22
1.0 Pengenalan Isu moral yang kami ingin membincangkan di dalam tugasan ialah budaya kerja kompetetif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Budaya kerja yang kompetitif ialah satu budaya kerja yang bukan hanya terikat kepada ketepatan masa untuk mencapai sesuatu target dan matlamat organisasi, malah kegagalan mencapai sasaran yang ada dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan pula dilihat sebagai tidak menyumbang untuk pembangunan organisasi (Khairul Azhar Bin Idris, n.d). Antara halatuju yang akan dibincangkan termasuk definisi isu moral tersebut, punca yang menyumbang budaya kerja kompetitif berlaku, kesan dan langkah mengatasi masalah yang dibawa oleh budaya ini. Selain itu, kami juga akan membincangkan tentang kewajaran budaya kerja kompetitif yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan teori moral and ajaran agama. Tambahan pula, kami akan memberikan pandangan terhadap kewajaran budaya ini. Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada teman-teman ahli kumpulan yang sanggup berkongsi

Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Budaya kerja yang kompetitif ialah satu budaya kerja yang bukan hanya terikat kepada ketepatan masa untuk mencapai sesuatu target dan matlamat organisasi, malah kegagalan mencapai sasaran yang ada dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan pula dilihat sebagai tidak menyumbang untuk pembangunan organisasi

Citation preview

Page 1: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

1.0 Pengenalan

Isu moral yang kami ingin membincangkan di dalam tugasan ialah budaya kerja

kompetetif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Budaya kerja yang kompetitif ialah

satu budaya kerja yang bukan hanya terikat kepada ketepatan masa untuk mencapai

sesuatu target dan matlamat organisasi, malah kegagalan mencapai sasaran yang ada

dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan pula dilihat sebagai tidak menyumbang untuk

pembangunan organisasi (Khairul Azhar Bin Idris, n.d). Antara halatuju yang akan

dibincangkan termasuk definisi isu moral tersebut, punca yang menyumbang budaya

kerja kompetitif berlaku, kesan dan langkah mengatasi masalah yang dibawa oleh budaya

ini. Selain itu, kami juga akan membincangkan tentang kewajaran budaya kerja

kompetitif yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan teori moral and ajaran agama.

Tambahan pula, kami akan memberikan pandangan terhadap kewajaran budaya ini.

Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada teman-teman ahli

kumpulan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan masa yang berharga untuk

menyempurnakan projek moral ini. Motto kami dalan mengusahakan tugasan ini adalah

untuk memupuk budaya kerja yang sihat dan selamat. Ini disebabkan oleh budaya kerja

kompetitif akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal serta membawa keganasan

rumah tangga dan menjejaskan perhubungan kekeluargaan. Dalam Islam, umatnya

sentiasa digalakkan untuk bersaing tetapi untuk mendapat dan menyebarkan kebaikan dan

bukannya yang mencetuskan pertelingkahan atau kemaksiatan. Ia bertepatan dengan

firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 148 yang bermaksud ‘Berlumba-lumbalah

mencari kebaikan di mana sahaja kamu berada’ (Khairul Azhar Bin Idris, n.d).

Page 2: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

2.0 Konsep

2.1 Definisi

Budaya kerja: tingkah laku kerja.

Kompetitif: sifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.

Menjejaskan: mendatangkan kesan yang tidak baik.

Kesihatan: keadaan atau perihal sihat.

Fizikal: tentang badan, jasmani.

Mental: berkaitan dengan pemikiran atau akal.

Jadi, definisi isu moral tersebut adalah tingkah laku kerja yang bersifat persaingan,

cenderung atau suka bersaing mendatangkan kesan yang tidak baik kepada keadaan sihat

badan dan pemikiran atau akal.

2.2 Punca

Salah satu punca menimbulkan budaya kerja kompetitif ialah susutan etika kerja.

Sifat ingin sentiasa menang dalam persaingan menyebabkan kemerosotan etika kerja.

