Upload
muhammad-nizam
View
271
Download
3
Embed Size (px)
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 1/28
KANDUNGAN
1.0 Penghargaan
2.0 Huraian Sukatan Pelajaran
3.0 Analisis
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektif
Organisasi kandungan
4.0 Rancangan Pelajaran Tahunan
5.0 Rancangan Pelajaran Harian (1 Minggu)
Refleksi Rancangan Pelajaran Harian
6.0 Refleksi Keseluruhan
7.0 Bibliografi
8.0 Lampiran
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 2/28
Analisis Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar kepada pendidikan di
Malaysia. Ianya membawa maksud bahawa semua aktiviti pendidikan dan
persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Oleh yang demikian, setiap
bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini
agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berada dilandasan yang betul. Elemen utama dalam FTK ini ialah untuk melahirkan
insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut
sebagai JERI.
Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Seperti yang diperkatakan tadi, FPK merupakan panduan kepada semua aktiviti
pendidikan di Malaysia dekenali sebagai. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsungmerupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-
cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 3/28
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu
yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang
amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan
manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan
mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada
manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan
diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan
individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 4/28
Analisis Objektif Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Berikut merupakan objektif yang terkandung dalam Kandungan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini mensasarkan bahawa pada akhir pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda sepatutnya dapat:
1) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi forma.
2) Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai
situasi.
3) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
4) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan
menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis.
5) Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran
berterusan.
6) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayan
nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
7) Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur
pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul;
8) menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis;
9) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu; dan10) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,
dan perasaan cinta akan negara.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 5/28
Daripada objektif-objektif yang telah dinyatakan tadi, jelaslah bahawa Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah digubal adalah untuk
menyediakan murid-murid untuk menghadapi cabaran pendidikan abad 21 yang
memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan
Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.. Kandungan Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi
penggunaan bahasa yang menekankan Kemahiran Bahasa berteraskan Bahasa
Melayu Baku.
Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas
menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang
hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid
yang berketrampilan, berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan
semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 6/28
Analisis Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malayu Sekolah
Rendah.
Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai
beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum.
(a) Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran
Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memberikan
maklum balas dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan. Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbual untuk
menjalin hubungan dan menyampaikan pendapat, perasaan, maklumat serta idea yang
bernas dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan
pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Lazimnya
Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur dijalankan serentak dan dikenali
sebagai Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Hal ini disebabkan, dalam Kemahiran
Mendengar akan melibatkan pertuturan.
Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan
sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Manakala, Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yangtelah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan untuk menggunakan
kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan
penulisan imaginatif.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 7/28
(b) Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiranbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran
dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat
kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus
pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil
pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat
pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
(c) Sistem Bahasa
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu
baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan
intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa
kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat mata-mata pelajaran di
peringkat rendah.
(d) Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum terdiri dar ipada elemen yang mencantumkan teras utama dalam
kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu
ilmu, nilai murni, kew arganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai
tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajarankonstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan
oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, nilai murni, serta patriotisme dan
kewarganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk
membangunkan masyarakat madani
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 8/28
Sistem bahasa
Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Konsep Hasil Pembelajaran
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu
SISTEM BAHASA
Kosa Kata
-Umum
-Istilah
Sebutan
-BahasaMelayu
Baku
Sistem Ejaan
-PolaKeselarasan
Vokal
-Ejaan katapinjaman
-Ejaan katadasar dan
katapinjaman
Tatabahasa
-Morfologi
-Sintaksis
Peribahasa
-Bahasa Kiasan
-Simpulan Bahasa
-Perumpamaan
-Pepatah
-PERBILANGAN
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 9/28
Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa,
dan Pengisian Kurikulum
Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid
Konsep 5P
a) PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran- kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang
terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran
lain.
b) PENYERAPAN
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti
Sains, Matematik, Sejarah, dan lain-lain.
c) PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan-bahan yang
berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan
guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan,
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 10/28
dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal
daripada jangka masa yang ditentukan.
d) PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan lebih sukar. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad,
carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.
Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai
sesuatu kemahiran.
e) PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat
dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid,
sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu
barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang
sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap
pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan
pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 11/28
Sebab kenapa FPK didokumentasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ataupun dikenali dengan nama singkatannya
FPK merupukan falsafah yang digunapakai dalam bidang pendidikan di Negara kita.
Antara sebab utama ianya didokumentasikan adalah kerana ianya ianya digambarkan
sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa
masyarakat dan hasrat negara. FPK menjadi rujukan para guru dalam meralisasikan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara yang rancak
membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.
Selain itu, FPK didokumentasikan kerana ianya menujukkan landasan
pendidikan tidak berubah-rubah dan tidak berlainan. Sebagai contoh, FPK
menggariskan kesemua pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di
Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-
amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau
berubah-ubah), jelas dan logik. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan
menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia.
Selain itu juga, FPK didokumtasikan kerana ianya dapat menekankan perubahan
sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK.
Dengan adanya FPK, ia dapat menekankan perubahan sikap pendidik dan
professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini
melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif
serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 12/28
Selain itu juga, FPK didokumentasikan kerana ianya menyumbang implikasi
kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah
pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya
para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,
perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni
dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar
yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya
diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara.
Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran
khasnya dalam beberapa aspek. Dengan beberapa sebab yang dinyatakan diatas,
maka terbuktilah bahawa FPK memang patut didokumentasikan. Ini kerana FPK
menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem
pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini amat penting dalam
penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 13/28
Perbandingan p&p pelajar yang mengikuti KBSR dan KSSR
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains
dan Teknologi serta Keterampilan Diri manakala KBSR adalah reka bentuk kurikulum
berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan
Perkembangan Diri Individu. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit
dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
berbeza dengan KBSR dimana kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) .
Daripada ayat diatas, kita boleh lihat secara kasar perbezaan diantara kedua-
dua kurikulum tersebut. Masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Namun jelas kelihatan bahawa KSSR lebih menumpukan pelbagai aspek berbanding
KBSR. Berdasarkan pemerhatian saya dan soal jawab bersama guru-guru di sekolah
yang saya lakukan PBS (pengalaman berasaskan sekolah), guru-guru amat
menyokong penuh KSSR. Ini kerana guru berangapan bahawa murid-murid akan lebih
berketampilan serta punyai nilai-nilai murni. Ini kerana KSSR menekankan enam
tunjang utama dan salah satu daripada tunjang tersebut ialah ketrampilan diri dan
kerohanian, sikap dan nilai kemanusian.
Selain itu juga, KSSR turut menekankan sains dan teknologi didalam kurikulum
yang telah direka bentuk. Dengan ini murid-murid lebih mengenali dunia teknologi. Cara
ini boleh dilaksanakan dengan cara guru-guru menggunakan ICT sebagai media
pengajaran semasa pembelajaran dilakukan. Senario ini merupakan pendekatan awal
yang baik kerana ianya melatih murid tahu lebih awal akan kewujudan teknologi dan
kepentingannya. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pada
pendapat saya, ianya merupakan satu situasi yang bagus kerana pada masa kini orang
yang tidak ketahui apa-apa mengenai dunia ICT ialah orang yang ketingalan didalam
arus pemodenan.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 14/28
Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR sama sekali
berlainan dengan KBSR, ianya ditukar dan terbahagi kepada tiga iaitu dokumen
standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Melalui cara ini, guru-guru lebihmudah untuk menyampaikan pengajaran dan adanya pengukuhan terhadap
pemahaman murid terhadap sesuatu isi pembelajaran.Penggunaan modul-modul dalam
KSSR ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam fokus 4M iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul.
Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan
dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan
KSSR dibina dan digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Rukun Negara. Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan
sebagai pembimbing, guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar.
Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan
menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.
