iii
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI
SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya ANIDA BINTI AHMAD No Matrik: MP111289
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ __________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No 346, Blok 15, Felda Air Tawar 5, 81900, Kota Tinggi, Johor DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
iv
“ Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan
Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMIL BIN YASIN
Tarikh : ................................................................
v
PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI
ANIDA BINTI AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
vi
“ Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ................................................
Nama Penuh : ANIDA BINTI AHMAD
Tarikh : ................................................
vii
DEDIKASI
Istimewa Untuk
Suami, Ibu Bapa Serta Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakan Dan Kerjasama
Juga
Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
Daerah Kota Tinggi Yang Bertimbang Rasa, Memahami Keadaan Dan Memberi
Pelepasan Kepada Saya Untuk Mengikuti Kelas Pada Hujung Minggu.
Penyelia Yang Dihormati Dr. M. Al-Muz-Zamil Bin Yasin Yang Sentiasa Memantau
Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.
Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakan.
Dorongan dan komitmen kalian telah menguatkan semangatku untuk meneruskan
perjuangan jihad yang belum berkesudahan ini.
viii
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. M.
Al-Muz-zamil Bin Yasin kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada pensyarah UTM yang telah banyak mencurahkan ilmu dan bakti mereka di
kelas Pesisir Kota Tinggi ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di setiap sekolah Daerah
Kota Tinggi kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang berkenaan di sekolah mereka.
Kerjasama yang diberikan oleh semua guru yang terlibat di daerah ini juga amat saya
hargai kerana sudi meluangkan masa dan membantu saya sepanjang kajian dijalankan.
Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi
segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan
keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat selamanya.
ix
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan latihan dalam
perkhidmatan di sekolah di Daerah Kota Tinggi. Kajian ini melibatkan seramai 51 orang
guru sebagai responden di sekolah daerah Kota Tinggi. Data di kumpul melalui soal
selidik dan temu bual. Semua data secara kuantitatif telah dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences versi 16.0. Manakala data
temu bual dalam bentuk kualitatif telah dijalankan ke atas tujuh orang guru dan semua
pendapat daripada penemu bual telah direkodkan dan dianalisis mengikut kesimpulan
dan tema. Analisis data mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap pengurusan
latihan dalam perkhidmatan di sekolah pada tahap tinggi. Min dapatan kajian tahap
pengurusan latihan dalam perkhidmatan ini ialah 4.00 iaitu pada tahap tinggi. Di
samping itu, dapatan kualitatif menunjukkan terdapat tujuh perancangan latihan dalam
perkhidmatan yang baik yang boleh dilakukan di sekolah iaitu dengan membuat analisis
keperluan latihan guru, menentukan tempat, tarikh program yang bersesuaian, memilih
penceramah / tenaga pakar yang sesuai dengan latihan program, membuat kertas kerja
untuk memohon kelulusan Pengetua, menaikkan notis untuk guru hadir ke latihan,
pelaksanaan program dan penilaian. Justeru, beberapa cadangan kajian lanjutan juga
turut dicadangkan oleh penyelidik bagi menjalankan kajian yang akan datang.
x
ABSTRACT
The purpose of this study was to review the management of in-service training at
schools in the District of Kota Tinggi. This study involved 51 teachers as respondents in
Kota Tinggi district schools. Data were collected through questionnaires and interviews.
All quantitative data were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences
version 16.0. While the qualitative data from interviews were conducted on seven
teachers were analyzed through thematic process and conclusion. Data analysis found
that in general, the management level of the in-service training was measured at high
mean value (4.00). The qualitative data showed that there were seven suggestion
proposed by respondents which can be used in school. In addition, some suggestions for
further research are also suggested by the researchers to conduct a future study.
