telah menerima masuk pelbagai bentuk keagamaan atau kerohanian,
termasuk idea-idea baru. Penerimaan idea-idea baru yang kemudiannya
diasimilasikan ternyata tidak dapat meminggirkan atau menghapuskan
kepercayaan tradisi asal orang Jepun sebaliknya ianya bergabung dan saling
melengkapi, yang kemudiannya dikenali sebagai Agama Orang Jepun, yang
berkesinambungan dan berharmoni.
20.4 INTERAKSI TAMADUN JEPUN DENGAN TAMADUN BARAT
Dalam usaha untuk memahami pertembungan antara tamadun Barat dengan
tamadun Jepun, adalah wajar sekiranya diteliti dan dikaji mengenai latar
belakang Jepun tradisional dan sebab-sebab kedatangan kuasa-kuasa Barat.
Untuk tujuan mi, kita akan mengkaji proses pertembungan antara Barat-Jepun
yang menimbulkan persoalan kenapakah ianya berlaku dan bilakah ianya
berlaku? Akhirnya kita akan melihat mengenai dampak (implikasi) kedatangan
Barat ke Jepun dari tiga bidang iaitu sosio budaya, politik dan ekonomi. Lebih
menarik lagi untuk dikaji ialah bagaimana Jepun berjaya menjepunkan tamadun
Barat sebagaimana yang berlaku kepada tamadun Cina.
20.4.1 Hubungan dengan Kuasa Barat dan Kemasukan Agama Kristian
Kuasa Eropah yang pertama tiba ke negara Jepun adalah orang Portugis, iaitu
pada tahun 1542 apabila sebuah kapal Cina yang membawa tiga orang Portugis
dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu. Ketibaan dan penemuan ini
membuka jalan kepada orang Portugis untuk berdagang di Kagoshima apabila
mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. Orang Portugis mendesak bahawa
mereka akan berdagang hanya sekiranya Daimyo-daimyo tempatan memberi
kebebasan agama Kristian kepada mubaligh Kristian Portugis untuk bertapak
diSMi. Tujuh tahun kemudian, Sir Francis Xavier, seorang mubaligh Kristian tiba
di Kagoshima. Ketibaan orang Portugis ke Jepun seiring dengan peristiwa
kemuncak perang saudara yang diakibatkan oleh kelemahan kesyogunan
mengawal keadaan negara. Orang Portugis mengambil kesempatan dengan
membekalkan senjata dan senapang semasa peperangan ini, dan juga
membawa masuk agama Kristian. Dalam konteks ini, orang Jepun dapat
merasakan kelebihan tamadun Eropah terutama dalam teknologi persenjataan
dan peperangan.
Berdasarkan kepada perkembangan ini, Maharaja Jepun akhirnya memutuskan
bahawa agama Kristian bercanggah dengan masyarakat Jepun dan
mengisytiharkan semua mubaligh diarahkan pulang atau keluar dari negara
Jepun pada tahun 1857. Pada masa itu suatu pergerakan anti-Kristian mula
muncul dan antara faktor kemunculan tersebut ialah pertama, apabila terdapat
paderi Kristian memusnahkan Candi Shinto dan Kuil Buddha; dan kedua, ajaran
Kristian menyatakan kedudukan Pope setaraf dengan Maharaja Jepun (yang
dianggap separa keTuhanan). Doktnn Kristian bukan sahaja melemahkan
kepercayaan Tuhan asal orang Jepun tetapi mencabar ideologi negara mereka.
Di samping itu, wujud persaingan di kalangan paderi-paderi Jesuit dan paderi-
paderi Sepanyol (Filipina). Pada tahun 1,600 Masehi terdapat sejumlah 300,000
orang Jepun yang telah menganut agama Kristian. Pemerintah Kesyogunan
Tokugawa, leyasu Tokugawa menyedari perkembangan pesat pengaruh agama
Kristian dan kekuatan serta kemodenan angkatan tentera kuasa-kuasa Barat.
Daimyo-daimyo yang beragama Kristian memaksa pengikutnya memeluk
agama Kristian sebagai membantah Kesyogunan Tokugawa. leyasu Tokugawa
memulakan kempen anti-Kristian pada tahun 1615 dan bertindak membunuh
mubaligh-mubaligh Portugis dengan kejam. Tindakan ini bertujuan memaksa
rakyat meninggalkan agama Kristian dan pada masa itu, agama Kristian telah
diharamkan sama sekali dan rarnai orang Jepun yang beragama Kristian
dibunuh. Pada tahun 1638, Syogun telah memerintahkan semua orang Portugis
meninggalkan negara Jepun dan bermulalah dasar pemencilan Jepun (isolasi).
Perdagangan antarabangsa terhad kepada pedagang-pedagang Cina, Korea dan
Belanda. Dasar pemencilan atau penutupan pintu berlangsung sejak tahun 1638
sehmgga 1853. Dalam tempoh masa ini, wujud keamanan di negara Jepun
selama lebih dua kurun yang secara langsung memperkukuhkan kedudukan
Kesyogunan Tokugawa dan penentangan semakin berkurangan. Menjelang
kurun ke-19, muncul golongan terpelajar dan inteiek yang mulai
mempersoalkan dan mempertikaikan mengenai kepimpinan Kesyogunan
Tokugawa.
20.4.2 Komodor Perry dan Peranannya
Timbul perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan dan pemerintahan
Kesyogunan Tokugawa terutama dari kalangan daimyo-daimyo, samurai dan
rakyat jelata sehingga membawa kepada kebangkitan menentang pemerintah.
Dalam masa sama, orang Jepun amat tertarik dengan kemajuan Barat dalam
bidang anatomi, perubatan, sains dan teknologi. Syogun membenarkan
kemasukan buku-buku Barat kecuali buku mengenai agama Kristian. Percubaan
awal untuk membuka pintu negara Jepun telah dibuat oleh orang Rusia pada
tahun 1739 tetapi mengalami kegagalan.
Selain Rusia, kuasa Barat lain iaitu Amerika Syarikat mendapati negara Jepun
amat baik lokasinya sebagai tempat persinggahan perjalanan yang penring.
Pada 3 Julai 1853, Komander Matthew Calbraith Perry dibenarkan menghantar
surat dari Presiden Amerika Syarikat yang ditujukan kepada Maharaja Jepun di
Edo. Antara kandungan surat ini menyatakan hasrat Amerika Syarikat untuk
membuka sebuah atau lebih pelabuhan di Jepun untuk berdagang; hak untuk
membeli arang batu di pelabuhan tertentu; dan mendapatkan jaminan bahawa
kelasi kapal Amerika yang karam berdekatan akan diberi perlindungan dan
layanan yang sempurna. Akhirnya surat tersebut diterima oleh Maharaja Jepun
setelah menunggu selama enam hari. Walaupun Daimyo-daimyo ingin
mengekalkan dasar tutup pintu, tetapi ianya ditentang oleh Kesyogunan
Tokugawa dan mendapatkan persetujuan dari Maharaja Jepun untuk membuka
pintu. Komodor Perry kembali semula ke Jepun bersama-sama dengan skuadron
yang mengandungi tujuh buah kapal pada 13 Februari 1854. Akhirnya,
persetujuan dicapai antara Jepun dengan Amerika Syarikat yang membentuk
kepada Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani pada 31 Mac 1854. Antara
kandungan perjanjian ini ialah pertama, membuka dua pelabuhan iaitu Shimoda
dan Hekodate sebagai tambahan kepada pelabuhan Nagasaki, iaitu kapal-kapal
Amerika boleh dibaiki, mendapat bekalan makanan dan arang batu. Kedua,
melayan dengan baik dan menghantar pulang kelasi kapal karam Amerika yang
dijumpai di pelabuhan-pelabuhan tersebut. Dan ketiga, membenarkan seorang
Konsul Amerika ditempatkan di Shimoda.
Lain-lain kuasa Eropah yang memerhatikan perkembangan pengaruh Amerika
Syarikat turut mengambil langkah dan tindakan sama. Akhirnya, kerajaan Jepun
terpaksa menerima dan membuka peluang untuk membenarkan kuasa-kuasa ini
menjalankan perdagangan. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang
di Hakodate dan Shimoda, manakala pedagang-pedagang Belanda kini
mendapat layanan yang sama. Apabila era kemasukan Barat bermula dan
berkembang, puak-puak anti-Kesyogunan Tokugawa mula menunjukkan
penentangan terhadap Syogun Tokugawa kerana membuka pintu Jepun kepada
orang asing. Akhirnya, Maharaja Jepun mengambil keputusan untuk
memerintahkan supaya Syogun Tokugawa supaya jangan melibatkan diri dalam
sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa asing lagi.
20.4.3 Dampak Kemasukan Tamadun Barat
Interaksi antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah memberikan dampak-
dampak berbentuk positifdan negatif, kepada negara Jepun. Dampak-dampak ini
merupakan perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan dalam
semua aspek ketamadunan sama ada dalam bidang politik, sosiobudaya,
kepercayaan dan agama, atau ekonomi. Dalam bidang politik, natijah
pertembungan antara negara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat, secara
umumnya telah membawa dampak kepada kemerosotan dan kejatuhan sistem
kesyogunan, Kesyogunan Tokugawa. Pembukaan pintuJepun kepada hubungan
dan kemasukan orang asing, bermula dengan Amerika Syarikat telah mendapat
tentangan daripada kalangan Daimyo- daimyo dan pembesar-pembesar feudal
lain. Kumpulan anti-Kesyogunan Tokugawa ini telah berjaya memujuk Maharaja
Jepun dengan mengatakan bahawa Syogun Tokugawa sering membuat
keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Maharaja, jika ianya melibatkan hal-
ehwal orang asing. Maharaja Jepun mengambil keputusan memerintahkan
supaya Syogun Tokugawa jangan melibatkan diri dengan hal-ehwal orang asing.
Ini menyebabkan orang Barat semakin lama semakin hilang kepercayaan
kepada Syogun Tokugawa dan akhirnya, bertindak tidak memberikan sokongan
kepada Tokugawa untuk menentang kumpulan anti-Kesyogunan Tokugawa iaitu
Daimyo-daimyo dan pembesar-pembesar feudal. Selepas kejatuhan Kesyogunan
Tokugawa pada tahun 1868, maka bermulalah proses pembentukan negara
Jepun moden di bawah pemerintahan Maharaja Mutsuhito yang menggelarkan
kerajaannya sebagai KerajaanMeiji dan melaksanakan dasurPemulihan Meiji..
Dalam bidang pentadbiran undang-undang, pemimpin-pemimpin pemerintahan
Meiji telah menghapuskan sistem feudal dan memperkenalkan undang-undang
Barat antaranya pelajaran wajib, penyusunan jabatan kerajaan pusat,
mengetepikan halangan dan kelas-kelas sosial. Kerajaan juga membenarkan
perjalanan ke luar negara, penerbitan surat khabar, majalah dan mendorong
rakyat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Matlamat jangka panjang
pemerintahan Meiji ialah dasar penaklukan.
