KERTAS KERJA COFFEE AND CAKES CORNER
KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
NOVEMBER 2013 – JUN 2014
TEMPAT
SKYLIGHT IBU ZAIN, UKM
ANJURAN
EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Pentadbiran Kolej Ibu Zain dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk
mengadakan program Coffee and Cakes Corner yang akan diadakan selama satu
sesi pembelajaran (2 semester) bermula pada November 2013 sehingga Jun 2014
bertempat di Skylight Ibu Zain, UKM.
2.0 PENGENALAN
Coffee and Cakes Corner atau dahulunya lebih dikenali sebagai IZISH Corner
merupakan satu projek tahunan yang dilaksanakan oleh Eksekutif Keusahawanan
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain. Namun, Coffee and Cakes Corner membawa
sedikit kelainan di mana Coffee and Cakes Corner merupakan projek yang berbentuk
jualan makanan yang akan dijalankan setiap hari kecuali pada hari Isnin yang
berkonsepkan “kiosk terbuka” bagi menarik minat pengunjung yang hadir. Antara
menu yang dijual di Coffee and Cakes Corner ialah roti bun, kek, makanan segera,
minuman segera dan sebagainya. Selain itu, Coffee and Cakes Corner juga
menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan bagi memudahkan pelanggan
untuk membeli makanan tanpa perlu mengunjungi Coffee and Cakes Corner.
Tempahan makanan boleh dilakukan melalui laman sosial seperti facebook. Coffee
and Cakes Corner akan dilaksanakan oleh pelajar Kolej Ibu Zain sendiri.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyediakan platform
kepada para pelajar yang berminat untuk berlatih membuka perniagaan secara kecil-
kecilan mengembangkan bakat keusahawanan mereka dengan menyertai Coffee and
Cakes Corner. Coffee and Cakes Corner juga dapat menonjolkan bakat usahaniaga
yang ada pada diri mahasiswa/i agar dapat diasah sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi.
Kontrak Pembelajaran dalam diri mahasiswa/i UKM. Berikut adalah hasil
pembelajaran yang akan dapat dipenuhi:
- Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
- Kemahiran Komunikasi
- Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
- Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
- Kemahiran Kreatif dan Inovatif
3.0 MISI
Program ini diadakan dengan misi untuk menjadi salah satu platform kepada
mahasiswa/i yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di
kolej kediaman serta menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan kolej kediaman
sebagai tempat pembelajaran kedua. Di samping itu, Coffee and Cake Corner dapat
menerapkan nilai keusahawanan dalam diri mahasiswa/i terutamanya pelajar Kolej
Ibu Zain.
4.0 MATLAMAT
Memberi peluang kepada mahasiswa/i menjana pendapatan sendiri melalui
perniagaan secara kecil-kecilan dan menerapkan nilai keberanian dalam diri
mahasiswa/i dalam menghadapi risiko perniagaan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menonjolkan bakat usahaniaga yang ada pada diri mahasiswa/i agar dapat
diasah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
5.2 Mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i agar mereka saling mengenali
rakan dengan lebih dalam.
5.3 Memantapkan lagi keyakinan dan keberanian mahasiswa/i dalam menghadapi
risiko dalam dunia perniagaan sebenar.
5.4 Mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
pengurusan keusahawanan dan perniagaan.
5.5 Mendidik mahasiswa/i nilai tanggungjawab dan peranan dalam sesuatu
organisasi.
6.0 TEMA
Tema Coffee and Cakes Corner ialah “Sweet, Savory, Warm and Delicious”
7.0 ANJURAN
Eksekutif Keusahawanan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Coffee and Cakes Corner ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh: November 2013 – Jun 2014
Masa : mula jam 9 malam dan ditutup pada jam 12.30 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat cadangan bagi program Coffee and Cakes Corner akan diadakan di Skylight
Ibu Zain, UKM.
10.0 PUBLISITI
Kawasan liputan publisiti merangkumi notis dan banner yang kreatif dan
menarik segenap kawasan Kolej Ibu Zain. Kami juga menggunakan laman sosial
seperti facebook sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan Coffee and
Cakes Corner di samping menghebahkan kepada pelajar-pelajar dari kolej yang
lain secara individu.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah keseluruhan adalah seramai 10 urusetia termasuk Majlis tertinggi dan AJK
pelaksana. Para sasaran pelanggan pula dianggarkan 60 orang setiap kali Coffee
and Cakes Corner dijalankan mewakili Pentadbiran UKM, Pentadbiran Kolej dan
Majlis felo KIZ, pelajar KIZ dan juga pelajar daripada kolej-kolej yang lain.
