22
Abstract KEPAKARAN PERUBATAN DALAM PROSES MENGELUARKAN FATWA PERUBATAN DI MALAYSIA: ANALISA FATWA TERPILIH* Irwan bin Mohd Subri Abdul Manan bin Ismail Syaryanti Binti Hussin This article discusses the opinions of several fatwas concerning medical issues that involved medical experts. It tries to examine the cooperation between the National Fatwa Council (Jawatankuasa Muzakarah Fama Kebangsaan) and medical experts in issuing certain fatwas on medical issues to see whether the views of medical experts have been taken into consideration before issuing any fatwa. The research focuses on fatwa related to medical issues that have been decided by the National Fama Council. The study shows that there is a close cooperation between both pariies. Therefore, the Muslim society should have no doubt about the credibiliw and competency of the National Fatwa Council in handling mrrent issues including medical issues. Abstmk Dalam erti kata lain Ja- * This article is partly based on macar& 5ling ddthd to INFAD 74

Vol.1 2007 Part 4.pdf

  • Upload
    tranthu

  • View
    262

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Abstract

KEPAKARAN PERUBATAN DALAM PROSES MENGELUARKAN FATWA PERUBATAN DI MALAYSIA:

ANALISA FATWA TERPILIH*

Irwan bin Mohd Subri Abdul Manan bin Ismail Syaryanti Binti Hussin

This article discusses the opinions of several fatwas concerning medical issues that involved medical experts. It tries to examine the cooperation between the National Fatwa Council (Jawatankuasa Muzakarah Fama Kebangsaan) and medical experts in issuing certain fatwas on medical issues to see whether the views of medical experts have been taken into consideration before issuing any fatwa. The research focuses on fatwa related to medical issues that have been decided by the National Fama Council. The study shows that there is a close cooperation between both pariies. Therefore, the Muslim society should have no doubt about the credibiliw and competency of the National Fatwa Council in handling mrrent issues including medical issues.

Abstmk

Dalam erti kata lain Ja-

* This article is partly based on macar& 5 l i n g d d t h d to INFAD

74

Page 2: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Perubatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih

MUKADDIMAH

Fatwa dan segi bahasa bererti jawapan kepada isu-isu yang menjadi kemusykilan samada ia isu syarie atau undang-undang' atau ia memben jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama2. Daripada segi istilahnya, fatwa ialah pemberitahuan tentang hukurn Allah Taala berdasarkan dalil, kepada orang yang bertanyakannya dalam sesuatu isu yang timbu13.

Manakala fatwa menurut seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang m slam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993, ialah keputusan fatwa ymg tel& dikeluarkan oleh Mufti dan telah diwartakan oleh keraj- bagi proses penguatkuasaan undang-undang4 dan ia mesti dipatuhi oleh semua individu muslim. Dan ianya dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan sahaja.

p d a r didefinisikan sebagai ahli (mahir, pandai sekali) dalam sesuatu ilmu. Kepakaran: pengetahurn dan kemahiran seorang pakar5. Dalam al-Muyam al-'Arabip al-Asasiw, ia didefinisikan sebagai orang yang mengetahui hakikat sesuatu6. Apabila perkataan "pakar" dikaitkan dengan perubatan, ini bererti orang itu adalah ahli dalam bidang tersebut d m mengetahuinya dengan mendalam.

Di dalam al-Quran, Allah juga menyarankan kita merujuk kepada mereka yang berkemahiran dalam bidang terbabit apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: Hendaklah kamu merujuk kepada mereka yang berpegetahuan (pakar), jika kamu tidak mengetahui sesuatu. (Surah an-Nahl 16:43)

1 Ahmad aLCAyid et.al. a[-Wjam a[-'Arab& al-Asasi~. t.th. al-Mun- al-CArabiyy& Li al-~arbiyyah Wa al-Thaqafah Wa al-cUlum. hlm: 917.

2 J A ~ E-Fatwa. 2 1 September 2004. Fama di Malaysia. Qttp://ii.islam.g~v.m~/~-f~twa/f~tw~

asp>. 3 ~ l - ~ ~ h q a ~ Muhammad Sulayman. 1422H12001M. al-Wdih Fi Usul al-Fiqh. CAmman: Dar al-

&afa'is.hlm: 277. 4 ~ k t a pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Akta 1993. 5 amu us Dewan Edisi Ketiga. 1998. Cet. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan puStaka him: 960. 6 Ahmad al-CAyid et.al. tth. al-Wjmn al-'Arab& a/-Asasi~. hlm: 378.

Page 3: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Jurnal Pengrrmm ahn Penyelidikon Fatwa

Para ulamak secara tegas mengakui kepentingan mendapatkan pandangan pakar dalam proses menentukan sesuatu fatwa. Perkara ini ditegaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawiyy dalam temubualnya dengan stesen al- Jazeera pada 12 Januari 2003 dalam rancangan al-Sharzsah Wa al-Hayah. Menurut beliau, amalan Majmac al-Fiqh al-lslamijy ialah menjemput pakar-pakar (termasuk pakar perubatan) untuk membantu fuqaha Majmac dalarn menentukan hukum sesuatu masalah .

Dr. Abd al-Majid al-Susuh al-Sharafiyy dalam bukunya "al-ljtihad al- Jamdi' Fi al-Tashri" al-Islamijy" pula menegaskan bahawa pentingnya peranan pakar dalam menjelaskan dan menentukan secara tepat terhadap isu-isu yang ingin diijb'hadkan8. Dr. Qutub Mustafa Sano dalam kitabnya "Adawat al-Nazar al-Ijtihadiyy al-Manshud Fi Daw 'al- Waqr' al-Mucasir" ketika membincangkan tentang syarat-syarat ijtihad berpcadapat, keperluan pendapat pakar adalah penting untuk menyempurnakan proses ij tihad9.

