32
iii PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya ANIDA BINTI AHMAD No Matrik: MP111289 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ __________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No 346, Blok 15, Felda Air Tawar 5, 81900, Kota Tinggi, Johor DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Nama Penyelia Tarikh: Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

  • Upload
    vudiep

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

iii

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI

SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya ANIDA BINTI AHMAD No Matrik: MP111289

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ __________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No 346, Blok 15, Felda Air Tawar 5, 81900, Kota Tinggi, Johor DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

iv

“ Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan

Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMIL BIN YASIN

Tarikh : ................................................................

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

v

PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH KOTA TINGGI

ANIDA BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

vi

“ Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ................................................

Nama Penuh : ANIDA BINTI AHMAD

Tarikh : ................................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

vii

DEDIKASI

Istimewa Untuk

Suami, Ibu Bapa Serta Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakan Dan Kerjasama

Juga

Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu

Daerah Kota Tinggi Yang Bertimbang Rasa, Memahami Keadaan Dan Memberi

Pelepasan Kepada Saya Untuk Mengikuti Kelas Pada Hujung Minggu.

Penyelia Yang Dihormati Dr. M. Al-Muz-Zamil Bin Yasin Yang Sentiasa Memantau

Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.

Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakan.

Dorongan dan komitmen kalian telah menguatkan semangatku untuk meneruskan

perjuangan jihad yang belum berkesudahan ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

viii

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. M.

Al-Muz-zamil Bin Yasin kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada

saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima

kasih kepada pensyarah UTM yang telah banyak mencurahkan ilmu dan bakti mereka di

kelas Pesisir Kota Tinggi ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di setiap sekolah Daerah

Kota Tinggi kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian dengan

mengedarkan borang soal selidik kepada guru yang berkenaan di sekolah mereka.

Kerjasama yang diberikan oleh semua guru yang terlibat di daerah ini juga amat saya

hargai kerana sudi meluangkan masa dan membantu saya sepanjang kajian dijalankan.

Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi

segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan

keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat selamanya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

ix

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan latihan dalam

perkhidmatan di sekolah di Daerah Kota Tinggi. Kajian ini melibatkan seramai 51 orang

guru sebagai responden di sekolah daerah Kota Tinggi. Data di kumpul melalui soal

selidik dan temu bual. Semua data secara kuantitatif telah dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences versi 16.0. Manakala data

temu bual dalam bentuk kualitatif telah dijalankan ke atas tujuh orang guru dan semua

pendapat daripada penemu bual telah direkodkan dan dianalisis mengikut kesimpulan

dan tema. Analisis data mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap pengurusan

latihan dalam perkhidmatan di sekolah pada tahap tinggi. Min dapatan kajian tahap

pengurusan latihan dalam perkhidmatan ini ialah 4.00 iaitu pada tahap tinggi. Di

samping itu, dapatan kualitatif menunjukkan terdapat tujuh perancangan latihan dalam

perkhidmatan yang baik yang boleh dilakukan di sekolah iaitu dengan membuat analisis

keperluan latihan guru, menentukan tempat, tarikh program yang bersesuaian, memilih

penceramah / tenaga pakar yang sesuai dengan latihan program, membuat kertas kerja

untuk memohon kelulusan Pengetua, menaikkan notis untuk guru hadir ke latihan,

pelaksanaan program dan penilaian. Justeru, beberapa cadangan kajian lanjutan juga

turut dicadangkan oleh penyelidik bagi menjalankan kajian yang akan datang.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

x

ABSTRACT

The purpose of this study was to review the management of in-service training at

schools in the District of Kota Tinggi. This study involved 51 teachers as respondents in

Kota Tinggi district schools. Data were collected through questionnaires and interviews.

All quantitative data were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences

version 16.0. While the qualitative data from interviews were conducted on seven

teachers were analyzed through thematic process and conclusion. Data analysis found

that in general, the management level of the in-service training was measured at high

mean value (4.00). The qualitative data showed that there were seven suggestion

proposed by respondents which can be used in school. In addition, some suggestions for

further research are also suggested by the researchers to conduct a future study.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Latihan Dalam Perkhidmatan 12

1.6.2 Analisis Keperluan Latihan 13

1.6.3 Pengurusan Latihan 13

1.6.4 Perancangan Kewangan 14

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xii

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.8 Batasan Kajian 15

1.9 Skop Kajian 15

1.10 Kesimpulan 15

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 Latihan Dalam Perkhidmatan 16