Dalam bidang sosiobudaya, berbanding dengan orang Barat yang bersikap lebih
lantang dan terbuka, orang Jepun merupakan masyarakat yang lemah- lembut,
bersopan-santun dan penyabar. Orang Jepun lebih merendah diri berbanding
dengan orang Eropah yang dianggap berbangga diri. Kerana itulah orang Eropah
begitu kagum dengan sosiobudaya masyarakat Jepun. Budaya tani Jepun dahulu
telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh budaya Barat yang berasaskan
ternakan. Haiwan ternakan merupakan suatu unsur yang nyata tidak wujud
dalam kehidupan tradisi bangsa Jepun sehingga kedatangan kuasa Barat pada
zaman Meiji. Walaupun pengaruh Barat telah bertapak tetapi ianya tidak
memberi kesan besar terhadap budaya Jepun yang kukuh. Asimilasi orang Jepun
dengan Barat dapat dilihat masa kini, terutama di Kepulauan Hawaii selepas
mereka mendapat kewarganegaraan Amerika Syarikat terutama selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua.
Interaksi antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat ini memberikan dampak
dalam bidang pendidikan. Orang Jepun mulai berasa kagum dengan kemajuan
serta pencapaian dan kemodenan negara-negara Barat. Untuk itu, kerajaan
Jepun telah mengirim penuntut-penuntutnya ke negara-negara Barat untuk
mempelajari dan mendalami bidang sains, teknologi, perubatan dan
ketenteraan Barat yang dianggap lebih maju dalam proses pembentukan negara
Jepun moden. Ramai penuntut Jepun yang kembali dari negara Britain
membawa bersama mereka ilmu pengetahuan mengenai teknik dan teknologi
pembaikan kapal, idea industri berat daii cebagainya. Menjelang pertengahan
kurun ke-19, hampir setiap kampung mempunyai sekolah sendiri dan menurut
orang Perancis, iaitu pada tahun 1877 tiada suatu kampung di negaraJepun
yang wujud tanpa sekolah.
Interaksi antaraJepun dengan kuasa-kuasa Barat, menyebabkan orang Jepun
sentiasa memerhatikan dan mengawasi perkembangan sains moden serta
pencapaian orang Eropah dan Amerika Syarikat. Komodor Perry memiliki dua
buah kapal wap sementara hadiah-hadiah yang diberikan kepada Maharaja
Jepun termasuklah satu model enjin wap kereta api, alat telegraf, kapal wap dan
alat kelengkapan tentera yang moden. Pada tahun 1882, kerajaan telah
menubuhkan sebuah akademi tentera di samping pemodenan kelengkapan
ketenteraan termasuk senapang dan senjata perang yang telah memantapkan
kekuatan ketenteraannya. Kerajaan Jepun menyedari bahawa setelah
mempelajari dan memperolehi teknologi ketenteraan moden maka ini akan
meletakkannya setaraf dengan kuasa-kuasa Barat. Pemodenan dan kekuatan
ketenteraan akan dapat melaksanakan dasar penaklukan kuasa di luar Jepun
terutamanya di negara China dan Semenanjung Korea. Dalam Perjanjian Harris,
ianya memberikan hak istimewa kepada Amerika Syarikat berbanding dengan
kuasa-kuasa Barat yang lain. Dengan adanya perjanjian ini, Amerika Syarikat
diberikan kebebasan untuk berdagang dan membekalkan bahan api semasa
dalam perjalanan ke bahagian- bahagian Asia yang lain. Pada tahun 1894,
tercetus pertelingkahan antara negara Jepun dengan China. Tentera Imperial
Jepun memasuki Manchuria dan China dikalahkan, membawa Perjanjian
Shimonseki pada tahun 1895. Pada tahun 1902, Perjanjian Britain-Jepun
ditandatangani yang mengiktiraf kedudukan Jepun setaraf dengan Britain dan
sekiranya berlaku peperangan, Britain dikehendaki memberikan sokongan
ataupun berkecuali. Pemodenan ketenteraan Jepun ternyata, meletakkan
negara ini sebagai salah suatu kuasa besar sehingga tamat Perang Dunia Kedua
pada tahun 1945.
Dalam sistem perhubungan dan komunikasi, implikasi penting pertembungan
Jepun dengan Barat adalah sistem perhubungan, iaitu infrastruktur kereta api
sebagai suatu alat hubungan yang penting. Sistem jalan kereta api bermula
pada tahun 1872 sejauh kira-kira 18 km. Pada masa kini, sistem jalan kereta api
merupakan antara termoden di dunia malah merupakan alat pengankutan
awam yang amat penting. Selain itu, kapal-kapal laut dan tentera telah
diperkenalkan oleh Barat. Ianya memainkan peranan penting bagi Jepun semasa
melaksanakan dasar penaklukan atau perluasan kuasa di negara China,
Semenanjung Korea dan dalam Perang Dunia Kedua. Dalam bidang komunikasi,
alat telegraf yang dihadiahkan kepada Maharaja Jepun telah membuka jalan ke
arah sistem pemodenan komunikasi di Jepun. Alat ini telah dikaji dan direka
dengan lebih moden lagi oleh orang Jepun. Akhirnya, suatu sistem pos moden
diperkenalkan bagi tujuan komunikasi.
Dalam sistem kepercayaan dan agama, titik permulaan kemasukan kuasa-
kuasa asing ke Jepun menandakan masuknya agama Kristian. Di peringkat awal,
ramai yang menerima agama ini tetapi lama-kelamaan agama Kristian im
mendapat tentangan terutama daripada pembesar-pembesar Jepun.
Penentangan ini timbul kerana ianya dianggap bercanggah dengan fahaman
Buddha dan ajaran adat istiadat Shintoisme Jepun.
Dalam bidang ekonomi, interaksi antara Jepun dengan Barat memberikan
dampak kepada negara Jepun. Antaranya adalah untuk memulihkan nilai mata
wang, iaitu langkah diambil pada tahun 1872 apabila perintah dikeluarkan untuk
menubuhkan sistem bank yang moden mencontohi bank-bank Amerika Syarikat.
Bank kebangsaan pertama ditubuhkan pada tahun 1873 dengan gabungan dua
agensi kewangan kerajaan yang utama. Perdagangan dengan dunia luar juga
membawa banyak keuntungan dan pertukaran mata wang asing ke negara
Jepun. Manakala dalam bidang pemilikan tanah, hak milik tanah individu cara
Barat telah membuka mata orang Jepun dalam proses permodenan. Sebelum
ini, tanah merupakan milik kepada pembesar-pembesar sahaja tetapi kini hak
milik diberikan kepada semua golongan masyarakat termasuk kaum petani.
Kesannya, ini membawa kepada sistem pembayaran cukai tanah yang
menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudal.
Industri perkilangan dipertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi
keluli (industri berat) dibuka untuk membekalkan pembinaan kapal dan
keretapi. Kilang-kilang ini membekalkan tenaga dan alat-alat kelengkapan
peperangan untuk usaha penaklukan kuasa. Pengetahuan seperti ini dibawa
masuk melalui penasihat-penasihat asing dari luar negara. Manakala modal
dipinjam daripada golongan kaya feudal yang sedia ada. Ini membolehkan
negara Jepun memajukan sektor perindustriannya tanpa cagaran dalam bentuk
pinjaman bank dengan kuasa-kuasa Barat, terutama pergantungan dari sudut
ekonomi.
Secara umumnya, pertembungan antara Jepun dengan Barat banyak membawa
dampak-dampak positif dan negatif. Kedua-dua belah pihak mendapat faedah
dari interaksi pertembungan ini. Melalui pertembungan ini, negara Jepun telah
mendapat banyak manfaat dalam proses pemodenan negara tersebut.
Menariknya, pencapaian dalam ketamadunan ini menunjukkan bagaimana
negara Jepun tidak pernah dijajah atau dipengaruhi kuat terutama dari segi
politik oleh kuasa-kuasa Barat. Malahan Jepun telah diletakkan setaraf dengan
kuasa-kuasa Barat dari sudut perekonomian dan ketenteraan. Mereka telah
banyak mempergunakan teknologi Barat, ilmu pengetahuan sains dan
sebagainya untuk memodenkan negara Jepun. Dalam konteks kontemporari,
negara Jepun merupakan salah sebuah kuasa utama dalam ekonomi
antarabangsa dan sejagat.
20.5 JEPUN MASA KINI
20.5.1 Aspek Ekonomi Jepun
Sejak lebih dari 100 tahun, orang-orang Jepun bekerja keras untuk menukarkan
negaranya daripada negara miskin kepada negara maju dan moden. Kini,
ekonomi Jepun merupakan yang keduaterbesar di dunia selepas Amerika
Syarikat. Pada awal tahun 1990, orang Jepun mempunyai aset 3 kali ganda
daripada rakyat Amerika Syarikat, 4 kali ganda aset rakyat Britain danJerman.
Jepun merupakan kuasa ekonomi yang terkemuka, kaya dan mampu bersaing
dalam bidang perindustrian. Radar pengangguran di Jepun kekal di bawah paras
3% pada waktu yang panjang, dan hanya meningkat sebanyak 2.1% pada
penghujung tahunl990. Selain dari itu, harga barang adalah stabil dan kadar
inflasi bagi barang-barang pengguna dari tahunl985 sehingga tahun 1990 hanya
1.8%
Kemajuan ekonomi Jepun dibantu oleh kewangan kerajaan Jepun yang berada
dalam keadaan baik. Ini berbeza dengan keadaan pada 1970-an, iaitu 34.7%
daripada perbelanjaan negara terpaksa dipinjam dari luar. Walaupun reputasi
politik Jepun tidak sehebat kecanggihan ekonominya, sesebuah kerajaan seperti
kerajaan Jepun yang dapat mengawal perbelanjaan negara sehingga terselamat
daripada inflasi adalah kerajaan yang efektif dan patut dihargai.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi Jepun.
Antaranya ialah jarang berlaku mogok, wujud banyak sektor-sektor swasta, ahli-
ahli syarikat bersatu-padu untuk menjayakan syarikat masing- masing, sistem
senioriti, sistem kerjaya seumur hidup (lifetime employment) dan hubungan erat
antara kakitangan dengan syarikat tempat mereka bekerja.
Bidang utama yang banyak member! sumbangan kepada kemajuan ekonomi
Jepun ialah perindustrian. Oleh itu, Jepun dikenali sebagai sebuah negara
perindustrian moden. Bidang-bidang lain yang turut menyumbang kepada
ekonomi Jepun termasuklah pertanian, perikanan, pembalakan, penjanaan
kuasa elektrik dan penghasilan tenaga nuklear.
20.5.2 Perindustrian
Bidang perindustrian amat penting dan banyak memberi sumbangan kepada
ekonomi Jepun. Bidang ini mula diperkenalkan di Jepun pada 1860-an semasa
zaman Pemulihan Meiji. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun menjadi antara
negara perindustrian yang terkenal di dunia.
Walaupun perindustrian Barat telah diperkenalkan di Jepun, tetapi rakyat Jepun
tetap mengekalkan nilai-nilai tradisi.Oleh itu, terdapat 2 jenis industri: 1. Industri
tradisional yang mengeluarkan barangan untuk kegunaan tempatan seperti
makanan, pakaian dan alat-alat kelengkapan.
2. Industri moden yang dikendalikan oleh kilang-kilang besar dan mengeluarkan
barang-barang moden seperti yang terdapat di barat.