Berteraskan FPK, konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada
akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta
perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan. Kurikulum yang
terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemen-elemen baru serta memberi
penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya aktivit P&P
didalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis,
mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat
(ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai disampingmenggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu dan bertema,
Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan
dan tuntutan semasa. Keseluruhannya, ini bagi memastikan para pelajar di sekolah
dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka yang
semakin mencabar
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 15/28
.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran :Bahasa Melayu
Tahun :5 Mutiara
Bilangan Murid : 28 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : Setia Kepada Negara
Tarikh : 3 September 2012
Masa : 60 minit (0810-0910)
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
I. Murid boleh menyampaikan maklumat kepada pihak lain
dengan intonasi dan sebutan yang betul .
II. Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat
berdasarkan maklumat yang tersirat.
III. Murid dapat memahami maksud sebenar pidato
Fokus utama : 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti
yang terancang.
Aras 1(i) Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu
topik dengan intonasi dan sebutan yang terkini.
Fokus sampingan : 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada
bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1 (i) Membuat catat ringkas daripada maklumat yang
diperoleh.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 16/28
Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis
Ilmu : Kajian Tempatan, Sivik
Nilai : Berani, bertanggungjawab, yakin dan bersungguh-sungguh
KBT : a) Kemahiran berfikir
Menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan
b) Pembelajaran Kontekstual
Membuat keputusan
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu akan maksud Patriotik
Bahan Bantu Mengajar : Multimedia
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set
induksi
(5 minit)
Memperkenalkan
tajuk „Setia Kepada
Negara”
Guru bertanyakan murid
beberapa soalan seperti:
1. Apakah yang anda
faham mengenai
setia kepada negara?
2. Bagaimana cara
menunjukkan
keetiaan kepada
negara?
Murid menjawab
pertanyaan guruberdasarkan
pengalamaan yang
dilalui.
Nilai : Berani, yakin,
bersungguh-
sungguh.
KBKK : Menjana
idea.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 17/28
Langkah 1
(15 minit)
Menunjukkan contoh
pidato kemerdekaan
menggunakan
multimedia.
Mencatat isi-sisi
penting serta cara
berpidato
termasuklah gerak-
geri badan
Guru membahagikan murid
kepada empat kumpulan
besar.
Murid-murid diminta
memperhatikan video yang
ditanyangkan secara
berkumpulan.
Murid-murid diminta menulis
apa yang meraka dapati
selepas video tamat
ditayangkan
.BCB
Mendengar arahan
dengan aktif
Nilai: kerjasama,
patuh dan disiplin
BBM : Multimedia
Langkah 2
(20 minit)
Pembentangan hasil
dalam kumpulan
Menyalin semula isi-
isi penting ke dalambuku latihan
Guru memanggil murid
untuk membacakan hasil
yang diperolehi oleh setiap
kumpulan.
Guru menyalin isi-isi penting
yang dibaca murid pada
papan tulis.
Guru meminta menyalin isi-
isi penting ke dalam buku
latihan.
Nilai : Memberi
perhatian, yakin,
patuh,
bertanggungjawab.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 18/28
Langkah 3
(15 minit)
Menghuraikan isi-isi
penting.
Contoh :
Isi
Bersatu padu
Huraian
Kita hendaklah
bersatu padu untuk
memajukan negara.
Murid diminta memilih
mana-mana isi penting.
Murid diminta mereka atau
membina ayat yang sesuai
dengan isi tersebut.
Guru meminta murid
menulis isi-isi penting
tersebut di dalam buku
latihan.
Murid diwajibkan menulis
sekurang-kurangnya satu
daripada isi-isi penting yang
diberikan.
KBBK :
Membuat
keputusan,
menjana idea.
Nilai :
Patuh,
bertanggungjawab.
Penutup
(5 minit)
Merumuskan tajuk
„Setia kepada
negara”.
Menyatakan
kepentingan setia
kepada negara.
Mengingatkan murid
tentang pentingnya
semangat setia
kepada negara
Guru mengingatkan murid
agar sentiasa berbanggamenjadi rakyat Malaysia dan
sentiasa berusaha untuk
membangunkannya pada
masa hadapan.
Nilai :
Gembira, berani.
KBBK : Menjanaidea.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 19/28
Refleksi.
Sebelum P&P
- RPH sedaya upaya dirancang dengan teliti agar dapat memenuhi keperluan
murid-murid.
