1.0 Pengenalan
Isu moral yang kami ingin membincangkan di dalam tugasan ialah budaya kerja
kompetetif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Budaya kerja yang kompetitif ialah
satu budaya kerja yang bukan hanya terikat kepada ketepatan masa untuk mencapai
sesuatu target dan matlamat organisasi, malah kegagalan mencapai sasaran yang ada
dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan pula dilihat sebagai tidak menyumbang untuk
pembangunan organisasi (Khairul Azhar Bin Idris, n.d). Antara halatuju yang akan
dibincangkan termasuk definisi isu moral tersebut, punca yang menyumbang budaya
kerja kompetitif berlaku, kesan dan langkah mengatasi masalah yang dibawa oleh budaya
ini. Selain itu, kami juga akan membincangkan tentang kewajaran budaya kerja
kompetitif yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan teori moral and ajaran agama.
Tambahan pula, kami akan memberikan pandangan terhadap kewajaran budaya ini.
Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada teman-teman ahli
kumpulan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan masa yang berharga untuk
menyempurnakan projek moral ini. Motto kami dalan mengusahakan tugasan ini adalah
untuk memupuk budaya kerja yang sihat dan selamat. Ini disebabkan oleh budaya kerja
kompetitif akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal serta membawa keganasan
rumah tangga dan menjejaskan perhubungan kekeluargaan. Dalam Islam, umatnya
sentiasa digalakkan untuk bersaing tetapi untuk mendapat dan menyebarkan kebaikan dan
bukannya yang mencetuskan pertelingkahan atau kemaksiatan. Ia bertepatan dengan
firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 148 yang bermaksud ‘Berlumba-lumbalah
mencari kebaikan di mana sahaja kamu berada’ (Khairul Azhar Bin Idris, n.d).
2.0 Konsep
2.1 Definisi
Budaya kerja: tingkah laku kerja.
Kompetitif: sifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.
Menjejaskan: mendatangkan kesan yang tidak baik.
Kesihatan: keadaan atau perihal sihat.
Fizikal: tentang badan, jasmani.
Mental: berkaitan dengan pemikiran atau akal.
Jadi, definisi isu moral tersebut adalah tingkah laku kerja yang bersifat persaingan,
cenderung atau suka bersaing mendatangkan kesan yang tidak baik kepada keadaan sihat
badan dan pemikiran atau akal.
2.2 Punca
Salah satu punca menimbulkan budaya kerja kompetitif ialah susutan etika kerja.
Sifat ingin sentiasa menang dalam persaingan menyebabkan kemerosotan etika kerja.
Setiap orang berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan untuk diri sendiri dengan cara
yang tidak sihat. Sifat pentingkan diri sendiri dan ego juga semakin menular dalam dunia
yang kompetitif ini. Cara kerja di negara kita terlalu bergantung kepada komitmen
terhadap target dan produktiviti. Kegagalan untuk mencapai sasaran dalam tempoh masa
yang ditetapkan akan dianggap tidak menyumbang untuk pembangunan organisasi.
Akhirnya, kedudukan mereka dalam organisasi itu tergugat. Oleh ini, mereka berusaha
untuk menonjolkan prestasi diri sendiri tidak kira apa-apa cara dan tanpa memikirkan
rakan sekerja lain. Ini menimbulkan persaingan atau perlumbaan yang tidak sihat dalam
budaya kerja.
Kehidupan yang materialisma juga mendorong berleluasanya budaya kerja
kompetitif. Manusia semakin mengejar kehidupan mewah. Tidak dapat dinafikan bahawa
setiap individu akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Dengan kewujudan
teknologi yang canggih, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan produk itu tanpa
memikirkan kemampuan diri dari segi pendapatan. Contohnya, sikap ingin sentiasa
menang menyebabkan sesetengah orang sanggup membayar secara ansuran untuk
membeli smartphone yang terbaru. Jadi, mereka akan bersaing untuk mendapatkan
imbuhan seperti pengiktirafan atau gaji yang lebih tinggi supaya meringankan bebanan
kewangan mereka.
