4
Soalan 1.Berdasarkan kes bincangkan punca berlakunya kes di atas. 1.Punca Berlaku Kes Berdasarkan kes, punca berlakunya kes tersebut adalah kelemahan pengetua bertindak secara proaktif dalam menangani masalah yang dihadapi oleh guru-guru di bawah jagaannya. Guru-guru dan staf kurang mendapat pendedahan tentang tatacara pemohonan menyambung pelajaran.Sikap guru berkenaan yang hanya mementingkan kemajuan dirinya dalam pelajaran tanpa memikirkan bahawa beliau telah mengabaikan tanggung jawab utama iaitu mengajar di sekolah.Sikap guru yang tidak memaklumkan kepada pihak sekolah kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana disamping tidak memohon kebenaran daripada Jabatan pelajaran negeri (JPN) adalah punca berlakunya kes di atas. Soalan 2:Apakah implikasi seorang pegawai menyambung pelajaran tanpa kebenaran. TUGASAN MODUL ASAS (WAJIB) NAMA : SARIMAH BT. MARIP KUMPULAN : NPQEL SR2/2015 NO. KP : 680705125244

Tugasan Wajib Modul 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

file

Citation preview

Page 1: Tugasan Wajib Modul 1

Soalan 1.Berdasarkan kes bincangkan punca berlakunya kes di atas.

1.Punca Berlaku Kes

Berdasarkan kes, punca berlakunya kes tersebut adalah kelemahan pengetua

bertindak secara proaktif dalam menangani masalah yang dihadapi oleh guru-guru di

bawah jagaannya. Guru-guru dan staf kurang mendapat pendedahan tentang tatacara

pemohonan menyambung pelajaran.Sikap guru berkenaan yang hanya mementingkan

kemajuan dirinya dalam pelajaran tanpa memikirkan bahawa beliau telah mengabaikan

tanggung jawab utama iaitu mengajar di sekolah.Sikap guru yang tidak memaklumkan

kepada pihak sekolah kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana

disamping tidak memohon kebenaran daripada Jabatan pelajaran negeri (JPN) adalah

punca berlakunya kes di atas.

Soalan 2:Apakah implikasi seorang pegawai menyambung pelajaran tanpa kebenaran.

2.Implikasi menyambung pelajaran tanpa kebenaran.

Menyambung pelajaran tanpa kebenaran menimbulkan pelbagai implikasi yang

negatif. Sebagai seorang penjawat awam, Cikgu Ghafar tidak boleh mendapat

kemudahan cuti belajar selama 30 hari.(cuti tanpa rekod) jika beliau menyambung

pelajaran tanpa kebenaran. Beliau terpaksa menggunakan cuti rehat dan cuti sakit untuk

menghadiri kuliah peperiksaan.Pelajar-pelajar banyak ketinggalan dalam pelajaran

mereka. Beliau tidak layak mengambil cuti tanpa rekod yang layak diambil oleh pegawai

yang menyambung pelajaran. Untuk menghadiri kelas atau peperiksaan, beliau terpaksa

TUGASAN MODUL ASAS (WAJIB)

NAMA : SARIMAH BT. MARIP

KUMPULAN : NPQEL SR2/2015

NO. KP : 680705125244

Page 2: Tugasan Wajib Modul 1

mengambil cuti rehat yang diperuntukkan sebanyak 7 hari setahun. Sekiranya cuti itu

sudah habis, beliau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji yang boleh menjejaskan

pengiraan wang pencen.

Cikgu Ghafar boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya bercuti dalam jumlah

yang banyak dalam masa setahun. Tindakan tatatertib itu pastinya direkodkan dalam

buku rekod perkhidmatannya. Pastinya beliau akan mengalami implikasi psikologi yang

boleh menjejaskan perkhidmatannya .

Soalan 3:Apakah tindakan segera yang harus dilakukan oleh pengetua berkenaan untuk

menyelesaikan kes tersebut dan tindakan jangka panjang supaya kes seperti itu tidak

berlaku pada masa yang akan datang.

3.Tindakan segera yang seharusnya diambil oleh Pengetua.

Tindakan segera yang harus dilakukan pengetua berkenaan ialah mengadakan

pertemuan dengan Cikgu Ghafar bagi mencari penyelesaian masalah. Beliau boleh

memberi cadangan kepada guru tersebut supaya membuat permohonan dengan segera

dengan mengisi borang serta melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan

mengikut prosedur yang betul.Pengetua hendaklah memberi sokongan setelah

memastikan semua prosedur diikuti dengan menghantar permohonan tersebut kepada

pihak atasan dengan segera. Belian hendaklah memastikan perbincangan berjalan dalam

suasana harmoni tanpa tekanan emosi. Menukarkan jadual waktu guru berkenaan supaya

tidak mengajar kelas peperiksaan dan jika perlu kosongkan jadual jadual waktu mengajar

beliau pada hari Ahad dan padatkan pada hari-hari yang lain.

Pengurusan kurikulum mesti mencari jalan terbaik bagi memberi kepuasan

kepada ibu bapa. Cikgu Ghafar hendaklah ditukar mengajar ke kelas lain dan mengajar

mata pelajaran yang bukan teras. Tempat beliau mesti diganti dengan guru lain yang juga

mempunyai pengalaman dan pengetahuan secukupnya. Jadual guru terpaksa dibuat

sedikit rombakan untuk memenuhi keperluan itu.

Page 3: Tugasan Wajib Modul 1

Tindakan jangka panjang

Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,Dicadangkan dalam

mesyuarat pertama awal tahun setiap tahun sesi persekolahan semua pengetua mesti

menjelaskan prosedur permohonan melanjutkan pelajaran kepada semua guru. Pengetua

perlu menjelaskan tatacara permohonan menyambung pelajaran atau cuti belajar perlu

dimasukkan ke dalam buku panduan/ manual prosedur kerja guru yang diedarkan setiap

awal tahun. Beri contoh- contoh implikasi belajar tanpa kebenaran. Ingatkan guru- guru

supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Guru- guru mesti diingatkan

agar menyediakan rancangan pengajaran pembelajaran sebelum meninggalkan kelas.

Pengetua perlu sentiasa mengingatkan guru-guru di dalam setiap kali perjumpaan tentang

pentingnya penjawat awam melakukan sesuatu mengikut prosedur dan peraturan yang

ditetapkan dalam arahan-arahan,pekeliling-pekeliling dan dokumen-dokumen lain yang

berkaitan dengannya.