- Dianggarkan sebanyak 80 % murid dapat mencapai objektif yang telah
disasarkan.
- Diharapkan agar murid dapat memberikan sepenuh kerjasama dan melibatkan
diri secara aktif dalam sesi P&P.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 20/28
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran :Bahasa Melayu
Tahun :5 Mutiara
Bilangan Murid : 28 orang
Tema : Patriotisme
Tajuk : Setia Kepada Negara
Tarikh : 4 September 2012
Masa : 90 minit (0740-0910)
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
IV. Murid boleh menyampaikan maklumat kepada pihak lain
dengan intonasi dan sebutan yang betul .
V. Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan.
VI. Dapat mencari imbuhan apitan ke...an yag terdapat
dalam teks.
Fokus utama : 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti
yang terancang.
Aras 1(i) Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu
topik dengan intonasi dan sebutan yang terkini.
Fokus sampingan : 7.3 Membaca dan mengenal pasti pelbgai genre penulisan.
Aras 1(i) Memilih bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai
untuk dibaca.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan
yang didengar atau dibaca.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 21/28
Aras 1 (i) Membuat catat ringkas daripada maklumat yang
diperoleh
Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis
Ilmu : Kajian Tempatan, Sivik
Nilai : Kerjasama, memberikan perhatian,menurut perintah,patuh.
KBT : a) Kemahiran berfikir
Menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan
b) Pembelajaran pelbagai
kemahiran intrapersonal dan interpersonal
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu akan Pidato berdasarkan pembelajaran yang
lepas
Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks, lembaran kerja
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set
induksi
(10 minit)
Menanyakan kembali
pembelajaran lepas
Guru bertanyakan murid
beberapa soalan seperti:
1. Apakah yang kita
dapati pada
pembelajaran
lepas?
2. Bandingkan
perbezaan
berpidato dengan
membaca secara
Nilai : Berani,
yakin, bersungguh-
sungguh,
mendengar dengan
aktif
KBKK : Menjana
idea.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 22/28
biasa?
Murid menjawab
pertanyaan guru
berdasarkan
pengalamaan yang
dilalui.
Langkah
1
(25 minit)
Membaca petikan pada
halaman dalam buku
teks.
Mencari dan mencatat
kata imbuhan apitan
ke..an
Guru membahagikan
murid kepada empat
kumpulan besar.
Murid-murid diminta
berbincang dalam
kumpulan masing-masing
untuk mencari kata
imbuhan
Murid-murid diminta
menulis kata imbuhan
dalam kertas kosong yang
disediakan.
BCB :
Membaca dengan
intonasi yang betul.
Mendengar arahan
denga aktif.
Nilai: kerjasama,
patuh dan disiplin
BBM : Buku teks
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 23/28
Langkah
2
(25 minit)
Pembentangan hasil
dalam kumpulan
Menyalin semula kata
imbuhan yang terdapat
dalam teks ke dalam
buku latihan
Guru memanggil murid
untuk membacakan hasil
yang diperolehi oleh
setiap kumpulan.
Guru menyalin kata
imbuhan apitan ke...an
yang dibaca murid pada
papan tulis.
Guru meminta menyalin
kata imbuhan tersebut ke
dalam buku latihan.
Nilai : Memberi
perhatian, yakin,
patuh,
bertanggungjawab.
Langkah
3
(20 minit)
Membina ayat yang
sesuai dengan
gambarajah dengan
menggunakan kata
imbuhan yang dijumpai.
Contoh perkataan :
1. Kemerdekaan
2. Kecemerlangan
3. Kesetiaan
4. Kesukaran
5. Kemakmuran
6. Kestabilan
Guru mengedarkan
lembaran kerja (lampiran)
kepada murid.
Murid diminta membina
tiga ayat bagi setiapgambar dengan
menggunakan perkataan
atau frasa yang diberikan.
Murid diminta membina
ayat pada ruangan
kosong yang disediakan
pada lembaran kerja
Penilaian.
-Murid-murid dapat
membina sekurang-
KBBK :
Membuat
keputusan,
menjana idea.
Nilai :Patuh,
bertanggungjawab
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 24/28
kurangnya empat
daripada enam ayat yang
berkatian dengan
gambarajah.