Setiap orang berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan untuk diri sendiri dengan cara

yang tidak sihat. Sifat pentingkan diri sendiri dan ego juga semakin menular dalam dunia

yang kompetitif ini. Cara kerja di negara kita terlalu bergantung kepada komitmen

terhadap target dan produktiviti. Kegagalan untuk mencapai sasaran dalam tempoh masa

yang ditetapkan akan dianggap tidak menyumbang untuk pembangunan organisasi.

Akhirnya, kedudukan mereka dalam organisasi itu tergugat. Oleh ini, mereka berusaha

Page 3: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

untuk menonjolkan prestasi diri sendiri tidak kira apa-apa cara dan tanpa memikirkan

rakan sekerja lain. Ini menimbulkan persaingan atau perlumbaan yang tidak sihat dalam

budaya kerja.

Kehidupan yang materialisma juga mendorong berleluasanya budaya kerja

kompetitif. Manusia semakin mengejar kehidupan mewah. Tidak dapat dinafikan bahawa

setiap individu akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Dengan kewujudan

teknologi yang canggih, mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan produk itu tanpa

memikirkan kemampuan diri dari segi pendapatan. Contohnya, sikap ingin sentiasa

menang menyebabkan sesetengah orang sanggup membayar secara ansuran untuk

membeli smartphone yang terbaru. Jadi, mereka akan bersaing untuk mendapatkan

imbuhan seperti pengiktirafan atau gaji yang lebih tinggi supaya meringankan bebanan

kewangan mereka.

Di samping itu, taraf hidup yang semakin tinggi pula membawa kepada budaya

kerja yang kompetitif. Hari ini, kos kehidupan melambung tinggi akibat kenaikan harga

dan pengurangan subsisdi barang asas. Ini menyusahkan kehidupan rakyat apabila kadar

kenaikan gaji pekerja masih rendah. Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan manusia

tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka seperti makan minum dan sewa rumah,

terutamanya orang yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, mereka akan bersaing

untuk menonjolkan prestasi mereka dalam organisasi agar mendapatkan pangkat yang

lebih baik atau gaji yang lebih tinggi. Ini membawa persaingan yang tidak sihat dalam

tempat kerja dan menimbulkan tekanan mental dan fizikal.

Page 4: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

Punca lain yang menyebabkan budaya kerja yang kompetitif ialah globalisasi.

Sejak tiga dekad yang lalu, para pekerja, organisasi dan negara diminta untuk terus

bekerja dengan lebih kuat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Globalisasi

telah menyebabkan pelbagai strategi digunakan untuk terus meningkatkan daya saing dan

penguasaan perniagaan serantau dan global. Secara langsungnya, budaya kerja yang

kompetitif telah dimunculkan. Kemunculan globalisasi adalah berpunca daripada

pendemokrasian ideologi politik, system ekonomi dan deregulasi peraturan dan undang-

undang perdagangan dan imigresen pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa

agar lebih terbuka dan fleksibel. Globalisasi telah meningkatan volum eksport barangan

dan perkhidmatan dunia. Namun, kesan utama globalisasi ialah persaingan yang semakin

getir. Sesebuah syarikat menghadapi persaingan bukan sahaja daripada syarikat-syarikat

tempatan, malah daripada syarikat negara-negara lain di seluruh dunia. Tekanan

persaingan ini secara langsungnya memaksa pekerja-pekerja syarikat tersebut untuk

bekerja dengan lebih kuat dan menghasilkan prestasi yang lebih baik supaya dapat terus

bekerja di syarikat tersebut.

Punca seterusnya ialah polisi syarikat. Pada masa kini, syarikat-syarikat semakin

menitikberatkan prestasi pekerja. Pekerja yang tidak dapat mencapai sasaran tertentu atau

menunjukkan prestasi kerja yang kurang baik selalunya mengalami tekanan yang besar.