2.3 Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah 18

2.4 Proses Pelaksanaan LDP Di Sekolah 21

2.5 Kajian Lepas 26

2.6 Model Latihan Dalam Perkhidmatan 28

2.6.1 Menjalankan Analisis Keperluan Latihan 29

2.6.2 Mereka bentuk Program Latihan 31

2.6.3 Melaksanakan Program Latihan 32

2.6.4 Menilai Program Latihan 33

2.7 Kesimpulan 33

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Lokasi Kajian 37

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Soal Selidik 41

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xiii

3.5.2 Temu Bual 46

3.6 Kajian Rintis 48

3.7 Prosedur Kajian 50

3.7.1 Pelaksanaan 51

3.8 Analisis Kajian 52

3.9 Kesimpulan 54

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 56

4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 57

4.3 Analisis Data Kuantitatif (Soal Selidik) 58

4.3.1 Latar Belakang Responden 59

4.3.1.1 Jantina 59

4.3.1.2 Umur 60

4.3.1.3 Jawatan 60

4.3.1.4 Kelayakan Akademik 61

4.3.1.5 Pengalaman Mengajar 62

4.3.1.6 Tempat Mengajar 63

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 1 :

Sejauhmanakah tahap pengurusan latihan

dalam perkhidmatan di sekolah daerah

Kota Tinggi?

4.3.2.1.1 Analisa Keperluan Latihan 64

4.3.2.1.2 Reka Bentuk Program Latihan 65

4.3.2.1.3 Pelaksanaan Program 67

4.3.2.1.4 Penilaian 68

4.4 Analisis Data Kualitatif 73

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 2 :

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xiv

Bagaimana Analisis Keperluan

Latihan dalam perkhidmatan guru-guru

di sekolah dilaksanakan?

4.4.1.1 Melalui Borang Prestasi Guru 74

4.4.1.2 Melalui Borang Soal Selidik 76

4.4.2 Analisis Persoalan kajian 3 : Bagaimana

Perancangan latihan dalam perkhidmatan

yang baik boleh dilakukan di sekolah?

4.4.2.1 Membuat Analisa Keperluan Latihan 77

Guru

4.4.2.2 Menentukan Tempat, Tarikh Dan 78

Program Yang Bersesuaian

4.4.2.3 Memilih Penceramah Atau Tenaga 79

Pakar Yang Sesuai

4.4.2.4 Membuat Kertas Kerja Untuk 81

Memohon Kelulusan Pengetua

4.4.2.5 Menaikkan Notis Arah Hadir LDP 82

4.4.2.6 Pelaksanaan Program 82

4.4.2.7 Penilaian 84

4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 4 :

Bagaimana Perancangan Kewangan latihan

dalam perkhidmatan di sekolah dibuat?

4.4.3.1 Mengenal Pasti Sumber Kewangan 85

Yang Ada.

4.4.3.2 Pemilihan Program Yang Sesuai 87

Dengan Peruntukan Yang Ada

4.5 Rumusan Analisis Data 88

4.6 Kesimpulan 90

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xv

5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 91

5.2 Perbincangan 92

5.2.1 Maklumat Latar belakang Responden 93

5.2.2 Tahap Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan 94

5.2.3 Pelaksanaan Analisis Keperluan Latihan 97

Guru-guru Di Sekolah

5.2.4 Perancangan latihan dalam perkhidmatan 98

yang baik boleh dilakukan di sekolah

5.2.5 Kaedah Perancangan Kewangan Latihan 100

Dalam Perkhidmatan Dilakukan Di Sekolah

5.3 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan 101

Latihan Dalam Perkhidmatan

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.5 Penutup 103

RUJUKAN 104

LAMPIRAN 107

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xvi

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKASURAT

3.1 Jumlah Sampel Yang Dipilih Dari Jumlah 39

Populasi Sebenar Melalui Kaedah

Persampelan Bertujuan

3.2 Pembahagian Borang Soal Selidik 42

3.3 Pecahan Item Mengikut Konstruk 43

3.4 Skala Likert 43

3.5 Item Soal Selidik Berdasarkan Dimensi Model 44

Program Latihan Zafir & Fazilah (2003)

3.6 Soalan Temu Bual 47

3.7 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan 49

Nilai Alpha Cronbach

3.8 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha 49

Cronbach Mengikut Item Soal Selidik Bagi

Kajian Rintis (Alpha If Item Deleted) Untuk

Tahap Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan

3.9 Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan 50

‘ Alpha Cronbach If Item Deleted’

3.10 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan 53

Kajian

3.11 Tahap Pemeringkatan Min 54

4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 59

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 60

4.4 Taburan Kekerapan Mengikut Jawatan 61

4.5 Taburan Kekerapan Mengikut Kelayakan 62

Akademik

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xvii

4.6 Taburan Kekerapan Mengikut Pengalaman 63

Mengajar

4.7 Taburan Kekerapan Mengikut Tempat Mengajar 63

4.8 Maklum Balas Responden Terhadap 70

Item-item Tahap Pengurusan Latihan Dalam

Perkhidmatan Di Sekolah mengikut min dan

sisihan piawai.

