48
i TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN TECHNICAL UNIVERSITY (MTU) DALAM PEMILIHAN KERJAYA FARRAH SYAMIMI BINTI CHE ROS Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2016

TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

i

TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN TECHNICAL

UNIVERSITY (MTU) DALAM PEMILIHAN KERJAYA

FARRAH SYAMIMI BINTI CHE ROS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2016

Page 2: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

iii

Buat ayah dan ibu tercinta…Terima kasih di atas dorongan yang tidak terhingga.

Kakak-kakak, abang dan adik tersayang…Teruskan berusaha.

Tunang yang dikasihi…Terima kasih di atas segalanya.

Rakan-rakan…Teruskan perjuangan kita.

Page 3: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Lutfiah Natrah binti Abbas di atas segala

bimbingan, panduan, nasihat dan perhatian yang telah diberikan kepada saya sepanjang

projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-

pensyarah lain di atas segala panduan dan kerjasama yang diberikan sepanjang

menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga buat para pelajar UTHM, UTEM, UniMAP dan majikan-

majikan di First Solar (M), Flextronics Technology (M), Hume Concrete Sdn. Bhd dan

QDOS Flexcircuits Sdn Bhd di atas segala kerjasama dan kesungguhan mereka

membantu ketika kajian dilakukan di sana. Sekalung penghargaan buat ayah, ibu, adik

beradik serta tunang tercinta kerana sentiasa memahami dan memberikan sokongan yang

tidak terhingga sehingga berjaya menyiapkan projek sarjana ini.

Tidak ketinggalan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan

memberikan sokongan bagi merealisasikan projek ini. Akhirul kalam, semoga kalian

sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan keredhaan-Nya. Wallahu Aa’lam.

Page 4: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

v

ABSTRAK

Pemilihan kerjaya memang sinonim dengan graduan tahun akhir ia boleh mempengaruhi

masa depan individu dan juga boleh menimbulkan permasalahan terutamanya graduan

wanita bidang kejuruteraan yang sukar mengimbangi antara minat dan keperluan

industri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti trait personaliti kalangan

graduan wanita di MTU dalam pemilihan kerjaya serta persepsi majikan mengenai

kesesuaian personaliti tersebut di industri. Kajian menggunakan kaedah mod campuran

melibatkan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen. Responden terdiri daripada

297 orang graduan wanita Sarjana Muda tahun akhir yang mengikuti bidang

kejuruteraan di UTHM dan UniMAP manakala temu bual dijalankan ke atas 4 orang

majikan di zon utara dan selatan. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dengan

menggunakan skor min dan peratus bagi melihat personaliti yang dominan kalangan

graduan wanita bidang kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya dan

keselariannya dengan kehendak majikan. Analisis secara inferensi menggunakan ujian-T

Bebas untuk menentukan perbezaan trait personaliti kalangan graduan wanita bidang

kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya. Keputusan kajian mendapati

personaliti paling dominan merupakan personaliti Sosial dan ianya tidak selari dengan

permintaan majikan iaitu personaliti Realistik. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara trait personaliti kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan di

UTHM dan UniMAP kecuali bagi personaliti Konvensional yang terdapat perbezaan

yang signifikan. Secara keseluruhannya, graduan wanita bidang kejuruteraan perlu

mempunyai personaliti yang selari dengan program yang diikuti mereka serta memenuhi

kehendak firma atau industri yang bersesuaian. Oleh itu universiti perlu memantapkan

dalam berkolaborasi dengan firma atau industri yang lebih besar untuk masa depan

graduan wanita mereka.

Page 5: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

vi

ABSTRACT

Career choices is synonymous among final year graduates it could affect the individual

future and can also cause problems, especially women engineering graduates on

difficulty to balance between the interests and industry needs. Therefore, this study

aimed to identify personality traits among women graduates at MTU in choosing careers

and employers' perception regarding the suitability of the personality in the industry.

Research are using the mixed mode method which involving a questionnaire and

interview as an instrument. The respondents consisted of 297 final year women

graduates of Bachelor Degree pursuing engineering at UTHM and UniMAP while

interview conducted on 4 employers in the northern and southern zones. Qualitative data

were analyzed using mean score and percentage for the dominant personality among

women engineering graduates both MTU toward career selection and alignment with the

needs of the employers. Inferential analysis using the independent t-test to determine the

differences in personality traits among women engineering graduates of both MTU

toward career choices. Results showed that the most dominant personality was the Social

personality and is not parallel with demands by employer that are Realistic personality.

While, there was no significant difference between a personalities trait among women

graduates in engineering at UTHM and UniMAP except for Conventional personality

that there are significant differences. Overall, the women engineering graduates need to

have a personality that is parallel to that followed their program and meet the

requirements of appropriate firms or industries. Thus universities must establish in

collaboration with the large firm or industry for women graduates on their future.

Page 6: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN

xix

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Tujuan kajian 8

1.5 Objektif kajian 9

1.6 Persoalan kajian 9

1.7 Hipotesis kajian 10

1.8 Skop kajian 10

1.9 Batasan kajian 11

1.10 Kepentingan kajian 11

Page 7: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

viii

1.11 Kerangka konsep 12

1.12 Definisi istilah dan operasi 14

1.12.1 Kejuruteraan 14

1.12.2 Graduan wanita 15

1.12.3 Personaliti 15

1.12.4 Trait personaliti 16

1.12.5 Gender 16

1.12.6 Pemilihan 17

1.12.7 Kerjaya 17

1.12.8 Program Universiti Teknikal Malaysia

(MTU)

17

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Wanita dan pendidikan 18

2.2.1 Kadar enrolmen pelajar wanita 19

2.2.2 Wanita dalam bidang kejuruteraan 20

2.3 Wanita dan pembangunan kerjaya 21

2.3.1 Kejuruteraan 22

2.3.2 Perubatan 22

2.3.3 Keusahawanan 23

2.4 Pelan tindakan wanita 24

2.5 Cabaran wanita masa kini 24

2.5.1 Isu pengganguran 24

2.5.2 Faktor-faktor pengganguran 25

2.5.3 Persepsi majikan dan industri 27

2.6 Trait personaliti berdasarkan kerangka konsep

Holland’s

28

2.7 Faktor-faktor pemilihan kerjaya 31

2.7.1 Faktor gender pengaruhi kematangan 31

2.7.2 Faktor ganjaran 31

Page 8: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

ix

2.7.3 Faktor jaminan kerja 33

2.7.4 Faktor minat 33

2.7.5 Faktor keluarga dan masyarakat 34

2.7.6 Faktor persekitaran 35

2.8 Kriteria pengambilan dan pemilihan graduan 35

2.9 Ringkasan kajian lepas 38

2.10 Rumusan

43

BAB 3 METODOLOGI 44

3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka bentuk kajian 45

3.3 Populasi dan sampel 46

3.3.1 Populasi 46

3.3.2 Persampelan 46

3.4 Prosedur kajian 48

3.5 Lokasi kajian 50

3.6 Instrumen kajian 50

3.6.1 Soal selidik 50

3.6.2 Soalan temu bual 52

3.7 Kajian rintis 53

3.7.1 Kesahan 53

3.7.2 Kebolehpercayaan 54

3.7.3 Analisis kajian rintis 55

3.8 Kaedah pengumpulan data 56

3.8.1 Kaedah soal selidik 56

3.8.2 Kaedah temu bual 56

3.8.3 Anggaran bilangan item temu bual individu 57

3.9 Kaedah analisis data 57

3.9.1 Statistik deskriptif 57

3.9.2 Statistik inferensi 58

3.9.3 Analisis temu bual 58

Page 9: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

x

3.10 Rumusan

60

BAB 4 ANALISIS DATA 61

4.1 Pengenalan 61

4.2 Maklumat demografi responden 62

4.3 Analisis soal selidik 65

4.3.1 Analisis kategori trait personaliti pelajar 65

4.4 Analisis ujian normaliti 71

4.5 Pengujian dan keputusan hipotesis 75

4.5.1 Perbezaan antara trait personaliti Realistik

dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan

wanita UTHM dan UniMAP

75

4.5.2 Perbezaan antara trait personaliti

Investigatif dalam pemilihan kerjaya

kalangan graduan wanita UTHM dan

UniMAP

76

4.5.3 Perbezaan antara trait personaliti Artistik

dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan

wanita UTHM dan UniMAP

76

4.5.4 Perbezaan antara trait personaliti Sosial

dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan

wanita UTHM dan UniMAP

77

4.5.5 Perbezaan antara trait personaliti

Enterprising dalam pemilihan kerjaya

kalangan graduan wanita UTHM dan

UniMAP

78

4.5.6 Perbezaan antara trait personaliti

Konvensional dalam pemilihan kerjaya

kalangan graduan wanita UTHM dan

UniMAP

78

4.6 Analisis data temu bual 79

Page 10: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xi

4.7 Rumusan 83

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Trait personaliti kalangan graduan wanita tahun