xi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Definisi Operasional
1.6.1 Latihan Dalam Perkhidmatan 12
1.6.2 Analisis Keperluan Latihan 13
1.6.3 Pengurusan Latihan 13
1.6.4 Perancangan Kewangan 14
xii
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.8 Batasan Kajian 15
1.9 Skop Kajian 15
1.10 Kesimpulan 15
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 16
2.2 Latihan Dalam Perkhidmatan 16
2.3 Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah 18
2.4 Proses Pelaksanaan LDP Di Sekolah 21
2.5 Kajian Lepas 26
2.6 Model Latihan Dalam Perkhidmatan 28
2.6.1 Menjalankan Analisis Keperluan Latihan 29
2.6.2 Mereka bentuk Program Latihan 31
2.6.3 Melaksanakan Program Latihan 32
2.6.4 Menilai Program Latihan 33
2.7 Kesimpulan 33
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Lokasi Kajian 37
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Soal Selidik 41
xiii
3.5.2 Temu Bual 46
3.6 Kajian Rintis 48
3.7 Prosedur Kajian 50
3.7.1 Pelaksanaan 51
3.8 Analisis Kajian 52
3.9 Kesimpulan 54
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 56
4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 57
4.3 Analisis Data Kuantitatif (Soal Selidik) 58
4.3.1 Latar Belakang Responden 59
4.3.1.1 Jantina 59
4.3.1.2 Umur 60
4.3.1.3 Jawatan 60
4.3.1.4 Kelayakan Akademik 61
4.3.1.5 Pengalaman Mengajar 62
4.3.1.6 Tempat Mengajar 63
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 1 :
Sejauhmanakah tahap pengurusan latihan
dalam perkhidmatan di sekolah daerah
Kota Tinggi?
4.3.2.1.1 Analisa Keperluan Latihan 64
4.3.2.1.2 Reka Bentuk Program Latihan 65
4.3.2.1.3 Pelaksanaan Program 67
4.3.2.1.4 Penilaian 68
4.4 Analisis Data Kualitatif 73
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 2 :
xiv
Bagaimana Analisis Keperluan
Latihan dalam perkhidmatan guru-guru
di sekolah dilaksanakan?
4.4.1.1 Melalui Borang Prestasi Guru 74
4.4.1.2 Melalui Borang Soal Selidik 76
4.4.2 Analisis Persoalan kajian 3 : Bagaimana
Perancangan latihan dalam perkhidmatan
yang baik boleh dilakukan di sekolah?
4.4.2.1 Membuat Analisa Keperluan Latihan 77
Guru
4.4.2.2 Menentukan Tempat, Tarikh Dan 78
Program Yang Bersesuaian
4.4.2.3 Memilih Penceramah Atau Tenaga 79
Pakar Yang Sesuai
4.4.2.4 Membuat Kertas Kerja Untuk 81
Memohon Kelulusan Pengetua
4.4.2.5 Menaikkan Notis Arah Hadir LDP 82
4.4.2.6 Pelaksanaan Program 82
4.4.2.7 Penilaian 84
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 4 :
Bagaimana Perancangan Kewangan latihan
dalam perkhidmatan di sekolah dibuat?
4.4.3.1 Mengenal Pasti Sumber Kewangan 85
Yang Ada.
4.4.3.2 Pemilihan Program Yang Sesuai 87
Dengan Peruntukan Yang Ada
4.5 Rumusan Analisis Data 88
4.6 Kesimpulan 90
xv
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 91
5.2 Perbincangan 92
5.2.1 Maklumat Latar belakang Responden 93
5.2.2 Tahap Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan 94
5.2.3 Pelaksanaan Analisis Keperluan Latihan 97
Guru-guru Di Sekolah
5.2.4 Perancangan latihan dalam perkhidmatan 98
yang baik boleh dilakukan di sekolah
5.2.5 Kaedah Perancangan Kewangan Latihan 100
Dalam Perkhidmatan Dilakukan Di Sekolah
5.3 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan 101
Latihan Dalam Perkhidmatan
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 102
5.5 Penutup 103
RUJUKAN 104
LAMPIRAN 107
xvi
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKASURAT
3.1 Jumlah Sampel Yang Dipilih Dari Jumlah 39
Populasi Sebenar Melalui Kaedah
Persampelan Bertujuan
3.2 Pembahagian Borang Soal Selidik 42
3.3 Pecahan Item Mengikut Konstruk 43
3.4 Skala Likert 43
3.5 Item Soal Selidik Berdasarkan Dimensi Model 44
Program Latihan Zafir & Fazilah (2003)
3.6 Soalan Temu Bual 47
3.7 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan 49
Nilai Alpha Cronbach
3.8 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha 49
Cronbach Mengikut Item Soal Selidik Bagi
Kajian Rintis (Alpha If Item Deleted) Untuk
Tahap Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan
3.9 Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan 50
‘ Alpha Cronbach If Item Deleted’
3.10 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan 53
Kajian
3.11 Tahap Pemeringkatan Min 54
4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 59
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 60
4.4 Taburan Kekerapan Mengikut Jawatan 61
4.5 Taburan Kekerapan Mengikut Kelayakan 62
Akademik
xvii
4.6 Taburan Kekerapan Mengikut Pengalaman 63
Mengajar
4.7 Taburan Kekerapan Mengikut Tempat Mengajar 63
4.8 Maklum Balas Responden Terhadap 70
Item-item Tahap Pengurusan Latihan Dalam
Perkhidmatan Di Sekolah mengikut min dan
sisihan piawai.
