Upload
asma-azyyati-ii
View
668
Download
40
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Terapi Dalam Pendidikan Khas
Citation preview
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Segala pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi dalam Pendidikan Khas
disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu, menumpukan kepada
perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi
pelaksanaan, dan melatih kemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif,
drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran terapi ini dilaksanakan di dalam dan
di luar institut.
OBJEKTIF TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
1. Dapat mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid
bermasalah pembelajaran secara menyeluruh. 2. Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk
murid yang bermasalah.
KEPERLUAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.
DEFINISI TERAPI
Menurut Kamus Perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan
dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang
penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian
badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep
kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat
membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.
Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti
dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat
yang lebih tinggi.
JENIS-JENIS TERAPI
Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang
bermasalah pembelajaran ialah:
Terapi Fisio Terapi Seni Terapi Cara Kerja
Terapi Pasir Terapi Muzik Terapi
Pergerakan Kreatif
Terapi Hidro (Air) Terapi Alternatif Terapi Pertuturan
TERAPI FISIO
Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu
murid pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan
mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.
DEFINISI FISIO
Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby
(2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorag individu dengan
menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:
Aktiviti Fisio
Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh
diperolehi di pusat-pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih
boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:
Mengurut. Manipulasi Latihan teraputik
Penyejukan dan
pemanasan
Terapi hidro.Ransangan
menggunakan elektrik.
Ransangan menggunakan
cahaya.
Mengurut Merenyuk Mencubit Menguli
Mengoyak Menggentel Menggunting Mencabut
Menggenggam Menggaru Memicit
Latih
an p
siko
mot
or Melambung.Membaling.Menyambut.Menolak.MenarikMelompat.Menendang.Memukul.Berlari.Berjalan. La
tihan
imba
ngan Berdiri di atas
kerusi.Berjalan di atas taliMembawa buku di atas kepalaMembawa bola ping pong dengan sudu.Berdiri sebelah kaki. La
tihan
koo
rdin
asi
Melambung dan menyambung bola berbagai saizMemasukkan jarum ke dalam lubang manik.
Rawatan kebiasaan yang ditawarkan
Terapi senaman.
Perawatan elektrofizikal.
Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs dan lain-lain.
Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.
TERAPI CARA KERJA
Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang
berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya
boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja.
Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid
yang bermasalah pembelajaran di sekolah.
Antaranya:
1. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup.
2. Latihan pravokasional
3. Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan.
4. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
TERAPI SENI
Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu
meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah
satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.
DEFINISI SENI
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani
kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh
merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan
lain-lain.
KEPENTINGAN SENI
1. Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.
2. Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.
3. Sebagai pengalaman universal.
KOMPONEN PENDIDIKAN SENI
a) Seni Visual
Melukis
Membuat Rekaan Dan Corak
Membuat Binaan
Menghasilkan Kraftangan
OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI
Mengembangkan bakat dan kreativiti
Menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar
Menilai keindahan alam dan warisan budaya
Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul
Menghasilkan karya seni yang kreatif
Memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya
OBJEKTIF MELUKIS
Melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)
Mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)
Pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)
Menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)
Menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang,
menama dan sebagainya / mengetahui fungsi alatan / membuat lukisan
dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan
pelbagai media dan teknik.
TERAPI MUZIK, GERAKAN DAN DRAMA
M e lib a tk a n s e n i p e r s e m b a h a n ia it u n y a n y ia n , p e r m a in a n a la t m u z ik , p e r g e r a k a n d a n d r a m a
M e n g e m b a n g k a n b a k a t d a n m in a t d a la m b id a n g n y a n y ia n , ta r ia n d a n la k o n a n d r a m a
M e n g a m a lk a n s e m a n g a t k e r ja s a m a d a n b e r d is ip l in d a la m k u m p u la n
B e r k e m a h ir a n m e n g g u n a k a n a la t m u z ik
M e la k u k a n g e r a k a n m e n g ik u t r e n ta k la g u
M e n g e n a l la g u b e r d a s a r k a n m e lo d i
M e n g a w a l k o o r d in a s i a n g g o ta a n g g o ta b a d a n
PERANAN, FAKTOR DAN PERTIMBANGAN GURU DALAM MENGENDALIKAN PENDIDIKAN KESENIAN.
FUNGSI SENI DALAM PENDIDIKAN
Bersikap positif terhadap seni
Berpengetahuan dan berkemahiran
Kreatif
Berpengetahuan tentang psikologi kanak-kanak
Berpengetahuan tentang teori pembelajaran
Menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif
Memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi
Memastikan murid merasa selamat dan diterima
Membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian
Mengadakan peluang untuk interaksi antara murid
Mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi
Alat membantu perkembangan kanak-
kanak.
