Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN KIK
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA 2013
1.0 SYARAT-SYARAT
1.1 Penyertaan adalah dibuka kepada semua Bahagian/Pejabat
Projek/JPBD Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia (JPBD SM).
1.2 Kumpulan yang mengambil bahagian adalah merupakan
kumpulan yang telah mempersembahkan projek mereka
kepada pihak pengurusan di semua Bahagian/Pejabat
Projek/JPBD Negeri masing-masing.
1.3 Projek KIK hendaklah yang belum dipersembahkan oleh
kumpulan dalam mana-mana konvensyen peringkat
Negeri/Kebangsaan (Sektor Awam) pada tahun-tahun
sebelumnya.
1.4 Projek kumpulan mestilah telah selesai dilaksanakan sebelum
Pertandingan pada tahun semasa.
1.5 Pencalonan menyertai Pertandingan KIK hendaklah
dikemukakan melalui Bahagian/Pejabat Projek/JPBD Negeri
masing-masing kepada Urus setia Pertandingan KIK
Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013, Bahagian
Korporat, dengan menggunakan Borang yang dilampirkan.
1.6 Bilangan maksima ahli-ahli bagi setiap KIK yang mengambil
bahagian di dalam Pertandingan KIK 2013 adalah dihadkan
kepada 10 orang termasuk ketua kumpulan (sila rujuk
Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU pada November 2009).
1.7 Urus setia berhak menolak sebarang penyertaan yang
melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang
dirasakan perlu dari masa ke semasa. Keputusan pemilihan
kumpulan-kumpulan untuk menyertai Pertandingan oleh Urus
setia adalah muktamad.
1.8 Keputusan Panel Penilai Pertandingan KIK JPBD 2013
terhadap penilaian projek kumpulan adalah muktamad.
2.0 PERSEMBAHAN
2.1 Semua kumpulan dikehendaki bersiap sedia 5 minit lebih
awal dari masa yang telah ditetapkan dalam Jadual
Persembahan KIK.
2.2 Masa 5 minit akan diberikan untuk memasang peralatan oleh
kumpulan.
2.3 Montaj yang tidak melebihi 2 minit dibenarkan (Markah
penalti akan dikenakan jika melebihi masa tertentu).
3.0 PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
3.1 Setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan Penilaian Projek
KIK Melalui Dokumentasi (60%) dan Penilaian
Persembahan Projek KIK (40%).
3.2 Skema Pemarkahan adalah sepertimana di Lampiran 1 dan
Lampiran 2.
3.3 Penilaian Projek KIK Melalui Dokumentasi
Penilaian setiap kumpulan yang mengambil bahagian di
Pertandingan akan dinilai berdasarkan kepada kriteria
yang dilampirkan.
Penilaian akan dijalankan oleh ahli-ahli Panel dan
keputusan adalah muktamad.
3.4 Penilaian Persembahan Projek KIK
Persembahan setiap kumpulan yang mengambil
bahagian di Pertandingan akan dinilai berdasarkan
kepada kriteria seperti yang telah ditetapkan.
Setiap kumpulan akan diberikan 10 minit untuk membuat
persembahan. Masa persembahan akan bermula selepas
perkataan pertama disebutkan oleh kumpulan.
Sekiranya tiada permulaan oleh kumpulan, loceng/buzzer
permulaan akan dibunyikan setelah tamat 5 minit masa
persediaan. Loceng kedua akan dibunyikan setelah
cukup 8 minit; dan loceng/buzzer penamat akan
dibunyikan setelah cukup 10 minit persembahan.
Penilaian akan dijalankan oleh ahli-ahli Panel. Keputusan
Panel Penilai adalah muktamad.
3.5 Penyerahan Laporan KIK dan Soft Copy maklumat
Projek/Kumpulan
Penyerahan Laporan Projek KIK (4 naskah) dan
salinan persembahan projek KIK dalam bentuk CD
dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.
3.6 Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.
4.0 HADIAH PERTANDINGAN
4.1 Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti
berikut:
i. Tempat Pertama : Wang Tunai RM5,000.00,
Piala dan Sijil Penyertaan
ii. Tempat Kedua : Wang Tunai RM3,000.00 dan
Sijil Penyertaan
iii. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM2,000.00 dan
Sijil Penyertaan
5.0 TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
5.1 Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran 3 dan perlu dikemukakan kepada pihak Urus setia selewat-lewatnya pada 24 JUN 2013 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang.