Kumpulan tersebut biasanya menjadi mangsa yang diberhentikan kerja semasa

berlakunya kemelesetan ekonomi. Hal ini menyebabkan pekerja-pekerja bersaing antara

satu sama lain. Selain itu, sesetengah syarikat juga lebih mementingkan kerja individu

daripada kerja kumpulan. Untuk memaksimumkan keuntungan, syarikat selalu cuba

mengurangkan bilangan pekerja demi mengurangkan kos operasi. Jadi individu-individu

Page 5: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

yang dapat menghasilkan kejayaan akan dipentingkan and diberi kesempatan untuk

mendapat promosi. Polisi syarikat yang kejam ini telah menyebabkan budaja kerja yang

semakin kompetitif.

2.3 Kesan

Kehidupan yang mempunyai tegangan akan menyebabkan seseorang itu tidak

sihat. Kesihatan adalah aset kepada manusia untuk memulakan segalanya. Tanpa tubuh

badan yang sihat, seseorang itu akan berasa susah dan tidak ada manfaat hidup walaupun

dia kaya. Kekayaan tidak lagi berguna dan bermakna kerana kekayaan yang berada di

tangan tidak dapat menukar sebuah tubuh badan yang sihat tetapi untuk membayar bil

kesihatan sahaja.

Selain itu, budaya kerja kompetitif juga akan menyebabkan perangai seseorang

menjadi pemarah. Ramai lelaki yang menimbulkan kesan ini. Ia disebabkan lelaki yang

bekerja maknanya mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarganya. Oleh

itu, mereka tidak akan menunjukan sisi yang lemah kepada ahli keluarganya dan

tegangan mereka tidak dapat lepas. Jadi, mereka akan menjadi pamarah disebabkan

tegangan yang tidak dapat dilepaskan.

Dalam budaya yang kompertitif, mereka akan lebih rajin untuk mendapat pujian

atau keputusan juri daripada bosnya. Ini akan menyebabkan mereka menggunakan masa

yang panjang dalam pekerjaan mereka tanpa keluarga. Dengan ini, hubungan mereka

antara keluarga akan pengasingan. Tambahan pula, mereka yang menggunakan masa

yang panjang dalam pekerjaan juga akan menyebabkan kesihatan mereka terjejas.

Apabila mereka sedang bekerja, mereka mungkin lupa untuk minum air. Hari Ahad patut

Page 6: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

digunakan untuk berehat, terutamanya pekerja. Tetapi yang ada pekerja juga

menggunakan masa rehat untuk membuat kerja mereka supaya dapat bertahan dalam

persekitaran yang kompetitif ini.

2.4 Langkah

Seseorang yang menghadapi masalah ini boleh cuba membincangkan dengan

seseorang yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga, kawan-kawan dan lain-

lain。Boleh juga menghubungi sesiapa sahaja yang dikenali untuk meluahkan ekspresi

dan berkongsi perasaan dengan mereka. Anda boleh meluahkan keadaan anda yang tidak

dapat diselesaikan oleh diri-sendiri agar dapat mencari kaedah-kaedah untuk

mengatasinya dan bukanlah menanggungi masalah ini dengan diri-sendiri. Cubalah

menggunnakan masa lapang bersama mereka untuk mencari penghiburan yang tidak

berkaitan dengan pekerjaan. Jangan menghabiskan keseluruhan masa dalam pekerjaan

dan patutlah membahagikan masa dengan purata dalam kehiburan.

Setiap manusia tidak dapat hidup dalam kehidupan yang tanpa bantuan dan

perhatian orang lain. Oleh itu, dalam kantor juga perlu bersosialisasi dengan orang lain di

luar sekeliling.

