24
Muka Depan Penghargaan Isi Kandungan

teori deontologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teor-teori pendidikan moral

Citation preview

Page 1: teori deontologi

Muka Depan

Penghargaan

Isi Kandungan

Page 2: teori deontologi

Pengenalan

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang

mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan

fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira

tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji

tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’

yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.

Etika boleh dibahagikan kepada dua iaitu; Normatik yang merujuk kepada panduan dan

peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula

dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan

yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik

terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Dengan lain perkataan, etika dapat didefinisikan

sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines

directed towards resolving conflicts of interest, so as to enhance societal well-being". Untuk

membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu

ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam

setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik

terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang

itu.

Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: "…… is a systematical

attempt,through the use of reason, to make sense of our individual and social moral

experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct

and the values worth pursuing in life". Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial

dan individu, perlu ada satu sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak

sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan

seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna.

Page 3: teori deontologi

White (1993), pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan

kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza

daripada undang-undang, keagamaan, budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika

adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada

kehidupan manusia.

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan

tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang

mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan (virtue) dan

kesihatan roh (health of the soul). Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung

dengan menyakinkan orang agar menjadi berakhlak mulia (virtuous). Socrates mengatakan

bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan

yang tidak beretika akan menggangu orang lain. Malah beliau menganggap orang yang tidak

beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.

Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato

(428-348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni

di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh (soul) dan alas an (reason) akan mengambil

alih keperluan fizikal dengan dibantu oleh emosi. Seperti mana Socrates, Plato melihat moral

kebaikan sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah

sukar dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada peringkat pembelajaran falsafah yang

tinggi dan kebenaran metafizik yang memerlukan kajian yang lama. Oleh itu, mengikut Plato

kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual.

Bagi Aristotle (384-322B.C.) pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza

daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai

hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau

personaliti. Aristotle mendefinisikan kebaikan moral (virtue moral) sebagai: "not……

according to the nature of the actions, but according to the dispositions of the doer".

Aristotle juga mempertikaikan tentang kebaikan moral dikembangkan sepertimana kemahiran

fizikal iaitu menerusi latihan dan tabiat. Bagi Aristotle, beretika adalah merupakan dimensi

dalaman dalam tindakan seseorang dan kebaikan (virtue) bergantung kepada sifat bukan

perbuatan (deeds) dan sifat seseorang itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan.

Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara

kebaikan moral dan personaliti yang sihat. Walau bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini

Page 4: teori deontologi

berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada di dalam

tangan seseorang itu.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden

banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah

membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan

memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat dan tindakan itu

samada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali

dengan Deontological iaitu pendekatan kepada etika.

Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan

bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang

yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul (right) dalam semua situasi yang

dihadapi. Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia (virtuous) yang

mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada

satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang

tertentu.

Golongan yang mengatakan bahawa tiada pertalian antara peraturan masyarakat

(kemoralan social) serta keperibadian mulia dengan etika, biasanya lebih cenderung berfikir

sendiri tentang criteria moral. Oleh itu, mereka telah berfalsafah dan akhirnya menghasilkan

beberapa teori etika yang mengutamakan atau berasaskan prinsip tertentu. Tetapi prinsip etika

itu berbeza dan bertentangan. Dalam perbincangan seterusnya akan mendedahkan serta

membuat sedikit ulasan atau kritikan terhadap dua prinsip etika yang boleh disifatkan sebagai

teleologi.

Page 5: teori deontologi

Teori Teleologikal

Teori Etika Teologikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan

peraturan yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah

jenis manusia yang hendak dibentuk.Teori Etika Teologikal yang juga dikenali dengan

‘consequentialism’ adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan

secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences)

atau hasil daripada sesuatu tindakan.

Teori teleologi menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang

benar, baik, salah, jahat, dan sebagainya ialah penghasilan nilai moral yang dianggap baik.

Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya.

Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang

dihasilkan melebihi kejahatan. 