-el ini menyentuh tentang peranan dan sumbangan para pakar perubatan dalam proses mengeluarkan fatwa di Malaysia. Ia berdasarkan s a t . penyelidikan yang telah disiapkan oleh para penulis pada bulan September tahun 2004. Tajuk penyelidikan tersebut ialah "Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Di Malaysia" (Kod: PPPP- INFADIN2004) yang dibiayai oleh Kolej Universiti Islam Malaysia (sekarang Universiti Sains Islam Malaysia).

FATWA DAN PROSEDURNYA DI MALAYSIA

Fatwa aldah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan sains clan tekuologi yang dinamik di ~ a l a ~ s i a telahmenimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa. Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan".

Yusuf al-Qaradawiyy. Q t t p J / w w w . d j ~ ~ ~ ~ ~ C l e s / 2 ~ 3 / 1 / 1 - 1 7 - l .him>. Abd al-Majid d-susuh d - m y y . 1998. al-&tihad Fi 01-TmhrF al-Islamiyy. QQa$r: Wizarat al-Awqaf Wa 81-Shu'un d-lslamiyyah. hlm: 74. Qutub Mustafa Sano. 2000. A - d - N a u a a l - & ~ a l - h ~ F i D m ' a l - Wbq f al-Mdmir. Beirut: Dar al-Fibr al-Mucasir. hlm: 13 1.

10 JAKIM. E-Fatwa. 21 September 2004. Faiwa di Mihysirr. -J/ii.islam.govmy/e-wfm asp>.

Page 4: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Pewbatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Pewbatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih

Proses dan prosedur mengeluarkan sesuatu fatwa mengikut seksyen 37 dan 39 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah persekutuan 1993 adalah seperti berikut:

i. Pembuatan sesuatu fatwa hendaklah dimulai dengan suatu kajian atau penyelidikan dan penyediaan kertas kerja sebelum dibawa d m dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak bagi tujuan perbincangan.

ii. Bagi menentukan sesuatu hukum Mufti dikehendaki merujuk kepada pandangan (qawl muktamad) Mazhab Shafie. Jika Mufti berpendapat qawl muktamad dari mazhab tersebut berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah merujuk dan mengiht qawl muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

iii. Dalam sesuatu kes, apabila semua mazhab tersebut tidak dapat diikuti, bagi maksud kepentingan awam, mufti bolehlah menyelesaikan isu tersebut mengikut pendapatnya sendiri (ijtihad) tanpa mengikut mana-mana qawl muktamad daripada mazhab- mazhab tersebut di atas".

Semasa membuat fatwa, Jawatankuasa Fatwa atau Mufti akan membuat rnjukan bersumberkan keutamaan seperti berikut:

i. Al-Quran. ii. Sunnah. iii. Ijmac. iv. Qiyas.

Selain surnber di atas, Jawatankuasa Fatwa atau Mufti juga a k a rnerujuk pendapat-pendapat sahabat, tabiin, imam-imam d m fuqahak dengan mengadakan penelitian terhadap dalil-dalil dan cars pendalilannya.

Selain daripada itu, pendapat-pendapat Mazhab Shafie adalah diguna pakai untuk sesuatu fatwa, kecuali jika didapati sebab tertentu untuk rnenggunakan mazhab-mazhab ahli Sunnah Wa al-Jamaah yang lain rntuk menemukan pendapat yang lebih h a t dalilnya dan lebih membawa rnaslahah bagi umat untuk difatwakanI2.

1 I ~ j . ~ b d u l Hamid @ YusoffbinYunus & Puan Pauzaiyah binti Haron. Pemangku Pengarah Baagian penyclidikan & Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Cawangan Syariah. Jabatan KCmajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fungsi Bahagian Penyelidikan Cawangun Syariah ~~l~~ Fama. 1 September 2004.

12 ~ ~ h d Sahimm bin Ahmad. Pcnolong Pengarah Bahagian Kcurusetiaan dm Perhubungm ~ ~ t a ~ b a n g s a . Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fungsi Bahagian Keun,setiaan dun perhubungan Anfarabangsa Dalam Fatwa. 7 April 2004.

Page 5: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Jurnal Pengutusan &n PenyeIidikan Fama

Apabila masalah yang difatwakan tidak terdapat &lam ketetapan perkara di atas, maka akan dilakukan ijtihad jamaie (kumpulan) iaitu berdasarkan sumber seperti berikut:

i. Al-Masalih al-Mursalah. ii. Al-"Urjfatau al-'&iizh Muhakkamah. iii. Shaf Man Qablana. iv. 'Amal Ah1 al-Madinah. v. Al-Istishab. vi. Sadd al-Zara 'l'. vii. Al-Istihsan.

Pada kebiasaannya, fatwa yang diputusb oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah hasil daripada:

i. Persoalan yang dikemukakan oleh individu atau pihak tertentu. ii. Sesuatu permasalahan atau peristiwa yang memerlukan fatwa

(kedua-duanya disalurkan dan diterima oleh ~ahagian Penyelidikm JAKIM untuk mengumpul, menyelidik dan mengenalpasti isu atau persoalan sebelum dikemukakan dalam Mesyuarat Panel Kajian Syariah/Akidah dan seterusnya dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan).

iii. Permasalahan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sendiri (kebiasaamya ia ditimbulkan oleh ahli dalam perbincangan hal-ha1 lain ketika muzakarah dijalankm. Kemudiannya, Jawatankuasa~atwa meminta JAKIM menyediakan kertas keja berkaitan untuk dibentangkan dalam muzakarah aka datang)".

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidanpya yang boleh membantu bagi membincang &lam usaha menyelesdm sesuatu perma~alahan'~.

l3 Mohd Sahirman bin Ahmad Penolong Pengarah Bahagian Ke- dan Perhubuagan A n m g s a . Jm Kemaj~an Islam Malaysia (JAKIM). Fungsi Buhagim Keurusetim Pehubungan AnImabmg~a Dalmn Fatwa. 7 April 2004.

14 Perbezaan antara Muzakarah Jawatankmsa Fatwa dengan mesyuarat Jaw- Fatwa adalah perbezaan dari segi istilah sahaja, mereka terdiri daripnda ahli-ahli jawatankuasa yang sama Had temubual dengm Mohd Sahinnan bin Ahmad, 7 April 2004.