4.9 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan 88
Kajian
xviii
SENARAI RAJAH
RAJAH PERKARA MUKASURAT
2.1 Carta Aliran Pengoperasian 25
Program Latihan Dalam Perkhidmatan
2.2 Proses Pengurusan Program Latihan 29
xix
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
ƒ - Kekerapan
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 107
B Transkripsi Temu bual Setiausaha 111
LDP (G1)
C Transkripsi Temu Bual Setiausaha 115
LDP (G2)
D Transkripsi Temu Bual Guru Bimbingan 119
dan Kaunseling (G3)
E Transkripsi Temu Bual Guru Bimbingan 121
dan Kaunseling (G4)
F Transkripsi Temu Bual Guru Penolong 123
Kanan 1 (G5)
G Transkripsi Temu Bual Pengetua (G6) 125
H Transkripsi Temu Bual Ketua Kerani (KK4) 127
I Nilai Analisis Data – Kajian Rintis 128
J Nilai Analisis Data – Kajian Sebenar 132
K Surat Pengesahan Pelajar Universiti 139
Teknologi Malaysia
L Surat Kelulusan Membuat Kajian ERPD 140
M Surat Kelulusan Membuat Kajian 141
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi
xxi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Latihan dalam perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang paling penting
pada hari ini dalam pembangunan staf. Dunia pendidikan pada hari ini juga dilihat
semakin jauh berubah berbanding dari era 90-an. Perubahan masa yang ketara dan
penting dalam peranan serta status perkembangan profesional di sekolah mula
diperlihatkan. Ia berubah daripada aktiviti yang kurang penting dipertahankan oleh
sekumpulan amatur yang menentang keperluan canggih selaras dengan amalan terbaik
sesebuah organisasi kepada yang lebih penting dalam mewujudkan sebuah organisasi
yang berkesan serta cemerlang. Menurut Burnham J.W & Sullivan F. O (2010), perkara
penting yang perlu difikirkan dalam sesebuah organisasi adalah perkembangan
professional yang berterusan atau Continouos Profesional Development (CPD) itu
sendiri serta perkembangan dalam struktur pendidikan serta latihan dalam
perkhidmatan.
xxii
Latihan dalam perkhidmatan diperkenalkan melalui Sistem Pengurusan Sekolah
Kualiti (SPSK) yang terkandung dalam PK 10 iaitu Pembangunan Staf. Objektif
program ini adalah bertujuan memberi latihan kepada semua guru dan staf sekurang-
kurangnya 7 hari dalam tahun semasa untuk meningkatkan kompetensi bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru. Definisi latihan dalaman
menurut SPSK adalah sebarang latihan yang dikendalikan oleh pihak sekolah
manakala latihan luaran merupakan latihan yang dikendalikan oleh pihak luar selain
daripada sekolah itu sendiri (Sektor Jaminan Kualiti JPNJ, 2012).
Latihan menurut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) (2009)
merujuk kepada semua kursus, seminar, bengkel dan lain – lain program latihan yang
dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional. Selain itu, Menurut Yusof Boon (2012), dalam sesebuah organisasi,
penyesuaian terbaik, individu yang terlatih dan orang-orang yang berpengalaman
untuk melakukan kerja amat diperlukan. Pekerjaan dalam organisasi yang dinamik hari
ini, telah menjadi lebih kompleks dan pencapaian akademik pekerja meningkat.
Latihan pekerja adalah satu pengalaman belajar iaitu mencari sebuah perubahan yang
relatif kekal pada pekerja dalam meningkatkan prestasi kerja. Dengan demikian juga,
latihan kemahiran melibatkan perubahan, pengetahuan, sikap atau perilaku.
Bagi Tahun 2010 Unit Latihan dan Perkhidmatan telah merancang sebanyak 159
kursus dengan bilangan peserta seramai 664,632 orang guru yang menggunakan
anggaran perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta. Walau
bagaimanapun disebabkan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah
dikurangkan, latihan yang akan diberi penekanan adalah kepada dasar-dasar yang
terkandung dalam Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam iaitu Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005, Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai
2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010
dan 2011 secara Blended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi
Perkongsian Ilmu Melalui Mesyuarat Panitia.
xxiii
Latihan menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005, Dasar Latihan
Sumber Manusia Sektor Awam bermaksud proses transisi ilmu pengetahuan secara
teratus mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Ianya bertujuan menambah
pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa
organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus latihan
semasa bekerja dan program mentoring / coaching yang seumpama dengannya yang
menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.