akhir

84

5.2.1 Personaliti Realistik 85

5.2.2 Personaliti Investigatif 86

5.2.3 Personaliti Artistik 87

5.2.4 Personaliti Sosial 88

5.2.5 Personaliti Enterprising 90

5.2.6 Personaliti Konvensional 91

5.3 Persepsi majikan di industri 92

5.3.1 Personaliti utama yang diperlukan majikan 93

5.3.2 Sikap graduan wanita 95

5.3.3 Ciri-ciri personaliti pekerja wanita 96

5.3.4 Langkah-langkah pembentukan personaliti 98

5.3.5 Pekerja pilihan majikan 99

5.3.6 Tahap personaliti pekerja wanita di industri 102

5.3.7 Usaha memantapkan graduan wanita dalam

memenuhi keperluan industri

103

5.4 Cadangan 106

5.4.1 Cadangan kajian 106

5.4.2 Cadangan lanjutan 107

5.5 Kesimpulan 109

RUJUKAN 111

LAMPIRAN 119

Page 11: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xii

SENARAI JADUAL

1.1 Peratusan pekerjaan yang dipilih oleh wanita yang

bekerja sebagai tenaga kerja dalam bidang sains

dan kejuruteraan, USA, 2013

2

1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar

mengikut jantina, Malaysia, 2013-2014

3

1.3 Bilangan penduduk yang bekerja mengikut industri

dan jantina, Malaysia, 2013

6

3.1 Jumlah saiz sampel 47

3.2 Sampel kajian bagi setiap objektif kajian serta ciri-

ciri populasi

48

3.3 Skala likert 51

3.4 Taburan item-item soalan soal selidik 51

3.5 Nilai korelasi dan interpretasi 55

3.6 Alpha Cronbach untuk Bahagian B soal selidik

pelajar

55

3.7 Anggaran bilangan item temu bual individu 57

3.8 Jadual skor min 57

3.9 Kaedah menganalisis data dan pendekatan

digunakan

59

4.1 Penglibatan majikan berdasarkan jenis sektor

perkilangan

62

4.2 Demografi pelajar 64

4.3 Trait personaliti kategori Realistik 65

Page 12: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xiii

4.4 Trait personaliti kategori Investigatif 66

4.5 Trait personaliti kategori Artistik 67

4.6 Trait personaliti kategori Sosial 68

4.7 Trait personaliti kategori Enterprising 69

4.8 Trait personaliti kategori Konvensional 70

4.9 Ujian normaliti Skewness dan Kurtosis 71

4.10 Perbezaan trait personaliti Realistik antara graduan

wanita UTHM dan UniMAP

75

4.11 Perbezaan trait personaliti Investigatif antara

graduan wanita UTHM dan UniMAP

76

4.12 Perbezaan trait personaliti Artistik antara graduan

wanita UTHM dan UniMAP

76

4.13 Perbezaan trait personaliti Sosial antara graduan

wanita UTHM dan UniMAP

77

4.14 Perbezaan trait personaliti Enterprising antara

graduan wanita UTHM dan UniMAP

78

4.15 Perbezaan trait personaliti Konvensional antara

graduan wanita UTHM dan UniMAP

78

4.16 Ringkasan dapatan temu bual majikan 79

Page 13: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Penduduk mengikut jantina, Malaysia, 2011-2014 4

1.2 Kerangka teori diadaptasi daripada Model Kategori

Personaliti Holland’s (1997)

13

1.3 Kerangka teori kajian 14

3.1 Formula saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) 47

3.2 Prosedur kajian 49

3.3 Kaedah ‘coding system’ 59

4.1 Taburan skor min trait personaliti Realistik 72

4.2 Taburan skor min trait personaliti Investigatif 72

4.3 Taburan skor min trait personaliti Artistik 73

4.4 Taburan skor min trait personaliti Sosial 73

4.5 Taburan skor min trait personaliti Enterprising 74

4.6 Taburan skor min trait personaliti Konvensional 74

Page 14: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xv

SENARAI SINGKATAN

PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia

NSF - National Science Foundation

USA - United States of America

BEM - Lembaga Jurutera Malaysia

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

MIGHT - Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Teknologi Tinggi

MTU - Malaysian Technical University

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

UNIMAP - Universiti Malaysia Perlis

UA - Universiti Awam

UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka

KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

IEM - Institut Jurutera Malaysia

AIM - Amanah Ikhtiar Malaysia

MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara

MEF - Persatuan Majikan Majikan Malaysia

ISIS - Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

Page 15: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xvi

ICT - Information of Communication Technology

SPSS - Statistical Package for Social Science

SDS - Self Directed Search

HMOC - Holland Model of Occupational Choice

NUTE - Namdinh University of Technology Education

HIS - Hispanic Institute

PWI - Predominantly White Institute

Page 16: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Jadual Krejic & Morgan (1970) 119

B Soal Selidik Pelajar 120

C Temu Bual Majikan 125

D Keputusan Kajian Rintis : Alpha Cronbach 137

E Ujian normaliti 143

F Keputusan Kajian Sebenar 144

G Pengesahan Pakar 151

H Surat Permohonan Kajian 157

I Surat Kebenaran Soal Selidik 168

Page 17: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPM)

menjelang 2025 adalah ingin melahirkan graduan berkualiti dari segi kebolehpasarannya

(Kementerian Pengajian Tinggi, 2015). Peningkatan itu dijangka akan lebih meningkat

dari jumlah semasa 75% ke 80% menjelang penghujung 2015. Pelan tersebut

mengariskan enam elemen bagi menghasilkan graduan yang berkualiti iaitu etika dan

rohani, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran berbahasa, kemahiran

berfikir dan pengetahuan. Enam elemen tersebut merupakan pecahan daripada dua

attribut yang penting iaitu akhlaq dan ilmu. Graduan teknikal juga tidak terkecuali dari

memenuhi keperluan pasaran sekarang. Oleh itu, setiap graduan perlu berdaya saing

dalam memastikan mereka berkualiti dan diterima dalam bidang pekerjaan. Menurut

Mahyuddin (2008), Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu

menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru bagi keperluan industri.

Walau bagaimanapun, bidang teknikal khususnya bidang kejuruteraan di lihat

kurang di ceburi oleh graduan wanita. Menurut (National Science Foundation (NSF),

Page 18: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

2

2015), di United States of America (USA) wanita lebih cenderung untuk bekecimpung

dalam kerjaya seperti, ahli psikologi, doktor bedah, atau doktor gigi seperti dalam Jadual

1.1. Berdasarkan statistik jurutera professional yang mendaftar di bawah (Lembaga

Jurutera Malaysia (BEM),2014) bilangan jurutera wanita bagi tahun 2013 adalah 95.3%

rendah jika di bandingkan dengan jurutera lelaki dan bagi tahun 2014 bilangan jurutera

wanita yang berdaftar 95% rendah berbanding lelaki seperti dalam Jadual 1.2. Bidang

kejuruteraan yang paling ketara kurang di ceburi oleh golongan wanita ialah bidang

elektrik, gas, wap dan pendinginan udara (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).

Jadual 1.1: Peratusan pekerjaan yang dipilih oleh wanita yang bekerja

sebagai tenaga kerja dalam bidang sains dan kejuruteraan, USA, 2013.