5.2 Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut AKAN
DITOLAK. 5.3 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Abu Bakar bin Mat ([email protected])
Tel : 03-26992169
Pn. Fauziah bt. Abd. Jalil ([email protected])
Tel : 03-26992168
Pn. Hasnida bt. Soaid ([email protected])
Tel : 03-26992180
Alamat : Urus setia Pertandingan KIK Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013 Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2698 9211 Faks : 03 – 2694 7824
SKEMA PEMARKAHAN
PERTANDINGAN KIK JPBD SM 2013
(Penilaian Projek KIK Melalui Dokumentasi - 60%)
Kategori:
Nama Kumpulan:
Nama Panel Penilai:
ITEM KRITERIA PENILAIAN MARKAH MARKAH
PENILAI
1 Pengenalan
a. Latar belakang jabatan, kumpulan dan pemilihan
ahli kumpulan diterangkan.
1
b. Kumpulan menjelaskan bukti penyertaan dan
perancangan projek.
2
2 Pemilihan Projek
a. Projek yang dipilih berdasarkan kepada kajian
latar belakang dan maklumat serta data-data
masa lepas.
5
b. Projek yang dipilih memenuhi kehendak
pelanggan organisasi; atau bahagian; atau unit
di mana kumpulan itu berkhidmat. Ia juga
menepati wawasan, matlamat, objektif atau
piagam pelanggan unit/bahagian/organisasi.
5
c. Pemilihan projek dilakukan secara sistematik. 4
3 Penjelasan Projek
a. Projek diterangkan dengan jelas. Istilah-istilah
teknikal yang digunakan perlu dijelaskan.
6
b. Cara penetapan objektif/sasaran projek
diterangkan dengan jelas berdasarkan analisa
data atau Penanda Arasan.
3
4 Analisa Projek
a. Pendekatan secara sistematik dan bersesuaian
untuk tujuan mengenalpasti dan mengesahkan
sebab-sebab masalah yang paling mungkin atau
isu yang berkaitan.
7
b. Pendekatan secara sistematik dan bersesuaian
untuk tujuan mengumpul data berkaitan dengan
projek.
7
c. Persembahan data yang berkesan. 5
5 Cadangan Penyelesaian
LAMPIRAN 1
a. Beberapa alternatif cadangan penyelesaian yang
kreatif dan inovatif dipertimbangkan.
8
b. Pendekatan secara sistematik dalam memilih
cadangan penyelesaian.
7
c. Pelaksanaan cadangan penyelesaian dapat
dilakukan dengan berkesan dan baik dalam
tempoh percubaan (dry run)
3
6 Tindakan Penyeragaman (Standardization)
a. Cadangan penyelesaian telah diterima dan
kaedah pemantauan yang sesuai dan sistematik
untuk memastikan tindakan pembetulan yang
perlu telah dijalankan sebelum tindakan
penyeragaman.
3
b. Tindakan susulan diambil untuk memastikan
cadangan projek dikekalkan sebagai cara
bekerja baru dengan pindaan atau tambahan
kepada Arahan Kerja, Fail Meja, Manual
Prosedur Kerja atau Standard Operating
Procedures.
5
7 Pencapaian Hasil Projek (Outcome)
a. Faedah-faedah sama ada:
- Pengurangan kos operasi
- Penjimatan masa
- Peningkatan output / hasil kerja
- Penjimatan sumber manusia
Faedah-faedah lain sama ada:
- Tahap kepuasan hati pelanggan
- Tahap kepuasan pekerja
- Imej Jabatan
12
b. Sumbangan pelaksanaan cadangan
penyelesaian kepada pencapaian objektif
organisasi (impak)
8
c. Pendekatan secara sistematik. Kaedah / alat
kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai
faedah-faedah diperolehi dengan kos
pelaksanaan cadangan penyelesaian.
3
8 Penilaian Kumpulan
a. Pendekatan secara sistematik. Kaedah / alat
kawalan kualiti yang bersesuaian untuk menilai
kemajuan kumpulan dalam pengendalian aktiviti
KIK.
2
b. Kumpulan mengambil tindakan-tindakan untuk
meningkatkan prestasi ahli-ahli semasa
penyelesaian dijalankan demi kebaikan masa
hadapan.
2
c. Pembelajaran-pembelajaran yang diperolehi
oleh kumpulan.