Menyedari pentingnya usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam,
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota
perkhidmatan awam melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan sikap, kemahiran
dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia
yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran yang
berterusan.
Seterusnya, strategi perlaksanaan program LDP ini adalah dengan menyarankan
setiap jabatan atau kementerian untuk menyediakan peruntukan tahunan sekurang-
kurangnya satu peratus (1%) bagi peruntukan emolumen untuk tujuan latihan. Selain
itu, Majlis Latihan Sektor Awam ditubuhkan serta dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam bagi perlaksanaan di peringkat pusat. Panel
Pembangunan Sumber Manusia juga ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan bagi perlaksanaan di peringkat
kementerian atau jabatan.
Justeru, dilihat juga dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) teras
Kelima iaitu memartabatkan profesion perguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) 2006 – 2010 telah menyarankan aspek kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan
guru diberi fokus bagi memastikan guru berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan
mereka. Latihan dalam perkhidmatan juga bertujuan mempertingkatkan kompetensi
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sejajar dengan Dasar Sumber Manusia
Sektor Awam 2005 yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun
xxiv
2005. Antara bidang yang diambil kira adalah pengetahuan profesional, kemahiran
profesional dan nilai amalan profesional keguruan.
Dapatan pemantauan yang dilaksanakan pada Tahun 2009 juga mendapati 92.8
% guru memberi respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru secara School
Based. 96.6 % guru tersebut menyatakan latihan guru secara School Based dapat
meningkatkan profesionalisme mereka. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah telah dilaksanakan
secara School Based oleh Bahagian Pendidikan Guru sejak Tahun 2008. Pada Tahun
2009, seramai 321,000 guru telah mengikuti kursus secara School Based. Daripada
bilangan tersebut, sebanyak 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari,
63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari dan 5 % guru telah mengikuti
kursus lebih dari 7 hari.
Dilihat peranan latihan dalam perkhidmatan pada hari ini sangat penting dan
besar. Apabila dunia sentiasa mengalami perubahan, maka jelas, dunia pendidikan juga
mengalami situasi yang sama. Kemahiran yang ada pada setiap warga pendidik juga
harus ditingkat mengikut perubahan zaman yang semakin ketara. Arus teknologi juga
semakin berkembang pesat. Justeru, guru perlu dipersiapkan dengan kemahiran yang
berkaitan dengan teknologi. Antaranya kemahiran mengendalikan perisian-perisian
komputer, penyediaan powerpoint untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, cara-
cara untuk mengakses laman-laman sesawang yang berkaitan dengan penddidikan dan
sebagainya. Hal ini dilihat, semua data dan maklumat murid pada hari ini boleh diakses
melalui internet oleh ibu bapa dan penjaga. Justeru, LDP berperanan membantu guru
dalam mengharungi arus pemodenan dunia iaitu maklumat di hujung jari. Program-
program seperti ini dapat menggalakkan inovasi serta memberi peluang sama rata
kepada setiap orang dan dengan itu juga kemahiran setiap individu dapat ditingkatkan.
(Blanford S.,2004)
xxv
1.2 Latar Belakang Masalah
Latihan dalam perkhidmatan atau LDP adalah penting jika seorang guru ingin
meningkatkan kemahiran profesional, khasnya sebagai pelaksana kurikulum di bilik
darjah. Persekitaran sentiasa berubah. Minat murid berlainan pada zaman yang
berlainan. Ekspektasi ibu bapa dan masyarakat juga sentiasa berubah. Pelbagai daya
tarikan kanak-kanak dan remaja semakin bertambah. Seseorang yang ingin menjadi
guru yang berkesan tidak boleh statik dalam ilmu dan kemahirannya. Selain dari
melalui bacaan sendiri, LDP yang berinteraktif merupakan aktiviti yang penting untuk
perkembangan ilmu dan kemahiran berkenaan pengajaran dan pembelajaran. LDP
memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman daripada penceramah,
berkongsi pengalaman dalam sesi perbengkelan dan pembentangan, saling galak
menggalak untuk peningkatan profesional dan saling bantu membantu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengajar. Selain itu, guru-guru yang
menjadi penceramah atau pembentang hasil bengkel berpeluang untuk meningkatkan
kemahiran membentang, menyediakan bahan-bahan dan multimedia masing-masing.