(NSF, 2015)

Bidang Pekerjaan Peratusan %

Sains dan Kejuruteraan 29

Ahli psikologi 73

Ahli sains sosial 61

Pakar sains kehidupan 49

Pakar Ekonomi 47

Pakar matematik dan komputer 25

Jurutera 15

Ahli fizik dan astronomi 12

Berkaitan kesihatan 69

Pakar teknologi dan juruteknik dalam sains kehidupan 62

Pengajar pra university sains dan kejuruteraan 56

Pengamal diagnosis kesihatan 37

Tidak berkaitan dengan sains dan kejuruteraan 48

Page 19: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

3

Jadual 1.2: Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

Malaysia, 2013-2014.

(Institut Akauntan Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia,

Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Majlis Veterinar Malaysia,

Majlis Peguam Malaysia, 2014)

Namun begitu, jika di lihat dari segi enrolmen pelajar kejuruteraan di IPTA dan

IPTS, peratusan perbezaan bilangan pelajar lelaki dan wanita adalah tidak begitu besar

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013) iaitu 13.6% di IPTA dan 34.6% di IPTS. Julat

perbezaan itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak begitu ketara.

Dari sudut pekerjaan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2013), kadar

pengganguran graduan wanita yang berpendidikan (memiliki ijazah) semakin meningkat

secara ketara bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2013. Pada tahun 2013 penggangur

yang terdiri dari graduan wanita adalah sebanyak 3.4% berbanding lelaki yang hanya

2.9%. Adakah ini menunjukkan sama ada wanita melanjutkan pelajaran dalam bidang

yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa, atau pasaran sangat rigid kepada

penyertaan wanita dalam ekonomi formal (Shukry, 2014).

2013 2014

Profesion Lelaki Perempuan

Perempuan

daripada jumlah

%

Lelaki Perempuan

Perempuan

daripada

jumlah %

Akauntan 14730 14894 50.3 14954 15343 50.6

Arkitek 1187 632 34.7 1173 638 35.2

Jurutera

Profesional 15130 754 4.7 15534 823 5

Doktor Gigi 1755 3166 64.3 1914 3670 65.7

Doktor

Perubatan 15407 14106 47.8 16977 16210 48.8

Doktor Veterinar 1093 776 41.5 1160 913 44

Peguam 7555 7698 50.5 7841 8214 51.2

Page 20: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

4

1.2 Latar belakang masalah

Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2014) yang boleh dirujuk di dalam Rajah 1.1

menunjukkan bahawa anggaran penduduk yang menetap di Malaysia melebihi dari

30juta orang,di mana bilangan penduduk lelaki melebihi wanita dalam perkiraan 105

lelaki kepada setiap 100 wanita. Walaupun kadar populasi lelaki adalah lebih berbanding

wanita, namun kemasukan di universiti menunjukkan peratusan wanita adalah lebih

tinggi (61.07%) jika dibandingkan dengan lelaki (38.93%). Statistik juga menunjukkan

kadar tenaga buruh wanita di Malaysia adalah sebanyak 52.4%. Gambaran ini jelas

menunjukkan bahawa wanita merupakan penyumbang kepada peningkatan ekonomi

Malaysia secara tidak langsung (Hamzah et al, 2014).

Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan salah satu agen berkuasa bagi

meningkatkan kualiti pengeluaran sumber manusia dalam memajukan taraf ekonomi

sesebuah negara. Wanita selalunya disosialisasikan bahawa perkahwinan sebagai

pencapaian utama yang perlu dikecapi berbanding pendidikan. Manakala kerjaya

merupakan tangga kedua dalam hidup seseorang wanita. Walau bagaimanapun, dalam

masyarakat yang semakin moden dan berfikiran terbuka ini, dilihat wanita semakin

membuka mata tentang kepentingan pendidikan untuk menjamin masa depan mereka

kelak.

13000000

13500000

14000000

14500000

15000000

15500000

16000000

2011 2012 2013 2014

Jum

lah

Tahun

Lelaki

Wanita

Rajah 1.1: Penduduk mengikut jantina, Malaysia, 2011-2014

Page 21: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

5

Terdapat peningkatan terhadap kadar kemasukan pelajar wanita ke universiti dari tahun

2007 hingga 2013 sebanyak 25.2% jumlah pelajar wanita yang mengikuti pengajian

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pelajar wanita dilihat lebih cenderung untuk

mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan kerana statistik memaparkan sebanyak

70.1% pelajar di institut pendidikan guru adalah terdiri dari golongan wanita. Namun

begitu, perbezaan besar dapat dilihat di politeknik dan kolej komuniti dimana jumlah

pelajar wanita adalah lebih rendah iaitu 36% pada tahun 2013. Kewujudan politeknik

dan kolej komuniti di negara ini adalaah bagi melatih pekerja-pekerja mahir dan separa

mahir serta melahirkan juruteknik, dan universiti untuk menghasilkan jurutera.

Tidak dinafikan bahawa, pelajar wanita lebih ramai di bidang perdagangan,

perubatan, pendidikan dan sains rumah tangga berbanding bidang kejuruteraan.

Pendidikan memang sentiasa dikaitkan dengan profesion yang lembut, maka tidak

hairanlah berlaku pradominasi guru-guru wanita di sekolah-sekolah (Abu Bakar, 2006).

Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia

Teknologi Tinggi (MIGHT), Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (2013), menyatakan bahawa

golongan wanita sangat sesuai menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan kerana

mempunyai sifat istimewa iaitu cermat, teliti dan berhati-hati.

Setelah mempunyai kelayakan hasil daripada pendidikan, wanita telah

menembusi pelbagai jenis pekerjaan seperti ditunjukkan pada Jadual 1.3. Penglibatan

wanita dalam pembangunan ekonomi negara sudah wujud sekian lama dan telah diiktiraf

(Roddid et al, 2009). Disamping itu juga wanita yang memiliki kemahiran kurang

mendapat pengikhtirafan sama ada di tempat kerja mahupun di institusi pengajian.

Seseorang wanita yang mempunyai kelayakan yang setanding lelaki sering diberi gaji,

pangkat dan tanggungjawab yang lebih rendah (Correll, 2007).

Page 22: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

6

Jadual 1.3: Bilangan penduduk yang bekerja mengikut industri dan jantina,

Malaysia, 2013.

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)

Industri Lelaki Perempuan

% %

Pertanian,perhutanan dan perikanan 75.4 24.6

Perlombongan dan pengkuarian 80.1 19.9

Pembuatan 62.4 37.6

Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara 79.6 20.4

Pembinaan 91.2 8.8

Perdagangan borong dan runcit,pembaikan kenderaan

bermotor 61 39

Pengangkutan dan penyimpanan 86.9 13.1

Perkhidmatan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan

minuman 48.4 51.6

Maklumat dan komunikasi 61.5 38.5

Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 46.5 53.5

Aktiviti hartanah 58.5 41.5

Aktiviti professional,saintifik dan teknikal 51.4 48.6

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 65.8 34.2

Pentadbiran awam dan pertahanan;aktiviti

keselamatan sosial 69.6 30.4

Banyak ilmuwan dan pemikir telah mengutarakan beberapa teori tentang

pemilihan kerjaya antaranya ialah Teori Kerjaya Islam oleh Sidek Mohd Noah (2002),

Teori Tret oleh Osipow (1973), Teori Holland oleh Holland (1997), Teori Super, Teori

Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (1975) dan Teori Anne Roe. Ini adalah kerana mereka

menggangap pemilihan kerjaya merupakan aspek penting bagi kebanyakan individu

yang sudah bergraduasi. Majoriti pelajar di Malaysia membuat pemilihan kerjaya tanpa

berdasarkan kepada perancangan awal yang sistematik (A.Manaf, 2013). Kemungkinan

untuk mengalami masalah dalam isu pemilihan kerjaya adalah graduan wanita dari

bidang kejuruteraan terutamanya. Kerana mereka perlu bersaing dengan graduan lelaki

untuk mendapat tempat di sektor industri.