Menggalakkan perkembangan fizikal,
mental, estatik.
Menyumbang kepuasan diri.
Meningkatkan imaginasi kreatif. Menyelesaikan masalah
Menyumbang kepada perkembangan
personaliti.
RASIONAL PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS
1. Menurut Howard Gardner(1983), kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan
seni, ada potensi.
2. Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang
3. PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri
4. Sebagai alat utk capai FPK
5. Membantu dan memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak.
Dalam kumpulan normal mungkin tak boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama
mungkin dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama, keyakinan
dsb.
6. Membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan
normal. Contohnya kanak-kanak bermasalah pertuturan akan ekpresskan
DEFINISI TERAPI SENI
Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai
”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a
qualified art therapist contributes toward externalization of thoughts and feelings
which may otherwise remain unexpressed. The images may have a diagnostic as
well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist with a
visible record of the session and give indicators for further treatment”.
TEKNIK SENI VISUAL
Lukisan Kolaj Mozek Gurisan Anyaman
Capan Cetakan Tiupan Jahitan Papier Mache
Model Origami Catan Tekapan
KEPENTINGAN SENI VISUAL KEPADA MURID
TERAPI HAIWAN BERKUDA
Olahraga berkuda ternyata memiliki manfaat untuk metode penyembuhan
bagi berbagai masalah anak. Mulai dari masalah psikologis, mental, emosional,
lemah fizik, kemampuan berbahasa dan berbicara, bahkan autisme.
DEFINISI TERAPI BERKUDA
Menurut Lisa McCallum, terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic
Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda):
"Menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan
orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda
tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan”.
KELEBIHAN TERAPI BERKUDA
Setiap tahun, banyak orang merasakan manfaat dari terapi menunggang kuda dan
jumlahnya terus meningkat. Menurut McCallum, terapi berkuda tersebut memiliki tiga
manfaat utama, iaitu olahraga, pendidikan dan pengubatan. Ketiga-tiga hal ini
sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.
Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar.
Meluahkan perasaan.
Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.
Menguatkan daya imaginasi.
Menguatkan motor kasar dan motor halus.
Memperkembangkan bakat.
Menghayati nilai seni.
McCallum menjelaskan terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti
terlebih dahulu terhadap kegiatan terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak
memandangnya sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan sehingga mereka
menjadi lebih rileks menjalaninya.
Berkuda boleh memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta
kendala dalam belajar. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan
disiplin tinggi. Aktiviti berkuda ini membolehkan wujudnya kerjasama antara kuda
dan penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan
kuda yang dinaikinya.
Menurut McCallum lagi hubungan unik antara kuda dengan pengendaranya
membantu mengatasi ketakutan. Justeru, akan tumbuh rasa saling percaya antara
anak dengan kuda, hal inilah yang menjadi terapi emosi mereka. Untuk anak yang
mengalami kecacatan fizik, misalnya kaki lumpuh, berkuda adalah cara mereka
menikmati kebebasan yang selama ini tidak boleh mereka dapatkan saat berada di
atas kursi roda.
Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan.
"Saat menunggang kuda, otot-otot pada selangkangan anak akan merasakan
sensasi seperti saat berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-otot kaki sehingga
perlahan-lahan si anak akan boleh berjalan," kata McCallum.
TERAPI PASIR
Terapi Sandplay adalah satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu
hubungan dengan jiwa ke satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang
Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990), yang berpangkalan teori-teorinya pada
prinsip-prinsip psikologi Jungian dan pada kerja Margaret Lowenfeld.
DEFINISI TERAPI PASIR
Terapi Sandplay adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan
emosional dan perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh
ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi.
Satu proses pusat adalah pelanggan itu adalah diberi peluang bagi memilih daripada
satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia
dalaman mereka. Tindakan-tindakan itu dan keputusan-keputusan sandplay adalah
kemudiannya ditafsir secara simbolik oleh pelanggan. Proses interpretasi itu dibantu
oleh ahli terapi.
Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy
yang datang untuk terapi kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan,
kegagalan dan kemarahannya yang telah membina sejak bertahun-tahun. Dia takut
menyatakan kemarahannya dan lazimnya diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu.
Dengan meletakkan kelilingnya binatang-binatang hutan, dia berupaya menghayati
satu kemampuan melakukan sesuatu kira-kira mengawal binatang-binatang ini dan,
dia bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang pasir dan terus memainkan
perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama
dalam dulang tersebut.