Dilihat kini, guru hari ini semakin perlu mengikuti arus perkembangan zaman
semasa. Justeru, kebanyakan guru lama dilihat kurang kemahiran dalam bidang ICT
dan hanya banyak mengharapkan guru baru dalam penggunaan ICT di sekolah.
Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT kurang dipertingkatkan dalam kalangan
guru lama. Kebanyakan guru baru yang banyak mengikuti LDP. Di sini seharusnya
LDP kurang dilihat berperanan dalam meningkatkan pengetahuan profesionalisme
dalam bidang pengurusan kurikulum, ICT serta perilaku guru itu sendiri. Keadaan ini
dilihat sebagai permasalahan guru kurang menguasai melakukan inovasi kerana
kurangnya LDP dalam membangunkan guru-guru untuk lebih berinovasi dalam kerjaya
mereka. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri menyatakan dalam
ucapannya semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke 41, guru yang
berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan pembelajaran yang paling kondusif
dan memastikan muridnya berupaya menggunakan ilmu yang diajar di dalam bilik
darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan
xxvi
mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam dunia nyata. (Utusan Malaysia
Online:16 Mei 2012)
Masalah yang paling banyak disenaraikan oleh guru-guru adalah tempoh masa
program yang terlalu singkat. Walau bagaimanapun, hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melahirkan guru yang kreatif dan berinovasi serta berpengetahuan
tinggi mungkin sukar dicapai sekiranya perancangan program LDP tidak dirancang
dengan baik. Ini juga merupakan satu halangan dan kekangan kepada sesebuah jabatan
atau kementerian. Perancangan yang kurang baik akan mengakibatkan masalah lain
timbul seperti menghadapi masalah kewangan atau kekurangan bajet, tempoh masa
latihan terjejas dan yang paling penting kesannya terhadap penerimaan ilmu dalam
kalangan guru yang mengikuti LDP. Mereka akan merasa ilmu yang diperolehi tidak
dapat difahami sepenuhnya. Menurut Mohamad Mortadza bin Bohari (2003) dalam
kajiannya menyatakan bahawa terdapat masalah yang timbul ketika guru menyertai
program LDP anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Masalah yang paling banyak
disenaraikan oleh guru-guru di negeri Sarawak adalah tempoh masa program yang
terlalu singkat. Namun begitu, keputusan kajiannya menunjukkan bahawa tahap
keberkesanan program LDP dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru meningkat.
Selain itu, program LDP dilihat menjadi kurang berkesan kerana perancangan yang
dilakukan oleh pihak sekolah tidak selari dengan kehendak strategi organisasi dan
pekerja itu sendiri. Perancangan yang dilakukan adalah tidak sepenuhnya berfokuskan
misi dan visi organisasi. Hal ini mungkin disebabkan, pekerja yang terlibat dan diberi
tanggungjawab untuk merancang program latihan dalam perkhidmatan ini sendiri
kurang memahami visi dan misi sebenar organisasi. Justeru, program yang dirancang
menjadi kurang berkesan kerana isi kandungan program kurang memberi penghayatan
kepada pada pekerja.
Satu pendekatan yang boleh digunakan untuk menentukan keperluan latihan
ialah dengan analisis keperluan. Analisis ini bertujuan untuk menentukan keadaan
sebenar dan membandingkannya dengan keadaan yang dikehendaki. Sekiranya
prestasi kerja yang sebenar kurang daripada prestasi kerja yang dikehendaki dan
xxvii
keadaan ini dapat diperbetulkan melalui latihan (iaitu melalui perubahan dari segi
pengetahuan, kemahiran, atau sikap pekerja), maka di sini program latihan diperlukan.
Analisis keperluan boleh dibahagikan kepada analisis organisasi, analisis tugas, dan
analisis individu (Ibrahim Mamat, 1996).
Di dalam organisasi sekolah juga, analisis keperluan tidak dijalankan secara
meluas. Tiada soal selidik atau borang penilaian mengenai program latihan dalam
perkhidmatan yang dijalankan. Justeru, keberkesanan program tersebut tidak dapat
dikenal pasti. Selain itu, setiap guru dikehendaki mengisi latihan yang diperlukan bagi
tahun yang berikutnya di dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mereka.