Page 23: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

7

Statistik Pekerjaan dan Perburuhan dari Kementerian Sumber Manusia 2013

menyatakan bahawa majikan yang terdapat di Malaysia majoriti terdiri daripada kaum

lelaki iaitu seramai 0.44 juta berbanding majikan wanita seramai 0.08 juta. Kajian yang

dilakukan oleh Zafir Mohd Makhbul et. al (2012), menunjukkan bahawa faktor

keperibadian dan keterampilan menjadi pilihan utama majikan dari perspektif

pengurusan sumber manusia. Oleh itu, graduan wanita perlu lengkapkan diri mereka

secukupnya untuk menjadikan mereka sebagai pilihan terbaik kepada majikan di

industri.

1.3 Penyataan masalah

Kepesatan perkembangan teknologi dan sains perlulah bergerak seiring dengan

pertumbuhan masyarakat yang mempunyai kemahiran yang bersesuaian sama ada secara

teori mahupun amali. Masyarakat yang tidak menguasai bidang ini boleh dikategorikan

sebagai masyarakat yang mundur (Mahyuddin, 2008). Menurut laporan yang disiarkan

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2014), berkata masalah

ketidaksamaan gender dalam pekerjaan professional atau teknikal disebabkan oleh

majikan yang mengharapkan graduan wanita mempunyai kebolehan yang sama seperti

lelaki. Majikan sering mempunyai masalah dalam pengambilan dan pemilihan pekerja

dan ini menyebabkan kos pengurusan meningkat, produktiviti menurun, operasi

organisasi tergendala dan moral pekerja menjadi rendah (Gatewood & Field, 1994).

Kemahiran seperti berfikir kritis, perancangan, penyelesaian masalah, komunikasi lisan,

membuat keputusan, dan perundingan menunjukkan perbezaan antara persepsi majikan

dan graduan (Wye & Lim, 2009). Menurut Pengarah Eksekutif Matsushita Television

Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. menyatakan bahawa personaliti seseorang calon sangat

diambil berat semasa proses temuduga pekerja di sektor perkilangan (Zafir Mohd

Makhbul & Mohamad Hasun, 2007).

Setelah melihat kepada pelbagai masalah yang dialami oleh graduan wanita

dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka serta kesulitan

Page 24: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

8

yang dialami oleh pihak majikan dalam pemilihan pekerja yang memenuhi kriteria yang

sesuai dengan jawatan di industri, sesuatu harus dilakukan untuk membantu graduan

wanita dalam pemilihan kerjaya yang bersesuai dengan personaliti mereka dan secara

tidak langsung dapat memenuhi kehendak majikan. Walaupun banyak penyelidikan

telah mengkaji tentang teori pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan wanita, masih

amat kurang penyelidikan yang mengkaji isu ini dari pihak majikan dan membuat

perbandingan dengan kehendak graduan wanita. Adakah personaliti yang tidak

bersesuaian merupakan penyebab utama majikan di luar sana yang masih kurang

percaya terhadap graduan wanita? Apakah penyelesaian yang patut dilakukan oleh

graduan wanita dalam pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti mereka?

Seharusnya satu kajian yang menepati kepada permintaan majikan mungkin dapat

merungkai isu pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan wanita. Justeru itu, kajian ini

akan mengkaji sejauh manakah trait personaliti yang dimiliki oleh graduan wanita

adalah selari dengan keperluan majikan di industri dalam menangani masalah

ketaksamaan gender.

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah trait

personaliti mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita yang

mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan adalah selaras dengan keperluan

majikan-majikan di indsutri sekarang.

Page 25: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

9

1.5 Objektif kajian

Terdapat tiga objektif yang diperlukan dalam mencapai matlamat kajian iaitu:

1. Mengenal pasti trait personaliti yang mempengaruhi graduan wanita tahun

akhir bidang kejuruteraan di MTU.

2. Mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh majikan terhadap

graduan wanita bidang kejuruteraan.

3. Mengenal pasti perbezaan antara trait personaliti dalam kalangan graduan

UTHM dengan UNIMAP.

1.6 Persoalan kajian

Secara khususnya, terdapat persoalan-persoalan kajian yang dijadikan sebagai rujukan

untuk memperolehi keputusan pada kajian yang dijalankan:

1. Bagaimanakah trait personaliti yang mempengaruhi graduan wanita tahun

akhir bidang kejuruteraan di MTU?

2. Bagaimanakah ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh majikan terhadap

graduan wanita bidang kejuruteraan?

3. Bagaimanakah perbezaan antara trait personaliti dalam kalangan graduan

UTHM dengan UniMAP?

Page 26: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

10

1.7 Hipotesis kajian

Satu hipotesis kajian telah dirangka bagi menjawab persolan kajian yang ketiga iaitu

seperti berikut:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

Realistik dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan

UniMAP

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

Investigatif dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan

UniMAP

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Artistik

dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Sosial

dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP

Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

Enterprising dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan

UniMAP

Ho6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti

Konvensional dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan

UniMAP

1.8 Skop kajian

Bagi memenuhi objektif kajian ini, pengumpulan data mengfokuskan kepada impak trait

personaliti dalam keberkesanan pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita bidang

kejuruteraan. Responden kajian terdiri daripada golongan graduan wanita tahun akhir

bidang kejuruteraan di Malaysian Technical University (MTU) iaitu di Universiti

Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang

mempunyai program teknikal di zon utara dan zon selatan semenanjung Malaysia serta

Page 27: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

11

beberapa orang majikan dari industri yang mengambil pelajar universiti bekerja sebagai

jurutera di bahagian zon utara dan zon selatan semenanjung Malaysia.

1.9 Batasan kajian

Kajian ini dijalankan secara mod campuran dan penyelidik menggunakan dua kaedah

pengumpulan data iaitu soal selidik dan temu bual sahaja. Sebagaimana yang diketahui,

di Malaysia terdapat banyak IPT yang mempunyai pelbagai program yang ditawarkan,

disebabkan populasi yang sangat besar, kajian lebih tertumpu kepada Universiti Awam

(UA) yang mempunyai program kejuruteraan sahaja. Oleh itu pengkaji memilih MTU

yang terletak di zon utara dan selatan sahaja. Setelah mengambil kira kemudahan dari

segi logistik, pemilihan ini juga adalah berdasarkan faktor kekangan masa dan

kewangan. Responden bagi kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir sahaja yang akan

bergraduasi pada tahun ini iaitu 2016 dan akan memasuki alam pekerjaan.

Bilangan majikan yang ditemu bual hanya melibatkan beberapa industri sahaja

iaitu di zon utara dan selatan sahaja. Polisi sesebuah industri yang agak ketat

menyukarkan penyelidik untuk melibatkan berbagai jenis industri secara keseluruhan.

Penyelidik mengehadkan kajian kepada beberapa buah industri sahaja.

Manakala bagi instrument yang digunakan oleh penyelidik adalah borang soal

selidik, dan dapatan soal selidik bergantung kepada kejujuran responden yang

menjawab. Selain itu, daripada soal selidik yang diedarkan, diandaikan setiap responden

memahami arahan dan menjawabnya dengan sempurna kerana semua responden yang

dipilih mempunyai keupayaan dan kefahaman yang sama iaitu Bahasa Melayu.

Page 28: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

12

1.10 Kepentingan kajian

Dalam penyelidikan ini, hasil kajian diharap dapat digunakan dan memberi manfaat

kepada pengkaji terutamanya, graduan wanita dalam bidang kejuruteraan untuk memilih

kerjaya berdasarkan personaliti mereka serta sebagai garis panduan kepada majikan

untuk memilih pekerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon untuk

memastikan kualiti pekerjanya sentiasa di paras yang dikehendaki.

Dapatan kajian ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, terutamanya

pihak universiti agar dapat menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi

kesedaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya mengetahui dan memahami

tentang personaliti peribadi dalam memastikan persediaan ke alam pekerjaan.

Pelajar mestilah sedar bahawa pada masa sekarang dunia pekerjaan telah menjadi

begitu mencabar dan mereka terpaksa bersaing serta berfikiran terbuka untuk menceburi

sebarang pekerjaan yang mereka minati.

1.11 Kerangka konsep

Kerangka teori seperti dalam Rajah 1.2 menerangkan tentang konsep yang dirujuk oleh

penyelidik iaitu menggunakan Teori Holland’s mengenai personaliti vokasional, (1997).

