6
TEKNIK PENULISAN KARANGAN YANG BAIK 1.0 Teknik Menulis Pendahuluan - Bahagian ini amat penting sebagai gambaran awal pemeriksa terhadap kemampuan calon menjawab soalan/tugasan - Melalui pendahuluan pemeriksa memperoleh gambaran awal kematangan calon menghuraikan tajuk/tugasan. - Perkara yang dicadangkan dalam penulisan pendahuluan Ayat 1: takrifan/definisi/keterangan umum berkaitan tajuk/tugasan Ayat 2: memasukkan isu semasa yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk/tugasan Ayat 3: memasukkan slogan @ peribahasa @ program/promosi kerajaan yang sesuai dan Berkaitan dengan tajuk/tugasan Ayat 4: merumus kehendak tajuk/ tugasan – sebab, cara mengatasi, kesan @ perbincangan Umum terhadap tajuk (dikenal juga sebagai ayat hala tuju soalan) Contoh Pendahuluan Lengkap Tajuk: Ibu bapa perlu merancang aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti persekolahan anak-anak. Bincangkan. Cuti persekolahan merupakan masa yang amat dinanti- nantikan oleh semua orang terutamanya para pelajar. (A1) Masalah gejala sosial yang semakin menular pada masa ini mendorong ibu bapa merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak agar masa cuti mereka diisi dengan aktiviti yang sihat.(A2) Tindakan ini amat bersesuaian dengan slogan ‘Utamakan Keluarga’ dan ‘Sayangi Keluarga’ yang diuar- uarkan oleh pihak kerajaan. (A3) Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu merancang aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti persekolahan anak-anak.(A4) 2.0 Teknik Mengembangkan Isi Karangan - Karangan yang baik digalakkan minimum 3 isi - Isi-isi karangan harus dikembangkan/dihuraikan dengan memasukkan contoh/bukti yang kukuh dan relevan dengan tajuk/tugasan - Isi-isi karangan ini harus dihuraikan dengan ayat yang jelas dan gramatis

Teknik penulisan karangan yang baik (autosaved)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Panduan Menulis Karangan yang Baik

Citation preview

Page 1: Teknik penulisan karangan yang baik (autosaved)

TEKNIK PENULISAN KARANGAN YANG BAIK

1.0 Teknik Menulis Pendahuluan- Bahagian ini amat penting sebagai gambaran awal pemeriksa terhadap kemampuan calon

menjawab soalan/tugasan

- Melalui pendahuluan pemeriksa memperoleh gambaran awal kematangan calon menghuraikan tajuk/tugasan.

- Perkara yang dicadangkan dalam penulisan pendahuluanAyat 1: takrifan/definisi/keterangan umum berkaitan tajuk/tugasanAyat 2: memasukkan isu semasa yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk/tugasanAyat 3: memasukkan slogan @ peribahasa @ program/promosi kerajaan yang sesuai dan Berkaitan dengan tajuk/tugasanAyat 4: merumus kehendak tajuk/ tugasan – sebab, cara mengatasi, kesan @ perbincangan Umum terhadap tajuk (dikenal juga sebagai ayat hala tuju soalan)

Contoh Pendahuluan LengkapTajuk: Ibu bapa perlu merancang aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti persekolahan anak-anak. Bincangkan.

Cuti persekolahan merupakan masa yang amat dinanti-nantikan oleh semua orang terutamanya para pelajar. (A1) Masalah gejala sosial yang semakin menular pada masa ini mendorong ibu bapa merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak agar masa cuti mereka diisi dengan aktiviti yang sihat.(A2) Tindakan ini amat bersesuaian dengan slogan ‘Utamakan Keluarga’ dan ‘Sayangi Keluarga’ yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan. (A3) Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu merancang aktiviti yang berfaedah sepanjang cuti persekolahan anak-anak.(A4)

2.0 Teknik Mengembangkan Isi Karangan- Karangan yang baik digalakkan minimum 3 isi- Isi-isi karangan harus dikembangkan/dihuraikan dengan memasukkan contoh/bukti yang kukuh dan

relevan dengan tajuk/tugasan- Isi-isi karangan ini harus dihuraikan dengan ayat yang jelas dan gramatis - Pertalian idea semasa mengolah isi jugan harus dititikberatkan (penanda wacana digalakkan)- Pemerenganan juga mesti betul (1 isi 1 perenggan)

Perkara yang disarankan untuk menulis perenggan isi- Ayat 1: ayat isi/judul (apa)- Ayat 2: huraian ayat isi/judul (mengapa)- Ayat 3: bagaimana @ kesan daripada ayat 1 (apa)- Ayat 4: contoh/bukti- Ayat 5: penegasan (kesimpulan isi)

Page 2: Teknik penulisan karangan yang baik (autosaved)

CONTOH

Ayat 1 – APA? (Ayat Isi/ Judul) Apakah aktiviti yang berfaedah itu?

Contoh ayat: Ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat Petrosains atau Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur.

Ayat 2 – MENGAPA? (Huraian ayat isi/judul) Mengapakah tempat-tempat itu menjadi pilihan ibu bapa?

Contoh ayat: Hal ini dapat menarik perhatian anak-anak untuk mendalami ilmu sains. Di samping itu, anak-anak boleh bermain dengan permainan sains yang menarik di samping boleh menambah pengetahuan.