Teori Etika Teleologikal yang juga dikenali dengan ‘consequentialism’ adalah sejenis

teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah

adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat (consequences) atau hasil daripada sesuatu

tindakan. Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan beretika .

Contohnya, kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan

kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan orang yang beruntung

adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi. Seseorang itu dianggap tidak

beretika dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan

raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan. Bagaimanapun, ahli teleologi mempunyai

pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang

hendak dimajukan. Ini menyebabkan Wujudnya beberapa jenis teleologi yang berbeza seperti

utilitarianisme dan egoism.

Page 6: teori deontologi

TEORI UTILITARIANISME

Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya

melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada

setiap orang atau kebahagiaan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah

keseronokan (iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral). Seorang pengikut utilitarianisme yang

terkemuka ialah John Stuart Mill (1806-1873). Mill (1964) memerihalkan utilitarianisme

seperti berikut: Konsep utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak menekankan sesuatu

perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan

dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan ialah keseronokan

yang dihajati dan tiadanya kesakitan, manakala kedukaan ialah kesakitan dan tiadanya

keseronokan. Keseronokan (bebas daripada kesakitan) sahajalah natijah atau hasil yang

benar, baik dan yang diidamkan.

Warnock (1979) pula berpendapat bahawa perkataan utilitarian dicipta oleh Jeremy

Bentham (1748-1832). Oleh itu, Bentham telah dianggap sebagai pengasas prinsip utiliti

dalam perbahasan moral. Sesungguhnya, Bentham (1970) mengatakan bahawa manusia

dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha

mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan.

Quinton (1973), misalnya, menganggap individu yang memegang prinsip

utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau

perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentuan nilai

berkenaan ialah keseronokan dan kesakitan yang wujud bersamanya. 

Sebelum ulasan dibuat terhadap etika utilitarianisme, untuk memperjelaskan teori

etika ini eloklah isu moral berkaitan peperangan diambil sebagai contoh. Bagi utilitarianisme,

dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu menerusi cara berperang

tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudahan dan kebaikan yang mungkin

dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kemudaratan itu dijangka melebihi apa-apa akibat yang

baik yang boleh dinikmati negara yang melancarkan peperangan itu (walaupun negara

berkenaan menang), menurut etika utilitarianisme, peperangan itu tidak boleh di

justifikasikan. Sebaliknya, peperangan serta cara peperangan itu dikendalikan dianggap wajar

dari segi moral oleh etika utilitarianisme jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kebaikan

lebih daripada kesengsaraan dan penderitaan. Justeru itu, utilitarianisme akan menyokong

Page 7: teori deontologi

tindakan mengebom bandar bandar di Jerman (walaupun ramai yang tidak berdosa terkorban)

untuk menamatkan Perang Dunia Kedua kerana jika pihak Nazi menang, dunia ini akan

kehilangan sifat ke manusiaannya dan kezaliman akan berleluasa. Walau apa pun, yang

menjadi masalah ialah setiap negara yang pernah berperang selalunya mendakwa mereka

berbuat demikian untuk menegakkan kebenaran bagi kebaikan dunia, manakala cara serta alat

peperangan canggih yang digunakan adalah wajar dari segi moral.

Berbalik kepada penerangan Bentham dan Mill di atas, kita bolehlah menganggap

penerangan Bentham dan Mill sebagai pengalaman keseronokan mestilah dimaksimumkan

dan kesakitan diminimumkan. Jika inilah halnya prinsip utiliti, dalam meminimumkan

kesakitan, akan membenarkan kita dalam situasi tertentu untuk melakukan perkara tidak baik

atas alasan perlu bagi menyekat berlakunya sesuatu yang lebih buruk. Misalnya, kita akan

dibenarkan mendera dengan keras seseorang yang telah membuat kesalahan, malahan

menghukum orang yang tidak bersalah (scapegoat) jika ini perlu dan mencukupi untuk

mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan lebih besar. 