Page 6: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Penbatan Dalam Proses Mengelwkan Fatwa Penbatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih

PENGLIBATAN PAKAR PERUBATAN DALAM PROSES MENGELUARKAN FATWA PERUBATAN

Berikut adalah beberapa contoh fatwa terpilih yang menunjukkan peranan pakar perubatan dalam membantu Jawatankuasa Fatwa &bangsaan Malaysia memutuskan fatwa berkaitan dengan isu-isu perubatan:

Pertama: "Pembiakan manusia dan pengklonan untuk tujuan perubatan dari sudut Syarak" (Muzakarah Jawatankuasa Fama Kali ke-51 pada 11 Mac 2002)

a) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengambil perhatian akan pembentangan kertas berkenaan oleh Puan Majdah binti Zawawi, pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahrnad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia seperti berikut:

i. Definisi klon menggambarkan keadaan asal proses pengklonan yang tidak melibatkan apa-apa perlakuan seks (sexual reproduction) yang normal di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikro organisma.

ii. Kaedah pengklonan terbahagi kepada 2 iaitu: 1. Pengklonan janidembrio. 2. Pengklonan menggunakan teknik pemindahan nukleus;

iii. Pengklonan janidembrio telah lama dijalankan ke atas binatang. Ia dilakukan mengikut kaedah persenyawaan biasa yang dilakukan di luar rahim. Manakala pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nukleus iaitu pengklonan DNA dewasa melalui pemindahan nukleus, kaedah ini telah digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly sebelurn tahun 1997.

iv. Kaedah pengklonan cara kedua menjanjikan faedah yang baik untuk tujuan pembiakan serta tujuan perubatan. Inilah yang paling hangat diperkatakan dan menimbulkan reaksi negatif apabila dicadangkan untuk menghasilkan manusia, dan

v. pengklonan DNA dewasa bagi tujuan reproduksi membolehkan: 1 . Memperolehi "Stem CelP' bagi membantu pertumbuhan sel

baru. 2. Mencipta organ-organ penting. 3. Mengubati pesakit yang memerlukan pemindahan tulang sum-

sum, dan

Page 7: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Jumal Penpman don Penyelidikon Faiwa

4. Meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit

vi. Muzakarah juga turut diperjelaskan mengenai keputusan Panel Kajian Syariah yang telah bermesyuarat pada 1 Mac 2002 dan membuat keputusan seperti berikut: 1. Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia, hukwnnya

adalah haram kerana untuk menjaga kemuliaan kejadian manusia. Ia juga bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

2. Perbuatan mengklon janin manusia untuk tujuan kajian, kemudian janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari hukumnya adalah harus.

3. Perbuatan mengklon manusia untuk tujuan mengambil sum- sum tulang atau mana-mana organ pada manusia yang telah diklonkan hukumnya haram kerana pengklonan ini telah melahirkan manusia yang cukup sifatnya, dan

4. Pengldonan untuk tujuan pembatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang telah rosak hukumnya adalah harus.

b) Muzakarah mengambil perhatian terhadap beberapa pandangan yang dikemukakan oleh ahli, iaitu: i. Jika dilihat dari segi definisi klon sendiri, ia merupakan satu kaedah

bagi "mencipta manusia" tanpa perlakuan seksual. "Penciptam manusia" yang lazimnya untuk tujuan bukan melalui

.. kaedah ini adalah bertentangan dengan Syarak. n. Perbuatan mengklon manusia untuk tujuan menghasilkan organ-

organ tertentu juga adalah tidak wajar di sisi Islam. Perbuatan seolah-olah mencabar kuasa Allah SWT sebagai pencil)& manusia.

iii. Mesyuarat Panel Kajian Syariah telah bersetuju mengharuska perbutan mengklon janin manusia untuk tujuan kajian dm cbusna~kan janin berkenaan sebelum tempoh 120 hari, adalah semata-mata untuk membuka peluang pengkajian serta meletakkan saintis Islam setanding dengan saintis-saintis barat dari segi ilmu pengetahuan dan pengkajian penemuan-penemuan terbaru.

iv. Kaedah pengklonan DNA dewasa untuk tujuan perubatan bagi menghasilkan "Stem Cell" bukan dari sumber pengklonan m u @ boleh diharuskan.

l5 Majdah Zawawi. 2001. fiuman Cloning: G~nrpmariw Siiuiy 4 The Legal and Ethical Aspects 4 Repmductive Human Cloning. Kuala Lumpur Institute of Islamic Understanding Malaysia.

Page 8: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Pembatan Dalam Proses Mengeluarkan Fahva Perubatan Di Malaysia: Analisa Fahva Terpilih

c) Muzakarah bersetuju membuat keputusan dengan sighahnya seperti berikut:

i. Pengklonan manusia untuk apa-spa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T, dan

ii. Penggunaan "Stem Cell" bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syarakI6.

Kedua: "Hukum suntikan pelalian Vaksin "MeningococcalMening~~ kepada orang Islam" (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-53 pada 27 November 2002)

a) Sesi taklimat suntikan pelalian vaksin Meningococal Meningtis untuk Jemaah Haji dan Umrah Malaysia disampaikan oleh Dr. Hasan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan penyakit (Penyakit berjangkit), Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau turut dibantu oleh Dr. Magollan Sinnah, Bahagian Viruslogi serta Puan Hasnah Ismail, Bahagian Farmasi dan kedua-duanya juga dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

b) %gala kertas taklirnat dan kertas maklurnat tambahan diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa muzakarah. Melalui taklimat tersebut rnuzakarah telah dimaklumkan bahawa:

i, Penyakit Meningococal Meningtis adalah sejenis penyakit be rjangkit yang disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitides. Jangkitan penyakit ini menyebabkan radang pada bahagian selaput otak dan saraf tunjang.

ii. Bakteria ini berjangkit melalui sentuhan secara langsung melalui titisan mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti. Tempoh pengeraman jangkitan adalah di antara 2 hingga 10 hari. Mereka yang mengidap jangkitan ini akan mengalami demam, loya, bisa, kepala dan sakit tengkuk (neck stigness).

iii. Antara 5 hingga 10 pengidap tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal tetapi masih berupaya menularkan penyakit (symIomless couriers).