Sehingga 1953, kebanyakan industri di Jepun merupakan industri yang
mengeluarkan barang-barang pengguna dan kraftangan. Selepas itu, barulah
wujud industri yang mengeluarkan barang-barang elektronik, automobil, kimia
dan besi-keluli. Pada masa ini, eksport utama Jepun ialah automobil, alat-alat
elektronik dantekstil.
Industri tekstil penting di Jepun. Untuk menghasilkan tekstil, kapas diimport dari
Amerika Syarikat dan bulu biri-biri diimport dari Australia. Walaupun Jepun
masih antara pengeksport utama barang-barang tekstil, tetapi kini Jepun lebih
member! tumpuan kepada industri berat.
Jepun juga adalah pengeluar utama barang-barang elektronik. Kemajuan
industri elektronik berpunca dari permintaan yang tinggi terhadap barang-
barang elektronik seperd televisyen, radio, peti sejuk, mesin basuh, komputer
dan sebagainya.
Industri automobil juga penting di Jepun. Pada 1950-an, Jepun mula
mengeluarkan kereta. Sebelum ini, Jepun hanya mengeluarkan lori. Jepun juga
mengeksport bas dan motosikal.
Industri kimia di Jepun mengeluarkan barangan seperti asid sulfurik, soda
kaustik dan sebatian karbon, simen dan ammonium sulfat. Industri ini mampu
berkembang walaupun kekurangan bahan mentah terutamanya petroleum.
Kebelakangan ini, perubahan berlaku daripada pengeluaran kimia organik
kepada kimia bukan organik.
Jepun juga terkenal dengan industri besi dan keluli. Best yang diperlukan
diimport dari negara luar. Untuk memastikan bahawa Jepun mendapat besi yang
mencukupi, Jepun tidak hanya mengimport besi, tetapi juga melabur dalam
lombong-lombong besi di India, Filipina dan Malaysia. Jepun juga ada
menghasilkan perak, aluminium dan titanum.
20.5.3 Pertanian
Walaupun Jepun merupakan sebuah negara perindustrian, pertanian tetap
penting bagi ekonomi Jepun. 45% daripada penduduk Jepun bergiat dalam
lapangan pertanian. Walau bagaimanapun, Jepun tidak mempunyai tanah yang
cukup untuk pertanian kerana Jepun merupakan negara yang bergunung-
ganang, berbukit- bukau dan terletak dalam kawasan gunung berapi.
Oleh itu, pertanian intensif diusahakan dengan menggunakan teknik moden. Ini
termasuklah penggunaan baja kimia, biji benih bermutu tinggi dan mesin.
Setiap pelawat yang datang ke Jepun terpesona dengan pemandangan indah
pertanian intensif yang diusahakan sehingga meliputi lereng dan puncak bukit.
Antara tanaman penting yang ditanam termasuklah padi yang merupakan
makanan asasi penduduk Jepun. Jepun terpaksa menggunakan kawasan
tanaman yang terhad secara intensif untuk menampung keperluan penduduk
yang ramai. Ini terbukti berjaya dilakukan apabila hasil padi bagi setiap ekar
tanah di Jepun adalah lebih tinggi berbanding dengan hasil padi di China dan
Asia Tenggara.
20.5.4 Perikanan
Jepun adalah di antara negara perikanan yang terbesar di dunia. Ini kerana
negara Jepun merupakan pulau-pulau yang dikelilingi oleh laut. Kawasan-
kawasan berhampiran pantai merupakan kawasan-kawasan perikanan. Di situ,
terdapat banyak bot-bot milik persendirian yang menjalankan kegiatan
perikanan secara beramai-ramai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah ikan
sardin, ikan hering dan ikan mackerel.
Perikanan Laut Dalam sangat penting bagi negara Jepun. la dikendalikan oleh
syarikat-syarikat perikanan yang besar. Syarikat-syarikat ini mempunyai kapal-
kapal perikanan yang lengkap dengan peti ais, kemudahan memproses dan
mengetm ikan-ikan. Ikan-ikan yang biasanya ditangkap ialah tuna, salmon,
ketam dan ikan paus.
Oleh kerana perikanan penting kepada ekonomi Jepun, maka Jepun mengambil
berat tentang pemeliharaan sumber-sumber laut. Untuk menjaga kepentingan
antarabangsa mengenai perikanan laut dalam, Jepun telah menandatangani
beberapa perjanjian dengan negara-negara perikanan yang lain. Jepun juga
menggunakan teknik moden dalam perikanan dan teknik ini sangat diperlukan
oleh negara-negara perikanan yang lain. Oleh itu, Jepun telah bekerjasama
dengan beberapa negara perikanan dengan memperkenalkan teknik- teknik
baru dalam perikanan dan mengendalikan pemasaran hasil tangkapan ikan.
20.5.5 Pembalakan
2/3 daripada negara Jepun diliputi oleh hutan. Hutan membekalkan Jepun
dengan kayu-kayan untuk kerja-kerja pembinaan, menghasilkan pulpa dan
sebagai bahan bakar (arang). Walaupun seni bina Jepun kini lebih merupakan
seni bina daripada konkrit dan keluli, tetapi kayu tetap digunakan sebagai
bahan utama. Oleh itu, kerajaan dan sektor swasta berusaha untuk memelihara
hutan dengan menjalankan penanaman semula hutan.
20.5.6 Penjanaan Kuasa Elektrik
Pada waktu malam, neon-neon yang berkilauan merupakan pemandangan biasa
di Jepun. Ini menunjukkan bahawa Jepun mempunyai sumber kuasa elektrik
yang banyak. Kemudahan elektrik terdapat di seluruh negaraJepun termasuklar.
di kawasan-kawasan kampung yang terpencil.
Keadaan negara Jepun yang bergunung-ganang dan hujan yang selalu turun
menyebabkan negara Jepun mampu membekalkan tenaga elektrik yang banyak.
Terdapat banyak empangan-empangan besar diJepun yang menjadi pusat
janakuasa elektrik. Sejak 1955, 70% daripada tenaga elektrik didapati dan
janakuasa hidroelektrik.
Peningkatan penggunaan alat-alat elektrik di rumah-rumah dan perkembangan
pesat industri menyebabkan bertambahnya permintaan terhadap kuasa elektrik.
Oleh itu, pelbagai usaha dijalankan untuk memajukan kuasa elektrik bagi
memenuhi keperluan negara.
20.5.7 Tenaga Nuklear
Tokai-mura merupakan pusat tenaga nuklear yang terawal. Pusat ini
dikendalikan oleh 'Atomic Energy Commission' yang ditubuhkan pada 1 Januari
1956. 'Atomic Energy Commission' bertanggungjawab memastikan bahawa
tenaga nuklear yang terhasil digunakan kepada perkara-perkara yang
mendatangkan faedah terhadap manusia, bukan membahayakan manusia. Oleh
itu, para saintis sentiasa menjalankan penyelidikan untuk mencari kegunaan-
kegunaan baru bagi tenaga nuklear seperti penggunaan tenaga nuklear untuk
memajukan pertanian, perubatan dan pengawetan makanan.
20.6 ASPEK POLITIKJEPUN
20.6.1 Maharaja dan Sistem Pemerintahan
Sistem pemerintahan Jepun diumumkan pada 3 November, 1946 dan
berkuatkuasa pada 3 Mei 1947. Melalui sistem tersebut, banyak pembaharuan
dilakukan. Maharaja tidak lagi mempunyai kuasa dalam kerajaan tetapi hanya
menjadi simbol negara dan lambang perpaduan rakyat. Tugas baginda hanya
melantik secara rasmi Perdana Menteri dan Ketua Hakim (Chief Justice of the
Supreme Court). Sebenarnya, Perdana Menteri telah terlebih dahulu dicadang
oleh Diet sementara Ketua Hakim pula dicadangkan oleh Kabinet. Maharaja
Jepun juga bertanggungjawab mengumumkan undang-undang dan perjanjian
yang dibuat oleh kerajaan, memanggil ahli-ahli parlimen untuk bersidang dar.
menganugerahkan pingat dan darjah kebesaran kepada mereka yang terpilih-
Organisasi kerajaan Jepun seakan-akan sistem Parlimen British. Kuasa politik
dikongsi bersama oleh 3 bahagian kerajaan iaitu:
1. Kuasa menggubal undang-undang dipegang oleh Diet.
2. Kuasa pengurusan dipegang oleh kabinet.
3. Kuasa undang-undang dipegang oleh bahagian kehakiman.
20.6.2 Diet
Diet berada pada tempat paling tinggi. la terdiri daripada Dewan Perwakilan
(yang terdiri daripada 512 orang ahli yang berkhidmat untuk jangka masa 4
tahun) dan Dewan 'Councillors' (yang terdiri daripada 252 orang ahli yang dipilih
untuk tempoh 6 tahun). Dewan Perwakilan mempunyai kuasa yang lebih tinggi
daripada Dewan 'Councillors'. Dewan Perwakilan berkuasa meluluskan perkara-
perkara yang ditolak oleh Dewan 'Councillors' dan seterusnya
mengumumkannya sebagai keputusan Diet. Selain dari itu, Dewan Perwakilan
juga berkuasa menanamkan rasa curiga pada pergerakan kabinet. Jika perkara
ini terjadi, ^hli-ahli kabinet terpaksa meletak jawatan dan Dewan Perwakilan
dibubarkan.
20.6.3 Kabinet
Perdana Menteri mengetuai kabinet. Beliau dipilih oleh ahli-ahli Diet. Perdana
Menteri merupakan ketua parti yang memperolehi undi paling banyak. Beliau
juga bertanggungjawab mewakili Jepun dalam persidangan antarabangsa.
Berbeza dengan Presiden Amerika Syarikat, Perdana Menteri Jepun tidak dipilih
secara langsung oleh rakyat, tetapi beliau dipilih secara tidak langsung melalui
kekuatan parti politik.
20.6.4 Kehakiman
Selepas perang, sistem kehakiman Jepun diubahsuai. Sebelum ini iaitu semasa
zaman Pemulihan Meiji, mahkamah diletakkan di bawah kuasa kerajaan. Tetapi
kini mahkamah bebas dari pengawasan bahagian eksekutif dan perundangan
kerajaan.
Untuk mengelak penyalahgunaan kuasa, semua hakim mahkamah rendah
dipilih untuk tempoh 10 tahun sahaja, namun tidak ada sekatan untuk mereka
dipilih semula setelah tamat tempoh perkhidmatan. Sementara itu, hakim
Mahkamah Tinggi diminta berhenti dari perkhidmatan pada masa yang telah
ditetapkan oleh undang-undang. Pemilihan mereka disemak dalam referendum
nasional. Jika hakim melakukan kesalahan, dia akan didakwa oleh Court of
Impeachment.
Mahkamah Tinggi terdiri daripada ketua hakim dan dibantu oleh hakim- hakim
lain. Ketua hakim dicadangkan oleh Kabinet dan dipilih oleh Maharaja, manakala
hakim-hakim lain dipilih oleh kabinet. Hakim Mahkamah Rendah pula dipilih oleh
kabinet daripada daripada mereka yang dicalonkan oleh Mahkamah Tinggi.