Jika teleh mencuba cara-cara lain dan masih tidak dapat mengeluarkan kesan yang

besar, boleh cuba mencari bantuan seperti kaunseling daripada pakaran. Rawatan yang

diberi oleh pakar mungkin lebih berkesan daripada kaedah-kaedah lain. Anda boleh

mengatakan masalah ini kepada doktor psikologi, doktor yang mempunyai pengetahuan

untuk membuka simpul. Percaya terhadap pakar-pakar kerana perlulah anda percayai

kepadanya, masalah anda hanya boleh diatasi.

Page 7: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

Jangan menghabiskan semua masa dalam perkerjaan. Mematuhi waktu bekerja

dan tidak membuat kerja keterlaluan. Belajar mengurus dan mengatur masa diri-sendiri

dengan bijak. Tujuan hidup bukan sahaja demi bekerja malah juga mahu hidup dalam

keselesaan. Hidup selasa adalah menggunakan masa dalam aktiviti yang selesa, gembira

dan tidak ada sebarang tekanan. Aktiviti ini boleh menjalankan dengan ahli keluarga atau

kawan-kawan. Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Oleh itu, gunalah masa anda

dengan bijak dan tidak memborosnya dengan sewenang-wenangnya,

Anda boleh memberitahu masalah yang dihadapi olehmu kepada Tuhan. Anda

boleh meningkatkan sisi rohanimu dengan banyak berdoa kepada Tuhan. Dalam keajaran

Tuhan, anda boleh mendapatkan kesedaran terhadap sesuatu. Ini boleh membantu anda

untuk mengatasi masalahmu.

3.0 Perbincangan dan Analisis

3.1 Teori Moral

Teori moral yang akan dibincangkan ialah prinsip kewajipan. Prinsip ini

merupakan salah satu prinsip deontologi mengenai peraturan. Prinsip ini diperkenalkan

oleh Immanuel Kant dalam bukunya yang bertajuk “ Groundwork of the Metaphysics of

Morals ” dan “ Lectures On Ethics ”. Prinsip ini menegaskan tanggungjawab yang

dilakukan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab iaitu “duty for

the sake of duty”.

Pendapat teori yang pertama ialah prinsip kemoralan ialah kewajipan. Seseorang

mestilah mempunyai tekad yang baik dalam menunaikan kewajipannya. Setiap perbuatan

Page 8: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan kepentingan sendiri adalah dianggap tiada

nilai moral. Bekerja dengan keras supaya mencari nafkah untuk keluarga merupakan

salah satu tanggungjawab seorang ayah. Berdasarkan prisip kewajipan, tujuan utama

perbuatan yang baik adalah hanya untuk melakukan kewajipan dan bukannya

memikirkan kesan perbuatan tersebut. Seorang ayah tidak sepatutnya membiarkan

keadaan kerja kompetitif menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya. Budaya kerja

yang kompetitif berlaku dimana-mana satu syarikat disebabkan oleh tekanan hidup.

Keadaan ekonomi negara sekarang menyebabkan kenaikan harga barang dan

menambahkan beban sesebuah keluarga. Seorang ayah sepatutnya mengimbangi

kealaman budaya kerja kompetitif dengan kehidupannya. Dia haruslah mencari cara

untuk melepaskan tekanan supaya budaya ini tidak akan menjejaskan kesihatan mental

dan fizikalnya.

Pendapat teori yang kedua ialah prinsip kewajipan merupakan prinsip moral yang

ditetepkan oleh individu untuk diri sendirinya dan mestilah juga dipatuhi oleh orang lain

tanpa sebarang pengecualian. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan sebagaimana dia

ahu orang lain melakukan perbuatan tersebut. Budaya kerja kompetitif bukannya suatu

budaya yang dihasilkan oleh seseorang individu tetapinya oleh sekumpulan orang di

persekitaran kerja. Budaya ini juga boleh dibentuk oleh pemimpin di sebuah organisasi.

Pemimpin akan menuntut penghasilan kerja yang sempurna daripada perkerjanya.

Keadaan ini akan menghasilkan tekanan kepada pekerja and menyebabkan budaya kerja

kompetitif. Keseluruhannya, prinsip kewajipan menyatakan isu ini adalah wajar berlaku.

