5/25/2018 NOTA EDU
1/32
EDU 3104 BAB 1: PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
1. Pelbagai dimensi
2. Serentak
3. Segera
4. Sukar diramal
5. Umum
Konsep pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian
akademik yang lebih tinggi
pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah
laku (Richard, 1990)
Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai
matlamat yang berikut:
menggalakkantingkah laku murid yang sesuai
membentuk suasana pembelajaran yang positif
menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
mengurangkan masalah disiplin
pengurusan rutin yang berkesan
murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah
daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia
memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam
menyelesaikan masalah yang telah berlaku.
5/25/2018 NOTA EDU
2/32
Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-
Perancanganyang rapi
Guru perlu mengelola dan mengawalpelaksanaan perancangan mereka
Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&pyang telah
dilaksanakan
pengetahuan tentang keperluan murid-murid
Keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan
kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)
Fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-
Memahami objektif pengajaran
Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian danminat murid
Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
Pengalaman kejayaan
Maklum balas yang tepat dan realistik
Pengurusan bilik darjah1. Merancang
2. Mengelola
3. Mengawal
4. Membuat refleksi
5. menjalinkan hubungan guru- murid
Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang
dapat:
Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
Membentuk suatu suasana
Agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha
melakukan yang terbaik
5/25/2018 NOTA EDU
3/32
Menggunakan masa p&p dengan efisien
Tiga aspek yang dilihat:
1. kualiti peribadi
2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
3. penghayatan dan amalan nilai
Guru yang efektif (mesra, peramah, penyayang, tenang, jenaka, kreatif, spontan,
fleksibel dll)
Guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya
usaha, tegar)
Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh : Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara
mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir danberhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan
kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh : Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara
murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh : Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang
mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan
perancangan dan matlamat tercapai.
5/25/2018 NOTA EDU
4/32
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum
balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada
masa seterusnya.Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan
membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan
menangani masalah tingkah laku murid.
Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk
memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang
diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat
dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan
bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya
guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya
komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang
terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui
latihan, praktis dan sebagainya.
5/25/2018 NOTA EDU
5/32
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan
perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan
teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan
bahan multi-media sebagai alat sokongan.
5/25/2018 NOTA EDU
6/32
EDU 3104 BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan
perhatian dalam pembelajaran
Persekitaran fizikal
susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
sumber bahan pembelajaran
ruang/sudutpembelajaran
ruang pada dinding
pencahayaan, pengudaraan dan perabot
kebersihan
Persekitaran psikososial
Suasana selesa dan mesra
bebas daripada ancaman bahaya fizikal
perasaan yang diterima
sensitif danpeka kepada perbezaan individu
suasana yang meransang pembelajaran
mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
menggalakkan pembelajaran koperatif
peluang yang sama untuk semua murid
Peraturan dan rutin bilik darjah
(ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam
bilik darjah)
ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
5/25/2018 NOTA EDU
7/32
peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di
dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan
bersama murid
hadkan bilangan peraturan
peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
selaras dengan peraturan sekolahdan tidak bercanggah dengannya
PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
a. Dua Proses
PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau
maklumat pencapaian pembelajaran individu.
PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada
pengukuran.
b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati
tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian
yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kalidalam masa yang berbeza.
c. Dua bentuk pentaksiran
formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan
murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh
pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran
murid. Murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika
mereka tahu akan dinilai.
5/25/2018 NOTA EDU
8/32
e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk
belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin
masalah tingkah laku.
Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
tarikh ujian dan peperiksaan
menggubal soalan ujian
tempoh masa setiap ujian
ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan
pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada
peringkat pengetahuan
bincang dengan guru mata pelajaran lain
murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan
Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
sediakan persekitaran selesa benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-
masing
murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan
untuk memberikan arahan atau peraturan
mencatat kehadiranmurid semasa ujian/peperiksaan
pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID
Ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk
membantu pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
maklumat ibu bapa/penjaga
tanggungan ibu bapa/penjaga
5/25/2018 NOTA EDU
9/32
maklumat murid
maklumat bantuan yang diterima murid
penyimpanan data peribadi murid
Kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
buku rekod guru kelas
buku laporan
buku kedatangan murid
5/25/2018 NOTA EDU
10/32
EDU 3104 BAB 3: HUBUNGAN GURU-MURID PENGENALAN
hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi
pembelajaran murid
hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi
yang berkesan antara kedua-dua belah pihak
MEMBINA HUBUNGAN GURU MURID
komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama
mencapai objektif p&p
guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran
yang dihadapi mereka
guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid
komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid
guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama
tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid
mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah
guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah
Kepentingan membina hubungan guru murid
a. Kepada guru
menaikkan motivasi dan semangat guru
murid lebih senang dikawal
memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru
menaikkan imej guru
b. Kepada murid
murid lebih minat belajar
murid lebih memberikan kerjasama kepada guru
meningkatkanpencapaian akademik murid
murid lebih bermotivasi untuk belajar
5/25/2018 NOTA EDU
11/32
Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru murid
penampilan dan bahasa badan guru
menunjukkan contoh teladan yang baik
persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah
Strategi membina hubungan positif guru murid
ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah
agihkan tanggungjawab bersama
tetapkan jangkaan yang realistic
tunjukkan keprihatinan
masukkan unsur kecindan dalam komunikasi
Amalan budaya penyayang
i. Hormat
ii. Autentik
iii. Keprihatinan integriti emosi
iv. Menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid
v. Strategi mengamalkan budaya penyayang
- menerapkan elemen mengambil berat
- membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah
- hormat menghormati
- guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam
kalangan pelajar
Dinamika bilik darjahDinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya
menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama, terbahagi
kepada :
Dinamika kumpulan - boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri
5/25/2018 NOTA EDU
12/32
Kajian sosiometri - membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam
bilik darjah
Penularan - ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan
mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain
Faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan
jantina
agama/bangsa
status sosioekonomi
Peranan guru dalam dinamika kumpulan
kenalpasti bentuk dinamika
perhatian kepada murid yang tersingkir
gunakan kuasa penularan
bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
guru sebagai ketua dinamika bilik darjah
5/25/2018 NOTA EDU
13/32
EDU 3104 BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH PENGENALAN
Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara
pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam
menguruskan bilik darjah dengan berkesan
KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk
mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini
MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER
Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaranuntuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positif-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah
laku murid yang diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala
Kebaikan dan kelemahan model ini
hasilpantas tetapi tidak kekal lama
5/25/2018 NOTA EDU
14/32
lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen
ganjaran
untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu
Model disiplin asertif Canter
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah.
hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak
guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu
untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).
beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.
Terdapat tiga jenis guru
guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak
bertolak ansur
guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten danmengelirukan.
guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan
berlaku adil kepada semua murid
Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkantentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan
5/25/2018 NOTA EDU
15/32
semak kefahaman murid
Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
Murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah
paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid
Model akibat logikal Dreikurs
menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab
kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah
murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan
disiplin bilik darjah.
murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan
disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalasdendam
mempamerkan kekurangan
5/25/2018 NOTA EDU
16/32
Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi
Model pengurusan kelompok Kounin
menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam
pengurusan bilik darjah
guru perlu mempunyai weightiness iaitu berupaya mengawal dan menyelia
lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru
melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru
terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akanlebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang
baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-
perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan
pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh
momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia
melibatkan diri dalam aktiviti p&p
momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran
dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
5/25/2018 NOTA EDU
17/32
berkesan
Model terapi realiti oleh William Glasser
a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
individu berasaskan pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas
mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat
daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam
bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi
keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu
individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedangdilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada
masa akan dating
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
- Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi
keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
5/25/2018 NOTA EDU
18/32
Kurikulum yang berkualiti
akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulumini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan
pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid
dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar
Kualiti pengajaran
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan
memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p menyediakan bahanbantu belajar yang berkesan
menunjukkankaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk gantikan dengan tabiat yang boleh
kekalkan hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah
atau mengancam murid apabila timbul masalah
pengetahuan
5/25/2018 NOTA EDU
19/32
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan
5/25/2018 NOTA EDU
20/32
EDU 3104 BAB 5: MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
BILIK DARJAH
JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN
Definisi disiplin
Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
Disiplin boleh dijelaskan sebagai
- latihan
- kepatuhan
- kawalan
Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan
mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
Sekolah di Malaysia memberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada
cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam
bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar
Jenis disiplin di dalam bilik darjah
arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
arahan rakan sebaya arahan tugasan
diri sendiri
Jenis-jenis masalah disiplin
melawan
memukul
mencuri
mengugut rakan/guru
kekemesan diri
ponteng kelas
5/25/2018 NOTA EDU
21/32
Masalah disiplin yang bersifat disruptif
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap semasa guru
mengajar, makan dan tidur di dalam kelas
keluardari bilik darjah tanpa kebenaran
lewat masuk kelas
tidak membawa buku latihan/teks
menunjukkan sikap biadap terhadap guru
membuli
melepak, berlari, menjerit di koridor
Masalah kekemasan diri
tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
kuku panjang
mewarnakan rambut
pelajar lelaki rambut panjang
TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
kurang memberikan perhatian
hiperaktif
pendiam
sensitive
apati (tidak kisah kepada arahan guru)
sikap melengahkan dan sambil lewa
gemarbercakap
menganggu rakan
membuli
berbohong
5/25/2018 NOTA EDU
22/32
menipu
menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
kurang sopan
mencuri
merosakkan harta benda
mudah marah dan agresif
SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU
BERMASALAH diri murid
guru
sekolah
latar belakang murid
Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah
merancang aktiviti yang menyeronokkan
gunakan pelbagai kaedah dan teknik
yakin
berminat danmengambil berat terhadap murid
rol model
adil
komunikasi yang jelas
5/25/2018 NOTA EDU
23/32
memberikan bimbingan dan maklum balas
tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah
5/25/2018 NOTA EDU
24/32
EDU 3104 BAB 6: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan
matlamat kepada murid
kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya
boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau
menukarkan rentak p&p
Kitaran pengurusan disiplin merancang
menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan
digunakan
melaksanakan dan mengurus
mengawasidan membuat refleksi
PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH
DISIPLIN BILIK DARJAH
a. Guru berperanan sebagai pembimbing
b. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut
boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
c. Cadangan untuk menangani disiplin:-
- tidak panik dan jangan bertindak melulu
- elakkan daripada mencabar murid
- semak semula cara pengajaran
- jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
- berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
- ikuti budaya disiplin sekolah
5/25/2018 NOTA EDU
25/32
HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
hubungan ibu bapa
pengaruh rakan sebaya
keadaan persekitaran bilik darjah
masalah perkembangan murid
salahlaku yang tidak dijangka
INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
PASTORAL CARE
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Pastoral care
Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga
kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang
luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah
laku dan sokongan emosi murid.