Kerangka konsep lazimnya diterangkan dalam bentuk peta minda atau gambarajah bagi

memudahkan pemahaman tentang keseluruhan kajian. Teori Holland (1997)

menjelaskan bahawa personaliti dan persekitaran pekerjaan boleh diklasifikasikan

kepada enam kategori yang berbeza Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial

(S), Enterprising (E), dan Konvensional (K).

Page 29: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

13

Rajah 1.2: Kerangka Konsep

Diadaptasi daripada Model Kategori Personaliti Holland’s (1997),

(Threeton & Walter, 2009)

Kajian ini mengfokuskan kepada elemen personaliti yang menyumbang kepada

pemilihan kerjaya iaitu dari sudut personaliti yang terdiri dari enam attribut iaitu

Realistik (R), Siasatan (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional

(K) seperti dalam Rajah 1.3.

Jenis

Personaliti

Holland’s

R

C

E S

A

I

Mempunyai kemahiran

yang baik dalam

bekerja dengan

peralatan, lukisan

mekanikal atau

elektrik, mesin dan

lebih gemar bekerja

dengan benda.

Gemar bekerja

dengan perkataan

dan nombor dan

amat teratur.

Mempunyai

keupayaan

kepimpinan dan

bercakap.

Mempunyai kebolehan

matematik dan saintifik

dan gembira bekerja

bersendirian

Gemar bekerja

dengan karya

asalnya dan

mempunyai

imaginasi yang

baik.

Berminat dengan

hubungan manusia.

Page 30: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

14

Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian

1.12 Definisi istilah dan operasi

Definisi istilah dan operasi adalah merujuk kepada istilah yang diguna pakai dalam

kajian ini bagi memudahkan pembaca dalam memahami tentang kajian yang dijalankan

ini.

1.12.1 Kejuruteraan

Kejuruteraan mempunyai pelbagai bidang antaranya ialah elektrik, elektronik, awam,

mekanikal, pembuatan dan banyak lagi. Dalam kajian ini, kejuruteraan merupakan

bidang yang diambil oleh pelajar wanita semasa mereka menuntut di UA masing-

masing. Kemahiran teknikal yang dipelajari ini memberi sumbangan kepada graduan

Input Proses Output

Pelajar wanita

bidang

kejuruteraan

tahun akhir di

UniMAP dan

UTHM

Trait Personaliti

(Holland’s, 1997)

Realistik

Investigatif

Konvensional

Enterprising

Artistik

Sosial

Pemilihan

Kerjaya

Majikan di zon

utara dan

selatan

Pemilihan

Pekerja

Page 31: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

15

wanita dalam menjadi garis panduan kepada mereka untuk memilih pekerjaan yang

bersesuaian dengan kemahiran kejuruteraan yang mereka pelajari.

1.12.2 Graduan wanita

Dalam kajian ini, diterjemahkan sebagai seorang perempuan iaitu berlawanan kepada

lelaki. Ia juga boleh dikategorikan sebagai pelajar perempuan dewasa yang mempunyai

identiti kewanitaan yang memaparkan keseluruhan perwatakan sebagai seorang wanita.

Tambahan pula, wanita diertikan sebagai perempuan yang berusia dalam lingkungan 23

tahun sehingga 64 tahun.

1.12.3 Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau

pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut

ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,

keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961,

(dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi

dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan

pemikiran.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, persona membawa maksud watak

rekaan di dalam cereka, drama, novel dan sebagainya. Makna yang lain, watak atau sifat

seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh

orang lain. Manakala Personaliti membawa maksud keperibadian atau perwatakan.

Page 32: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

16

1.12.4 Trait personaliti

Kajian ini menggunakan trait personaliti Holland (1997). Di mana beliau telah

mengemukakan beberapa andaian asas yang menjadi teras dan tunjang kepada

pembentukan teorinya. Antaranya ialah dalam budaya Amerika, kebanyakan individu

boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis trait personaliti iaitu Realistik (R),

Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K).

Menurut Holland, setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi

antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan

biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi

antara individu dengan faktor-faktor ini seseorang individu itu dikatakan akan menyukai

aktiviti-aktiviti yang lain.

1.12.5 Gender

Secara ringkas dan bahasa mudahnya, gender adalah perbandingan diantara lelaki dan

wanita. Sama ada dari segi fizikal, kehidupan sosial, budaya dan ciri-ciri perwatakan.

Namun ramai masih menyatakan bahawa gender dan jantina adalah perkataan yang

membawa sama maksud. Di dalam kajian ini penulis menterjemahkan gender sebagai

perbezaan individu iaitu antara graduan wanita dan graduan lelaki dari segi pencapaian

akademik dan keterampilan mereka. Menurut Engenderhealth (2004) gendermerujuk

kepada peranan dan jangkaan yang dikenal pasti sebagai penyebab yang menganggu hak

kesetaraan dan status wanita dengan memberi kesan yang bertentangan dengan hidup,

keluarga, status sosial, ekonomi dan kesihatan.

Page 33: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

17

1.12.6 Pemilihan

Pemilihan dalam kajian ini, pemilihan yang dimaksudkan adalah mengenai tindakan atau

pilihan dilakukan oleh graduan wanita bidang kejuruteraan terhadap pemilihan kerjaya

selepas bergraduasi.

1.12.7 Kerjaya

Kerjaya mempunyai pelbagai persepsi bagi sesetengah individu. Namun, umum

mengetahui bahawa kerjaya adalah melakukan suatu pekerjaan untuk beroleh

pendapatan dalam memenuhi keperluan mereka. Menurut Mohd Fadzil Che’ Din (2001)

menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi

keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini

direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya. Oleh itu, dalam kajian ini penulis

mengabungkan definisi umum dan teori dari kajian lepas mengenai kerjaya, iaitu kerjaya

merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia iaitu majikan

dalam suatu organisasi atau industri untuk masa kini dan masa datang.

1.12.8 Program Universiti Teknikal Malaysia (MTU)

MTU diwakili oleh empat Universiti Teknikal iaitu Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia

Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Keempat-empat universiti ini

memang menjurus kepada pengajian teknikal.

Page 34: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan isu-isu yang berkaitan seperti isu-isu graduan wanita masa kini,

wanita yang berkecimpung dalam bidang teknikal, kerangka teori berkaitan personaliti

Holland‟s, ringkasan kajian lepas mengenai personaliti wanita, wanita dalam dunia

kerjaya, faktor yang mendorong graduan dalam pemilihan kerjaya serta kriteria

pemilihan pekerja oleh majikan. Kesemua isu-isu berkaitan dengan kajian akan

dihuraikan dengan lebih terperinci dalam bab ini.

2.2 Wanita dan pendidikan

Pendidikan adalah salah satu bidang yang sering dianggap sebagai memiliki masalah

ketidaksamarataan gender. Persoalan ketidaksamarataan gender dalam pendidikan ini

bukan hanya dari aspek pendidikannya itu sendiri, melainkan dari individu yang terlibat

dalam dunia pendidikan yang sering mengabaikan aspek kesetaraan gender di dalamnya.

Page 35: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

19

Keinginan untuk lebih meningkatkan kualiti hidup kaum wanita ini telah mampu

meningkatkan kadar penglibatan kaum wanita dalam dunia pendidikan. Malahan di

beberapa negara maju, kadar penglibatan kaum wanita di dunia pendidikan lebih tinggi

dibandingkan kaum lelaki. Namun demikian, walaupun kadar penglibatan makin

meningkat kaum wanita di dunia pendidikan belum boleh menandingi potensi dan

pencapaian kaum lelaki dalam beberapa aspek (Muhammad Zuhdi, 2006). Oleh karena itu,

salah satu elemen dari Millenium Development Goals adalah dengan mewujudkan

kesamarataan gender dan memperkukuhkan kaum wanita (Bhopal, 2010).

Realitinya, tahap pendidikan di Malaysia telah meningkat sebanyak 50%. Berdasarkan

nisbah pelajar wanita di (UA) berbanding lelaki iaitu 60:40 (Jabatan Perangkaan Malaysia,

2010).