Penutup
(10 minit) Membuat rumusan
tentang isi pembelajaran
Guru mengingatkan murid
agar sentiasa berbangga
menjadi rakyat Malaysia
dan sentiasa berusaha
untuk membangunkannya
pada masa hadapan.
Nilai :
Gembira, berani.
KBBK : Menjanaidea.
Refleksi.
Sebelum P&P
- RPH ini dirancang agar memenuhi keperluan murid-murid.
- Saya berharap agar 70% murid dapat mencapai objektif yang disasarkan.
- Diharapkan agar murid-murid berasa seronok dan melibatkan diri dengan aktif
dalam P&P.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 25/28
Refleksi Rancangan Pembelajaran Harian RPH
(Muhammad Nizam Bin Zamir)
Untuk merancang sesuatu rancangan pembelajaran bukanlah sesuatu perkara
yang mudah. Ianya memerlukan strategi dalam pelbagai aspek termasuklah didalampenggunaan waktu dan juga memerlukan pengalaman yang luas. Pembelajaran yang
membosankan boleh mengakibatkan murid-murid hilang minat belajar seterusnya
ketinggalan dalam tajuk yang dipelajari.
Berdasarkan Rancangan Pembelajaran yang telah kami lakukan, saya dapati
ianya mempunyai kekuatan dan juga kelemahannya yang tersendiri. Seperti yang saya
katakan tadi, bukan mudah untuk menghasilkan RPH yang sempurna dengan hanya
merujuk beberapa contoh RPH yang dilakukan oleh beberapa idividu lain.
Antara kebaikkan ataupun kelebihan yang dimiliki oleh RPH kami ialah ianya
tidak terlalu memberatkan murid. Maksudnya di sini ialah, pembelajaran yag kami cuba
bawa disini ialah berpusatkan murid. Boleh dilihat bahawa kebannyakkan langkah-
langkah didalam RPH ini banyak menggunakan cara menanya soalan kepada murid-
murid dan murid-murid pula memberikan pendapat mereka berdasarkan pengalaman
yang sedia ada untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Cara ini merupakan cara
yang bagus untuk mendapatkan pembelajaran secara dua, dan ianya memberikan
keyakinan kepada guru yang mengajar kerana murid memberi respon terhadap
soalannya.
RPH ini juga mempunyai kekuatannya yang lain. Kekuatan yang dimaksudkan
ialah murid-murid lebih bersikap terbuka dan bersama-sama cuba menyelesaikan dan
soalan yang diterima mereka semasa pembelajaran sedang berlaku. Murid-murid
secara berkumpulan akan cuba menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru dan
masing-masing akan berkongsi maklumat kepada rakan sekelas apabila guru
memanggil setiap wakil dari kumpulan untuk membentangkan apa yang mereka dapati.
Ianya satu amalan yang baik kerana mereka masing-masing menjalankan
tanggungjawab mereka dan secara bersama menyelesaikan soalan yang diberikan
kepada mereka.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 26/28
Namun begitu setiap yang dilakukan mesti ada kelemahannya. Pada pendapat
saya, beberapa kelemahan telah dikesan dalam RPH ini, antaranya ialah tidak banyak
menggunakan alat bantuan mengajar. Melalui RPH yang disediakan, ternyata bahan
yang ABM yang paling kerap digunakan ialah buku teks. Kalemahan ini menyebabkan
murid-murid akan hilang minat dalam belajar. Walaupun kebanyakkan waktu belajar
bermula pada pagi hari, namun tidak semestinya kadar penumpuan murid-murid berada
di tahap yang tinggi. Oleh yang demikian penggunaan ABM amatlah penting dalam
aktiviti pengajaran agar murid-murid dapat tertarik dengan pembelajaran dan
memahami pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain itu juga, kelemahan yang ditemui didalam RPH ini ialah penggunaan
masa yang agak lama dalam sesuatu langkah. Sebagai contoh, ianya mengambil masa
selama 20 minit untuk murid-murid berbincang secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah. Ini akan menyebabkan murid-murid berada dalam keadaan
bosan dan tidak tahu buat apa-apa jikalau mereka sudah mendapat jawapan untuk
soalan yang diberikan kepada mereka dalam masa yang singkat.