20.6.5 Parti-parti politik
Di Jepun, terdapat tiga parti politik utama:
• Parti Demokratik Liberal (LDP) ialah parti konservatif. Tujuar. penubuhannya
ialah:
1. Membentuk sistem demokrasi di Jepun untuk meningkatkan taraf hidup
rakyat dan membentuk semula institusi-institusi yang telah ada selari dengan
prinsip asas demokrasi.
2. Ingin bekerja keras bagi memulihkan hubungan antarabangsa mengenai
dasar keadilan sejagat, ketenangan dan kebebasan serta membma negara
Jepun yang mampu berdikan.
3. Untuk menjamin kestabilan ekonomi dan sosial dan seterusnya menyumbang
kepada kepentingan awam.
• Parti Sosialis. Tujuan utama Parti Sosialis untuk membentuk masyarakat Jepun
yang berbentuk sosialis. la dilakukan melalui revolusi yang aman. Parti ini
menentang Perjanjian KerjasamaJepun-Amerika dan mendesak supaya tentera
darat Amerika keluar dari Jepun dan menutup pangkalan tentera mereka di
Jepun. Mengenai dasar luar Jepun, Parti Sosialis menggalakkan polisi neutral,
melalui perjanjian damai dengan Amerika Syarikat, Soviet Rusia dan Republik
China.
• Parti Demokratik Sosialis dibentuk pada Januari 1960 oleh kumpulan yang
keluar dari Parti Sosialis pada tahun yang lalu. la berpegang kepada ideologi
yang ekstrem dan berusaha untuk membentuk masyarakat sosialis melalui
proses demokrasi. Prinsipnya serupa dengan Parti Demokratik Sosialis di
Eropah, dan polisinya termasuklah mendapatkan kerjaya penuh (full
employment), sistem kebajikan sosial yang kukuh dan peningkatan taraf hidup
golongan miskin. Parti ini mempunyai polisinya tersendiri dan tidak bergantung
kepada parti-parti lain.
Selain daripada parti-parti tersebut, terdapat juga parti Komeikai, Paiti Komun.s
Jepun (JCP) dan United Social Democratic Party.
20.6.6 Kewujudan Puak dalam Parti
Keunikan politik Jepun ialah kemunculan puak-puak dalam parti. Parti
Demokratik Liberal mempunyai 5 kumpulan terbesar. Setiap kuumpulan
dibentuk berdasarkan persamaan kepentingan peribadi, bukannya didorong
oleh perbezaan pandangan. Ketua-ketua bagi setiap kumpulan tersebut
memberi wang kepada
pengikut-pengikutnya semasa pilihan raya dan membantu ahli-ahli yang setia
untuk mendapatkan kedudukan penting dalam parti dan kabinet. Sistem politik
Jepun yang bersifat tradisional tetapi telah berjaya mencipta sebuah negara
moden yang berjaya merupakan satu perkara yang menank.
20.7 ASPEK AGAMA DAN FALSAFAH
Masyarakat Jepun kini tidak menganggap agama sebagai satu kepercayaan
tetapi sekadar satu rekreasi. Dianggarkan bahawa kurang dari 1/3 penduduk
Jepun berpegang kepada agama. Terdapat tiga agama utama di Jepun iaitu
Shinto, Buddhisme dan Konfusianisme. Ketiga-tiga agama ini saling melengkapi
antara satu sama lain. Shinto sering dikaitkan dengan pusingan dalam pertanian
dan mengajartentang kebiasaan (rutin) dalam kehidupan seharian. Buddhisme
pula memperkatakan tentang aspek-aspek ketuhanan yang jauh dari jangkauan
akal manusia. Sementara itu, Konfusianisme membekalkan masyarakat Jepun
dengan nilai-nilai etika.
Selain dari tiga agama tersebut, terdapat beberapa agama lain yang wujud di
Jepun termasuklah agama Kristian dan agama-agama baru. Masyarakat Jepun
diberi kebebasan untuk menganut mana-mana agama. Ini dapat dilihat dalam
perlembagaan yang digubal pada 1947, artikel 20 yang menyatakan:
Freedom of religion is guaranteed to all. No religious organization shall receive
any privileges from the State, nor exercise any political authority. No person
shall he compelled to take part in any religious act, celebration, rites or practice.
The State and its organ shall refrain/win religious education or any otherreligious
activity.
Shinto ialah kepercayaan ash masyarakat Jepun yang berunsur animisme,
shamanisme dan penyembahan alam. Agama ini tidak mempunyai kitab-kitab
atau nabi-nabi dan tidak perlu disebarkan seperti agama-agama lain kerana
Shinto telah sebati dalam diri masyarakat Jepun. Dalam agama Shinto,
masyarakat Jepun menyembah Kami, iaitu kuasa suci yang terjelma dalam
pelbagai bentuk seperti matahari, gunung, pokok, angin dan batu. Penganut
Shinto diajar supaya menyukai alam dan menghormati roh nenek moyang.
Dewa yang penting ialah Amaterasu iaitu Dewi Matahari.
Shinto menjadi agama rasmi Jepun pada kurun ke-6, apabila maharaja ingin
menguatkan kekuasaan dan kedudukannya. Semua maharaja Jepun dipercayai
sebagai Tuhan, kerana mereka berasal dari Dewi Matahari. Pada pertengahan
kurun ke-19, Shinto terbahagi kepada dua:
1. Sect.Shinto iaitu agama yang tulen.
2. State Shinto iaitu agama menyembah maharaja dengan tujuan untuk
menguatkan semangat kebangsaan masyarakat Jepun.
State Shinto telah membina beribu-ribu shrines untuk menghormati pahlawan-
pahlawan Jepun. Antaranya ialah Yasukuni shnne di Tokvo, yang melambangkan
semangat pahlawan-pahlawan muda yang gugur kerana mempenahankan
negara. Shinto telah membentuk falsafah masyarakat Jepun. Menurut Shinto,
manusia adalah baik dan tidak berdosa. Manusia perlu patuh kepada Kami.
Pelbagai upacara dijalankan sebagai penghormatan kepada Kami agar beroleh
kesejahteraan dalam hidup (seperti mendapat hasil tuaian yang banyak) dan
mengelak dari bencana (seperti kebakaran dan penyakit). Upacara Shinto
berkait rapat dengan pertanian terutamanya padi. Oleh itu, upacara Shinto
termasuklah pesta menuai, menanam dan menjaga tanaman dari gangguan
binatang dan alam semula jadi. Matsuri adalah upacara Shinto yang paling
popular.
Dalam falsafah Shinto, terdapat tiga alam iaitu takama no hara(syurga), yomi no
kuni (neraka) dan Tokayo no kuni (dunia). Agama Shinto meletakkan dunia
sebagai tumpuan utama dengan menekankan kegembiraan hidup di dunia.
Walau bagaimanapun, agama Shinto juga mempercayai bahawa ada hidup
selepas mati.
Agama Buddha dibawa ke Jepun oleh orang-orang Cina pada kurun ke- 6.
Agama ini dianuti oleh 83 juta orang daripada 123 juta orang rakyat Jepun.
Terdapat pelbagai versi agama Buddha. Pada kurun ke-9, agama ini lebih
bersifat eksoterik. Kemudian, pada kurun ke-13, ia bertukar bentuk kepada
semangat nasionalisme terhadap Putera Nichiren. Biasanya, ketua mazhab
agama Buddha akan melibatkan diri dalam politik dan membuat penentangan
secara terbuka kepada pihak berkuasa yang bersifat sekular. Penentangan
ganas antara penganut agama Buddha dengan Diktator Oda Nobunaga pada
kurun ke-16 telah menukar agama Buddha menjadi satu gerakan politik yang
berjuang menentangtentera Jepun. Dalam masayang sama, gerakan ini terus
mengendalikan institusi-institusi agama Buddha.
Secara umumnya, Shinto dan Buddhisme saling melengkapi antara satu sama
lain. Masyarakat Jepun menggunakan agama Shinto dalam upacara
perkahwinan. Sebaliknya, semasa kematian, agama Buddha digunakan. Selain
dari itu, pada malam Tahun Baru, masyarakat Jepun akan mengunjungi tempat
ibadat Shinto (Shinto shrine) untuk mendapatkan cahaya kebaikan. Kemudian,
pada malam tersebut juga, mereka menuju ke kuil Buddha untuk mendengar
deringan loceng yang dipercayai boleh menghalau 108 kejahatan.
Konfusianisme diperkenalkan oleh Tokugawa demi untuk menjayakan cita-cita
politiknya. Doktrin-doktrin Konfusianisme telah lama diperkenalkan ke Jepun
sebagai elemen penting dalam tamadun dan pendidikan Cina. Tetapi, pengaruh
Konfusianisme semakin berkurangan akibat kemunculan kuasa tentera selepas
kurun ke-12. Oleh itu, Tokugawa mula memberi penekanan terhadap fahaman
Neo-konfusianisme yang mementingkan kesetiaan orang bawah kepada orang
atasan seperti kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dan ketaatan anak kepada
ibubapa. Ideologi ini dikaitkan pula dengan pegangan tradisi samurai lalu
membentuk sifat yang dinamakan bushido {the way of the warrior). Sikap ini
berjaya menukar samurai dari golongan pahlawan feudal kepada ahli birokrat
yang baik seperti ahli birokrat di China. Secara umumnya, idea konfucianisme
digunakan untuk menyatukan negaraJepun dan bertapak kukuh dalam sanubari
masyarakat Jepun. Prinsip-prinsipnya digabungkan bersama prinsip State Shinto
untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Jepun sebelum Perang Dunia
Kedua.
Agama Kristian juga wujud di Jepun dan terbahagi kepada dua iaitu Protestan
dan Katolik. Walaupun hanya 1% penduduk Jepun beragama Kristian, namun
agama ini mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat Jepun. Idea- idea
yang diperkenalkan oleh agama Kristian digunakan dalam pendidikan dan kerja-
kerja kebajikan. Contohnya, agama Kristian telah menjadi pelopor dalam
pembinaan sekolah-sekolah bagi anak-anak perempuan. Pada 1920-an,
pengikut agama Kristian telah bergabung dengan penyokong Parti Sosialis bagi
menjayakan gerakan pekerja (labour movement. Gerakan Kristian di Jepun juga
terlibat dalam isu keadilan sosial.
Selepas perang terutamanya selepas tahun 1946, Maharaja Hirohito
mengisytiharkan bahawa baginda bukanlah Tuhan. Semenjak itu, hubungan
antara agama dan negara mulai renggang. Banyak agama baru muncul di Jepun
dan dianuti oleh 14 juta orang. (12% daripada penduduk Jepun). Dua agama
baru yang paling popular ialah Tenrikyo dan Soka Gakkoi.
Tennkyo berdasarkan agama Buddha. la diasaskan oleh seorang suri rumah.
Agama ini mempunyai kitab suci, bandar suci (tenri) dan cara beribadat
tersendiri. Tenrikyo menekankan tentang kebersihan, kegembiraan dan
kemudahan dalam sesuatu urusan. Penganut-penganut agama ini sering
mengadakan gotong-royong membersihkan halaman istana Maharaja. Perkara
ini menggambarkan kebersihan rohani. Masyarakat Jepun sejak zaman silam
mementingkan kebersihan. Penganut Shinto membersihkan tangan dan mulut
sebelum menuju ke tempat ibadat. Masyarakat Jepun juga sering mandi untuk
menjaga kebersihan diri.