3.2 Ajaran Agama

Page 9: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

Dalam petikan ini, ajaran agama Buddha digunakan dalam membincangkan isu

budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

Budaya kerja merupakan satu proses aimilasi atau penerapan cara dan kaedah

sesebuah masyarakat, organisasi atau individu dalam merangka dan melaksanakan urusan

hidup mereka supaya mencapai matlamat yang sedia ada. Dalam agama Buddha, budaya

kerja umatnya sewajarnya dilandasi oleh budaya kerja seperti mana menurut Jalan Lapan

Lapis Mulia.

Jepun merupakan negara kuasa ekonomi terbesar di Asia Timur kerana mereka

mengamalkan cara kerja yang cemerlang. Namun begitu, negara ini mempunyai kadar

bunuh diri dan tekanan mental yang agak tinggi di kalangan rakyatnya. Ini

menggambarkan budaya kerja kompetitif semakin berleluasa di kalangan pekerja sejak

kebelakangan ini.

Budaya kerja yang kompetitif digambarkan sebagai satu cara kerja yang

menjadikan persaingan itu sebagai syarat mencapai di kalangan individu. Pada

hakikatnya, persaingan yang tidak sihat dan tidak jujur adalah tidak begitu hebat,

walaupun ia mendatangkan kejayaan atau kepuasan kepada seseorang. Ini kerana

persaingan ini membawa penderitaan kepada pihak berkenaan.

Terdapat Empat Kebenaran Mulia dalam konteks Buddha, iaitu Dukkha,Dukkha-

Samudaya, Dukkha-Nirodha dan Dukkha-Nirodha Marga. Hidup manusia penuh dengan

penderitaan. Manusia menderita kerana nafsu. Dukkha-Samudaya bermaksud punca

penderitaan. Punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan yang

Page 10: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

tidak dikawal akan mengubah cara hidup yang dipenuhi dukkha, iaitu duka dan

kesengaraan.

Demi melalui kehidupan yang mewah, manusia sibuk bekerja dan mengaut

keuntungan. Umpamanya, mereka akan bersaing untuk mendapatkan pangkat yang lebih

baik atau gaji yang lebih tinggi. Dalam Buddha, umatnya sentiasa digalakkan untuk

mengamalkan persaingan yang sihat supaya mendapat dan menyebarkan kebaikan dan

bukan mencetuskan pertelingkahan. Sentiasa bersaing sesama individu sebenarnya bukan

sesuatu yang salah kerana ia bukan jenayah. Tetapi keinginan dan nafsu untuk mengejar

kemewahan hidup akan didorong oleh kejahilan.

Budaya kerja yang bercorak kompetitif berpunca daripada susutan etika kerja.

Budaya hidup materialisma, sikap pentingkan diri sendiri, ingin sentiasa menang dan sifat

ego menyebabkan manusia berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan diri sendiri

dengan cara yang tidak sihat. Mereka mengabaikan perasaan dan penderitaan orang lain.

Malah, persaingan yang tidak adil dan tidak telus, persaingan yang diasaskan oleh

perasaan cemburu dan riak serta rasuah merupakan amalan yang bercanggah dengan

ajaran Buddha. Ia akan membawa kepada dosa yang besar, iaitu konsep karma dalam

konteks Buddha. Malah, keadaaan-keadaan tersebut akan menimbulkan rasa tidak puas

hati di kalangan rakan sekerja dan akhirnya mencetus gangguan mental.

