Upload
others
View
22
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KHUSUS HHHC 9601
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
PENSYARAH
ENCIK GAN CHUN HONG
Nama pelajar : See Xiao Xu
No Matrik : A144581
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Program/Tahun Pengajian : Fisioterapi/Tahun Satu
PROJEK YANG DISERTAI
Nama Projek : Mock Interview of English Speaking ZoneKod Projek : DN00281/2014Jawatan/Peranan yang disandang : Exco PemasaranTarikh Mula Projek : 19 April 2014Tarikh Tamat Projek : 14 May 2014Ketua Projek : Norashiqin Shaari (019-3320815)Penasihat Projek : Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib
(1) Perancangan Projek
Saya telah dipilih sebagai Exco Pemasaran 1 dalam projek Mock Interview English
Speaking Zone. Saya telah melibatkan diri dalam perbincangan perbincangan tentatif projek
(Lampiran 4) ini bersama ahli jawatankuasa English Speaking Zone (ESZ) yang lain. Dalam
proses menghasilkan kertas kerja(sila rujuk Lampiran 1), menghantar kertas kerja kepada
pihak JPPel, permohonan kod JPPel, dan menunggu perlulusan projek daripada pihak JPPel,
saya juga menyiapkan carta gantt (Lampiran 2) dan carta aliran perjalanan projek ( Lampiran
3 )selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa ESZ yang lain dalam mesyuarat.
Perancangan projek adalah berdasarkan objektif penganjuran yang berasaskan learning
contact (LC) yang berikut:
HHHC1 Kemahiran Sosial dan
Kebertanggungajawaban
HHHC2 Kemahiran Komunikasi
HHHC3 Kemahiran Pengurusan Makluma dan Pembelajaran Sepanjang
Hayat
HHHC4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap,
Etika dan Profesionalisme
HHHC5 Kemahiran Pemikiran Kritikal,
Penyelesaian Masalah dan Pendekatan
Saintifik
HHHC6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja
Berpasukan
HHHC7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
HHHC8 Kemahiran Kreatif dan inovatif
HHHC9 Kemahiran Sosial dan
Kebertanggungjawaban
8 KEMAHIRAN DALAM KONTRAK PEMBELAJARAN
Berikut ialah carta gantt tentang perancangan projek :
Berikut ialah carta aliran pelaksanaan projek :
Mula
Memilih ahli jawatankuasa dan Exco
Mesyuarat untuk merancang projek dan mengetahui tentang
visi dan misi
Exco membahagikan tugas kepada AJK
Mesyuarat dengan pengarah , Exco dan AJk lain untuk
melaporkan kemajuan kerja.
Pelaksanaan projek ( Penjualan roti, minta penajaan )
Melaporkan gerak kerja, menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Melakukan penjualan roti ,makanan ringan dan gula-gula ( March )
Membeli bahan buatan kek batik,membuat kek batik serta menjual kek batik, roti, makanan ringan dan gula-gula (April)
Menghias dan mengemaskan Dewan Serbaguna KTSN
Majlis perasmian English Speaking Zone
Raptai aktiviti Mock Interview
Aktiviti Mock Interview pada 20/4/2014
Mengemas Dewam Serbaguna
Post-mortem, refleksi projek.
Majlis penutupan English Speaking
Pelaporan
Kurang memuaskan
(2) Pelaksanaan Projek
Setiap kali menghadiri mesyuarat bersama dengan ahli jawatankuasa Mock Interview
of English Speaking Zone yang lain, Exco-exco dan ahli jawatankuasa daripada bahagian
pamasaran akan berbincang tentang persediaan dan perancangan kami untuk menjalankan
pelbagai cara untuk tujuan kutipan belanjawan untuk projek ini. Kami telah mencadang
pelbagai cara seperti mengadakan jualan dan meminta tajaan daripada syarikat ( Lampiran 5).
Selain itu, setiap ahli jawatankuasa daripada bahagian pemasaran sangat aktif dalam
penyertaaan pelaksanaan projek. Contohnya, setiap ahli jawatankuasa bahagian pemasaran
melibatkan diri dalam penjualan roti yang dijalankan dua kali setiap minngu.
Sebagai Exco pemasaran, saya akan membahagikan tugas kepada ahli jawatankuasa saya.
Kami saling membantu dan bekerjasama bagi memastikan proses pelaksaan projek dapat
dilakukan dengan lancar. Contohnya, kami akan sentiasa sentiasa melaporkan progress
kemajuan masing-masing tentang jualan supaya sentiasa jelas tentang perkembangan tugas
Kami sedang membahagi roti yang hendak dijual.
kami. Saya akan memastikan setiap ahli jawatankuasa faham dengan matlamat kami.
