Teori Moral Kohlberg 1

  • Upload
    tiejey

  • View
    346

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Teori Perkembangan Moral Kohlberg Fungsi moral adalah untuk menyediakan panduan asas dalam menyelesaikan konflik di antara individu dan untuk memaksimumkan faedah sesama individu yang tinggal bersama di dalam kelompok masyarakat. Teras kepada moral adalah berdasarkan kepada tradisi Kohlberg yang berkonsepkan keadilan serta rasa hormat kepada hak orang lain yang menekankan kepada kesamaan dan timbang rasa. Sesetengah tahap keadilan melibatkan nilai kebajikan, perhatian dan mengambil berat terhadap kebajikan orang lain.

Kohlberg telah menggunakan keadilan sebagai Corner Stone. Teori moral memastikan kebebasan dalam prinsip seseorang itu adalah berdasarkan kepada kajian psikologi dalam pembangunan manusia dan menyediakan pendekatan falsafah yang sewajarnya kepada moral. Teori Kohlberg adalah suatu gabungan antara teori keadilan Rawls dan teori perkembangan moral Piaget.

Kohlberg menyatakan bahawa seseorang individu itu menilai yang mana benar atau salah dengan mentafsirkan situasi dan menggabungkan maksud psikologi serta moral kepadanya sebelum membuat pertimbangan moral. Kohlberg (1981) telah membina peringkat-peringkat dalam perkembangan moral seseorang individu. Beliau telah menggariskan enam (6) peringkat dalam penilaian moral seseorang. Peringkat ini dapat dilihat melalui Jadual 2.1.

Jadual 2.1 : Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg Tahap Keterangan perkara yang betul untuk dilakukan Keterangan sebab untuk melakukan yang betul

Prakonvensional Tahap 1 Untuk mengelakkan melanggarMengelakkan hukuman dan Orientasi dendaan dan peraturan kerana takutkan dendaan.kuasa pihak yang berwajib. kepatuhan (kesan-kesan Kepatuhan perlu berlaku secaraUntuk memuaskan fizikal menentukan semulajadi dan mengelakkankeperluan/minat seseorang dan perkara yang baik dan kerosakan fizikal kepada manusia lainharus juga menyedari tentang yang jahat) dan harta benda. minat dan kehendak orang lain. Tahap 2 Mematuhi peraturan hanyalah yang Orientasi instrumental bersesuaian dengan kecenderungan relativis (perkara yang peribadi, bertindak untuk mencapai memuaskan keperluan diri kepentingan sendiri dan membiarkan sendiri adalah lebih baik) orang lain membuat hal yang sama. Yang betul adalah yang adil, pertukaran yang sama dalam perjanjian dan persetujuan bersyarat.

Konvensional Tahap 3 Menjalani kehidupan seperti manaKeperluan untuk menjadi insan Orientasi persetujuan yang diharapkan oleh orang yangyang baik pada penilaian antara individu atau good mempunyai hubungan rapat dengansendiri dan orang lain juga. boy-nice girl, (perkara kita mungkin sebagai anak yang baik,Keperihatinan terhadap orang yang menyenangkan atau bapa, kawan. Berbuat baik adalahlain. Percaya kepada satu membantu orang lain penting dan bermakna mempunyaiperaturan mutlak dan keinginan adalah baik) motif yang baik, menunjukkanuntuk mengekalkan peraturan Tahap 4 keperihatinan terhadap orang lain,dan menyokong pihak yang Orientasi undang-undang memelihara hubungan baik sepertimahukan tingkahlaku yang atau peraturan saling mempercayai, setia danbaik. (memelihara sosial order, hormat-menghormati. Memastikan institusi melaksanakan tugas atau Menyempurnakan kewajipan sebenarberterusan sebagai satu tanggungjawab adalah kepada orang yang dipertanggungkesatuan, mengelakkan baik) jawabkan ke atas kita. Undang-berlakunya perpecahan undang mestilah dipatuhi melainkansekiranya semua orang dalam kes-kes tertentu apabilamelakukannya, kesedaran terdapat konflik dengan tugas sosial.terhadap tanggungjawab dan Perkara yang benar (right) termasukkepatuhan seseorang. juga menyumbang kepada masyarakat atau institusi.