4.9 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan 88

Kajian

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xviii

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKASURAT

2.1 Carta Aliran Pengoperasian 25

Program Latihan Dalam Perkhidmatan

2.2 Proses Pengurusan Program Latihan 29

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xix

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

ƒ - Kekerapan

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 107

B Transkripsi Temu bual Setiausaha 111

LDP (G1)

C Transkripsi Temu Bual Setiausaha 115

LDP (G2)

D Transkripsi Temu Bual Guru Bimbingan 119

dan Kaunseling (G3)

E Transkripsi Temu Bual Guru Bimbingan 121

dan Kaunseling (G4)

F Transkripsi Temu Bual Guru Penolong 123

Kanan 1 (G5)

G Transkripsi Temu Bual Pengetua (G6) 125

H Transkripsi Temu Bual Ketua Kerani (KK4) 127

I Nilai Analisis Data – Kajian Rintis 128

J Nilai Analisis Data – Kajian Sebenar 132

K Surat Pengesahan Pelajar Universiti 139

Teknologi Malaysia

L Surat Kelulusan Membuat Kajian ERPD 140

M Surat Kelulusan Membuat Kajian 141

Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Latihan dalam perkhidmatan merupakan salah satu aspek yang paling penting

pada hari ini dalam pembangunan staf. Dunia pendidikan pada hari ini juga dilihat

semakin jauh berubah berbanding dari era 90-an. Perubahan masa yang ketara dan

penting dalam peranan serta status perkembangan profesional di sekolah mula

diperlihatkan. Ia berubah daripada aktiviti yang kurang penting dipertahankan oleh

sekumpulan amatur yang menentang keperluan canggih selaras dengan amalan terbaik

sesebuah organisasi kepada yang lebih penting dalam mewujudkan sebuah organisasi

yang berkesan serta cemerlang. Menurut Burnham J.W & Sullivan F. O (2010), perkara

penting yang perlu difikirkan dalam sesebuah organisasi adalah perkembangan

professional yang berterusan atau Continouos Profesional Development (CPD) itu

sendiri serta perkembangan dalam struktur pendidikan serta latihan dalam

perkhidmatan.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxii

Latihan dalam perkhidmatan diperkenalkan melalui Sistem Pengurusan Sekolah

Kualiti (SPSK) yang terkandung dalam PK 10 iaitu Pembangunan Staf. Objektif

program ini adalah bertujuan memberi latihan kepada semua guru dan staf sekurang-

kurangnya 7 hari dalam tahun semasa untuk meningkatkan kompetensi bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru. Definisi latihan dalaman

menurut SPSK adalah sebarang latihan yang dikendalikan oleh pihak sekolah

manakala latihan luaran merupakan latihan yang dikendalikan oleh pihak luar selain

daripada sekolah itu sendiri (Sektor Jaminan Kualiti JPNJ, 2012).

Latihan menurut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) (2009)

merujuk kepada semua kursus, seminar, bengkel dan lain – lain program latihan yang

dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional. Selain itu, Menurut Yusof Boon (2012), dalam sesebuah organisasi,

penyesuaian terbaik, individu yang terlatih dan orang-orang yang berpengalaman

untuk melakukan kerja amat diperlukan. Pekerjaan dalam organisasi yang dinamik hari

ini, telah menjadi lebih kompleks dan pencapaian akademik pekerja meningkat.

Latihan pekerja adalah satu pengalaman belajar iaitu mencari sebuah perubahan yang

relatif kekal pada pekerja dalam meningkatkan prestasi kerja. Dengan demikian juga,

latihan kemahiran melibatkan perubahan, pengetahuan, sikap atau perilaku.