Begitu juga untuk memaksimumkan keseronokan, sesuatu perlakuan yang melibatkan

bercakap bohong, tidak menepati janji dan sebagainya yang boleh membawa kebahagiaan

kepada 10 orang, akan diutamakan daripada perlakuan lain yang dapat menjana jumlah

kebahagiaan yang sama hanya kepada sembilan orang walaupun perlakuan yang kedua ini

tidak melibatkan perkara tidak baik seperti bercakap bohong.

 Sekali lagi, atas prinsip memaksimumkan kebahagiaan, dalam mengagihkan sesuatu

seperti wang atau barang kepada sekumpulan manusia, orang yang paling iri hati atau tamak

sepatutnya mendapat lebih. Ini kerana orang biasa mudah bersyukur, tetapi orang yang iri hati

atau tamak mesti mahu lebih daripada orang lain, barulah mereka berpuas hati, seronok dan

bahagia. Tetapi semua contoh minimumkan kesakitan dan memaksimumkan keseronokan,

sebenarnya tidak adil dan berat sebelah. Oleh itu, mestilah diakui bahawa konsep utiliti

dengan, mudah boleh berkonflik dengan prinsip keadilan. Kerumitan mendamaikan utiliti

dengan keadilan (suatu prinsip atau virtue moral yang asas) bukan sahaja boleh menjadikan

prinsip utiliti itu sebagai asas moral atau etika yang memuaskan.

Aspek lain dalam prinsip utiliti dalam teori ini yang masih boleh diperbaiki.

Pertama keseronokan dan kesakitan ialah perasaan. Perasaan adalah subjektif. Seperti yang

dinyatakan oleh Durkhein (1968), keseronokan atau kebahagiaan pada hakikatnya ialah suatu

perasaan atau pengalaman yang subjektif yang setiap orang menikmatinya mengikut

Page 8: teori deontologi

kehendaksendiri. Oleh itu, prinsip utiliti tidak bersifat objektif tetapi subjektif atau relatif

seperti juga prinsip simpati atau antipati yang telah dikritik oleh Bentham. Beliau mengkritik

dan memburuk-burukkan prinsip utilitinya.

Kedua Kerosakan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, tetapi sesuatu yang

disangsikan atau kabur. Mereka yang berfahaman utilitarianisme percaya bahawa kerosakan

dan kesakitan adalah sendiri. Dan semua sensasi hanya boleh digolongkan kepada kerosakan

da kesakitan. Tetapi ramai pengkritik utilitarianisme berpendapat bahawa semua kepercayaan

dan anggapan itu tidak tepat. 

Parekh (1974), misalnya berhujah bahawa ada keadaan minda yang tidak boleh

diterangkan dengan betul dan tepat bagi menggambarkan keseronokan atau kesakitan. 

Menurutnya, terdapat sensasi yang belum tercapai intensiti atau keamanan minimum tertentu,

sungguhnya bukan sensasi keseronokan atau sensasi kesakitan dan terdapat sensasi yang enak

dan enak dan kurang menyenangkan tetapi tidak menyakitkan. Contohnya seseorang itu sakit

kepalanya. Terdapat pula sensasi yang menyakitkan tetapi tidak semestinya merunsingkan

atau tidak menyenangkan. Misalnya seorang ibu melahirkan anaknya.

Ketiga prinsip utiliti menggambarkan manusia hanya sebagai pemburu keseronokan

atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan. Dalam hal ini, terdapat juga

hujah yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa gambaran tentang manusia ini

tidak tepat. Masochists misalnya berpendapat bahawa menikmati dan suka kepada kesakitan

atau mendapat kepuasan daripada kesakitan yang dilakukan terhadap dirinya sendiri. Mereka

merasai, mengalami atau menanggung keperitan dan kesakitan kerana mendapat kerosakan

daripada kesakitan itu. Mungkin ada juga orang lain yang menanggung kesakitan hanya

kerana mereka hendak merasainya, bukan kerana menginginkannya dan insan ini tidak

mendapat sebarang keseronokan daripada apa yang dialaminya.

