1
Institusi perbankan dan bukan perbankan menawarkan kepada penyimpan pelbagai
jenis produk tabungan kewangan yang terdiri daripada akaun semasa, akaun
tabungan, akaun deposit tetap dan sebagainya. Kesemua produk ini merupakan jenis
produk yang mempunyai risiko yang rendah. Pada masa yang sama, pelabur juga
ditawarkan produk yang berisiko tinggi dan juga pulangan yang tinggi seperti stok dan
saham, bon dan unit amanah. Produk kewangan yang dipilih bergantung kepada
keperluan kewangan anda. Walaupun beberapa jenis deposit mempunyai ciri-ciri yang
serupa, dengan adanya inovasi kewangan, sebahagian daripada produk ini telah
diubahsuai dan dipakejkan bagi menarik minat para penyimpan dan pelabur. Dalam
membuat pilihan produk tabungan kewangan yang paling sesuai, selain daripada
pulangan, anda juga perlu memahami ciri-ciri produk tersebut. Untuk memberi
panduan dalam memilih produk kewangan yang bersesuaian dengan keperluan anda,
berikut adalah butir-butir terperinci mengenai produk kewangan yang ditawarkan oleh
institusi perbankan dan bukan perbankan.
Produk Tabungan Kewangan yang Ditawarkan oleh Institusi Perbankan
Institusi perbankan terdiri daripada bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank
saudagar. Pada akhir bulan November 1996, terdapat sebanyak 37 buah bank
perdagangan, 40 buah syarikat kewangan dan 12 buah bank saudagar yang
beroperasi di Malaysia (senarai lengkap institusi-institusi tersebut dilampirkan di
Lampiran 2,). Produk-produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan adalah seperti
berikut:
(i) Akaun Semasa
Ia adalah sejenis akaun deposit yang menyediakan kemudahan cek dan hanya
ditawarkan oleh bank perdagangan. Akaun ini boleh digunakan untuk urusan
perniagaan dan persendirian. Pemegang akaun akan mendapat buku cek dan
penyata bulanan. Perkhidmatan Mesin Teller Automatik (ATM) juga disediakan.
Kelayakan: Individu yang berusia 18 tahun ke atas, perniagaan
persendirian, kelab, persatuan, pertubuhan, agensi Kerajaan
dan syarikat perniagaan.
Jenis akaun: Akaun persendirian, bersama, perkongsian dan syarikat.
Deposit
minimum:
Jumlah minimum untuk membuka akaun berbeza di antara
bank iaitu di antara RM500-1,000 bagi individu dan
2
RM1,000-2,000 bagi perniagaan. Bagi membuka akaun
baru, sokongan daripada mana-mana pemegang akaun di
bank tersebut diperlukan.
Deposit &
pengeluaran:
Deposit boleh dilakukan di semua cawangan dan melalui
ATM (bagi bank tertentu sahaja), sementara pengeluaran
wang adalah melalui cek dan ATM.
Kadar faedah: Tiada.
Lain-lain: Bank mengenakan bayaran yuran perkhidmatan yang
rendah jika purata baki adalah di bawah tahap yang
ditetapkan oleh bank. Arahan pemotongan daripada akaun
boleh diuruskan untuk membuat bayaran pinjaman dan bil-
bil, dan untuk memindahkan wang. Kemudahan overdraf
juga disediakan oleh beberapa bank.
(ii) Akaun Tabungan (Simpanan)
Ia adalah sejenis akaun yang menawarkan kadar faedah dan wang anda boleh
dikeluarkan apabila dikehendaki. Akaun ini merupakan produk tabungan yang paling
digemari kerana ia menawarkan pulangan dan juga mudah ditunaikan. Produk ini
ditawarkan oleh semua bank perdagangan dan syarikat kewangan. Buku simpanan
akan diberi untuk mencatatkan semua urusan. Bagi institusi tertentu, hanya penyata
diberikan tanpa membekalkan buku simpanan. Kebanyakan bank perdagangan dan
beberapa syarikat kewangan menyediakan kemudahan kad ATM.
Kelayakan: Individu berusia 12 tahun ke atas, kelab, persatuan dan
organisasi bukan bermotifkan keuntungan boleh membuka
akaun ini. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh
membuka akaun ini tetapi di bawah akaun amanah atas
nama penjaga atau pemegang amanah.
Jenis akaun: Akaun perseorangan, bersama dan amanah.
Deposit
minimum:
Jumlah minimum untuk membuka akaun adalah berbeza di
antara institusi iaitu di antara RM100- 500 bagi bank
perdagangan dan RM10-100 bagi syarikat kewangan. Di
samping itu, jumlah minimum sebanyak RM1 diperlukan
bagi mengekalkan akaun tersebut. Beberapa buah bank
perdagangan memerlukan sokongan daripada pemegang
3
akaun di bank tersebut untuk membuka akaun ini.