2
JUMLAH 100
SKEMA PEMARKAHAN
PERTANDINGAN KIK JPBD SM 2013
(Penilaian Persembahan Projek KIK - 40%)
Kategori:
Nama Kumpulan:
Nama Panel Penilai:
ITEM KRITERIA PENILAIAN MARKAH MARKAH PENILAI
1 Pengenalan Projek
a. Pengenalan/Pendahuluan 5
b. Latar belakang projek 5
2 Analisis Projek
a. Kaedah analisis jelas dan difahami 10
b. Kesinambungan idea antara idea 10
c. Persembahan data yang tersusun dan menarik 5
3 Cadangan Penyelesaian
a. Cadangan yang jelas dan difahami 10
b. Pemilihan cadangan yang logik dan difahami 10
c. Pelaksanaan (dry run) yang logik dan difahami 5
4 Outcome & Impak
a. Outcome diukur dan dijelaskan dengan baik 10
b. Impak diukur dan dijelaskan dengan baik 10
5 Kreativiti Penyampaian dan sesi soal jawab 20
JUMLAH 100
LAMPIRAN 2
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KIK
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2013
1. Nama Jabatan/Bahagian :
2. Nama Kumpulan : 3. Nama Ketua Kumpulan : 4. Nama Ahli : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 5. Penerangan Ringkas Sumbangan/ Penambahbaikan:
6. Nama Pegawai Yang Boleh Di Hubungi : Nama : Jawatan : No. Tel : No. Fax : Emel :
Pengesahan Ketua Jabatan Nama :………………………………………………………………………….
Alamat :………………………………………………………………………….
: ………………………………………………………………………..
: ………………………………………………………………………..
Tandatangan : ……………………………………..
Tarikh : …………………………………….
Cop Rasmi
LAMPIRAN 3
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KOIR
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA 2013
1.0 PASUKAN KOIR
1.1 Sesebuah pasukan koir hendaklah terdiri daripada koir suara
campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan
sahaja.
2.0 KEAHLIAN PASUKAN KOIR
2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Bahagian/Pejabat
Projek dan JPBD Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia.
2.2 Jumlah ahli koir ialah 10-20 orang peserta termasuk konduktor.
3.0 JANGKAMASA PERSEMBAHAN
3.1 Jangkamasa persembahan bagi setiap kumpulan TIDAK
MELEBIHI 10 MINIT.
4.0 PERSEMBAHAN LAGU
4.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 BUAH
LAGU iaitu :-
a. Lagu wajib – LAGU PATRIOTIK atau LAGU KEMPEN
b. 1 lagu pilihan
4.2 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic/polyphonic
atau gabungan keduanya.
4.3 Persembahan secara Acapella adalah dibenarkan.
5.0 MUZIK IRINGAN (DISEDIAKAN OLEH SETIAP PASUKAN)
5.1 Penggunaan keyboard atau gitar adalah dibenarkan.
5.2 Alat muzik iringan boleh dimainkan secara minus one atau live
oleh ahli kumpulan.
6.0 PENILAIAN
6.1 Penilaian akan berdasarkan kepada aspek mutu suara,
gubahan, imbangan suara, ekspresi dan disiplin persembahan.
Skema pemarkahan adalah seperti di Lampiran 1.
6.2 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
7.0 HADIAH PERTANDINGAN
7.1 Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti
berikut:
i. Tempat Pertama : Wang Tunai RM2,000.00, Piala
dan Sijil Penyertaan
ii. Tempat Kedua : Wang Tunai RM1,500.00 dan
Sijil Penyertaan
iii. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 800.00 dan Sijil
Penyertaan
8.0 PENOLAKAN PENYERTAAN
8.1 Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang
melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang
dirasakan perlu dari masa ke semasa.
9.0 TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
9.1 Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang seperti di
Lampiran 2 dan perlu dikemukakan kepada pihak Urusetia
selewat-lewatnya pada 22 JULAI 2013 (ISNIN) sebelum jam
5.00 petang.
9.2 Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut AKAN
DITOLAK.
9.3 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Abu Bakar bin Mat ([email protected])
Tel : 03-26992169
Pn. Fauziah bt. Abd. Jalil ([email protected])
Tel : 03-26992168
Pn. Hasnida bt. Soaid ([email protected])
Tel : 03-26992180
Alamat : Urusetia Pertandingan Koir Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013 Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2698 9211 Faks : 03 – 2694 7824
SKEMA PEMARKAHAN PERTANDINGAN KOIR
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2013
Aspek Yang Dinilai Markah (%)
1. Mutu Suara 30
2. Gubahan 20
3. Harmoni – Imbangan Suara 20
4. Ekspresi - Dinamik 15
5. Disiplin Persembahan 15
JUMLAH 100
LAMPIRAN 1
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KOIR
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2013
1. Nama Jabatan/Bahagian :
2. Nama Kumpulan : 3. Nama Ketua Kumpulan : 4. Nama Ahli : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 5. Tajuk Lagu : Lagu Pertama : Lagu Kedua :
Pengesahan Ketua Jabatan Nama : ……………………………………………………………………………. Alamat : ……………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………… Tandatangan : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………. Cop Rasmi
LAMPIRAN 2
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MULTIMEDIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA 2013
1.0 PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Bahagian/Pejabat
Projek/JPBD Negeri/Pegawai Kader JPBD SM dan Pegawai di
Unit Pusat Setempat (OSC).