Nietzsche (1968) juga menentang idea bahawa manusia menjauhkan diri daripada

kesakitan, iaitu membenci kesakitan. Beliau mengatakan bahawa untuk berusaha

mendapatkan kuasa, manusia mesti mengatasi rintangan dan menempuh halangan. 

Ini ditafsirkan oleh beliau sebagai mengejar atau memburu kuasa melalui kesakitan. Oleh itu,

kesakitan ialah sesuatu yang wujud dalam alam ini sebagai sifat atau bahagian yang tetap dan

semula jadi. Kesakitan tidak perlu dielakkan tetapi mesti diatasi untuk mencapai kuasa.

Beliau juga menggambarkan kesakitan sebagai ‘bapa‘ kepada segala keseronokan serta

Page 9: teori deontologi

pendahuluan kepada segala keseronokan kerana kesakitan ialah pengalaman mengatasi

sesuatu rintangan atau halangan.

Dalam pernyataan prinsip utiliti ini, terdapat dua istilah lain yang perlu juga diteliti.

Pertama ialah istilah kebaikan. menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mestilah

dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita

sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan kerana ada nilai lain

yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai matlamat hidup. Contohnya,

kebebasan, kesihatan, ilmu. pengetahuan dan kualiti lain yang menjadikan kehidupan itu

berharga.

Kesemuanya ini boleh kita akui sebagai lebih penting berbanding dengan keseronokan

dan sesuatu yang benar benar baik dan segi moral. Patut juga ditekankan bahawa terdapat

keseronokan yang jahat dan hasad kerana ada manusia atau dengan kata lain sadist yang

berasa seronok membunuh dan menyeksa orang lain atau memusnahkan harta benda orang,

misalnya. Umumnya, perlakuan ini dianggap sebagai tidak baik, tetapi jika seseorang itu

menikmati keseronokan melakukannya, perlakuan orang itu pasti lebih dahsyat berbanding

jika dia melakukannya atas sebab lain. Misalnya, menyeksa orang lain kerana hendak

mendapatkan sesuatu daripada pihak musuh mungkin tidak sejahat menyeksa seseorang

kerana keseronokan.

Seterusnya ialah istilah kebahagiaan. Prinsip utiliti turut menyamakan keseronokan

dengan kebahagiaan. Ini juga sukar diterima kerana sebenarnya kedua-dua istilah itu patut

dibezakan. Menurut Frankena (1973), 'keseronokan' membayangkan perasaan yang agak

khusus sedangkan 'kebahagiaan' tidak demikian. Berbeza dengan 'kebahagiaan', 'keseronokan'

membayangkan sensasi 'rendah' atau sensasi fizikal, iaitu sesuatu yang tidak mendalam atau

berpanjangan berbanding dengan kepuasan jangka panjang dan lebih mendalam yang

terdapat, pada. ‘kebahagiaan’.

Selain itu, ungkapan seperti 'kehidupan yang menyeronokkan' menggambarkan

sesuatu yang agak berbeza daripada rangkai kata 'kehidupan yang membahagiakan'. Oleh itu

jika kita bersetuju dengan ciri-ciri keseronokan di atas, dengan menegaskan bahawa

keseronokan ialah kebahagiaan, keraguan kita akan bertambah tentang sama ada kebahagiaan

mesti dilihat sebagai tujuan utama kehidupan manusia atau tidak.

Page 10: teori deontologi

Akhir sekali, utilitarianisme membayang bahawa tidak kira maksud tindakan itu baik

atau jahat, kedua-duanya boleh disukat. Dari segi kuantiti pula, yang paling baik dan jahat

mestilah boleh diimbangi. Behtham bertanggung jawab dalam usaha menghasilkan suatu

‘kalkulus hedonok’ bagi keseronokan dan kesakitan dengan menggunakan tujuh keadaan atau

demensi, iaitu intensiti keseronokan atau kesakitan; jangka masanya; ketentuan atau

ketidakpastiannya; keadaan dekat atau terpencilnya; sifat kebaikannya; ketulenan dan

takutnya.

