Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    1/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 1

    UNIT PELAJARAN 12

    ALAM HAIWAN

    INVERTEBRATA III

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Membincangkan tentang haiwan dalam Filum Mollusca.

    2. Menghuraikan ciri-ciri haiwan dalam Filum Echinodermata.

    3. Menerangkan tentang Filum Arthropoda.

    PENGENALAN

    Rajah 14.1. Interaksi antara haiwan dan tumbuhan dalam persekitaran.

    Organisma saling bergantung antara satu sama lain dalam satu ekosistem. Apakah

    yang anda perhatikan dalam Rajah 14.1? Ya, anda melihat seekor siput dan seekorbelalang pada sehelai daun pada hari hujan. Unit ini tidak membincangkan tentang hubungan

    antara organisma sebaliknya membincangkan tentang kepelbagaian dalam tiga filum iaitu

    Mollusca, Enchinodermata dan Arthropoda. Bolehkah anda berikan satu contoh untuk setiap

    filum tersebut? Sekiranya tidak boleh, jangan bimbang. Ini kerana unit pelajaran ini akan

    memperincikan ciri-ciri setiap filum di atas.

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    2/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 2

    ISI KANDUNGAN

    i dalam dua bab yang lalu kita telah berbincang tentang lapan filum invertebrata.

    Dalam bab ini anda akan diperkenalkan dengan tiga lagi filum invertebrata yang maju

    iaitu Molluska, Echinodermata dan Arthropoda.

    Apakah haiwan-haiwan dalam Filum Mollusca?

    ollusca menurut bahasa Latin bermakna lembut (Mollis = lembut). Filum ini

    mengandungi pelbagai jenis invertebrata laut tropika dan darat termasuk siput,

    kerang, kepah, tiram, sotong dan lain-lain. Seperti artropod, moluska merupakan

    satu lagi kumpulan yang berjaya hidup di pelbagai pelosok alam. Filum ini

    merupakan filum yang kedua banyaknya dalam alam haiwan. Ia mengandungi lebih kurang 80

    000 spesies yang masih hidup dan kira-kira 35 000 spesies yang sudah pupus dan menjadi

    fosil. Antara faktor-faktor yang menjayakan kemandirian kumpulan ini termasuk adanyacangkerang yang boleh melindungi badan haiwan ini daripada berbagai-bagai bahaya dan

    rintangan alam luar. Tambahan pula moluska mempunyai kepala berhampiran dengan kaki dan

    insang yang elok. Daripada segi evolusi, keadaan ini menguntungkan.

    Kumpulan moluska disebut oleh ahli-ahli zoologi sebagai haiwan triploblastik. Ini bermakna

    bahawa perkembangan moluska daripada telur akan menghasilkan tiga bentuk lapisan germa.

    Daripada tiga lapisan germa inilah yang akhirnya melahirkan seekor moluska. Kumpulan

    moluska juga mempunyai simetri dwisisi dan membahagikan badannya kepada bahagian kanan

    dan kiri yang lebih kurang sama. Walau bagaimanapun kumpulan ini tidak terbahagi kepada

    segmen-segmen sebagaimana yang terdapat pada serangga dan cacing annelid. Moluskamempunyai badan yang berkembang dari depan ke arah belakang tanpa tersekat-sekat.

    Moluska mempunyai struktur yang disebut kaki. Ini adalah organ otot yang besar di bahagian

    sebelah bawah badan dan digunakan oleh kebanyakan moluska sebagai anggota pergerakan.

    Moluska juga mempunyai salur pencernaan yang dilengkapi dengan mulut dan anus.

    Kebanyakan moluska hidup sebagai herbivor. Walau bagaimanapun terdapat juga moluska

    yang hidup sebagai pemangsa seperti cumi-cumi (sotong). Beberapa spesies moluska menjadi

    perosak tanaman dan ada juga yang menjadi agen penyebar beberapa parasit. Kesemua

    moluska melainkan Cephalopoda mempunyai larva trokofordan veligerdalam kitar hidupnya.

    Fasa larva ini amat menarik kerana larva yang serupa juga dijumpai pada annelid dan filum-filum yang lain.

    DM

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    3/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 3

    Ciri-ciri filum Mollusca ialah:

    1. Bersimetri dwisisi, triploblastik; terdapat di darat, laut dan air tawar.

    2. Saluran pencernaan lengkap, berbentuk U atau berlingkar; mulut mempunyai

    radula (lidah bergigi). Dubur terbuka ke dalam rongga mantel.

    3. Tubuh terbungkus dalam mantel yang nipis yang berupaya untuk merembeskancangkerang; kaki adalah ventral, diubahsuai untuk berjalan, menggali dan berenang.

    4. Sistem peredaran terbuka mengandungi jantung dorsal, dengan satu atau dua

    atrium dan satu ventrikel; biasanya terletak dalam rongga perikardium dan edaran

    darahnya daripada jantung ke sinuses ke insang dan kembali ke jantung:

    jantung sinuses insang jantung

    5. Bernafas dengan adanya insang atau paru-paru dalam mantel atau oleh mantel

    atau melalui epidermis.

    6. Perkumuhan melalui nefridium yang bersambung dengan rongga perikardium.

    Selom mengandungi nefridium, gonad dan perikardium.

    7. Mempunyai sistem saraf dengan tiga pasang ganglion (serebrum, pedal dan visera)

    yang disambungkan dengan saraf-saraf memanjang dan melintang; mempunyai

    organ sentuh, bau, bintil mata atau mata kompleks dan statosis untuk

    pengimbangan.

    8. Seks terpisah; beberapa daripadanya hermafrodit. Persenyawaan berlaku di luar

    atau di dalam.

    Badan moluska boleh dibahagikan kepada tiga bahagian berikut:

    i. Kaki digunakan untuk bergerak; mempunyai otot khas.

    ii. Visera terletak selepas kaki; mengandungi sistem pencernaan, perkumuhan(nefridium), jantung dan lain-lain.

    iii. Mantel tisu yang menyelubungi organ-organ visera; mengandungi kelenjar yang boleh

    membina cangkerang.

