BULETIN
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Kita bertemu untuk kali pertama dalam Buletin ANTARAkek&sos yang
diterbitkan khas oleh Kelab Kebajikan dan Sosial atau ringkasnya Kelab
KEK&SOS untuk tatapan warga Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK)
khususnya dan warga USM amnya.
Buletin ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf melalui
informasi daripada pelbagai ruangan yang disediakan. Saya berharap agar
Buletin ini akan mendapat sokongan dan menjadi bahan bacaan sampingan
untuk mengenali lebih rapat lagi warga PPIK keseluruhannya.
Buletin ini diterbitkan semasa kita menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan menunggu
ketibaan hari mulia, Hari Raya Aidil Fitri. Semoga Buletin ini memberi manfaat kepada warga PPIK
semasa menyambut kedua-dua peristiwa penting ini.
Saya dan rakan editor Buletin ANTARAkek&sos merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah
kepada semua yang terlibat dalam usaha menjayakan penerbitan Buletin ini. Jutaan kemaafan
dipinta andai Edisi Pertama ini ada kekurangannya.
Sekian, terima kasih.
Ketua Editor
Dr. Halimah Mohamed Ali
Apabila berbicara tentang kek dan sos, kita akan terus teringat pasal makanan. Kek ialah menu
popular khususnya semasa meraikan majlis hari jadi ataupun program keramaian / sosial yang lain.
Rasanya sedap, berkrim dan disukai ramai. Sos pula ialah penyedap rasa masakan lauk-pauk. Kadang
-kadang walaupun hanya makan seketul ayam goreng, tak sah kalau tak ada sos, lebih-lebih lagi sos
cili. Pedas...! Ringkasnya, antara kek dan sos adalah sama sebagai bahan makanan tetapi berbeza
daripada segi penggunaannya.
Buletin yang diterbitkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial ini diberikan nama ANTARAkek&sos. Judul
ini ialah inspirasi kelab untuk mencapai hasrat murni yang berikut:
...memakmurkan silaturahim ANTARA staf akademik dengan staf pentadbiran.
...menyemai semangat kekitaan dan persefahaman ANTARA pensyarah dari bahagian yang berbeza.
...memupuk rangkaian ukhuwah ANTARA warga PPIK dengan warga USM keseluruhannya.
...merintis jaringan sosial ANTARA warga USM [khususnya PPIK] dengan warga komuniti luar.
...menjadi bahan bacaan alternatif ANTARA dunia ilmiah / akademik dengan dunia santai /
kehidupan seharian.
KANDUNGAN
Ucapan Ketua Editor
Konsep 'ANTARA'
Ucapan Dekan PPIK
Ucapan Pengerusi Kelab
Inspirasi The Flying V
Jawatankuasa Kelab
Carta Organisasi Kelab
Program Kelab 2011/2012
Tetamu ANTARA Edisi 1
Jiran Seblok PPIK
Jiran Setaman
Sembang Santai
Berkongsi Hobi
Info Sihat
Info Penjimatan
Info Sukan & Rekreasi
Celik Bahasa
Fakta Lestari
Karya Warga PPIK
Menangi Baucer Ramadan
Promosi Pakej Mesyuarat
Hari Jadi Warga PPIK
Anak & Cucu PPIK
Anak & Peperiksaan
Selamat Bertugas
Jasamu Dikenang
Resipi Pilihan
Salam & Ucapan
Pengumuman & Iklan
Pemakluman - Edisi 2
Untuk edaran dalaman sahaja
Bil 001: Julai/September 2011
EDISI 1 [JULAI - SEPTEMBER 2011]
KEK&SOS
SEUNTAI KATA DARIPADA KETUA EDITOR
Apa ada pada ANTARAkek&sos…
FADILAT RAMADHAN
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu
memadam kesalahan dosa
sepertimana air memadamkan
api." (Al Hadith)
SEKAPUR SIRIH DARIPADA DEKAN PPIK
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Kelab Kebajikan dan Sosial PPIK terutamanya Sidang
Editor atas usaha untuk menghasilkan penerbitan sulung
Buletin ANTARAkek&sos.
Memandangkan kita sering sibuk dengan tugas dan juga
urusan seharian masing-masing dan ditambah pula dengan
bilangan warga PPIK yang agak besar, saya percaya bahawa
Buletin ini merupakan satu daripada sumber maklumat
tentang perkembangan dan aktiviti berkaitan warga PPIK
yang boleh kita kongsi bersama.
Harapan saya agar Buletin ANTARAkek&sos ini akan menjadi wadah penghubung
antara semua warga PPIK serta dapat menyediakan satu saluran untuk mengasah
bakat dan kemahiran yang ada. Saya yakin dan percaya bahawa keluaran sulung
ini akan menyemarakkan lagi semangat semua untuk menyumbang bahan dan
idea bagi memastikan kelangsungan Buletin ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam penghasilan Buletin ini dan harapan saya semoga lebih ramai warga
PPIK terlibat dalam keluaran seterusnya.
Sekian, terima kasih.
Profesor Dato‟ Abu Talib bin Ahmad
Penaung
Prof. Dato‟ Abu Talib
Ahmad
Penasihat
Dr. Jabil Mapjabil
Penasihat Kerja
Dr. Nurul Farhana Low
Abdullah
Ketua Editor
Dr. Halimah Mohamed Ali
Editor
Dr. Goh Sang Seong
Dr. Asyirah Abdul Rahim
Dr. Roshimah Shamsudin
Penyumbang Bahan / Karya
Prof. Emeritus Muhammad
Haji Salleh
Profesor Chan Ngai Weng
Dr. Noraini Ibrahim
Susun Atur
Cik Julia Jaafar
En. Meor Ahmad Shukri
“Kekuatan tidak datang
dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak
pernah mengalah.”
“Tiap-tiap sesuatu, apabila
banyak menjadi murah
melainkan akal, bertambah
banyak lagi berharga.”
2
The Fall, when you see geese heading south for the winter
flying along in V formation, you might consider what science
has discovered to why they fly that way...
As each bird flaps it‟s wings, it creates an uplift for the bird
immediately following. By flying in V formation, the whole
flock has at least 71% greater flying range than if each bird
flew on it‟s own.
People who share a common direction and sense of common
purpose can get where they are going more quickly and
easily because they are traveling on the thrust of another.
When a goose flies out of formation, it suddenly feels that
drag and resistance of trying to go it alone and quickly gets
back into formation to take advantage of the lifting power of
the bird in front.
It is harder to do something alone than together.
When the lead goose gets tired, it rotates back into the
formation, and another goose flies points at the head.
It is sensible to take turns doing demanding jobs. Shared
leadership and interdependence give us each a chance to lead
as well as opportunities to rest.
The geese in formation honk from behind to encourage those
up front to keep up their speed.
What do we say when we honk from behind? We need to
make sure our honking is encouraging and not discouraging.