Di samping itu, taraf hidup yang semakin tinggi pula membawa kepada budaya
kerja yang kompetitif. Hari ini, kos kehidupan melambung tinggi akibat kenaikan harga
dan pengurangan subsisdi barang asas. Ini menyusahkan kehidupan rakyat apabila kadar
kenaikan gaji pekerja masih rendah. Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan manusia
tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka seperti makan minum dan sewa rumah,
terutamanya orang yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, mereka akan bersaing
untuk menonjolkan prestasi mereka dalam organisasi agar mendapatkan pangkat yang
lebih baik atau gaji yang lebih tinggi. Ini membawa persaingan yang tidak sihat dalam
tempat kerja dan menimbulkan tekanan mental dan fizikal.
Punca lain yang menyebabkan budaya kerja yang kompetitif ialah globalisasi.
Sejak tiga dekad yang lalu, para pekerja, organisasi dan negara diminta untuk terus
bekerja dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Globalisasi
telah menyebabkan pelbagai strategi digunakan untuk terus meningkatkan daya saing dan
penguasaan perniagaan serantau dan global. Secara langsungnya, budaya kerja yang
kompetitif telah dimunculkan. Kemunculan globalisasi adalah berpunca daripada
pendemokrasian ideologi politik, system ekonomi dan deregulasi peraturan dan undang-
undang perdagangan dan imigresen pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa
agar lebih terbuka dan fleksibel. Globalisasi telah meningkatan volum eksport barangan
dan perkhidmatan dunia. Namun, kesan utama globalisasi ialah persaingan yang semakin
getir. Sesebuah syarikat menghadapi persaingan bukan sahaja daripada syarikat-syarikat
tempatan, malah daripada syarikat negara-negara lain di seluruh dunia. Tekanan
persaingan ini secara langsungnya memaksa pekerja-pekerja syarikat tersebut untuk
bekerja dengan lebih kuat dan menghasilkan prestasi yang lebih baik supaya dapat terus
bekerja di syarikat tersebut.
Punca seterusnya ialah polisi syarikat. Pada masa kini, syarikat-syarikat semakin
menitikberatkan prestasi pekerja. Pekerja yang tidak dapat mencapai sasaran tertentu atau
menunjukkan prestasi kerja yang kurang baik selalunya mengalami tekanan yang besar.
Kumpulan tersebut biasanya menjadi mangsa yang diberhentikan kerja semasa
berlakunya kemelesetan ekonomi. Hal ini menyebabkan pekerja-pekerja bersaing antara
satu sama lain. Selain itu, sesetengah syarikat juga lebih mementingkan kerja individu
daripada kerja kumpulan. Untuk memaksimumkan keuntungan, syarikat selalu cuba
mengurangkan bilangan pekerja demi mengurangkan kos operasi. Jadi individu-individu
yang dapat menghasilkan kejayaan akan dipentingkan and diberi kesempatan untuk
mendapat promosi. Polisi syarikat yang kejam ini telah menyebabkan budaja kerja yang
semakin kompetitif.
2.3 Kesan
Kehidupan yang mempunyai tegangan akan menyebabkan seseorang itu tidak
sihat. Kesihatan adalah aset kepada manusia untuk memulakan segalanya. Tanpa tubuh
badan yang sihat, seseorang itu akan berasa susah dan tidak ada manfaat hidup walaupun
dia kaya. Kekayaan tidak lagi berguna dan bermakna kerana kekayaan yang berada di
tangan tidak dapat menukar sebuah tubuh badan yang sihat tetapi untuk membayar bil
kesihatan sahaja.
Selain itu, budaya kerja kompetitif juga akan menyebabkan perangai seseorang
menjadi pemarah. Ramai lelaki yang menimbulkan kesan ini. Ia disebabkan lelaki yang
bekerja maknanya mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarganya. Oleh
itu, mereka tidak akan menunjukan sisi yang lemah kepada ahli keluarganya dan
tegangan mereka tidak dapat lepas. Jadi, mereka akan menjadi pamarah disebabkan
tegangan yang tidak dapat dilepaskan.
Dalam budaya yang kompertitif, mereka akan lebih rajin untuk mendapat pujian
atau keputusan juri daripada bosnya. Ini akan menyebabkan mereka menggunakan masa
yang panjang dalam pekerjaan mereka tanpa keluarga. Dengan ini, hubungan mereka
antara keluarga akan pengasingan. Tambahan pula, mereka yang menggunakan masa
yang panjang dalam pekerjaan juga akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.