Berdasarkan beberapa kelemahan tersebut, saya mencadangkan beberapa
penambahbaikan dalam RPH tersebut. Antaranya ialah dengan lebih melakukan aktiviti
yang menarik didalam aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh melakukan nyayian dan
lain-lain lagi. Ianya dapat menarik minat murid untuk lebih seronok dalam belajar.
Selain itu juga, saya mencadangkan penggunaan ABM dalam pembelajaran.
Seperti yang saya katakan tadi, pembelajaran akan lebih menarik dengan adanya ABM,
murid tidaklah hanya duduk di kerusi sambil melihat buku teks sahaja.
Penambahbaikkan yang terakhir ialah melakukan persediaan yang rapi dari
aspek kelantangan suara dan kelengkapan ilmu pada diri saya. Walaupun ianya tidak
ada pada RPH, namun pembelajaran yang baik hanya akan berlaku jikalau saya
bersedia dengan rapi dari aspek-aspek tersebut. Secara jujur, suara saya yang tidak
kuat dan perasaan gementar haruslah diperbaiki. Ini kerana gurulah yang menentukan
samaada pembelajaran tersebut diterima oleh muri-murid atau tidak.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 27/28
Refleksi
(Muhammad Nizam bin Zamir)
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya, dapat saya menyiapkan tugasan dengan
jayanya. Sejujurnya pelbagai rintangan dan dugaan yang telah saya tempuhi sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Namun dengan bantuan oleh individu-individu tertente
termasuklah pensyarah saya iaitu Encik Ramli dan rakan sepasukan saya, cabaran-
cabaran tersebut dapat diatasi.
Melalui tugasan ini, saya banyak belajar pelbagai perkara baru serta dapat
memahami benda-benda yang perlu diketahui oleh seorang guru. Antaranya ialah saya
faham akan maksud sebenar Falsafah Pendidika Kebangsaan. Walaupun sebelum ini
saya tahu akan kewujudan FPK, namun saya tidak ketahui maksud sebenarnya dan
tujuannya dihasilkan. Ternyata tugasan ini menyedarkan saya bahawa bertapa
pentingnya ilmu pengetahuan dan keperluannya dalam menjadi bekalan sebagai
seorang guru kelak.
Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk membuat Rancangan Pembelajaran
Harian. Ternyata untuk membuat RPH bukanlah satu benda yang senang. Pelbagai
rujukan yang saya rujuk untuk melakukan RPH di dalam tugasan ini. Saya berharap
agar RPH yang dilakukan oleh saya dan rakan kumpulan saya dapat diterima oleh
pensyarah. Ini kerana saya akui bahawa RPH yang dilakukan oleh kami berdua tidaklah
sehebat RPH yang dilakukan oleh guru sebenar. Banyak ruang yang perlu diperbaiki
untuk menjadikan RPH tersebut menarik dan baik. Antaranya kami sepatutnya
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran serta penggunaan masa dengan tepat.
Melakukan kerja secara teratur juga antara benda yang saya pelajari sepanjang
melakukan tugasan ini. Kerja yang dilakuka secara sambil lewa ternyata bukanlahsesuatu benda yang baik. Untuk menghasilkan sesuatu yang bagus, ianya perlulah
dirancang secara rapi agar ianya tidak serabut dan lintang pukang. Ternyata selepas
menyiapkan tugasan ini saya sedar akan kesilapan yang telah saya lakukan dan
berharap ianya tidak akan berulang lagi supaya saya dapat menjadi seorang guru yang
berkualiti kelak. Insyaallah.
8/2/2019 tugasan bmm
http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-bmm 28/28
Bibliografi
Choong Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 SK
http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.com/2011/06/pengajaran-sukatan-pelajaran-bahasa_07.html
http://www.docstoc.com/docs/69435316/Rancangan-Pelajaran-Mingguan-Bahasa-Melayu-Tahun-5
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/falsafah-pendidikan-negara.html