Finally, and this is important, when a goose gets sick or
wounded and fall out of formation, two other geese with fall
out with that goose and follow it down to lend help and
protection. They stay with the fallen goose until it is able to
fly or it dies, and only then do they launch out on their own,
or with another formation to catch up with their flock.
If we have the sense of a goose, we will stand by our
colleagues and each other in difficult times as well as in good.
~ Angeles Arrien ~
SEULAS PINANG DARIPADA PENGERUSI KEK&SOS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan
keizinanNya, Buletin ANTARAkek&sos
Edisi Pertama ini berjaya diterbitkan
untuk tatapan warga PPIK khususnya dan
USM umumnya. Sekalung tahniah dan
jutaan terima kasih diucapkan kepada
ketua editor Buletin dan barisan editor
yang bertungkus-lumus dan berdedikasi
untuk memastikan Buletin yang julung-
julung kalinya diterbitkan oleh Kelab
Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan [Kelab
KEK&SOS] ini berjaya menemui pembaca.
Pada dasarnya, Buletin ANTARAkek&sos diharapkan menjadi
dokumentasi kepada program dan aktiviti yang dijalankan oleh
kelab dan warga PPIK. Namun, hal yang lebih penting dan
utama daripada itu adalah untuk merealisasikan inspirasi
kemanusiaan dalam konteks memupuk silaturahim dalam
kalangan warga PPIK agar mereka lebih mengenali antara satu
dengan yang lain demi melahirkan komuniti yang prihatin dan
saling memahami serta bertoleransi. Dalam usaha
memartabatkan ilmu kemanusiaan melalui pengajaran,
penyelidikan dan penerbitan makalah berimpak tinggi,
diharapkan buletin ini boleh menjadi bahan bacaan alternatif
yang bersifat santai dan informatif. Pelbagai ruangan disajikan
seperti info sihat, jiran setaman, jiran seblok, tarikh lahir warga
PPIK, ucapan selamat bertugas, anak warga PPIK, petua
penjimatan, ucapan, pengumuman dan sebagainya disajikan.
Tinggi mana pun ilmu kita, keakraban, kesantunan dan semangat
kesetiakawanan perlu terus dipupuk dalam sanubari kita. Perlu
kita akui bahawa setiap insan pasti ada kelebihan, kekurangan
mahupun sikap dan sifat yang berbeza. Dengan semangat saling
memahami ini, kita mampu melaksanakan pelbagai perkara
dengan lebih berjaya dan penuh bermakna. Hal ini
mengingatkan saya kepada zaman ketika saya menjadi jurulatih
olahraga dan bola baling di sekolah dan universiti dahulu.
Inspirasi The Flying V sering disemat dalam jiwa baik jurulatih,
pengurus, kapten, pemain utama, pemain simpanan mahupun
pegawai pembantu pasukan. Hasilnya, dengan izin Allah S.W.T,
kejayaan demi kejayaan terus ditempa.
Akhir kata, saya mewakili Kelab KEK&SOS mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Dekan Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan kerana dedikasi dan dorongan beliau dalam
menjayakan penerbitan Buletin ini. Sokongan daripada warga
PPIK baik staf akademik mahupun staf pentadbiran amat
dihargai.
Sekian, terima kasih.
Dr. Jabil Mapjabil
Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sosial
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.
The Flying V
3
JAWATANKUASA KELAB KEK&SOS 2011/2012
PENGERUSI
DR. JABIL BIN MAPJABIL Ext. 3873 017 – 6856188
WAKIL BAHAGIAN
BM & BATI DR. GOH SANG
SEONG [[email protected]]
Ext. 2877 012 – 4435617
BI & ELLS
DR. NURUL
FARHANA LOW
ABDULLAH [[email protected]]
Ext. 2872 012 – 3261336
GEOGRAFI
DR. ASYIRAH
ABDUL RAHIM [[email protected]]
Ext. 3872 019 – 4702144
SEJARAH
DR. AZMI ARIFIN [[email protected]]
Ext. 2855 012 – 4432979
KESUSASTERAAN
DR. HALIMAH
MOHAMED ALI [[email protected]]
Ext. 2704 017 – 617 3305
PENGAJIAN
ISLAM
DR. ROSHIMAH
SHAMSUDDIN [[email protected]]
Ext. 2851 017 – 4005899
FALSAFAH
& TAMADUN
DR. SHOHANA
HUSSIN [[email protected]]
Ext. 3868 019 – 4136972
EN. MEOR
AHMAD SHUKRI
ZAINAL ABIDDIN [[email protected]]
Ext. 4180 013 – 5028414 WAKIL STAF
PEJABAT
CIK JULIA JAAFAR [[email protected]]
Ext. 4183 013 – 4856427
CARTA ORGANISASI KELAB KEK&SOS 2011/2012
PENASIHAT
Profesor Dato‟ Abu Talib Ahmad
PENGERUSI
Dr. Jabil Mapjabil
TIMBALAN PENGERUSI
Dr. Nurul Farhana Low Abdullah
SETIAUSAHA
Dr. Asyirah Abdul Rahim
BENDAHARI
Dr. Goh Sang Seong
BIRO
PENERBITAN Dr. Halimah Mohamed Ali
KEBAJIKAN Dr. Roshimah Shamsuddin
JAMUAN Dr. Shohana Hussin
AKTIVTI LUAR Dr. Azmi Arifin
TEKNOLOGI MAKLUMAT
En. Meor Ahmad Shukri
Zainal Abiddin
TUGAS-TUGAS KHAS Cik Julia Jaafar
PROGRAM KEK&SOS TAHUN 2011 & 2012
BIL PROGRAM PENGARAH PROJEK BULAN PROGRAM
1 Penerbitan Buletin ANTARA Edisi 1 Dr. Halimah Mohamed Ali Ogos 2011
2 Program Sambutan Aidil Fitri PPIK 1 Dr. Shohana Hussin September 2011
3 Program Amal KEK&SOS 1 Dr. Roshimah Shamsudin November 2011
4 Penerbitan Buletin ANTARA Edisi 2 Dr. Nurul Farhana Low Abdullah November 2011
5 Program Hari Keluarga PPIK Dr. Asyirah Abdul Rahim Disember 2011
6 Penerbitan Buletin ANTARA Edisi 3 Dr. Asyirah Abdul Rahim Februari 2012
7 Program Bazar Amal Ilmu Kemanusiaan Dr. Goh Sang Seong Mac 2012
8 Penerbitan Buletin ANTARA Edisi 4 Dr. Halimah Mohamed Ali Mei 2012
9 Kursus Memancing Peringkat USM Dr. Azmi Arifin Jun 2012
10 Penerbitan Buletin ANTARA Edisi 5 Dr. Nurul Farhana Low Abdullah Ogos 2012
11 Program Sambutan Aidil Fitri PPIK 2 Dr. Shohana Hussin Ogos 2012
12 Program Amal KEK&SOS 2 Dr. Roshimah Shamsudin Oktober 2012
13 Penerbitan Buletin ANTARA Edisi 6 Dr. Asyirah Abdul Rahim November 2012
14 Program Kembara Sosial Antarabangsa [Guangzhou] Dr. Jabil Mapjabil November 2012
4
TETAMU ANTARA EDISI 1
Buletin ANTARA berkesempatan untuk menjemput Profesor
Sohaimi Abdul Aziz sebagai Tetamu ANTARA untuk edisi
pertama ini. Sidang editor amat berbesar hati kerana profesor
sudi menjadi tetamu untuk bercerita tentang perasaan, pengala-
man dan pesanan beliau kepada warga PPIK khususnya pen-
syarah baru ke arah memajukan diri dalam dunia akademik.