Bimbingan dan kaunseling
a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk
membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan
dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan
persekitaran.
b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu
murid memahami dirinya yang sebenar
c. Matlamat bimbingan dan kaunseling:- mengenal potensi murid
membina kemahiran pengurusan diri
kemahiran penyelesaian masalah
pengurusan tingkah laku
memajukan diri murid
5/25/2018 NOTA EDU
26/32
penilaian kendiri
d. Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
murid perlusukarela untuk dibimbing
murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
bimbingan adalah proses pencegahan
penggunaan kemahiran asas bimbingan
bantuan menyeluruh
bersikap terbuka
e. Etika bimbingan
menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
kerahsiaan murid
bertanggungjawab
f. Kemahiran bimbingan
memberikan perhatian
kemahiran mendengar dengan aktif
kemahiran berempati
Teknik modifikasi tingkah laku
a. Menggunakan prinsip peneguhan
tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan
diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan
b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
sistem kontrak tingkah laku
sistem token
5/25/2018 NOTA EDU
27/32
c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
tetapkan tingkah laku murid
beri kesedaran kepada murid
matlamat yang realistic
bincangkan akibat
bina sistem pengurusan kendiri
guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus
penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu
5/25/2018 NOTA EDU
28/32
EDU 3104 BAB 7: PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN MURID
BERPERLUAN KHAS
KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS
1. Terencat akal
2. Masalah kerosakan sesnsori
a. Masalah kecacatan fizikal
- cerebral palsy
- musculor dystrophy
- spina bifida
- sawan (epilepsy)
b. Masalah penglihatan
c. Masalah pendengaran
d. Masalah komunikasi
- masalah bahasa
- masalah pertuturan
3. Masalah pembelajaran
masalah membaca
masalah menulis
masalah mengira
masalah komunikasi
4. Disleksia
5. Diskalkulia
6. Disgrafia
7. Autistik (autism)
8. Lewat perkembangan
9. Hiperaktif (ADHD dan ADD)
5/25/2018 NOTA EDU
29/32
10. Pintar cerdas atau berbakat
11. Masalah emosi dan tingkah laku
Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:-
a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek
fizikal bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga
arahan yang berkesan
b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang berbeza
c. Keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid
d. Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistic
e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat
mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap
berbeza di dalam kelas
f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya
g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan
pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam
bilik darjah
h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebayai. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu
j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk Berjaya
k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru
lain serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk
membantu dan memenuhi keperluan murid tersebut.
Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan
guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam
kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian
serta respon kepada keperluan individu.
5/25/2018 NOTA EDU
30/32
EDU 3104 BAB 8: PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
BERKESAN CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan
personaliti. guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk
satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama
murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli
murid yang lemah
Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak,
gangguan bising oleh pemotong rumput dan sebagainya.
Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai
sudut
Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen
seperti fizikal, emosi dan social
Kerjasama
Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antaraguru dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya
Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar,
jangkaan prestasi, objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan
bilik darjah
Matlamat pengurusan bilik darjah
Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik
darjah yang positif, kondusif dan produktif
Tiga elemenyang peru dipertimbangkan:-
a. pengurusan masa
b. peluang pembelajaran
c. pengurusan kendiri
5/25/2018 NOTA EDU
31/32
Persekitaran bilik darjah yang positif
a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui
proses pembelajaran dengan baik.
b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
c. Rutin dan peraturan bilik darjah
rutin bilik darjah
peraturan
akibat
d. Perancangan ruang pembelajaran
perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang
terdapat di dalam bilik darjah
ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid,
ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran
Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
Galakkan penglibatan murid
Langkah pencegahan
- guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
- murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka- guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
Komunikasi berkesan
CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Suasana demokratik di dalam bilik darjah
Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai
kejayaan
Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat un tuk murid-
murid
5/25/2018 NOTA EDU
32/32
Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar
dan mendidik murid-murid
Pembelajaran berasaskan individu
Mempunyai semanagat kekitaan
Mengamalkan komunikasi yangberkesan di dalam bilik darjah
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat
perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan
persekitaran pembelajaran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya
pembelajaran yang berkesan berlaku
c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik murid supaya
bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang
kondusif
d. Tiga langkah dalam setiap perancangan
rancang
susun praktis
Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
komponen pengajaran
komponen pencegahan
komponen pembetulan
komponensokongan
komponen persekitaran fizikal
Recommended