13. 0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 Jualan Makanan:
Aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Coffee and Cakes Corner ialah jualan makanan di
mana menggunakan konsep “kiosk terbuka” bagi menarik pelanggan mengunjungi KIZ
Corner.
14.2 Persembahan:
Para pelajar yang berminat untuk membuat persembahan akan diberi peluang untuk
mengasah bakat mereka di mana Coffee and Cake Corner akan menyediakan pentas untuk
mereka membuat persembahan. Persembahan akan diadakan pada hujung minggu sahaja.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran B
16.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila
hubungi:
NUR FARHANA BINTI MUSTAFFA
Ketua Pengarah
Coffee and Cakes Corner
Plaza MEP, Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89215602 (pejabat kolej)
Faksimili : 03-89215600
No Telefon : 011-23354716
Mel-e : [email protected]
17.0 PENUTUP
Diharap pihak pentadbiran KIZ dan Jabatan Perhidmatan Pelajar (JPPel) dapat
mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan untuk program Coffee and
Cake Corner seterusnya memberi bantuan kewangan untuk menjayakan program ini.
Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya adalah untuk
melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kolej, dari puncak organisasi hingga
kepada warga kolej. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran
Kolej Ibu Zain (KIZ).
Disediakan oleh,
NUR FARHANA BINTI MUSTAFFA
Ketua Pengarah
Coffee and Cakes Corner
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
TENGKU MUHAMMAD ADIDDUDIN SHAH BIN TENGKU ARISTONSYAH
Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan Oleh,
ENCIK ANUAR AHMAD
Pengetua
Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
No Tel : 0126030881
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
COFFEE AND CAKES CORNER
Penaung YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi Ybhg. Prof. Ir. Dr Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras Tn. Hj. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat En. Anuar Ahmad
Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
En Nik Mohd Noor Faizul Md Saad Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Penyelia
Encik Muhamad Shaqiq bin Muhamad Sani Felo Kolej Ibu Zain
Felo Penasihat
Encik Muhamad Shaqiq bin Muhamad Sani Felo Kolej Ibu Zain
Ketua Pengarah Nur Farhana binti Mustaffa
A144143/FKAB/1 011-23354716
Timbalan Pengarah Siti Aisyah bt Azman
A146296/FTSM/1 017-6525637
Setiausaha
Nur Faizah bt Chumati A143225/FEP/1
017-6827551
Bendahari Nurul Fatin Atikah bt Fadzel
A143151/FEP/1 017-4551737
Penyelaras Publisiti : Siti Nur Adilah bt Ishak
A143396/FEP/1 Penyelaras Kebersihan : Siti Noor Adilah bt Abdullah
A143121/FEP/1 Ketua Chef :Nurhidayah bt Kamaruzaman A143319/FEP/1 Penyelaras Inventori :Iman Nadhirah Syahirah bt Sharin Selvan
A143244/FEP/1
Lampiran B
BELANJAWAN
A. Anggaran Pendapatan
BIL
PERKARA
KOS (RM)
1.
Sumbangan
JPPEL (Jabatan Perkhidmatan Pelajar)
Peruntukkan Kolej
Kutipan Yuran Ahli
RM 1000.00
RM 3000.00
RM 4500.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN
RM 8500.00
A. Anggaran Perbelanjaan
Keperluan Nilai Anggaran
Modal Perniagaan bagi Pembukaan Coffee
and Cake Corner
RM 2000.00
Asset Tambahan:
-Pengisar Air Batu (Ice Blender)
-Pembakar Roti (Toaster)
-Pemanas Air (Heater)
-Mesin Penggoreng (Fryer)
-Mesin Pembuat Wafer
-Rak pinggan
-Set pinggan mangkuk
-Ketuhar Cake (Display Cake)
-Peti Ais (khas untuk air batu)
RM 250.00
RM 150.00
RM 100.00
RM 400.00
RM 1000.00
RM 50.00
RM 250.00
RM 3000.00
RM 1000.00
Lain-lain RM 300.00
Jumlah RM 8500.00
Carta Gantt Anggaran Perolehan Perniagaan Coffee And Cakes Corner (Mingguan)
Minggu Perolehan Kasar (RM) Perolehan Bersih (RM)
0-150 151 -300 301-450 451-600 >600 0-100 101-200 201-300 301-400
1
2
3
4
5
6
7
8 MINGGU PERSEDIAAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
Jan 2014 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DAN CUTI SEMESTER
Feb 2014
9
10
11
12
April
(minggu 1)
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
13
14
15
16
17
18
19
20
Jun 2014 MINGGU PERSEDIAAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DAN PEPERIKSAAN
AKHIR SEMESTER