Apabila mereka sedang bekerja, mereka mungkin lupa untuk minum air. Hari Ahad patut
digunakan untuk berehat, terutamanya pekerja. Tetapi yang ada pekerja juga
menggunakan masa rehat untuk membuat kerja mereka supaya dapat bertahan dalam
persekitaran yang kompetitif ini.
2.4 Langkah
Seseorang yang menghadapi masalah ini boleh cuba membincangkan dengan
seseorang yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga, kawan-kawan dan lain-
lain。Boleh juga menghubungi sesiapa sahaja yang dikenali untuk meluahkan ekspresi
dan berkongsi perasaan dengan mereka. Anda boleh meluahkan keadaan anda yang tidak
dapat diselesaikan oleh diri-sendiri agar dapat mencari kaedah-kaedah untuk
mengatasinya dan bukanlah menanggungi masalah ini dengan diri-sendiri. Cubalah
menggunnakan masa lapang bersama mereka untuk mencari penghiburan yang tidak
berkaitan dengan pekerjaan. Jangan menghabiskan keseluruhan masa dalam pekerjaan
dan patutlah membahagikan masa dengan purata dalam kehiburan.
Setiap manusia tidak dapat hidup dalam kehidupan yang tanpa bantuan dan
perhatian orang lain. Oleh itu, dalam kantor juga perlu bersosialisasi dengan orang lain di
luar sekeliling.
Jika teleh mencuba cara-cara lain dan masih tidak dapat mengeluarkan kesan yang
besar, boleh cuba mencari bantuan seperti kaunseling daripada pakaran. Rawatan yang
diberi oleh pakar mungkin lebih berkesan daripada kaedah-kaedah lain. Anda boleh
mengatakan masalah ini kepada doktor psikologi, doktor yang mempunyai pengetahuan
untuk membuka simpul. Percaya terhadap pakar-pakar kerana perlulah anda percayai
kepadanya, masalah anda hanya boleh diatasi.
Jangan menghabiskan semua masa dalam perkerjaan. Mematuhi waktu bekerja
dan tidak membuat kerja keterlaluan. Belajar mengurus dan mengatur masa diri-sendiri
dengan bijak. Tujuan hidup bukan sahaja demi bekerja malah juga mahu hidup dalam
keselesaan. Hidup selasa adalah menggunakan masa dalam aktiviti yang selesa, gembira
dan tidak ada sebarang tekanan. Aktiviti ini boleh menjalankan dengan ahli keluarga atau
kawan-kawan. Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Oleh itu, gunalah masa anda
dengan bijak dan tidak memborosnya dengan sewenang-wenangnya,
Anda boleh memberitahu masalah yang dihadapi olehmu kepada Tuhan. Anda
boleh meningkatkan sisi rohanimu dengan banyak berdoa kepada Tuhan. Dalam keajaran
Tuhan, anda boleh mendapatkan kesedaran terhadap sesuatu. Ini boleh membantu anda
untuk mengatasi masalahmu.
3.0 Perbincangan dan Analisis
3.1 Teori Moral
Teori moral yang akan dibincangkan ialah prinsip kewajipan. Prinsip ini
merupakan salah satu prinsip deontologi mengenai peraturan. Prinsip ini diperkenalkan
oleh Immanuel Kant dalam bukunya yang bertajuk “ Groundwork of the Metaphysics of
Morals ” dan “ Lectures On Ethics ”. Prinsip ini menegaskan tanggungjawab yang
dilakukan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab iaitu “duty for
the sake of duty”.
Pendapat teori yang pertama ialah prinsip kemoralan ialah kewajipan. Seseorang
mestilah mempunyai tekad yang baik dalam menunaikan kewajipannya. Setiap perbuatan
yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan kepentingan sendiri adalah dianggap tiada
nilai moral. Bekerja dengan keras supaya mencari nafkah untuk keluarga merupakan
salah satu tanggungjawab seorang ayah. Berdasarkan prisip kewajipan, tujuan utama
perbuatan yang baik adalah hanya untuk melakukan kewajipan dan bukannya
memikirkan kesan perbuatan tersebut. Seorang ayah tidak sepatutnya membiarkan
keadaan kerja kompetitif menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya. Budaya kerja
yang kompetitif berlaku dimana-mana satu syarikat disebabkan oleh tekanan hidup.