Seterusnya, saya telah membahagikan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa bahagian
pemasaran untuk menelefon syarikat untuk meminta tajaan serta menghantar surat
permohonan penajaan(Lampiran 6) melalui email. Saya telah mendemonstrasikan cara
berkomunikasi dengan syarikat serta memberi galakkan kepada ahli jawatankuasa bahagian
pameran saya supaya menyakinkan mereka untuk menghubungi syarikat(sila rujuk Bukti-
Video 1).
Sebagai seorag pemimpin dalam bahagian pemasaran,saya akan mendengar serta
mempertimbangkan cadangan-cadangan ahli jawatankuasa bagi meningkatkan kutipan
belanjawan.
Kami telah menghadapi beberapa masalah semasa menjalankan aktiviti pemasaran
kita. Antaranya merangkumi ketidaksetujuaan tajaan daripada syarikat, barangan yang kami
jual tidak mendapat sambutan yang baik daripada penghuni Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).
Contoh email untuk meminta tajaan.
Selepas mengkaji punca-punca masalah, kami mendapati bahawa terlalu banyak jualan
seperti jualanan makan ringan dan dedikasi telah diadakan di KTSN dan ini menyebabkan
penghuni KTSN telah hilang minat terhadap jualan tersebut. Di samping itu, kebanyakan
syarikat telah penuh dengan tajaan pada bulan April, mereka tidak menpunyai belanjawan
yang lebih untuk menaja projek kami. Saya telah mengadakan mesyuarat kecemasan antara
ahli bahagian kami untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya mendapati bahawa
penjualan kek batik masih tidak dimulakan di KTSN. Selain itu, saya juga mendapati bahawa
kek batik lebih mendapat sambutan baik daripada pembeli kerana kek batik yang berperisa
coklat lebih sedap berbanding dengan makanan ringan dan gula-gula. Bagi mengurangkan
modal penjualan kek batik, saya telah mencadang membuat kek batik dan cadangan ini telah
diterima oleh ahli jawatankuasa saya. Kami telah mendapat bantuan daripada kawan yang
berpengalaman serta mendapat cara pembuatan kek batik dari internet.
Saya sedang memilih bahan untuk membuat kek batik.
Proses membuat kek batik.
Kami telah bekerjasama membuat kek batik , oleh yang demikian, proses pembuatakn kek
batik hanya memerlukan masa yang singkat sahaja. Hasil jualan kek batik yang kami buat
mendapat sambutan yang baik kerana sedap dan murah. Pada masa yang sama, kami juga
menjual roti, makanan ringan dan gula-gula dengan mengantungkan bungkusan makanan
ringan di sebelah pintu tangga pada setiap blok.
Hasil daipada usaha kami, kami telah berjaya mendapat kutipan belanjawan yang mencukupi
untuk projek kami.
Dalam proses mengadakan jualan dan meminta tajaan, saya telah mempelajari cara
untuk menjadi pemimpin yang baik dan cara bekerja bersama ahli jawatankuasa. Saya berasa
sangat bertuah kerana saya telah mempunyai pengalaman melibatkan diri dalam aktiviti
Kek batik yang telah disiapkan.
Kami sedang menjual kek batik.
Kami sedang membungkus makanan ringan.
Bungkusan makanan ringan yang hendak digantung di pintu tangga.
pemasaran dan berpeluang untuk menpelajari pelbagai ilmu tentang kepentingan kepimpinan
serta berpasukan.
(3)Refleksi
Dalam proses pelaksanaan projek kami, saya telah menyedari betapa pentingnya
kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kehidupan kita. Sebagai seorang Exco
pemasaran, saya telah mendapati beberapa ciri-ciri yang haruslah ada ada seorang pemimpin
seperti bertanggungjawab, menjadi contoh yang baik, mencari peluang, mengenalpasti serta
serta menyelesaikan masalah dan mengekalkan buhungan baik antara ahli jawatankuasa. Saya
juga perlulah memahami kekuatan serta kelemahan ahli jawatankuasa dalam pembahagian
kerja-kerja supaya kekuatan ahli jawatankuasa dapat digunakan dengan sepenuhnya dalam
menjalankan tugas masing-masing. Di samping itu, saya akan berbincang dengan ahli
jawatankuasa dan menerima pendapat mereka sebelum membuat sesuatu keputusan supaya
semua ahli jawatankuasa jelas dan setuju dengan matlamat kumpulan.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa semangat kerja berpasukan adalah penting
bagi memastikan sesuatu matlamat dapat dicapai dalam tempoh yang ditentukan. Kerjasama
antara ahli jawatankuasa dan exco amatlah diperlukan supaya tugasan dapat dijalankan
dengan lancar. Kerja berpasukan membolehkan setiap ahli jawatankuasa berpeluang untuk
belajar berkongsi pendapat dan menerima pendapat orang lain supaya memajukan kemahiran
sendiri. Semangat berpasukan yang wujud di antara semua ahli jawatankuasa serta exco telah
banyak memudahkan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Semua ahli jawatankuasa akan
menimbulkan perasaan saling mempercayai dalam suasana kerja berpasukan.