16 Himpunan Kcputusm Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kcbangsaan Bagi Hal ~ h ~ ~ l ugama Islam Malaysia. Tahun 2000-2002. Jabatan Kcmajuan Islam Malaysia. him: 69-73.

Page 9: Vol.1 2007 Part 4.pdf

iv. Dengan rawatan awal, kadar kematian dari janglutan penyakit ini adalah dari 5 hingga 15% tetapi jika tanpa rawatan kadar kematian akan melebihi 50%. Diagnosa penyakit ini melibatkan ujian makmal khas seperti ujian cecair tulang belakang (celebral spinal fluid).

v. Kejadian penyakit Meningococal Meningtis di Malaysia berlaku secara sporadic dan pada kadar yang rendah (50 kes setahun). Walau bagaimanpun, kejadian penyakit ini di Benua Afrika Utara adalah tinggi dan sexing berlaku wabak.

vi. Langkah utama pencegahan penyakit ini adalah melalui penjagaan kesihatan diri yang baik serta mengelakkan ke tempat ramai orang Ymg sesak yang disyaki mempunyai jangkitan penyakit - berkenaan.

vii. Jan&tan penyakit ini boleh juga dicegah melalui rerlalian menggunakan vaksin Meningococal Meningtis. Pelalian boleh melindungi seseorang dari jan&tan kuman penyakit t~rsebut bagi tempoh yang terhad mengikutjenis vaksin ~ e n i n ~ o c o c a l Meningtis yang digunakan.

viii. Terdapat beberapa jenis kuman Nesseria Meningitides dan pads mass ini hanya kuman jenis ( serowe) A, C, W, 35 dan Y sahaja Yang mempunyai vaksin yang berkesan. Oleh itu, penggunaan vaksin adalah juga terhad.

ix. Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko janglutan MeningococaI Meningtis di kalangan jernaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi clan atas sebab ini, semua bakal haji dm wmah adalah diwajibkan mendapatkan perlalian ~ e n i n ~ o c o c a l Meningtis Yang sah sebelum visa hajilumrah dikeluarkan.

x- Pengwajiban perlalian MeningococaI Meningtis ke atas bakal jemaah haji danumraholeh~erajaan~rab ~ a u d i telah bermula se jd tahun 1998 lagi. Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan digunakan kepada bakal jemaah haji dan umrah adalah vabsin Meningococa1 Meningtis A, C. Walau bagaimmapun disebabkan terdapat penambahan corak jenis kuman yang menyebabkan jagkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi mewajibkan penggunaan vaksin Meningococal Meningth Quadrivalent (ACYW 135).

xi. Pada masa ini di Malaysia terdapat 2 jenama vaksin ~eningococal Meningtis Quadrivalent dalarn pasaran, yang didaftarkan dan diluluskan penggunaannya oleh biro farmasi, Kernenterian I

Page 10: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Perubatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih

Kesihatan Malaysia. Jenama tersebut adalah seperti berikut: 1. Jenama: Monume Injection

Pengeluar: Syarikat Arentis Pharma, Malaysia. 2. Jenama: Mencerax Injection

Pengeluar: Syarikat Glaxosmithkline Pharmaceuticals. xii. Maklumat teknikal mengenai kedua-dua vaksin tersebut seperti

berikut :

Produk 2

Mencerax

Syarikat Glaxismithkline Pharmaceuticals

Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali lmhosa danPda smu lembu, jantung dan lemak lembu.

Proses penyediaan ini juga melibatkan Hinton Agar Medium tetapi ianya terdiri daripada Bovine Mlk. Tiada sumber khinzir digunakan.

Perkara

1. Jenama Vaksin

2. Dipasarkan oleh

3- sumber bahan

4. Proses penyediaan

Produk 1

Monume

Syarikat Aventis Phanna

Bahan mentah yang digunakan termasuk sumber-sumber bovine (lembu),porsin (khinzir) d m avian (itik). Bahagian yang digunakan termasuk susu, limpa dan bulu itik.

Kedua-dua bahan permulaan, Mueller Hinton Agar Medium (untuk membiakkan bahan aktif, Niggeria Meninggitis semasa proses produksi "crude paste") dan Deoxybonnuclease 11 (yang ditambahkan kepada bancuhan polisakarid untuk membantu proses purifkas9 mengandungi sumber-sumber khinzir.

Polisakarid tulen &tip dari sel-sel Nisseria Meningitidis dan diasingkan dari media perhmbuhan melalui proses-proses seperti penggemparan detergent precepitation, ekstraksi, solven atau organic dan dwifltrari. Menght pengilang, tiada terdapat sisa elemen khinzir dalam produk akhir.

Page 11: Vol.1 2007 Part 4.pdf

xiii. Kementerian Kesihatan Malaysia menyedialcan kemudahan suntikan vaksin Meningococal Meninglis secara percuma kepada rakyat Malaysia yang ingin menge rjakan haji dan umra.. Vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dari jenama Mencerax yang dipasarkan oleh Syarikat Glaxo Smith Kline Pharmaceutical. Pihak pembekal memaklumkan bahawa produk mereka tiada menggunakan sumber dari haiwan khinzir. "4

xiv. Satu suntikan vaksin Meningococal Meningtis (ACYW 135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selarna 3 tahun dari jangkitan penyakit Meningococal Meningtis yang disebabkan oleh kuman Nisseria Meningitides dari serotype A, C, Y dan W135. Bekalan vaksin adalah mencukupi untuk .. menampug keperluan yang dimaksudkan. ' i

xv. Merujulc kepada perangkaan dan laporan perubatan bahawa ianya terdapat 12 kematian akibat janglutan penyakit Meningococal Meningtis yang berlaku ke atas Jemaah Haji Malaysia pada tahw 2001. Manakala bagi tahun 2002 tiada sebarang kematian yang dilaporkan di kalangan Jemaah Haji ~ a l a ~ s i a " .