Keadaan ekonomi negara sekarang menyebabkan kenaikan harga barang dan
menambahkan beban sesebuah keluarga. Seorang ayah sepatutnya mengimbangi
kealaman budaya kerja kompetitif dengan kehidupannya. Dia haruslah mencari cara
untuk melepaskan tekanan supaya budaya ini tidak akan menjejaskan kesihatan mental
dan fizikalnya.
Pendapat teori yang kedua ialah prinsip kewajipan merupakan prinsip moral yang
ditetepkan oleh individu untuk diri sendirinya dan mestilah juga dipatuhi oleh orang lain
tanpa sebarang pengecualian. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan sebagaimana dia
ahu orang lain melakukan perbuatan tersebut. Budaya kerja kompetitif bukannya suatu
budaya yang dihasilkan oleh seseorang individu tetapinya oleh sekumpulan orang di
persekitaran kerja. Budaya ini juga boleh dibentuk oleh pemimpin di sebuah organisasi.
Pemimpin akan menuntut penghasilan kerja yang sempurna daripada perkerjanya.
Keadaan ini akan menghasilkan tekanan kepada pekerja and menyebabkan budaya kerja
kompetitif. Keseluruhannya, prinsip kewajipan menyatakan isu ini adalah wajar berlaku.
3.2 Ajaran Agama
Dalam petikan ini, ajaran agama Buddha digunakan dalam membincangkan isu
budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.
Budaya kerja merupakan satu proses aimilasi atau penerapan cara dan kaedah
sesebuah masyarakat, organisasi atau individu dalam merangka dan melaksanakan urusan
hidup mereka supaya mencapai matlamat yang sedia ada. Dalam agama Buddha, budaya
kerja umatnya sewajarnya dilandasi oleh budaya kerja seperti mana menurut Jalan Lapan
Lapis Mulia.
Jepun merupakan negara kuasa ekonomi terbesar di Asia Timur kerana mereka
mengamalkan cara kerja yang cemerlang. Namun begitu, negara ini mempunyai kadar
bunuh diri dan tekanan mental yang agak tinggi di kalangan rakyatnya. Ini
menggambarkan budaya kerja kompetitif semakin berleluasa di kalangan pekerja sejak
kebelakangan ini.
Budaya kerja yang kompetitif digambarkan sebagai satu cara kerja yang
menjadikan persaingan itu sebagai syarat mencapai di kalangan individu. Pada
hakikatnya, persaingan yang tidak sihat dan tidak jujur adalah tidak begitu hebat,
walaupun ia mendatangkan kejayaan atau kepuasan kepada seseorang. Ini kerana
persaingan ini membawa penderitaan kepada pihak berkenaan.
Terdapat Empat Kebenaran Mulia dalam konteks Buddha, iaitu Dukkha,Dukkha-
Samudaya, Dukkha-Nirodha dan Dukkha-Nirodha Marga. Hidup manusia penuh dengan
penderitaan. Manusia menderita kerana nafsu. Dukkha-Samudaya bermaksud punca
penderitaan. Punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan yang
tidak dikawal akan mengubah cara hidup yang dipenuhi dukkha, iaitu duka dan
kesengaraan.
Demi melalui kehidupan yang mewah, manusia sibuk bekerja dan mengaut
keuntungan. Umpamanya, mereka akan bersaing untuk mendapatkan pangkat yang lebih
baik atau gaji yang lebih tinggi. Dalam Buddha, umatnya sentiasa digalakkan untuk
mengamalkan persaingan yang sihat supaya mendapat dan menyebarkan kebaikan dan
bukan mencetuskan pertelingkahan. Sentiasa bersaing sesama individu sebenarnya bukan
sesuatu yang salah kerana ia bukan jenayah. Tetapi keinginan dan nafsu untuk mengejar
kemewahan hidup akan didorong oleh kejahilan.
Budaya kerja yang bercorak kompetitif berpunca daripada susutan etika kerja.
Budaya hidup materialisma, sikap pentingkan diri sendiri, ingin sentiasa menang dan sifat
ego menyebabkan manusia berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan diri sendiri
dengan cara yang tidak sihat. Mereka mengabaikan perasaan dan penderitaan orang lain.