Satu lagi agama baru yang cepat tersebar ialah Soka Gakkai (Value-Creating
Society). Agama ini merupakan salah satu mazhab agama Buddha dan
diasaskan oleh seorang guru yang mendapat ilham daripada Nichiren. Penganut
agama ini terdin daripada kumpulan militan Buddhisme. Soka Gakkai
menjanjikan kesihatan dan kebahagiaan kepada penganutnya. Agama ini
ditujukan terutamanya kepada golongan muda(20-30 tahun), peniaga kecil
(yang mengalami kerugian dalam perniagaan), orang bawahan dan golongan
yang tertindas. Penganut agama ini berzikir dengan menyebut Namu-myo-ho-
renge-kyo sebagai jalan untuk menuju englightenment. Menurut agama ini,
menerusi zikir, penganut- penganutnya boleh mendapatkan apa yang diidam-
idamkan termasuklah pekerjaan dan teman wamta. Soka Gakkai menggunakan
kaedah paramilitary
untuk membangkitkan semangat pengikutnya melalui perarakan, berkawat dan
sukan. Agama ini juga dikritik kerana menggunakan kaedah brainwashing dan
strong-arm.
Kiromizukyo adalah agama baru yang berasaskan Shinto. Pengasasnya ialah
Kiromizu Munetada. Beliau pernah menjadi paderi Shinto dan berhasrat untuk
menjadi Kami. Kiromizukyo menekankan prinsip moral seperti perpaduan
keluarga, hormat kepada orang tua, perbezaan peranan lelaki dan wanita dan
persamaan antara manusia.
Semasa agama-agama baru ini muncul, Shinto dan agama Buddha tetap
memainkan peranan penting dalam masyarakat Jepun. Sebelum memulakan
perjalanan jauh atau pekerjaan yang baru, masyarakat Jepun sepatutnya
melawat shrine untuk berdoa atau sebagai satu penghormatan. Bahkan,
kebanyakan rumah di Jepun mempunyai shrine yang kecil dan dilengkapi
dengan patung Buddha, simbol Shinto dan kepingan logam yang bertulis nama
nenek moyang. Ini untuk memudahkan mereka melakukan penyembahan pada
setiap hari. Ajaran Konfusious juga penting untuk pembentukan moral yang baik
termasuklah hubungan baik dalam keluarga dan kesetiaan di rumah, sekolah
dan tempat kerja.
20.8 SISTEM PENDIDIKAN DI JEPUN
Selepas Pemulihan Meiji pada 1868, pendidikan moden diperkenalkan.
Pendidikan ini bersifat sekular dan terpisah dari agama Buddha dan golongan
bangsawan. Sehingga pertengahan kurun ke-19, 40% daripada rakyat Jepun
pandai membaca. Pada masa ini, boleh dikatakan bahawa seluruh rakyat Jepun
celik huruf. Prinsip pendidikan di Jepun ialah untuk melahirkan negara yang
demokratik dan rakyat yang cintakan keamanan. Undang-undang Asas
Pendidikan 1947 berbunyi:
We shall esteem individual dimity and endeavor to bringup people who love
truth andpeace, while education which aims at. the creation of universal yet
highly individualistic culture shall be spread far and wide.
Peluang untuk mendapatkan pelajaran meliputi semua rakyat tanpa mengira
bangsa, agama, jantina, status sosial, kedudukan ekonomi dan latar belakang
keluarga. Pendidikan di Jepun menitikberatkan pengetahuan politik dan
kebebasan agama dalam usaha melahirkan rakyat yang baik. Pada masa yang
sama, sistem pendidikan tidak boleh terikat dengan mana-mana parti politik
atau agama. Kerajaan Jepun menggalakkan organisasi awam membina
perpustakaan, muzium dan dewan untuk member! kemudahan kepada para
pelajar.
Pendidikan di Jepun terbahagi kepada empat peringkat:
1. Peringkat Sekolah Rendah (6 tahun)
2. Peringkat Sekolah Menengah Rendah (3 tahun)
3. Peringkat Sekolah Menengah Tinggi (3 tahun)
4. Peringkat Universiti (4 tahun)
Pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah selama 9
tahun merupakan pendidikan wajib. Semua kanak-kanak di Jepun diwajibkan
bersekolah dari usia 6 hingga 15 tahun. Pelajaran pada peringkat ini diberi
secara percuma.
Selepas itu, terpulang kepada para pelajar sama ada ingin meneruskan
pelajaran atau berhenti belajar dan terus bekerja. Kebanyakan pelajar
meneruskan pengajian mereka. Pada 1989, pelajar yang meneruskan pengajian
ke peringkat Menengah Tinggi berjumlah 95%. Pada 1976, 39% pelajar
memasuki pusat pengajian tinggi. Jumlah ini kemudiannya menurun kepada
31% pada 1989. Ini kerana 29% pelajar telah memasuki sekolah-sekolah
vokasional dan sekolah- sekolah khas, sementara 35% lagi memasuki bidang
pekerjaan
Guru merupakan kerjaya yang amat dihormati di Jepun. Guru dipanggil sensei
(tuan). Terdapat 5 persatuan guru di Jepun. Lebih dari 50% guru sekolah swasta
menganggotai Nikkyo-so (Persatuan Guru Jepun), iaitu sebuah persatuan guru
yang terbesar di dunia.Selain dari itu, kebanyakan sekolah mempunyai
persatuan guru dan ibu bapa untuk menjalinkan hubungan baik antara kedua-
duanya.
Kebelakangan ini, sistem pendidikan Jepun menerima kecaman kerana hanya
bergantung kepada pengambilan nota-nota, dan mengetepikan daya kreativiti
setiap pelajar. Pelajar sekolah rendah dan menengah diarahkan memakai
pakaian seragam dan mematuhi peraturan sekolah yang ketat. Persaingan
merupakan perkara biasa kerana para pelajar dikehendaki lulus peperiksaan
dengan cemerlang sebelum diterima masuk ke sekolah tinggi atau universiti,
yang seterusnya akan menjanjikan kerjaya yang menarik kepada pelajar-pelajar.
Kebanyakan pelajar menghadiri;«^ (sekolah yang sesak) sebagai tambahan
kepada sekolah biasa.Ini bertujuan untuk menyediakan diri bagi menghadapi
peperiksaan yang dinamakanjukenjigoku atau examination hell.
Jangka waktu persekolahan di Jepun lebih panjang jika dibandingkan dengan
sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Sekolah-sekolah beroperasi dari Isnin
hingga Jumaat, dan pada hari Sabtu, pelajar-pelajar di Jepun tetap menghadiri
kelas selama setengah hari. Selain dari itu, jumlah hari persekolahan dalam
setahun di negara Jepun ialah 240 hari berbanding dengan cuma 180 hari
di Amerika Syarikat. Oleh itu, para pelajar Jepun dikatakan lebih mahir dari para
pelajar Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang sains dan matematik.
Oleh sebab rekod Jepun yang cemerlang dalam sains dan teknologi, negara
Jepun telah diterima masuk ke arena 'penjelajahan angkasa'. Pada 1985, Jepun
menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk menjadi rakan
dalam program stesen angkasa yang menelan belanja sebanyak 30 bilion. Pada
September 1992, angkasawan pertama Jepun, Dr. Mohri Manoru menyertai misi
Spacelah. Pada 1986, Jepun telah menghantar kapal angkasa untuk mengkaji
komet Halley. Pada tahun yang sama, Jepun telah melancarkan roket dengan
kuasa gerakannya berjaya dicipta sendiri oleh Jepun.
20.9 WANITA JEPUN MODEN
Pada zaman lampau, wanita Jepun lebih banyak mengendalikan hal-ehwal
rumah tangga. Ini menyebabkan Barat mendakwa bahawa wamta Jepun berada
pada kedudukan yang rendah dan hanya dianggap sebagai perhiasan.
Anggapan tersebut tidak tepat kerana hanya wanita dari kelas pertengahan dan
bawahan yang berada pada kedudukan yang rendah. Wanita dari golongan
bangsawan pula telah terlibat dalam politik sejak dari zaman silam. Mereka juga
diberikan hak dalam undang-undang dan pemilikan harta. Perkara ini kelihatan
dengan jelas pada wanita bangsawan dalam zaman Kamakura.(kurun ke-12
hingga kurun ke-14)
Pada masa ini, peranan wanita telah berubah. Mereka tidak hanya menjadi sun
rumah, tetapi ramai yang telah keluar bekerja dan memberikan sumbangan
dalam ekonomi negara. Di samping itu, wanita Jepun moden juga melibatkan
diri secara aktif dalam politik dan aktiviti sosial.
Pada 1940, wanita merupakan 40% daripada penduduk Jepun yang berjumlah
32 juta orang. Di setiap sektor, wanita terlibat dalam pekerjaan peringkat
rendah dan menerima gaji yang rendah. Kebanyakan wanita yang bekerja
merupakan mereka yang belum berkahwin. Selepas berkahwin, wanita biasanya
akan berhenti bekerja dalam sektor perindustrian, dan bertukar pekerjaan ke
sektor pertanian atau perniagaan kecil. Pekerjaan tersebut dianggap sebagai
perkara sampingan kepada wanita kerana tugas utama mereka ialah sebagai
isten dan ibu.
Semasa perang, kebanyakan lelaki memasuki tentera. Oleh itu, tenaga kerja
wanita amat diperlukan sehinggakan anak-anak perempuan turut dikerah
bekerja. Wanita melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah membuat peralatan
perang.
Walau bagaimanapun, corak pekerjaan kaum wanita menunjukkan bahawa
masyarakat masih belum menerima mereka sepenuhnya dalam bidang
pekerjaan. Wanita yang berkahwin terpaksa berhenti kerja sehinggalah anaknya
yang terakhir memulakan persekolahan. Ini menyebabkan wanita kehilangan
peluang untuk memperolehi gaji yang tinggi disebabkan jangka masa
perkhidmatan mereka dalam bidang pekerjaan adalah pendek.
Pada 1985, Jepun mewujudkan Equal Employment Opportunity Law untuk
memberi hak yang sama kepada lelaki dan wanita yang bekerja. Tetapi wanita
Jepun tetap berada di dalam dilema. Ini disebabkan wujudnya sistem dua trek
iaitu trek pekerja bawahan dan trek pengurus. Jika wanita berada dalam trek
pengurus dan memegang jawatan penting dalam sesebuah syarikat, dia
terpaksa bekerja dalam jangka waktu yang panjang setiap hari dan dia juga
hendaklah bersedia untuk ditukarkan ke mana-mana cawangan syarikat. Ini
menyebabkan sesetengah wanita terpaksa menangguhkan perkahwinan atau
langsung tidak berkahwin.
Equal Employment Law dijangka dapat menyelamatkan wanita daripada
diskriminasi, tetapi undang-undang negara Jepun enggan menganggap bahawa
sistem dua trek merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap wanita. Oleh itu,
sistem dua trek terus diamalkan.
