PENGURUSAN DALAM ISLAM
Asmahan Mokhtar Nurshahiza Mohamad Isa
Norni Abd Wahab
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any
retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical,
photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :
Curriculum Development and Assessment Section,
Curriculum Development and Career Training Division
Department of Polytechnic Education, MOHE
Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Cataloguing –in-Publication Data
Pengurusan Dalam Islam – Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa, Norni Abd Wahab ISBN
1. Islam
2. Pengurusan Islam
AA204 Pengurusan Dalam Islam
Editorial
Editor
Pn. Yusma bt. Yusof
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT
En. Yusni b. MohamadYusak
Penolong Pengarah Kanan
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT
Pn. Suzianah bt. Sahar
Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik, KPT
Penulis
Pn. Asmahan bt. Mokhtar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
Pn. Nurshahiza bt. Mohamad Isa Politeknik Seberang Perai (PSP)
Norni bt. Abd Wahab Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
Bab - 1 Konsep Pengurusan Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)
Norni bt. Abd Wahab (PKK)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
5
BAB 1
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1) 1.1 Memahami konsep pengurusan Islam
Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan
sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan
yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi
yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT
dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
1.1.1 Pengertian pengurusan dan pentadbiran
1.1.1.1 Pengurusan
KONSEP PENGURUSAN ISLAM
Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan
perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan
dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi
hinggalah kepada pengurusan sebuah negara
AA204 Pengurusan Dalam Islam
6
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi
melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik,
teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan
pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti
mencakupi 3 elemen utama iaitu :
i. Pengurus
ii. Organisasi
iii. Tatacara atau garis panduan pengurusan.
Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa sebab
pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi. Antara keperluan pengurusan
termasuklah :
Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi tidak mungkin dapat beroperasi
dengan lancar dan bersistematik.
Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan
cekap dan pantas.
Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang
dikehendaki.
Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.
Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
7
Proses Pengurusan
Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenalpasti
fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini
merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan.
Ramalan dan
Perancangan
Pengurus melihat masa depan dan
membuat keputusan berhubung
atau berdasarkan tindakan yang
akan diambil.
Pengelolaan
Pengurus mengumpul kerja-kerja
yang berkaitan dalam kelompok
tersendiri, kemudian menyusun
ahli-ahli dan seterusnya
menetapkan tugas ahli-ahli
tersebut.
Arahan
Pengurus memberi arahan dan
panduan untuk memastikan kerja
dapat dibuat dengan cekap dan
sempurna.
Penyelarasan
Pengurus menyatukan segala usaha
dan aktiviti yang dikira penting
serta memastikan segala aktiviti
berjalan sesuai dengan rancangan
yang telah ditetapkan.
Kawalan
Pengurus membuat pemeriksaan
dan penyeliaan yang berterusan
tentang pelaksanaan rancangan dan
memastikan tindakan yang diambil
tepat.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
8
1.1.1.2 Pentadbiran
Asas sesebuah pentadbiran adalah untuk mencapai matlamat organisasi melalui
kakitangannya yang cekap, amanah, setia, dedikasi dan berkesan. Dalam
melaksanakan tugasnya, manusia memerlukan keseluruhannya pengurusan,
kepimpinan, pengambilan keputusan, perhubungan manusia dan kelengkapan
kerja membentuk satu sistem pentadbiran.
Definisi Pentadbiran
Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan
urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-
lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk
mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi
pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau
konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa
pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan
pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
9
Dr. S.P Siagian mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada tujuh peringkat kegiatan iaitu:
Penentuan tujuan yang hendak dicapai, dimana sifat, skop dan bentuk tujuan itu
akan menentukan kegiatan yang seterusnya
Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, dimana mencakupi tujuan akhir,
strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan.
Perumusan polisi, dimana pimpinan organisasi bertanggungjawab untuk
merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan
Pengambilan keputusan, di mana ia merupakan satu proses yang penting dalam
pentadbiran.
Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan selanjutnya
dilaksanakan, atau dengan kata lain dipanggil fungsi pengurusan seperti
perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.
Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem), membolehkan pengukuran dan
perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau
standard yang telah ditetapkan sebelumnya
Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas, di mana
merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan
membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali
perjalanan organisasi, perumusan polisi baru, perancangan semula, memperbaiki
sistem pengurusan dan sebagainya.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
10
1.1.2 Menjelaskan peranan tauhid sebagai asas pengurusan Pengenalan
Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka dengan itu, ianya tidak dapat
dipisahkan dengan paksi Islam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui ‘roh tauhid’
inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh
kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada
satu ketika dahulu.
Konsep Tauhid
Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam
semestinya berteraskan kepada konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati
ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan
sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya. Konsep
tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan
Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan
doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia
adalah makhluk Allah SWT.
Konsep ini meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang
sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah
manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha
Pencipta, sementara manusia telah ‘dilantik’ sebagai khalifah Allah di muka
bumi ini.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
11
Konsep tauhid bertujuan untuk menjalinkan ikatan di antara manusia dengan :
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid ini dengan sebenarnya.
Pen
cip
tan
ya
(Hab
lun
Min
alla
h)
Manusia tidak boleh mengagung-agungkan inovasi-inovasi manusia berupa perundangan, adat-istiadat, teori-teori dan falsafah-falsafah yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. (Jiwa Mohd.Isa (1998). "Konsep Pengurusan dari Perspektif Islam”.Jurnal Produktiviti,5)
Secara idealnya pula, seseorang itu tidak harus tunduk atau menurut perintah ketuanya ataupun mana-mana pihak sekiranya perintah tersebut jelas berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam.
Sesa
ma
Man
usi
a
(Hab
lun
Min
ann
as)
Menyeru manusia memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan di antara manusia sesama manusia hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, toleransi, kasih sayang, persefahaman dan keadilan. Jika nilai-nilai ini diabaikan, masyarakat akan menjadi kucar-kacir, dipenuhi dengan syak wasangka,permusuhan dan perbalahan
1. Tujuan Penciptaan Manusia
“ Dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan
diri kepada Aku (Allah) SWT.” (Az-Zariyat : 56)
2. Mendapat Keredhaan Allah SWT
“…Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan daripada Allah dan Rasulnya, sekiranya mereka adalah daripada orang yang beriman.” (At-Taubah ; 62)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
12
Implikasi Tauhid Terhadap Pengurusan
Sekiranya semangat tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu muslim dengan sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam kepada kehidupan sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid akan memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuan seseorang muslim. Ini kita hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan seperti berikut :
AA204 Pengurusan Dalam Islam
13
1. Individu muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang beramanah, cekap dan berdisiplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semesta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
2. Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (self-esteem) yang paling tinggi. Dalam organisasi , individu seperti ini akan berani memperkatakan sesuatu yang hak dan benar,walaupun ini boleh menjejas kedudukannya. Walaupun demikian, sekiranya ini perlu dilakukan di hadapan seorang ketua, ia hendaklah dilakukan dengan cara yang hikmah.
3. Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikap sombong, angkuh dan bongkak walaupun mempunyai kuasa atau autoriti dalam organisasi. Sikap pekerja atau pengurus seperti ini akan dapat membentuk budaya kerja yang dicirikan oleh semangat hormat-menghormati, prihatin dan tolong-menolong di antara satu sama lain.
4. Konsep tauhid akan menjadikannya manusia itu orang yang soleh, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Individu tersebut percaya dia tidak akan menempah kejayaan melainkan dia mengikut perintah Allah SWT. Keyakinan seperti ini sudah tentunya akan menjadikan seseorang pekarja atau pengurus itu mengamalkan nilai-nilai murni, amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap menjalankan tugas.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
14
Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan semestinya berteraskan konsep
tauhid. Konsep tauhid ini mencerminkan pandangan dunia dan alam yang
bersepadu. Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas
sekalian mahluk-Nya. Oleh itu sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam
dalam perkhidmatan awam hendaklah berteraskan kepada konsep tauhid
tersebut.
Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipraktikkan oleh individu Islam
dengan sebenar-benarnya, maka sudah semestinya ianya akan menghasilkan
implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan seharian.
5. Tidak akan mudah putus asa apabila berlakunya musibah ataupun kegagalan
6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
7. Mewujudkan sikap aman, redha dan menghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan iri hati.
8. Membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
15
Implikasi yang boleh dikaitkan dengan pentadbiran ialah :
1. Individu muslim akan bersifat terbuka, tidak jumud dan sempit
pemikirannya.