Malah, persaingan yang tidak adil dan tidak telus, persaingan yang diasaskan oleh
perasaan cemburu dan riak serta rasuah merupakan amalan yang bercanggah dengan
ajaran Buddha. Ia akan membawa kepada dosa yang besar, iaitu konsep karma dalam
konteks Buddha. Malah, keadaaan-keadaan tersebut akan menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan rakan sekerja dan akhirnya mencetus gangguan mental.
Di samping itu, budaya kerja yang bercorak kompetitif juga menjejaskan
kesihatan fizikal. Di negara timur, kebanyakan syarikat menekankan cara kerja yang
terlalu bergantung kepada komitmen terhadap target dan produktiviti. Kegagalan
mencapai sasaran dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dilihat sebagai tidak
menyumbang untuk pembangunan organisasi. Ini akan mengugat kedudukan mereka
dalam organisasi. Jadi, manusia akan berusaha mencapai target yang ditentukan tidak kira
apa-apa cara. Mereka mungkin mengabaikan amalan kehidupan yang sihat dan akhirnya
kesihatan fizikal terjejas. Akibatnya, mereka akan mendapat dukkha disebabkan oleh
pelbagai penyakit dan gangguan mental yang dialami.
Dukkha-Nirodha bermaksud penyingkiran penderitaan dalam konteks Buddha.
Penderitaan dapat diatasi apabila keinginan dan hawa nafsu dihapuskan. Asas agama
Buddha ialah semua yang wujud di atas muka bumi bersifat tidak tetap. Jadi, kepuasan
juga tidak muktamad dan kehilangannya akan menyeksakan. Kualiti dan kecemerlangan
tidak patut diukur cuma dari sudut luaran. Dalam agama Buddha, kualiti, kejayaan dan
kecemerlangan sebenar ialah apabila pekerjaan memenuhi kod etika keagamaan selain
etika kerja digariskan oleh majikan. Kualiti amat berkait rapat dengan aspek
kecemerlangan yang tidak hanya ditentukan oleh teknik pengurusan, tetapi juga
bergantung kepada faktor kemanusiaan iaitu sikap manusia terhadap pekerjaan.
Keempat kebenaran mulia dalam agama Buddha ialah Dukkha-Nirodha Marga. Ia
bermaksud jalan untuk menghapuskan penderitaan. Ia pula dikenali sebagai Jalan Lapan
Lapis Mulia. Manusia perlu menghapuskan atau mengatasi nafsunya untuk mengelakkan
penderitaan. Untuk mengelakkan kesan daripada budaya kerja kompetitif, manusia perlu
mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia. Ia merangkumi kefahaman benar, pemikiran benar,
kata-kata benar, tingkahlaku benar, usaha benar, kehidupan benar, kesedaran benar dan
meditasi benar.
Manusia patut mempunyai kefahaman benar, iaitu mempunyai pemahaman yang
betul terhadap pekerjaan serta memastikan cara bekerjanya betul dan memenuhi kod
etika. Kita juga harus mengamalkan pemikiran benar. Pemikiran akan mempengaruhi
pertuturan dan perlakuan. Kita perlu berniat baik dan bekerjasama untuk menjayakan
organisasi tersebut. Cara bekerja kita tidak boleh menyakitkan orang lain. Selain itu, kita
mesti mengeluarkan kata-kata benar. Elakkan menyebarkan khabar angin, menyakiti hati
orang lain, bercakap sia-sia dan bercakap bohong untuk mengambil hati majikan.
Sebagai pekerja yang beretika, kita perlu mengamalkan tingkahlaku benar dan
faham apa yang patut dilakukan dan dielakkan. Gunakan cara yang betul untuk mencapai
kemajuan dalam pekerjaan supaya tidak membawa penderitaan kepada diri dan orang
lain. Kita juga harus bersaing dengan sihat dalam peningkatan prestasi diri. Amalkan
kehidupan yang sihat supaya kesihatan kita terjamin. Dengan itu, kita akan berfikir positif
semasa bekerja.