Selain dari itu, kes-kes mengenai hak-hak wanita diambil berat sehmgga kes-
kes tersebut dibawa oleh peguam wanita kepada perbicaraan mahkamah.
Persoalan mengenai hak-hak wanita juga ditulis oleh kartunis-kartunis wanita.
Perkara ini dilakukan supaya hak-hak wanita terbela memandangkan jumlah
wanita yang bekerja semakin meningkat.
Di samping bekerja, wanita Jepun turut aktif dalam persatuan sejak 1930-an.
Menjelang 1942, semua wanita Jepun yang berumur 20 tahun ke atas
diwajibkan menyertai Greater Japan Women's Association. Sebelum Jepun
berperang dengan negara China pada 1937, wanita Jepun dilatih membantu
pasukan pertahanan. Mereka ditugaskan merawat askar-askar yang luka atau
cedera. Semasa perang, wanita memainkan tugas mereka untuk memberi
semangat kepada kaum lelaki untuk berperang.
Kini, kebanyakan wanita Jepun mendapat pendidikan tinggi. Sebanyak 14.7%
dari wanita yang tamat pengajian Menengah Atas telah memasuki pusat
pengajian tinggi. Oleh itu, mereka berupaya memainkan peranan penting dalam
soal-soal kemasyarakatan. Mereka telah mengadakan bantahan terhadap
diskriminasi harga barangan yang dipraktikkan oleh peniaga Jepun. Misalnya,
harga televisyen Jepun yang dijual di luar negara ternyata lebih murah daripada
televisyen yang dijual di negara Jepun. Taktik ini digunakan oleh para peniaga
supaya barangan mereka diterima di pasaran asing. Pergerakan wanita cuba
membetulkan keadaan ini.
Pada 1970, pergerakan wanita cuba mengutarakan beberapa isu termasuklah
pencemaran alam sekitar, bahaya jalanraya kepada kanak-kanak, keadaan
rumah yang sempit dan inflasi. Dalam pilihan raya 1971, Minobe Ryokichi,
seorang ahli politik yang disokong oleh pergerakan wanita telah menang. Ini
membuktikan bahawa pendapat dan suara wanita juga penting dan perlu
dihargai.
Wanita Jepun moden mula diberi peluang untuk melibatkan diri dalam politik.
Pada 1945, wanita diberikan hak untuk mengundi. Tetapi sehingga 1947,
keahlian wanita dalam Diet tidak bertambah. Pelantikan seorang wanita, Doi
Takako, sebagai pemimpin Parti Sosialis Jepun pada September 1986 tidak
dapat memberikan hak-hak politik yang diharapkan oleh wanita. Hanya
segelintir ahli politik wanita yang berjaya. Antaranya ialah Ichikawa Fusae yang
merupakan salah seorang ahli upper house dan tahun 1953 sehingga 1981.
Sehingga 1945, bilangan menteri kabinet wanita adalah sangat kecil. Sikap
konservatif rakyat Jepun menghalang wanita daripada terlibat secara aktif di
dalam politik.
20.10 ASPEK KESUSASTERAAN JEPUN
Hasil sastera tertua di Jepun ialah Kojiki yang dipercayai ditulis pada 712 M.
Terdapat juga Mannyoshu iaitu antologi puisi klasik yang disusun pada 751 M.
Kedua-dua hasil sastera ini telah member! sumbangan besar terhadap prosa
dan puisi Jepun pada hari mi.
Pada kurun ke-9, sastera Jepun banyak dipengaruhi oleh karya klasik Cina.
Setelah hubungan dengan China terputus, masyarakat Jepun mula
mengasimilasi bentuk-bentuk sastera Cina, dan kemudiannya mencipta sastera
mereka sendiri. Ini dapat dilihat dengan terciptanya sistem tulisan kana.
Novel tertua di Jepun ialah Taketori Monogatari yang ditulis pada 800 M. Ini
diikuti oleh Genji Monogatari (The Tale ofGenji) iaitu sebuah novel yang
memaparkan kisah percintaan dalam sebuah istana. Novel ini cuba
menggambarkan bahawa keindahan alam semulajadi boleh membantu manusia
melupakan ketegangan hidup. Penulis novel Jepun pada masa ini sering
mengaitkan alam dengan jiwa manusia.
Pada masa ini, waka (iaitu puisi yang mempunyai 31 suku kata) sangat popular
di kalangan wanita istana, golongan bangsawan dan golongan paderi. Sebuah
lagi puisi, Kokinshu muncul pada 922 M. Pada tahun tersebut, antologi puisi
yang pertama dikumpul atas arahan Maharaja. Dalam masa 150 tahun selepas
akhir kurun ke-12, cerita-cerita perang amat popular. Cerita ini cuba
menunjukkan bahawa kerajaan dibentuk oleh golongan pahlawan.
Kemudian, kerja-kerja kesusasteraan terhenti sehingga awal kurun ke- 17.
Setelah itu, Jepun mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Pada masa tersebut, rakyat
menjalani kehidupan yang tenang, walaupun terpaksa menghadapi kerajaan
feudalistik yang amat mementingkan disiplin. Drama-drama dan novel- novel
popular terus dihayati. Puisi- puisi termasuklah haiku (puisi 17 suku kata),
senryu (puisi berbentuk bidalan atau pepatah dan selalunya berbentuk sindiran)
dan kyoka (puisi dalam bentuk komik) masih mendapat tempat di hati rakyat.
PembaratanJepun bermula pada akhir kurun yang lalu. Pembaratan telah
memberi tenaga baru dalam penghasilan hasil-hasil kesusasteraan. Novel-novel
yang berunsurkan Barat membicarakan pemikiran Barat seperti Liberalisme
Perancis (Montesquieu dan Rousseau), Utilitarianisme British (Bentham dan J.S.
Mill) Idealisme Jerman (Kant dan Hegel) dan Altruisme Kristian. Sastera mula
dipengaruhi oleh unsur-unsur realisme, naturalisme, idealisme dan
romantisisme. Sehingga kini, fiksyen-fiksyen yang dihasilkan oleh OgaiMorida.n
Soseki Natsume terus menjadi tatapan. Pada masa yang sama, perkembangan
puisi waka dan haiku dapat bertahan di tengah arus perkembangan tulisan
prosa.
Kerja-kerja penterjemahan hasil kesusasteraan Barat telah dibuat secara besar-
besaran sehingga kebanyakan rakyatJepun mengenali penulis-penulis Barat
seperti Shakespeare, Goethe, Hugo dan Tolstoi. Satu peristiwa penting dalam
perkembangan kesusasteraan sebelum perang di Jepun ialah Konvensyen di
Tokyo pada September 1957 yang dihadiri oleh ahli-ahli sastera dari seluruh
dunia.
Selain dari itu, satu lagi perkembangan sastera ialah meningkatnya populariti
sastera Jepun. Banyak novel-novel Jepun diterjemahkan ke bahasa Inggeris
seperti Homecoming oleh Jiro Osaragi, The Sound of Waves oleh Yukio Mishima
(yang mengisahkan percintaan dua remaja di kampung nelayan), Snow Country
yang merupakan antara novel terbaik Kawabata Yasunari dan Some Prefer
Nettles olehJun-Ichiro Tanizaki.
Kesusasteraan Jepun moden juga cenderung kepada kisah perang, termasuklah
perang dengan China (yang berlarutan dari 1937 hingga 1941) dan perang di
Pasifik yang amat mengerikan. Akhirnya, perang telah berkesudahan dengan
pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang banyak meninggalkan
kesengsaraan kepada rakyat Jepun.
Dalam penulisan selepas perang pula, ada juga diselitkan unsur-unsur
keindahan dan perasaan kasih sayang sesama manusia. Tanizakifunichiro,
seorang pakar tentang ilmu keindahan, telah menulis tentang konflik antara
zaman dahulu dan sekarang dalam novelnya TheMakioka Sisters, yang
merupakan antara novel terbaik. Seorang lagi penulis, AheKoho memberi
perhatian kepada dua jenis kebebasan. Dalam novelnya, The Woman in the
Dunes, beliau menekankan bahawa manusia inginkan kebebasan, tetapi pada
masa yang sama, mereka juga takut dengan kebebasan tersebut.
20.10.1 Aspek Seni Lukis, Seni bina dan Kraftangan
Sejak kedatangan Komodor Perry ke Jepun, sent lukisan Jepun mula dipengaruhi
oleh Barat. Ramai pelukis telah meniru lukisan dari Barat. Sehingga akhir kurun
ke-19, barulah wujud kesedaran untuk mengekalkan kesenian tradisi Jepun.
Perkara ini berlaku hasil usaha Okakura Kakuzo dan Ernest Fenollosa.
Pada 1888, Okakura menubuhkan Tokyo Academy ofArt yangsekarang ini
dikenali sebagai Tokyo University of Art. Di sini, pelbagai cara melukis diajar
termasuklah Kano, Tosa dan Yamato. Shimomura Kanzan (1873-1930) telah
melukis zaman Momoyama dengan memasukkan unsur realisme moden.
Pada kurun ke-20, wujud semula kecenderungan terhadap seni lukis Eropah.
Oleh itu, muncul ramai pelukis yang menggunakan cat minyak (oil painters).
Pelukis-pelukis ini aniat berbakat dan kebanyakannva mendapat latihan di
Perancis. Oleh itu, hasil kerja mereka mencerminkan pengaruh Barat. Antara
pelukis yang terkenal lalah Yasul Sotaro (lahir pada 1888). Kemudian, lahir pula
pelukis-pelukis baru seperti Kawaguchi Kigai dan Wakita Kazu. Lukisan mereka
banyak dipengaruhi oleh Bonnard, Matise dan Picasso.
Selain dari lukisan minyak, print makers juga merupakan hasil sent yang
penting. la menggunakan blok kayu. Print Maker yang berwarna mula
diperkenalkan oleh Yamamoto Kanae (1882-1946). Print Makers dipercayai
dibawa ke Jepun dari timur jauh sejak 2 kurun lalu. Kini, ia merupakan hasil
kesenian Jepun yang mengagumkan.
Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku kecenderungan untuk menghasilkan
lukisan abstrak disebabkan oleh pengaruh Barat. Tetapi terdapat juga mereka
yang masih berpegang kepada lukisan tradisi Jepun. Antaranya ialah Munakata
Shiko (lahir pada 1903). Beliau menjadikan zen-Buddhisme sebagai sumber
inspirasinya dalam menghasilkan lukisan tradisional Jepun yang bermutu.
Di samping seni lukisan, seni bina moden Jepun juga tidak kurang hebatnya. Ini
kerana negara Jepun berjaya melahirkan banyak arkitek yang mampu mereka
bentuk bangunan-bangunan yang canggih dengan menggunakan teknologi
moden.
Seorang arkitek Jepun yang terkenal ialah Tange Kenzo yang bertanggungjawab
mereka bentuk Swimming Arena. Bangunan tersebut dibina khas untuk Sukan
Olimpik di Tokyo pada tahun 1964.
Secara umumnya, reka bentuk bangunan ini sungguh mengagumkan. Jika dilihat
dari atas, ia kelihatan seakan-akan bentuk siput atau daun. Bangunan ini
dilengkapi dengan sebuah dewan untuk menandakan keamanan di Hiroshima.