Buletin ANTARA (BA): Tahniah kerana dinaikkan pangkat
menjadi Profesor. Sudah berapa lamakah Profesor Sohaimi ber-
tugas di Universiti Sains Malaysia?
Sejak tahun 1995. Sudah 16 tahun. Setelah saya dilantik menjadi
profesor madya pada tahun 2002, baru sekarang dinaikkan men-
jadi Profesor. Satu kepuasan. Syukur kepada Allah subahana wa
taala.
BA: Apakah perasaan Profesor apabila dinaikkan pangkat baru-
baru ini?
Gembira dan bimbang pun ada. Sebagai seorang profesor, saya
harus lebih produktif. Kualiti perlu dipentingkan. Perlu
menunjukkan kesarjanaan yang cemerlang dan hal ini satu
cabaran untuk seorang profesor. Performance yang cemerlang
diperlukan. Kenaikan pangkat datang dengan tanggungjawab,
iaitu pembinaan, penyebaran dan pengajian ilmu yang diceburi.
Pengajian kesusasteraan tidak boleh sempit. Ia harus bersifat
interdisciplinary. Jika ia berdiri sendiri maka ia akan terpencil. Ia
perlu berubah supaya sesuai dengan tuntutan zaman. Walaupun
sastera sudah mantap ia perlu bersifat cair untuk berkembang dan
bersedia menerima disiplin lain. Usaha yang dilakukan oleh
Bahagian Kesusasteraan untuk membawa masuk media baru
dalam pengajaran dan penyelidikannya memang tepat pada ma-
sanya. Di sini pengajian sastera ada masa depan.
BA: Apakah kenangan pahit manis yang telah dilalui oleh Pro-
fesor untuk mencapai tahap ini?
Kenangan manis banyak – saya suka menjadi pensyarah kerana
fleksibilitinya. Apa-apa pun kerjaya ada unsur pengulangan, iaitu
membuat benda yang sama setiap hari. Namun, bekerja sebagai
pensyarah ada sedikit kelainannya. Kerja pensyarah tidak terikat
dengan satu kurikulum yang standard seperti di sekolah, lebih
fleksibel dalam pengembangan ilmu dan boleh membuat penye-
lidikan. Kita boleh melakukan research untuk mendapat ilmu
baru seterusnya diajarkan kepada pelajar dan disebarkan kepada
masyarakat melalui penulisan. Di sekolah teks ditentukan. “Enjoy
generating new knowledge in the context of literature. Explore
and test our capability”. Ada personal satisfaction. Perkara yang
tidak menarik dalam dunia akademik ialah terselitnya academic
envy/academic jealousy. Ia ada pada orang yang tidak percaya
akan diri sendiri. Tidak boleh lihat orang lain maju. Tidak ada
concept of sharing. Hal ini menyebabkan dunia ilmu itu terban-
tut. Jangan jadi seperti ketam di dalam baldi yang akan menarik
turun ketam yang lain untuk naik. Berikanlah sokongan.
“Deprives others from greater endeavor”. Sungguhpun demikian,
saya tidak melihat perkara tersebut sebagai satu halangan, sebali-
knya menganggap ia sebagai satu cabaran. Namun, hal ini se-
benarnya cukup menyakitkan hati.
BA: Apakah kata-kata motivasi daripada Profesor untuk pen-
syarah muda / baru di PPIK?
Sebenarnya mereka banyak mempunyai peluang untuk naik ke
atas kerana landasan yang disediakan oleh universiti jelas.
Program APEX dan RU banyak mengarahkan mereka kepada
kecemerlangan. Pelbagai program untuk kemajuan mereka di
sediakan. Mereka awal-awal lagi diminta membuat penyelidikan
dan menulis dalam jurnal yang bermutu dan hal ini adalah baik.
Cuma yang membimbangkan adalah jika mereka mengabaikan
pengajaran, kasihan kepada pelajar. Pelajar pula menjadi
mangsa. Ada kalanya tanpa disedari, oleh sebab hendak menge-
jar pangkat kita terlupa untuk menghormati pensyarah yang
lebih senior. Keadaan ini juga satu penyakit yang perlu dihindari.
Pensyarah yang ingin berjaya harus serba boleh dan rela ditegur.
Apabila kita telah bekerja keras dan jujur. Insyaallah, rezeki akan
datang, pengiktirafan akan diberikan dan mereka akan berada di
tingkat yang sewajarnya.
Demikian tadi temu bual ketua editor dengan tetamu ANTARA
edisi pertama ini. Kelab Kebajikan dan Sosial PPIK mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Profesor Sohaimi Abdul Aziz atas
kenaikan pangkat profesor yang diperolehi baru-baru ini. Semoga
pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada kita semua. Sekian,
salam hormat.
5
Prof. Morshidi Prof. Madya
Norizan
Prof. Madya
Suriati
Dr. Nooriah
PENSYARAH GEOGRAFI
Dr. Jabil Dr. Sharifah
Rohayah
Dr. Asyirah
Prof. Madya
Azizan Sabjan
Dr. Ratna
Roshida
Dr. Suhaila Dr. Shohana
PENSYARAH FALSAFAH & TAMADUN
PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM
Prof. Madya
Atikullah
Dr. Mohd Nizam
JIRAN SEBLOK PPIK
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM terdiri daripada empat
blok bangunan, iaitu C20, C24, C10 dan C11. Untuk edisi pertama
ANTARA ini, pihak editor ingin berkongsi informasi dengan
memperkenalkan kakitangan akademik dan pentadbiran yang
berada di dalam blok bangunan yang sama.
Untuk Buletin Julai - September 2011 ini, kita berkenalan dengan
ahli keluarga PPIK yang pejabat mereka terletak di Tingkat 1, Blok
C20. Seramai 18 orang staf PPIK yang berada di aras ini. Berikut
adalah senarai kakitangan akademik dan pentadbiran PPIK yang
menghuni di Tingkat 1, Blok C20.