Bagi Tahun 2010 Unit Latihan dan Perkhidmatan telah merancang sebanyak 159

kursus dengan bilangan peserta seramai 664,632 orang guru yang menggunakan

anggaran perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta. Walau

bagaimanapun disebabkan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah

dikurangkan, latihan yang akan diberi penekanan adalah kepada dasar-dasar yang

terkandung dalam Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam iaitu Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005, Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai

2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010

dan 2011 secara Blended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi

Perkongsian Ilmu Melalui Mesyuarat Panitia.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxiii

Latihan menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005, Dasar Latihan

Sumber Manusia Sektor Awam bermaksud proses transisi ilmu pengetahuan secara

teratus mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Ianya bertujuan menambah

pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa

organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus latihan

semasa bekerja dan program mentoring / coaching yang seumpama dengannya yang

menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

Menyedari pentingnya usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam,

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota

perkhidmatan awam melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan sikap, kemahiran

dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia

yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran yang

berterusan.

Seterusnya, strategi perlaksanaan program LDP ini adalah dengan menyarankan

setiap jabatan atau kementerian untuk menyediakan peruntukan tahunan sekurang-

kurangnya satu peratus (1%) bagi peruntukan emolumen untuk tujuan latihan. Selain

itu, Majlis Latihan Sektor Awam ditubuhkan serta dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam bagi perlaksanaan di peringkat pusat. Panel

Pembangunan Sumber Manusia juga ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua

Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan bagi perlaksanaan di peringkat

kementerian atau jabatan.

Justeru, dilihat juga dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) teras

Kelima iaitu memartabatkan profesion perguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) 2006 – 2010 telah menyarankan aspek kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan

guru diberi fokus bagi memastikan guru berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan

mereka. Latihan dalam perkhidmatan juga bertujuan mempertingkatkan kompetensi

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sejajar dengan Dasar Sumber Manusia

Sektor Awam 2005 yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxiv

2005. Antara bidang yang diambil kira adalah pengetahuan profesional, kemahiran

profesional dan nilai amalan profesional keguruan.

Dapatan pemantauan yang dilaksanakan pada Tahun 2009 juga mendapati 92.8

% guru memberi respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru secara School

Based. 96.6 % guru tersebut menyatakan latihan guru secara School Based dapat

meningkatkan profesionalisme mereka. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan

(LDP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah telah dilaksanakan

secara School Based oleh Bahagian Pendidikan Guru sejak Tahun 2008. Pada Tahun

2009, seramai 321,000 guru telah mengikuti kursus secara School Based. Daripada

bilangan tersebut, sebanyak 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari,

63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari dan 5 % guru telah mengikuti

kursus lebih dari 7 hari.

Dilihat peranan latihan dalam perkhidmatan pada hari ini sangat penting dan

besar. Apabila dunia sentiasa mengalami perubahan, maka jelas, dunia pendidikan juga

mengalami situasi yang sama. Kemahiran yang ada pada setiap warga pendidik juga

harus ditingkat mengikut perubahan zaman yang semakin ketara. Arus teknologi juga

semakin berkembang pesat. Justeru, guru perlu dipersiapkan dengan kemahiran yang

berkaitan dengan teknologi. Antaranya kemahiran mengendalikan perisian-perisian

komputer, penyediaan powerpoint untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, cara-

cara untuk mengakses laman-laman sesawang yang berkaitan dengan penddidikan dan

sebagainya. Hal ini dilihat, semua data dan maklumat murid pada hari ini boleh diakses

melalui internet oleh ibu bapa dan penjaga. Justeru, LDP berperanan membantu guru

dalam mengharungi arus pemodenan dunia iaitu maklumat di hujung jari. Program-

program seperti ini dapat menggalakkan inovasi serta memberi peluang sama rata

kepada setiap orang dan dengan itu juga kemahiran setiap individu dapat ditingkatkan.

(Blanford S.,2004)

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxv

1.2 Latar Belakang Masalah

Latihan dalam perkhidmatan atau LDP adalah penting jika seorang guru ingin

meningkatkan kemahiran profesional, khasnya sebagai pelaksana kurikulum di bilik

darjah. Persekitaran sentiasa berubah. Minat murid berlainan pada zaman yang

berlainan. Ekspektasi ibu bapa dan masyarakat juga sentiasa berubah. Pelbagai daya

tarikan kanak-kanak dan remaja semakin bertambah. Seseorang yang ingin menjadi

guru yang berkesan tidak boleh statik dalam ilmu dan kemahirannya. Selain dari

melalui bacaan sendiri, LDP yang berinteraktif merupakan aktiviti yang penting untuk

perkembangan ilmu dan kemahiran berkenaan pengajaran dan pembelajaran. LDP

memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman daripada penceramah,

berkongsi pengalaman dalam sesi perbengkelan dan pembentangan, saling galak

menggalak untuk peningkatan profesional dan saling bantu membantu untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengajar. Selain itu, guru-guru yang

menjadi penceramah atau pembentang hasil bengkel berpeluang untuk meningkatkan

kemahiran membentang, menyediakan bahan-bahan dan multimedia masing-masing.