Deposit &
pengeluaran:
Deposit boleh dilakukan di semua cawangan dan melalui
ATM (bagi institusi tertentu sahaja). Begitu juga,
pengeluaran boleh dibuat di semua cawangan dan melalui
ATM (maksimum sebanyak RM2,000 sehari).
Kadar faedah: Kadar faedah yang ditawarkan adalah berbeza di kalangan
institusi perbankan. Setiap institusi kewangan boleh
menawarkan lebih daripada satu kadar faedah. Kadar
faedah ini dikira setiap hari dan dibayar kepada pemegang
akaun tiap-tiap setengah tahun sekali.
Lain-lain: Arahan pemotongan daripada akaun boleh diuruskan bagi
membuat bayaran pinjaman dan bil-bil, dan juga untuk
memindahkan wang.
(iii) Akaun Tabungan Kanak-kanak
Dalam usaha menggalakkan kanak-kanak menabung, kebanyakan bank perdagangan
dan syarikat kewangan telah memperkenalkan akaun tabungan khas untuk kanak-
kanak. Mereka yang layak membuka akaun ini adalah individu yang berusia 18 tahun
dan ke bawah. Bagi mereka yang berusia 12 tahun dan ke bawah, akaun ini perlu
dibuka di bawah akaun amanah di mana pemegang utama akaun adalah ibu
bapa/penjaga, manakala anak-anak mereka adalah pewaris akaun tersebut. Ciri-ciri
akaun ini adalah sama seperti akaun tabungan biasa. Di samping itu, pemegang
akaun juga menerima beberapa pemberian lain seperti tabung, perlindungan insurans
peribadi yang percuma dan lain-lain.
(iv) Akaun Tabungan Warga Tua
Ia adalah sejenis akaun untuk individu yang berusia 50 tahun dan ke atas. Ianya
ditawarkan oleh bank perdagangan dan syarikat kewangan. Ciri- ciri akaun ini adalah
sama seperti akaun tabungan biasa kecuali jumlah minimum untuk membuka akaun
ini adalah lebih tinggi, dalam lingkungan RM10-2,000. Walau bagaimanapun, kadar
faedah yang ditawarkan adalah lebih tinggi dan pemegang akaun juga mungkin akan
menerima beberapa pemberian lain seperti perlindungan insurans kemalangan
peribadi secara percuma.
(v) Akaun Deposit Tetap
Ia adalah sejenis akaun pelaburan di mana sejumlah wang yang tertentu banyaknya
4
ditabung untuk jangka masa tertentu dan ditawarkan oleh bank perdagangan, syarikat
kewangan dan bank saudagar. Penyimpan akan mendapat kadar faedah yang telah
ditentukan terlebih dahulu apabila tabungan tersebut matang. Penyimpan akan
menerima sijil deposit tetap.
Kelayakan: Individu berusia 12 tahun ke atas, kelab, persatuan, agensi
Kerajaan dan syarikat perniagaan. Kanak-kanak berumur 12
tahun dan ke bawah boleh membuka akaun ini di bawah
akaun amanah atas nama penjaga atau pemegang amanah.
Jenis akaun: Akaun persendirian, bersama, amanah, perkongsian dan
syarikat.
Deposit
minimum:
Jumlah minimum bagi membuka akaun ialah RM5,000 untuk
tempoh matang selama satu bulan dan RM500 untuk
tempoh matang selama 3 hingga 60 bulan bagi bank
perdagangan dan syarikat kewangan. Manakala bagi bank
saudagar, deposit minimum adalah RM200,000 untuk
perniagaan dan hanya bank saudagar dalam Kumpulan-1
dibenarkan menerima deposit daripada individu, tertakluk
kepada jumlah minimum sebanyak RM1 juta.
Tempoh
matang:
1,3,6,9,12,15,18,21,24,36,48 dan 60 bulan.
Kadar faedah: Institusi perbankan bebas menentukan kadar faedah. Kadar
ini berbeza- beza mengikut tempoh matang deposit dan
ianya adalah lebih tinggi daripada yang ditawarkan bagi
akaun tabungan.
Pengeluaran: Pengeluaran deposit tetap boleh dilakukan pada bila-bila
masa sebelum tempoh matang, tetapi ianya tertakluk
kepada syarat- syarat yang digariskan oleh Persatuan Bank-
bank dalam Malaysia dan Persatuan Syarikat Kewangan
Malaysia.
Lain-lain: Sijil deposit tetap boleh digunakan sebagai cagaran untuk
kemudahan pinjaman, di samping memperoleh kadar
faedah.