Selain bilik staf PPIK, terdapat beberapa bilik kemudahan yang
terdapat di aras ini, iaitu Makmal Pemetaan [C20/111], Bilik
Makmal Fizikal [C20/106], Bilik Peralatan Teknikal Geografi
[C20/101], Makmal Komputer [C20/116], Bilik Penyelidikan 1
[C20/111] dan Bilik penyelidikan 2 [C20/105].
Bilik Nama Staf Bidang / Tugas
101 En. Chong Woei Weng Juruteknik makmal
102 Dr. Nooriah Yusof Geografi
103 Dr. Asyirah Abdul Rahim Geografi
104 Dr. Jabil Mapjabil Geografi
107 En. Khalid Mohamed
Awang Juruteknik kartografi
117 En. Hassan Mohamad Pembantu makmal
118 Dr. Shohana Hussin Falsafah & Tamadun
119 Dr. Mohd. Nizam Sahad Pengajian Islam
120 Prof. Madya Atikullah
Hj. Abdullah Pengajian Islam
124 Prof. Madya Muhammad
Azizan Sabjan Falsafah & Tamadun
125 Prof. Madya Suriati
Ghazali Geografi
126 Dr. Suhaila Abdullah Falsafah & Tamadun
127 Dr. Sharifah Rohayah
Sheikh Dawood Geografi
128 Profesor Dr. Morshidi
Sirat Geografi
129 Dr. Muhamad Hasrul
Zakariah Sejarah
130 Dr. Ratna Roshida Abd
Razak Falsafah & Tamadun
131 Dr. Idris Mansor BM/BATI
133 Prof. Madya Norizan
Md. Nor Geografi
STAF PPIK DI TINGKAT 1 BLOK C20
PENSYARAH SEJARAH
Dr. Hasrul
STAF PENTADBIRAN
En. Mohamed
Khalid
En. Chong Woei
Weng
En. Hassan
PENSYARAH BM/BATI
Dr. Idris
6
JIRAN SETAMAN
Buletin ANTARA Edisi 1 ingin memperkenalkan beberapa orang staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang tinggal di kejiranan yang sama
iaitu di Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Warga PPIK yang menetap di kawasan Sungai Dua adalah seperti berikut.
Taman Desa Murni Taman Seri Murni Taman Pengkalan Machang
Prof. Madya
Narimah
Dr. Jasni Dr. Hasmidar
En. Zikri En. Chong
Dr. Rashidi
Tetamu undangan Sembang Santai bagi Buletin ANTARA Edisi 1
ini ialah Dr. Leelany Ayob. Beliau merupakan mantan Pengerusi
Kelab Kebajikan dan Sosial Tahun 2007/2008. Dr. Leelany
dilahirkan di Kuala Lumpur. Beliau pernah mengikut bapanya
bertugas di Kota Bharu, Kelantan dan pernah bersekolah asrama
penuh di Johor Bharu. Ibu bapanya pula ialah orang Pahang.
Beliau mempunyai ramai saudara di Terengganu. Pasangan
hidupnya pula ialah orang Kedah.
Antara hobi Dr. Leelany ialah
membaca novel apabila
berkelapangan. Hobi lama
beliau pula adalah berkait
rapat dengan seni pentas
kebudayaan Melayu. Dari
situ, beliau dapat menghayati
adat resam dan tatasusila
yang menjadi asas budaya
kita, di samping menjadi
pengganti aktiviti sukan yang
kurang diminati oleh beliau.
Dr. Leelany berpandangan
bahawa sukar untuk mencari
penggiat budaya pada zaman
sekarang yang betul-betul
menitikberatkan tatasusila
tradisi budaya kita dalam
persembahan mereka.
Dari aspek koleksi barangan peribadi, Dr. Leelany ada
menyimpan memorablia yang tidak spesifik jenisnya dari tempat
yang pernah dikunjungi oleh beliau. Contohnya, uniform dari
dua tempat bekerja sebelum ini. Kanada pula merupakan
tempat yang pernah dilawati dan paling disukai kerana
negaranya yang indah; seindah orangnya yang baik dan
bersopan.
Sepanjang tempoh berkhidmat di PPIK, Dr. Leelany banyak
mempunyai pengalaman manis. Menurut beliau, hidup akan
seronok apabila dikelilingi oleh rakan yang baik dan ramai.
Pengalaman pahit pun ada: Akan tetapi, baginya, buang yang
keruh, ambil yang jernih.
SEMBANG SANTAI
Falsafah hidup beliau ialah being gentle doesn‟t mean you‟re
weak. Ucapan Dr. Leelany kepada warga PPIK ialah keikhlasan
adalah perlu dalam banyak perkara sama ada keikhlasan itu
berbalas atau tidak, mahupun keikhlasan itu ditunjukkan
kepada orang yang tidak menyukai kita. Keprofesionalan juga
penting, terutama semasa menjalankan tugas-tugas kita. Jangan
biarkan emosi mempengaruhi kita dan jangan jadikan
kepentingan peribadi yang memandu kita ke arah sasaran
kejayaan kerana kejayaan yang mungkin dicapai itu hanya
dapat dikecapi untuk sementara sahaja. No one is invincible.
Jangan sekali-kali memandang rendah kepada orang lain,
kerana berkemungkinan orang yang kita pandang rendah itulah
yang ikhlas hatinya untuk membantu kita nanti. Akhir sekali,
kesopanan itu adat resam kita, jangan dipinggirkan sesuatu
yang sangat bernilai sebegitu.
7
BERKONGSI HOBI
Dr. Jabil
Fazlin Julia
8
Penyakit Gout merujuk kepada kesakitan pada bahagian sendi
terutamanya yang berlaku secara berulang-ulang. Ia berlaku
disebabkan oleh ketidaknormalan metabolisme purine dan
pirimidin yang ditunjukkan oleh hiperuricemia dan penghasilan
garam urate. Purine merupakan sejenis nucleoprotein dan
terdapat dalam makanan. Pemecahannya di dalam tubuh
menghasilkan asid urik.
Pada kebiasaanya, asid urik dikeluarkan daripada tubuh melalui
air kencing, namun ketidaknormalan metabolisme purin
menyebabkan asid urik terkumpul di dalam darah serta
membentuk garam urate. Garam urate ini dimendakkan pada
sendi-sendi. Serangan dikaitkan dengan makanan berlebihan,
berat badan dan kurangnya senaman.
Untuk memastikan sama ada seseorang individu mengalami gout
atau tidak, pemeriksaan aras asid urik darah perlu dilakukan.
Secara umumnya, aras asid urik dalam darah lelaki ialah (228-
538umol/l) dan dalam darah wanita (164-491 umol/l).
Pengawalan pengambilan makanan tinggi purin membantu kita
mengurangkan aras asid urik.
TIPS UNTUK MENGURANGKAN PURIN DALAM MAKANAN
ELAKKAN daripada mengambil makanan tinggi purin.
ELAKKAN daripada mengambil protein yang berlebihan.
