9
1.0 PENGENALAN 1.1 Konsep Teori Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan. Teori merujuk kepada kepercayaan dan andaian manusia itu sendiri dalam kehidupan seharian. Berdasarkan teori tersebut, ia banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara individu. Kebanyakan teori peribadi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran diri. Teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal di mana teori tersebut telah dibuktikan melalui kajian- kajian yang dibuat. Oleh itu, seseorang guru atau kaunselor yang ingin memberi sesi bimbingan dan kaunseling harus bijak dan tahu teori mana yang sesuai digunakan berdasarkan masalah klien dan sejauh mana teori tersebut berkesan dan dapat membantu klien mereka. Terdapat pelbagai jenis teori kaunseling, antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Humanistik, Teori REBT dan Teori Kognitif.

Teori Kaunseling Done

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

Page 1: Teori Kaunseling Done

1.0 PENGENALAN

1.1 Konsep Teori Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu

pengetahuan.

Teori merujuk kepada kepercayaan dan andaian manusia itu sendiri

dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan teori tersebut, ia banyak mempengaruhi tingkah laku

seseorang terutamanya hubungan antara individu.

Kebanyakan teori peribadi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti

sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan

kesedaran diri.

Teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal yang

dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal di mana teori tersebut telah

dibuktikan melalui kajian-kajian yang dibuat.

Oleh itu, seseorang guru atau kaunselor yang ingin memberi sesi

bimbingan dan kaunseling harus bijak dan tahu teori mana yang sesuai

digunakan berdasarkan masalah klien dan sejauh mana teori tersebut

berkesan dan dapat membantu klien mereka.

Terdapat pelbagai jenis teori kaunseling, antaranya ialah Teori Behavioris,

Teori Humanistik, Teori REBT dan Teori Kognitif.

2.0 TEORI BEHAVIORIS

Page 2: Teori Kaunseling Done

2.1 Tokoh Teori Behaviorisa) Ivan Pavlov (1849-1936)

Telah memperkenalkan Teori Pelaziman Klasik.

Proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara

rangsangan dengan sesuatu gerak balas.

b) John B. Watson (1878-1958) Telah memperkenalkan istilah behaviorisme untuk menghuraikan

tingkah laku manusia.

Telah mengkaji tentang emosi kanak-kanak dengan

menggunakan Model Pelaziman Klasik.

Rangsangan yang didedahkan akan mempengaruhi pengalaman

pembelajaran murid.

c) Edward L. Thorndike (1874-1949) Telah memperkenalkan tiga hukum pembelajaran, iaitu Hukum

Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat atau proses memilih

dan menghubungkaitkan rangsangan dan gerak balas.

d) B.F. Skinner (1904-1990) Telah memperkenalkan Teori Pelaziman Operan.

Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah

laku itu diulang dan dikekalkan.

Tingkah laku yang berlaku adalah berdasarkan inisiatif diri sendiri

tanpa menunggu sebarang rangsangan.

Page 3: Teori Kaunseling Done

2.2 Pandangan Teori Behavioris terhadap Manusia

1.02.0

2.12.22.3 Perwatakan Kaunselor dalam Teori Behavioris

Klien akan bertindak secara aktif ke arah penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Antara tindakannya ialah :

Memantau tingkah laku yang kurang wajar. Mengamalkan kemahiran mengurus tingkah laku tersebut. Menyempurnalan tugasan yang diberikan

Bagi guru bimbingan dan kaunseling, mereka akan bertindak sebaliknya.

Ciri-ciri kaunselor adalah seperti berikut:

Mempelajari & menyimpan pola-pola tingkah laku & seterusnya mengulangkan pola tersebut pada masa hadapan, sekiranya diperlukan.

Hasil pelaziman = rangsangan-gerak balas. Reaksi terhadap rangsangan bergantung kepada pengalaman.

Mampu memberi respons terhadap rangsangan yang sesuai & apa yang telah mereka pelajari sahaja.

Dilahirkan neutral & mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik / jahat, bersifat rasional / tidak rasional.

Page 4: Teori Kaunseling Done

• Mempunyai kemahiran mendengar yang tepat supaya segala luahan dan masalah klien dapat difahami dengan mudah.

• Memahami bahawa setiap klien adalah unik. Kaunselor perlu menerima segala kekuatan dan kelemahan klien.

• Memberi galakan kepada klien untuk membuat perubahan dari maladatif kepada adaptif. (tetapi kaunselor tidak berhak membuat keputusan bagi pihak klien.

• Mempunyai kemesraan, memahami, sedia menolong dan ikhlas membantu klien.

2.4 Kelebihan Pengaplikasian Teori Behavioris

• Menjelaskan kejadian dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran.

• Memahamkan perilaku manusia yang adaptif dan maladaptif.