Pascakonvensional Tahap 5 Orientasi contractlegalistic (nilai yang dipersetujui masyarakat, termasuklah hak-hak individu atau peraturan untuk mencapai persetujuan, menentukan perkara yang benar) Tahap 6 Orientasi prinsip etika sejagat (perkara yang benar adalah suara batin yang harmoni dengan prinsip sejagat iaitu keadilan)

Menyedari bahawa manusiaBerkewajipan kepada undangmempunyai pelbagai nilai danundang kerana ikatan kontrak pendapat, nilai utama dan peraturansosial untuk mematuhi undangadalah relatif kepada sesuatuundang untuk kebajikan dan kumpulan. Peraturan relatif iniperlindungan kepada semua hendaklah dipatuhi, bagaimanapunorang. Satu komitmen hendaklah daripada persetujuankontraktual yang dilakukan keseluruhan entiti kerana ia adalahsecara sukarela terhadap kontrak sosial. Sesetengah pendapatkeluarga, persahabatan, yang terkeluar daripada peraturankewajipan kepada kerja dan relatif kumpulan haruslah jugakepercayaan. Mengambil kira digunapakai walaupun tidak mendapatundang-undang dan tugas sokongan majoriti. berdasarkan rasional kebaikan Mengikut prinsip etika sendiri.untuk semua. Undang-undang tertentu atauKepercayaan sebagai insan persetujuan sosial selalunya sah keranayang rasional dalam prinsip ia berlandaskan kepada prinsipmoral universal yang mutlak tertentu. Prinsip ini adalah prinsipdan perasaan komitmen yang universal kerana ia berlandaskanindividu terhadapnya. keadilan, kesaksamaan dalam human right dan hormat kepada kemanusiaan sebagai seorang individu.

Peringkat-peringkat ini menentukan satu peningkatan bagaimana seseorang individu membangunkan nilai-nilai moralnya dari semasa ke semasa. Peringkat yang lebih tinggi menunjukkan perkembangan moral yang lebih baik. Peringkat ini secara umumnya didefinisikan oleh Kohlberg (1981) seperti berikut : Peringkat 1 : Hukuman dan ketaatan Peringkat 2 : Penukaran instrumen Peringkat 3 : Keperluan interpersonal Peringkat 4 : Sistem sosial dan pemeliharaan kesedaran Peringkat 5 : Hak utama dan penjanjian sosial Peringkat 6 : Prinsip etika sejagat

Rest (1994) menjelaskan peringkat ini berdasarkan kepada pemahaman individu tentang bagaimana untuk menguruskan kerjasama dalam masyarakat apabila sesuatu isu moral dipertimbangkan. Dua peringkat terlibat dalam setiap tahap pembabitan moral. Tahap yang paling asas ialah tahap I yang dikenali sebagai prakonvensional. Seperti yang dilihat dalam peringkat 1 dan 2 di jadual 2.1, seseorang individu pada tahap taakulan moral ini masih belum memahami tentang peraturan dan tanggapan masyarakat terhadap kelakuan mereka. Perspektif mereka adalah lebih kepada egosentrik yang memfokuskan kepada diri mereka sendiri secara tetap.

Sementara tahap kebiasaan moral atau tahap II (Peringkat 3 dan 4) adalah berdasarkan kepada perspektif ahli dalam masyarakat. Pemikiran tahap ini melibatkan peraturan-peraturan setempat dan tanggapan orang lain. Seseorang individu pada tahap ini mungkin akan menyokong perjanjian untuk berada pada posisi pihak yang berkuasa. Tahap yang paling tinggi iaitu tahap III yang dikenali sebagai pascakonvensional (Peringkat 5 dan 6) yang lebih mengutamakan kepada masyarakat. Tahap ini ditentukan oleh pemikiran, mengatasi peraturan dan tanggapan masyarakat serta keputusan asas kepada prinsip yang telah dipilih oleh individu (Evans., 1998). Pada tahap III, penilaian moral adalah berdasarkan kepada kesejagatan prinsip-prinsip keadilan (Nucci dan Pascarella, 1987).