Di samping itu, budaya kerja yang bercorak kompetitif juga menjejaskan

kesihatan fizikal. Di negara timur, kebanyakan syarikat menekankan cara kerja yang

terlalu bergantung kepada komitmen terhadap target dan produktiviti. Kegagalan

mencapai sasaran dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dilihat sebagai tidak

Page 11: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

menyumbang untuk pembangunan organisasi. Ini akan mengugat kedudukan mereka

dalam organisasi. Jadi, manusia akan berusaha mencapai target yang ditentukan tidak kira

apa-apa cara. Mereka mungkin mengabaikan amalan kehidupan yang sihat dan akhirnya

kesihatan fizikal terjejas. Akibatnya, mereka akan mendapat dukkha disebabkan oleh

pelbagai penyakit dan gangguan mental yang dialami.

Dukkha-Nirodha bermaksud penyingkiran penderitaan dalam konteks Buddha.

Penderitaan dapat diatasi apabila keinginan dan hawa nafsu dihapuskan. Asas agama

Buddha ialah semua yang wujud di atas muka bumi bersifat tidak tetap. Jadi, kepuasan

juga tidak muktamad dan kehilangannya akan menyeksakan. Kualiti dan kecemerlangan

tidak patut diukur cuma dari sudut luaran. Dalam agama Buddha, kualiti, kejayaan dan

kecemerlangan sebenar ialah apabila pekerjaan memenuhi kod etika keagamaan selain

etika kerja digariskan oleh majikan. Kualiti amat berkait rapat dengan aspek

kecemerlangan yang tidak hanya ditentukan oleh teknik pengurusan, tetapi juga

bergantung kepada faktor kemanusiaan iaitu sikap manusia terhadap pekerjaan.

Keempat kebenaran mulia dalam agama Buddha ialah Dukkha-Nirodha Marga. Ia

bermaksud jalan untuk menghapuskan penderitaan. Ia pula dikenali sebagai Jalan Lapan

Lapis Mulia. Manusia perlu menghapuskan atau mengatasi nafsunya untuk mengelakkan

penderitaan. Untuk mengelakkan kesan daripada budaya kerja kompetitif, manusia perlu

mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia. Ia merangkumi kefahaman benar, pemikiran benar,

kata-kata benar, tingkahlaku benar, usaha benar, kehidupan benar, kesedaran benar dan

meditasi benar.

Page 12: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

Manusia patut mempunyai kefahaman benar, iaitu mempunyai pemahaman yang

betul terhadap pekerjaan serta memastikan cara bekerjanya betul dan memenuhi kod

etika. Kita juga harus mengamalkan pemikiran benar. Pemikiran akan mempengaruhi

pertuturan dan perlakuan. Kita perlu berniat baik dan bekerjasama untuk menjayakan

organisasi tersebut. Cara bekerja kita tidak boleh menyakitkan orang lain. Selain itu, kita

mesti mengeluarkan kata-kata benar. Elakkan menyebarkan khabar angin, menyakiti hati

orang lain, bercakap sia-sia dan bercakap bohong untuk mengambil hati majikan.

Sebagai pekerja yang beretika, kita perlu mengamalkan tingkahlaku benar dan

faham apa yang patut dilakukan dan dielakkan. Gunakan cara yang betul untuk mencapai

kemajuan dalam pekerjaan supaya tidak membawa penderitaan kepada diri dan orang

lain. Kita juga harus bersaing dengan sihat dalam peningkatan prestasi diri. Amalkan

kehidupan yang sihat supaya kesihatan kita terjamin. Dengan itu, kita akan berfikir positif

semasa bekerja.

Kita patut sedar bahawa kualiti dan kecemerlangan hanya akan tercapai jika

seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya dalam pekerjaan dalam rela dan penuh

bermotivasi, tetapi bukan kerana dorongan material. Meditasi benar juga perlu diamalkan

dalam pekerjaan kerana ia dapat menghapuskan nafsu, kemalasan, kerunsingan dan

keraguan serta mengembangkan kebijaksanaan kita.