2. Konsep tauhid akan melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan
diri yang begitu tinggi.
3. Semangat tauhid menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.
4. Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh,
berani bertindak dan berdiri tegak dengan kebenaran.
5. Orang yang beriman tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.
6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran,
keazaman, dan kesungguhan yang tinggi.
7. Semangat tauhid mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap
tamak, haloba dan dengki.
8. Konsep tauhid membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan
Allah.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
16
1.1.3 Menerangkan konsep al-istikhlaf.
Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang
ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan
memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan
mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang
amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia.
Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan
tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk
menjadi pengurus dunia.
Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukkan kepada
manusia sejak awal kejadian iaitu semasa Nabi Allah Adam diciptakan.
Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan dibandingkan dengan
makhluk-makhluk lain iaitu untuk memikul tugas membangun dan
memakmurkan dunia.
Dari prinsip istikhlaf inilah berpaksinya sistem kerana bermula dari titik
inilah manusia ditetapkan dengan tanggungjawab mengurus segala isi
kandungannya. Ianya adalah termasuk manusia itu sendiri, segala sumber
kekayaan alam dan segala pemberian serta kemurahan Ilahi dalam bentuk
ilmu termasuk sains dan teknologi.
Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “Bagi Allahlah segala yang ada
di langit dan di bumi”. Terjemahan Surah al-Maidah : 17. Oleh itu manusia
bertanggungjawab menjaga, mengolah, mengguna dan mengagihkan harta
yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka
yang memerlukannya.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
17
Secara terperincinya boleh dijelaskan seperti berikut :-
Kedudukan ini meletakkan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T
dalam keadaan keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang
boleh mendatangkan kerosakan kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada
alam sekitar, pembaziran dan pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber
manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status
manusia dalam konteks ini diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah S.W.T dan
bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia
sebagai khalifah ini, Allah berfirman yang bermaksud :
Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah
pengeluaran, mempertingkatkan kidmat bakti kepada masyarakat, membangun
dan menggalakkan pertumbuhan. Tentang peranan ini, al-Quran menjelaskan
dalam surah Huud ayat 61 yang bermaksud : “Dia telah menciptakan kamu dari
bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya”. Falsafah ini jelas mengikat
manusia dengan peranan yang positif untuk memakmurkan bumi. Dalam
perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan menjuruskan segala aktiviti
perekonomian di atas landasan yang sihat dan bermanfaat.
i) Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-An’am ayat 165)
ii) Memakmurkan bumi
AA204 Pengurusan Dalam Islam
18
1.1.4 Membandingkan Pengurusan Islam dan Barat
Berdasarkan paradigm tauhid yang menekankan keseimbangan dan kesepaduan antara tuntutan keduniaan dan akhirat
Pengurusan Islam
Tidak berteraskan prinsip agama, malahan bersifat dualism dalam banyak hal
Pengurusan Barat
Keuntungan dan tanggungjawab sosial membawa kepada kebaikan hidup individu,organisasi, Negara dan ummah secara menyeluruh
Pengurusan Islam
Memaksimumkan keuntungan untuk kebaikandiri, organisasi serta negara dari sudut kebendaan dan keduniaan semata-mata
Pengurusan Barat
Sebagai hamba Allah dan juga khalifahNya di bumi ini.
Pengurusan Islam
Mengabdikan diri kepada ketua dan organisasi
Pengurusan Barat
Teras Pengurusan
Matlamat
Fungsi Individu
AA204 Pengurusan Dalam Islam
19
Upah yang setimpal di samping mengambil kira persoalan dosa dan pahala yang bersifat lahiriah dankerohanian
Pengurusan Islam
Bersifat lahiriah keduniaan yang bersifat jangka pendek
Pengurusan Barat
Berlandaskan niat yang ikhlas dan menjadikan bekerja sebagai satu ibadah dengan segala implikasinya
Pengurusan Islam
Bekerja untuk mendapat kepuasan kebendaan,untuk kehidupan dan kepuasan diri semata-mata.
Pengurusan Barat
Didorong untuk mendapat keredhaan Allah selain daripada untuk memenuhi tuntutan majikan
Pengurusan Islam Lebih didorong oleh
faktor kebendaan dan pengiktirafan majikan
Pengurusan Barat
Berdasarkan dimensi ekonomi, kerohanian dan juga tanggungjawab sosial
Pengurusan Islam Lebih berdasarkan
dimensi ekonomi dan kebendaan
Pengurusan Barat
Sistem Ganjaran
Falsafah Bekerja
Motivasi bekerja
Ukuran Prestasi
AA204 Pengurusan Dalam Islam
20
Wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah
Pengurusan Islam
Sentiasa berubah dan amat bergantung kepada dorongan suasana dan tuntutan semasa
Pengurusan Barat
Berasas kepada akhlak atau etika Islam yang abadi
Pengurusan Islam
Berubah-ubah mengikut norma dan nilai masyarakat yang berubah
Pengurusan Barat
Membina peribadi dan akhlak insan
Pengurusan Islam
Menekankan ilmu dan kemahiran sehingga meremehkan soal akhlak
Pengurusan Barat
Terikat dengan hukum hakam agama terutama dalam membuat keputusan dan membentuk budaya.
Pengurusan Islam
Tiada kaitan langsung dengan hukum hakam dalam amalan pengurusan.Ini kerana agama menurut mereka hanyalah urusan peribadi.
Pengurusan Barat
Etika Kerja
Penekanan
Kaitan dengan agama
Sumber
AA204 Pengurusan Dalam Islam
21
1.1.5 Membincangkan contoh model pengurusan zaman
Rasulullah s.a.w.
Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepada
syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah
merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan
satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui
perantaraan Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadi
contoh yang terbaik kepada manusia dalam menguruskan urusan duniawi
mahupun ukhrawi.
Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin
yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya
kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya
merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.
Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu :
i. Era Mekah
ii. Era Madinah.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
22
A. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN DAKWAH
Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwah
telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan
Nabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai Baginda
SAW.
Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :-
i. Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)
ii. Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)
iii. Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan di
bawah jagaan Baginda)
iv. Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)
Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannya
melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilangan
mereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelar
sebagai al-Sabiqun al-Awwalun.
Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjang
tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk
Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahui
dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun
mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah
Nabi Muhammad SAW.
Dakwah Secara Rahsia
ERA MEKAH
AA204 Pengurusan Dalam Islam
23
1. Terus terang kepada Kaum Kerabat
Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke -4 kenabian Baginda SAW. Ayat
pertama yang turun berkenaan hal ini ilaha ayat 214 dari surah Asy-Shu’ara’ :
Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada
beberapa langkah :
1. Memanggil Bani Hashim. Turut serta ialah Bani al-Muttalib bin 'Abd Manaf. Sebelum Nabi SAW berucap, Abu Lahab terlebih dahulu memberikan ucapan dengan meremehkan Nabi SAW.
2. Baginda memanggil mereka kali kedua. Kali ini, Abu Talib telah mengatakan bahawa sokongan akan diberikan terhadap apa yang diucapkan oleh Nabi SAW.
Dakwah Secara Terbuka
Ertinya : Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu
yang dekat.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
24
Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit, “ Celaka engkau
seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?” Kemudian
turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut.
2. Terus terang kepada orang ramai (umum)
Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah SAW setelah turunnya perintah Allah di
dalam Surah al-Hjir ayat 94 :
Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar-
pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan
menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.
Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy.
Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai
penyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pemgikut
Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.
B. PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN
Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan
kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan bersepadu telah
diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah
dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah
dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya.
Ertinya : Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada
kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan
tentangan kaum musyrikin.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
25
Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10
tahun di Madinah.
Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya
terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan
Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya
apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar.
Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-
kanak Islam Madinah membaca dan menulis.
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh
dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa
tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.
Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
26
C. PERANCANGAN RASULULLAH SEBELUM BERHIJRAH
Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan
oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu :
i. Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang
yang beragama Islam.
ii. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin
Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal
puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah
mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk
member perkhabaran tentang orang Quraish.
•Rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang pertama, iaitu pada tahun 610 M. Galakan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat , di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan buta huruf.
Menyampaikan ilmu Pendidika
n Islam
•Baginda menyuruh agar setiap seorang memberi pelajaran kepada keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran dan tafsirnya, hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan masalah yang baru berlaku dari satu masa ke satu masa.