Namun, keperluan latihan guru ini tidak dianalisis oleh pihak pentadbir. Justeru,
keperluan guru tidak dapat dipenuhi seterusnya, kompetensi guru tidak dapat
ditingkatkan. Setiap guru mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran yang
berbeza-beza. Justeru, keperluan latihan guru secara individu perlu diambil kira agar
tidak berlaku guru menjalani program yang berulang-ulang sepanjang tahun (Fatimah
Zohora bt Noh, Komunikasi peribadi, 13 November 2012).
Kebanyakan pihak pentadbir sekolah mengambil pendekatan yang mudah dalam
membuat perancangan program LDP. Mereka lebih berfokus kepada matlamat
organisasi semata-mata. Ada juga yang lebih mementingkan kepentingan latihan
dalam berfokuskan guru baru. Justeru, guru lama terpaksa juga mengikuti program
latihan dalaman tersebut walaupun ianya berulang-ulang hanya kerana markah
individu diambil kira. Dengan ini, mungkin matlamat organisasi dapat dicapai, tetapi
kecekapan dan kemahiran guru tidak dapat ditingkatkan sepenuhnya (Aniza Ahmad,
komunikasi peribadi, 12 November 2012)
Dalam organisasi sekolah, individu yang bertanggungjawab melaksanakan
perancangan program latihan dalam perkhidmatan adalah Guru Penolong (GPK)
Pentadbiran. Kebiasaannya, di dalam organisasi sekolah, tanggungjawab GPK
Pentadbiran mungkin agak banyak. Bagi perancangan dan perlaksanaan latihan dalam
perkhidmatan. Diserahkan kepada guru lain. Guru yang diserahkan kurang memahami
xxviii
cara perancangan latihan dalaman ini dijalankan. Maka, mereka akan laksanakan
perancangan berdasarkan pengetahuan yang sedia ada sahaja tanpa mengambil kira
keperluan perancangan yang perlu mereka analisa sebelum melaksanakannya.
Kebiasaannya, LDP adalah di bawah kelolaan kaunselor sekolah. Sedangkan dalam
bidang tugas sebagai seorang kaunselor, bukan tugas mereka dalam melaksanakan
latihan dalam perkhidmatan ini. Apabila individu yang berlainan menggalas
tanggungjawab ini, maka keberkesanan program tersebut kurang kerana tiada
penghayatan yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas (Zamri Safri, komunikasi
peribadi, 16 November 2012).
Selain daripada itu, peruntukan yang diturunkan oleh kerajaan tidak mencukupi
oleh organisasi sekolah memilih kursus yang berkualiti. Kebanyakan kursus yang
dikendalikan oleh individu yang pakar, harga yang dikenakan adalah tinggi sehingga
ribuan ringgit untuk satu sesi. Namun, sekolah tidak mampu untuk menyertainya
kerana peruntukan kewangan yang sedia ada tidak mencukupi. Sekolah terpaksa
menjadi lebih kreatif dalam menjana kewangan bagi menyediakan kursus yang
berkualiti untuk guru-gurunya. (Samion bin Kassim, komunikasi peribadi, 12
November 2012). Justeru perancangan kewangan atau bajet perlu dirancang dengan
lebih teliti.
1.3 Pernyataan Masalah
Seiring dengan perubahan zaman, dunia pendidikan juga turut berubah. Justeru,
guru pada hari ini perlu melakukan transformasi seperti yang diwar-warkan oleh
Perdana Menteri Malaysia. Hal ini disebabkan oleh anak-anak remaja juga berkembang
mengikut arus kemodenan dunia. Justeru, guru harus sentiasa diberi latihan yang
berterusan agar tidak ketinggalan dan ditelan arus. Oleh itu, penambahbaikan perlu
sering dilakukan oleh guru-guru dalam bidang kerjaya mereka. Ilmu pengetahuan serta
kemahiran juga sentiasa perlu ditambah dari semasa ke semasa.
Menurut Faizah Yunus (2003) peningkatan prestasi boleh dicapai melalui pekerja
yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkomitmen untuk menjadikan organisasi
xxix
tempat kerja mereka berjaya dan maju. Namun, kekurangan kos dan peruntukan
kewangan yang diturunkan oleh kerajaan kepada setiap sekolah telah membataskan
program latihan yang ingin dijalankan. Kesan daripada itu juga, tempoh masa program
latihan yang terhad juga akan menjadi terhad, guru memerlukan masa untuk mendalami
ilmu yang dipelajari semasa LDP dijalankan agar tidak timbul salah faham dalam
mengaplikasikan perkara yang telah diajar. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan
prestasi kerja guru dinilai negatif oleh pihak atasan.