Ikan bilis, udang, sardin, organ dalaman, daging yang diekstrak
dan legume perlu dielakkan.
[Sumber : Unit Sajian & Dietetik HSJPP]
Makanan tinggi purin
[>150 mg dalam 100 gm
makanan]
Ikan bilis, otak, ikan kembung,
daging yang diekstrak, daging
cincang, sardin, kerang, daging
angsa, ikan kering, organ
dalaman haiwan, daging kijang,
ayam hutan.
Makanan sederhana purin
[< 100 gm dalam 100 gm
makanan]
Asparagus, kacang yang dikering-
kan, legume, cendawan, kacang
pea, bayam, daging.
Makanan rendah purin
[boleh diambil]
Roti bakar, biskut berkrim,
minuman berkabonat, keju, bi-
jirin dan produknya, produk
berasaskan koko, kopi, roti
jagung, kastard, telur, buah dan
sayur, herba, kacang, ais krim,
minyak, minyak zaitun, gula,
cuka.
WHAT'S DOWN YOUR LOO?
A survey from sanitation charity in UK Toilet Twinning reveals
that only one in five people clean their toilets every day, as
recommended. That‟s scary given that your toilet bowl could be
home to 3.2 million bacteria per square inch!
Below, we lift the lid on some of the unsavoury guests lurking in
and around your lavatory. Oh, and make sure you close the lid
when flushing – germs can spray up to 1.8 metres, lightly misting
your tooth-brush. Yum!
Shigella a prime suspect for severe diarrhoea, even dysentery
-------------------------------------------------------------------------
Staphylococcus the little nasty behind MRSA
-------------------------------------------------------------------------
Salmonella food poisoning anyone?
-------------------------------------------------------------------------
E.coli at best, a tummy upset; at worst, kidney failure or more
-------------------------------------------------------------------------
Streptococcus throat infections, impetigo and even meningitis
-------------------------------------------------------------------------
Hepatitis A that‟s right: sickness, diarrhoea and jaundice
[Source : Readers Digest, August 2011]
PENJAGAAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT
INFO SIHAT
9
INFO PENJIMATAN
1. Shower : Cut down the number of showers. If possible, shower only
once a day after work. Switch off shower when soaping and shampoo-
ing. Do not over-use soap or shampoo as this will need more water for
rinsing. Use “organic-based” soap and shampoo. They are less “soapy”
and less water is needed to rinse them off. Do not switch the shower on
full blast. Cut short your shower time.
2. Brushing teeth: Use a cup of water for brushing your teeth instead of a
running tap.
3. Washing face: Use a wet towel instead of a running tap.
4. Hair style: Short hair definitely requires less water to wash and clean. So
why not do your bit to save water?
5. Toilet use: Use the squatting toilet for short calls. Pour used water (from
washing hands or vegetables) into toilet instead of flushing. For those
without the squatting toilet, install a “dual flush” mechanism to your
flush system. This system is available in the market. Compared to the
conventional flush which uses 10 litres per flush, the dual-flush method
uses only 6 litres for a full flush and 3 litres for a half-flush. Based on this
system, a person can save at least 50 litres per day (The Sun, 30 May
1998). A simple way of reducing the amount of water flushed would be
to put a brick or two into your WC cistern. This way, the water flushed
is automatically “halved”. If you need a full flush (in the case of defae-
cating), then just remove the bricks temporarily.
6. Washing car : Reduce car washes. If possible, stop washing your car. If
you really need to (for those who really love their cars), use a bucket
and a cloth. Never use a hose.
7. Recycling - collect used water for other uses : Collect used water by
putting a bucket beneath tap. Water used for washing hands, vegetables
and rinsing dishes can be used again for watering plants or for flushing
the toilet.
8. Rainwater harvesting : Collect rain water (if it rains) and use it for wash-
ing the car, the floor or for watering plants. In many remote kampongs
and villages, rainwater harvesting from rooftops is a viable and practical
method of trapping water.
9. Collecting water from upstairs : People living in houses/apartments with
more than one story can ask the plumber to do a minor connection to
collect used water from showering and washing hands to be re-used for
watering plants or washing the car or floors.
10. Stay home more : Reduce going out, especially during the day when it is
hot. You will need to drink less water, wash less clothes and take fewer
showers. In fact, it also helps save money and this will help the coun-
try‟s economy as well.
11. Watering plants : Use recycled water. Never use the garden host. Use a
water bucket instead. Water sparingly. Put a plate under each flower
pot to retain water from leaking out of the pots.
12. Cleaning floors : Never use a hose or pour water over the floor for
washing. Always use a mop. Use a “no-rinse” washing liquid. Sweep the
floor more often. This way, it clears dust fast and stops it from accumu-
lating.
13. Cooking : Try not to do too much deep frying or the cooking of oily
food. The cleaning and washing up of pots and pans, as well as the
walls and floors after oily cooking can waste a lot of water, not forget-
ting the hard work. Instead, prepare more fresh food (e.g. salad and
fruits) and cook more steamed food., all of which are healthier for the
body. Water used for washing vegetables can also be recycled for other
uses.
14. Clothing : Try to wear cotton clothes that are not too thick or woolly.
For those working in air-conditioned places, clothes can be worn twice
before they are washed. However, be careful not to carry it to the ex-
treme until hygiene is sacrificed.
15. Washing clothes : Wait until a full load is accumulated before washing.
Use environmentally friendly washing powder. They are less soapy and
are not harmful to the environment. In fact, one can collect the effluent
water from such washing powder for re-use (washing cars, watering
plants. washing shoes etc.). For handwashing, use water sparingly.
16. Sports : Reduce indulging in sweaty sports that require changing a lot of
clothes. For example, some sports like squash and badminton require
the change of many T-shirts during one single session. Imagine coming
home with all those sweaty clothes when your mother/wife has no
water to wash them! Choose something like swimming or running. For
all sports, use only one T-shirt.
17. River water : Those living within the vicinity of a river should attempt
to use the river water for washing purposes but not as drinking water.
In the remote areas, rivers are the common bath and laundret for all.
However, a word of caution here: check out the quality of the river
water first. If you are not sure, check with the Department of Environ-
ment.
18. Spring water : Those living within the vicinity of hills should attempt to
locate springs from which water can be collected. Spring water can even
be used for drinking (after filtration and boiling) as well as for general
washing purposes. In the remote areas and islands (such as Perhentian
and Redang), springs are important water sources. However, to be sure
that the water is okay, check with the Department of Environment first.
19. Wells : Wells are important water sources in the rural areas. Those living
in low-lying areas (where the water table is shallow) with a large house
compound can dig and construct wells. Well water can then be used for
general washing but not for drinking. Built nicely to blend in with the
surrounding environment, a well can be aesthetically pleasing and add
character to a house. However, check with the town council/local au-
thority concerned before you dig a well.