Perintahkan sahabat
belajar menulis
•Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya sama-sama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isterinya Sayyidah Hafsah menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat Islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada lelaki atau perempuan.
Galakan kepada kaum
perempuan untuk
menuntut ilmu
AA204 Pengurusan Dalam Islam
27
iii. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu ‘Amir bin
Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka
bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan
mereka minum susu pada waktu malam.
Contoh di atas membuktikan bahawa perancangan dan pengurusan adalah perkara
yang amat penting dalam Islam.
Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk,
yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada
tiga kabilah, iaitu Qainuqa’, al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak
aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di
kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj
dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan, sama ada antara etnik dan kabilah
atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti
kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala.
Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat
pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk
mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah SAW membuat perjanjian
dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam
pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut
bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam
Madinah.
ERA MADINAH
AA204 Pengurusan Dalam Islam
28
Membina masjid
•Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah universiti bagi mengajar soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.
Program Keluarga
angkat
•Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi yang mempunyai kesan jangka panjang dalam menjayakan sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada Ansar.
Perjanjian dengan Yahudi
•Rasulullah SAW membuat perjanjian bertulis dengan yahudi. Dalam perjanjian tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan menjalankan syariat agamanya masing- masing dengan dasar saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib menjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota madinah serta bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan serangan musuh dari luar kota.Mereka akan menjadikan kota madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus terpelihara kesuciannya.
Aspek-aspek Utama Piagam Madinah
Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah
yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara
penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk
kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua
ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka
sendiri secara yang difikirkan berpatutan.
Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang
tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
29
Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di
dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang
memerintah dunia selama tujuh abad.
Hal ini menunjukkan pencapaian besar Rasulullah SAW dalam pelaksanaan
hijrah dan mengubah landskap akidah, undang-undang dan akhlak masyarakat
jahiliah adalah kerana kecemerlangan perancangan yang strategik. Rasulullah SAW
menyedari walaupun Islam baru bertapak di Makkah, tetapi ia memiliki kekuatan
untuk membina masa depan manusia selari dengan standard piawaian yang
ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, kepimpinan Rasulullah dalam merancang
dan menguruskan pentadbiran perlu dicontohi bagi melahirkan sistem
pengurusan yang terancang dan sistematik.
RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan
bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan
musuh.
Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing –
masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka
mematuhi perlembagaan tersebut.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
30
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir).
Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)
Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.
Bab - 2 Objektif Dan Prinsip Pengurusan Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)
Norni bt. Abd Wahab (PKK)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
32
BAB 2
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)
Sebagai sistem pengurusan, sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau
objektif yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat
penting. Di antara kepentingan objektif termasuklah: (Rasid Muhamad : 2011)
OBJEKTIF DAN PRINSIP
PENGURUSAN ISLAM
1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai. Ia menjadi garis panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi
2. Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kea rah pencapaian objektfif yang telah digariskan.
3. Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan.
4. Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperolehi. Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran serta pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah yang datang.
Objektif Pengurusan Islam
AA204 Pengurusan Dalam Islam
33
Dalam konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya
tidak lari dari matlamat umum syari’ah Islamiah iaitu: (Rasid Muhamad : 2011)
Menjaga keselamata agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan
terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti
sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks
organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan
hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman
tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan
yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan
Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara
jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara
nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah:
Bermaksud:
a Menjaga keselamatan agama
b. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)
“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (al-Maidah:32)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
34
Keterangan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap
individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi
keutamaan. Ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di lapangan
perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam
nyawa manusia hendaklah dihindarkan.
Menjaga akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah Islam. Oleh
itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang
paling berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yang
membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu
dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara
keseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan akal adalah
dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkan
perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia
Ini berdasarkan firman Allah:
Bermaksud:
c. Menjaga keselamatan akal
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.”
al-Maidah:90
AA204 Pengurusan Dalam Islam
35
Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat
syariah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah
dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.
Ini sejajar dengan firman Allah :
Bermaksud:
Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina
dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat
dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan
budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu,
organisasi dapat dillihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan
masyarakat.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
al-Isra’:32
d. Menjaga keselamatan Maruah
AA204 Pengurusan Dalam Islam
36
Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-
syariah. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:
Bermaksud:
Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yang
dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru itu, setiap
individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta
dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara
harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlaku
pemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehi
harta yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkannya dengan cara yang
salah seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Segala amalan yang baik
tersebut perlu dijadikan budaya di kalangan warga organisasi. Dengan itu,
pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah. (Rasid Muhamad :
2011)
Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan
budaya yang ingin dikembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiring
dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi
itu sendiri.
e. Menjaga keselamatan harta
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”(al-Maidah:38)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
37
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam (CLO 2)
Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada “kerajaan
Islam” atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah “Negara Islam.” Secara
umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut: (Rasid Muhamad : 2011)
Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia
dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang
ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya
kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada
suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah
merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad
Ibrahim : 1991)
a. Al-Ubudiyyah
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi
utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri
seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseoang
individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan
pengabdian diri kepada Allah.
Prinsip Pengurusan Islam
AA204 Pengurusan Dalam Islam
38
Firman Allah :
Bermaksud :
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan
muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang
pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami
konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim : 1991)
2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau
kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah)
Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata
kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.
1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia
dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-
mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana
sahaja sama ada di kebun, di tempat-tempat perniagaan kerana semua
perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta
pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri
dengan Allah.
“Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah
kamu kepada Ku. Allah memilikki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya
(hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain
daripada Allah”
(an-Nahl:
AA204 Pengurusan Dalam Islam
39
Firman Allah Bermaksud:
Firman Allah :
Bermaksud:
Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada
manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan
dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya
sebagai punca rezki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Ahmad
Ibrahim : 1991)
Firman Allah yang bermaksud :
“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka: “adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji dan mensucikan Engkau?” Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah: 30)
“Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab ruh: “Ya, kami bersaksi
supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya
kami lupa terhadap hal ini”.
(al-A’raf :172)
“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi sertra memakmurkan kamu di
dalamnya.” (Hud: 61)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
40
Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan
pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya
organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah
serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad : 2011)
1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep
pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya
adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai
oleh Islam.
2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai
matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiah
kepada Allah . Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut
mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan
terhadap konsep ‘matlamat menghalalkan cara.’
3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong
oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud
budaya yang bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
41
Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati dapat memberi kesan yang positif
kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang
diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah:
(Rasid Muhamad : 2011)
1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan
dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan
mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan
tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan
bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam
sesebuah organisasi.
2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan
setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah
dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk
nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.
3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu
yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini
akan menyumbang ke arah pengurusan dan
mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif
seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya
4. Agama menjadi unsur utama dalam menetukan
tindak- tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan
itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama
sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan
perkembangan organisasi
AA204 Pengurusan Dalam Islam
42
Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana
melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan
sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan
mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan
kemajuan organisasi.
Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
b. Al-Syura
Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang ke dua. Kepentingannya ditegaskan
dengan nyata di dalam al-Qur’an dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta
amalan para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan
seharian.
1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik
berdasarkan logik akal , keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai
lebih baik daripada pandangan seorang.
2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada
perbincangan yang lebih matang dan mendalam
3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana
ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
4. Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang
dibuat telah diputuskan secara ramai
AA204 Pengurusan Dalam Islam
43
.
Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka
yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat
baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut: (Rasid
Muhamad : 2011)
.
5. Syura akan meningkatkan komitmen pekrja kerana keputusan tersebut
dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang
dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.
6. Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu,
berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang
berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama
apabila mereka diajak berbincang dan membuat keputusan bersama.
1. Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang
yang zalim dan melakukan kejahatan.
3. Seorang yang jujur dan bertaqwa.
4. Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.
5. Seorang yang adil.
6. Seorang yang berilmu dan terpelajar.
7. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah
AA204 Pengurusan Dalam Islam
44
Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks
organisasi melibatkan perkara-perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)
Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan
melibatkan perkara-perkara berikut:
1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi. 2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut
syariah. 3. Meluluskan program-program kewangan 4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memkirkan bagaimanakah cara
untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi. 5. Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan
perlu. 6. Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar 7. Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan
pendapat demi kemaslahatan organisasi. 8. Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang
diputuskan oleh syara.
c. Al-Hurriyah
Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini
bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia
miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa
sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.. (Rasid Muhamad : 2011)
1.Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang
dianuti. 2.Kebebasan berfikir. 3.Kebebasan bersuara. 4.Kebebasan memiliki dan mencari harta. 5.Kebebasan untuk menuntut ilmu. 6.Kebebasan bergerak.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
45
Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambilkira
beberapa perkara berikut:
Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organisasi, kebebasan
melambangkan penghargaan Iwslam terhadap hak yang dimiliki individu,
selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam.
Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti, serta keterbukaan yang
dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kea rah kebaikan dan
kecemrlangan organisasi.
1. Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan
awam. Hal ini kerana dalam Islam, apabila bertembung antara
kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan
umum itu hendaklah didahulukan.
2. Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud
kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan
kepentingan dan kebebasan diri.
3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip
agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
46
Firman Allah:
Bermaksud:
d. Al-Musawah
Al-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam.
Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal
daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang
membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan,
tanggungjawab dan ketaqwaan.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat:13)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
47
Pelaksanaan musawah atau persamaan di dalam organisasi melibatkan beberapa
perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)
Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan
kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan
keturunan, warna kulit dan sebagainya. Tetapi ia dibina atas dasar persamaan,
yang mana dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan yang
sama untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan
organisasi.
1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari
sudut peraturan dan undang-undang.
2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut
kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah,
kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri.
4. Pembahagian tugas hendaklah mengambilkira aspek
kemanusiaan dan persamaan.
3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan
kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai
peluang dan hak yang sama.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
48
PRINSIP OPERASI
2.3.1 MEMBINCANGKAN PRINSIP OPERASI
Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan
merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan
seseorang pengurus. Untuk membantu kejayaan pengurus menguruskan pekerja
dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang
pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi
pengurusan Islam.
Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga
sebahagian daripada prinsip ini juga dipraktis dalam pengurusan moden.
Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah
beberapa prinsip tersendiri yang membezakannya dengan pengurusan moden.
Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan
kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam.
(Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif Islam – Azman Che Omar)
2.3.2 MENGHURAIKAN KETAATAN KEPADA ORGANISASI
PENGENALAN
Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa
mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat
digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua
(imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara
berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah
juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup
berorganisasi. Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri
penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
49
DEFINISI ORGANISASI
KETAATAN KEPADA ORGANISASI
Meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama
bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu :
Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung
antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, organisasi
didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson
dan Musselmen,108),”kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk
mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada
pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus
tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
1
• arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut.
2
• kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja.
3
• kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
50
Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia
penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang
hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga
melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang
ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman
Allah s.w.t :
Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan
ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang
lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan
arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh
Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)
“Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah
Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti
mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua)
bererti ia melanggari perintahku”. (Riwayat Muslim)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
51
Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang
atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang
bermaksud :
Ketaatan kepada arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi
mana ia tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah SWT
dan rasulNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda baginda
yang bermaksud :
Kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya
seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi
ke arah kecemerlangan.
Dengan adanya ketaatan ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar akur dan
menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai
ataupun tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam
keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang
disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”. (Riwayat
Muslim)
“Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang
disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat.
Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat maka tiada adalah menjadi
kewajipan untuk didengar dan ditaati”. (Riwayat Muslim)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
52
Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan
kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.
Kesetiaan kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada
organisasinya.
2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian
syarikatnya.
3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi
yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada
organisasi pesaing.
4. Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa
Kepatuhan kepada disiplin
1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan
operasi organisasi berjalan dengan lancar.
2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh
setiap individu yang bekerja di dalamnya.
3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya
akan memusnahkan organisasi akhirnya.
4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan
bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan
kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
53
CIRI-CIRI ORGANISASI
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang
tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik
seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat
penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan
sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat
nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau
nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan
peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat
awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza
dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.
Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai
hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil
dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan
bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar
mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti
itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-
jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi
lagi.
Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis
pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan
mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran.
Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran,
dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara
pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.
2.3.3 PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN
TUGAS
Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.
Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja.
Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada
AA204 Pengurusan Dalam Islam
54
pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan
kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti
memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi mebolehkan
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah
wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan
autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam
menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samada kepada pekerja
bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada
kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.
Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau
pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor
pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia
yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk
memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada
gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil
kepada pemimpin. Selanjutnya amalanpenyerahan kuas ini secara tidak langsung
akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan
ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diserahi
tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.
PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah
diwarisi pula oleh para sahabat. Mohd Kurd Ali mengatakan :
Cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya,
Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan
urusan pentadbiran tempatan, permasalahan awam dan mereka juga
bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan
tertutup atau dalam keadaan terbuka.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
55
Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin,
teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini
sebenarnya yang dicita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih
merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam
statut.
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur
seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan
pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah
organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan
kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.
3.2.3 MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN
Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting
dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang
bawahan. Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang
melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (al-Nahl : 97)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
56
PEMBAHAGIAN GANJARAN
Kita harus maklum bahawa pengurus hari ini tidak berkuasa untuk memberikan
ganjaran kewangan secara terus dan segera kepada pekerja yang cemerlang.
Justeru, pengurus akan mencadangkan pekerja yang berprestasi cemerlang
diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi.
Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik
mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini
seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian
dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.
PEMBAHAGIAN
GANJARAN
Ekstrinsik
Ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus
Instrinsik
Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang
AA204 Pengurusan Dalam Islam
57
RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir).
Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)
Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.
Bab - 3 Proses Pengendalian Pengurusan Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt Mohamad Isa (PSP)
Norni bt Abd Wahab (PKK)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
59
BAB 3
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam
3.1 Memahami proses pengurusan
Pengenalan
Kebanyakan sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan
melibatkan persoalan perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan
dan pengawalan. Ianya merupakan rentetan pekerjaan yang perlu dilakukan oleh
seseorang pengurus. Ianya juga dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau
proses kerja pengurusan.
Islam tidak melarang umatnya menggunakan sebarang teori selagi teori-
teori tersebut tidak bertentangan dengan nas-nas yang sahih dan jelas dalam
syariat Islam. Malahan terdapat banyak perkara dalam pengurusan konvensiaonal
yang bersamaan dengan apa yang telah digariskan dalam pengurusan Islam. Begitu
juga dengan perbezaan atau perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat
Islam dan sukar disatukan antara kedua-dua bentuk pengurusan tersebut.
Bab ini akan membincangkan amalan atau proses kerja pengurusan dalam
Islam seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. Proses-
proses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaannya kerana pengurus yang
merancang kebiasaannya bukan hanya sekadar menyusuli tindakannya dengan
menyusun, bahkan tindakan seperti merancang, menyusun dan mengawasi
dijalankan secara serentak.
PROSES PENGENDALIAN
PENGURUSAN ISLAM
AA204 Pengurusan Dalam Islam
60
3.1.1 Menjelaskan proses pengurusan: Secara umumnya, elemen pengurusan dan pentadbiran melibatkan empat
unsur utama iaitu :
Pengenalan Elemen utama dalam pengurusan ialah perancangan. Perancangan merupakan
sesuatu yang amat penting terutamanya dalam sesebuah organisasi. Tanpa
perancangan yang rapi, sesebuah organisasi tidak akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Menurut Saidina Ali: “kebenaran yang tidak tersusun akan
dikalahkan oleh kepalsuan yang tersusun”.
Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh akan mempengaruhi keberhasilan
dan kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan yang teliti juga melambangkan
keunggulan sesebuah organisasi terutamanya dalam persediaan menghadapi
pelbagai masalah dan cabaran masa depan.
PERANCANGAN PEORGANISASIAN KEPIMPINAN PENGAWASAN
a. Perancangan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
61
Elemen perancangan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut :
Proses perancangan :
Perancangan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi biasanya melibatkan
proses berikut :
Contoh perancangan dalam Islam
Contoh terbaik yang dapat dijadikan sebagai ‘role model’ ialah perancangan
Rasulullah ketika menyampaikan dakwah di Mekah semasa awal kedatangan Islam
dan seterusnya mengembangkannya di Madinah.