2.2.1 Kadar enrolmen pelajar wanita

Kadar kemasukan pelajar wanita di IPT di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan

Malaysia sehingga tahun 2013 semakin meningkat dari tahun 2007 sebanyak 25.2% dan

melebihi pelajar lelaki yang melanjutkkan pelajaran ke IPT. Keadaan ini dijangka akan

berlarutan kerana masyarakat semakin berfikiran terbuka mengenai kepentingan

pendidikan pada abad 21 sekarang. Hal ini mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.

Justeru itu, pembangunan dan pelaburan yang tinggi dalam melahirkan graduan

terutamanya di peringkat tertiari sering menjadi keutamaan. Kerajaan dalam setiap pelan

Rancangan Pembangunan Lima Tahun mahupun pelan jangka sederhana dan jangka

pendek. Di samping itu, bagi mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks

menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa,

Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggubal Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu

meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan

pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian

Page 36: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

20

tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT.

2.2.2 Wanita dalam bidang kejuruteraan

Menurut Balamuralithara et al. (2014) bidang kejuruteraan merupakan salah satu elemen

yang sangat utama bagi pembangunan manusia yang berpotensi untuk menambah kualiti

kepada produk, proses dan perkhidmatan yang menyumbang kepada pembangunan

ekonomi dan juga meningkatkan taraf hidup. Dalam abad ke-21 ini, kita sedang

menyaksikan perubahan pesat dalam sektor kejuruteraan di mana keperluan untuk

profesion kejuruteraan semakin berkembang. Hasilnya dapat kita lihat melalui BEM

kadar peningkatan jurutera profesional wanita yang berdaftar pada tahun 2013 adalah

sebanyak 754 orang dan meningkat kepada 823 orang pada tahun 2014.

Namun peningkatan ini masih jauh ketinggalan berbanding jumlah peratusan

jurutera profesional bagi lelaki yang berdaftar iaitu sebanyak 94% daripada jumlah yang

mendaftar pada tahun 2014. Kurangnya penonjolan wanita dalam program dan profesion

kejuruteraan menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana untuk menarik minat

golongan wanita untuk menyertai kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki ini.

Beberapa kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pengraduasian

pelajar kejuruteraan dalam kalangan pelajar wanita semakin meningkat sejak beberapa

tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2004, 9.5% daripada siswazah Jepun dalam bidang

kejuruteraan adalah wanita dan pada tahun 2010, kira-kira 10% graduan kejuruteraan

adalah wanita. Ini menunjukkan peningkatan sangat kecil iaitu sebanyak 0.05% wanita

Jepun dalam bidang kejuruteraan dari tahun 2004 hingga 2010. Sehingga ke masa kini

hanya 1% jurutera di Jepun terdiri daripada wanita (Balamuralithara et al.,2014).

Manakala di Korea menurut Jong & Song (2015), majoriti universiti yang

mempunyai kursus kejuruteraan didominasi oleh pelajar lelaki dan pelajar wanita lebih

kepada kursus pendidikan. Kesedaran telah timbul menyebabkan pihak universiti di

Korea mewujudkan subjek pendidikan kejuruteraan untuk memberi kesedaran tentang

Page 37: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

21

peluang pekerjaan yang sangat rendah kepada graduan wanita. Oleh itu subjek ini bagi

meningkatkan peluang graduan wanita di Korea untuk bekerja dalam sektor kejuruteraan

berbanding pendidikan yang semakin ramai. Keputusan menunjukkan para pelajar

wanita menyokong tentang kewujudan subjek kejuruteraan itu sebanyak 84% bersetuju.

Di Malaysia kadar penyertaan pelajar wanita dalam kursus kejuruteraan

meningkat secara perlahan namun lebih tinggi berbanding Korea dan Jepun. Melalui

enrolmen kemasukan pelajar IPT dalam bidang kejuruteraan adalah sebanyak 24.1%

melalui data yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013

untuk IPT swasta dan bantuan kerajaan.

2.3 Wanita dan pembangunan kerjaya

Proses industrialisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang paling penting ke

atas status dan penan kaum wanita (Abu Bakar, 2012). Akibat daripada kedua-dua

proses itu, lebih ramai kaum wanita yang terlibat dalam pekerjaan di luar rumah.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang pekerjaan yang ada telah

memindahkan wanita dari ruang domestik ke ruang awam di mana mereka memegang

pelbagai jawatan dalam sektor tertentu. Hal ini berlaku kerana tenaga wanita diperlukan

bagi menampung keperluan tenaga kerja di pasaran buruh. Dengan itu tenaga wanita

mula mengalir keluar dari ruang rumah ke ruang pekerjaan yang terasing daripada

rumah tangga yang pada suatu ketika dahulu menjadi dunia kepada wanita.

Page 38: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

22

2.3.1 Kejuruteraan

Penglibatan wanita dalam alam pekerjaan sering dikaitkan dengan taraf pekerjaan yang

rendah dan wanita biasanya diberi tugas yang menjemukan dalam pengeluaran sesuatu

barang (Marjut, 2014). Jenis pekerjaan yang diberikan kepada wanita selalunya

merupakan pekerjaan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kuasa untuk

menentukan syarat-syarat pekerjaan dalam organisasi kerja, pekerjaan yang tidak

berkehendakan latihan dan tidak mempunyai peluang untuk naik pangkat. Peluang

pekerjaan dalam industri bagi wanita sekarang walaupun bertaraf rendah tetapi ia adalah

lebih baik daripada pekerjaan lain yang sedia ada seperti buruh dalam sektor pertanian

dan pembinaan, pembantu rumah dan peniaga kecil-kecilan.

Melalui artikel yang ditulis oleh Jaafar (2015) dalam Berita Harian Online

mengenai jurutera wanita yang dikenali sebagai Profesor Madya Ir Hayati Abdullah

yang berusia 53 tahun dikenali sebagai jurutera yang luar biasa. Sebagai jurutera

profesional, Hayati disifatkan sebagai model yang menjadi sumber inspirasi dan

motivasi kepada jurutera wanita yang lain dalam memberi sumbangan kepada

pembangunan negara. Beliau juga aktif dalam melakukan penyelidikan bersifat inivatif

sehingga dilantik sebagai pengarah di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTMLead.

Dengan keazaman dan kecemerlangan yang ditunjukkan di negara ini, memang

selayaknya Hayati terpilih menerima Anugerah Jurutera Wanita 2015 Institut Jurutera

Malaysia (IEM).

2.3.2 Perubatan

Melalui kerjaya sebagai pakar perubatan atau dikenali sebagai doktor semakin

meningkat kadar penyertaan wanita dalam bidang ini. Di Malaysia statistik dari Majlis

Pergigian Malaysia bagi tahun 2014 menunjukkan bahawa 64.3% dari jumlah doktor

gigi di Malaysia terdiri daripada wanita. Manakala selebihnya adalah lelaki.

Page 39: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

23

Di Jepun satu kajian telah dijalankan oleh Kyoko & Kengo (2012) menyatakan

peningkatan jumlah penglibatan wanita dalam bidang perubatan semakin meningkat

berbanding lelaki. Namun, kualiti kerja doktor wanita semakin menurun mengikut kadar

jam bekerja mereka. Mereka menjadi semakin tidak aktif apabila bekerja lebih masa

berbanding doktor lelaki. Kajian mengkaji adakah bekerja separuh masa atau penuh

masa yang bersesuaian dengan wanita. Lebih dari 54% menyatakan bekerja separuh

masa supaya mereka boleh fokus kepada keluarga dan anak-anak.

2.3.3 Keusahawanan

Di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM) menyeru golongan wanita untuk berkecimpung dalam bidang

perniagaan. Menurut Roddin et al. (2009), kementerian ini juga bekerjasama dengan

badan-badan bukan kerajaan dalam melaksanakan program peningkatan kemahiran

wanita khususnya bidang keusahawanan agar mereka mampu berdikari dan menjadi

usahawan yang berdaya saing pada masa hadapan.

Pada masa kini, telah banyak skim latihan, bantuan dan saluran yang disediakan

oleh pihak kerajaan kepada golongan ibu tunggal. Namun begitu, masih ramai lagi

golonganini tidak berjaya menjadi seorang usahawan dan masih bergantung kepada

bantuan kerajaan semata-mata. Didapati bahawa proses pembangunan seseorang

usahawan yang sejati dipengaruhi oleh latar belakang, persekitaran, kemahiran atau ciri-

ciri personaliti individu tersebut.