Kekurangan kemahiran untuk mengurus juga memberi kesan kepada prestasi
kerja guru sepertimana kesan pengenalan teknologi baru. Kebanyakan guru senior
kurang mahir dalam mengendalikan komputer dan sistem internet, tetapi tidak
dihebahkan kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada organisasi. Setiap
organisasi pasti akan berhadapan dengan masalah ini dan kerap kali bila ia timbul, ia
akan didiagnosis sebagai pekerja yang mempunyai masalah sikap atau pekerja
'burnout'. Situasi seperti ini harus diperbaiki dan analisis keperluan yang tepat perlu
dilakukan. Walau bagaimanapun, analisa keperluan didapati dijalankan tidak seiring
dengan keperluan organisasi. Selain itu juga, ia tidak dijalankan secara meluas. Perkara
penting bagi memperbaiki dan membangunkan sekolah ialah mengenal pasti apa yang
ada dan boleh didapati bagi membangunkan guru-guru. (Blandford,S. 2004)
Selain itu juga, sekiranya analisis tidak dilaksanakan secara menyeluruh, ianya
boleh menyebabkan prestasi kerja guru terjejas. Jika seseorang guru diberikan latihan
yang kurang dan tidak tepat dengan bidangnya, maka, kompetensi guru serta
prestasinya mungkin akan menurun disebabkan organisasi kurang peka dengan minat
serta ketepatan pilihan latihan yang diperlukan oleh guru tersebut. Menurut Ibrahim
Mamat (1996) menyatakan, analisis kakitangan hendaklah berdasarkan rekod prestasi
kerja atau rekod peribadi pekerja. Analisis ini juga menentukan tahap prestasi masa
kini, masa lalu, kelayakan, pengalaman dan catatan-catatan lain yang berkenaan dengan
pegawai tersebut. Ada kalanya guru diuji dengan pelbagai kaedah. Namun tidak
semestinya kecekapan yang rendah menunjukkan guru tersebut memerlukan latihan.
xxx
Selain itu juga, perancangan kewangan di sekolah tidak dijalankan dengan
terancang. Peruntukan yang diterima juga tidak mencukupi bagi menyediakan kursus
dari tenaga pakar yang benar-benar mahir dalam bidang yang dikehendaki oleh pihak
sekolah. Di samping itu juga, tugas-tugas pengurusan dalam menyediakan latihan dalam
perkhidmatan tidak jalankan oleh individu yang tepat dalam sesebuah organisasi
sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1.4.1 Mengenal pasti tahap pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah Daerah
Kota Tinggi.
1.4.2 Mengenal pasti kaedah analisis keperluan latihan dalam perkhidmatan guru-guru
di sekolah dilaksanakan.
1.4.3 Mengenal pasti perancangan latihan dalam perkhidmatan yang baik boleh
dilakukan di sekolah.
1.4.4 Mengenal pasti perancangan kewangan latihan dalam perkhidmatan di sekolah
dibuat.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah :
1.5.1 Sejauh manakah tahap pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah daerah
Kota Tinggi?
1.5.2 Bagaimanakah analisis keperluan latihan dalam perkhidmatan guru-guru di
sekolah dilaksanakan?
xxxi
1.5.3 Bagaimanakah perancangan latihan dalam perkhidmatan yang baik boleh
dilakukan di sekolah?
1.5.4 Bagaimanakah perancangan kewangan latihan dalam perkhidmatan di sekolah
dibuat?
1.6 Definisi Operasional
1.6.1 Latihan Dalam Perkhidmatan
Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun (2003) menyatakan latihan
lebih menumpukan kepada pemerolehan pengetahuan bagi jangka masa pendek.
Latihan juga merupakan apa jua inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk
menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan mereka. Ia boleh
ditakrifkan sebagai proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka
perlukan dalam melaksanakan tugas.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, Dasar Latihan
Sumber Manusia Sektor Awam, latihan bermaksud proses pemindahan ilmu
pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan
kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.