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

a) Kertas "Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningtis oleh orang Islam" telah disediakan oleh ~ a h a ~ i a n ~en~elidikan, J W . Disamping taklimat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pads awal majlis muzakarah yang memperincikan penjelasan berhubwg "Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningtis" untuk Jemaah Haji dan Umrah Malaysia.

b) Muzakarah mengambil perhatian setiap pandarigan yang dikernukakm oleh ahli-ahli, antaranya seperti berikut:

i. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran lam jenama Mencerrur dan jenarna Monumene. Vaksin jenama Mencerax adalah dari sumber SUSU, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama Monumene yang sumbemva mengandungi bahan W.

ii. Perrnasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jen- Mencerax hanya melibatkan sumbemya iaitu lembu tersebut sama

Page 12: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Perubatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih

ada ianya disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih vaksin Mencerax juga mengandungi bahm dari najis.

iii. Keharusan menggunakan vaksin jenama mencerax a&l& berdasarkan kaedah fiqh "AkhafS al-Dhararaynm walaupm sumbernya dari lembu yang belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama monumene yang mengandungi unsur khinzir tid& boleh digunakan.

iv. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhayliyy, beliau menyatakan bahawa walaupun bahan sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun jika ianya diproses dan berlaku pembahan atau pertukaran 'ayn yakni sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan vaksin berjenama monumene walaupun bahan sumbernya terdiri unsur khinzir.

v. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa bahan vaksin yang sumbernya dari bahan yang dihararnkan adalah tidak dibolehkan dan d iha rdan . Secara langsung pihak hospital atau klinik swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin berjenama mencerax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau Umrah Malaysia. pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-dua jenama vaksin iaitu monumene clan mencerax. Bahkan dinyatakan juga vaksin berjenama monumene yang rnengandungi asid aminu khinzir adalah diharamkan. Maka hanya v&in berjenama mencerax adalah diharuskan kerana tiada rnengandungi sumber yang diharamkm oleh Syarak.

,) ~ ~ a k a r a h bersetuju membuat keputusan seperti berikut: "Hukum menggunakan Vaksin Pelalian Vaksin Meningococcal Meningtis Mencerax yang diambil daripada sumber lembu harus manakala menggunakan vaksin pelalian Meningococcal Meningitis Monumene yang mengandungi unsur daripada babi ada1a.h haram"l8.

18 Himpman Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal ugama Islam Malaysia, Tahun 2003. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hlm: 74-76.

Page 13: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Ketiga: "Hukum pencantuman benih untuk mendapatkan zuriatn (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-55 pada 8 April 2003)

a) Muzakarah mengambil maklum dan perhatian akan taklimat mengenai

oleh Dr. Musa bin Mohd Nordin, Pakar Perunding Pediatrik clan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara. Taklimat yang disampaikm

"pembekuan embrio dan pencantuman benih bagi mendapatkan anak"

telah menjelaskan dan membantu ahli-ahli m-ah bagi membincangka. kertas "Hukum Pencantuman Benih mndapatkan nuiat" yang disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mohamad bin Abd Aziz, Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM. Muzakarah mengambil maklum kandungan kertas ke rja yang disampaikan seped berikut: i. Perkembangan bidang perubatan dengan pelbagai penemuan

baru dalam kajian embriologi dan persenyawaan sememangnya amat mengkagumkan. Kelahiran seorang yang bernama Louise Brown pada Julai 1978 di United Kingdom melalui kaedh persenyawaan Assisted Reproductive Techniques (ART) diat3L4aP satu pencapaian dalam bidang rawatan repmduksi.

ii. (ART)ltelmik bagi membantu reproduRsi adalah merujuk kepada beberapaprosedur dan kaedah pedatanyang digunakan oleh pakar reproduksi untuk mengendalikan kes-kes bagi membantu pasangan suami isteri yang kurang subur, -dul atau gaga1 memperolehi

melalui kaedah biasa. Teknik ini melibatkan pelbagai bedah pembatan seperti persenyawaan melalui kaedah Intra Cytoplasmic SF Injection dan In-1nm F&l&afiOn iaitu m e n c a n e blur (oocyte) yang dikeluarkan dari wanita &ngan sperma lelaki di

untuk membolehkan persenyawam berlaku. Di antara prosedur yang perlu dilalui oleh pesakit adalah texmasuk:

1. Pengawalan stimulasi ovari (controlled ovmian stimulation).

2. Peman- (monitoring). 3- F'rosdur makmal (Laboratory Pros&m). 4. Mage1uarka.n benih (Oocyte retrievaf). 5. Pemhdahan embrio (Embryo Thansferr), dan 6. Penyimpanan (C~plrrrmatwn) .

iii. Dalam mengendalkm k&es passop yang tidak subur melalui Kaxhh ART ini, beberap persoalan yang m e m e r l h penelitim dari segi hukum adalah ditiWmatkan.

Page 14: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Pembatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Terpilih

1. Mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum perkahwinan. Salah satu kaedah ART yang digunakan m a membolehkan seseorang itu mendapatkan anak kandung sendiri ialah kaedah mengeluarkan benih sebelum perkahwinan. Kaedah ini melibatkan oocytes perempuan atau sperma lelaki yang dikeluarkan sebelum seseorang itu berkahwin, atas sebab-sebab kesihatan atau masalah ketidaksuburan yang dijangka akan berlaku. Benih ini boleh disirnpanbekukan di dalam makmal sehingga tempoh masa antara 5- 10 tahun. Benih ini hanya akan dicantumkan dengan benih suami atau isteri apabila mereka telah berkahwin. Sedangkan benih itu (sama ada oocytes isteri sahaja atau sperma suami sahaja atau kedua-duanya) di kelwkan sebelum berlaku perkahwinan tersebut.