Menurut Pawanteh (2013) dalam ucapannya menyatakan kerajaan melalui

KPWKM juga bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk melatih dan

membangunkan usahawan wanita. Dari bulan Januari 2010 sehingga 31 Disember 2012,

kementerian telah berjaya melahirkan 4300 orang usahawan wanita melepasi sasaran

awal iaitu 4000 orang.

Page 40: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

24

2.4 Pelan tindakan wanita

Peranan kaum wanita dalam perkembangan sesebuah negara adalah penting kerana ia

menunjukkan kadar peningkatan bagi sumber manusia. Melalui bidang pekerjaan maka

dapatlah kita ketahui bahawa peranan wanita dalam sektor pekerjaan memberi impak

yang positif terhadap peningkatan ekonomi negara. Pelan tindakan wanita merupakan

satu inisiatif mmbuktikan bahawa tiada golongan wanita dalam masyarakat yang

dipinggirkan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah

negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Penggubalan pelan tindakan wanita berlandaskan hasrat kerajaan untuk

memperkasakan wanita, mengukuhkan institusi keluarga dan mengupayakan masyarakat

(Mohd. Nur, 2014). Terdapat beberapa teras strategik yang telah digariskan dalam Pelan

strategik KPWKM 2013-2017 iaitu:

1. Memperkasakan wanita bagi meningkatkan sumbangan wanita dalam

sosioekonomi.

2. Memperkukuhkan institusi keluarga bagi menghadapi cabaran kehidupan moden.

2.5 Cabaran wanita masa kini

2.5.1 Isu penganguran

Menurut Muhammad Hazrul (2012), isu berkaitan pengangguran di kalangan siswazah

sering diperkatakan di kalangan masyarakat dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan

sistem pendidikan peringkat tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi

keperluan industri. Walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi

mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran siswazah di IPT, masih terdapat lagi banyak

rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang kualiti para graduan ini.

Page 41: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

111

RUJUKAN

A.Manaf, N. (2013). Keserasian Personaliti Pelajar dengan Kerjaya Agen

Pengembangan (Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu

Pahat, Johor, Malaysia).

Abdul Ghani, F., & Ahmad Kamil, N.R. (2009). Tret personaliti dan faktor

pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup.

Abd Hair Awang. (2004). Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih dalam Industri

Latihan Vokasional Terpilih di Malaysia. Universiti Putra Malaysia (UPM),

Selangor, Malaysia.

Abu Bakar, N.R. (2006). Pendidikan dan Segregasi Pekerjaan Mengikut Gender.

Akademika 67, 53-75.

Ahmad, C.Y., & Abdul Halim, R. (2004). Teori pemilihan kerjaya dan faktor-faktor

yang mempengaruhi pemilihan kerjaya. Jurnal Akademik UITM, Johor.

Ahmad Nabil Md. Nasir. (2012). Kajian Jurang Kemahiran bukan Teknikal antara

Penguasaan Pekerja Mahir Sektor Elektronik dan Kehendak Majikan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, Malaysia.

Amene, R. et al. (2011). Comparative research for personality types of Guilan

University physical exercise and counseling students based on Holland

Theory. Procedia Social & Behavioral Science, 30(2011), 2032-2036.

Arsat, M. & Abd Kadir, N. (2010). Kemahiran Generik Dalam Faktor Pemilihan

Jurutera Mengikut Perspektif Industri Pembinaan. Retrieved from

http://eprints.utm.my/10251/

Page 42: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

112

Asri Selamat. (2009). Kesamarataan Gender dalam Bidang Industri di Malaysia.

Adakah Wanita Telah Bersedia? (Master's thesis, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia, Johor, Malaysia). Retrieved from

http://eprints.uthm.edu.my/5570/1/0465.pdf

Asian Women in Higher Education: Shared Communties. (n.d.). Stoke-on-Trent:

Trenthem Books.

Asnul Dahar &, & Mansor, N.Z. (2007). Pemilihan bidang Kejuruteraan Elektrik &

Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya di Sekolah Menengah Teknik

Seberang Prai, Pulau Pinang.

Azman Ripin. (2009). Kesediaan Kerjaya dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan

Elektronik (Master's thesis, UTM, Skudai, Malaysia).

Bhopal.K. (2010). Asian Women in Higher Education: Shared Communities. Stoke

on Trent: Trentham Books..

Buccheri, G., Gurber, N. A., & Bruhwiler, C. (2011). The Impact of Gender on

Interest in Science Topics and the Choice of Scientific and Technical

Vocations. International Journal of Science Education.

Buntat, Y. (2004). Integriti kemahiran "employability" dalam program pendidikan

vokasional pertanian dan industri di Malaysia.

Busch, A & Holst, E. (2009). Glass Ceiling Effect and Earning The Gender Pay Gap

in Managerial Positions in Germany. Deutsches Institute fur

Wirtschaftsforschung, Jun 2009.

Calvert, J. R., & Al-Shetaiwi, A. S. (2002). Exploring the mismatch between skills and

jobs for women in Saudi Arabia in technical and vocational areas: the views of

Saudi Arabian private sector business managers. International Journal of

Training and Development.

Che Yusoff, M. (2005). Kajian kecenderungan pemilihan kerjaya di kalangan

siswazah. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1).

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:Kaedah Penyelidikan, Buku

1. Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

Chua, Y.P (2012). Asas Statistik Penyelidikan : Mc Graw Hill Malaysia Sdn.Bhd

Page 43: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

113

Clement, C.C. et al. (2012). Does the Holland Model of Occupational Choice

(HMOC) perpetuate the Beancounter-Bookkepper(BB) stereotype of

accountants? Critical Perspective on Accounting, 23(2012), 370-389.

Correl,S.J. (2007). Getting A Job : Is There A Motherhood Penalty. American

Journal of Sociology, 112(5), 1297-1339.

Creswell, J.W. (2002). Research design: Qualitative & Quantitative Approaches,

Thousand Oaks, CA, Sage.

Creswell, J.W. (2008). Research design: Qualitative. Quantitative and mix method

approches (3rd

. ed.). Thousand Oaks, CA:Sage

Darren, F. (2013). Factors Affecting Career Choices of College Students Enrolled in

Agriculture (Master's thesis, University of Tennessee, Martin).

Doris Padmini Selvaratnam,& Kaw Kit Yeng. (2011). PROSIDING PERKEM VI,

JILID 2 (2011). Peranan Wanita dalam Pasaran Kerja Fleksibel di Malaysia:

Kajian Kes di Sektor Perkhidmatan, 86-101.

Engstroma, S. (2015). Female Students Who Succeed within Higher Technical

Education – When and Why They Choose and Who They Are. Procedia - Social

and Behavioral Sciences 167, 161-169.

Esa et al. (2012). Analisis data. Dalam Penyelidikan dalam pendidikan (2nd

ed., p.

474). Malaysia: Mc Graw Hill.

Ferry, N.M. (2006). Factors influencing career choices of adolescents and young

adults in rural Pennsylvania.

Flores, L.Y. et al. (2010). Social cognitive influences on Mexican American's career

choices across Holland's themes. Journal of Vocational Behavior, 76(2010),

198-210.

Ghasemi, A & Zahediasl, S (2012). Normality tests for statistical analysis: A guide

for non statisticians. International Journal of Endocrinology & Metabolism,

10 (2), 486-489.

Gurvinder, K. &, & Sharan, K. (2008). Malaysian graduates employability skills.

UNITAR-E Journal, 4(1).

Page 44: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

114

Hamzah. (2007). Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya

bidang keagamaan dengan kepanasan kerja di negeri Johor (Master's thesis,

UTM, Skudai, Malaysia).

Hamzah et al. (2014). Faktor Sokongan Individu Terhadap Kecemerlangan Wanita

Bekerjaya dan Berumah Tangga. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi

Malaysia, 5-6.

Harkness, J.A. (2010). Cross-Cultural Survey Guideline. Adaptation Revised August

2010.