2.0 FORMAT PERTANDINGAN
2.1 Projek multimedia mestilah bertemakan ‘MENCIPTA
KEINDAHAN MELALUI PERANCANGAN BANDAR’
2.2 Projek multimedia perlu disertakan Tajuk, Nama
Jabatan/Bahagian, Ahli Kumpulan dan Sinopsis
2.3 Projek boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
2.4 TIGA PENYERTAAN terbaik akan dipilih sebagai PEMENANG
TIGA HADIAH UTAMA.
3.0 SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Penyertaan adalah secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN
dan bilangan penyertaan tidak dihadkan.
3.2 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu Borang
Pendaftaran Pertandingan.
3.3 Setiap projek multimedia adalah merupakan hasil karya sendiri.
3.4 Setiap hasil projek hanya untuk penggunaan stand alone
sahaja.
3.5 Bahan multimedia boleh dipersembahkan dengan
menggunakan POWERPOINT, REALPLAYER atau
PERISIAN-PERISIAN LAIN YANG BERSESUAIAN.
3.6 Jangkaan masa untuk persembahan multimedia adalah TIDAK
MELEBIHI 2 MINIT.
3.7 Perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah di bawah
tanggungjawab Jabatan/Bahagian masing-masing.
3.8 Persembahan multimedia mestilah dibuat salinan dalam bentuk
CD untuk penilaian Panel Penilai.
3.9 Segala hasil projek multimedia akan menjadi hakmilik Jabatan.
4.0 PENILAIAN
4.1 Penilaian akan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut :-
a. Keaslian
b. Kreativiti
c. Ketepatan tema
d. Mesej yang jelas
e. Penggunaan Elemen Multimedia yang optima tetapi
bersesuaian
Skema pemarkahan adalah seperti di Lampiran 1.
4.2 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.
5.0 HADIAH PERTANDINGAN
5.1 Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti
berikut:
i. Tempat Pertama : Wang Tunai RM1,000.00, Piala
dan Sijil Penyertaan
ii. Tempat Kedua : Wang Tunai RM750.00 dan Sijil
Penyertaan
iii. Tempat Ketiga Wang Tunai RM500.00 dan Sijil
Penyertaan
6.0 PENOLAKAN PENYERTAAN
6.1 Urus setia berhak menolak sebarang penyertaan yang
melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang
dirasakan perlu dari masa ke semasa.
7.0 TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
7.1 Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang seperti di
Lampiran 2 dan perlu dikemukakan kepada pihak Urus setia
selewat-lewatnya pada 22 JULAI 2013 (ISNIN) sebelum jam
5.00 petang.
7.2 Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut AKAN
DITOLAK.
7.3 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Abu Bakar bin Mat
Tel : 03-26992169
Pn. Fauziah bt. Abd. Jalil
Tel : 03-26992168
Pn. Hasnida bt. Soaid
Tel : 03-26992180
Alamat : Urus setia Pertandingan Multimedia Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013 Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2698 9211 Faks : 03 – 2694 7824
SKEMA PEMARKAHAN
PERTANDINGAN MULTIMEDIA SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2013
Kriteria Yang Dinilai Markah (%)
1. Keaslian 15
2. Ketepatan tema 10
3. Kreativiti 40
4. Mesej yang Jelas 15
5. Penggunaan Elemen Multimedia yang optima tetapi bersesuaian
20
JUMLAH 100
LAMPIRAN 1
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MULTIMEDIA SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2013
1. Nama Jabatan/Bahagian :
2. Nama Kumpulan : 3. Nama Ketua Kumpulan : 4. Nama Ahli : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
5. Tajuk Persembahan :
Pengesahan Ketua Jabatan Nama : ……………………………………………………………………………. Alamat : ……………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………… Tandatangan : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………. Cop Rasmi
LAMPIRAN 2
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
PERTANDINGAN
PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR PEMBANGUNAN BERCAMPUR DOMINAN PERUMAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN 2013
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pertandingan Penyediaan Pelan Susunatur Pembangunan
Bercampur Dominan Perumahan merupakan satu pertandingan dimana para peserta diberikan satu tapak dan diminta menggunakan pemikiran yang kreatif dan inovatif untuk menghasilkan persekitaran yang ideal. Aktiviti ini dapat memberi pendedahan dan meningkatkan daya kreativiti peserta dalam menghasilkan suatu rekabentuk pelan susunatur yang lebih rasional dan sesuai dengan konsep pembangunan mampan. Pada masa yang sama kreativiti dan inovasi tersebut perlu mengambilkira atau membuat penyesuaian dengan keperluan perancangan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi warga JPBD dalam
menghasilkan pelan susunatur yang mampan; 2.2 Mencungkil pemikiran kreatif dan inovatif serta berfikir secara
logik dan membuat pertimbangan rasional dalam menyelesaikan masalah;
2.3 Membina keyakinan diri warga JPBD dalam menyuarakan pendapat dan idea; dan
2.4 Menggalakkan warga JPBD membuat penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam mengumpulkan maklumat dan memberikan cadangan secara komprehensif dan objektif.
