Tugasan MTE 3107 Perancangan dan Pengajaran Matematik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan ini merangkumi tiga bahagian utama iaitu :Peta PemikirRancangan Pengajaran HarianLembaran KerjaMelalui tugasan ini, beberapa maklumat seperti ciri-ciri RPH yang baik, penggunaan teknik Penyoalan dan pendekatan kooperatif dapat diketahui melalui peta pemikir yang disediakan.Di samping itu, sampel RPH bagi Matematik KSSR Tahun 1 juga boleh dilihat beserta dengan lembaran kerja berkaitan dengan topik yang dipilih.

Citation preview

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

1.0 PENGENALAN

PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu cabang pendidikan yang sangat penting khususnya dalam zaman moden kini. Penerapan dan pembinaan asas Matematik dalam dirisetiap individu semestinya bermula sedari kecil lagi iaitu di bangku sekolah. Dalam memastikan asas Matematik yang dibina dalam kalangan pelajar sekolah adalah kukuh, maka adalah menjadi tugas guru untuk merancang setiap langkah pengajaran dengan baik dan teliti.Persediaan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran Matematik perlu diteliti dan dirancang dengan sebaiknya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berjalan dengan lancar. Perancangan dalam pengajaran Matematik bukan hanya didasari dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru tersebut, bahkan ianya juga merangkumi pemilihan pendekatan, strategi dan kaedah juga teknik dalam pengajaran Matematik. Selain itu, pemilihan bahan bantu belajar yang tepat juga memainkan peranan yang penting. Walau bagaimanapun, Sebagaimana yang diketahui, minat dan prestasi pelajar dalam matematik berkait rapat dengan pengetahuan, kefahaman dan kepercayaan seseorang pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan pengajarannya dalam bilik darjah ( Thornton, 1977; Ensey & Cooney, 1997; Cooney, 1982; Scott, 1977; Smith, 1977; Eisenberg, 1977 ). Sepertimana yang dinyatakan dalam salah sebuah artikel yang dijadikan rujukan, pendidik atau guru semakin kehilangan kualiti profesional pada hari ini. Kekurangan kualiti ini menjadikan pengajaran Matematik dalam bilik darjah menjadi tidak bermakna sehingga guru gagal membina asas kefahaman pelajar ke atas mata pelajaran Matematik. Akhirnya, pengajaran dan pembelajaran berakhir dengan hanya hafalan untuk pelajar menguasai formula-formula dalam Matematik.Melalui permasalahan ini, jelas kelihatan pendekatan dan kaedah yang digunakan guru dalam menyampaikan konsep Matematik kepada pelajar memainkan peranan yang sangat penting. Pemilihan pendekatan dan kaedah yang bersesuaian serta bertepatan dengan topik Matematik yang ingin diajar membolehkan konsep diterimapakai pelajar dan kefahaman dapat dibina khususnya topik yang melibatkan konsep Matematik yang kompleks. Sepertimana yang ditekankan dalam penggubalan KBSR, kaedah atau pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar, aktiviti dan bahan menjadi fokus utama dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah lebih efisien sejak tahun 1982. Pendidik atau guru dalam masa yang sama perlu memiliki kemahiran yang tinggi bukan sahaja dari segi pedagogi dan isi kandungan pengajaran, bahkan juga berkemahiran dalam memilih dan mengoptimumkan penggunaan bahan dalam pengajaran Matematik.Penglibatan aktif pelajar juga merupakan pendekatan atau kaedah yang boleh dijadikan salah satu rutin atau pilihan utama bagi seorang guru dalam menyampaikan konsep Matematik. Mengikut teori pembelajaran, kanak-kanak membina pengalaman mereka semasa bermain dan terlibat aktif dalam melakukan sesuatu perkara sama ada bermain atau belajar. Sekiranya pelajar tidak dilibatkan dengan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, maka amat sukarlah bagi mereka untuk membina pemahaman ke atas konsep-konsep dalam Matematik.Selain daripada pendekatan, teknik dalam pengajaran Matematik juga perlu diambilkira pemilihannya bersesuaian dengan pendekatan yang dipilih dan topik yang diajar. Salah satu teknik yang wujud dalam pengajaran Matematik ialah teknik penyoalan. Teknik penyoalan yang berkesan merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai guru terlebih dahulu sebelum mampu diaplikasikan dalam bilik darjah. Teknik enyoalan bukan sahaja membantu guru dalam mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar ke atas topik yang diajar, malah ianya juga menggalakkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi semakin dipandang serius dalam dunia pendidikan hari ini. Penerapan dan penguasaan kemahiran ini amat digalakkan dalam kalangan pelajar bagi memastikan generasi akan datang merupakan generasi yang celik bukan semata-mata kerana penguasaan ilmu melalui hafalan tetapi melalui penjelajahan dan penerokaan ilmu yang lebih dalam melalui pemikiran aras tinggi yang dikuasai. Dalam masa yang sama, kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat menjadikan pelajar lebih terbuka dalam menerima sesuatu ilmu baru dan mampu berfikir di luar kotak pemikiran bagi menjana suatu idea yang lebih mantap.Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik ini perlu turut disokong dengan penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkesan. Penulisan RPH tidak seharusnya dipandang remeh kerana RPH merupakan dokumen bertulis yang amat penting dalam suatu perancangan pengajaran Matematik. Penulisan RPH yang berkesan mampu memberi impak yang besar ke atas pengajaran Matematik dalam bilik darjah. RPH ditulis mengikut langkah-langkah yang diperlukan dalam proses pengajaran dilakukan. Setiap satu langkah dalam RPH ini memainkan peranan yang sangat penting dan perlu wujudnya kesinambungan antara satu langkah kepada langkah seterusnya. Penelitian amat diperlukan oleh guru dalam penulisan RPH yang baik. Maka, tugas guru dalam menyampaikan pengajaran Matematik tidak hanya tertumpu kepada penyampaian ilmu semata-mata, tetapi ianya perlu terlebih dahulu disokong dengan perancangan yang baik dan teliti dalam segenap aspek.