20. Report leakage, damage and water thefts immediately : Report leakage
of all pipes and mains. Don‟t wait for others to do the job or hoping/
thinking that others have done it. Report all suspected water thefts to
the relevant authorities. You may even get a reward for it.
21. Install a nozzle to a water hose : Use a nozzle for the water hose. Water
will not be left running when you are shampooing the car, scrubbing
the floor or pruning your flowers/plants.
Disumbangkan oleh: Profesor Chan Ngai Weng [Presiden Water Watch Penang]
21 SIMPLE STEPS TO SAVE WATER
10
Kemudahan Gimnasium USM
Untuk pengetahuan warga PPIK, kemudahan gimnasium USM adalah terbuka kepada semua. Ia dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu mulai
jam 9 pagi. Hari Selasa dan Khamis dikhususkan untuk staf wanita sahaja.
SUKUM Ke-36, UTeM, Melaka
Dr. Jabil Mapjabil (PPIK) telah berjaya mengutip pingat perak untuk USM dalam acara lempar cakera KV,
Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia ke-36 di UteM, Melaka pada 8 - 17 Julai 2011. Pingat Emas
acara ini dimenangi oleh En. Zaini Ibrahim [UNIMAS] manakala pingat Gangsa dimenangi oleh En. Idris
Md Nor [UteM]. Dr. Jabil turut mendapat tempat ke-5 dalam acara lontar peluru dalam kejohanan yang
melibatkan 21 kontigen, iaitu 20 IPTA dan KPT. Dalam kejohanan edisi 2011 ini, pasukan olahraga USM
telah merangkul 25 pingat, iaitu 5 Emas, 13 Perak dan 7 Gangsa. Secara keseluruhannya, sebanyak 14
acara permainan dipertandingkan. USM telah muncul sebagai naib johan keseluruhan Temasya SUKUM
Edisi Ke-36. Sehubungan dengan hal itu, UUM akan menjadi tuan rumah SUKUM ke-37 pada tahun 2012
nanti. Seterusnya, UMP [2013], UTM [2014], UiTM [2015] dan UTHM [2016]. Syabas dan tahniah!
Program Latihan Olahraga
Sekiranya anak-anak warga PPIK berminat dengan sukan
olahraga, program latihan olahraga untuk pelajar dan remaja
diadakan pada hari Selasa (petang), Khamis (petang) dan Sabtu
(pagi) di Stadium USM. Sekiranya berminat, sila hubungi
En. Mohammad Firdouz Mazlan [017 - 440 7113].
Kelas Klinik Renang USM
Sekiranya warga PPIK ingin menghantar anak-anak untuk kelas
klinik renang, sila hubungi En. Rahman Bakri [019 - 429 6404]
untuk maklumat lanjut. Klinik renang ini diadakan semasa
semester pengajian dibuka. Jurulatih adalah daripada kalangan
pelajar USM yang terpilih.
INFO SUKAN & REKREASI
11
CELIK BAHASA
BAHASA SEPANYOL
Hello HOLA
Good morning BUENOS DÍAS
Good afternoon BUENAS TARDES
Good night BUENAS NOCHES
How are you? ¿CÓMO ESTÁS (informal) ¿CÓMÓ ESTÁ? (formal)
Fine. And you? BIEN. ¿Y TÚ?
What's your name? CÓMO TE LLAMAS? / CUÁL ES TU NOMBRE? (informal) CÓMO SE LLAMA? / CUÁL ES SU NOMBRE (formal)
My name's / I'm MI NOMBRE ES… / SOY...
Yes SÍ
No NO
Excuse me PERDÓN
Sorry LO SIENTO/ DISCULPE
Never mind NO IMPORTA / NO PASA NADA
I don't know NO SE (general) NO LO SE (specific)
Let's go! ¡VAMOS!
Thank you GRACIAS
You're welcome DE NADA
I'm pleased to meet you MUCHO GUSTO / ENCANTADO (if you are a man) ENCANTADA (if you are a woman)
Bye HASTA LUEGO / ADIÓS
Be happy! ¡SÉ FELIZ!
Disumbangkan oleh: Dr. Noraini Ibrahim
FAKTA LESTARI
“Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasing
kan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang
sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia
menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasing
-kan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru”.
Sumber: http://www.sisa.my/cmssite/content.php?lev=3&cat=33&pageid=800&lang=bm.
Warga PPIK boleh meletakkan bahan-bahan anda ke dalam tong kitar semula
yang terdapat di Blok C20!
12
aku lahir pada pagi jumaat
hulu suci hari,
maka aku dinamakan muhammad,
tapi polis di air terjun, perak
yang tak pandai mengeja
atau terbiasa dengan alternatifnya,
menghurufkan aku `mohamad‟
nama baru yang bukan arab
atau melayu,
tapi tidak juga inggeris,
hanya lebih dekat kepada bahasa kulit kayu.
surat lahirlah menetapkan jati diri
atau nama di sebaliknya
walau tanpa rujuk dengan hasrat
atau bayangan ayah dan ibu,
jadi di sekolah aku menulis mohamad
diarah mengikut ejaan polis
yang akhirnya mengabadikan namaku:
kerana yang ditulis lebih kekal
dari ucap ayah atau maksudnya.
mohamadlah aku di kulit buku latihan
di senarai kedatangan dan juga kad pengenalan.
tiap kali aku menulis namaku
aku memberontak dan marahkan polis.
apa boleh buat
namaku sudah lekat,
sekarang aku kekal mohamad.
tapi di sekolah arab
namaku mencair
dan kembali ke asalnya,
seperti raut tulis ayah.
mim. ha. mim. dal.
muhammad.
walau benar
kedua namaku membelah diri
aku menjadi dua orang manusia.
langkahku sedikit panjang,
malah sampai ke wolverhampton, england.
tapi perjalanan bukanlah
pengungsian dari ejaan yang tidak tepat.
di sana aku perlukan sebuah nama keluarga
atau nama marga.
margaku kukira adam,
tapi apabila terdesak
dan tak punya pilihan
nama keluargaku salleh,
tanpa hajinya,
walau ayahku dikenali sebagai haji salleh,
itu jati dirinya.
di negeri mat salleh aku jadi mr. salleh.
walau pun itu bukan namaku
tapi bila dipanggil aku menjawab,
takut peluang tercicir
dan sekiranya hak diri tidak dituntut
giliran dilangkau.
pulanglah aku ke tanah melayu
pada tahun 1965
dan pulang menjadi cikgu mohamad,
guru bahasa melayu dan inggeris,
selalu sibuk memeriksa buku
menyemak waktu dalam garis buku,
sehingga aku cepat kurus.
tapi aku gelisah,
mengajar inggeris membuatku tua –
kesalahan bersepah di mana-mana.
jadi aku ke singapura
masuk universiti
dan belajar sastera.
di singapura, yang asalnya negeri melayu,
aku juga dituntut nama keluarga.