3.0 PENYERTAAN 3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Bahagian/Pejabat
Projek/JPBD Negeri/Pegawai Kader JPBD SM dan Pegawai di Unit Pusat Setempat (OSC).
4.0 FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Setiap peserta diminta untuk menghasilkan Pelan Susunatur
Pembangunan Bercampur Dominan Perumahan berdasarkan kepada GFA (Gross Floor Area) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan TAPAK YANG DISEDIAKAN seperti di Lampiran A.
4.2 Pelan hendaklah disediakan dalam SAIZ A0 dan perlu
mengandungi PELAN TAPAK, PELAN LOKASI dan PETUNJUK YANG JELAS mengikut SKALA YANG BERSESUAIAN (Pelan Tapak dan Pelan Lokasi seperti di Lampiran A1 dan Lampiran A2).
4.3 Pelan hendaklah diwarnakan mengikut warna format
perancangan. 4.4 Pelan hendaklah disediakan dalam format AUTOCAD (.dwg).
4.5 Setiap penyertaan hendaklah mengemukakan bersama-sama
RINGKASAN PROJEK (PROJECT BRIEF) tidak melebihi 10 mukasurat. Ringkasan Projek perlu mengandungi TEMA, KONSEP PEMBANGUNAN, ASPEK-ASPEK INOVASI DAN KREATIVITI dan KEBOLEHLAKSANAAN PROJEK termasuk
KOS PEMBANGUNAN KESELURUHAN (PENGIRAAN GROSS DEVELOPMENT VALUE).
4.6 Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 4.7 PELAN SUSUNATUR dan RINGKASAN PROJEK perlu
dikemukakan kepada Urusetia dalam bentuk SOFTCOPY dan HARDCOPY.
4.8 SEMUA PENYERTAAN akan dipanggil untuk sesi
pembentangan di hadapan panel hakim yang dilantik. Setiap pembentangan pada sesi ini adalah selama 10 MINIT dan disediakan dalam FORMAT POWERPOINT TIDAK MELEBIHI 10 SLAID. Persembahan dalam bentuk audio, video dan ciri-ciri interaktif adalah dibenarkan bagi menyokong pembentangan.
4.9 TIGA (3) PENYERTAAN terbaik akan dipilih sebagai
PEMENANG TIGA (3) HADIAH UTAMA. 4.10 Hadiah akan disampaikan pada MAJLIS SAMBUTAN HARI
INOVASI JABATAN 2013 pada 10 September 2013.
5.0 SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan secara INDIVIDU atau KUMPULAN. Keahlian secara KUMPULAN hendaklah tidak melebihi 4 orang.
5.2 Bilangan penyertaan TIDAK DIHADKAN. 5.3 Segala hasil karya akan menjadi hakmilik Jabatan. 5.4 Setiap individu atau kumpulan yang ingin mengambil bahagian
dikehendaki mengemukakan butiran lengkap dengan menggunakan BORANG PENYERTAAN RASMI seperti di Lampiran B.
5.5 Setiap rekabentuk yang dicadangkan adalah tulen dan tidak diambil dari mana-mana pembangunan sedia ada atau dalam perancangan.
5.6 Urusetia berhak untuk MENOLAK mana-mana penyertaan
sekiranya didapati peserta mempalagiat. 5.7 Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Penyediaan Pelan Susunatur
Pembangunan Bercampur Dominan Perumahan TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan.
6.0 JAWATANKUASA KHAS PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR
PEMBANGUNAN BERCAMPUR DOMINAN PERUMAHAN 6.1 Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan
format, syarat-syarat pertandingan dan skema pemarkahan pertandingan.
6.2 Jawatankuasa ini dianggotai oleh :
a. YBhg. Dato’ Dr. Dolbani b. Mijan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak;
b. Cik Rohani bt. Md. Hashim Pengarah Bahagian Korporat
c. En. Saidin b. Lateh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor;
d. En. Shahidi b. Yusof Pejabat Projek Zon Tengah; dan
e. Dr. Chua Rhan See Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan;
7.0 PANEL HAKIM
7.1 Panel hakim akan mengadili penyertaan berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.
7.2 Panel hakim ini dianggotai oleh :
a. Universiti Teknologi Mara (UiTM); b. Malaysian Institute of Planners (MIP); dan c. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
8.0 PEMARKAHAN
8.1 Penilaian akan berdasarkan kepada Skema Pemarkahan seperti di Lampiran C.
8.2 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.