Dewan ini pula mempunyai sebuah pintu gerbang yang menarik dan
mempunyai ciri-ciri seni bina tradisional Jepun.
Maki Fumihiko, seorang lagi arkitek Jepun yang terkemuka, telah mereka bentuk
sebuah bangunan moden yang dimimaksin Aoyama Boulevard. Maki Fumihiko
menggemari asymmetry dalam mereka bentuk bangunan tersebut. Beliau juga
sering menggunakan bentuk alam semula jadi (seperti tiram) dan bentuk yang
bersifat tradisional (seperti topi best samurai) dalam mereka bentuk^ ayama
Boulevard
Ito Toyo pula ingin memberikan satu kelainan kepada bandar raya Tokyo.
Baginya, Paris, London dan Rome adalah umpama muzium, sementara Tokyo
pula umpama sebuah teater kerana keadaannya yang sering berubah-ubah dan
bertukar wajah. Oleh itu, Ito Toyo merasakan bahawa beliau perlu mereka
bentuk sejenis rumah yang ringan dan bersifat sementara di Tokyo. Ito juga
pernah tinggal di Asia Tenggara. Oleh itu, pondok yang banyak terdapat di Asia
Tenggara dijadikan sumber ilhamnya dalam reka bentuk bangunan di Tokyo.
Arata Isazaki merupakan seorang arkitek yang cuba mencantumkan elemen
timur dan barat dalam sent binaJepun. Dalam mereka bentuk sebuah kompleks
golf, beliau telah membina sebuah menara yang seakan-akan sebuah pagoda,
dan mempunyai cucuran atap pada setiap tingkat. Tidak jauh dari menara ini,
Arata Isazaki membina sebuah bangunan rendah dan berbentuk bulat.
Bangunan ini seolah-olah sebuah kuil Greek yang kecil. Jika dilihat dengan teliti,
sent bina bangunan ini unik dan amat menarik.
Ando Takao pula berjaya mereka bentuk gereja Roman Katolik di atas Gunung
Rokko, Gereja ini dihubungi oleh terowong di lereng-lereng bukit. Terowong
tersebut terbuka di kedua-dua bahagian sebagai mencerminkan alam semula
jadi yang dipenuhi oleh pokok pain dan bukit-bukau. Jika berada di dalam gereja
tersebut, seseorang akan merasa tenang dengan reka bentuk ruang yang
kelihatan ringkas dan dilingkungi oleh tingkap-tingkap. Ando telah berjaya
mereka bentuk binaan ringan yang kelihatan seakan-akan diperbuat daripada
kertas.
Walaupun Jepun telah menjadi sebuah negara moden dalam masa yang singkat,
namun seni kraftangan tidak dilupakan. Antara kraftangan yang dihasilkan
termasuklah barang-barang tembikar (seperti mangkuk untuk upacara minum
teh), tenunan (seperti sutera dan kain untuk pakaian seharian), pembuatan
pedang dan ukiran-ukiran. Bagi masyarakatJepun, hasil kraftangan mempunyai
keindahan dan kehalusan seni yang menawan dan dapat menyegarkan jiwa.
20.10.2 Pakaian Tradisional Jepun: Kimono
Kimono merupakan pakaian tradisi masyarakat Jepun. Sebelum wujudnya
kimono, masyarakatJepun memakai kosode iaitu baju bertangan kecil. la dipakai
sebagai undergarment pada zaman Nara (710-794). Tetapi pada pertengahan
kurun ke-16, kosode dipakai sebagai outer garment (baju di sebelah luar).
Hanya pada kurun ke-18, barulah kimono popular di kalangan masyarakatJepun.
Semasa zaman Meiji (1868-1912), kebanyakan kaum lelaki gemar berpakaian
ala-Barat. Mereka hanya memakai kimono semasa menghadiri majlis tertentu
atau semasa bersantai di rumah. Manakala kaum wanita pula mula menggemari
kimono pada permulaan zaman Showa (1926-1989). Kini, mereka hanya
memakai kimono semasa majlis atau perayaan tertentu. Begitu juga dengan
kanak-kanak.
Kimono yang digayakan menggambarkan perayaan, latar belakang perayaan,
musim perayaan dan masa perayaan. Satu perkara yang menarik mengenai
kimono ialah ia melambangkan sikap dan perangai si pemakai.
20.10.3 Sistem Tulisan
Jepun dikatakan mempunyai kadar celik huruf yang tertinggi di dunia, iaitu 98%
dan mereka masih mengekalkan statistik tersebut hingga ke hari ini. Untuk
menguasai bahasa mereka sendiri, masyarakatJepun hendaklah mempelajari 4
jenis tulisan: Kanji, Hiragana, Katakana dan Romanii.
Kanji asalnya adalah tulisan Cina vang kerbenwkpictographs. Tulisan ini
diperkenalkan ke Jepun oleh orang-orang Cina pada kurun ke-5. Di dalam Kanji,
terdapat 40,000 character, tetapi untuk membaca akhbar bertulisan kanji,
seseorang itu hanya perlu mengetahui 2,000 character. Warga tua Jepun
menggunakan tulisan kanji yang berbeza dengan generasi muda vang
berpendidikan moden. Sesetengah tulisan kanji mempunyai 1C cara sebutan
yang berbeza. Perkara ini bergantung kepada konteks dan makna. Kedua-dua
masyarakat Cina dan Jepun boleh memahami tulisan kanji, walaupun mereka
tidak dapat berhubung secara lisan (kerana perbezaan sebutan)
Hiragana ialah tulisan yang bersambung dan condong. la terdiri daripada suku
kata yang mempunyai 50 bunyi. la digunakan untuk menghubungkan tulisan
kanji dan untuk menulis perkataan Jepun berdasarkan bunyi. Biasanya ia
digunakan untuk menulis nama-nama stesen keretapi.
Katakana, juga seakan-akan Hiragana. la juga merupakan suku kata yang
mengandungi 50 bunyi, tetapi tulisannya berbentuk empat persegi. Oleh itu, ia
kelihatan seolah-olah tulisan yang dicetak walaupun ia sebenarnya merupakan
tulisan tangan. Katakana digunakan untuk menulis 'perkataan bukan Cina'
dalam bahasa Jepun. Secara ringkasnya, tulisan kanji lebih merupakan gambar
(hubung kait antara simbol dan perkataan). Sementara itu, Hiragana dan
Katakana lebih mementingkan bunyi.
Satu lagi tulisan yang digunakan oleh masyarakat Jepun ialah Romanji
(menggunakan abjad roman). Perkataan Jepun boleh disesuaikan dengan
Romanji. Kebanyakan masyarakat Jepun boleh membaca dan menulis tulisan
Romanji. Tulisan ini juga digunakan untuk menulis nama stesen-stesen kereta
api. Biasanya Romanji digandingkan dengan salah satu dari tiga tulisan Jepun
(Kanji, Hiragana dan Katakana). Kanji agak sukar dan memakan masa bertahun-
tahun untuk dipelajari. Sebaliknya, Hiragana dan Katakana boleh dipelajari
dalam masa yang singkat (iaitu hanya beberapa minggu).
20.10.4 Perayaan-perayaan Orang Jepun
Masyarakat Jepun masih menghargai nilai-nilai tradisi walaupun negara mereka
telah bertukar menjadi sebuah negara moden. Oleh kerana itu, masyarakat
Jepun masih terus merayakan hari-hari kebesaran dan perayaan-perayaan yang
wujud sejak zaman silam. Sehingga ini, terdapat pelbagai perayaan di Jepun
yang menggambarkan kepercayaan, pegangan hidup dan sikap masvarakat
Jepun. Seperti masyarakat Cina, kebanyakan masyarakat Jepun merayakan
semua
perayaan yang terdapat di kawasan mereka tanpa mengira agama atau
mazhab. Bagi mereka, perayaan menandakan perubahan musim.
Perayaan Tahun Baru
Perayaan ini disambut dari 1 hingga 3 Januari setiap tahun. Sejak 29 Disember
lagi, pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat kerajaan dan swasta ditutup.
Kebanyakan penduduk kota akan kembali ke kampung halaman masing-masmg.
Rumah-rumah dibersih dan dihias sebagai melambangkan semangat baru.Ada
juga rumah-rumah yang dihias dengan pokok pain dan buluh sebagai lambang
keabadian.
Semasa malam tahun baru, semua ahli keluarga berkumpul untuk makan
malam bersama-sama. Pada waktu tengah malam, kuil-kuil Buddha
membunyikan loceng 108 kali untuk menghalau semangat jahat. Pada keesokan
hari, ramai orang berkunjung ke kuil Buddha dan tempat ibadat Shinto untuk
berdoa agar mendapat kesejahteraan hidup. Di rumah, masyarakat Jepun
menikmati makanan tradisional iaitu ozoni dan menghabiskan masa dengan
pelbagai permainan. Kanak-kanak pula menerima sampul surat berisi wang
yang dinamakan otoshi-dama.
Kodomo-no-Hi (Hari kanak-kanak)
Kodomo-no-Hi merupakan perayaan tradisional Jepun. la disambut pada 5 Met
setiap tahun untuk meraikan proses pembesaran kanak-kanak. Perayaan ini
menunjukkan bahawa orang-orang Jepun menitikberatkan kanak-kanak. Perkara
ini berlawanan dengan orang-orang Barat yang lebih memberi tumpuan kepada
golongan dewasa. Selain dari hari kanak-kanak, orang-orang Jepun juga
merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa.
Hina-Matsuri (Perayaan A nak Patting)
Perayaan ini disambut pada 3 Mac untuk menandakan kegembiraan bagi kanak-
kanak perempuan. Pada hari perayaan, masyarakat Jepun menghiaskan rumah
mereka dengan anak patung dan menyediakan makanan-makanan istimewa.
Pada masa ini, pokok pic biasanya akan berbuah. Oleh itu, perayaan ini juga
dikenali sebagai 'perayaan pokok pic' (Peach Festival). Hina-Matsuri
menunjukkan bahawa orang-orang Jepun mendidik anak-anak perempuan agar
menyedari peranan mereka kelak sebagai isteri dan ibu yang baik.
Setsubun
Perayaan ini disambut sehari sebelum hari pertama musim bunga. Selalunya
perayaan ini jatuh pada 3 atau 4 Februari. Orang-orang Jepun membuang
sejenis kacang (parched beans) di sekitar rumah mereka untuk membuang sial
dan membawa kesejahteraan kepada ahli keluarga. Setsubun juga dirayakan di
kuil- kuil Buddha dan tempat ibadat Shinto.
Hana-mi
Pada akhir Mac dan awal April, pokok ceri berbunga. Pada masa inilah,
masyarakat Jepun merayakan hana-mi dengan mengadakan parti dan
perkelahan di bawah pokok ceri untuk menyambut kedatangan musim bunga.
Perayaan musim bunga
8 April adalah tarikh lahir Buddha. Pada hari ini, kuil-kuil mengadakan perayaan
dengan teh manis disiram pada patung Buddha yang kecil.
Perayaan kanak-kanak lelaki
Perayaan ini disambut pada 5 Mei. Pada hari tersebut, patung-patung yang
berpakaian tentera dipamerkan . Ini merupakan satu inspirasi supaya kanak-
kanak lelaki akan membesar dan menjadi pemuda-pemuda yang ideal.