Dilihat kini, guru hari ini semakin perlu mengikuti arus perkembangan zaman

semasa. Justeru, kebanyakan guru lama dilihat kurang kemahiran dalam bidang ICT

dan hanya banyak mengharapkan guru baru dalam penggunaan ICT di sekolah.

Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT kurang dipertingkatkan dalam kalangan

guru lama. Kebanyakan guru baru yang banyak mengikuti LDP. Di sini seharusnya

LDP kurang dilihat berperanan dalam meningkatkan pengetahuan profesionalisme

dalam bidang pengurusan kurikulum, ICT serta perilaku guru itu sendiri. Keadaan ini

dilihat sebagai permasalahan guru kurang menguasai melakukan inovasi kerana

kurangnya LDP dalam membangunkan guru-guru untuk lebih berinovasi dalam kerjaya

mereka. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri menyatakan dalam

ucapannya semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke 41, guru yang

berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan pembelajaran yang paling kondusif

dan memastikan muridnya berupaya menggunakan ilmu yang diajar di dalam bilik

darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxvi

mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam dunia nyata. (Utusan Malaysia

Online:16 Mei 2012)

Masalah yang paling banyak disenaraikan oleh guru-guru adalah tempoh masa

program yang terlalu singkat. Walau bagaimanapun, hasrat Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk melahirkan guru yang kreatif dan berinovasi serta berpengetahuan

tinggi mungkin sukar dicapai sekiranya perancangan program LDP tidak dirancang

dengan baik. Ini juga merupakan satu halangan dan kekangan kepada sesebuah jabatan

atau kementerian. Perancangan yang kurang baik akan mengakibatkan masalah lain

timbul seperti menghadapi masalah kewangan atau kekurangan bajet, tempoh masa

latihan terjejas dan yang paling penting kesannya terhadap penerimaan ilmu dalam

kalangan guru yang mengikuti LDP. Mereka akan merasa ilmu yang diperolehi tidak

dapat difahami sepenuhnya. Menurut Mohamad Mortadza bin Bohari (2003) dalam

kajiannya menyatakan bahawa terdapat masalah yang timbul ketika guru menyertai

program LDP anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Masalah yang paling banyak

disenaraikan oleh guru-guru di negeri Sarawak adalah tempoh masa program yang

terlalu singkat. Namun begitu, keputusan kajiannya menunjukkan bahawa tahap

keberkesanan program LDP dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru meningkat.

Selain itu, program LDP dilihat menjadi kurang berkesan kerana perancangan yang

dilakukan oleh pihak sekolah tidak selari dengan kehendak strategi organisasi dan

pekerja itu sendiri. Perancangan yang dilakukan adalah tidak sepenuhnya berfokuskan

misi dan visi organisasi. Hal ini mungkin disebabkan, pekerja yang terlibat dan diberi

tanggungjawab untuk merancang program latihan dalam perkhidmatan ini sendiri

kurang memahami visi dan misi sebenar organisasi. Justeru, program yang dirancang

menjadi kurang berkesan kerana isi kandungan program kurang memberi penghayatan

kepada pada pekerja.

Satu pendekatan yang boleh digunakan untuk menentukan keperluan latihan

ialah dengan analisis keperluan. Analisis ini bertujuan untuk menentukan keadaan

sebenar dan membandingkannya dengan keadaan yang dikehendaki. Sekiranya

prestasi kerja yang sebenar kurang daripada prestasi kerja yang dikehendaki dan

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxvii

keadaan ini dapat diperbetulkan melalui latihan (iaitu melalui perubahan dari segi

pengetahuan, kemahiran, atau sikap pekerja), maka di sini program latihan diperlukan.

Analisis keperluan boleh dibahagikan kepada analisis organisasi, analisis tugas, dan

analisis individu (Ibrahim Mamat, 1996).

Di dalam organisasi sekolah juga, analisis keperluan tidak dijalankan secara

meluas. Tiada soal selidik atau borang penilaian mengenai program latihan dalam

perkhidmatan yang dijalankan. Justeru, keberkesanan program tersebut tidak dapat

dikenal pasti. Selain itu, setiap guru dikehendaki mengisi latihan yang diperlukan bagi

tahun yang berikutnya di dalam borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mereka.