Menentukan objektif yang hendak dicapai oleh organisasi (jangka panjang dan jangka pendek)
Menganalisis suasana dan status semasa yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran organisasi dan hubungannya dengan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan organisasi.Ini termasuklah factor atau cabaran yang boleh menjadi ancaman kepada organisasi
Mengemukakan pelan tindakan yang bersifat jangka panjang dan pendek yang seharusnya dilaksanakan bagi mencapai matlamat organisasi
Pengenalpastian sumber yang ada Penentuan matlamat atau objektif organisasi Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai objektif Falsafah dan prinsip organisasi Keseluruhan kegiatan organisasi
AA204 Pengurusan Dalam Islam
62
Pengenalan
Perancangan yang tidak baik tidak akan mendatangkan hasil jika ianya
tidak diorganisasikan. Pengorganisasian merupakan kesinambungan
daripada perancangan. Ia mempengaruhi keberhasilan perancangan yang
dilaksanakan.
Maksud pengorganisasian
Pengorganisasian ataupun juga penyusunan merujuk kepada “proses
penentuan tenaga, terutama tenaga manusia supaya ianya diurus dan
disusun dengan rapi agar matlamat organisasi tercapai”.
Peringkat pertama
Pada peringkat awal, dakwah yang dilaksanakan adalah bersifat tertutup dan sulit. Hal ini kerana mengambil kira kekuatan dalaman umat Islam ketika itu serta ancaman yang bakal diterima daripada golongan musyrikin Mekah ketika itu.
Peringkat kedua
Setelah umat Islam telah mencapai sedikit kekuatan, dakwah dilaksanakan secara terbuka dan terang-terangan.
Peringkat ketiga
Setelah ancaman terhadap umat Islam semakin kuat, baginda merancang untuk meneruskan dakwah di Madinah. Rentetan daripada itu, penghijrahan pun dilaksanakan dengan penuh teliti dan ianya berjaya dilaksanakan. Di Madinah, rasulullah telah membuat beberapa perancangan strategik seperti mendirikan masjid, mempersaudarakan orang ansar dan Muhajirin, menggubal perlembagaan Madinah, mendirikan pasar, mengukuhkan Madinah sebagai sebuah Negara, menjalankan hukum dan peraturan Islam dan membina masyarakat dan negara yang berdaulat, kuat dan dihormati.
b. Pengorganisasian
AA204 Pengurusan Dalam Islam
63
Penyusunan sebagaimana yang dibahaskan oleh sarjana pengurusan biasanya
melibatkan perkara-perkara berikut :
Kepentingan Penyusunan
Penyusunan merupakan proses yang penting. Di antara kepentingan penyusunan
adalah seperti berikut :
Menentukan tenaga kerja yang tertentu bagi satu tugas yang tertentu Mengenalpasti tenaga yang terlibat Menentukan kesesuaian bakat, potensi serta kemampuan seseorang
pekerja
Tenaga dan sumber organisasi yang terhad dapat dimanfaatkan secara optimum.
Warga organisasi akan disusun dan diberikan tugas secara tepat dan sesuai dengan kepakaran,pengalaman,kecenderungan, kemampuan serta potensi
Memanfaatkan bakat dan potensi yang ada untuk keberhasilan matlamat organisasi.
Dapat mengelakkan pembaziran. Mewujudkan penyelarasan. Dapat melakukan penambahbaikan. Memastikan matlamat serta objektif organisasi tercapai.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
64
Proses Penyusunan
Contoh penyusunan :
Senaraikan kerja
yang hendak
dilaksanakan
Membahagikan tugas
mengikut kesesuaian
Mewujudkan unit
Mewujudkan
penyelarasan
Mengawasi
perlaksanaan,
melakukan
penyesuaian dan
penambahbaikan
Proses penyusunan melibatkan
proses-proses berikut :
Peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh
penyusunan yang sangat baik. Dalam peristiwa hijrah, baginda melaksanakan
konsep di mana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya :
Saidina Abu Bakar sebagai teman ketika berhijrah.
Asma’ bt Abu Bakar yang masih kanak-kanak membekalkan makanan
semasa baginda bersembunyi di Thur.
Ali bin Abu Talib tidur di tempat tidur baginda di malam penghijrahan.
Amir bin Furaihah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda,
Abu Bakar dan Asma’ melalui binatang ternakannya.
Abdullah bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat ke Madinah.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
65
Pengenalan
Untuk melaksanakan perancangan dan perorganisasian, ianya memerlukan
pengarahan. Pengarahan ini berkaitan dengan fungsi kepimpinan dalam
organisasi. Salah satu aspek penting disiplin dalam pengarahan ialah kepatuhan
terhadap arahan yang diberikan. Ini selaras dengan Firman Allah SWT (an-Nisa:
59)
:
Maksudnya:
c. Kepimpinan
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengendalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya –
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
66
Pengarahan merupakan penggunaan kuasa dan mandat yang ada pada
seseorang pemimpin. Ianya perlu digunakan secara berkesan. Kuasa
merupakan unsur penting kepada pemimpin. Seperti yang dihuraikan oleh
Abdul Aziz Yusof (2000), kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin
seperti :
.
Membolehkan pemimpin mengarahkan pekerjanya untuk
melakukan tugas dan perubahan sebagaimana yang dikehendaki
Membolehkan pemimpin membuat keputusan terutamanya
dalam menentukan siapakah yang layak untuk melakukan
perubahan, apakah yang perlu diubah dan bagaimanakah
perubahan perlu dilakukan
Membolehkan pemimpin mengagihkan tugas dalam
melaksanakan perubahan
Kuasa merupakan satu sImbol atau penghormatan.Oleh
itu,cadangan perubahan yang dilakukan akan lebih mudah
diterima, dihormati dan disokong
Membolehkan pemimpin memberi idea baru dan meyakinkan
pihak lain untuk menerima idea yang dikemukakan
Membolehkan pemimpin membuat justifikasi ke atas setiap
perubahan yang dicadangkan
Membolehkan pemimpin mempengaruhi individu tertentu atau
kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakan
cadangan atau ingin melakukan perubahan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
67
Contoh kepimpinan :
Pengenalan
Untuk memastikan perancangan, pengorganisasian dan pengarahan dilaksanakan
dengan baik, ia memerlukan pengawasan. Azman Che Omar (2003), mentakrifkan
pengawasan dalam konteks organisasi sebagai :
Jaafar Muhammad (2003:53) mendefinisikan pengawasan sebagai :
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan
seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian
dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan. Di antara kepentingan
pengawasan menurutnya termasuklah :
satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau
terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan
yang sedia ada
Satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi kearah
kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
d. Pengawasan
Dalam sejarah Islam ketika berlakunya penghijrahan, Rasulullah telah
menunjukkan proses kepimpinan yang baik. Rasulullah telah mengarahkan
Ali bin Abi Talib agar tidur di tempat baginda pada malam hijrah. Saidina Ali
akur pada arahan tersebut walaupun menyedari akan risiko yang perlu
ditempuhinya. Ini menunjukkan kepimpinan amat perlu bagi memastikan
arahan dapat diterima dengan baik. Ianya melambangkan realisasi yang
unggul dari konsep kepimpinan yang digariskan dalam Islam.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
68
Proses kawalan biasanya melibatkan beberapa kegiatan. Jaafar Muhammad (2003)
menghuraikan pengawalan tersebut biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
Menetapkan piawaian atau ukuran yang hendak dicapai berkaitan dengan matlamat organisasi
Mengukur pencapaian yang dicapai berbanding dengan matlamat yang disasarkan
Mengenalpasti masalah dan penyelewengan jika ada
Mengambil tindakan atau melakukan pembetulan terhadap masalah yang dihadapi
1 •Memastikan perjalanan organisasi sejajar dengan matlamat yang ditetapkan
2 •Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam perlaksanaan kegiatan organisasi
3 •Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam organisasi
4 •Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskinikan perjalanan organisasi
5 •Memastikan keutuhan organisasi, kerana proses kawalan melibatkan dalaman dan luaran
AA204 Pengurusan Dalam Islam
69
Dalam tradisi Islam, pengawalan ini amat diutamakan. Namun jika diteliti, Islam
menekankan kawalan yang melibatkan pengawasan dan pengawalan “dalaman”
yang bersifat kemanusiaan. Hal ini penting kerana unsur utama dalam organisasi
ialah “manusia”. Pengawasan ini perlu dilakukan dengan melibatkan semua warga
organisasi sama ada dari kumpulan pemimpin, mahupun mereka yang dipimpin.