Ayat 3 – BAGAIMANA atau KESAN daripada ayat 1 (Keterangan) Bagaimanakah ibu bapa boleh menerangkan kepentingan sains kepada anak-anak?

Contoh ayat: Di sepanjang perjalanan, ibu bapa boleh memberi penerangan kepada anak-anak tentang kepentingan sains dalam kehidupan manusia.

Ayat 4- CONTOH/BUKTI (Contoh keterangan) Apakah bukti sains penting dalam kehidupan?

Contoh ayat: Contohnya, manusia memerlukan makanan. Oleh itu proses fotosintesis berlaku dalam pertumbuhan pokok atau tumbuh-tumbuhan sebelum dijadikan makanan oleh manusia.

Page 3: Teknik penulisan karangan yang baik (autosaved)

Ayat 5 – PENEGASAN (Kesimpulan Isi) Penegasan tentang aktiviti masa cuti penting kepada anak-anak.

Contoh ayat: Dengan ini jelaslah bahawa, melalui kunjungan ke Pusat Sains Negara, ibu bapa Bukan sahaja dapat mengisi masa cuti anak-anak dengan aktiviti berfaedah malah Dapat menerapkan minat anak-anak terhadap ilmu sains sejak mereka kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya.

CONTOH LENGKAP PERENGGAN ISI

Ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat Petrosains ataupun Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur. Hal ini dapat menarik perhatian anak-anak untuk mendalami ilmu sains. Di samping itu, anak-anak boleh bermain dengan permainan sains yang menarik di samping boleh menambah ilmu pengetahuan. Di sepanjang perjalanan itu, ibu bapa boleh memberi penerangan tentang kepentingan sains dalam kehidupan manusia. Contohnya, manusia memerlukan makanan. Oleh itu proses fotosintesis diperlukan dalam pertumbuhan pokok atau tumbuh-tumbuhan sebelum dijadikan makanan untuk manusia. Dengan ini jelaslah bahawa, melalui kunjungan ke Petrosains atau Pusat Sains Negara, ibu bapa bukan sahaja dapat mengisi masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah malah dapat menerapkan minat anak-anak terhadap ilmu sains sejak mereka kecil . Bak kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya.

3.0 Teknik Penulisan Penutup Karangan- Bahagian ini seringa diabaikan oleh calon – biasanya kerana calon tidak cukup masa- Penutup mesti ditulis jika tidak karangan tidak sempurna- Penutup yang baik mesti mantap dan jelas- Mulakan ayat dalam bahagian penutup dengan frasa berikut;

Kesimpulannya,Konklusinya,Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa……..Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa…….

- Bahagian penutup ialah perenggan akhir dalam karangan, tiadak ada lagi perenggan selepas itu

Perkara yang disarankan untuk menulis perenggan penutup.

Ayat 1 : rumusan @ kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkanAyat 2 : cadangan @ saranan positif yang relevan dengan tajuk @ tugasanAyat 3 : Harapan terhadap isu yang dibincangkan @ tajuk @ tugasanAyat 4 : Pendirian tentang tajuk @ tugasan yang dikemukakan

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa, ibu bapa haruslah membuat perancangan yang teliti untuk mengisi masa cuti anak-anak dengan perkara-perkara yang berfaedah bagi menjamin kecemerlangan anak-anak dari segi akhlak dan akademiknya. (A1) Hal ini kerana, anak-anak mereka bakal menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan. (A2) Pengisian masa cuti yang sempurna mampu melahirkan modal insan yang bersahsiah dan bermoral tinggi. (A3) Jelaslah bahawa, perancangan aktiviti masa cuti yang rapi oleh ibu bapa menjadikan masa cuti anak-anak

Page 4: Teknik penulisan karangan yang baik (autosaved)

lebih bermakna .(A4)4.0 Penggunaan peribahasa dalam karangan

- Peribahasa yang digunakan dalam karangan dapat menjelaskan dan mengukuhkan isi yangDibincangkan dalam karangan di samping ayat lebih jelas, lengkap dan baik.

- Calon dicadangkan memasukkan dua atau tiga peribahasa yang berkaitan tajuk @ tugasan

5.0 Penggunaan penanda wacana dalam karangan

- Penanda wacana yang digunakan membantu calon untuk mengaitkan ayat dengan ayat /antara satu isi dengan isi yang lain – dapat menunjukkan pertautan/kesinambungan isi-isi dalam karangan

- Calon hendaklah memilih penanda wacana yang sesuai, tepat dan relevan dengan ayat @ isi dalam karangan.

Antara penanda wacana yang boleh digunakan;

1. Ayat pertama bagi setiap pemerengganan

Sejak awal lagi…..Pada hemat saya…..Sejak kebelakangan ini……Sebagaimana yang kita ketahui…..Selain itu, pada masa ini juga….Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa….Pada pandangan / pendapat saya…..

2. Ayat kedua dan seterusnya dalam karangan

Dengan adanya…Bukan itu sahaja…Dalam hal ini…..Dalam konteks ini…..Dengan berbuat demikian…..Bertitik tolak daripada itu…..Begitu juga halnya dengan….Daripada reality ini dapat kita katakana bahawa…..