Namun, keperluan latihan guru ini tidak dianalisis oleh pihak pentadbir. Justeru,

keperluan guru tidak dapat dipenuhi seterusnya, kompetensi guru tidak dapat

ditingkatkan. Setiap guru mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran yang

berbeza-beza. Justeru, keperluan latihan guru secara individu perlu diambil kira agar

tidak berlaku guru menjalani program yang berulang-ulang sepanjang tahun (Fatimah

Zohora bt Noh, Komunikasi peribadi, 13 November 2012).

Kebanyakan pihak pentadbir sekolah mengambil pendekatan yang mudah dalam

membuat perancangan program LDP. Mereka lebih berfokus kepada matlamat

organisasi semata-mata. Ada juga yang lebih mementingkan kepentingan latihan

dalam berfokuskan guru baru. Justeru, guru lama terpaksa juga mengikuti program

latihan dalaman tersebut walaupun ianya berulang-ulang hanya kerana markah

individu diambil kira. Dengan ini, mungkin matlamat organisasi dapat dicapai, tetapi

kecekapan dan kemahiran guru tidak dapat ditingkatkan sepenuhnya (Aniza Ahmad,

komunikasi peribadi, 12 November 2012)

Dalam organisasi sekolah, individu yang bertanggungjawab melaksanakan

perancangan program latihan dalam perkhidmatan adalah Guru Penolong (GPK)

Pentadbiran. Kebiasaannya, di dalam organisasi sekolah, tanggungjawab GPK

Pentadbiran mungkin agak banyak. Bagi perancangan dan perlaksanaan latihan dalam

perkhidmatan. Diserahkan kepada guru lain. Guru yang diserahkan kurang memahami

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxviii

cara perancangan latihan dalaman ini dijalankan. Maka, mereka akan laksanakan

perancangan berdasarkan pengetahuan yang sedia ada sahaja tanpa mengambil kira

keperluan perancangan yang perlu mereka analisa sebelum melaksanakannya.

Kebiasaannya, LDP adalah di bawah kelolaan kaunselor sekolah. Sedangkan dalam

bidang tugas sebagai seorang kaunselor, bukan tugas mereka dalam melaksanakan

latihan dalam perkhidmatan ini. Apabila individu yang berlainan menggalas

tanggungjawab ini, maka keberkesanan program tersebut kurang kerana tiada

penghayatan yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas (Zamri Safri, komunikasi

peribadi, 16 November 2012).

Selain daripada itu, peruntukan yang diturunkan oleh kerajaan tidak mencukupi

oleh organisasi sekolah memilih kursus yang berkualiti. Kebanyakan kursus yang

dikendalikan oleh individu yang pakar, harga yang dikenakan adalah tinggi sehingga

ribuan ringgit untuk satu sesi. Namun, sekolah tidak mampu untuk menyertainya

kerana peruntukan kewangan yang sedia ada tidak mencukupi. Sekolah terpaksa

menjadi lebih kreatif dalam menjana kewangan bagi menyediakan kursus yang

berkualiti untuk guru-gurunya. (Samion bin Kassim, komunikasi peribadi, 12

November 2012). Justeru perancangan kewangan atau bajet perlu dirancang dengan

lebih teliti.

1.3 Pernyataan Masalah

Seiring dengan perubahan zaman, dunia pendidikan juga turut berubah. Justeru,

guru pada hari ini perlu melakukan transformasi seperti yang diwar-warkan oleh

Perdana Menteri Malaysia. Hal ini disebabkan oleh anak-anak remaja juga berkembang

mengikut arus kemodenan dunia. Justeru, guru harus sentiasa diberi latihan yang

berterusan agar tidak ketinggalan dan ditelan arus. Oleh itu, penambahbaikan perlu

sering dilakukan oleh guru-guru dalam bidang kerjaya mereka. Ilmu pengetahuan serta

kemahiran juga sentiasa perlu ditambah dari semasa ke semasa.

Menurut Faizah Yunus (2003) peningkatan prestasi boleh dicapai melalui pekerja

yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkomitmen untuk menjadikan organisasi

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxix

tempat kerja mereka berjaya dan maju. Namun, kekurangan kos dan peruntukan

kewangan yang diturunkan oleh kerajaan kepada setiap sekolah telah membataskan

program latihan yang ingin dijalankan. Kesan daripada itu juga, tempoh masa program

latihan yang terhad juga akan menjadi terhad, guru memerlukan masa untuk mendalami

ilmu yang dipelajari semasa LDP dijalankan agar tidak timbul salah faham dalam

mengaplikasikan perkara yang telah diajar. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan

prestasi kerja guru dinilai negatif oleh pihak atasan.