Kawalan pertama dalam tradisi Islam bersifat dalaman yang merujuk kepada
kawalan bersifat peribadi. Ia juga berkaitan dengan sifat intergriti yang ada di
dalam diri seseorang. Syed Omar Syed Agil (1994), menghuraikan kawalan
peribadi ini melibatkan perkara-perkara berikut :
Kawalan kepimpinan atau organisasi pula berkait dengan fungsi pemimpin
terutama dalam memastikan apa yang dirancang berjalan dengan sebaiknya. Ini
termasuklah perkara-perkara berikut :
1
•Seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaannnya sama ada yang melibatkan urusan peribadi atau urusan kemasyarakatan.
2
•Mempunyai sikap adil dalam pengendalian urusan orang lain dan tidak menzalimi mereka dengan tidak menyerahkan apa yang menjadi hak mereka
3
•Seseorang itu perlu melaksanakan kerja secara sempurna, walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri
AA204 Pengurusan Dalam Islam
70
Kawalan juga merujuk kepada penguasaan seseorang pekerja terhadap tatacara
dan kaedah bekerja yang sewajarnya mereka lakukan. Ini termasuklah menguasai
dan melibatkan perkara-perkara berikut :
Melakukan penilaian terhadap pencapaian setiap fungsi yang ditugaskan untuk mengendalikannya
Setiap anggota harus diberikan maklumat yang betul mengenai visi, misi dan peraturan organisasi
Melibatkan seluruh pekerja yang berkaitan dalam menjalankan tugas termasuklah sistem reward and punishment yang adil.
Memastikan tidak ada sebarang bentuk pilih kasih
Meletakkan pekerja itu di tempat yang betul dan adalah tidak adil meletakkan pekerja itu di tempat yang tidak bersesuaian dengannya.
Tidak bertundak secara dictatorship iaitu hendaklah membuat keputusan selepas musyawarah
Pengawasan bertujuan untuk melihat kelemahan sebagai manusia yang mungkin lalai dalam melakukan tugas
Pemimpin perlu mendapatkan maklumat dengan tepat untuk memastikan pekerja menjalnkan tugas dengan penuh tanggungjawab
Membuat laporan tentang perkembangan tugasan dan kenalpasti masalah yang timbul sebagai maklumbalas kepada pihak organisasi
Bertanggungjawab secara langsung kepada ketua kerana tugas itu amanah Allah yang dipersetujui bersama
Mengetahui sistem dan prosedur kerja yang cekap dalam melaksanakan tugas dengan berkesan
Bekerja sebagai satu pasukan dengan rakan sekerja yang lain
Melakukan kerja dengan penuh amanah dan tidak telibat dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan etika Islam
AA204 Pengurusan Dalam Islam
71
RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir).
Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
72
Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.
Bab - 4 Etika Kerja Islam
Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP)
Norni bt. Abd Wahab (PKK)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
74
BAB 4
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Membincangkan etika kerja menurut Islam. (CLO 3)
4.1 Memahami etika kerja Islam, tanggungjawab majikan dan pekerja
Pengenalan
Setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf
keprofesionalan sesuatu bidang, maka semakin tinggi dan tegas kod etika
profesion tersebut. Sejarah telah membuktikan kepentingan etika dalam
kehidupan dan ianya telah menjadi topik perbincangan sejak zaman dahulu lagi.
Etika merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kerana ianya
menjadi asas untuk seseorang bertindak yang akhirnya menjadi nilai yang
dihormati dan diterima-pakai dalam masyarakat. Begitu juga denga pengurusan
dalam Islam. Ianya mempunyai etika tersendiri yang mampu menyumbang kepada
kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi yang dipimpin.
4.1.1 Menjelaskan etika kerja Islam, tanggungjawab majikan dan pekerja
Pengenalan
Dalam Islam, etika atau moral ini mirip kepada konsep akhlak walaupun ianya
berbeza dengan moral Barat. Hal ini kerana akhlak dalam Islam, dasarnya
ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Ianya bersifat mutlak, menyeluruh dan
mempunyai pertimbangan dosa dan pahala.
ETIKA KERJA ISLAM
AA204 Pengurusan Dalam Islam
75
Kepentingan etika
Antara kepentingan etika ialah :
Etika Kerja Islam
Islam juga telah menggariskan etika kerja yang perlu dihayati oleh para
penganutnya dalam aktiviti harian mereka. Etika kerja ini merupakan salah satu
aspek utama dalam system pengurusan Islam.
Sebagai garis panduan, Prof Dr. Muhammad Abdul Rauf telah mengemukakan
sepuluh etika kerja yang perlu dipraktikkan untuk mewujudkan Sistem
Pengurusan Islam yang kukuh.
1 •Memupuk nilai dan sikap yang positif dalam sesebuah organisasi.
2 •Membentuk kawalan dalaman di kalangan warga organisasi dan mengukuhkan sistem kawalan luaran sedia ada.
3 •Membentuk budaya positif dalam organisasi.
4
•Satu usaha menuju ke arah kecemerlangan dan membentuk motivasi yang unggul.
5 •Menggalakkan persaingan yang sihat berdasarkan etika kerja yang disepakati.
6 •Membantu mengurangkan pelbagai bentuk penyelewengan dalam organisasi.
7 •Menyumbang kepada pembentukan organisasi yang berintegriti dan dihormati.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
76
Etika kerja tersebut, secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1. Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan
objektif jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah swt
dan memohon keredaan-Nya.
2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja.
3. Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-
siakan.
4. Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin,
kejujuran, menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan.
5. Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan
atau kesilapan tidak dilakukan dengan berulang-kali.
1. Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran.
2. Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam
memberi sesuatu tugas dan layanan kepada para pekerja.
3. Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat.
4. Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan
langkah-langkah yang cukup untuk mengesan dan mengelakkan
pelanggaran peraturan.
5. Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya.
1. Etika kerja untuk semua peringkat
2. Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan
dalam pentadbiran
AA204 Pengurusan Dalam Islam
77
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Antara tanggungjawab majikan :
Maslahah ialah penjagaan kepentingan tertentu yang dimiliki oleh pihak-pihak
tertentu. Abdul Wahab Arbain dalam manual UIS 304 : Pentadbiran Islam 1
menitik berat kepentingan maslahah ini yang perlu dijaga dalam Islam ialah
agama, keselamatan, intelektual, kehormatan dan harta benda. Dengan sendirinya
dalam praktis pengurusan, kepentingan tersebut wajib diambil kira apabila
seseorang pengurus mengambil sesuatu tindakan atau membuat keputusan.
Dalam pengurusan Islam, maslahah besar perlu diutamakan daripada
maslahah kecil. Oleh itu, maslahah masyarakat lebih penting daripada maslahah
organisasi. Manakala maslahah organisasi pula perlu diutamakan daripada
maslahah individu.
Dalam pengurusan Islam, majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana
pekerja bagi organisasi perniagaannya. Meskipun begitu, pekerja yang dipilih
mestilah pekerja yang sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak semestinya
mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik ataupun pengalaman yang
luas.
Ini bermakna pekerja yang akan dipilih perlu serasi dan sesuai dengan nilai
dan fahaman yang dikongsi bersama oleh individu di dalam organisasi tersebut.
Jadi organisasi Islam akan memberi keutamaan kepada pekerja mereka yang
terdiri daripada orang Islam. Hal ini disebabkan hanya pekerja Islam yang faham
dan boleh mempraktiskan kerja sebagai satu ibadah untuk disesuaikan dengan
budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi Islam.
1. Mengambil kira maslahah
2. Pemilihan pekerja yang layak dengan kerja yang bakal
dilakukan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
78
Apabila seseorang individu diambil maka menjadi kewajipan majikan untuk
memberitahunya jenis dan bentuk pekerjaan yang akan dilakukan. Pekerjaan
tersebut mestilah sesuai dengan fitrah individu. Dalam Islam, tidak semua kerja
sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan berat yang memerlukan perhatian
peribadi seperti jururawat pula amat sesuai dengan fitrah wanita.
Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.
Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja.
Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada
pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan
kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti
memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan beliau
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa
yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut
akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan
kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak
sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang
bawahan mereka.
Prinsip ini melihatkan tanggungjawab pekerja hanya kepada seorang ketua sahaja.
Prinsip ini menerangkan bahawa seseorang pekerja perlu patuh dan taat kepada
arahan dan perintah seorang ketua sahaja. Sekiranya seorang pekerja mempunyai
dua ketua dalam satu masa yang sama sudah pasti keadaan ini akan mengelirukan
dan membingungkan pekerja.