Kita patut sedar bahawa kualiti dan kecemerlangan hanya akan tercapai jika
seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya dalam pekerjaan dalam rela dan penuh
bermotivasi, tetapi bukan kerana dorongan material. Meditasi benar juga perlu diamalkan
dalam pekerjaan kerana ia dapat menghapuskan nafsu, kemalasan, kerunsingan dan
keraguan serta mengembangkan kebijaksanaan kita.
Dalam konteks Buddha, Jalan Lapan Lapis Mulia sebagai Jalan Tengah. Kita
perlu faham bahawa segala benda di dunia tidak kekal. Jadi, amalkan kesederhanaan
dalam kehidupan seharian. Dalam upaya untuk mencipta budaya kerja yang lebih
berkualiti dan cemerlang, kita harus mengamalkan nilai-nilai positif dan pekerjaan wajib
memenuhi kod etika keagamaan. Hal ini kerana budaya kerja yang disemangati nilai-nilai
agama Buddha bukan sahaja dapat menghindari gejala tidak bermoral dalam pekerjaan,
tetapi juga meningkatkan produktiviti para pekerja demi kecemerlangan negara masa
depan.
3.4 Kewajaran
Dalam masyarakat terkini, lingkungan sosial telah menjadi satu lingkungan yang
kompetitif. Ramai pekerja mempunyai kualifikasi yang sama. Sebagai contoh, ramai
pekerja pada masa kini telah menyelesaikan belajaran mereka di universiti. Terhadap
mereka yang menyelesaikan belajaran degree mereka, mereka tidak mahu meneruskan
belajaran mereka kepada master atau phD, jadi mereka akan memilih bekerja selepas itu.
Ini akan menyebabkan ramai orang bekerja dalam masyarakat ini dan ia akan menjadi
lebih kompetitif jika berbanding dengan dahulu.
Terhadap kumpulan kami, kami bersetuju kepada budaya kerja kompetitif akan
menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Kesan kesihatan fizikal dapat dilihat melalui
sakit manakala kesan kesihatan mental dapat dilihat melalui tingakah laku. Ini
disebabkan lingkungan yang kompetitif akan memberikan tekanan kepada pekerja.
Dengan tekanan yang diberikan, mereka akan bekerja dengan lebih berusaha
untuk mendapat keputusan yang baik demi mendapat pujian daripada bos mereka. Ini
disebabkan jika mereka dapat pujian daripada bos mereka, mereka ada mempunyai
banyak peluang untuk mendapat kerja yang baru atau dapat apresiasi. Demi itu, mereka
akan menggunakan masa yang banyak dalam pekerjaan.
Mereka yang menggunakan masa yang panjang dalam pekerjaan akan mendapat
keputusan yang baik tetapi pada masa yang sama mereka akan menghilangkan sesuatu
yang penting. Sebagai contoh, mereka akan menghilangkan kesihatan. Dalam masyarakat
terkini, pekerja yang ingin mendapat keputusan yang baik akan mengurangkan masa
berehat demi bekerja. Ia akan menjejaskan kesihatan mereka dan mungkin akan
mempunyai pelbagai penyakit seperti defisiensi mental, depresi dan lain lain.
Selain itu, lingkungan yang kompetitif juga akan mempengaruhi seseorang
menjadi lebih kekerasan. Ia disebabkan tekanan yang diberikan oleh masyarakat tersebut
terlalu banyak dan ramai pekerja tidak dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul.
Oleh itu, mereka akan melepaskan tekanan mereka dengan kekerasan seperti memukul
anak-anak, mendera isteri dan lain-lain.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat yang berkompetitif akan menghabiskan kebanyakan
masa dalam perkerjaan. Kerja yang keterlaluan akan membawa kesan-kesan yang tidak
dapat diharapkan serta akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Tekanan adalah
sesuatu perasaan yang tidak dapat dihindari tetapi jika kita dapat menggunakan cara yang
betul untuk melepaskan tekanan dengan baik, masalah sosial seperti kekerasan dalam
rumah tangga tidak akan dijadikan. Kerja haruslah dibuat dengan berusaha, tetapi beban
kerja haruslah memadai terhadap kapasitas individu tersebut. Walaupun budaya kerja
yang kompetitif akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental tetapi kami haraplah
mereka dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul supaya masalah kesihatan
dapat dikurangkan. Kita haruslah mengelakkan budaya kerja kompetitif demi kesihatan
diri.