2.0 TUGASAN A & B

2.1PETA PEMIKIR

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMUMTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

29

PETA PEMIKIR

DEFINISI

Kaedah mengajar yang mencabar pemikiran,merangsang sikap dan kepercayaan, membina kemahiran interaksi, mengalakkan perkembangan mental dan melatih pelajar berfikir.

KAEDAH PEMBELAJARAN PERBINCANGAN

FORMALJENIS PERBINCANGANASPEK TUMPUAN

CIRI-CIRI: Guru perlu menentukan pelajar yang terlibat. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan yang diperlukan dalam perbincangan. Setiap pelajar dipastikan untuk terlibat. Perbincangan disusuli dengan aktiviti lain. Guru membuat ulasan atau menambah maklumat setelah perbincangan tamat.

CIRI-CIRI: Guru sebagai pengerusi / ketua perbincangan. Terbuka kepada semua pelajar. Kawalan kelas penting bagi memastikan murid mengambil giliran semasa bercakap. Setiap pelajar dipastikan untuk terlibat. Boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Diberi masa untuk membincangkan tajuk/aktiviti yang ditugaskan.TIDAK FORMAL Kerelevanan perbincangan Ketepatan fakta Kesesuaian isi dan idea yang dikemukakan Perjalanan dan suasana perbincangan

Tujuan: Bagi menguji atau menilai tahap kefahaman pelajar mengenai topik. merangsang pemikiran pelajar untuk mendalami topik yang diajar.

Panduan Menyoal: Gunakan peringkat soalan berdasarkan: Taksonomi Bloom Taksonomi Barrett dalam merangka soalan. Banyakkan soalan berbentuk: Mengapa? Bagaimana? Terangkan. Menurut pandangan anda... Soalan permasalahanyang mampu menggalakkan pelajar untuk berfikir. Elakkan soalan dalam kategori peringkat rendah yang hanya memerlukan jawapan: Ya Tidak Betul Salah Galakkan murid untuk bertanyakan soalan: Melalui aktiviti inkuiri atau penemuan Minta murid menggubal soalan setiap kali tamat P&P.

TEKNIK PENYOALAN

Elemen dalam RPH :

Kumpulan sasaran (Kelas) Tarikh dan masa Mata pelajaran Tema/Tajuk Bidang pembelajaran Tujuan/ Objektif Pembelajaran Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif. Konsep utama Bahan, pealatan dan bahan sumber. Langkah keselamatan/berjaga-jaga Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penaksiran dan penilaian pembelajaran.