    Filum ini dibahagikan kepada enam kelas iaitu Gastropoda, Amphineura, Monoplacophora,

    Scaphopoda, Bivalvia (Plecypoda) dan Cephalopoda (Rajah 14.2).

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    4/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 4

    Rajah 14.2. Haiwan dalam kelas Gastropoda (A), Amphineura (B), Monoplacophora (C),

    Scaphopoda (D), Bivalvia (E) dan Cephalopoda (F).

    Kelas Gastropoda

    Kelas ini merupakan filum Mollusca yang mempunyai kepala dengan satu atau dua pasang

    tentakel. Menjalani proses torsion. Visera berlingkar dalam cangkerang. Berkaki besar dan

    ventral. Cangkerang sama ada berbentuk kon atau berlingkar-lingkar. Contoh haiwan dalamkelas ini ialahAchatina fulica (daratan), Lymnea rubiginosa (air tawar), Conus (laut) danAplysia

    (laut).

    Kelas Amphineura

    Haiwan-haiwannya mempunyai badan berbentuk bujur, silinder dan bersimetri bilateral. Tiada

    torsion. Kaki ventral pada dorsal terdapat lapan plat cangkerang. Mulut dan anus terpisah di

    pangkal dan di hujung. Terdapat beberapa pasang filamen insang. Kesemuanya marin. Contoh

    haiwan dalam kelas ini ialah Chiton.

    Kelas Monoplacophora

    Kelas ini merupakan filum Mollusca yang mempunyai badan berbentuk bujur, bersimetri

    bilateral dan mempunyai pengsegmenan metamerik bahagian dalam. Kumpulan ini merupakan

    kumpulan moluska yang bersegmen. Berkaki ventral. Mantel mempunyai cangkerang pada

    dorsal. Contoh haiwan dalam kelas ini ialah Neopilina.

    A B C

    D E F

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    5/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 5

    Kelas Scaphopoda

    Haiwan-haiwannya mempunyai cangkerang yang panjang dan tajam. Kesemuanya haiwan

    marin dan terbenam di pasir atau rumput. Tiada tentakel. Contoh haiwan dalam kelas ini ialah

    Dentalium.

    Kelas Bivalvia (Plecypoda)

    Kelas ini merupakan filum Mollusca yang mempunyai dua cangkerang yang serupa dan disebut

    kepak kanan dan kiri. Kedua-dua kepak ini disambungkan pada bahagian dorsal dengan satu

    ligamen engsel. Bersimetri dwisisi. Tiada kepala dan makan secara menuras. Kaki berbentuk

    lidah. Contoh haiwan ini adalah kepah, tiram, kerang, kupang, Anadara, Corbicula dan lain-lain.

    Kelas Cephalopoda

    Haiwan-haiwannya mempunyai simetri dwisisi. Mempunyai cangkerang di dalam, di luar atautiada langsung. Mempunyai kepala yang besar dengan mata yang kompleks Mempunyai mulut

    dengan rahang yang berduri dan beberapa tentakel. Mempunyai kelenjar dakwat. Seks dalam

    individu berbeza. Contoh haiwan ini adalah Loligo, Octopus, Sepia dan Nautilus.

    Cuba anda jawab soalan-soalan berikut:

    Apakah ciri-ciri haiwan dalam filum Mollusca?

    Apakah kelas-kelasnya?

    Berikan contoh-contoh haiwan dalam kelas ini.

    Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas dan contoh genus bagi filum

    Mollusca.

    Apakah filum Echinodermata?

    chinodermata menurut bahasa Greek bermakna kulit landak (Echinos = landak; derma

    = kulit). Filum ini terdiri daripada haiwan invertebrata seperti tapak Sulaiman (bintang

    laut), landak laut, bintang bulu pelepah dan timun laut yang kesemuanya bersimetriradial, pentamer dan mempunyai badan yang berduri. Enchinodermata juga tidak

    berkepala mahupun berotak. Ia hanya boleh bergerak dengan perlahan dan boleh dikatakan

    kesemuanya marin, melainkan satu spesies timun laut, Synapta similis yang selalunya

    berhabitat di air payau. Echinodermata merupakan penghuni dasar laut dan kumpulan inilah

    yang menjadi ahli terbesar organisma bentos. Echinodermata boleh didapati dari zon pasang

    surut hingga ke kedalaman kira-kira 6 000 meter.

    E

    A

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    6/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 6

    Sesetengah Echinodermata boleh berenang walaupun kebanyakannya hanya boleh merangkak

    di atas dasar laut. Tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan kecil serta bahan-bahan organik yang

    terdapat di pasir dan lumpur merupakan makanan utama haiwan ini. Filum Echinodermata tidak

    mempunyai spesies yang menjadi parasit kepada haiwan lain walaupun terdapat

    Echinodermata yang hidup secara komensal. Echinodermata mempunyai sejarah yang lama

    iaitu daripada era Kambrian hingga sekarang. Dianggarkan terdapat kira-kira 20 000 spesiesyang telah pupus dan menjadi fosil dan kira-kira 6 000 spesies yang masih hidup.

    Echinodermata mempunyai badan yang penuh dengan duri dan rangka yang keras dan terbina

    daripada kalsium karbonat. Dengan badan yang sedemikian rupa, maka Echinodermata tidak

    begitu popular untuk menjadi bahan makanan melainkan kumpulan timun laut dan beberapa

    spesies landak laut yang menjadi makanan istimewa di Timur Jauh. Walau bagaimanapun

    rangka-rangka Echinodermata boleh dan telah digunakan sebagai baja.