Empat dimensi yang pertama hendaklah diambil kira dalam menilai keseronokan dan

kesakitan.Perkiraan ini hanya merujuk seseorang insan dan bagi sesuatu keseronokan atau

kesakitan. Tetapi apabila keseronokan atau kesakitan lain dipertimbang, dimensi kelima dan

keenam hendaklah diambil kira. Dimensi ketujuh pula dipertimbang apabila perkiraan ini

melibatkan lebih seorang insan. Untuk mendapatkan perkiraan tepat terhadap kecenderungan

am sesuatu perlakuan yang melibatkan sesuatu komuniti terhadap kepentingan sesuatu

komuniti, Bentham mengemukakan suatu proses atau arahan yang terlalu panjang untuk

dihuraikan di sini.

Tentang kalkulus hedonik Bentham (ialah proses menyukat keseronokan dan

kesakitan), perlu ditegaskan bahawa 'proses ini ialah suatu urusan yang sukar kerana

menghadapi berbagai bagai masalah. Pertama, kerana tiada manusia yang boleh memberikan

jumlah perasaannya dengan tepat. Contohnya intensiti keseronokan atau kesakitan yang

dirasai seseorang sukar disukat. Satu lagi masalah ialah setiap orang mengalami keseronokan

dan kesakitan yang tidak sama dari segi mutu dan tahapnya.

Bentham sendiri mengatakan bahawa terdapat 14 jenis keseronokan dan 12 jenis

kesakitan yang berbeza antara satu sama lain dari segi kualitinya. Dan menyedari hal ini Mill

(1964) berkata, tidak munasabah jika dalam menaksir dan menyukat keseronokan atau

kesakitan, perkiraan hanya bergantung kepada kuantiti sedangkan dalam menilai unsur lain,

kuantiti dan kualiti diambil kira. Oleh sebab kualiti mempengaruhi nilai, timbullah

pertanyaan sama ada seseorang itu boleh membuat perbandingan kuantitatif antara

keseronokan dengan kesakitan yang tidak serupa dari segi kualiti. Selain itu, terdapat

kerumitan menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang, pada masa yang

berlainan dan berkait dengan pengalaman yang berbeza. Kalkulus hedonik juga

membandingkan perasaan individu yang berbeza. Tetapi menurut Mackie (1979), sukatan

antara orang perseorangan menimbulkan kerumitan yang lebih besar.

Page 11: teori deontologi

Bagaimanapun, Bentham yang menyedari masalah ini, telah menghuraikan

perbincangannya dengan memperkenalkan 32 situasi yang mempengaruhi perasaan. Tetapi

kerana situasi itu sendiri wujud dalam jumlah gabungan yang tidak terhad, keadaan ini tidak

dapat membantu kita bagi membandingkan perasaan individu yang berbeza terhadap

keseronokan atau kesakitan. Tegasnya, terdapat kerumitan yang tidak boleh diatasi untuk

menyukat atau mengimbangi keseronokan dan kesakitan. Oleh itu, kenyataan ini merupakan

suatu tentangan yang serius terhadap kekuatan prinsip utiliti.

Daripada keseluruhan perbincangan kita tentang prinsip utiliti, kesimpulannya ialah

kita mesti berjaga jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat utiliti

sebagai suatu prinsip etika mahupun pegangan dalam kehidupan. Ini kerana prinsip etika

yang di kemukakan masih tidak kukuh dan masih boleh dipertikaikan oleh orang lain

mahupun pihak lain.

Page 12: teori deontologi

TEORI EGOISME

Ahli falsafah Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900) ialah seorang ahli falsafah

yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan

sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Ahli falsafah ini pernah

menggambarnya kemoralan sosial, terutama etika agama Nasrani dan Yahudi, sebagai ciptaan

hamba abdi ( slave morality atau herd morality). Dalam buku On the Genealogy of Morals

and Ecc Homo, beliau menyentuh asal usul kemoralan hamba abdi ini. Dalam

penerangannya, Nietzche pertamanya mengenal pasti dua kumpulan manusia, iaitu orang

biasa atau rakyat jelata dan kumpulan tuan. Kumpulan tuan biasanya terdiri dari golongan

bangsawan.