DEFINISIRangka kerja aktiviti P&P yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran Pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai

Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:Penyediaan Rekod Pengajaran dan PembelajaranKP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)9 Mac 1999

Tujuan : Melatih guru merancang komponben yang perlu ada dalam pengajaran. Melatih guru menyusun dan mengatur P&P dengan lebih terancang. Membantu guru meninjau kemungkinan-kemungkinan masalah yang timbul dan membina penyelesaiannya. Menentukan isi P&P agar tidak tercicir. Memastikan isi pelajaran adalah menepati objektif dan tidak tersasar / keluar topik. Menentukan fokus pengajaran yang jelas Menjadi rujukan dan panduan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

CIRI-CIRI RPH YANG BERKESAN

2.2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK(RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIKTAHUN SATU (KSSR)TARIKH02 September 2013

KELAS1 Aktif

BILANGAN PELAJAR24 orang

MASA1040 1140 pagi

BIDANGNombor dan Operasi

TAJUKNombor Bulat Hingga 100

STANDARD KANDUNGANPelajar dibimbing untuk : 1.2 Menama dan menentukan nilai

STANDARD PEMBELAJARANPelajar berupaya untuk :i) Menamakan nombor hingga 100a) Membilang objek dalam kumpulanb) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantitic) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih atau kurang satu hingga sembilan.d) Menamakan angka

PENGETAHUAN SEDIA ADAPelajar sudah mampu mengenal nombor dan boleh membilang.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS (KBKK)Membilang, mengira, membandingbeza dan mengenalpasti.

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)*rujuk di bahagian catatan setiap fasa

FASAAKTIVITIKOMUNIKASICATATAN

Persediaan()a) Pelajar ditunjukkan dengan kad imbasan nombor bagi membantu mereka mengingat semula bentuk dan nama nombor. (1 - 9)b) Pelajar diminta membuat pemerhatian ke atas susunan sepit baju yang terdapat pada tali yang tergantung.

c) Pelajar diminta untuk membilang sepit baju yang tergantung pada tali.d) Pelajar digalakkan untuk menunjukkan cara membilang yang digunakan.e) Pelajar diminta untuk menamakan nombor bagi bilangan sepit baju yang dibilang.

f) Pelajar ditunjukkan pula dengan gambar sebuah ladang ternakan yang memiliki pelbagai jenis haiwan menggunakan slide.g) Pelajar diminta membilang jenis haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut.h) Pelajar melekatkan/memadankan kad nombor pada gambar haiwan setelah selesai membilang.a) Mari mengira bermula daripada 1 9.b) Nombor apakah ini?

c) Apakah yang dapat anda lihat pada tali yang tergantung ini?d) Bolehkah anda kirakan bilangan sepit baju ini?e) Berapakah bilangan sepit baju yang berwarna merah?f) Berapakah bilangan sepit baju yang berwarna hijau?g) Bolehkah anda tunjukkan cara untuk membilang sepit baju ini?h) Apakah nombor untuk bilangan sepit baju ini?

i) Apakah yang dapat anda lihat dalam gambar ini?j) Berapa jenis haiwan yang terdapat dalam gambar ini? Kirakan semuanya.k) Bilang berapakah (jenis haiwan) yang terdapat dalam gambar ini.l) Bolehkah anda lekatkan/padankan kad nombor yang ada dengan bilangan haiwan yang betul.m) Apakah nama nombor yang anda lekatkan ini?BBB:Kad imbasan

BBB:Sepit baju, tali

KBKK :Membilang, Membeza

BBB:Gambar dalam slide, kad imbasan nombor

KBKK:Membilang, Memadan, Membeza

Imaginasi()a) Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.b) Setiap kumpulan diedarkan kad manila berplastik dan pen marker.c) Pelajar diminta untuk membuat titik (dot) tebal bagi mewakili bilangan yang disebutkan guru.d) Kumpulan lain akan menyemak hasil rakan mereka.e) Pelajar lain akan menamakan titik yang telah dilukis di kad manila berplastik tersebut.f) Pelajar digalakkan membuat penaakulan ke atas jawapan yang telah diberikan.g) Pelajar diminta membandingkan bilangan yang ditulis dengan rakan / kumpulan lain.a) Setiap kumpulan perlu menulis jawapan pada kad manila yang diberikan.b) Lukiskan titik (dot) sebanyak (nombor/bilangan) pada kad manila anda.c) Angkat kad manila masing-masing.d) Kumpulan A, adakah jawapan kumpulan B betul? Kenapa?e) Bagaimana kita membilang dot pada kad manila?f) Boleh anda tunjukkan cara anda membilang?g) Apakah nama nombor yang terdapat pada kad manilla anda?h) Antara kumpulan A dan B, manakah yang lebih banyak titk?i) Kumpulan B memiliki berapa titik lebih daripada kumpulan A?