Kekurangan kemahiran untuk mengurus juga memberi kesan kepada prestasi

kerja guru sepertimana kesan pengenalan teknologi baru. Kebanyakan guru senior

kurang mahir dalam mengendalikan komputer dan sistem internet, tetapi tidak

dihebahkan kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada organisasi. Setiap

organisasi pasti akan berhadapan dengan masalah ini dan kerap kali bila ia timbul, ia

akan didiagnosis sebagai pekerja yang mempunyai masalah sikap atau pekerja

'burnout'. Situasi seperti ini harus diperbaiki dan analisis keperluan yang tepat perlu

dilakukan. Walau bagaimanapun, analisa keperluan didapati dijalankan tidak seiring

dengan keperluan organisasi. Selain itu juga, ia tidak dijalankan secara meluas. Perkara

penting bagi memperbaiki dan membangunkan sekolah ialah mengenal pasti apa yang

ada dan boleh didapati bagi membangunkan guru-guru. (Blandford,S. 2004)

Selain itu juga, sekiranya analisis tidak dilaksanakan secara menyeluruh, ianya

boleh menyebabkan prestasi kerja guru terjejas. Jika seseorang guru diberikan latihan

yang kurang dan tidak tepat dengan bidangnya, maka, kompetensi guru serta

prestasinya mungkin akan menurun disebabkan organisasi kurang peka dengan minat

serta ketepatan pilihan latihan yang diperlukan oleh guru tersebut. Menurut Ibrahim

Mamat (1996) menyatakan, analisis kakitangan hendaklah berdasarkan rekod prestasi

kerja atau rekod peribadi pekerja. Analisis ini juga menentukan tahap prestasi masa

kini, masa lalu, kelayakan, pengalaman dan catatan-catatan lain yang berkenaan dengan

pegawai tersebut. Ada kalanya guru diuji dengan pelbagai kaedah. Namun tidak

semestinya kecekapan yang rendah menunjukkan guru tersebut memerlukan latihan.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxx

Selain itu juga, perancangan kewangan di sekolah tidak dijalankan dengan

terancang. Peruntukan yang diterima juga tidak mencukupi bagi menyediakan kursus

dari tenaga pakar yang benar-benar mahir dalam bidang yang dikehendaki oleh pihak

sekolah. Di samping itu juga, tugas-tugas pengurusan dalam menyediakan latihan dalam

perkhidmatan tidak jalankan oleh individu yang tepat dalam sesebuah organisasi

sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah Daerah

Kota Tinggi.

1.4.2 Mengenal pasti kaedah analisis keperluan latihan dalam perkhidmatan guru-guru

di sekolah dilaksanakan.

1.4.3 Mengenal pasti perancangan latihan dalam perkhidmatan yang baik boleh

dilakukan di sekolah.

1.4.4 Mengenal pasti perancangan kewangan latihan dalam perkhidmatan di sekolah

dibuat.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah :

1.5.1 Sejauh manakah tahap pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah daerah

Kota Tinggi?

1.5.2 Bagaimanakah analisis keperluan latihan dalam perkhidmatan guru-guru di

sekolah dilaksanakan?

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxxi

1.5.3 Bagaimanakah perancangan latihan dalam perkhidmatan yang baik boleh

dilakukan di sekolah?

1.5.4 Bagaimanakah perancangan kewangan latihan dalam perkhidmatan di sekolah

dibuat?

1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Latihan Dalam Perkhidmatan

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun (2003) menyatakan latihan

lebih menumpukan kepada pemerolehan pengetahuan bagi jangka masa pendek.

Latihan juga merupakan apa jua inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk

menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan mereka. Ia boleh

ditakrifkan sebagai proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka

perlukan dalam melaksanakan tugas.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, Dasar Latihan

Sumber Manusia Sektor Awam, latihan bermaksud proses pemindahan ilmu

pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan

kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi.

Yusof Boon (2012), menyatakan latihan pekerja adalah satu pengalaman belajar

iatu mencari sebuah perubahan yang relatif kekal pada pekerja dalam meningkatkan

prestasi kerja. Latihan kemahiran pula melibatkan perubahan, pengetahuan, sikap atau

perilaku. Selain itu, latihan menurut Ibrahim Mamat (1996), menyatakan semua

kakitangan dalam sesebuah organisasi sentiasa mempelajari sesuatu yang baru tentang

tugas dan peranan mereka. Mereka belajar melalui banyak kaedah. Antaranya ialah

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxxii

daripada pengalaman, penglihatan, perbincangan dan kaedah-kaedah lain yang dianggap

tidak formal.

