8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
1/23
PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
Dewasa ini program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat.
Kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program atau aktiviti luar.Kementerian Belia dan Sukan khususnya Bahagian Rakan Muda memperuntukkan belanjawan
yang besar untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembaraalam dan sebagainya (Masrina, 2000). Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) telah mengubah modul pembelajarannya yang sebelum ini dijalankan secara duaperingkat di kem dan di institusi pengajian tinggi. Perubahan pusat pembelajaran kepada kem
perkhemahan secara keseluruhannya menunjukkan terdapat nilai yang tinggi yang akan
diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak, dalam ucapannya menegaskan, ciri-ciri utama remaja yang mampu untuk membawanegara ini mencapai status negara maju ialah kekukuhan perpaduan, mempunyai perwatakan
yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai matlamat hidup yang besar (Hatta, 2005).
Walau bagaimanapun, pelbagai persoalan timbul tentang kesan dan faedah yang diperolehidaripada pendidikan luar. Pengakuan masyarakat terhadap pendidikan luar masih belum sama.
Bahkan banyak kajian yang dijalankan tidak menunjukkan perkembangan hasil yang signifikan(Leberman, 1989; Mackay, 1981; Paxton & McAvoy, 2000; petikan dari Shepard & Speelman,
1986; m.s. 5).
Pusat Perkembangan Kurikulum (1989; petikan dari Abu Bakar Sidek, 2004) telah menggariskanFalsafah Pendidikan Luar sebagai: Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang
kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang bolehmemperkayakanpengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi
mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arahkesepaduan nasional.
Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber luar
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
2/23
daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan (Knapp, 1990). Ianyaadalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai
aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam duniapendidikan ia disifatkan sebagai merentas kurikulum. Selain itu pendidikan luar juga merupakan
salah satu media yang membekalkan pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui
oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah semuajenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau kemahiran luaran danmembantu membuatkan kita lebih menghargai. Selain itu aktiviti pendidikan luar juga
menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alamsemulajadi (Brookes, 1994).
1.1 Pendidikan Luar di Malaysia
Di Malaysia pendidikan luar dijadikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan diri
dengan alam. Perkara ini terbukti apabila pendidikan luar mendapat tempat dalam ruangpendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, Maktab Perguruan Ilmu Khas mengadakan
pengkhususan pendidikan jasmani kepada guru-guru pelatih pada tahun 1960-an. Terdapat matapelajaran pendidikan luar yang diajar kepada pelatih di mana aktiviti perkhemahan termasuk
dalam sukatan pelajarannya (Abdul Alwi, 1992).
Seterusnya kegiatan pendidikan luar berkembang di kalangan pelatih maktab perguruan diseluruh Malaysia pada tahun-tahun berikutnya. Pada akhir tahun 1970-an, kursus pendidikan luar
telah mula diperkenalkan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), apabila Program PendidikanJasmani dan Kesihatan
di wujudkan di Fakulti Pengajian Pendidikan (Abdul Alwi, 1992).
Disekitar tahun 1970-an, pendidikan luar mula diaplikasikan di sekolah-sekolah melalui kegiatanpendidikan jasmani dan kegiatan ko-kurikulum. Namun begitu kegiatan ini kurang menyerlah
disebabkan kurangnya pengalaman dan pengetahuan di kalangan guru dalam mengendalikanperkhemahan yang
bermakna dan memberi menfaat kepada pelajar (Kamal, 1997).
Ekoran dari itu, pada 1990-an kesedaran tentang kepentingan pendidikanluar terus meningkat di kebanyakan universiti yang menjalankan Program Pendidikan Jasmani
atau Sains Sukan. Keadaan ini berkemungkinan bagi malahirkan guru yang mampu mendidikpelajar bukan sahaja dari aspek jasmani
tetapi aspek rohani.
1.2 Apa itu pendidikan luar ?
Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yangmerentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan samada di dalam atau di luar bilik kuliah (Ford,
1981). Ia merangkumi banyak subjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitarandan situasi hidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan
teknik pembelajaran secara hands-on, untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perludisokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami isi kandungannya dengan lebih
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
3/23
mudah. Maka ia merupakan suatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungielemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar (Kraft, 1985 petikan dari
Priest & Gass,1997; m.s. 17).
Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif akan menyumbang kepada pembinaan
penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat mental dan fizikal(Edginton,1998). Tokoh teori learning by doing John Dewey (1939, petikan dari Brown, 1998)menyatakan wujud keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan
pendidikan. Selain itu, pendidikan luar membantu memperkembangkan fizikal yang diingini,mental, sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).
1.3 Pendidikan Luar
Pada masa kini pelbagai penulisan menegaskan yang konsep pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara atau aktiviti
persekitaran (Ford, 1986). Pendidikan luar adalah proses yang berasaskan pada aktivitiberstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi
atau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonaldan interpersonal kumpulan (Priest, 1990; petikan dari Hammersley, 1992; m.s.
63).
1.4 Definisi Pendidikan LuarSecara umumnya terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Pendidikan luar bermaksud
pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum,menerusi pengalaman di luar (Smith, Carlson, Donaldson & Masters, 1972). Manakala Knapp
(1990), mendefinisikan pendidikan luar sebagai penggunaan sumber di luar kelas untukmencapai matlamat dan objektif pendidikan. Definisi lain menyatakan pendidikan luar adalah
proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan (Priest, 1986). Selain itu Gair (1997),mendefinisikan pendidikan luar sebagai meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran
terbuka samada di bandar atau di pedalaman.
Walau bagaimanapun definisi-definisi ini telah dikritik oleh pelbagai pihak. Ramai pengkajipercaya yang pendidikan luar tidak hanya tertumpu kepada alam semulajadi sahaja tetapi juga
kawasan yang tertutup (Smith, Carlson, Donaldson et al, 1972; petikan dari Md Amin, 2003; m.s.21).
Secara umumnya walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat dan
idea dalam mendefinisikan maksud sebenar pendidikan luar, ramai pengkaji bersetuju yangproses pembelajaran pendidikan luar berlaku dalam model pembelajaran berasaskan pengalaman
(Rajah I).
Rajah 1: Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984; petikan dari Priest &Gass,1997; m.s 145).
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
4/23
Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikanperkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran
yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144).Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan
bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk
mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbukaatau semulajadi.
1.5 Apakah matlamat Pendidikan Luar ?Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga pelbagai rupa. Priest dan Gass
(1997) menyeranaikan empat program untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairakikepentingannya.
Program bermatlamat untuk yang pertama rekreasi yang bertujuan untuk mengubah cara manusiamerasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan, keseronokkan dan bersuka ria. Yang ke dua
melalui penddidikan yang betujuan untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmatdimana matlamatnya ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan. Yang ketiga
pertumbuhan yang bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir danbertindak dan matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan
menghasilkan self esteem. Dan akhir sekali ialah melalui pemulihan dan mengubah panduanyang bertujuan mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang.
Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang menambah3 lagi program ke arah matlamat memupuk kemasyarakatan, perhubungandan kekeluargaan,
ekosistem, rohaniah.
Antara aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan dalam pendidikan luar ialah aktiviti perkhemahan,snorkeling, orienteering, kayak, ikhtiar hidup, absiling, keyakinan dan keselamatan air dan
sebagainya. Orienteering merupakan tajuk utama kajian kami bagi pendidikan luar kali ini makamari kita sama-sama mengupaskan tentang sejarah, aktiviti dan sebagainya mengenai
orienteering.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
5/23
2.0 ORIENTEERING
2.0 PENGENALANOrienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu
tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan
mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satutitik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah
ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara
sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt).Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan
ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untukmenentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul
kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antarapanduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat
pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara;pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat
perkampungan dan arah tiupan angin.
3.0 Sejarah dan perkembangan
3.1 Sejarah permulaanMula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918,
Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif,berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai Bapa Orienteering. Orienteering
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
6/23
mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagiErnst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam
melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yangmengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi
maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain
daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang ituperlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktivitiorienteering ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit,
cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspekkecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana
kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-likudan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum
menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebihmencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia
yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup(WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering
Championships (APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahunkeatas. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
3.2 Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr),Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan
Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan PersatuanOrienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering
Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabungdengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia
(MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu,Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw.
Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan OrienteeringAntarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
7/23
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event
4.1 Kebaikan sukan orienteering Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
5.0 TERMINOLOGI DAN ALATANDalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi
menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:
i. Titik kawalan (Control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga dititik ini.
ii. Penanda kawalan (Control marker)
Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang
diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
iii. Kad kawalan (Control card)
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagaibahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada
penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
8/23
iv. Peta utama (Master map) Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.v. Keterangan kawalan (Control description)
Keterangan asas sebagai panduan t itik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir
yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukantitik kawalan. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam bentuk
kod/gambarajah.
vi. Landasan (Course)
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yanglain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.- Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan
vii. Kompas (Compass)
Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
6.0 PENGETAHUAN ASASUntuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitandengannya, iaitu:
i. Teknik membaca petaii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling
6.1 Teknik Membaca PetaTopo6.1.1 Definisi
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
9/23
udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala,petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang
tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat
sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atassesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman,bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu
digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.
6.1.2 Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yangditerbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan
peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Petayang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah
mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit kerjaukur, kartografi, tarikh
cetakan, penaja dan sebagainya.
6.1.3 Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :- Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang - kontor & jalanraya Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru - kawasan berair
Rajah 1: Contours
Rajah 2: Peta Orienteering
6.1.4 Bentuk muka bumiGarisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi
keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :- Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
10/23
Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)
6.1.5 Maklumat Peta
Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti gambarajah
1 dibawah:
Gambarajah 3: Bingkai Peta
ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka
bumi dan kegunaan tanah.
Rajah 4: Maklumat gambar peta
Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah
penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama adaberbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan
garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya samaada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak
menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, konturjuga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini
berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka iamenggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah
dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit. Keadaan ini bolehditerangkan seperti di gambarajah 3.
6.1.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah.Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan
bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali
pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atastanah.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
11/23
6.1.7 Garisan GridSemua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis
melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran)mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah
00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan
dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat denganmenyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur(timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).
6.1.8 Utara petaDalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang
ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukanmeletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di
dalam peta tersebut.
6.1.9 Mengukur Jarak
Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skilkompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.
6.2 KompasKompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta
ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukanorienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau
di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnyayang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas
yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalahyang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.
6.2.1 Jenis kompasTerdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya
adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital.Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate
compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
6.2.2 Anatomi kompas orienteering
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
12/23
Gambarajah Kompas Silva
PETUNJUK1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan7. Kanta pembesar
8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)9. Anak panah
10. Dial11. Lubang untuk ikat tali
6.2.3 Mengukur, bearing di atas petaPengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas
peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.
a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta.Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu
daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panahmara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya
hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah
kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang samajarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.
6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah
Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata.
Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing.Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul
menghala kepada objek yang tuju.c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
13/23
kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehaladengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di
garisan indeks.
6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas
a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas petatersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid
timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anakpanah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.
6.3 Panduan Lazim
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang bolehdigunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan
penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:
a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang
hendak kita tuju.
b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angindengan berpandukan bulan pada waktu malam
c) BintangBintang bergerak arah ke barat
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian,jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita
menentukan semula arah.
Gambar rajah 7 : Cara Menunjukkan Peta
7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU
7.1 Perancangan PerjalananSebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan
perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatiandalam perancangan adalah seperti berikut:
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
14/23
a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui dihadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di
sepanjang perjalan sebagai rujukan.d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.
Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung. Adabaiknya mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam
dapat dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam keranaada air. Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang
sebelum ke kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.
e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapunpatut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.
Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke
tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengankeadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat
asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkanfikiran dan menyemak semula arah laluan.
7.2 Kaedah Pergerakan7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap.Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar
panggilannya.d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk
mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
15/23
melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang
memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalamsaku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas,
hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.
7.2.2 Bergerak waktu malamBerjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana
penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudahkehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu
pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran danhiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.
7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunungDi kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut
permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempohjeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan
lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasamenuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut
arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yangcuram, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.
7.2.4 Bergerak di dalam hutanBerjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk
memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberaparapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang
boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang danAsam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.
