tokoh falsafah plato

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    1/7

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYUTOKOH FALSAFAH PLATO

    NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

    Pengenalan

    Kelahiran dan salasilah tempat kelahiran Plato yang adalah tidak jelas menurut khabar khabar angin Plato telah dilahirkan di Athens,dan ada pula yang mengatakan beliau telahdilahirkan di pulau Aegina,bukan begitu sahaja ada yang mengatakan beliau lahir padatahun 428SM,malahan ada juga yang mengatakan beliau telah lahir pada tahun 427SM.

    Namun yang menjadi kepastian ialah beliau telah dilahirkan dalam suatu keluargaaristokrat Athens yang dimana salah satu keluarga yang turun temurun memiliki perananyang amat penting dalam kehidupan politik di Athens.Ayah beliau ialah Ariston yangmerupakan seorang bangsawan keturunan raja kodrus,iaitu raja terakhir di Athens yang

    berkuasa sekitar tahun 1068SM yang sangat dikagumi oleh semua rakyatnya kerana beliau terkenal dangan seorang yang mempunyai kecekapan dan juga seorang yang bijaksana dalam pemerintahan di Athens.Ibu beliau berketurunan Solon yang bernamaPeriktione.

    Namun Plato telah awal dilahirkan berbanding dengan beliau iaitu seratus tahun lebihawal daripada Periktio.Nama Plato yang sebenarnya ialah Aristokles.Gelaran Platodiberikan disebabkan daya fizikal beliau kerana dahi dan bahunya yang amat lebar,beliautelah di berikan gelaran tersebut dari seorang jurulatih senaman beliau.Dalam bahasayunani pula nama Plato berasal dari kata benda iaitu platosyang memberi maknakelebaran atau dari kata asalnya lebar.Gelaran tersebut yang telah diberikan oleh jurulatihsenaman beliau telah menjadi popular dengan begitu cepat sekali hingga nama tersebuttelah menjadi kebiasaan dan merupakan nama panggilan sehari hari,bahkan menjadinama rasmi yang diabadikan melalui karya beliau juga.

    Sewaktu Plato masih kecil lagi beliau telah kehilangan seorang bapa.Kemudian ibu beliau telah memulakan hidup baharu dengan bernikah dengan bapa saudara Plato iaituPyrilampes.Ayah tiri Plato merupakan salah seorang tokoh yang amat di segani di Athenskerana beliau merupakan seorang ahli politik yang begitu rapat dengan Pericles yangmerupakan pemimpin negarawan yang terulung di Athens,beliau pula telah meninggal

    pada 427SM.Plato telah dididik oleh Pyrilampes.Plato telah meninggal ketika berusialapan puluh tahun dan sewaktu hayat beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga.

    1

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    2/7

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYUTOKOH FALSAFAH PLATO

    NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

    Falsafah Plato

    Plato mempunyai pelbagai falsafah sepanjang hayat hidupnya .Antara falsafah beliauialah berkaitan idealisme.Bagi fahaman saya berkaitan idealisme menurut kamus dewanedisi ketiga halaman 476 bermaksud sifat iaitu sikap atau perbuatan untuk melihat danmencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal.Selain itu idealisme juga bermaksudhasrat atau cita-cita yang unggul tetapi tidak realistik iaitu sesuatu yang tidak

    berkemungkinan untuk tercapai atau menjadi kenyataan.Serta konsep idealisme adalah bertumpu kepada aliran yang bersifat kebanyakkan atau impian yang berlainan samasekali daripada kenyataan.

    Ini dapat dilihat apabila aliran ini lebih memaparkan tentang kesungguhan ,kesempurnaan , dan keindahan tentang falsafah yang dinyatakan oleh beliau.Keadaan inidapat dilihat apabila tumpuan ajaran beliau adalah lebih tertumpu berkenaan konsep idea.Dapat saya tafsirkan idea merupakan buah fikiran atau gagasan pemikiran seseorang iaituPlato.Ini dapat dilihat bahawa Plato percaya bahawa idea merupakan realiti yangsebenarnya daripada segala perkara yang lain dan ia dapat di kenal melalui pancainderayang berfungsi untuk melihat, mendengar, merasa dan sebagainya .