    Tapak Sulaiman (bintang laut), landak laut dan timun laut makan bahan-bahan organik yang

    terdapat di lumpur dan pasir di dasar laut. Haiwan-haiwan ini terlibat dalam proses

    pemuliharaan bahan kumuh di dasar laut dan sekali gus memainkan peranan yang penting

    terhadap pereputan bahan organik di dasar laut. Pantai tanpa Echinodermata akan menjadi

    pantai yang busuk. Tapak Sulaiman (bintang laut) pula boleh mendatangkan masalah kepada

    manusia kerana tapak Sulaiman ini suka memakan Bivalvia termasuk kepah dan tiram. Seekor

    tapak Sulaiman boleh menelan kira-kira 12 ekor tiram. Di Pulau Tioman terdapat sejenis tapak

    Sulaiman Acanthester planci yang memakan polip terumbu karang yang terdapat di pulau

    tersebut. Hal yang demikian amat menyedihkan kerana keindahan terumbu karang yang

    menjadi tumpuan utama para pelancong di pulau ini akan terjejas. Ciri-ciri dalam filum

    Echinodermata ialah:

    1. Semuanya marin dan hidup bebas.2. Simetri jejari pada dewasa dan dwisisi pada larva.

    3. Mempunyai selom dan tiga lapisan germa; tidak ada kepala, otak atau segmen mutlak.

    4. Mempunyai rangka dalam yang terbina daripada plat-plat kalsium karbonat. Rangka ini

    selalunya menjalar keluar macam duri (seperti pada landak laut). Maka inilah sebabnya

    ia dinamakan Echinodermata.

    5. Terdapat kaki tiub. Digunakan untuk pergerakan.

    6. Terdapat sistem ambulakrum.

    7. Seks terpisah dan persenyawaan berlaku di luar tubuh.

    8. Mempunyai sistem vaskular air. Ini merupakan sistem tiub yang mengandungi air.

    Dengan adanya injap, air boleh dialirkan ke tempat-tempat yang tertentu; juga berguna

    untuk pergerakan.

    Haiwan dalam filum ini dibahagikan kepada lima kelas iaitu Kelas Asteroidea, Kelas Echinoidea,

    Kelas Ophiuroidea, Kelas Holothuroidea dan Kelas Crinoidea (Rajah 14.3).

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    7/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 7

    Rajah 14.3. Haiwan dalam filum Echinodermata, Kelas Asteroidea (A), Kelas Echinoidea (B),

    Kelas Ophiuroidea (C), Kelas Holothuroidea (D) dan Kelas Crinoidea (E).

    Kelas Asteroidea

    Kelas Asteroidea mempunyai tubuh berbentuk bintang dengan lima cabang (pentagonal) pipih

    dan setiap cabang mempunyai alur iaitu tempat terletaknya kaki tiub. Badannya berduri dan

    madreporit aboral. Anus terletak di bahagian oral manakala mulut terletak di bahagian aboral.

    Oleh yang demikian bahagian bawah badan merupakan bahagian anterior manakala bahagianatas badan merupakan bahagian posterior. Terdapat tiga order iaitu Phanerozonia, Spinulosa

    dan Forcipulata dan contoh genus ialahAsterias.

    Kelas Echinoidea

    Haiwan dalam kelas ini badannya berbentuk bujuk atau berbentuk jantung atau macam piring,

    tanpa tangan. Ia mempunyai rangka dalam daripada kalsium karbonat dan membentuk dinding

    kulit dan berduri. Alur ambulakrum tersembunyi serta kaki tiubnya mempunyai pelekat. Terdapat

    lima order iaitu Lepidocentroida, Melonechninoida, Diadematoida, Clypeastroida dan

    Spatangodia dan contoh genus ialah Echinus (landak laut).

    Kelas Ophiuroidea (Tapak Sulaiman Rapuh)

    Haiwan dalam kelas ini mempunyai badan berbentuk bintang dan pipih. Mempunyai lima hingga

    enam lengan yang berduri dan panjang. Tiada alur ambulakrum. Ia bergerak menggunakan

    lengan dan tidak menggunakan kaki tiub. Terdapat dua order iaitu Streptophiurae dan

    Zygophiurae dan contoh genus ialah Ophiothrix.

    D

    A B

    C E

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    8/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 8

    Kelas Holothuroidea

    Haiwan mempunyai tubuh seperti sosej atau cacing. Bertubuh lembut dan tiada tangan atau

    duri-duri. Badannya macam kulit. Mulut mempunyai tentakel. Haiwan ini terbaring dengan

    menggunakan bahagian tepi, bukan di atas bahagian oral seperti kelas-kelas lain. Terdapat lima

    order iaitu Dendrochirota, Aspidochirota, Elasipoda, Molpadonia dan Apoda. Contoh genusialah Holothuria.

    Kelas Crinoidea

    Kelas ini kebanyakannya mengandungi spesies yang telah menjadi fosil dan beberapa spesies

    yang primitif. Spesies yang telah menjadi fosil kebanyakannya tergolong dalam kumpulan lili

    batu (stone lilies) yang hidup dengan banyaknya semasa era Paleozoik. Kumpulan yang masih

    hidup terbahagi kepada dua iaitu lili laut (sea lilies) yang mempunyai batang sesil serta

    kumpulan yang hidup bebas dan boleh bergerak disebut bintang bulu pelepah.

    Kelas ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu sesil dan mempunyai batang. Mulut terdapat di tengah-

    tengah dan menghala ke atas. Alur ambulakrum terbuka. Ia mempunyai tangan yang berpinul.

    Badannya berbentuk hemisfera. Tiada madreporit. Kaki tiub tidak mempunyai pelekat. Anus

    terdapat di bahagian oral. Contoh genus ialahAntedon.

    Cuba anda lakukan aktiviti dan jawab soalan-soalan berikut:

    Bezakan di antara kelima-lima kelas dalam filum Echinodermata berdasarkan ciri yang

    haiwan ada. Adakah haiwan-haiwan ini senang dijumpai? Di mana anda boleh jumpainya?

    Pilih satu ciri yang membolehkan Echinodermata beradaptasi dengan jayanya.

    Berdasarkan ciri tersebut, cadangkan bagaimana haiwan ini mengimbangkan populasi di

    ekosistem persisiran pantai?

    Bina peta minda yang mengandungi filum, kelas, order dan contoh genus bagi filum

    Echinodermata.B

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    9/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 9

    Apakah yang terdapat pada haiwan dalam filum Arthropoda?

    alam kira-kira 10 filum yang terdapat di dunia hanya dua filum sahaja yang berjaya

    hidup dan membebaskan dirinya daripada sentiasa memerlukan air iaitu Arthropoda

    dan Chordata (kecuali kelas Pisces). Filum-filum lain seperti Mollusca, walaupun

    berjaya hidup di daratan dan bebas daripada lingkungan air tetapi kumpulan inimemerlukan habitat yang lembap dan hanya aktif pada masa-masa yang tertentu sahaja pagi

    atau petang.