(vi) Instrumen Deposit Boleh Niaga (IDB)
5
IDB adalah sejenis dokumen/sijil yang dikeluarkan oleh institusi perbankan di mana
ianya menyatakan sejumlah wang tertentu telah disimpan dengan institusi yang
mengeluarkan sijil tersebut, pada kadar faedah tetap, yang akan dibayar balik kepada
pemegang IDB pada tarikh yang ditetapkan. Instrumen ini boleh diniagakan dan boleh
dijual oleh pemegang asal kepada mana-mana pihak dalam pasaran kedua sebelum
ianya matang. Walau bagaimanapun, penjualan instrumen ini sebelum tempoh
matang adalah tertakluk kepada kadar faedah semasa iaitu pada masa ianya dijual.
Ini bermakna faedah yang diterima boleh bertambah atau berkurangan. IDB
ditawarkan oleh bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan yang
tertentu.
Kelayakan: IDB ditawarkan kepada individu dan pelanggan korporat.
Penyimpan perlu menyimpan sijil IDB mereka dengan
institusi yang diberi kuasa termasuk bank perdagangan,
syarikat kewangan dan bank saudagar.
Jumlah
minimum:
Sekurang-kurangnya RM50,000. Setiap tambahan IDB
adalah gandaan RM50,000 dan denominasi maksimum
adalah RM10 juta. Bagi beberapa institusi, denominasi
maksimum ialah sebanyak RM1 juta setiap sijil.
Tempoh
matang:
Minimum selama 3 bulan sehingga maksimum selama 60
bulan.
Jenis-jenis
IDB:
Terdapat 4 jenis IDB, iaitu IDB jangka pendek, IDB jangka
panjang, IDB kupon-kosong (tanpa faedah) dan IDB kadar
terapung.
Kadar faedah: Kadar yang ditawar boleh dirunding tertakluk kepada kadar
faedah antara bank semasa.
(vii) Perjanjian Belian Balik (Repo)
Perjanjian belian balik (Repo) adalah satu perjanjian di mana institusi perbankan
menjual "kertas bernilai" kepada pelabur dengan persetujuan untuk membelinya
semula, pada harga yang telah dipersetujui dan pada tarikh yang ditetapkan di masa
hadapan. Repo ini ditawarkan oleh bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank
saudagar. Bagi produk ini, apa yang menarik ialah tempoh matang pelaburan boleh
dirunding supaya dapat disesuaikan dengan aliran tunai dan keperluan pelabur. Bagi
memudahkan urus niaga, pelabur biasanya dikehendaki membuka akaun semasa
6
dengan bank.
Kelayakan: Produk ini ditawarkan kepada individu serta badan korporat
dan badan-badan berkanun.
Jenis-jenis
kertas untuk
Repo:
Penerimaan jurubank, IDB, Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon
Cagamas, bil Perbendaharaan dan bil Bank Negara.
Jumlah
minimum:
Sekurang-kurangnya RM50,000.
Tempoh
matang:
Minimum satu bulan. Walau bagaimanapun, peniaga utama
dibenar menerima Repo dengan sebarang tempoh matang.
Kadar faedah: Kadar faedah boleh dirunding dan bergantung kepada
tempoh matang dan ianya berkait rapat dengan kadar
faedah antara bank semasa. Pelabur akan menerima
pelaburan pokok serta faedahnya apabila matang.
Produk Tabungan Kewangan yang Ditawarkan oleh Institusi Bukan Perbankan
Bagi melengkap dan menambah aktiviti pengambilan deposit oleh institusi perbankan,
beberapa buah institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank
Pertanian Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Lembaga
Tabung Haji juga menerima deposit daripada orang ramai. BSN mempunyai rangkaian
cawangan di seluruh Malaysia dan ditubuhkan dengan tujuan menyediakan
kemudahan bank kepada penyimpan secara kecil-kecilan. Bank Pertanian ditubuhkan
untuk menyediakan kemudahan kredit kepada peladang kecil serta menerima
tabungan daripada peladang. Bank Rakyat merupakan "apex" bank kepada koperasi
luar bandar yang mempunyai rangkaian cawangan yang meluas. Peranannya adalah
untuk menggembleng deposit daripada ahli dan koperasi. Jenis-jenis produk tabungan
kewangan yang ditawarkan oleh institusi- institusi kewangan tersebut dan ciri-cirinya
adalah hampir serupa dengan yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Produk-
produk yang ditawarkan adalah seperti berikut:
(i) Akaun Tabungan (Simpanan)
Akaun ini ditawarkan oleh kesemua institusi tersebut kecuali Lembaga Tabung Haji
dan adalah sama seperti akaun tabungan biasa yang ditawarkan oleh institusi
perbankan.
7
Kelayakan: Akaun ini boleh dibuka oleh individu (akaun amanah untuk
kanak-kanak) dan organisasi bukan bermotifkan
keuntungan.
Jenis akaun: Akaun perseorangan, bersama dan amanah.