Daripada definisi di atas, jelaslah bahawa tujuan program latihan dalam

perkhidmatan diadakan adalah untuk memenuhi matlamat organisasi melalui

peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap guru. Pembelajaran bukanlah

satu matlamat latihan, sebaliknya perubahan perlakuan yang dapat memberi sumbangan

ke arah pencapaian matlamat organisasi. Selain daripada dapat meningkatkan

pengetahuan serta kemahiran seseorang pegawai perkhidmatan pendidikan itu sendiri.

1.6.2 Analisis Keperluan Latihan

Analisis keperluan latihan menurut Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah

Mohamad Hasun (2012) adalah satu proses yang berterusan yang memberikan jawapan

kepada persoalan seperti individu yang memerlukan latihan dan bentuk latihan yang

diperlukan. Analisis latihan dijalankan berdasarkan tiga peringkat iaitu peringkat

organisasi, peringkat tugas dan peringkat individu.

Ibrahim Mamat (1996) pula mendefinisikan analisis keperluan latihan sebagai satu

proses mengenal pasti kakitangan yang memerlukan latihan serta bidang latihan yang

diperlukannya. Keperluan juga dapat diibaratkan sebagai keinginan yang belum

dicapai. Keperluan juga merupakan satu jurang atau perbezaan yang wujud antara apa

yang sebenarnya dengan apa yang sepatutnya.

Menurut Faizah (2003), kedua-dua istilah boleh disilihgantikan penggunaannya

kerana `penilaian' dan `analisis' mempunyai tujuan yang sama iaitu memastikan wujud

keperluan untuk melatih dan untuk mengenal pasti kandungan program latihan.

Penilaian keperluan memberi peluang untuk berunding dengan berbagai orang dalam

organisasi. Idea yang diperoleh menerusi perundingan itu akan meningkatkan minat

kepada proses latihan dan memberi fokus kepada perlaksanaan.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxxiii

1.6.3 Pengurusan Latihan

Menurut Ibrahim Mamat (1996), pengurusan latihan merangkumi tugas

persediaan sebelum kursus seperti memilih peserta kursus, persiapan peralatan latihan,

penyediaan tempat latihan, pengurusan kewangan dan penjadualan latihan. Seterusnya,

tugas-tugas semasa kursus yang merangkumi pengumpulan dan penyimpanan rekod dan

aktiviti susulan selepas kursus.

Selain itu, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah

kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan

menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu

matlamat. Ia seringnya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi

serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau

sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

1.6.4 Perancangan Kewangan

Suatu proses yang melibatkan perancangan pengagihan dan penggunaan tenaga

manusia, modal (wang tunai), barangan (aset) dan perkhidmatan bagi memenuhi

matlamat sesebuah organisasi. Satu proses di mana sesebuah organisasi perlu mengikut

langkah-langkah tertentu untuk memperoleh dan seterusnya mengagihkan sumber-

sumber berdasarkan kepada keutamaan tertentu.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan latihan dalam perkhidmatan di

sekolah dalam aspek pengurusan, merangkumi perancangan, bajet dan perlaksanaan

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ - fp.utm.my Binti Ahmad.TP.pdfiii psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesisטּ judul : pengurusan latihan

xxxiv

latihan dalam perkhidmatan. Justeru, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran

Daerah Kota Tinggi dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam mengenal pasti pengurusan

yang terbaik dalam melaksanakan latihan dalam perkhidmatan.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di sekolah sekitar daerah Kota Tinggi. Justeru kajian ini

tidak dapat menggambarkan tentang keseluruhan pengurusan latihan dalam

perkhidmatan di seluruh Malaysia, tetapi hanya terbatas di daerah Kota Tinggi sahaja.

1.9 Skop Kajian

Skop kajian ini hanya mengkaji tentang pengurusan latihan dalam perkhidmatan di

dalam organisasi sekolah sahaja. Kajian ini juga dijalankan ke atas guru yang

menguruskan program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah Kota

Tinggi. Antaranya adalah guru yang memegang jawatan setiausaha latihan dalam

perkhidmatan, Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Penolong Kanan 1, Pengetua dan

kerani sekolah.

1.10 Kesimpulan

Bab ini memberi gambaran pengenalan kajian yang akan dijalankan, latar belakang

masalah kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan

kajian, definisi operasional, batasan kajian dan skop kajian.