tekspengacara

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 tekspengacara

    1/4

    Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 1

    TEKS PENGACARA MAJLISPENYAMPIAN CEK BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

    KEPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA20 JANUARI 2004

    DEWAN MAJLIS, UTM SKUDAIJOHOR

    NO PERKARA TINDAKAN

    1. Saudara dan saudari / tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untukmengambil tempat duduk kerana Majlis akan bermula sebentar lagi.

    2. Mengumumkan ketibaan: Tetamu berdiri

    Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. NoorTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal PelajarUniversiti Teknologi Malaysia.

    Tetamu duduk

    3. Bismillahi al-Rahmani RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

    4. Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. NoorTimbalan Naib Canselor Hal Ehwal PelajarUniversiti Teknologi Malaysia

    Yang Berbahagia Encik Wan Ismail bin Wan YusohPengurus Besar (Perbankan Pengguna)Bank Islam Malaysia Berhad

    Yang Berbahagia Encik Saadon bin GimanRegional ManagerBank Islam Malaysia Berhad

    Yang Berbahagia Encik Mohamed bin AbdullahBendahariUniversiti Teknologi Malaysia

    Yang Berbahagia Puan Siti Hawa binti ManTimbalan Pendaftar

    Hal Ehwal PelajarUniversiti Teknologi Malaysia

    Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

    Pembuka kata

    5. Selamat Datang keMajlis Penyampian Cek Bank Islam Malaysia Berhad kepada UniversitiTeknologi Malaysia.

    Meninggikan suara

  • 8/6/2019 tekspengacara

    2/4

    Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 2

    6. Untuk memberkati Majlis pada petang ini, dijemputUstaz Nasir bin Masroomuntuk membacakan doa, di persilakan.

    Ustaz mengambil tempa

    MC duduk

    7. Terima kasih, Yang Berusaha Ustaz. Ustaz duduk

    MC bangun

    8. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Bank Islam Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1983bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan orang Islam danmasyarakat Malaysia amnya.

    Yang Berbahagia Profesor,

    Tujuan Majlis ini adalah untuk menyerahkan SumbanganTabungWang Ehsan Pendidikan Bank Islam Malaysia Berhad yang merupakansumbangan zakat daripada Bank Islam Malaysia Berhad kepada

    pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan di UTM.

    Keperihatinan BIMB ini bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajaryang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pengajianmereka.

    Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BIMB diatas usaha murni ini.

    9. Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

    Izinkan saya menjemput:

    Encik Saadon bin GimanRegional Manager BIMB untuk menyampaikan ucapan.

    Dipersilakan.

    MC duduk

    10. Terima kasih Encik Saadon.

    Yang Berbahagia Profesor,

    Izinkan saya menjemput:Yang Berbahagia Encik Wan Ismail bin Wan YusohPengurus Besar Bahagian Perbankan PenggunaBank Islam Malaysia BerhadUntuk menyampaikan sepatah dua kata bagi pihak BIMB.

    Majlis dengan sukacitanya, dipersilakan.

    MC bangun

    MC duduk

  • 8/6/2019 tekspengacara

    3/4

    Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 3

    11. Terima kasih Yang Berbahagia Encik Wan Ismail.

    MC bangun

    12. Tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada tetamu khasMajlis ini, oleh itu untuk tidak membuang masa lagi, saya menjemput:

    Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar

    Universiti Teknologi Malaysia

    untuk menyampaikan ucaptama dari UTM. Majlis dengan segalahormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Profesor.

    MC duduk

    13. Terima kasih Yang Berbahagia Profesor. Semoga kata-kata beliau tadiboleh dijadikan iktibar kepada semua pada petang ini.

    MC bangun

    14. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Tibalah kepadakemuncak Majlis kita pada petang ini.

    Majlis dengan segala hormatnya menjemput:

    Yang Berbahagia Encik Wan Ismail bin Wan Yusoh diiringi oleh EncikSaadon bin Giman untuk menyampaikanreplica cek bernilai RM________kepada Yang BerbahagiaProfesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor.

    SETERUSNYA;

    Majlis mempersilakan Encik Wan Ismail bin Wan Yusoh untuk

    menyampaikan cek kepada pelajar-pelajar terpilih dari UniversitiTeknologi Malaysia.

    Saya menjemput:

    Saudara / saudari

    1.2.3.

    4.5.

    Saya bagi pihak Universiti Teknologi Malaysia mengucapkan ribuanterima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Wan Ismail dan wakil-wakil dari BIMB dan ucapan penghargaan kepada tetamu khas kitapada petang ini, Yang Berbahagia Profesor Alias kerana sudi hadir danmenyempurnakan Majlis ini.

    Mengenal pasti jumlahcek

    Pelajar beratur

  • 8/6/2019 tekspengacara

    4/4

    Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 4

    Ucapan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang terpilih menerimacek sumbangan BIMB, semoga saudara/i menggunakannya dengancermat dan kami akan mendoakan agar Allah S.W.T sentiasamencurahkan rezeki bagi mambantu saudara/i mencapai cita-citayang diingini.

    Sebagai tanda penghargaan Universiti di atas usaha dan niat murniBIMB itu tadi, Majlis memjemput Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr.

    Alias bin Mohd. Noor diiringi oleh Puan Siti Hawa binti Man untukmenyampaikan cenderamata kepada Encik Wan Ismail bagi pihakwarga kerja BIMB.

    Terima kasih Yang Berbahagia Profesor.

    Penyampiancenderamata

    15. Bukan kota sebarang kota,Kota teguh di negeri tuanku;

    Kata bukan menjerat cinta,Lahir dari hati yang satu.

    Bukan taut sebarang taut,Taut terlekat di pohon pinang;Doa mu ikhlas hati ku terpaut,Budi sedikit pasti ku kenang.

    Pantun penutup

    16. Yang Berbahagia Profesor, Encik Wan Ismail, Encik Saadon dansemua para hadirin, dijemput menikmati jamuan ringan yangdisediakan di Dewan Jamuan.

    Jemput jamuan

    17. Bagi pihak warga kerja Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan semua stafyang terlibat dengan mengurus dan menjayakan Majlis ini, sayasebagai pengacara majlis mengucapkan ribuan terima kasih danselamat berjumpa kembali di lain masa dan tempat. Saya sudahidengan:

    Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.

    Penutup