Hassan, Z. (2004). Tingkah Laku dan Gaya Kepimpinan Akademik Wanita di Sebuah

Universiti Awam . Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, Malaysia.

Holland, J.L. (1997). Making vocational choices: A theory of vocational

personalities and work environments. Odessa, FL: Psychological Assessment

Resources.

Idris, F. et al. (2015, December 2). Persampelan dan Kaedah Kutipan Data.

Retrieved from

http://researchchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/persampelan-dan-

kaedah-kutipan-data.html

Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd

ed.). Kuala Lumpur, MS:

McGraw-Hill.

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). (2007). Education

curricula and workplace literacy.

Ishak et al. (2006). Hubungan keserasian darjah kongruen personaliti persekitaran

dengan kepuasan kerja di salah sebuah hospital di Kedah.

Ishak, A., Rahmat, M., Shahrani, S., Zainal, N.F., & Abd Rahman, R. (2014).

Keselarasan Personaliti dengan Pemilihan Program Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat. Jurnal Teknologi

Jaafar, F. (2004). Pelajar wanita jaguh di IPT. Utusan Online.

Jong, T.Y. &, & Song, A.C. (2015). Women included engineering education in

Korea. Procedia Social & Behavioral Sciences, 174(2015), 1678-1683.

Page 45: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

115

Kamro, M. (2012). Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam

kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di sekolah menengah vokasional

(Master's thesis, UTHM, Batu Pahat, Malaysia).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (2015-2025)(Pendidikan Tinggi) Blueprint Overview. MS:

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kementerian Sumber Manusia. (2013). Statistik Pekerjaan dan Perburuhan. Jabatan

Perangkaan Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). (2013). Indikator Pengajian

Tinggi Malaysia 2013.

Kaprawi, N. (2013). Kajian Tinjauan. In Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed.,

pp. 202-221). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

Krejcie, R. & Morgan, D. (2015, November 30). Education and psychological

measurement. Retrieved from

http://opa.uprrp.edu/InvInsDocs/KrejcieandMorgan.pdf

Kyoko, N. &, & Kango, G. (2012). Impact of gender based career obstacles on the

working status of women physicians in Japan. Social Science and Medicine,

75(2012), 1612-1616.

Liao, H-Y., Armstrong, P. I., & Rounds, J. (2008). Development and initial validation of

public domain basic interest markers. Journal of Vocational Behavior, 73,

159-183

Lim, C.S., & Chee, K.M. (2013). Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. In

Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed., pp. 168-183). Kuala Lumpur, MS:

McGraw-Hill.

Mahyuddin,A. & Rasid, N.A. (2008). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik dalam Pembentukan Kerjaya. Universiti Teknologi

Malaysia.

Majikan disaran contohi skim kerja Jepun. (2007, August 3). Utusan Online.

Manfaatkan bakat wanita secara optimum. (2015, May 21). Utusan Online.

Marjut Jyrkinen. (2014). Women managers, careers and gendered ageism.

Scandinavian Journal of Management, 30(2014), 175-185.

Page 46: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

116

Mashor, M. (2015). Persepsi Guru Terhadap Frog VLE Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran di Sekolah Rendah (Unpublished master's thesis). Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia, Johor, Malaysia.

Masri, S. (2005). Kedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan :Esei, Proposal,

Tesis. Kuala Lumpur, MS: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ms

45-98.

Michael, B. (2002). Career Choice Factors of High School Students (Master's

thesis).

Mohamad Sattar Rasul et al. (2009). Aspek kemahiran employability yang

dikehendaki majikan industri pembuatan masa kini. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 34(2), 67-79.

Mohamed Najib, A.G. &, & M.Noor, A. (2008). Kesan latihan perguruan ke atas

faktor pemilihan perguruan. Jurnal Teknologi, 48(2008), 15-31.

Mohammad Yusof. (2012). Kemelut pekerja wanita. Retrieved from

http://www.isis.org.my

Mohammad Zabidi, N.F. (2009). Isu cabaran, perubahan dalam TVE dan industri.

Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional 2009.

Mohd Ghazali, G. et al. (2013). Pemerhatian dan Temu bual. In Penyelidikan dalam

Pendidikan (2nd

ed., pp. 316-354). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.

Mohd Ishak, N. et al. (2008). Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian

akademik pelajar IPTA:Implikasi terhadap kebolehpasaran. Jurnal

Personalia Pelajar, 11(2008), 1-28.

Mohd Noor, N.I &, & Othman, N. (2011). Ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut

persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif Islam. Journal Edupress,

1(2011), 342-349.

Mohd. Nur, N.A. (2014). Pelan strategik KPWKM 2013-2017. Interview.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)

2014.

Mohd Safarin, N & Kamaruddin, M.T. (2004). Kemahiran Generik: Kepentingan

dalam Memenuhi Keperluan Majikan Masa Kini. Kertas Kerja Seminar

Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.

Page 47: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

117

Mokhtar, A. &, & Abdul Kadir, S. (2013). Personaliti dan minat kerjaya murid

dalam bidang teknikal & vokasional di zon Pudu, Kuala Lumpur. Seminar

Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDU, 2013). .

Muhammad Hazrul, I. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di

Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding PERKEM VII.

Muhammad Said, M. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah.

Kuala Lumpur, MS: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

National Science Foundation. (2015). Statistic 2015: Women, Minorities, and

Persons with Disabilities in Science and Engineering. Retrieved from

National Center for Science and Engineering website:

http://www.nsf.gov/statistics/wmpd/

Ojihi, M (2010). Nilai dalam budaya masyarakat Melayu . Kolej Universiti Tunku

Abdul Rahman (TARC).

Patrick, J.R et al. (2009). Enhancing job satisfaction perspective: Combining

Holland themes and basic interest. Journal of Vocational Behaviour,

75(2009), 139-151.

Pawanteh, Z (2013). Interview. In Program pembangunan usahawan wanita

kepasaran luar melalui INTRADE.

Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2014. (2013). MS: Kementerian

Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pusat Pengurusan Akademik. (2005). Enhancing the effectiveness of the industrial

training of undergraduate students: Input from industries and organization.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM).

Rensis, L. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of

Psychology, 140, 1-55.

Roddin. et al. (2009). Pendidikan Kemahiran Keusahawanan dalam Kalangan

Wanita Ketua Isi Rumah Luar Bandar. Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Rounds, J. et al. (2008). Development and Initial Validation of Public Domain Basic

Interest Markers. Journal of Vocational / Behaviour, 153-183.

Page 48: TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN …eprints.uthm.edu.my/9053/1/FARRAH_SYAMIMI_CHE_ROS.pdf · 1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,

118

Seikh Salleh, Y. (2013). Perlaksanaan ICT Dalam P&P Guru Sekolah Rendah

(Unpublished master's thesis). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu

Pahat, Johor, Malaysia.

Shukry, A. (2014, November 27). Punca Wanita Malaysia Jauhi Pasaran Kerja

Formal. The Malaysian Insider [Malaysia].

Threeton, M.D, & Walter, R.A. (2009). The Relationship Between Personality Type

and Learning Style:A Study of Automotive Technology Students. Journal of

Industrial Teacher Education, 46(2). Retrieved from

https://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v46n2

Wanita berpeluang ceburi bidang teknikal dan vokasional. (2016, March 15).

MynewsHub.

Wye, M.C, & Lim, Z.C. (2009). Peta ke Arah Kejayaan dalam Pengajian

Perniagaan. In International Seminar 2015:The Development of Pedagogical

Education from the Perspective of the 21st Century and Cooperation ASEAN

Education Community at Bandung, Indonesia (pp. 15-17).

Yahya, A. et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan:Teori, Analisis

& Interpretasi Data. Shah Alam :PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ms

13-67.

Yahya, A. H. (2011). Aggresif di kalangan remaja. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zafir, M.M. et al. (2012). Kriteria pengambilan dan pemilihan graduan dan

perspektif pengurusan sumber manusia. Jurnal Personalia Pelajar, 15(2012),

1-11.

Zool Hilmi et al. (2014). Hubungan individu persekitaran dan kebolehsesuaian

terhadap pemilihan kerjaya pelajar Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia

(SPKM) suatu analisis kandungan. Jurnal Sains Humanika, 2(1), 135-144.