    Keadaan ini dapat dilihat apabila Plato mengambil contoh tentang bunga,pohon, manusiadan haiwan yang pada pandangan beliau disifatkan akan mati dan berubah.Walaupun

    begitu idea Plato berkenaan bunga ,pohon ,manusia dan haiwan tidak akan pernah berubah.Dengan itu beliau turut mengatakan bahawa idea merupakan suatu realiti yangsebenarnya yang lebih bertumpu seperti perkara yang dinyatakan ,tetapi bukan sekadar gambaran tentang perkara itu yang hanya terkongkong di dalam pemikiran manusia.

    Jadi bagi beliau idea bukanlah sesuatu yang subjektif iaitu perkara yang terbit daripada pandangan atau perasaan orang lain yang melihat atau menilai dan tidak pada ciri-cirisebenar sesuatu yang dilihat dan dinilai .Jadi pada fahaman saya Plato memaksudkansubjektif merupakan sesuatu yang tercipta oleh daya fikiran manusia dan kebenaran ituadalah sesuatu perkara yang bergantung kepada daya fikir manusia .Oleh itu falsafahidealisme yang dimaksudkan oleh Plato merupakan sesuatu idea yang tetap ,sempurna,kekal dan tidak berubah-ubah.Ini dapat dilihat walaupun masa sentiasa bergerak dan

    berubah tetapi perkara idea tetap sama daripada penciptaan yang mula-mula sekalidilakukan oleh seseorang itu mengenai sesuatu perkara yang telah ditimbulkan.

    2

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    3/7

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYUTOKOH FALSAFAH PLATO

    NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

    Di samping itu Plato turut menyatakan tentang kenyataan alam indera.Saya dapatmemahami bahawa alam bermaksud dunia dan bumi iaitu mewakili segala yang ada dilangit dan di bumi seperti binatang, tumbuh-tumbuhan, tenaga dan lain-lain.Manakalaindera mengikut kamus dimaksudkan betara iaitu dewa yang memerintah diangkasa.Maksud ini adalah menurut kepercayaan Hindu.Walaupun begitu melaluifahaman saya indera merupakan sesuatu yang mempunyai kuasa untuk menentukansesuatu hal ataupun keadaan.

    Jadi menurut Plato beliau menyatakan bahawa konsep alam indera menunjukkan bahawakeadaan yang mengalami perubahan iaitu tidak tetap,tidak sempurna,tidak kekal,banyak dan beraneka ragam.Hal ini dapat difahami bahawa alam indera ini bukanlah alam yangrealiti tetapi ianya hanyalah sebuah bayangan ,khayalan ,dan gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna daripada dunia asal iaitu dunia hakiki yang didiami olehmanusia dan kehidupan lain.Keadaan ini dapat ditafsirkan bahawa sesuatu yang beradadalam alam ini sentiasa dalam khayalan.

    Pada fahaman yang dapat saya wujudkan adalah dengan mengambil sebatang pen.Pen bagi yang berada dalam alam idea adalah berfungsi untuk menulis.Tetapi bagi alamindera pen dapat digambarkan mempunyai makna yang pelbagai yang digambarkansesuatu yang tidak lengkap dan tidak sempurna .Jadi melalui pemahaman saya pen yangwujud dalam alam indera mempunyai bentuk yang pelbagai,mmpunyai banyak maksudatau makna dan dapat difahami apabila pen itu dapat digabungkan secara yang sempurna.

    Plato turut menyatakan bahawa alam indera berada dalam serba majmuk atau banyak dan beraneka ragam.Tetapi yang pasti alam indera merupakan sesuatu yang tiruan yang wujuddaripada alam idea.Jadi menurut Plato alam idea dapat dikenali melalui pancaindera yangdimiliki oleh manusia iaitu untuk mendengar ,melihat ,merasa dan menghidu tetapi alamidea dapat dikenali melalui akal budi.

    Konsep alam budi ini merupakan sesuatu yang ditafsirkan tentang idea yang dapatdikenali melalui akal budi.Keadaan ini dapat saya tafsirkan apabila kita melihat ideatentang sebuah rumah.Jika dilihat daripada pandangan pancaindera,manusia dapatmelihat rumah dapat dibentuk dengan keadaan yang pelbagai jenis seperti dalam bentuk

    bulat,panjang ,bersegi empat,bertingkat dan pelbagai rupa yang lain.