3. Pemberian kerja atau penyerahan tugas yang berpadanan dengan
kelayakan
4. Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas
5. Pertanggungjawaban pekerja kepada seorang ketua sahaja
AA204 Pengurusan Dalam Islam
79
Seseorang pekerja bekerja untuk mendapat upah bagi menyara diri dan
keluarganya. Sekiranya seseorang pekerja mendapat upah yang tidak berpadanan
dengan kerja yang dilakukan, sudah tentu perkara sebegini akan melemahkan
semangat dan motivasinya untuk bekerja. Hakim Mohamad Said dalam buku
Hubungan Majikan-Pekerja Menurut Islam mengatakan kesesuaian upah yang
berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan
kos sara hidup seseorang pekerja.
Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawas dan mengawal
prestasi dan kelakuan pekerja semasa mereka bekerja. Perangai dan kelakuan
pekerja perlu diawasi kerana kedua-dua faktor tersebut mempengaruhi prestasi
kerja seseorang individu dan para pekerja yang lain.
Seseorang pekerja yang malas sekiranya tidak diawasi akan mengambil
kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti
melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti melakukan kerja-
kerja peribadi, tidak produktif atau sengaja melengah-lengahkan kerja. Seseorang
pengurus seharusnya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan kerja
yang telah diamanahkan kepada pekerja tersebut.
Seseorang pekerja apabila bekerja di dalam sesebuah organisasi dengan
sendirinya telah memperhambakan dirinya dalam waktu kerja yang ditetapkan
kepada organisasi tersebut. Apa yang berlaku di sini ialah seseorang pekerja itu
biasanya tidak lagi berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan terutama
berkaitan dengan agama Islam kerana keseluruhan masa di pejabat digunakan
untuk bekerja. Bagi pekerja Islam, mereka sudah tidak lagi berpeluang untuk
meningkatkan kefahaman dan keimanan mereka tentang Islam.
6. Pemberian ganjaran yang berpatutan
7. Pengawasan dan kawalan pekerja
8. Latihan bina insan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
80
Organisasi hari ini lebih banyak menitikberatkan latihan bercorak
pengetahuan dan kemahiran kerja. Sesebuah organisasi Islam apabila mengadakan
latihan perlu meletakkan latihan bercorak Islam sebagai rangkaian kepada latihan
yang sedia ada. Latihan becorak Islam lebih menitikberatkan modifikasi kelakuan
seseorang individu sama ada pengurus ataupun pekerja.
Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seseorang majikan Islam tidak boleh
meletakkan keuntungan maksimum semata-mata tanpa mengambil kira
kepentingannya terhadap masyarakat dalaman dan luaran organisasi. Sebagai
seorang saudara sesame Islam, beliau mestilah juga menjaga kepentingan dan
keperluan pekerja. Tujuan kebajikan di dalam Islam adalah untuk meringankan
beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi mental pekerja
dalam menghadapi masalah peribadi yang akan mempengaruhi prestasi kerja
mereka. Unsur kebajikan tidak semestinya berupa wang ringgit sahaja.
Pekerja Islam selain mempunyai hak yang sama dengan pekerja lain juga
mempunyai hak wajib tersendiri, iaitu hak untuk diperlakukan sebagai seorang
Islam. Hak terpenting individu Islam adalah untuk menunaikan hak-hak yang
khusus dan perlu dilindungi oleh majikan. Antara hak-hak yang utama adalah
seperti berikut :
i. Upah yang setimpal
Majikan hendaklah member upah berdasarkan kepada keperluan asasi yang
perlu dipenuhi oleh seseorang pekerja.
ii. Penentuan bebanan pekerjaan
Dalam Islam, pekerja hendaklah terus bekerja tanpa memberatkan dirinya
seperti hadis Rasulullah saw : “Janganlah kamu membebankan pekerja di luar
kemampuannya”.
9. Kebajikan pekerja
10. Penjagaan hak wajib pekerja Islam
AA204 Pengurusan Dalam Islam
81
iii. Bentuk pekerjaan
Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk melakukan tugas yang tidak
setimpal dengan kemampuannya. Jenis pekerjaan hendaklah sesuai dengan
ajaran Islam.
iv. Hak memilih pekerjaan lain
Para pekerja bebas untuk memilih pekerjaannya sendiri dan mengembara ke
mana sahaja untuk mencari rezeki yang halal.
v. Kebersihan dan kesihatan
Majikan perlu menjaga kesihatan pekerjanya dan menyediakan tempat kerja
yang bersih.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
82
TANGGUNGJAWAB PEKERJA
Antara tanggungjawab pekerja :
Amanah
•seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaannya sama ada yang melibatkan urusan peribadi (dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah) atau urusan kemasyarakatannya (tugas atau tanggungjawab yang diberikankepadanya) secara konsisten.
Adil •Mempunyai sikap adil dalam pengendalian urusan orang lain dan tidak menzalimi mereka dengan tidakmenyerahkan apa yang menjadi hakmereka.
Tekun •Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan mereka dalammenjalankan tugas sekiranya mereka tekun
Sempurna •Seseorang itu perlu melaksanakan kerja dengansempurna, walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri.
Bersatu padu
•setiap pekerja memerlukan sikap menyatupadukan usaha mereka supaya matlamat organisasi tercapai. Sekiranya tidak ada perpaduan, sudah tentu organisasi tidakmenjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna
Produktiviti
•Produktiviti sesebuah kumpulan kerja dalam sesebuah organisasi perlu dipertingkatkan dalam menambahkan kualiti dan mutu organisasi dalam mencapai matlamat. Jikaproduktiviti sesebuah organisasi itu tidak mengalami perubahan atau peningkatan, ia akan menyebabkan mutu dan kualiti menurun dan tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan.
Kebahagiaan manusia sejagat
•Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan menurut ajaran Islam. Sebagaimana hadith Nabi SAW yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tidak menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia."
AA204 Pengurusan Dalam Islam
83
KOMUNIKASI VERBAL DAN NON VERBAL
Pengenalan
Komunikasi merupakan satu proses yang membolehkan pihak-pihak yang terlibat
saling memahami antara satu sama lain. Sebagai makhluk sosial, manusia perlu
berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Suasana yang demikian
menjadikan komunikasi penting dalam kehidupan. Dalam konteks organisasi,
komunikasi mempunyai peranan yang cukup signifikan dan penting. Malah
komunikasi seringkali dianggap sebagai nadi kepada sesebuah organisasi. Oleh
kerana itu, komunikasi seharusnya dikendalikan dengan cekap serta dihiasi
dengan nilai dan adab yang digariskan dalam Islam.
Definisi komunikasi
Unsur-unsur komunikasi
Idea atau maklumat yang bergantung kepada tujuan atau konteks
Pertukaran maklumat antara penghantar dan penerima
Tujuan atau matlamat ditentukan terlebih dahulu
Seni berinteraksi antara satu sama lain. Dari sudut bahasa berasal daripada
perkataan ‘communicare’ yang bermaksud penyertaan atau ‘turut serta’ atau
perkataan ‘communis’ yang bererti milik bersama. (Jaafar Muhammad, 1997)
Komunikasi boleh didefinisikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang
digunakan oleh pemimpin dalam organisasi. (Mohd Yusof Hussain, 1990)
AA204 Pengurusan Dalam Islam
84
Fungsi komunikasi
Peranan Pemimpin Dalam Komunikasi
Memastikan seluruh warga organisasi berkongsi visi dan misi organisasi
Menyatukan usaha bagi mencapai matlamat organisasi
Memupuk suasana kerja dan budaya yang sihat dalam organisasi
Membina kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan bijaksana
Pemimpin sebagai Penyebar Maklumat
Pemimpin Sebagai Perunding
Pemimpin Sebagai Pemantau
Pemimpin Sebagai Penghubung (Liaison)
Pemimpin Sebagai Agen Perubahan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
85
Mekanisme Dalam Komunikasi
Pengenalan
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemimpin dalam
menjayakan komunikasi kepimpinan yang baik. Pemimpin boleh menggunakan
secara lisan, mahupun bukan lisan samada melalui tingkahlaku dan perbuatan.
Pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik supaya
dapat mewujudkan suasana yang mesra dan melahirkan keinginan untuk saling
bekerjasama dalam kalangan anggota organisasi.
1. Komunikasi lisan (verbal)
Firman Allah swt :
Komunikasi lisan (verbal) merupakan teknik asas yang sangat mengesankan
dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang
yang dipimpin.