    Filum Arthropoda merupakan filum yang terbesar di dunia. Lebih daripada satu juta spesies

    telah dikenal pasti dan setiap tahun jumlah ini meningkat apabila spesies baru ditemui. Tidak

    keterlaluan jika dikatakan bahawa lebih kurang 80% daripada haiwan-haiwan yang terdapat di

    dunia adalah daripada filum ini (Jadual 14.1). Haiwan-haiwan tersebut sama ada dijumpai di

    darat, di laut atau di air tawar. Arthropoda merupakan invertebrata yang mempunyai organisasi

    badan yang istimewa dan kumpulan ini dipercayai berasal daripada kumpulan cacing dalam

    filum Annelida.

    Ciri-ciri filum Arthropoda ialah:

    1. Bersimetri dwisisi dan mempunyai tiga lapisan germa. Ia mempunyai segmen yang

    bersambung (apendej bersambung); mempunyai kepala, toraks serta abdomen yang

    jelas atau bersatu.

    2. Mempunyai kutikel keras yang terbina daripada polisakarida bernitrogen dan protein

    yang disebut kitin. Kutikel ini merupakan rangka luar (eksoskeleton) haiwan

    invertebrata. Pada sudut yang tertentu rangka ini tipis dan lembut, oleh itu pergerakan

    boleh dilakukan. Rangka luar pada masa-masa yang tertentu dibuang (menyalin kulit)

    dan yang baru akan tumbuh menggantikan yang lama. Dengan cara ini, artropod akanmembesar daripada satu peringkat (instar) kepada peringkat yang lain.

    3. Rongga badan adalah hemosol. Tiada selom. Jantung terdapat di bahagian dorsal.

    4. Perkumuhan dilakukan dengan adanya struktur tubul (tubul Malphigi) yang mempunyai

    bukaan ke salur pencernaan.

    5. Bernafas dengan insang, trakea, paru-paru buku atau permukaan badan.

    6. Sistem saraf amat maju; mempunyai otak (dorsal) dan saraf tunjang (ventral);

    mempunyai organ deria seperti antena, mata ringkas atau majmuk, organ pendengaran

    (serangga) dan statosis (Krustasea).

    7. Seks terpisah dan persenyawaan berlaku di dalam; telur mempunyai yolka yang banyak;

    bermetamorfosis ke bentuk dewasa.8. Pada keseluruhannya tidak ada gerak balas keimunan.

    D

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    10/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 10

    Jadual 14.1. Komposisi dan peratusan haiwan yang terdapat di dunia.

    Animalia Arthropoda (78%) Insecta (76%)

    Lain-lain (2%)

    Lain-lain (22%) Mollusca (8%)

    Chordata (6%)Annelida (1.2%)

    Aschelminthes (1.2%)

    Platyhelminthes (0.9%)

    Echinodermata (0.5%)

    Porifera (0.4%)

    Invertebrata lain (3.8%)

    Filum Arthropoda mempunyai dua subfilum iaitu Mandibulata dan Chelicerata.

    Subfilum Mandibulata

    Arthropoda dalam subfilum ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:

    1. Mempunyai mandibel.

    2. Terdapat di darat, marin dan air tawar.

    3. Badan mempunyai dua bahagian sahaja iaitu sefalotoraks dan abdomen atau tiga

    bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen.

    4. Mempunyai sepasang atau dua pasang antena.

    5. Bernafas melalui insang atau trakea.

    6. Perkumuhan melalui tubul Malphigi.

    7. Seks dalam individu berlainan.

    Terdapat empat kelas iaitu Chilopoda, Diplopoda, Crustacea dan Insecta (Rajah 14.4).

    Rajah 14.4. Empat kelas dalam subfilum Mandibulata, Chilopoda (A), Diplopoda (B), Crustacea

    (C) dan Insecta (D).

    A B

    C D

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    11/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 11

    Subfilum Chelicerata

    Kumpulan ini terdiri daripada artropod yang mempunyai ciri berikut:

    1. Tiada antena.

    2. Mempunyai enam pasang apendej.

    Pasangan pertama -----------------------------------keliseraPasangan kedua --------------------------------------pedipalpa dan empat pasang kaki

    3. Badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu prosoma (sefalotoraks) dan opistosoma

    (abdomen).

    4. Bernafas melalui insang, paru-paru buku atau trakea.

    Ada dua kelas penting iaitu kelas Pentastomida dan kelas Arachnida (Rajah 14.5). Jadual 14.2

    menunjukkan ciri-ciri umum bagi kumpulan terpenting.

    Rajah 14.5. Haiwan-haiwan dari kelas Pentastomida (A) dan Arachnida (B).

    Kelas Arachnida

    Kelas ini mempunyai kira-kira 10 order dan yang penting ialah Araneida (labah-labah),

    Scorpionida (kala) dan Acarina (hama dan caplak). Haiwan dalam kumpulan ini merupakan

    artropoda yang boleh dijumpai di merata-rata tempat dan memainkan peranan yang penting

    dalam kawalan semula jadi kerana kebanyakan ahlinya bersifat karnivor. Beberapa spesies

    araknida terlibat dalam penyebaran beberapa penyakit penting pada manusia dan haiwan

    ternakan. Kala dan labah-labah pula boleh mengganggu manusia dengan gigitannya yang

    berbisa.

    Arachnida boleh dikenali dengan sifat-sifat berikut iaitu kepala dan toraks bersatu menjadi

    sefalotoraks. Tiada antena. Apendej yang pertama disebut kelisera. Apendej kedua dinamakan

    pedipalpa (organ deria) dan mempunyai fungsi yang sama seperti antena pada serangga.

    Mempunyai empat pasang kaki (peringkat dewasa). Bernafas melalui trakea atau insang.