sekali lagi aku kembali jadi salleh.
teman melayu menamakan aku mat.
bila mereka terlupa
aku berubah jadi mat salleh,
yang mengerikan aku,
kerana mat salleh beretimologi
mad sailor –
kelasi putih yang mabuk di pelabuhan singapura!
kerana lama belajar sastera
aku ingin jadi sarjana,
dan terus ke amerika utara.
di sana mereka suka nama pertama,
jadi kuberikan nama mat,
tapi mat dalam bahasa inggeris menjadikan aku
tikar,
walau ada yang menyebut matt,
lebih mudah dari mat salleh!
sekarang aku sudah keliru,
apakah namaku sebenarnya.
jadi untuk sementara namaku matt salleh,
di samping mohamad salleh, dan salleh.
pada hujung pengajian aku berubah lagi,
sekali ini dr. salleh.
pulang ke malaysia aku lega sedikit
kerana sekurang-kurangnya nama salahku
tidak diulang petang dan pagi,
aku dikenal seperti sebelum berangkat pergi.
kembara membawaku pula
ke indonesia dan pulau-pulaunya,
yang hormat nama.
mohamad haji salleh,
pasti aku haji,
jadi aku dipanggil haji salleh
atau pak haji,
surat dan e-mel mencari pak haji
dan aku menjawab mengakuri
kerana di sana ada berita
dan sesekali cerita.
pekerjaanku sering
menerbangku ke seminar
dan sesekali ke hotel murah atau mewah
namaku tak tercatat sewaktu aku mendaftar,
tiada mohamad, tiada salleh,
di manakah mungkin namaku?
setelah sejam aku bertemunya
bangga berserban haji,
walau pun aku hanya haji kecil
dan belum pakai kupiah bulat.
di seminar aku bernama dr. salleh
(dan sudah bertentangan jati diri)
yang diperuntukkan hotel di bloomsbury.
aku pelajar pasca-kolonial,
bosan dengan rencana dan pemangsaan penjajah,
jadi sebagai penyair aku namakan diri
muhammad haji salleh (tanpa huruf besar)
sedikit lega bahawa namaku dipersetujui ayah.
tapi sebenarnya
semuanya masih sediakala,
pejabat pendaftaran malaysia mengelarku
mohamad bin salleh,
atau perpendekannya - mat salleh.
sekali lagi aku tak berhak terhadap
namaku sendiri.
sekarang, lebih dari sediakala
aku hampir mat salleh juga.
boleh gila!
~ Muhammad Haji Salleh ~
KARYA WARGA PPIK
APA ADA PADA NAMA?
13
Hotel Grand Continental Pulau Pinang mempelawa warga PPIK
dan USM umumnya untuk menikmati hidangan yang disajikan
sempena bulan Ramadan ini. Pihak hotel sedang
mempromosikan majlis berbuka puasa dengan harga yang
berpatutan.
Pihak hotel menawarkan baucer percuma untuk majlis berbuka
puasa kepada LIMA orang yang berjaya menjawab soalan
berikut:
[1] Di manakah terletaknya Hotel Grand Continental?
[2] Nyatakan harga promosi berbuka puasa untuk orang
dewasa di hotel ini.
[3] Nyatakan DUA menu yang disajikan oleh hotel ini untuk
promosi berbuka puasa.
Lengkapkan slogan (tidak melebihi 5 patah perkataan):
Saya ingin berbuka puasa di Hotel Grand Continental kerana
________ _______ ________ _______ ________.
Kepada sesiapa ingin menjawab soalan ini, sila hantar jawapan
anda melalui e-mel [email protected]. Jawapan yang
tepat dan slogan yang kreatif akan menerima satu baucer untuk
satu penyertaan. Jawapan perlu die-melkan selewat-lewatnya
pada 24 Ogos 2011.
Pemenang akan dihubungi melalui e-mel. Sila nyatakan nama
penuh, no. telefon bimbit dan pejabat anda bertugas. Promosi
ini terbuka kepada warga PPIK & USM sahaja. Semoga berjaya!
Bilik Bujang RM170.00 bersih seorang
Bilik Berkembar RM125.00 bersih seorang
Bilik Kongsi Bertiga RM95.00 bersih seorang
Pakej termasuk:
Bilik penginapan
Sarapan pagi
Minuman pagi [bersama 3 jenis kuih-muih]
Makan tengah hari
Minuman petang [bersama 3 jenis kuih-muih]
Makan malam
Makan lewat malam
Dewan, LCD projektor dengan skrin dan kemudahan mesyuarat
Air minuman dan gula-gula
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Cik Liza
(Bahagian Jualan & Pemasaran)
No. H/P : 016 - 458 3568
PROMOSI HOTEL
PERADUAN MAJLIS BERBUKA PUASA
DI HOTEL GRAND CONTINENTAL
PAKEJ MESYUARAT : HOTEL B-SUITE
14
Hotel Cititel menyediakan promosi berbuka puasa khusus
kepada pembaca Buletin ANTARA Edisi 1 dengan menawarkan
promosi istimewa “5+1”, iaitu 5 orang tetamu akan dikenakan
bayaran bersih RM58 manakala tetamu ke-6 adalah percuma.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Hotel Cititel un-
tuk pelbagai aneka juadah yang menyelerakan.