Menurut Nietzsche pertamanya rakyat jelata lemah dan tidak berdaya walaupun dari

segi bilangan, lebih ramai. Kaum bangsawan pula, sungguhpun mereka kaum minoriti, adalah

kuat, individualistik dan mempunyai iradat atau tekat untuk berkuasa dan bebas. Tekad untuk

berkuasa ini merupakan tekad kaum bangsawan untuk hidup sebagai overman atau superman,

iaitu individu yang ingin mencapai serta menikmati kemoralan ketuanan ( master

morality).Oleh sebab itu mereka lemah dan miskin, rakyat jelata ingin melindungi diri

mereka daripada diekploitasi oleh kaum bangsawan yang berkuasa itu. Menurut Nietzsche,

rakyat jelata biasanya berasa sakit hati dan menyimpan dendam terhadap kemoralan ketuanan

yang dianuti kaum bangsawan. Rakyat jelata yang sentiasa menentang bangsawan akhirnya

berjaya mendesak golongan itu mengkaji semula pendirian nilai mereka. Akhirnya kaum

bangsawan mula mempercayai dan menganggap bahawa ‘baik’ bukanlah bermaksud

‘bangsawan’ tetapi ‘baik’ ialah ‘mengasihi dan menurut segala perintah Tuhan’.

Kaum bangsawan, berikutan penentangan rakyat jelata, mula melihat diri mereka

sendiri mereka sendiri sebagai buruk dan durjana. Mereka akhirnya menganggap bahawa

nilai asal mereka ( individualisme atau egoisme) sebagai salah dan terkutuk. Piawai dan

ukuran baik dan jahat kaum bangsawan sekarang sudah menjadi piawai baik dan durjana bagi

rakyat jelata. Perubahan nilai kaum bangsawan di atas telah dihasilkan dengan berkesan oleh

rakyat jelata dengan memperkenalkan peraturan moral yang mengandungi konsep serta

pengorbanan diri, rasa bersalah suara batin dendaan pahala dan dosa serta kepercayaan

agama.

Page 13: teori deontologi

Menurut Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya Tuhan dan agama

yang melindungi dan menjadikan peraturan moral rakyat jelata kekal dan universal, lahir

daripada pemberontakan agung golongan majoriti ini terhadap ketuanan nilai bangsawan.

Rakyat jelata telah berjaya menjadikan etika dan kemoralan atau perkara salah dan benar itu

sebagai berpunca daripada perundangan tuhan.Usaha rakyat biasa memutlakkan peraturan

moral mereka dengan mengaitkan autoriti agama atau Tuhan telah ditentang oleh Nietzsche

kerana menurutnya, perkara ini merupakan perkembangan ke arah kemoralan hamba abdi

yang merendahkan martabat manusia seperti binatang peliharaan atau pun binatang gembala.

Beliau berpendapat bahawa keadaan wujudnya manusia masih dalam proses pengubahsuaian

dan belum lagi menguasai persekitarannya.

Oleh itu, bergantung kepada keadaan dan apabila ada peluang, peraturan moral yang

digubal dengan sewenang wenangnya oleh rakyat biasa hendaklah ditentang dan diubah bagi

menjamin kemajuan dan kecekapan kaum bangsawan. Oleh sebab pendapat teori ini yang

menyatakan Tuhan dan agama ciptaan rakyat biasa melindungi peraturan moral daripada

perubahan, kepercayaan itu ialah musuh kehidupan dan kebenaran bagi mereka. Dengan ini,

konsep pahala dan dosa telah ditolak oleh mereka.