    A B

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    12/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 12

    Jadual 14.2 Ciri-ciri umum bagi kumpulan terpenting Filum Arthropoda

    Kelas

    Ciri-ciri

    Crustacea Insecta Arachnida Chilopoda Diplopoda

    Pembahagian

    tubuh

    Sefalotoraks dan

    abdomen

    Kepala, toraks

    dan abdomen

    Sefalotoraks dan

    abdomen

    Kepala, toraks

    dan abdomen

    Kepala, toraks

    (pendek) danabdomen (panjang)

    Antena 2 pasang 1 pasang Tiada 1 pasang 1 pasang

    Mulut Mandibel,

    maksila,

    maksiliped

    (2 pasang)

    Mandibel,

    maksila, labium

    (1 pasang)

    Kelisera,

    pedipalpa

    Mandibel, maksila

    (2 pasang)

    Mandibel, maksila

    (1 pasang)

    Kaki Sepasang setiap

    segmen

    3 pasang toraks 4 pasang di

    sefalotoraks

    1 pasang setiap

    segmen

    2 pasang setiap

    segmen

    Organ

    respirasi

    Insang atau

    permukaan tubuh

    Trakea Paru-paru buku

    atau trakea

    Trakea Trakea

    Bukaan seks 2, di bahagianbelakang dari

    toraks

    1, di hujungabdomen

    1, di segmenkedua dari

    abdomen

    1, di hujungabdomen

    1, di segmen ketigadekat kepala

    Perkembangan Ada peringkat

    larva

    Ada peringkat

    larva

    Hemimetabolous

    Holometabolous

    Langsung (tiada

    peringkat larva)

    kecuali caplak

    dan hama

    Langsung Langsung

    Habitat Air masin, air

    tawar, daratan

    Kebanyakan

    daratan

    Kebanyakan

    daratan

    Kesemuanya

    daratan

    Kesemuanya daratan

    Contoh Udang galah Nyamuk Kala Lipan Miliped

    Jadual 14.3. Perbezaan antara caplak dan hama.

    Hama (mites) Caplak (tick)

    Badan mempunyai bulu-bulu panjang Selalunya tidak berbulu dan kalau berbulu ia

    pendek

    Hipostom terselindung dan tidak berduri Hipostom terdedah dan berduri

    Kecil, kebanyakannya mikroskopik Besar, makroskopik

    Tekstur badan macam membran Tekstur badan macam kulit

    Pedipalpa tanpa segmen Pedipalpa bersegmen

    Kelisera kecil macam pencukur atau jarum Kelisera besar berkitin dan mempunyai gigi

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    13/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 13

    Seterusnya dipaparkan kekunci ringkas kelas Arthropod perubatan.

    KEKUNCI RINGKAS ENAM KELAS ARTHROPOD PERUBATAN

    1. Badan macam cacing ..............................................................................2

    Badan terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu ...........................3

    2. Tanpa kaki bagi peringkat dewasa, dua pasang cangkuk

    ventral dekat mulut, badan mempunyai garis-garis bulat

    tetapi tanpa segmen; dua pasang kaki di peringkat larva;

    endoparasit .............................................................................................PENTASTOMIDA

    Mempunyai beberapa pasang kaki .........................................................4

    3. Kaki, lima pasang atau lebih; dua pasang antena, akuatik

    atau semiakuatik .................................................................................CRUSTACEA

    Tiga atau empat pasang kaki ..................................................................5

    4. Satu pasang kaki per segmen .............................................................CHILOPODA

    Dua pasang kaki per segmen ..............................................................DIPLOPODA

    5. Dewasa mempunyai tiga pasang kaki; badan terbahagi

    kepada kepala, toraks dan abdomen; bersayap atau tidak;

    sepasang antena ................................................................................INSECTA

    6. Dewasa mempunyai empat pasang kaki; badan mempunyai

    sefalotoraks (kepala dan toraks bercantum) dan abdomen;

    tanpa sayap dan tanpa antena ............................................................ARACHNIDA

    Kelas Pentastomida (Linguatulida)

    Pentastomid merupakan parasit salur pernafasan haiwan vertebrata terutama sekali kelas

    Reptilia. Badan Pentastomid berbentuk macam cacing dan mempunyai cangkuk untuk melekat

    kepada epitelium paru-paru. Sesetengah haiwan dalam filum ini mempunyai sepasang apendej

    di bahagian anterior sementara mulutnya terletak di bahagian kelima. Oleh sebab itu ia diberi

    nama Pentastomida.

    Telur haiwan ini diedarkan keluar bersama-sama sputum dan akan tertelan oleh haiwan

    mamalia kecil yang merupakan perumah perantara haiwan ini. Pentastomida dahulunya

    diletakkan sebagai satu daripada kumpulan cacing tetapi oleh sebab morfologi dewasa danlarvanya mirip kepada Arthropoda maka ia sekarang diletakkan dalam subfilum Chelicerata.

    Kelas ini mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:

    1. Tidak mempunyai kepala yang jelas; badan macam cacing tetapi tanpa segmen

    walaupun ia banyak mempunyai anulus.

    2. Tanpa sistem peredaran darah, pernafasan dan perkumuhan.

    3. Salur pencernaan lurus dan mulut mempunyai dua cangkuk.

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    14/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 14

    4. Seks dalam individu berlainan.

    5. Larva mempunyai dua pasang kaki macam hama.

    Kelas Crustacea

    Kelas ini merupakan kumpulan ketam, udang dan lain-lain yang mempunyai berbagai-bagai

    bentuk badan; kecil dan besar. Kumpulan tersebut memainkan peranan penting dalam bidang

    ekonomi dan kesihatan manusia. Kebanyakan Crustacea seperti Daphnia, Cyclops dan Cypris

    merupakan zooplankton dan memainkan peranan yang amat penting dalam rantai makanan

    ikan. Ketam dan udang pula menjadi makanan yang lazat bagi manusia. Sesetengah Copepoda

    menjadi perumah perantara cacing Dracunculus dan cacing pita ikan Diphyllobothrium latum.

    Crustacea mempunyai ciri-ciri berikut iaitu pelan tubuhnya bersimetri bilateral dan

    pengsegmenan metamer. Badannya dibahagikan kepada sefalotoraks dan abdomen. Ia

    mempunyai dua pasang antena dan mempunyai karapes. Seksnya dalam individu berlainan.