9.0 HADIAH PERTANDINGAN
9.1 Butiran hadiah adalah seperti berikut:
i. Tempat Pertama : Wang Tunai RM2,000.00, Piala dan Sijil Penyertaan
ii. Tempat Kedua : Wang Tunai RM1,000.00 dan Sijil Penyertaan
iii. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM750.00 dan Sijil Penyertaan
10.0 TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
10.1 Semua penyertaan perlu dikemukakan kepada pihak Urusetia selewat-lewatnya pada 22 JULAI 2013 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut AKAN DITOLAK.
10.2 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
En. Abu Bakar bin Mat ([email protected])
Tel : 03-26992169
Pn. Fauziah bt. Abd. Jalil ([email protected])
Tel : 03-26992168
Pn. Hasnida bt. Soaid ([email protected])
Tel : 03-26992180
Alamat : Urusetia Pertandingan Penyediaan Pelan Susunatur Pembangunan Bercampur Dominan Perumahan Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013 Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2698 9211 Faks : 03 – 2694 7824
LAMPIRAN A
PELAN KUNCI
LAMPIRAN A1
PELAN LOKASI
LAMPIRAN A2
GUNATANAH SEMASA DAN SEKITAR
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
BORANG PERTANDINGAN
PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR PEMBANGUNAN BERCAMPUR DOMINAN PERUMAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN 2013
BAHAGIAN A : MAKLUMAT JABATAN/BAHAGIAN/UNIT
Nama Jabatan / Bahagian / Unit : ………………………………………………………………..
Alamat Pejabat : ……………………………………………..………………………………
………………………………………………..……………………………
…………………………………………………..…………………………
No. Telefon : ……………………………………………………………………………..
No. Fax : ……………………………………………………………………………..
BAHAGIAN B: MAKLUMAT PESERTA (MAKSIMUM 4 ORANG BAGI PENYERTAAN
SECARA KUMPULAN)
Nama : …………………………………………………………………………….. Kad pengenalan : …………………………………………………………………………….. Jawatan : …………………………………………………………………………….. Nama : ……………………..……………………………………………………... Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….. Jawatan : …………………………………………………………………………….. Nama : …………………………..………………………………………………... Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….. Jawatan : …………………………………………………………………………….. Nama : ………………………..…………………………………………………... Kad Pengenalan : …………………………………………………………………………….. Jawatan : ……………………………………………………………………………..
Lampiran B
BAHAGIAN C : PENGESAHAN KETUA JABATAN
Tandatangan
: ………………………………………………………………..
Nama Penuh
: ………………………………………………………………..
Tarikh
: ………………………………………………………………..
Cop Rasmi Jabatan : ………………………………………………………………...
BAHAGIAN D: PENYERAHAN
Sila kemukakan borang ini bersama-sama dengan SATU (1) SALINAN PELAN DAN RINGKASAN PROJEK dalam bentuk HARDCOPY dan SOFTCOPY penyertaan (dalam bentuk CD atau email) selewat-lewatnya pada 22 JULAI 2013 (ISNIN), JAM 5.00 PETANG kepada:
Alamat : Urusetia Pertandingan Penyediaan Pelan Susunatur Pembangunan Bercampur Dominan Perumahan Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013 Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2698 9211 Faks : 03 – 2694 7824
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
PERTANDINGAN PENYEDIAAN PELAN SUSUNATUR
PEMBANGUNAN BERCAMPUR DOMINAN PERUMAHAN SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN 2013
SKEMA PEMARKAHAN
Aspek Yang Dinilai Markah
1. TEMA DAN KONSEP PEMBANGUNAN
i. Mempunyai tema ii. Konsep pembangunan
5 10
Jumlah Kecil 15
2. ANALISIS TAPAK
i. Memanfaatkan sumber-sumber atau potensi sedia ada. Contohnya, topografi dan ciri-ciri semulajadi tapak
ii. Mengambil kira halangan-halangan pembangunan
10
5
Jumlah Kecil 15
3. ASPEK-ASPEK KREATIVITI
i. Rekabentuk komponen pembangunan ii. Rekabentuk susunatur iii. Rekabentuk reruang
15 15 20
Jumlah Kecil 50
4. KEBOLEHLAKSANAAN
i. Berdaya laksana dari segi Gross Development Value ii. Penyesuaian dengan garis panduan perancangan
5 5
Jumlah Kecil 10
5. PERSEMBAHAN
i. Perkara baru yang dihasilkan ii. Penggunaan bahan persembahan sokongan iii. Persembahan yang jelas (kebolehan menjawab soalan dengan
baik dan yakin)
5 3 2
Jumlah Kecil 10
JUMLAH BESAR 100
Lampiran C
Tajuk Gambar :
Nama Penuh :
No.Kad Pengenalan : No. Tel :
Alamat :
Saya mengaku bahawa semua maklumat yang tercatat di atas adalah benar dan saya bersetuju mematuhi semua syarat yang ditetapkan
oleh pihak penganjur.