• Menghargai klien dan bersikap menerima

• Memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku yang berbeza

• Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat.

• Dari segi strategi, pelbagai strategi boleh digunakan (roleplay, token, peneguhan kendiri)

• Tingkah laku semula – kaunselor lebih faham tingkah laku klien. Klien belajar tingkah laku baru dalam keadaan yang selamat.

• Klien jelas dan memahami bahawa tingkahlaku merupakan proses kematangan. Oleh itu tingkah laku yang negatif boleh diubah.

2.5 Kelemahan Pengaplikasian Teori Behavioris

• Teori ini mungkin akan mengubah tingkah laku tetapi tidak perasan

• Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi. Ini akan menyebabkan hubungan antara kaunselor dengan klien menjadi tidak mesra sekaligus akan menyukarkan sesi kaunseling berlangsung.

Page 5: Teori Kaunseling Done

• Mengetepikan pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi tingkah laku semasa.

3.0 TEORI PEMUSATAN PERSEORANGAN (HUMANISTIK) Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin, beragama dan

bermoral tinggi.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Teacher’s College, Colombia Universiti

dan mendapat PHD pada tahun 1928.

3.1 Pandangan Carl Rogers terhadap Manusia Manusia adalah baik, rasional, bersosial dan bertanggungjawab.

Manusia berkebolehan untuk membuat keputusan sendiri yang

membawa kepada kebebasan diri dan mampu berdikari.

Manusia juga mempunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama,

boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial.

Perasaan-perasaan negatif yang ada pada manusia seperti benci dan

marah mewujudkan akibat penafian keperluan seperti kasih sayang,

keselamatan dan penerimaan.

3.2 Andaian-andaian Teori Pemusatan Perseorangan terhadap Manusia Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri sendiri berdasarkan interaksi

diri dengan orang lain.

Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

kendirinya.

Masalah-masalah berlaku kerana wujud konflik antara konsep kendiri

dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.

Page 6: Teori Kaunseling Done

Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah individu akan

bersedia untuk berkongsi masalahnya.

3.3 Perwatakan Kaunselor dalam Teori Pemusatan Perseorangan Kaunselor merupakan orang yang layak membimbing dan menasihat

orang lain semasa mereka menghadapi masalah.

Terdapat tiga ciri pada seseorang kaunselor iaitu kongruen, tidak

mengarah, ketulenan, penerimaan positif tanpa syarat dan empati.

Kongruen iaitu kaunselor haruslah sentiasa bebas dan bersungguh-

sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar dan

bukannya bertopeng dalam perhubungan dengan klien.

Tidak mengarah bermaksud sepanjang sesi kaunseling, kaunselor tidak

akan memberi nasihat atau menyoal sebaliknya kaunselor harus

mendengar dengan aktif dan memberi dorongan.

Ketulenan bermaksud kaunselor haruslah mempunyai identiti yang kekal

sepanjang sesi kaunseling dengan klien. Ciri-ciri yang perlu ada pada

seorang kaunselor adalah bersifat spontan, membuat perkongsian diri dan

tidak terikat dengan peranan.

Penerimaan positif tanpa syarat iaitu kaunselor mestilah menerima klien

mereka tanpa mengenakan apa-apa syarat. Kaunselor haruslah

menerima klien mereka sebagai manusia yang baik, bersosial, rasional

dan bertanggungjawab.

Empati iaitu kaunselor akan cuba menyelami situasi sebenar yang dialami

oleh klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya semasa

menjalankan sesi kaunseling. Mimik muka dan postur badan sangat

penting dalam sesi kaunseling dan ia membolehkan klien mewujudkan

kepercayaan kepada kaunselor dan mereka akan berasa selesa dan puas

hati untuk meluahkan suara hati mereka.

Page 7: Teori Kaunseling Done

3.4 Kelebihan Teori Pemusatan Perorangan Hubungan antara kaunselor dan klien lebih mesra dan membolehkan sesi

kaunseling dapat dijalankan dengan lancar.

Langkah-langkah kaunseling yang sistematik dan jelas.

Kaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran rasional dan positif.

Isu yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan satu persatu dengan teliti.

Klien dapat memajukan diri melalui cara berfikir yang positif.

Teori ini tidak bersikap menilai klien.

Memberikan kemahiran berfikir secara positif untuk berhadapan dengan

masalah yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.

3.5 Kelemahan Teori Pemusatan Perorangan Terlalu berpusatkan klien di mana guru perlu memenuhi kehendak klien

seperti menyediakan keadaan yang kondusif dan ke arah perubahan

tingkah laku.

Konsep kendiri pelajar tidak sepadan dengan pengalaman sebenar di

mana pelajar akan memutarbelitkan realiti.

Memerlukan jangka masa yang agak panjang.