    Kelas Diplopoda

    Kelas ini juga dikenali dengan nama miliped dan mengandungi kira-kira 8,000 spesies.

    Kebanyakan spesies miliped mempunyai kelenjar yang boleh merembeskan bahan-bahan kimia

    yang bahaya seperti sianida, kuinon dan iodin. Miliped adalah haiwan karnivor dan memakan

    serangga lain, tumbuhan dan bahan-bahan yang reput. Oleh itu, miliped merupakan artropoda

    yang memberi manfaat kepada manusia. Miliped boleh dikenali dengan adanya ciri-ciri berikut

    iaitu tubuh terbahagi kepada kepala dan badan. Saiz badannya kira-kira 20cm panjang. Setiap

    segmen mempunyai dua pasang kaki. Kepala mempunyai sepasang antena, mandibel, maksila

    dan dua kumpulan oselus. Jantina berbeza, ada jantan dan betina. Diplopoda selalunyaoviparus.

    Kelas Chilopoda

    Kelas ini juga disebut dengan nama sentiped dan mengandungi kira-kira 3,000 spesies.

    Sentiped merupakan artropoda karnivor dan memakan haiwan-haiwan kecil seperti serangga,

    labah-labah, cacing dan kadangkala cicak dan ular-ular kecil. Kelas ini dikenali dengan ciri-ciri

    berikut iaitu berbadan panjang dan dibahagikan kepada kepala dan badan. Sentiped selalunya

    2-30 cm panjang. Kepala mempunyai sepasang antena dan tiga pasang alat mulut iaitumandibel dan dua pasang maksila. Setiap segmen mempunyai sepasang kaki. Jantina berbeza,

    ada jantan dan betina. Chilopoda bersifat oviparus.

    Chilopoda (lipan) mempunyai taburan yang kosmopolitan. Ia mempunyai seks yang berbeza.

    Betina selalunya oviparus atau viviparus. Chilopoda yang baru lahir mempunyai bilangan

    segmen yang sama dan bentuk yang sama dengan dewasa. Ia selalu menghuni di tempat-

    tempat gelap, di bawah kayu reput, batu-batan dan sampah-sarap. Lipan selalu mencari makan

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    15/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 15

    pada waktu malam. Mangsanya dibunuh melalui racun yang terdapat di kuku kaki pertamanya.

    Lipan penting kerana beberapa spesies boleh menggigit dan mempunyai racun yang bisa.

    Kebanyakan sentiped tidak mengganggu manusia. Sentiped hanya menggigit kalau diganggu.

    Bisa gigitan lipan bergantung pada banyaknya bisa yang dapat disuntikkan ke dalam tubuh

    mangsa dan ini pula bergantung pada saiz lipan tersebut. Gigitan lipan yang kecil selalunyatidak memberi apa-apa kesan, manakala spesies yang besar boleh membahayakan kita.

    Kelas Insecta (Hexapoda)

    Kelas ini merupakan kumpulan Artropoda yang terbesar dan mempunyai berbagai-bagai jenis

    dan reka bentuk badan. Sifat-sifat Insecta merangkumi bernafas dengan trakea, badan

    dibahagikan kepada tiga bahagian yang nyata iaitu kepala, toraks dan abdomen. Kepala

    mempunyai mata majmuk dan empat pasang apendej iaitu antena, mandibel, maksila dan

    labium. Toraks mempunyai tiga segmen dan setiap segmen mempunyai sepasang kaki.

    Selalunya segmen kedua (mesotoraks) dan segmen ketiga (metatoraks) mempunyai sepasang

    sayap.

    Abdomen selalunya mempunyai sebelas segmen dan tidak mempunyai kaki. Apendej seks

    selalu terdapat di segmen sembilan (pada jantan) sementara segmen akhir selalunya

    mempunyai serkus iaitu organ seks. Pada serangga betina pula segmen lapan selalunya

    diubahsuai untuk bertelur. Seks terpisah, persenyawaan dalam ovum dengan banyak yolka dan

    cangkerang pelindung. Perkembangan dengan melakukan beberapa salin kulit (ekdisis) atau

    mengalami peringkat nimfa untuk metamorfosis tidak sempurna atau mengalami peringkat larva

    dan pupa bagi metamorfosis sempurna. Partenogenesis terdapat pada beberapa spesies.

    Perkembangan telur setelah disenyawakan adalah seperti berikut:

    Oviparus = mengeluarkan telur dan menetas di luar tubuh.

    Ovoviviparus = mengeluarkan telur, dieramkan dan menetas dalam tubuh induk.

    Viviparus = beranak (tidak bertelur).

    Kelas Insecta dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaitu Apterygota yang tidak

    mempunyai sayap yang terbahagi kepada empat order dan Pterygota yang mempunyai sayap

    atau keturunan bersayap yang terbahagi kepada 23 order.

    Pterygota dibahagikan kepada dua kumpulan berikut iaitu Exopterygota iaitu sayap berkembang

    di luar, metamorfosis tidak sempurna; telur nimfa dewasa. Satu kumpulan lagi ialah

    Endoptrygota iaitu sayap berkembang di dalam, metamorfosis sempurna, telur larva pupa

    dewasa.

    Kumpulan Endopterygota mempunyai perkembangan peringkat pupa kerana berlakunya

    metamorfosis sempurna. Serangga-serangga yang mempunyai kitar hidup metamorfosis

    lengkap berpeluang menjalani perkembangan morfologi yang ketara di antara peringkat remaja

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    16/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 16

    (juvenil) dan dewasa. Fungsi utama peringkat remaja ialah pertumbuhan dan perkembangan

    sementara peringkat dewasa pula berfungsi untuk pembiakan dan penyebaran.

    Keperluan makan juga berbeza bagi peringkat larva dan peringkat dewasa. Justeru itu kedua-

    dua peringkat ini mempunyai ekologi yang berlainan. Pemisahan ini bermakna yang serangga-

    serangga daripada kumpulan ini berupaya mengeksploitasi semaksimumnya ceruk (niche)ekologi kediamannya sebagai larva dan sebagai dewasa. Perkara ini memberi sumbangan yang

    besar terhadap kejayaan serangga di dunia.