    3

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    4/7

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYUTOKOH FALSAFAH PLATO

    NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

    Tetapi jika dilihat melalui idea akal budi kita tetap dapat menilai bahawa rumah itumerupakan sesuatu yang mempunyai kesempurnaan ,tunggal dan kekal.Hal ini bermaksud bahawa fungsi rumah itu adalah lengkap sebagai tempat tinggalmanusia untuk didiami iaitu dapat berlindung daripada hujan dan panas serta dapatmengembangkan lagi kehidupan

    Hal ini dapat saya fahami bahawa idea tentang rumah adlah berfungsi sebagai tempattinggal manusia.Walaupun saya dapat lihat dalam ala mini terdapat pelbagai jenis dan

    bentuk rumah yang dibina oleh manusia.Tetapi fungsi utama rumah merupakan tempatyang digunakan untuk perlindungan daripada keadaan cuaca dan binatang buas yang adadi sekeliling.

    Selain itu,Plato turut menyatakan bahawa pada alam idea ia tidak hanya tertumpu kepadasesuatu yang banyak dan pelbagai dan tidak juga bertumpu hanya kpada sesuatu ideasahaja.Tetapi pada alam idea pada fahaman saya telah pelbagai idea tetapi kita perlumemfokuskan kepada satu-satu idea yang dibincangkan.Hal ini dapat dilihat dengan ideatentang rupa,bentuk,keadaan samada tinggi,rendah,bulat,besar dan sebagainya.Walaupun

    begitu setiap idea yang wujud ia akan bersatu bersama-sama dengan idea yang lain.

    Ini dapat dilihat adanya perkaitan tentang sesuatu idea dengan idea yang lain.Sebagaicontoh yang dapat saya lakukan tentang perkaitan idea seekor lembu dan idea tentangtumbuh-tumbuhan.Perkaitan kedua-duanya dapat dilihat apabila lembu akan memakantumbuh-tumbuhan yang merujuk kepada rumput.Jadi idea yang dikemukakan inimerupakan sesuatu yang realiti tentang konsep kehidupan di bumi ini yang dapat dilihatsebagai simbiosis iaitu saling memerlukan di antara satu sama lain.

    4

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    5/7

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYUTOKOH FALSAFAH PLATO

    NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

    Di samping idea juga menyatu dalam satu persekutuan idea.Ini merujuk kepada persekutuan melalui keadan ini dapat dilihat dapat dilihat bahawa idea juga memilikisusunan tingkat yang juga dikenali sebagai hierarki.Menurut Plato hierarki merupakantingkap yang menggambarkan adanya perkara yang utama sehingga perkara yang ke

    bawah.

    Idea yang berada di puncak merupakan idea yang paling baik yang apa menggambarkantentang kebaikan yang seluruhnya.Keadaan ini dapat difahami bahawa dalam hierarkisocial masyarakat ,pada tingkat yang paling atas merupakan raja yang jelas bai kitasebagai masyarakat bawahannya.Begitu juga dengan konep idea,jika idea itu berada diatas maka idea itu adalah merupakan perkara utama yang paling penting.

    Kesimpulan

    Sebagai rumusannya dapat saya fahami falsafah idealisme Plato adala sesuatu yang lebihmembangun.Keadaan ini dapat dinilai bahawa idealisme beliau adalah sangat berbezadengan idealisme moden.Ini dapat dibuktikan bahawa idealisme beliau merupakan

    perkara objektif manakala idealisme moden lebih bersikap subjektif.

    5

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    6/7

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYUTOKOH FALSAFAH PLATO

    NAMA:ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA 080160PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

    RUJUKAN

    Falsafah Politik Plato karya adaptasi daripada buku Filasafat

    Politik Plato oleh J.H.Rapar dan diterbitkan oleh C.V.Rajawali , Jalan PelepahIV,TN1 No.14/15,Kelapa Gading Permai ,Jakarta 14240,IndonesiaDiubah suai ke bahasa melayu oleh Zainal Abidin Bakar

    Kamus Dewan Edisi Ketiga

    Plato:The Masters karangan R.M.Hare diterbit oleh Oxford

    UniversityPress,Walton Street,Oxford ox2 6DP England

    6

  • 8/14/2019 tokoh falsafah plato

    7/7

    7