PROMOSI BERBUKA PUASA DI HOTEL CITITEL
ANAK DAN CUCU WARGA PPIK
ANAK WARGA PPIK DAN PEPERIKSAAN 2011
Nama staf : Profesor Ruslan Rainis
Nama anak : Nazifah Syazlina & Nadia Syakirah
Peperiksaan : UPSR & PMR
Nama staf : Prof. Madya Suriati Ghazali
Nama anak : Nurun Najihah Abdul Malik
Peperiksaan : SPM
Nama staf : Dr. Leelany Ayob
Nama anak : Syed Kamil Nawfal & Syed Kamil
Hakimi Syed Yusof
Peperiksaan : PMR & SPM
Nama staf : Dr. Ratna Roshida Abd Razak
Nama anak : Zafran Al-Aiman B. Zainal Abidin
Peperiksaan : UPSR
Nama staf : Dr. Agnes Liau Wei Lin
Nama anak: Stella Anne Teoh Ming Hui
Peperiksaan : UPSR
Nama staf : Dr. Roshimah Shamsudin
Nama anak : Sarah Rifhani Surahman
Peperiksaan : UPSR
MUHAMMAD RIFQI RAYYAN
Tarikh lahir : 23 Mei 2011
Anak ke-3 Dr. Jabil Mapjabil
HADI NAUFAL B. MOHD NORRIZAN
Tarikh lahir : 9 Ogos 2011
Anak Pertama Pn. Mazlina Mohamad
MUHAMMAD ASIF WAIZ B. JAMIL
Tarikh lahir : 22 Julai 2011
Anak ke-3 Dr. Aiza Maslan
MOHAMAD TSAQIF MOHAMAD KASYFI
Tarikh lahir : 18 Ogos 2011
Anak ke-2 Pn. Siti Solehah Abd. Kadir
ULANG TAHUN KELAHIRAN WARGA PPIK
15
SELAMAT BERTUGAS DI PPIK 2011
Nama : Pn. Roslina Hanoum Osman Marican
Asal : Sungai Ara, Pulau Pinang
Jawatan : Setiausaha Pejabat
Tarikh mula bertugas di PPIK : 1 Jun 2011
Tempat bertugas sebelum ini : Pusat Pengajian Seni
Nama : En. Zamzami Rasidi
Asal : Bayan Baru, Pulau Pinang
Jawatan : Penolong Pendaftar Kanan
Tarikh mula bertugas di PPIK : 1 Julai 2011
Tempat bertugas sebelum ini : Pusat Pengajian
Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral,
Kampus Kejuruteraan
Nama : Dr. Idris Mansor
Asal : Sungai Petani, Kedah
Jawatan : Pensyarah (Sandaran)
Tarikh mula bertugas di PPIK : 3 Ogos 2011
Bidang : BM/BATI
SEKALUNG PENGHARGAAN
Nama : Pn. Ajindar Kaur
Asal : Pulau Pinang
Jawatan : Timbalan Pendaftar
Tarikh mula bertugas di PPIK : 2008
Tempat bertugas sekarang : Hal Ehwal Akademik
& Antarangsa
Nama : En. Norman Ahmad
Asal : Bayan Baru, Pulau Pinang
Jawatan : Pembantu Am Rendah
Tarikh mula bertugas di PPIK : -
Tempat bertugas sekarang : Korporat
Nama : Pn. Carren Hong Kim Lan
Asal : Gurun, Kedah
Jawatan : Setiausaha Pejabat
Tarikh mula bertugas di PPIK : 2008
Tempat bertugas sekarang : Pusat Pengajian Seni
Delight Krim Vanilla
Bahan-bahan:
200 gm putih telur
400 gm gula
Ais krim vanila
Cara menyediakan:
Terlebih dahulu pukul telur bersama gula hingga kembang
Kemudian bentukkan adunan ke dalam „pipping beg‟ dan gunakan nozel kegemaran anda.
Seterusnya bakar pada suhu 1600C selama 10 minit.
Keluarkan dan hiaskan dengan aiskrim vanila.
[Resepi dipetik dari Saji Online (www.sajionline.com.my)]
RESEPI PILIHAN
16
* Kelab Kebajikan dan Sosial PPIK ingin mengucapkan tahniah kepada warga PPIK yang berikut atas
pelantikan / pencapaian / kelahiran anak mereka:
[1] Dato‟ Profesor Md Salleh Yaapar
- Dilantik sebagai Ahli Senat Universiti untuk tempoh 11 Ogos 2011 - 10 Ogos 2014.
[2] Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh
- Dilantik sebagai Ahli Senat Universiti untuk tempoh 11 Ogos 2011 - 10 Ogos 2014.
[3] Profesor Sohaimi Abdul Aziz
- Dinaikkan pangkat ke jawatan profesor berkuatkuasa pada Jun 2011.
[4] Profesor Madya Tarmiji Masron
- Dinaikkan pangkat ke jawatan profesor madya berkuatkuasa pada Jun 2011.
[5] Dr. Jabil Mapjabil
- Merangkul pingat perak untuk acara lempar cakera dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia.
[6] Pn. Siti Solehah Abd. Kadir
- Menyambut kelahiran anak ke-2, Mohamad Tsaqif Mohamad Kasyfi pada 18 Ogos 2011.
[7] Pn. Mazlinah Mohamad
- Menyambut kelahiran anak sulung, Hadi Naufal B. Mohd Norrizan pada 9 Ogos 2011.
[8] Dr. Aiza Maslan
- Menyambut kelahiran anak ke-3, Muhammad Asif Waiz B. Jamil pada 22 Julai 2011.
[9] Dr. Jabil Mapjabil
- Menyambut kelahiran anak ke-3, Muhammad Rifqi Rayyan pada 23 Mei 2011.
* Kelab Kebajikan dan Sosial PPIK ingin mengucapkan selamat bertugas semula kepada pensyarah PPIK
berikut yang telah / akan selesai bercuti sebatikal:
[1] Profesor Madya Suriati Ghazali
[2] Profesor Madya Tarmiji Masron
[3] Dr. Nooriah Yusof
[4] Dr. Zullyadini A. Rahaman
[5] Dr. Muhamad Hasrul Zakariah
* Selamat Berpuasa, Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir & Batin [Dr. Hasrul. Middle East Centre, St. Antony's
College, University of Oxford].
* Selamat bertugas kepada warga baru PPIK iaitu En. Zamzami Rasidi, Pn. Roslina Hanoum Osman
Marican dan Dr. Idris Mansor [Editor ANTARA].
SALAM DAN UCAPAN
17
PENGUMUMAN DAN IKLAN
PEMAKLUMAN
Warga PPIK dialu-alukan untuk memberikan komen, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Buletin
ANTARA bagi edisi yang akan datang.
Buletin ANTARA Edisi 2 [Oktober - Disember 2011] akan diterbitkan pada pertengahan bulan November 2011.
Pihak editor mengalu-alukan sumbangan bahan dan karya daripada warga PPIK.
Pandangan dan sumbangan bahan boleh die-melkan ke alamat : [email protected]
Sekian, terima kasih.
18
Ibn Taymiyyah on Jihad and Baghy
Author: Mohd Farid Mohd Sharif
Layarkan Kapal dalam Embun: Sepilihan Pantun
Minangkabau
Editor: Muhammad Haji Salleh & Ivan Adilla
Issues on Skills and Competencies in Education
Editors: Munir Shuib, Azlena Zainal,
Nurazila Abdul Aziz & Mohd Zainul Fithri Othman
Pembaharuan Undang-Undang
Pentadbiran Pusaka Islam
Pengarang: Jasni Sulong
Young Entrepreneur Project Consultant
Are you looking for additional income? We are looking for serious and positive candidates to work on our
project, 18 years old and above - no experience required - time is flexible - full training provided for college and
university students who are looking for part time income – adults looking for part time / full time / freelance
business opportunities are also welcomed. Interested call Amy 016 - 488 6398 or Teoh 016 - 478 4982 for lifestyle
changing opportunities.
Tempahan Biskut Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha
Kepada warga PPIK yang ingin membuat tempahan pelbagai jenis biskut raya pada harga berpatutan, sila hubungi :
(a) Cik Nurhazliyana Hanafi [013 - 466 8539] (b) Mohammad Firdouz Mazlan [017 - 440 7113]
Editor ANTARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada pensyarah PPIK atas penerbitan buku mereka yang berikut:
19