Yusof Boon (2012), menyatakan latihan pekerja adalah satu pengalaman belajar
iatu mencari sebuah perubahan yang relatif kekal pada pekerja dalam meningkatkan
prestasi kerja. Latihan kemahiran pula melibatkan perubahan, pengetahuan, sikap atau
perilaku. Selain itu, latihan menurut Ibrahim Mamat (1996), menyatakan semua
kakitangan dalam sesebuah organisasi sentiasa mempelajari sesuatu yang baru tentang
tugas dan peranan mereka. Mereka belajar melalui banyak kaedah. Antaranya ialah
xxxii
daripada pengalaman, penglihatan, perbincangan dan kaedah-kaedah lain yang dianggap
tidak formal.
Daripada definisi di atas, jelaslah bahawa tujuan program latihan dalam
perkhidmatan diadakan adalah untuk memenuhi matlamat organisasi melalui
peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap guru. Pembelajaran bukanlah
satu matlamat latihan, sebaliknya perubahan perlakuan yang dapat memberi sumbangan
ke arah pencapaian matlamat organisasi. Selain daripada dapat meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran seseorang pegawai perkhidmatan pendidikan itu sendiri.
1.6.2 Analisis Keperluan Latihan
Analisis keperluan latihan menurut Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah
Mohamad Hasun (2012) adalah satu proses yang berterusan yang memberikan jawapan
kepada persoalan seperti individu yang memerlukan latihan dan bentuk latihan yang
diperlukan. Analisis latihan dijalankan berdasarkan tiga peringkat iaitu peringkat
organisasi, peringkat tugas dan peringkat individu.
Ibrahim Mamat (1996) pula mendefinisikan analisis keperluan latihan sebagai satu
proses mengenal pasti kakitangan yang memerlukan latihan serta bidang latihan yang
diperlukannya. Keperluan juga dapat diibaratkan sebagai keinginan yang belum
dicapai. Keperluan juga merupakan satu jurang atau perbezaan yang wujud antara apa
yang sebenarnya dengan apa yang sepatutnya.
Menurut Faizah (2003), kedua-dua istilah boleh disilihgantikan penggunaannya
kerana `penilaian' dan `analisis' mempunyai tujuan yang sama iaitu memastikan wujud
keperluan untuk melatih dan untuk mengenal pasti kandungan program latihan.
Penilaian keperluan memberi peluang untuk berunding dengan berbagai orang dalam
organisasi. Idea yang diperoleh menerusi perundingan itu akan meningkatkan minat
kepada proses latihan dan memberi fokus kepada perlaksanaan.
xxxiii
1.6.3 Pengurusan Latihan
Menurut Ibrahim Mamat (1996), pengurusan latihan merangkumi tugas
persediaan sebelum kursus seperti memilih peserta kursus, persiapan peralatan latihan,
penyediaan tempat latihan, pengurusan kewangan dan penjadualan latihan. Seterusnya,
tugas-tugas semasa kursus yang merangkumi pengumpulan dan penyimpanan rekod dan
aktiviti susulan selepas kursus.
Selain itu, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah
kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan
menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia seringnya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi
serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau
sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.
1.6.4 Perancangan Kewangan
Suatu proses yang melibatkan perancangan pengagihan dan penggunaan tenaga
manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi
matlamat sesebuah organisasi. Satu proses di mana sesebuah organisasi perlu mengikut
langkah-langkah tertentu untuk memperoleh dan seterusnya mengagihkan sumber-
sumber berdasarkan kepada keutamaan tertentu.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan latihan dalam perkhidmatan di
sekolah dalam aspek pengurusan, merangkumi perancangan, bajet dan perlaksanaan
xxxiv
latihan dalam perkhidmatan. Justeru, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran
Daerah Kota Tinggi dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam mengenal pasti pengurusan
yang terbaik dalam melaksanakan latihan dalam perkhidmatan.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di sekolah sekitar daerah Kota Tinggi. Justeru kajian ini
tidak dapat menggambarkan tentang keseluruhan pengurusan latihan dalam
perkhidmatan di seluruh Malaysia, tetapi hanya terbatas di daerah Kota Tinggi sahaja.
1.9 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya mengkaji tentang pengurusan latihan dalam perkhidmatan di
dalam organisasi sekolah sahaja. Kajian ini juga dijalankan ke atas guru yang
menguruskan program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah Kota
Tinggi. Antaranya adalah guru yang memegang jawatan setiausaha latihan dalam
perkhidmatan, Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Penolong Kanan 1, Pengetua dan
kerani sekolah.
1.10 Kesimpulan
Bab ini memberi gambaran pengenalan kajian yang akan dijalankan, latar belakang
masalah kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan
kajian, definisi operasional, batasan kajian dan skop kajian.