Selain itu, Kohlberg juga menambah subperingkat yang dipanggil peringkat A dan B pada setiap peringkat. Subperingkat A dijelaskan oleh Kohlberg dan rakanrakannya sebagai orientasi heteronomous yang ditentukan oleh fokus individu kepada ketaatan terhadap pihak yang berautoriti. Subperingkat B pula dijelaskan sebagai orientasi autonomous yang bercirikan fokus kepada hak-hak dan kebajikan (Evans, 1998).

Individu yang mendapat markah seperti yang digunakan dalam taakulan subperingkat A menunjukkan kekurangan konsisten di antara pemikiran moral dan tindakan moral. Sebaliknya individu yang mendapat markah pada subperingkat B menunjukkan kesamaan antara pemikiran moral dan tindakan moral mereka (Kohlberg dan Cardee, 1984).

Pertimbangan Moral Menurut Perspektif Islam Menurut Islam, pertimbangan moral adalah melibatkan persoalan ijtihad yang telah ditentukan dalam syariat Islam. Ijtihad adalah suatu pertimbangan akal untuk membuat sesuatu keputusan apabila tidak ada sebarang petunjuk melalui al-Quran atau al-Hadith (al-Qardawi, 2002). Pertimbangan akal yang dimaksudkan oleh al-Qardawi (1992) ialah pertimbangan antara sesama al-Masalih (kebaikan), antara sesama al-mafasid (keburukan dan kerosakan) dan pertimbangan antara al-masalih dan almafasid.

Pertimbangan moral dalam Islam merupakan proses penaakulan yang berpunca daripada kebebasan berfikir dan ketajaman akal fikiran (Aswati Hamzah, 2007). Definisi ijtihad ialah suatu percubaan yang bersungguhsungguh atau berusaha keras untuk mengikuti cara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan meletakkan segala. permasalahan baru dalam kaedah-kaedah silam yang dirumuskan daripada sabda baginda (Abdul Halim Mahmud, 1995).

Islam membincangkan tentang persoalan ijtihad melalui aspek usul al-Fiqh yang banyak menjelaskan tentang persoalan hukum syarak. Menurut al-Amidi (1985), takrif ijtihad ialah mencurahkan seluruh kemampuan untuk memperoleh hukum syarak yang bersifat zanni sehingga merasakan dirinya sudah tidak mampu untuk melakukan tambahan daripada kemampuannya tersebut. Hasil daripada proses taakulan dapat dilihat dalam bentuk pemerolehan fatwa tertentu dalam sesuatu perkara yang berbangkit (Mohammad Hashim Kamali, 1999).

Aspek proses kognitif pula menghuraikan ijtihad berlaku dalam bentuk taakulan deduktif (deductive reasoning) (Sidi Gazalba, 1983). Kenyataan ini bermaksud bahawa sesuatu perkara yang dibuat berasaskan hukum yang khusus yang terdapat sama ada di dalam al-Quran atau al-Hadith kemudiannya diberikan huraian yang jelas pada sesuatu kes yang khusus dalam kehidupan seharian (Aswati Hamzah, 2007).

Kenyataan ini selari dengan pernyataan alQardawi (2002) yang menjelaskan bahawa seseorang mujtahid perlu memenuhi syaratsyarat tertentu iaitu : mengetahui al-Quran. mengetahui al-Hadith. menguasai bahasa Arab. mengetahui hukum-hukum ijma. memahami usul al-Fiqh. memahami objektif syariat. mengenal manusia serta persekitaran. bersifat adil dan taqwa.