    Apterygota terbahagi kepada empat order iaitu Collembola (serangga fosil), Protura, Diplura

    dan Thysanura (gegat).

    Subkelas Pterygota mempunyai 23 order dan kebanyakan order mempunyai ptera yang

    bermakna sayap. Contohnya Diptera adalah dua sayap; Coleoptera, colea bermakna perisai

    dan Lepidoptera, lepide bermakna sisik.

    Berikut disenaraikan 22 order Pterygota berserta makna serta contohnya.

    1. Order Orthoptera (Ortho = arus; ptera = sayap). Merangkumi enam famili iaitu belalang,

    katitid, cengkerik, lipas, mentadak dan belalang Mekah (stick insects).

    2. Order Odonata (pepatung).

    3. Order Ephemeroptera (mayfly).

    4. Order Psocoptera (posids dan kutu buku).

    5. Order Plecoptera (lalat batu).

    6. Order Embioptera (webspinners).

    7. Order Thysanoptera (teritip).

    8. Order Strepsiptera (Stylopid).

    9. Order Mecoptera (lalat kala).10. Order Trichoptera (lalat kadis).

    11. Order Neuroptera (neuro = sayap).

    12. Order Mallophage (makan bulu).

    13. Order Anoplura (kutu).

    14. Order Homoptera (riang-riang, belalang).

    15. Order Hemiptera (Greek: Hemi = separuh).

    16. Order Dermaptera (lelawi).

    17. Order Coleoptera (Coleos = perisai) contohnya kumbang.

    18. Order Lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama).

    19. Order Diptera (dua sayap), contohnya lalat.

    20. Order Isoptera (sayap sama), contohnya lebah, semut dan anai-anai.

    21. Order Hymenoptera (Hymen = membran); contohnya lalat gergaji, tebuan dan lebah

    madu.

    22. Order Siphonoptera (Siphon = tiub; Aptera = tanpa sayap), contohnya pinjal.

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    17/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 17

    Tahukah anda ciri-ciri kupu-kupu dan rama-rama? Dapat anda bezakan keduanya? Biasanya

    kupu lebih cantik dan lebih berwarna-warni daripada rama-rama. Jadual 14.4 membezakan ciri-

    ciri kupu-kupu dan rama-rama.

    Jadual 14.4. Perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama.

    Kupu-kupu Rama-ramaAntena Berlobus Filiform; plumos

    Badan Kurus Gemuk

    Aktif Siang Nokturnal (malam)

    Sayap masa Terlipat ke atas Mendatar atas belakangnya

    Pernah anda melihat anai-anai? Adakah ia sama seperti semut? Jadual 14.5 menunjukkan

    perbezaan antara semut dan anai-anai.

    Jadual 14.5. Perbezaan antara semut dan anai-anai.

    Anai-anai Semut

    Sayap lebar, empat dan sama saiznya Kecil, sayap hadapan lebih besar daripada

    sayap belakang

    Sayap banyak mempunyai urat-urat kecil. Urat sayap kurang jelas.

    Antena moniliform macam butang Antena genikulat; macam siku

    Order Isoptera Order Hymenoptera

    Cuba anda uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

    Dapatkah anda sebutkan ciri-ciri haiwan Arthropoda?

    Bezakan haiwan dalam kelas Chilopoda dan kelas Insecta?

    Bolehkah anda nyatakan kepentingan ekonomi filum Arthropoda?

    Bina peta minda yang mengandungi filum, subfilum dan kelas bagi filum Arthropoda.

    Pilih satu jenis serangga dan cuba anda kenal pasti ordernya. Tuliskan ciri-ciri yang

    terdapat padanya yang menyebabkan anda mengkategorikannya sebagai order

    tersebut.

    _____________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________

    C

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    18/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 18

    Baiklah, di dalam Unit Pelajaran 14 ini anda telah didedahkan kepada tiga lagi filum

    invertebrata. Anda telah didedahkan kepada filum Mollusca, filum Echinodermata dan akhir

    sekali filum Arthropoda.

    Apakah ciri-ciri sepunya yang dipunyai oleh haiwan invertebrata? Bagaimana ciri-ciri

    yang ada pada haiwan berbeza dalam setiap filum? Kesemuanya telahdibincangkan dalam unit pelajaran 12, 13 dan 14. Selamat mengulangkaji!

    RINGKASAN

    1. Mollusca mengandungi pelbagai jenis invertebrata laut tropika dan darat termasuk siput,

    kerang, kepah, tiram, sotong dan lain-lain.

    2. Ia mempunyai cangkerang yang boleh melindungi badan haiwan ini daripada berbagai-

    bagai bahaya dan rintangan alam luar. Ia juga mempunyai kepala berhampiran dengan

    kaki dan mempunyai insang.

    3. Kumpulan moluska juga mempunyai simetri dwisisi dan membahagikan badannya

    kepada bahagian kanan dan kiri yang lebih kurang sama tetapi tidak mempunyai

    segmen.

    4. Tubuh terbungkus dalam mantel yang nipis yang merembeskan cangkerang; kaki

    adalah ventral, diubahsuai untuk berjalan, menggali dan berenang. Mollusca mempunyai

    sistem peredaran terbuka.

    5. Echinodermata terdiri daripada haiwan invertebrata seperti tapak Sulaiman (bintang

    laut), landak laut, bintang bulu pelepah dan timun laut yang kesemuanya bersimetri

    radial, pentamer dan mempunyai badan yang berduri.

    6. Ia juga tidak berkepala mahupun berotak. Ia hanya boleh bergerak dengan perlahan danboleh dikatakan kesemuanya marin.

    7. Filum ini mempunyai kaki tiub yang digunakan untuk pergerakan.

    8. Ia juga mempunyai sistem ambulakrum dan mempunyai sistem vaskular air. Ini

    merupakan sistem tiub yang mengandungi air. Dengan adanya injap, air boleh dialirkan

    ke tempat-tempat yang tertentu; juga berguna untuk pergerakan.