2. Memasukkan embryo ke dalam rahim isteri selepas berlaku perceraian atau kematian suami. Berdasarkan kepada peraturan umum yang digariskan dalam melaksanakan Kaedah ARTini, rawatan kes-kes ketidaksuburan hanya akan diberikan kepada pasangan suami isteri yang sah sahaja. Persoalan timbul sekiranya benih suami dan isteri telah dicantumkan (menjadi embryo), kemudian berlaku perceraianataukematiansuami. Apakahhukummemasukkan benih yang telah dicantumkan (embryo) yang dihasilkan semasa tempoh perkahwinan yang sah ke dalam rahim "si isteri".

ii. panel Kajian Syariah telah mengadakan mesyuarat pada 15-16 Oktober 2002 di Johor Bahru mengambil keputusan clan bersetuju seperti berikut:

1. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum perkahwinan atas sebab-sebab kesihatan atau masalah ketidaksuburan yang dijangka akan berlaku adalah h a m dengan syarat percanturnan dibuat dengan benih pasangan dalam tempoh perkahwinan yang sah.

2. Hukurn memasukkan pre-embyo ke dalam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram.

iii. Anak yang lahir hasil benih yang dikeluarkan sebelum perkahwinan tentunya mengundang kontroversi mengenai status anak tersebut. Berdasarkan kaedah Fiqhiyyah iaitu:

Page 15: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Maksudnya, "Semua wasilah atau jalan yang menjadi perantaram untuk menyampai kepada sesuatu tujuan, samalah hukumnya dengan maqasid iaitu perkara-perkara yang dituju itu".

iv. Satu lagi rnasalah ialah persoalan memasukkan benih yang dicantum ke &lam rahim ibu. B e d ini dicantum semasa tempoh perkahwinan yang sah. Tetapi dimasukkan ke &lam rahim setelah berlaku perceraian atau kematian suami. Mengikut h u b Syarak wanita yang ditalak atau kematian suami hendaklah menjalani tempoh idah. Ini untuk mengetahui rahim wanita tersebut suci dari sebarang kandungan. Ini berdasarkan Firman Allah:

0" ' o > 8.. >. , 4 .,, Lbc &l+% LwI,) I . I

Maksudnya, "Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali Quru"' (Surah al-Baqarah 2: 228).

Firman Allah Taala lagi:

Maksudnya, "Orang-orang yang meninggal di kalangan kamu, dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhban dirinya (beridah) empat bulan sepuluh hari " (Surah al-Baqarah 2: 234).

Firman Allah Taala lagi:

4 . , ,% 3: 3f ;;i;f j ~ 5 1 LY;~ . . .) Maksudnya, "Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu idah mereka ialah sampai mereka melahirkan kandungan mereka" (Surah al-Talaq 65: 4).

v. Dalarn konteks mengeluarkan benih suami isteri dan melakukan proses percantunan di makmal semasa tempoh perkahwinan yang sah hukumnyya adalah harus. Ini seperti yang difatwakan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kdli ke-5 clan ke-6 pada 16-1 7 November 1982 dan Oktober 1983 mengenai bayi tabung uji.

Page 16: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fahva Perubatan Di Malaysia: Analisa Fahva Terpilih

Keputusan tersebut adalah seperti berikut:

1. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara terhormat adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah.

2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka daripada keluarga yang berhak.

3. Sekiranya benih daripada suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam ianya dikira sebagai cara terhormat.

Bagaimanapun sekiranya pengeluaran benih telah dilakukan dan pencanturnan juga telah dilakukan sehingga menyebabkan berlakunya persenyawaan benih-benih tersebut, tiba-tiba berlaku perceraian atau kematian salah satu pihak sama ada suarni atau isteri sebelum sempat benih tadi dimasukkan ke dalam rahim si ibu. Sekiranya dimasukkan (implantation) juga benih yang dicantum ke rahim, seolah-olah memberi makna tindakan itu telah bercanggah dengan maksud beridah yang disyariatkan dalam Islam.

b) ~uzaka rah mengambil perhatian akan pendapat dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli, antaranya:

i. Kesucian ikatan perkahwinan tidak boleh dicabuli oleh mana-mana prosedur ART iaitu tidak hams bagi mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelum perkahwinan manakala ianya jelas haram bagi memasukkan embrio ke dalam rahim isteri selepas berlaku penceraian atau kematian suami.

ii. Dalil-dalil yang dikemukakan adalah urnurn. Justeru itu, Muzakarah mengesyorkan kertas kerja ini diperhalusi dan perlu diperkukuhkan dengan dalil-dalil yang lebih khusus bagi membantu ahli-ahli Muzakarah membincangkan dan membuat sebarang keputusan berkaitan.

iii. Muzakarah turut mencadangkan agar mendapatkan sesalinan dokumen dari Fiqh Medical Seminar pada bulan Mei 1983 serta seminar Sedunia Pertama mengenai Bioetika Kajian Reproduktif Manusia dalam Dunia Islam di Cairo pada 1 0- 13 &ember 1 99 1 &pat diedarkan kepada Ahli-ahli Muzakarah.

Page 17: Vol.1 2007 Part 4.pdf

/Akan permasalahan, bilabah proses "wiladah" yang diharuskan oleh Islam? Adakah harus proses "wiladah" itu bennula sebelum berlakunya akad nikah.

c) Muzakarah bersetuju memutuskan keputusan seperti berikut:

i. "Hukurn memasuhkan embrio ke &lam rahim isteri selepas berlaku kematian suami atau perceraian adalah haram.

i ii. Hukum mencantumkan benih yang dikeluarkan sebelm - - perkahwinan dan kemudiannya dibuat percanturnan dalam tempoh perkahwinan yang sah meme&kan kajian yang lanjut. Satu kertar kerja yang komprehensif perlu disediakan clan dibentang &lam Muzakarah yang akan datang"'9 ( ~ i m ~ u n a n ~ e ~ u t u s a n Muzakard 2003: 113-119). 1

,1 ANALISA FATWA-FATWA PERUBATAN j

Kepakaran perubatan sangat penting &lam penentuan sesuatu fatwa -

perubatan kerana ia akan menggambarkan keadaan atau realiti sebenar sesuatu masalah. Jika sesuatu fatwa perubatan dikeluarkan tanpa merujuk kepada pandangan para pakar, dibimbangi terdapat kefahaman yang s i l~1 atau tidak menyeluruh terhadap sesuatu isu yang dibincangkan.