Deposit
minimum:
Jumlah minimum untuk membuka akaun adalah RM1 bagi
BSN dan RM10 bagi institusi yang lain.
Kadar faedah: Kadar faedah yang ditawarkan adalah berbeza-beza di
kalangan institusi tersebut. BSN menawarkan kadar faedah
yang berbeza- beza mengikut jumlah dan tempoh matang,
manakala institusi yang lain menawarkan kadar faedah tetap
tanpa mengambil kira baki dalam akaun.
(ii) Akaun GIRO
Ia adalah sejenis akaun tabungan (simpanan) yang dibayar faedah, yang ditawarkan
oleh BSN dan Bank Pertanian Malaysia. Akaun ini menyediakan sistem penerimaan
pembayaran dan pemindahan wang tanpa melibatkan wang tunai. Akaun ini memberi
kemudahan berikut: (a) pemindahan wang kepada akaun GIRO yang lain; (b)
pembayaran bil seperti bil elektrik, air, telefon dll. serta menerima arahan
pembayaran; dan (c) kemudahan ATM. Selain daripada kemudahan ini, ciri-ciri akaun
ini adalah sama dengan akaun tabungan biasa.
(iii) Akaun Tabungan Kanak-kanak
Akaun ini ditawarkan oleh kesemua institusi kecuali Lembaga Tabung Haji dan
terbuka kepada kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah. Ia mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan akaun tabungan biasa. Di samping itu, pemegang akaun juga
ditawarkan beberapa pemberian lain seperti tabung, perlindungan insurans peribadi
dengan percuma dan bahan-bahan promosi dari masa ke semasa. BSN menyediakan
skim untuk menggalakkan tabungan di kalangan pelajar dengan menawarkan hadiah
dalam bentuk wang tunai dan biasiswa kepada para pelajar dan sekolah-sekolah yang
menyertai skim tersebut.
(iv) Akaun Deposit Tetap
Akaun ini adalah sama dengan akaun deposit tetap yang ditawarkan oleh institusi
perbankan dan boleh didapati di BSN, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Rakyat. Ia
boleh dibuka oleh individu (setiap institusi mempunyai kriteria umur yang berbeza),
organisasi bukan bermotifkan keuntungan dan badan korporat. Jumlah minimum yang
8
diperlukan untuk membuka akaun dengan BSN ialah sebanyak RM250 dan bagi Bank
Pertanian ialah sebanyak RM300 manakala Bank Rakyat sama seperti bank
perdagangan. Tempoh matang adalah selama 3, 6, 12 dan 15 bulan untuk BSN
sementara bagi Bank Pertanian dan Bank Rakyat adalah sama seperti institusi
perbankan.
(v) Sijil Simpanan Premium
Sijil ini ditawarkan oleh BSN di mana pemegang sijil ini adalah layak untuk
memenangi hadiah pada setiap cabutan bulanan yang dianjurkan oleh BSN.
Kelayakan: Individu berusia 12 tahun dan ke atas (termasuk bukan
pemastautin).
Jumlah
minimum:
RM10 (bersamaan 1 unit).
Deposit &
pengeluaran:
Sijil ini boleh dibeli di semua cawangan BSN dan boleh
dijual balik kepada BSN pada bila-bila masa.
Dividen: Sijil yang bernilai sekurang-kurangnya RM100 dan dipegang
selama 3 bulan sebelum 31 Disember setiap tahun layak
menerima dividen.
(vi) Skim Simpan-Dari-Pendapatan
Skim ini ditawarkan oleh BSN di mana penyimpan perlu menyimpan wang dengan
jumlah yang tetap setiap bulan untuk jangka masa 24 bulan seperti yang dipersetujui.
Jumlah
minimum:
Deposit minimum bulanan sebanyak RM20.
Kadar faedah: Di samping menerima faedah, penyimpan juga akan
menerima bonus sebanyak 15% ke atas faedah yang
diperoleh dalam masa 12 bulan pertama dan 30% ke atas
faedah yang diperoleh selepas 24 bulan.
Lain-lain: Penyimpan juga layak untuk memohon pinjaman di antara
RM1,000-5,000 bagi tujuan tertentu seperti kesihatan,
pendidikan dan pelaburan dalam unit amanah.
(vii) Produk Tabungan Islam
Institusi-institusi bukan perbankan ini menawarkan dua jenis produk tabungan Islam,
iaitu Akaun Tabungan Al-Wadiah dan Akaun Pelaburan Al- Mudharabah, yang mana
mempunyai persamaan dengan produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Bagi
9
Lembaga Tabung Haji, institusi ini hanya menawarkan Akaun Tabungan Al-Wadiah
untuk orang Islam sahaja. Produk-produk ini akan diterangkan dengan lebih lanjut
bersama dengan produk tabungan berasaskan prinsip-prinsip Islam yang lain, di
bahagian berikutnya.
Recommended