Tandatangan : Tarikh :
TEMA
Tema Pertandingan ini ialah ‘Kreativiti Dalam Perancangan
Bandar’.
Peserta adalah digalakkan untuk mengambil gambar apa jua
peristiwa/senario yang memberikan gambaran mengenai tema
pertandingan.
PENILAIAN
Jabatan akan melantik ahli Panel Penilai bebas bagi menentukan
gambar-gambar yang layak memenangi hadiah. Semua keputusan
panel penilai adalah muktamad dan setiap penyertaan yang tidak
mematuhi syarat tidak akan dinilai.
PEMARKAHAN
Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada:
i. Kejelasan Gambar - 35 Markah
ii. Komposisi Sudut - 30 Markah
iii. Pencahayaan - 15 Markah
iv. Kreativiti - 10 Markah
v. Tema - 10 Markah
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua penyertaan hendaklah dikirimkan ke alamat berikut dan
sampai sebelum atau pada 22 JULAI 2013 (Isnin) sebelum jam
5.00 petang..
Alamatkan penyertaan anda kepada:
Urusetia Pertandingan Fotografi Kreatif 2013,
Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013
Bahagian Korporat,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Semenanjung Malaysia
(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur
Tel : 03-26989211
Faks : 03-26947824
Tempat Pertama (RM1,000.00)
Tempat Ke-2 (RM750.00)
Tempat Ke-3 (RM500.00)
LAMPIRAN
6La
PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali
Ahli Jawatankuasa pertandingan
Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan
sahaja.
Foto yang diambil mestilah merupakan foto terkini, mempunyai
mesej dan elemen-elemen kreativiti.
Interpretasi para peserta adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar
daripada tema pertandingan.
Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau
analog.
Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah
ditanggung sendiri oleh peserta.
Foto yang dikemukakan mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh
peserta.
Suntingan seperti pengubahan brightness,cropping,softening dan
sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian
computer adalah DIBENARKAN termasuk teknik gambar yang
dimanupulasi adalah DIBENARKAN.
Jurufoto adalah pemegang hakcipta foto masing-masing.
Walaubagaimanapun, pihak penganjur (Jabatan Perancangan
Bandar) berhak menggunakan kesemua foto-foto yang
dipertandingkan untuk sebarang tujuan di atas sebarang media
tanpa perlu membuat sebarang notis atau bayaran kepada peserta.
JABAXAII PERAI,ICAI{GAI,| BANDAR DA}l DESASEM ENANJ UT{ G ]TIALAYS IAFEDERAL DEPARTfuIENT OF TOWN AND COUNTRY PLANNINGKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan TernpatanMinistry of Urban Wellbeing, Housing and Local GovemmentJalan Cenderasari50646 KUALA LUMPURMALAYSIA
Tel 643-2698 9211Faks (Fax): 603-2692 0590Lanan Web (Web): www.tovvnplan.gov.my
Ruj. Kami
Taikh
JPBD(rPX85t442lJld. 2-€ (,LS )
3o wtei 201.t2-a Rejab 1434H
(Seperti Edaran)
YBhg. Dato'/Tuan/P uan,
PELAWAAN MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKANSEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN BANDARDAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA (JPBD SM) TAHUN 2013- Tambahan Maklumat bagi Pertandingan Fotografi Kreatif
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat JPBD(IP)1851442 Jld.20 ( 8 ) bedarikh 16 Mei 2013 adalah berkaitan.
...3. Bersama-sama ini dipanjangkan tambahan maklumat bagi pertandinganfotografi kreatif untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan iaitu:
a) Gambar bersaiz 44 (300 mm x 210 mm I 8"x 12") ditampal atas'mounting board'benararna hitam atau kelabu dengan ruang sempadan30 mm bagi setiap penjuru.
b) Sila nyatakan nama penuh, alamat emel, no. telefon di belakang'mounting board'.c) Tajuk gambar dan penerangan mengenai gambar di letakkan di sudut
bawah 'mounting board'. (Sila rujuk Lampiran yang disertakan)
4. Semua penyertaan hendaklah mengemukakan borang yang telah dihantarsebelum ini atau dimuat turun laman web jabatan www.townplan.gov.mv danperlu dikemukakan kepada urusetia Bahagian,Korporat sebelum/pada 22 Julai2013jam 5.00 petang.