2 Cara Terapi Pasir
1. Menanam badan.
2. Membina istana pasir.
3. Bermain ting-ting dalam pasir.
4. Genggam pasir.
5. Buka selipar dan cecahkan kaki pelajar dalam pasir.
3 Tempat-Tempat Yang Sesuai
1. Di kawasan lapang.
2. Di tepi pantai.
3. Dalam bekas berisi pasir.
TERAPI MUZIK
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi
bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh
dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan
tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
DEFINISI TERAPI MUZIK
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi
muzik bermaksud
”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.
JENIS PERALATAN MUZIK
Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:
Muzik Tradisional
Dipalu -loceng, gong, kompang.
Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.
Ditiup-serunai, seruling,nafiri.
Digoncang -angklung.
Muzik Barat
Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess
Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.
Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.
3 Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
Memperkenalkan alat muzik
Demonstrasi
Warming up.
TEKNIK BERMAIN DENGAN BETUL
MUZIK SEBAGAI SATU CARA RAWATAN
Postur badan yang betul
Menyembunyikan corak/pola ritma.
Memainkan pola/corak ritma.
Bermain ikut giliran.
Membuat gerakan yang sesuai.
Bermain secara keseluruhan.
Muzik melibatkan tingkah-laku manusia
yang universal. Muzik adalah berdasarkan
bentuk fizikal.
Muzik adalah fenomena yang boleh memberi
kesan kepada manusia. Muzik memberi interaksi antara sesama individu.
Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam
komunikasi secara verbal.
Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman
kreatif.
Muzik merupakan sumber epada keseronokan.
Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan
neurogikal.
TERAPI PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif ialah salah satu cara yang dapat membantu murid
pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan
mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan drama tersebut.
DEFINISI PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping
meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui
pergerakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran
dan fahaman konsep-konsep pergerakan.
TEMA PERGERAKAN
Menurut Buku Panduan Guru bertajuk Pergerakan Kreatif oleh kementerian
Pendidikan Malaysia (1997), pergerakan kreatif mempunyai 16 tema dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu:
Kesedaran tubuh badan
Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
Kesedaran ruangAliran beban badan dalam
ruang dan masa
Penyesuaian terhadap kawan.
Penggunaan tubuh badan sebagai
alat.Lapan lakuan daya
asasRitma-ritma
berkaitan dengan pekerjaan.
Bentuk-bentuk pergerakan.
Gabungan lakuan daya asas. Orientasi ruang
Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya
dalam pergerakan.
Penaikan dari lantai.
Kesedaran berkumpulan.
Formasi pergerakan dalam
kumpulan.
Kualiti-kualiti ekspresif dalam
pergerakan.
TERAPI HIDRO (AIR)
Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program
Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal
yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau
permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang
cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran 1 meter.
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi
pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani
oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang
walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke
dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek
sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah
melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi
seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi
seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan
jantung dan otot-otot rangka.
TUJUAN TERAPI HIDRO
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid
bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat
membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan
murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti
murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan
terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.
KONSEP TERAPI HIDRO
Terapi Hidro didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan
motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana
segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih
mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang
menghadkan pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.
Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan
individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti
lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.
Walau bagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit
rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam
membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri
yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan,
melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung.
Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat
dipraktikkan di dalam air.
Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan
yang boleh dilakukan oleh murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih
berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran
bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan
yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya
penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluanyang unik ini.
KEPENTINGAN HIDROTERAPI
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan
untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi
dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan
hidroterapi ini ialah:
Menghilangkan tekanan
Keupayaan berkomunikasi.
Simulasi sistem otak.
Bina keyakinan diri. Kreativiti. Kawalan diri.
Latihan ‘Social skill’. Merangsang pertuturan.
Melatih sikap bekerjasama.
Meningkatkan kesabaran. Pengamatan.
Latihan koordinasi badan dan anggota
badan yang lain.
Latihan daya kepimpinan.
Manipulasi tangan dan jari-jemari. Daya konsentrasi.
Pembentukan ‘body image’.
Peningkatan ‘self-esteem.
PANDUAN KESELAMATAN
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini,
faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita
melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap
ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam
kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki
terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk
mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan
perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh
menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap
dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam
air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah
dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.
ii. Ketidakupayaan Intelektual
Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat
menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh
itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas
yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau
kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan
kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak
mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau
ketika mereka mungkin boleh menguasainya.