tm stud

Embed Size (px)

DESCRIPTION

temubual

Citation preview

Temu bual dengan seorang pelajarDiri saya: Salam sejahtera. Apa khabar adik?Pelajar: Khabar baik, cikgu. Diri saya: Saya ingin menanya serba sedikit tentang diri anda. Bolehkah anda meluangkan masa bersama?Pelajar: Pasti boleh, cikgu. Diri saya: Anda berasal dari kelas mana?Pelajar: Saya dari kelas 3 Tamarai, cikgu.Diri saya: Bagus. Tahniah kepada diri anda kerana dapat mengekalkan kedudukan anda di dalam kelas yang paling cemerlang. Adakah anda menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru di kelas? Mengapa?Pelajar: Terima kasih, cikgu. Saya berusaha sedaya upaya untuk memberi tumpuan seratus peratus terhadap pembelajaran di kelas. Tetapi, adakalanya saya mudah hilang perhatian terhadap subjek yang diajar; Hal ini berlaku kerana kadangkala teknik atau cara cikgu gunakan untuk mengajar kami mendatangkan kebosanan kepada diri saya. Masa itulah saya mula menguak dan mudah hilang perhatian. Namun begitu, masa guru Matematik mengajar saya tidak pernah berasa mengantuk; Cara guru Matematik mengajar begitu senang untuk saya memahami konteks pelajaran yang hendak disampai. Beliau menjadi punnca utama kepada diri saya untuk menggemari sujek Matematik.Diri saya: Bagaimanakah keputusan ujian anda bagi bulan lepas?Pelajar: Saya dapat lulus kesemua mata pelajaran tetapi sayalah merupakan orang yang duduk terakhir dalam senarai kelas iaitu kedudukan dalam kelas yang saya dapati ialah ke-34.Diri saya: Apakah respon daripada ibu bapa selepas melihat keputusan anda?Pelajar: Bapa dengan emak saya bekerja sampai malam. Hari itu bila saya tunjuk keputusan mereka tidak begitu mempedulikan kerana mereka