    9. Filum Arthropoda merupakan filum yang terbesar di dunia. Lebih daripada satu juta

    spesies telah dikenal pasti dan setiap tahun jumlah ini meningkat apabila spesies baru

    ditemui. Lebih kurang 80% daripada haiwan-haiwan yang terdapat di dunia adalah

    daripada filum ini.

    9. Badan haiwan ini bersimetri dwisisi dan mempunyai tiga lapisan germa. Ia mempunyai

    apendej bersambung; mempunyai kepala, toraks serta abdomen yang jelas atau

    bersatu.

    10. Mempunyai kutikel keras yang merupakan rangka luar (eksoskeleton) haiwan

    invertebrata. Rangka luar pada masa-masa yang tertentu menyalin kulit.

    11. Rongga badan adalah hemosol. Tiada selom. Jantung terdapat di bahagian dorsal.

    12. Perkumuhan dilakukan dengan adanya struktur tubul (tubul Malphigi) yang mempunyai

    bukaan ke salur pencernaan.

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    19/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 19

    13. Bernafas dengan insang, trakea, paru-paru buku atau permukaan badan.

    14. Sistem saraf amat maju dan mengalami metamorfosis.

    15. Contoh haiwan ialah labah-labah, ketam, udang, serangga, lipan dan lain-lain lagi.

    PETA KONSEP DAN JAWAPAN

    Mollusca

    Gastropoda (Helix)

    Amphineura (Chiton)

    Monoplacophora (Neoplina)

    Bivalvia (Clams)

    Scaphopoda (Dentalium)

    A

    Cephalopoda (Loligo)

    B

    Echinodermata

    Crinoidea

    Asteroidea

    Ophiuroidea

    Echinoidea

    Holothuroidea

    Articulata (Antedon)

    Phanerozonia (Asteropectenc)

    Spinulosa (Solaster)

    Forcipulata (Asterias)

    Eyryalae (Gorgonocephalus)

    Ophiurae (Ophiothrix) Stirodonta (Arbacia)

    Camarodonta (Echinus)

    Clypeastroida (Clypeaster)

    Spatangoida

    Dactylochirotida (Sphaerothuria)

    Aspidochirotida (Holothuria)

    Dendrocchirotida Th one

    Elasi odida Penia one

    Molpadiida (Caudina)

    Apodida (Synapta)

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    20/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 20

    KATA KUNCI

    1. Mollusca 19. ambulakrum

    2. cangkerang 20. sistem vaskular air

    3. triploblastik 21. Arthropoda

    4. trokofor 22. apendej bersambung

    5. veliger 23. kutikel

    6. simetri dwisisi 24. eksoskeleton

    7. radula 25. salin kulit

    8. rongga mantel 26. hemosol

    9. sistem peredaran terbuka 27. metamorfosis

    10. nefridium 28. antena

    11. hermafrodit 29. tubul Malphigi12. kaki 30. sefalotoraks

    13. visera 31. kelisera

    14. Echinodermata 32. cangkuk

    15. simetri radial 33. karapes

    16. pentamer 34. miliped

    17. selom 35. sentiped

    18. kaki tiub 36. oviparus

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Terangkan secara umum ciri-ciri haiwan dalam filum Mollusca. Seterusnya terangkan

    secara spesifik setiap kelasnya.

    2. Senaraikan haiwan-haiwan dalam filum Echinodermata. Apakah ciri sepunya haiwan-

    haiwan ini?

    C

    Arthropoda

    Mandibulata

    Crustacea

    Chilopoda

    Chelicerata

    Diplopoda

    Insecta

    Arachnida

    Pentastomida

  • 7/30/2019 Unit 12- Alam Haiwan Invertebrata III

    21/21

    B i o d i v e r s i t i d a n A d a p t a s i | 21

    3. Berikan ciri yang terdapat pada filum Arthropoda menyebabkan ia berjaya hidup di darat.

    Dapat anda senaraikan kepelbagaian haiwan dalam filum ini?

    RUJUKAN

    Arbain Kadri (1990). Invertebrata: Panduan Berilustrasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Audesirk, T., & Audersirk, G. (2010). Biology Life on Earth: Prentice Hall.

    Alters, S., & Alters, B. (2006). Biology Understanding Life. USA: John Wiley and Sons, Inc.

    Johnson, G.B (2009). The Living World. New York: McGraw Hill Higher Education.

    Starr, C., Evers, A., and Starr, L. (2007). Basic concepts in biology (6th Ed.) Singapore:

    Thompson/Brooks/Cole

    Sumber foto:

    http://www.telegraph.co.uk/gardening/gardeningpicturegalleries/9432354/Macro-photographs-

    of-snails-and-insects-in-the-rain-by-Vadim-Trunov.html

    http://lancerey.deviantart.com/art/Garden-Variety-Gastropoda-118229146

    http://debby-spenyossi.blogspot.com/2011/11/kingdom-animalia.html

    http://www.manandmollusc.net/advanced_introduction/moll101monoplacophora.html

    http://biodidac.bio.uottawa.ca/thumbnails/filedet.htm?File_name=SCAP005P&File_type=jpghttp://www.evrimteorisi.info/fosiller/bivalve2

    http://phylogame.org/classification/cephalopoda/

    http://seanet.stanford.edu/Asteroidea/index.html

    http://courses.washington.edu/mareco07/students/leia/leiaweb/homesite/echinoidea.html

    http://siera104.com/bio/echin.html

    http://www.flmnh.ufl.edu/reefs/guamimg/echinodermata/holothuria/index.html

    http://www.agefotostock.com/en/Stock-Images/Rights-Managed/H44-10900901

    http://kdhellner.tripod.com/id19.html

    http://tolweb.org/Spirobolida/

    http://www.discoverlife.org/20/q?search=Crustacea

    http://www.123rf.com/photo_14013694_it-belongs-to-papilionidae-lepidoptera-insecta-we-found-

    it-in-guangzhou-guangzhou-higher-education-m.html

    http://en.wikipedia.org/wiki/Pentastomida

    http://s1041.beta.photobucket.com/user/Seyerbero/media/Arachnida/Lycosidae.jpg.html?fromLe

    gacy=true