Sebaliknya, dalam usaha menjadi superman, maju dan cekap, individu mesti

menentang pengorbanan diri dan menggantikannya dengan pemeliharaan diri, pengasihan

diri, pembesaran diri, kepentingan diri dan ego. Individu mesti juga memulihkan tekadnya

untuk berkuasa, iaitu naluri semula jadinya yang membolehkan dia membezakan unsur yang

boleh menguntungkan berbanding dengan yang merugikannya dan kemudian menekan,

menguasai serta mengeksploitasi unsur itu. Seperti yang diterangkan di atas, tekad untuk

berkuasa mestilah ditafsirkan juga sebagai tekad untuk hidup. Menurut Nietzsche,

mengeksploitasi rakyat biasa dan bukannya pengorbanan diri malah dasar atau hakikat

kehidupan. Sebagai rumusan, ahli falsafah ini ialah seorang egois yang mahu melihat kaum

bangsawan (sebagai manusia yang individualistik) menjadi tuan kepada kod etika, peraturan

dan undang undang moral. Beliau mendesak agar kaum bangsawan dan egois bangkit semula

dan berkuasa dalam lapangan moral.

Pendapat atau falsafah Nietzsche yang diterangkan dengan ringkas di atas tentu sekali

ditentang oleh mereka yang beragama. Bagi penentang falsafah ini, Nietzsche dianggap

sebagai ateis yang tidak bermoral. Nietzsche juga ditentang oleh pendukung demokrasi serta

mereka yang berjiwa masyarakat dan berfikiran sivik. Sesungguhnya, egois biasanya

Page 14: teori deontologi

mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain,

sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti

kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Menurut Ross (1998), egoisme tidak

mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, sebaliknya dalam

banyak kes, mungkin memudaratkan orang lain. Lebih khusus lagi, kita boleh

membentangkan beberapa penentangan lain terhadap falsafah moral atau etika Nietzsche.

Pertama, Nietzsche mungkin jahil tentang hakikat kewujudan manusia atau sengaja

menyalahtafsirkannya. Akibatnya, beliau berhujah berasaskan maklumat dan data yang salah.

Misalnya, Nietzsche berpendapat, untuk memperoleh kecekapan dan kemajuan, mereka yang

lemah mesti dieksploitasikan. Manusia juga tidak perlu bermasyarakat atau taat kepada

autoriti, malah, hendaklah membenci pertubuhan atau organisasi. Sejarah menunjukkan

perlindungan kepada mereka yang lemah dan menderita tidak menjejaskan kemajuan,

kekuatan dan kecekapan umat manusia dan menderita tidak menjejaskan kemajuan, kekuatan

dan kecekapan umat manusia keseluruhannya. Kejayaan rakyat Jepun pula, misalnya kerana

kesetiaan kepada maharaja mereka. Mereka yang kuat dan berkuasa juga tidak semestinya

membenci organisasi. 

Nietzsche juga menentang pengorbanan diri seperti yang diamalkan oleh tentera

Jepun (kamikazi) kerana menurut beliau, unsur ini boleh menyebabkan manusia reput dan

mundur (mengurangkan jumlah komuniti). Pada kita ini tidak benar. Sebaliknya manusia

seperti binatang liar dan buas akan berbunuhan sesama sendiri jika pengorbanan diri tidak

dipraktikkan. Satu lagi hujah menyokong pengorbanan diri dan menentang kepentingan diri

ialah pembawaan atau sifat semula jadi jiwa manusia, oleh itu, tidak patut dimusnahkan.

Kesimpulannya, Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita

seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan.

Manakala  pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam

kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman

atau pendapat daripada mana-mana pihak.

 

Page 15: teori deontologi

RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff, 1999. Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral.

Serdang ; Universiti Putra Malaysia.

Tan Yeow Kwai, 1996. Pendidikan Moral 1: Konsep dan program pendidikan moral.

Selangor; Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tan Yeow Kwai, 2006. Pendidikan moral : Konsep dan pedagogi pendidikan moral.

Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11 teori_utilitarianisme_teori egoisme.html.

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/oumm-3202_--etika-profesional/

Page 16: teori deontologi