Kemahiran berfikir secara kreatifa)Kemahiran dalam Pemikiran Kreatif
b) Teknik Mengembangkan Idea
Kemahiran dalam Pemikiran Kreatif:• Menjanakan Kemungkinan Idea• Mencipta Analogi• Mencipta Metafora
1. Menjanakan Kemungkinan Idea
• Menjanakan kemungkinan idea merupakan satu kemahiran menghasilkan ciptaan atau menyelesaikan masalah.
• Tujuan: Kemahiran ini adalah untuk membantu
pelajar menghasilkan idea yang pelbagai, menentukan idea yang terbaik berdasarkan idea-idea yang telah disumbang saran dan mencipta sesuatu yang kreatif.
2. Mencipta Analogi• Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada
perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.
• Tujuan:Memahami bahasa figuratif yang terdapat dalam
teks.Mencipta dan menggunakan analogi dalam
penulisan atau lisan.Menghasilkan bahan penulisan atau lisan dengan
lebih kreatif.
3. Mencipta Metafora• Metafora ialah sejenis bahasa figuratif yang dicipta untuk
menyatakan makna sesuatu perkara dengan menggunakan kata atau lambang lain.
• Contoh:Tikus itu lari apabila melihat pengurusnya telah datang.Harapannya menggunung.• Tujuan:Mencipta dan menggunakan metafora dalam penulisan
atau lisan.Menyatakan maksud sesuatu perkara dengan
menggunakan lambang atau perkataan lain.Menghasilkan sesuatu bahan dalam bentuk yang tersirat.
Teknik Mengembangkan Idea
Pelbagai idea dapat kita hasilkan dengan sumbang saran. Idea-idea yang diperoleh dapat kita kembangkan dan luaskan menjadi satu idea yang baru.
• Alex Osborn (1963) menyenaraikan cara-cara yang berikut untuk mengembangkan idea.
Modify (Ubahkan)Minify (Kecilkan)Magnify (Besarkan)Substitute (Gantikan)Rearrange (Atur Semula )Reverse (Terbalikkan)Combine (Gabungkan)
• Sesuatu idea boleh dikembangkan dengan menggunakan suatu senarai semak yang dipanggil SCAMPER (perkataan bahasa Inggeris yang bermakna lari cepat), suatu memonik yang mewakili teknik-teknik berikut:
Substitute (Tukar ganti )Combine (Cantum) Adapt (Sesuaikan)Modify (Ubah)Put to other uses (Guna dengan cara lain)Eliminate (Hapuskan)Rearrange (Susun semula )
SEKIAN TERIMA KASIH
Recommended