Rasulullah s.a.w telah menyampaikan risalah Allah kepada seluruh alam secara
lisan.
بكم ها الناس قد جاءكم الحق من ر قل يا أي
Maksudnya :
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai sekalian manusia!Telah datang kepada kamu
kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuhan kamu’.
Surah Yunus:108
AA204 Pengurusan Dalam Islam
86
Contoh-contoh komunikasi lisan (verbal)
Kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah membuktikan bahawa
sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar
berbanding 17 peratus untuk membaca, 16 peratus untuk bercakap dan 14 peratus
untuk menulis.
Seorang pemimpin yang baik ialah seorang ketua yang boleh, mahu dan
mempunyai kemahiran mendengar apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh
kakitangannya. Pendengar yang berkesan pula sentiasa berusaha mencari unsur-
unsur yang menarik dalam subjek yang dibicarakan, sentiasa memfokus kepada isi
perbicaraan dan idea utama yang ingin disampaikan, berusaha mendengar dengan
bersungguh-sungguh dan cuba mendalami erti perkataan yang didengari.
Kebolehan mendengar membolehkan pemimpin mendekati golongan yang
dipimpin dengan lebih dekat, seterusnya membolehkan komunikasi dan interaksi
di tempat kerja dilakukan dengan lebih baik antara pemimpin dan orang yang
dipimpin.
Dalam komunikasi seharian di tempat kerja, pemimpin dan orang yang dipimpin
perlulah menguasai selok-belok berbicara dengan baik kerana ia dapat
menimbulkan kuasa pengaruh dan bahasa yang lebih mudah diterima serta
memberi kesan yang mendalam di lubuk jiwa.
1. Kemahiran Mendengar
2. Kemahiran Berbicara dan Berbahasa
AA204 Pengurusan Dalam Islam
87
Antara contoh kemahiran beebicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di
tempat kerja ialah :
i. Menggunakan bahasa yang mudah difahami
Perkara ini sangat perlu ditekankan kerana tidak semua anggota
organisasi mempunyai tahap ilmu dan kemampuan yang sama.
Penggunaan bahasa yang kurang difahami menyukarkan komunikasi
dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan.
ii. Isi bicara hendaklah benar
Kebenaran isi perbicaraan amat penting kerana ia merupakan sumber
kredibiliti seseorang pemimpin dengan orang yang dipimpin.
iii. Nada suara yang terkawal dan sesuai
Pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu mengawal kelembutan
bicara dan kelunakan suara agar dapat berkomunikasi dengan berkesan.
Hal ini amat jelas kerana nada suara kadangkala boleh menimbulkan
tanggapan yang pelbagai kepada pendengar.
iv. Berhujahlah dengan waras
Dalam menguruskan organisasi di tempat kerja, kadangkala pemimpin
dan golongan yang dipimpin perlu berdepan dengan situasi yang
memerlukannya untuk berhujah atau menerangkan sesuatu hal. Dalam
menghadapi situasi tersebut, mereka perlulah berusaha mengelakkan
sesuatu isu yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan kontroversi
kerana tujuan utama berhujah bukanlah untuk mencari kemenangan,
tetapi untuk menyerlahkan kebenaran.
v. Meninggalkan celaan dan mengumpat
Bagi seseorang yang ingin mengukuhkan kredibiliti, seharusnya
merebut peluang berkomunikasi dengan menitikberatkan keistimewaan
dan kekuatan orang lain, bukannya mencari kesalahan dan
mendedahkan keaiban sesuatu golongan.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
88
vi. Bercakap dengan lemah lembut dan bersopan
Dalam berbicara dan berbahasa di tempat kerja perlulah berkomunikasi
dengan lembut dan bersopan kerana Allah telah menekankan kepada
manusia untuk berbicara dengan perkataan yang baik dan
membiasakan diri dengan ucapan-ucapan yang baik.
vii. Menyebut perkara yang penting berulang-kali
Tindakan ini diamalkan bagi memastikan para pendengar betul-betul
jelas dan dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik. Prinsip
ini amat bersesuaian dengan apa yang telah diamalkan oleh Rasulullah
saw. Apabila baginda memperkatakan sesuatu perkara yang penting dan
rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda juga
berbuat perkara yang sama dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh
ramai orang kerana bimbang suaranya tidak dapat didengari dengan
baik.
2. Komunikasi bukan lisan (non-verbal)
Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan pesan-
pesan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan
semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara
teorinya, komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal adalah dua cabang
komunikasi yang berlainan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis
komunikasi ini saling jalin-menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi
yang kita lakukan sehari-hari.
AA204 Pengurusan Dalam Islam
89
Contoh-contoh komunikasi bukan lisan (non-verbal)
Termasuk di bawah komunikasi ini ialah :
1. Contoh teladan yang baik
2. Aspek penampilan diri, personality dan bahasa badan
3. Pendekatan psikologi
Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak
yang baik dantindakan yang selari dengan kata-kata. Konsep akhlak dan
kepimpinan dalam Islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu
dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang
baik dan unggul. Antara sifat yang menggambarkan teladan yang baik ialah sabar
dan pemaaf.
Dalam hal ini keterbukaan sikap pemimpin, sanggup menerima kritikan dan
kesediaan mengubah praktik negatif yang diamalkannya dalam organisasi dapat
melambangkan teladan yang baik yang boleh dicontohi. Begitu juga dengan
golongan yang dipimpin perlu sentiasa bersifat terbuka dan boleh menerima
teguran yang boleh memberikan impak positif dalam organisasi. Komunikasi
seperti ini amat penting bagi mencipta suasana harmoni di antara pemimpin dan
golongan yang dipimpin.
Penampilan diri dan personaliti seseorang menggambarkan sikap, perwatakan dan
peribadinya yang sebenar. Seperti contohnya pakaian yang dipakai boleh
memberikan imej samada pemakainya bersikap teliti, peramah, berfikiran mantap,
berdisiplin atau sebaliknya. Selain itu, ia juga dapat dilihat dari aspek perilaku,
kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa, tempat dan
sebagainya.
1. Contoh teladan yang baik
2. Penampilan diri, personaliti dan bahasa
badan
AA204 Pengurusan Dalam Islam
90
Bahasa badan turut memainkan perananyang cukup penting dalam
komunikasi. Dikatakan terdapat sebanyak 750000 bentuk bahasa badan seperti
postur tubuh, penampilan, kontak mata, mimik muka dan padding, iaitu perkataan-
perkataan seperti ”ah”, ”uh” dan sebagainya. Bahasa badan ini penting untuk
menilai maksud sebenar sesuatu maklumat terutamanya apabila terdapat
percanggahan dalam perkara yang diungkapkan seperti lisan.
Psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia dan selalunya merujuk
kepada kajian tentang tingkah laku. Komunikasi ini amat berkait rapat
terutamanya kepada pemimpin. Ia juga amat penting dalam proses komunikasi
kepimpinan bagi memahami jiwa sasaran. Antara cara yang boleh dilakukan oleh
pemimpin ialah dengan memberikan ucapan penghargaan, pujian dan memahami
perasaan orang lain dengan empati.
Saidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat pernah menyatakan :
”teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali
terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpama itu insya-Allah
akan mendorong tindakan yang lebih berani. Cubalah memahami perasaan orang
lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila
memberi ganjaran yang sewajarnya”.
Kesimpulan
Komunikasi menurut kaca mata Islam membawakan satu sudut pandangan yang
berbeza. Ia bersendikan keimanan dan ketakwaan terhadap Pencipta Yang Maha
Agung tanpa mengenepikan kepentingan hak-hak nilai kemanusiaan yang patut
dijaga dalam berkomunikasi. Ia merupakan satu manifestasi dalam kehidupan
berorganisasi supaya tugas-tugas dapat dijalankan dengan baik dan efisien serta
dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul secara profesional.
3. Pendekatan Psikologi
AA204 Pengurusan Dalam Islam
91
RUJUKAN
Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur:
Darul Fikir. (ISBN 9830420132)
Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam.
Kedah: Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:
Alam Raya Enterprise.
Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hashim Fauzy Yaacob (2011), Komunikasi untuk Pembangunan Sumber Manusia.
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia
Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir).
Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)
Mokhtar Muhammad (2008), Komunikasi dan Perubahan Permasalahan. Shah
Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
Attin Press Sdn. Bhd.
Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur:
Utusan & Publications Sdn. Bhd.