BERsAilA m Ewu J u DI(A-I p ERs FI(|TARAN l{l_AlSPAltTaGETIIER JVE aREATE A SU9TANAALE E |VIRONfuTENT
ms Fo giIl :2dC6 Rre. rc. aR gS
5- Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai perkara ini bolehberhubung dengan Urus Setia Sambutan Hari lnovasisepertiyang berikut:
En. Abu Bakar bin Mat(a bu baka r@town plan. gov.m v)
Pn. Hasnida bt. Soaid([email protected]. mv)
Pn. Sakon Din Chom(sakon@townpla n.gov. mv)
Tel :03-26992{69
Tel :03-26992180
Tel :03-26992131
" )
6. Kerjasama dan perhatian awal pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/puan datamperkara ini didahului dengan uc€lpan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
.. BERKHIDMAT UNTUK NEGA,RA''
'1 MALAYSIA: RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN Dt UTAMAKAN,'
Saya yang menurut perintah,
AR BtN MAT)Ketua Penolong PengarahBahagian Korporatb.p Ketua PengarahJabatan Perancangan Bandar dan DesaSemenanjung Malaysia
s.k Ketua PengarahJabatan Perancangan Bandar dan DesaSemenanjung Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah pembangunanJabatan Perancangan Bandar dan DesaSemenanjung Malaysia
Pengarah Bahagian KorporatJabatan Perancangan Bandar dan DesaSemenanjung Malaysia
LAMPIRAN
LANDSCAPE
Tajuk dan Penerangan Gambar (30 perkataan))
ATAUPOTRAIT
MOLINTINGBOARD
_)
Tajuk dan Penerangan Sambar (30 perkataan)
Nama Penuh : No. Tel Pejabat :
No.Kad Pengenalan : No. Tel Bimbit :
Alamat Pejabat :
Saya mengaku bahawa semua maklumat yang tercatat di atas adalah benar dan saya bersetuju mematuhi semua syarat yang ditetapkan
oleh pihak penganjur.
Tandatangan : Tarikh :
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Semua rekacipta hendaklah bersifat dinamik, inovatif, kreatif dan sesuai untuk digunakan sebagai identiti dan imej korporat sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan.
Semua ciptaan hendaklah asli. Rekacipta logo tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama;
Rekacipta logo hendaklah menggunakan tidak lebih daripada empat (4) warna. Logo hendaklah tetap legible apabila saiznya dibesar atau dikecilkan. Apabila dibuat salinan, identiti logo tidak boleh berubah;
Setiap rekacipta logo dan tema hendaklah disertakan dengan rasional, definisi atau penjelasan bagi setiap perkataan, simbol atau warna yang digunakan;
Rekacipta logo hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 dan juga di dalam softcopy;
PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua Bahagian/Pejabat
Projek/JPBD Negeri/Pegawai Kader JPBD SM dan Pegawai di Unit
Pusat Setempat (OSC).
Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
menggunakan borang Setiap penyertaan perlu dinyatakan nama,
nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon
dan emel yang boleh dihubungi;
Penyertaan adalah secara INDIVIDU atau BERKUMPULAN dan
bilangan penyertaan tidak dihadkan.
HAKMILIK
Setiap rekacipta yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak
akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik Jabatan. Pihak
Jabatan berhak menyimpan, mempamer dan menyalin semula
hasil rekacipta tanpa perlu memberitahu atau mendapatkan
keizinan daripada peserta.
PENILAIAN
Jabatan akan melantik ahli Panel Penilai bebas bagi menentukan
Rekacipta Logo dan Tema yang layak memenangi hadiah. Semua
keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD dan setiap
penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai.
PEMARKAHAN
Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada:
i. Keaslian - 10 Markah
ii. Pemilihan warna - 5 Markah
iii. Penerangan Mengenai Logo - 30 Markah
iv. Kesesuaian dengan Jabatan - 10 Markah
(Identiti dan imej korporat )
Gambar grafik yang berkesan-
Tema
v. Kreativiti - 45 Markah
Reka Bentuk
Kekemasan
Mudah difahami
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua penyertaan hendaklah dikirimkan ke alamat berikut
selewat-lewatnya sebelum atau pada 22 JULAI 2013 (ISNIN).
Alamatkan penyertaan anda kepada:
Urus setia Pertandingan Rekacipta Logo dan Tema Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2013 Bahagian Korporat, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur Tel : 03 – 2698 9211 Faks : 03 – 2694 7824
HADIAH PERTANDINGAN Pertama : RM1000 + Piala + Sijil Penghargaan Kedua : RM750 + Sijil Penghargaan Ketiga : RM500 + Sijil Penghargaan