Kerajaan Bani AbbasiyahPenubuhan Bani Abbasiyah Kerajaan Bani Umaiyah ditentang
hebat Orang Islam bukan berketurunan
Arab menganggap mereka didiskriminasikan
Akibatnya, golongan ini menyertai gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
Khalifah Bani Umaiyah mengabaikan tanggungjawab dan ajaran Islam
Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang golongan Syiah dan Khawarij
Fasa PertamaPemerintahan oleh
Khalifah(749 - 847 M.)
Abu Abbas al-Saffah(750 - 754 M.)
Abu Jaafar al-Mansur(754 - 775 M.)
Harun al-Rasyid(786 - 809 M.)
Abdullah al-Makmun(813 - 833 M.)
Kerajaan Bani Abbasiyah
Fasa KeduaPemerintahan oleh
Kerajaan Kecil(847 - 1194 M.)
Turki(847 - 946 M.)Bani Buwayh(946-1055M)Bani Saljuk
(1031 - 1157 M.)
Fasa KetigaPemerintahan oleh
Khalifah(1194 - 1258 M.)
١ Diambil sempena dengan nama bapa saudaraRasulullah s.a.w : Al-Abbas bin Abd Al-Muttalib
٢ Pada mulanya, bergerak sulit yang ditaja Ali bin Abdullah, namun pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, gerakan ini dikendali secara terbuka
٣ Memerintah lebih daripada lima kurun yang bermula pada tahun 132H (150M) hingga 650H (1258M)
٤ Gerakan ini diperkukuhkan dengan keanggotaan dua pahlawan besar iaitu Abu Salamah al-Khallal (Kufah) dan Abu Muslim al-Khurasani (Khurasan)
Pembentukan Bani Abbasiyah
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah
Kerajaan Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-9 Masihi, iaitu semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al- Rashid dan anaknya, al- Makmun.
Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui penulisan dan penterjemahan buku.
Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual.
BAITUL HIKMAH .. Merupakan sebuah institusi keilmuan yang ditubuhkan oleh Khalifah
Harun al- Rashid.
Institusi ini berkembang secara meluas dan mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al- Makmun.
Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat dan mencapai kemuncaknya.
Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik.
Penterjemahan bekerja secara berkumpulan di bawah kawalan seorang penyelaras.
Penterjemahan karya falsafah dan sains, khususnya daripada bahasa Yunani menjadi kegiatan utama.
Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan para ilmuwan dalam pelbagai bidang.
PENULISAN .. Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap.
Mencatat segala percakapan atau idea.
Mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku.
Mengarang
Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan.
Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya. Antara mereka termasuklah: Imam Malik – menyusun buku al- Muwatta’ Ibn Ishaq – menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Abu Hanifah – menyusun fikah dan pendapat ijtihad
PENTERJEMAHAN .. Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani, dan Yunani kepada
Bahasa Arab. Dua perkara penting berkaitan dengan penterjemahan:
Di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan
Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.
Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah.
P’KEMBANGAN KEILMUAN ISLAM
Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad dan Cordova memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan keilmuan di Eropah.
Perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan zaman pemulihan budaya atau Renaissance.
Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada generasi kemudian.
Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri.
Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.
Dibuat Oleh :