BBB:Kad manilla berplastik,Pen marker

KBKK:Membilang, Mengenalpasti,Membina idea

Nilai:Kerjasama,Kejujuran

Perkembangan()a) Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan: Setiap kumpulan menerima beberapa keping kad gambar yang berbeza-beza. Kad yang diperoleh mangandungi gambar objek. Pelajar dikehendaki mengira bilangan objek yang terdaat dalam gambar-gambar tersebut. Setiap wakil daripada kumpulan akan mengangkat kad yang diperoleh mereka mengikut arahan guru. Daripada 6 wakil itu, pelajar akan membandingkan pula bilangan objek yang mereka peroleh sesama mereka sehingga kesemua kad habis. Kad yang memiliki bilangan terkecil akan dilekatkan di papan putih.a) Sila ambil kad yang diberikan setiap seorang dalam kumpulan.b) Setiap wakil kumpulan perlu berdiri mengikut bilangan yang paling kurang.c) Wakil kumpulan perlu datang ke hadapan.d) Antara anda, siapakah yang memiliki kad yang mempunyai bilangan paling kurang?e) Lekatkan kad anda di papan putih.f) Namakan nombor bagi bilangan objek yang terdapat dalam gambar anda.BBB:Kad bergambar

KBKK:Membilang,Membeza,Membanding,Mengenalpasti

Nilai:Kerjasama,Kesungguhan

Tindakan Penilaian()a) Pelajar diedarkan lembaran kerja.b) Pelajar menjawab soalan secara individu.c) Pelajar berbincang bersama guru jawapan bagi lembaran kerja yang diberikan.d) Pelajar melakukan pembetulan ke atas kesilapan sekiranya ada.e) Pelajar diminta memastikan barang kepunyaan mereka mencukupi dengan cara meminta mereka membilang barang kepunyaan mereka seperti alat tulis.Lembaran Kerja 1Lembaran Kerja 2

KBKK:Membilang,MembandingMembina idea

Nilai:Bertanggungjawab,Kesungguhan,Kejujuran

Pentaksiran: Penglibatan pelajar dalam aktiviti berkumpulan dan secara individu dapat digunakan untuk mengukur tahap penguaaan mereka ke atas topik secara langsung atau tidak langsung. Lembaran kerja sebagai bukti kepada keupayaan penguasaan topik iaitu dalam membilang, menamakan nombor dan membanding kuantiti.

Nilai dan Sikap: Kerjasama, Bertanggungjawab, Tolong-menolong, Kesungguhan

LEMBARAN KERJA 1NOMBOR BULAT

312

Nama:Tarikh:Kelas:

A. Kira dan warnakan bunga yang memiliki empat kelopak.B. Kira dan bulatkan jawapan yang betul.

LEMBARAN KERJA 2NOMBOR BULAT

312

Nama:Tarikh:Kelas:

A. Kira dan tuliskan nombor yang betul mengikut bilangan.

B. Kira dan padankan bentuk dengan bilangan yang betul.C.

3.0RUJUKAN

RUJUKAN

ARTIKELMei 2012. Program i-THINK. Membudayakan Kemahiran Berfikir. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kementerian Pelajaran Malaysia.Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Satu Kerangka Umum. Unit Matematik MPKTBR.BUKUMok Soon Sang, Siew Fook Cheong (1988). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan Mengajar. Dewan Bahasa dan Pustakan. Selangor Darul Ehsan.INTERNETRancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Kepentingannya,http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/kepentingan-rancangan-pengajaran-harian.html, dilayari pada 19 Ogos 2013.Kaedah Pengajaran yang Bersesuaian dengan Strategi Berpusatkan Pelajar, http://cikgumadrid.blogspot.com/2011/09/kerja-kursus-pendek-pelajar-dan-alam.html, dilayari pada 19 Ogos 2013.Amalan Pembelajaran Koperatif oleh Guru Matematik, http://www.my-rummy.com/amalan_pembelajaran_kooperatif_oleh_guru_matematik.html, dilayari pada 20 Ogos 2013.Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian, http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/perancangan-pengajaran.html, dilayari pada 19 Ogos 2013.Pendekatan Pengajaran Matematik, http://dreffandi.files.wordpress.com/2010/05/pendekatan-pengajaran-matematik.pdf, dilayari pada 18 Ogos 2013.Konsep Pengajaran, http://jongbatu.wordpress.com/2011/03/10/konsep-pengajaran-2/, dilayari pada 17 Ogos 2013.Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid, http://www.academia.edu/1175488/pendekatan_pembelajaran_pemusatan_pelajar_student_centered_learning_dalam_program_pengajian_teater_pendidikan_UPSI, dilayari pada 18 Ogos 2013.Characteristics of a good lesson plan, http://www.preservearticles.com/2012041730587/what-are-the-characteristics-of-a-good-lesson-plan.html, dilayari pada 23 Ogos 2013.JURNALAbdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh. Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Mohd Johan Zakaria. Pengalaman Praktikum Guru-guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Mod Kursus Dalam Cuti Pantai Timur Sabah. Jurnal Pendidikan InstitutPendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau.

4.0 LAMPIRAN