Dalam konteks Buddha, Jalan Lapan Lapis Mulia sebagai Jalan Tengah. Kita

perlu faham bahawa segala benda di dunia tidak kekal. Jadi, amalkan kesederhanaan

dalam kehidupan seharian. Dalam upaya untuk mencipta budaya kerja yang lebih

berkualiti dan cemerlang, kita harus mengamalkan nilai-nilai positif dan pekerjaan wajib

Page 13: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

memenuhi kod etika keagamaan. Hal ini kerana budaya kerja yang disemangati nilai-nilai

agama Buddha bukan sahaja dapat menghindari gejala tidak bermoral dalam pekerjaan,

tetapi juga meningkatkan produktiviti para pekerja demi kecemerlangan negara masa

depan.

3.4 Kewajaran

Dalam masyarakat terkini, lingkungan sosial telah menjadi satu lingkungan yang

kompetitif. Ramai pekerja mempunyai kualifikasi yang sama. Sebagai contoh, ramai

pekerja pada masa kini telah menyelesaikan belajaran mereka di universiti. Terhadap

mereka yang menyelesaikan belajaran degree mereka, mereka tidak mahu meneruskan

belajaran mereka kepada master atau phD, jadi mereka akan memilih bekerja selepas itu.

Ini akan menyebabkan ramai orang bekerja dalam masyarakat ini dan ia akan menjadi

lebih kompetitif jika berbanding dengan dahulu.

Terhadap kumpulan kami, kami bersetuju kepada budaya kerja kompetitif akan

menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Kesan kesihatan fizikal dapat dilihat melalui

sakit manakala kesan kesihatan mental dapat dilihat melalui tingakah laku. Ini

disebabkan lingkungan yang kompetitif akan memberikan tekanan kepada pekerja.

Dengan tekanan yang diberikan, mereka akan bekerja dengan lebih berusaha

untuk mendapat keputusan yang baik demi mendapat pujian daripada bos mereka. Ini

disebabkan jika mereka dapat pujian daripada bos mereka, mereka ada mempunyai

banyak peluang untuk mendapat kerja yang baru atau dapat apresiasi. Demi itu, mereka

akan menggunakan masa yang banyak dalam pekerjaan.

Page 14: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

Mereka yang menggunakan masa yang panjang dalam pekerjaan akan mendapat

keputusan yang baik tetapi pada masa yang sama mereka akan menghilangkan sesuatu

yang penting. Sebagai contoh, mereka akan menghilangkan kesihatan. Dalam masyarakat

terkini, pekerja yang ingin mendapat keputusan yang baik akan mengurangkan masa

berehat demi bekerja. Ia akan menjejaskan kesihatan mereka dan mungkin akan

mempunyai pelbagai penyakit seperti defisiensi mental, depresi dan lain lain.

Selain itu, lingkungan yang kompetitif juga akan mempengaruhi seseorang

menjadi lebih kekerasan. Ia disebabkan tekanan yang diberikan oleh masyarakat tersebut

terlalu banyak dan ramai pekerja tidak dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul.

Oleh itu, mereka akan melepaskan tekanan mereka dengan kekerasan seperti memukul

anak-anak, mendera isteri dan lain-lain.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat yang berkompetitif akan menghabiskan kebanyakan

masa dalam perkerjaan. Kerja yang keterlaluan akan membawa kesan-kesan yang tidak

dapat diharapkan serta akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Tekanan adalah

sesuatu perasaan yang tidak dapat dihindari tetapi jika kita dapat menggunakan cara yang

betul untuk melepaskan tekanan dengan baik, masalah sosial seperti kekerasan dalam

rumah tangga tidak akan dijadikan. Kerja haruslah dibuat dengan berusaha, tetapi beban

kerja haruslah memadai terhadap kapasitas individu tersebut. Walaupun budaya kerja

yang kompetitif akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental tetapi kami haraplah

mereka dapat melepaskan tekanan dengan cara yang betul supaya masalah kesihatan

Page 15: Budaya kerja kompetitif menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

dapat dikurangkan. Kita haruslah mengelakkan budaya kerja kompetitif demi kesihatan

diri.