- fa Dalam ha1 ini, jika dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, ia teld mengambilkira pendapat pakar sebelum memutuskan sesuatu fatwa Ymg berkaitan dengan perubatan. Namun demikian, tidak ada pakar perubatan Yang menjadi rujukan khusus Majlis Fatwa Kebangsaan. Bahkan majlis tersebut akan mengundang para pakar berkaitan mengikut kepak-ya- bersesuaian dengan isu a t . persoalan perubatan yang dibincangkanzO. 3 Setelah meneliti dan mengkaji proses mengeluarkan fatwa yang telah dilakukan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, dirumuskan perkm- perkara berikut:

i. Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah melalui proses mengelwkm fatwa yang baik dan tersusun. Ini terbukti berdasarb carts

19 Himpunan Keputusan Muzalcarah Jawat* Fatwa M~J, JC&mgs+an Ba@ Hal Ehwal U r n Islam Malaysia. Tabu 2003. Jabatan Kemajum Islam Malaysia. hlm: 113-1 19.

20 Mohd Sakiinnan bin Ahmad. Penolong Pengaah Bahagian Keurusetiaan dm Perhub~ngm Antarabangsa. Jabatan Kemajuen Islam Malaysia (JAKIM). Fungsi Buhgiun KewuseHam, dan Perhubungan Antluabmrgsa Dolam F m . 7 A@ April.

Page 18: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Perubatan Dalam Proses Mengeluarkan Fahva Perubatan Di Malaysia: Analisa Fahva Terpilih

penggubalan sesebuah fatwa yang hendak dikeluarkan oleh pih& Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka menjalankan penyelidikan yang teliti sebelurn mengemukakan apa-apa cadangan kepada pih& berwajib.

. Kerjasama yang diberikan oleh pakar perubatan kepada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dalam proses mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan perubatan adalah menggalakkan dan erat. Kerjasama mereka dalam mengemukakan maklumat memang tidak dapat dinafikan lagi khususnya daripada pakar-pakar perubatan yang dirujuk dan Kementerian Kesihatan arnnya.

iii. Cara sesuatu fatwa perubatan yang dibuat oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan adalah lebih tertumpu kepada perbincangan terhadap sesuatu isu yang timbul di dalam masyarakat. Banyak isu yang dikaji berdasarkan permasalahan semasa yang dihadapi oleh orang Islam di Malaysia khususnya, sebagai contoh penggunaan suntikan pelalian vaksin "Meningococcal Meningtis".

Persoalan penggunaan vaksin tersebut tirnbul berikutan penguatkuasaan suntikan vaksin pelalian itu untuk mereka yang ingin menunailcan haji dan urnrah di Mekah dan Madinah. penguatkuasaan ini bertujuan menjamin kesihatan jemaah haji dan umrah Malaysia. Berikutan itu timbullah kesangsian masyarakat Islam tentang hukum penggunaan vaksin tersebut.

pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjalankan penyelidikan bagi mencari hukum penggunaannya menurut pandangan Islam, dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat penelitian penggunaan vaksin tersebut serta telah mengeluarkan hukum iaitu keharusan menggunakannya.

Dalam isu ini contohnya, para penyelidik mendapati bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah merujuk kepada pakar-palcar perubatan yang terdiri daripada Dr. Hasan Abdul Rahmaan, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan penyakit (Penyakit berjangkit), Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau turut dibantu oleh Dr. Magollan Sinnah, Bahagian Viruslogi serta Puan Hasnah Ismail, Bahagian Farmasi dan kedua-duanya juga dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

'9'1'

Page 19: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Setelah Majlis Fatwa Kebangsaan menggeluarkan hukum keharusan itu, telah terjawab kesangsian masyarakat tentang hukum penggunaannya selama ini, masyarakat kini tidak lagi merasa ragu-rap untuk menggunakannya. Dari situasi ini dapat diperhatikan, betapa pentingnya kewujudan institusi fatwa yang berkaliber di negara kita bagi menjamin kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa khususnya isu perubatan.

iv. Pakar perubatan dijemput untuk menerangkan perkara-perkara di dalam pengetahuan pakar tetapi mereka tidak dilantik sebagai ahli tetap majlis muzakarah. h i &pat dilihat dengan jelas pa& keanggotaan tetap Majlis Fatwa Kebangsaan, tiada seorang pun daripada kalangan mereka yang berlatarbelakangkan pengajian perubatan.

Pakar-pakar perubatan hanya dijemput untuk menjelas dm menerangkan sesuatu isu yang berkaitan dengan bidang perubatan yang akan dibincngkan dalam sesuatu muzakarah fatwa. Namun demikian, mereka bukanlah anggota tetap bagi Majlis Fatwa Kebangsaan.

v. Pakar pembatan tidak mempunyai autoriti untuk mengelwka fatwa sebaliknya mereka hanya menerangkan perihal sebenar yang berlaku bagi sesuatu masalah sahaja. Mereka sama sekali tidak berlcuasa membuat keputusan ataupun mengambil bahagian &lam pernutusan sesebuah fatwa. Kehadiran mereka hanya s e k a b memberikan penjelasan yang terperinci kepada para anggota Majlis Fatwa Kebangsaan yang akan memutuskan fatwa tentang perkara tersebut.

vi. Kesahihan fatwa-fatwa yang berkaitan dengan isu-isu perubatan tidak pemah dipertikaikan, dan perlu timbul sama sekali rasa kesangsian terhadap fatwa-fatwa perubatan yang telah diputuskan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ini kerana para pakar perubatan yang menjadi rujukan Majlis Fatwa Kebangsaan telah menerangkan secara jelas tentang kedudukan isu-isu tersebut kepada pihak ahli Majlis Fatwa Kebangsaan melalui sesi-sesi perbincangan yang menyeluruh, teratur dan telus.