Koi-Nobori
Patung ikan karp yang diperbuat daripada kain dikibarkan pada 5 Mei. Perkara
ini sebagai menandakan harapan bahawa kanak-kanak lelaki akan membesar
dan menjadi tangkas seperti ikan karp yang tangkas berenang di dalam air.
20.10.5 Kegemaran Masa Lapang Masyarakat Jepun
Muzik. Terdapat 2 jenis muzik iaitu muzik tradisional Jepun dan muzik barat.
Muzik tradisional Jepun termasuklah Gagaku yang selalu dimainkan di istana
raja dan tempat ibadat Shinto. Selain dari Gagaku, ada juga muzik yang
dinamakan Samisen. Muzik ini dihasilkan oleh sejenis alat muzik yang
mempunyai 3 tali. Samisen selalu dimainkan untuk mengiringi kabuki,
pertunjukan puppet Bunraku dan tarian klasik. Sehingga kini, Samisen masih
popular di Jepun.
Muzik Barat diperkenalkan di Jepun selepas 1860-an. Semenjak tahun itu, muzik
Barat telah diajar dalam kurikulum sekolah. Terdapat juga sekolah muzik
profesional di Jepun.
20.10.6 Teater
Terdapat 3 jenis drama klasik di Jepun iaitu drama noh, pertunjukan puppet
(Bunraku) dan persembahan kabuki. Drama 'Noh' bermula sejak kurun ke-13
apabila pelbagai tarian keagamaan diperkenalkan. Drama ini telah diperbaiki
lagi pada kurun ke-15. Pada masa silam, drama ini dipentaskan untuk golongan
bangsawan. Tetapi pada hari ini, lajuga ditayangkan untuk orang awam. Drama
'Noh' diminati ramai kerana mempunyai gaya dan simbol tersendiri.
Pertunjukan puppet (Bunraku) mula diperkenalkan pada kurun ke-16. Dalam
pertunjukan puppet, perasaan manusia diterjemahkan melalui patung- patung,
dengan iringan muzik samisen. Ajaran Buddha yang menyatakan bahawa hidup
merupakan satu penderitaan bertukar kepada konsep baru iaitu 'oleh
kerana hidup ini bersifat sementara, maka manusia hendaklah memkmatinya
dengan bersukariaselagi berkesempatan'.
Persembahan Kabuki bermula pada kurun ke-17. Persembahan ini merupakan
gabungan adegan-adegan menarik dalam drama 'Noh' dan tariannya,
pertunjukan puppet dan pertunjukan teater. Kabuki dijayakan oleh sekumpulan
perempuan muda, dan kemudiannya oleh golongan pemuda. Kini Kabuki telah
mengalami sedikit perubahan.
Shimpa diperkenalkan pada akhir kurun yang lalu. Shimpa merupakan teater
yang berada di antara Kabuki dan teater moden. Pada mulanya, teater ini hanya
disertai oleh kaum lelaki, tetapi kemudiannya turut disertai oleh pelakon-
pelakon "wamta.
Kini, terdapat banyak kumpulan teater moden di Jepun, terutamanya di
kalangan generasi muda. Teater-teater yang dipersembahkan bukan hanya
meliputi hasil tulisan klasik Shakespeare, Moliere dan Ibsen, tetapi juga meliputi
hasil tulisan penulis-penulis Jepun moden dan penults moden dari negara luar.
20.10.7 Upacara Minum Teh
Upacara ini dipengaruhi oleh zen Buddhisme. la cuba menunjukkan bahawa
rutin dalam kehidupan seharian boleh dijelmakan sebagai satu kesenian.
Upacara minum teh bermula pada akhir kurun ke-15 dan kemudiannya
diperbaiki lagi oleh Sen no Rikyu pada kurun ke-16. Pada hari ini, upacara
minum teh dikenali sebagai chado. Upacara minum teh menonjolkan nilai
kesenian yang memberikan keindahan dalam pelbagai bentuk, iaitu dengan
menggabungkan pemikiran dan tingkah laku yang baik. Selain dari itu, upacara
ini Juga mementingkan etika, alat-alat dan perhiasan dalam bentuk yang
ringkas.
20.10.8 Ikebana
Seni gubahan bunga juga dipengaruhi oleh zen Buddhisme. la merupakan satu
lagi kesenian yang terjelma dari rutin seharian. Ikebana mula dijadikan sebagai
satu bentuk kesenian pada akhir kurun ke-15. Jika ditinjau dengan lebih
mendalam, ikebana bukan hanya sekadar gubahan bunga, tetapi mempunyai
makna tersendiri. Penggubah bunga seolah-olah mendapat semangat baru
apabila dia cuba menjadikan bunga mekar dalam waktu yang panjang. Semasa
menghasilkan ikebana, penggubah bunga seolah-olah bersatu dengan alam,
untuk menggambarkan keharmonian antara syurga, bumi dan manusia. Inilah
yang ingin dicapai oleh ikebana.
20.10.9 Seni Mempertahankan Din dan Sumo
Dalam sukan di Jepun, strategi yang digunakan ialah mengambil kesempatan di
atas kekuatan pihak lawan dengan menjadikan kekuatan tersebut mengalahkan
pihak lawan itu sendiri.
Teknik utama yang digunakan dalam seni mempertahankan diri ialah cara
'tarikan'. Dalam Judo, teknik menarik musuh dengan kuat digunakan. Dalam
kendo, teknik menarik pedang diamalkan, sementara karate pula mengamalkan
teknik menarik musuh.
Pada mulanya, judo, kendo, archery dan karate digunakan untuk
mempertahankan diri. Kemudian setelah kedatangan pengaruh Konfusianisme
dan Buddhisme, seni tersebut telah bertukar kepada satu bentuk disiplin minda
dan tubuh badan. Seni ini merangkumi aspek fizikal (teknik dan cara
mempertahankan diri) dan aspek spiritual (etika dan moral). Seperti sukan yang
lain, seni mempertahankan diri mengajar tentang kepentingan berlaku adil,
setia dan hormat.
Sukan yang popular di Jepun ialah Sumo. Pada masa dahulu, sumo dikaitkan
dengan ketuhanan. Kampung yang menang dalam sumo akan menerima hasil
pertanian yang banyak. Kini, sumo hanya merupakan sukan semata-mata. Sumo
telah terkenal di mata dunia sehinggakan muncul 2 orang dari Hawaii
(Takamiyama dan Konishiki) yang handal dalam sumo.
20.11 KESIMPULAN
Tamadun Jepun Moden berjaya mengekalkan keunggulannya sehingga kini.
Masyarakat Jepun memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam menerima
pengaruh tamadun asing dan kemudian menyesuaikannya dengan keadaan
negara Jepun. Pada mulanya, Jepun banyak menerima pengaruh tamadun Cina.
Kemudian, setelah menjalinkan hubungan dengan Barat semasa pemerintahan
Meiji, masyarakat Jepun mula mencontohi Barat dalam politik, ekonomi,
pendidikan dan ketenteraan.
Sikap masyarakat Jepun juga membantu menjayakan tamadun ini. Rakyat Jepun
bekerja dengan tekun, menghormati ketua, mempunyai keberanian dan disiplin
yang tinggi dan saling bekerjasama dalam usaha memajukan syarikat. Selain
dari itu, masyarakat Jepun juga tidak pernah melupakan nilai-nilai tradisi
walaupun negara mereka mengalami pemodenan pesat. Perkara ini
menyebabkan tamadun Jepun menjadi begitu unggul di mata dunia walaupun
Jepun pernah mengalami kekalahan teruk dalam Perang Dunia Kedua.
Seperkara lagi yang sangat perlu diberi perhatian tentang tamadun Jepun kini
ialah kemajuan yang dicapainya dalam sistem pengurusan yang dipanggil
Kanzen. Di dalam sistem ini perkara yang sangat unik dan baik dilakukan ialah
melakukan kerja secara berkumpulan dan menganggap semua pekerja sebagai
sama penting. Dengan ini segala keputusan dapat dibuat dengan saksama dan
bijaksana di samping memupuk semangat setiakawan dalam syarikat atau
organisasi atau jabatan.
Tamadun Jepun amat relevan dalam konteks pembangunan dan kemajuan di
Malaysia pada masa kini. Ini dapat dilihat melalui sistem pengurusan
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN JEPUN
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN JEPUN
Pekerjaan- - Menekankan sistem pertanian moden- penggunaan peralatan moden, sistem batas,
pemilihan tanah dan baja serta bijih benih- - Menyimpan stok dalam gudang spt hasil padi
- - Memperkenalkan teknik pengairan yg cekap, sistem penanaman dan penuaian yg diperbaiki
- - Seni tembikar dan pembuatan barangan logam spt alat pertanian, senjata kerja sampingan
- - Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam turut diperkenalkan. Kegiatan perdagangan mulai berkembang; membina kapal, alatan perang,
- - Barang-barang keluaran industri diiktiraf di dunia
Pendidikan
Zaman Meiji : - agenda utama negara menandingi kemajuan barat- Beratus penuntut dihantar keluar negara menimba ilmu dlm pelbagai bidang sains,
pentadbiaran dan teknologi - 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan negara itu dibahagi kpd 8 wilayah pelajaran.
Di setiap wilayah wujud sebuah universiti,32 sek men.dan 210 sek rendah - Pada tahun 1886 Mori Arinori ( menteri pelajaran 1885 -89) telah memulakan sistem
pelajaran sekolah rendah selama lapan tahun, sekolah menengah menawarkan kursus selama empat tahun.
- Pada tahun 1980 perintah Diraja mengenai pelajaran yang menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan intitusi pengajian tinggi di Jepun..
- Walaupun Jepun dah bergelar negara membagun ,namun Jepun tetap memberi penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan.
- Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun – tahun seterusnya.
- Sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua iaitu mengikut sistem yang berasaskan sistem Amerika Syarikat.
- Keluarga Jepun yang mempunyai anak membelanjakan bahagian yang sangat besar daripada belanjawan isi rumah mereka untuk pendidikan seperti ini.
- Untuk memasuki sekolah tinggi yang bagus, seseorang itu perlu lulus daripada sekolah menengah rendah yang baik dan dengan ini persaingan dalam sistem pendidikan wujud terus sejak dari tadika lagi.
Kesenian Tradisi Masyarakat Jepun- Seni Tulis :- struktur bahasa Jepun agak serupa dengan bahasa Korea, bahasa Mongolia
dan bahasa Turki tetapi tiada hubungan yang rapat.- Terdapat perkataan yang sama dalam bahasa Cina , bahasa Korea dan bahasa Jepun
dan ini berkaitan dengan pengaruh bahasa Cina.- Seni Lukis Tradisional :- seni lukis Jepun dipengaruhi oleh kesusasteraan Cina dan unsur
– unsur agama.- Seni Susunan Bunga :- susunan bunga – bungaan Jepun iaitu Ikebana merupakan
susunan yang yang berlandaskan konsep harmoni dan susunan linear, warna. - Seni Bina Rumah :- seni pembinaan rumah Jepun bermula pada zaman Jormon- Seni Bina Kuil :- merupakan seni bina paling tua dan masih dikekalkan
Struktur Sosial Masyarakat Jepun