Menurut al-Qardawi, syarat yang ketujuh iaitu mengenal manusia dan persekitaran merupakan syarat baru. Hal ini kerana seseorang mujtahid perlu berijtihad berasaskan realiti seseorang individu atau masyarakat dalam pelbagai bentuk kehidupan. Perkara ini secara langsung membolehkan seseorang mujtahid mengaplikasikan konsep pertimbangan moral terhadap sesuatu isu yang melibatkan konflik moral di dalam kehidupannya.

Oleh itu, seseorang mujtahid seharusnya memiliki kekuatan moral dan keutuhan sifat kerohanian sebagai pemangkin dan penggerak terhadap masyarakat Islam untuk lebih berani berdepan dengan perubahan dan cabaran kehidupan masyarakat moden Keberanian dan keyakinan ini akan melahirkan masyarakat Islam yang kukuh akidah (pegangan), murni akhlak, tinggi ilmu pengetahuan, berprinsip, menyemarakkan semangat kejiranan, bertolak ansur, menerima kehidupan majmuk, kebebasan beragama dan sentiasa memberi sumbangan positif ke arah pembangunan masyarakat dan kemakmuran negara

Masyarakat Islam yang mempunyai moral yang tinggi dan sifat kerohanian yang utuh sebenarnya seperti pohon yang kukuh sepertimana yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran:Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada tiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat

(Surah Ibrahim (14) : 24-25).

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang individu muslim mestilah menggunakan pertimbangan akal (moral) berdasarkan kepada tuntutan Islam Hal ini kerana prinsip, nilai, rohani dan akhlak merupakan akar yang teguh bagi sesebuah masyarakat Islam (Mohd Nakhaie Ahmad, 1998) Pertimbangan akal menurut Islam sangat berkait rapat dengan konsep roh yang mempunyai empat fungsi iaitu hati, akal, jiwa dan roh (Nik Aziz Nik Pa, 1999) Pertimbangan akal (moral) yang tinggi ialah memahami makna sesuatu dengan tepat iaitu sesuatu perkara yang diperoleh keterangan tentangnya dengan jelas (Mustafa Abu-Sway, 2004).

Orang yang menggunakan pertimbangan akal ialah orang yang mengetahui, memahami dan menyedari akan sesuatu kebenaran serta menghayati kebenaran itu. Apabila mereka menerima kebenaran daripada Allah S.W.T., maka mereka memahami kebenaran itu dan seterusnya beriman dengannya dengan penuh iltizam (Mohd Nakhaie Ahmad, 1998). Hal ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T iaitu :Dan sesungguhnya, Kami mencampakkan kebanyakan manusia dan jin, lantaran mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya, mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya, mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya. Mereka itu adalah seperti binatang-binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu adalah orang yang lalai.

(Surah al-Araf (7) : 179)

Akal dengan keupayaannya yang terbatas tidak boleh dipisahkan dengan petunjuk dan bimbingan syarak dalam memahami kebenaran dan nilai-nilai yang baik dan buruk. Hal ini kerana syarak dapat memelihara akal daripada sesat dan keliru. Dengan menjadikan syarak sebagai neraca pertimbangan dalam pembentukan moral, akal dapat menghasilkan kemantapan dalam menggerakkan manusia dan mengembangkan potensi akhlak untuk mencapai kehidupan yang luhur (Mohd Nakhaie Ahmad, 1998).

Menurut Islam, akal merupakan alat yang amat penting dalam menilai dan membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Hal ini kerana pertimbangan akal yang tinggi akan memberikan kesan yang baik terhadap hati, jiwa dan roh dalam diri seseorang sebelum melakukan sesuatu keputusan. Sebaliknya, pertimbangan akal yang tidak rasional akan mempamerkan ciri-ciri yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Keadaan ini secara langsung memberikan implikasi yang buruk terhadap jiwa, roh dan hati di dalam diri seseorang (Muhammad Uthman El-Muhammady, 1984).