Page 20: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakaran Pe~batan Dalam Roses Mengeluarkan Fatwa Perubatan Di Malaysia: Analisa Fahva Terpilib

rii. Terdapat juga isu perubatan yang tidak dirujuk kepada p&ar perubatan sebaliknya hanya dirujuk kepada ahli akademik seperti isu pengklonan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 5 1 bertarikh 11 Mac 2002. Ini kerana keperluan mendesak daripada pihak Kementerian Luar Negeri untuk mendapatkan pandangan fatwa mengenai hukum pengklonan manusia dari perspektif Islam.

Kertas tersebut menjurus kepada konsep dan merujuk kepada beberapa kitab muktabar serta keputusan fatwa luar negara. Walau bagaimanapun, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menyediakan kertas mengenai Pengklonan Terapeutik untuk dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada masa akan datang2'.

Justeru, persoalan mengapa isu tersebut tidak dirujuk kepada pakar perubatan sudah terjawab iaitu ia masih di peringkat ~ermulaan bagi mendapatkan maklumat-maklumat awal terhadap isu tersebut. Tambahan pula, ahli akademik yang telah dirujuk mempunyai kajian yang baik dan mendalam terhadap isu yang diperbincangkan itu.

Tidak banyak fatwa perubatan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan antara tahun 1998-2003. Ini bukan bererti pihak Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyelesaikan isu-isu perubatan yang lain, sebaliknya berkemunghan masyarakat memjuk kepada fatwa-fatwa perubatan yang telah dikeluarkan oleh para ilmuan dan badan-badan fatwa yang lain seperti Majmac al-Fiqh al-lslamijy dan Dar al-@a '.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Fatwa merupakan satu elemen penting dalam kehidupan umat Islam pa& zaman sekarang. Ia membimbing dan menerangkan kepada masyarakat a ~ m tentang hukum-hukum Islam yang menyentuh kehidupan, amalan, kepercayaan malah masa depan dan survival ummah. Dalam konteks bias& ia merupakan satu autoriti atau rujukan dalam soal-soal agama yang

21 Hj. Abdul Hamid @ YWoff bin YUIIUS & Puan PauZai~ah binti Haron. Pemangku Pengarah ~ d g i a n Penyelidikau & Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Cawangan Syari&. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fungsi Bahagian Penyelidikan Cawangm syoriah Dalam Fatwa. 1 September 2004.

Page 21: Vol.1 2007 Part 4.pdf

JurnoI Pengunuan don Penp/k&hn FatW

dipatuhi baik secara kesedaran terhadap agama itu atau kadang-kahg secara kuat kuasa pemerintah yang mewajibkan fatwa itu diikutiu.

Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah melaksanakan amanah mengeluarkan fatwa dengan baik dan cemerlang. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telab mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan erti kata lain, fatwa-fatwa tersebut khususnya yang berkaitan dengan isu perubatan telah melalui proses kajian dan penyelidikan yang menyeluruh, telus dan teratur.

Ia juga dirujuk kepada pakar-pakar &lam bidang yan seperti &lam Muzakarah Jawatankuasa fatwa Kali ke-5 pembekuan embrio dan pencanturnan benih bagi mendapatkan anak Y disampaikan oleh Dr. Musa bin Mohd Nordin, Pakar Perunding Pedi dan Neonatologi, Hospital Pakar Damansara.

Justem, tidak perlu timbul sebarang kesangsian dan keraguan te kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan berkaitan isu perubatan, kerana mereka telah melakukan perkara yank3 sewajarnya dalam memutuskan sesuatu fatwa.

BIBLIOGRAFI

Abd al-Majid al-Susuh al-Sharafiyy. 1998. al-ljihad a l J a m d i y ~ Tashrf al-Islamiyy. Qatar: Wizarat al-Awqaf Wa al-Shu Islamiyyah.

Ahmad al-'Ayid et.al. al-Md-jam al-'Arabjy al-Asasiyy. t. Munazzamab al-'Arabiyyah Li al-Tarbiyyah Wa al-Thaqafah al-vlurrt- , - 1 . 7 , r ,

g-. - . 1

Ahmad Hidayat Swing. 2004. Penulisan dan Kajian Fatwa. Malaysia. Kuala Lumpur: Mashi Publication.

Al-Ashqar, Muhammad Sulayman. 1422W200 1 M. al- Wadih Fi Us Fiqh. 'Amman: Dar al-Nafa'is.

r ' C&, L ' . A 7 , - ' '* Ir

22 Ahmad Hidayat Buang. 2004. Penulisan dan ICajian Qatwa Fatw8 Kud8 Mashi Publication. hlm: 1.

Page 22: Vol.1 2007 Part 4.pdf

Kepakarm Perubah Dalam Proses Mengeluarkan Fatwa Pembatan Di Malaysia: Analisa Fatwa Te~pilih

Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Maj lis Kebangsw Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Tahun 2000-2002. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Maj lis Kebangs- Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Tahun 2003. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

JAKIM. E-Fatwa. 2 1 September 2004. Jawatankuasa Fatwa di Malaysia. <http://ii.islarn. gov.my/e-fatwa/mufti.asp>.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998. Cet. 4. Kuala Lurnpur: Dewan &hasa dan Pustaka.

Majdah Zawawi. 2001. Human Cloning: Comparative Study of The Legal and Ethical Aspects of Reproductive Human Cloning. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia.

tub Mustafa Sano. 2000. Adawat al-Nmar al-ljtihadiyy 01-ManshudFi Daw 'al- Wag? al-Mucasir. Beirut: Dar al-Fikr al-Mucasir.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Akta 1993.

~ ~ h d Sahirman bin Ahmad. Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fungsi Bahagian Keurusetiaan dun Perhubungan Antarabangsa Dalam Fatwa. 7 April 2004.

Hj. Abdul Hamid @ Yusoff bin YU~US & Puan Pauzaiyah binti Haron. pemangku Pengarah Bahagian Penyelidikan & Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Cawangan Syariah. Jabatan ~emajuan Islam Malaysia (JAKLM) . FungsiBahagian Penyelidikan Cawangun Syariah Dalam Fatwa. 1 September 2004.