7.2.5 Menyeberengi sungaiPanduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cubaelakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan
berbatu-batu.d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan
otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepassampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
16/23
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklahmembelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita
menyeberang.
7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa PerjalananDalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain.Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut
bolehlah digunakan.
7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuantanah lapang .4 - 5 kmj
mendaki .2 -2.5 kmjmeredah hutan rata.. 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng 1 - 1.5 kmjmeredah lalang tebal 0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal 0.1 - 0.3 kmjmeredah hutan pava dalam 0.1 - 0.2 kmj
Gambarajah 9 : Menggunakan tongkat mengukur kedalaman dan kelajuan air.
8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak
sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan iniLangkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapatmemastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, makagunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk
mengambil bearing ke arahnya.e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai
dan berjumpa perkampungan.
8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalanLangkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
17/23
jalan.a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumiyang ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri
muka bumi yang ditemuid) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera.Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah
diteruskan.
9.0 PERSEDIAAN SUKAN
9.1 Persediaan PesertaMaklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa pengambilan
borang permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan jarak perjalanan, keperluanmakanan dan minuman serta keperluan yang patut dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.
9.2 Pemilihan PesertaPeserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun
hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang bolehmembaca peta dan menggunakan kompas.
9.3 Peralatana. Kad perlumbaan
Kad ini merupakan kad yang "standard" digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ketitik-titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama, alamat/
institusi, nombor permulaan, kelas, waktu permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkanpertandingan dan tempat penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang
mengikut perlumbaan.
b. Kertas RekodKertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta,
nombor permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya dipegang dan disimpanoleh pihak penganjur di tempat perlumbaan.
c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan tambahan mestidimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan
disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor.
d. Kertas Penerangan
Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui olehsetiap peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
18/23
e. Jam RandikSekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan
penamat.
f. Kompas
Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi
g. Sepanduk
Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
h. Penanda KawalanPenandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.
i. Papan Hitam/PutihDiperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan
umum.
j. Keperluan Lain
Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dankeseronokan untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan lain-lain.
9.4 Kemahiran asasKemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca peta dan
menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan berkesan dalamperlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran asas tersebut maka pihak penganjur
perlu memberi penerangan terlebih dahulu supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarangkejadian yang tidak dingini berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung.
Gambar rajah: Kad Perlumbaan
10.0 PENGENDALIAN SUKAN
10.1 Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan
i. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. Sediakanpegawai di tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta mematuhi
peraturanii. Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
19/23
iii. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi penerangan mengenaisyarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.
iv. Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00 danpeserta berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.
10.2 Taklimat PesertaTaklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula. Taklimat ini
diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta berhimpun. Semasa taklimat inisegala maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan
perlumbaan dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semuapeserta. Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah
diberi kepada peserta.
10.3 Pengadilan
Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman
dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan danisikan waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang
dilalui peserta tersebut. Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal.Sebaliknya jika semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk
menghabiskan perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu.Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya
berbanding dengan peserta lain. Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaandalam jangkamasa yang pendek.
10.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR
Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segalamaklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang
lapang dan jauh dari tempat permulaan.
Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari kawasanberhimpun ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini peserta akan diberi
semua keperluan yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta, kompas dan kertas penerangan.Tempat penamat sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan permulaan. Di slnl juga merupakan
tempat semua pegawai penjaga waktu, rekod dan pengadil berkumpul.
11.0 PERTOLONGAN CEMAS
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
20/23
Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan
kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Petipertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat
cedera ringan.
Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran pertolongancemas amat digalkkan.
12.0 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING
12.1 Aktiviti 1: Pandu Arah dan OrienteeringAktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan pemerhatian
alam semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadapalam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan
yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental danfizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta
komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.
Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan merekakepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan
cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepadamereka.
OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.
PERALATAN Kompas
Kad kompas dan soalan Peta kawasan
Wisel
CARA PERLAKSANAAN1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan
melantik seorang ketua.
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kadkompas terdapat beberapa check pointyang perlu dicari. Setiap check point pelajar
dikehendaki membuat pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang telahdisediakan.
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
21/23
3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada
dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akarbanir dan fungsinya.
4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompasuntuk mencari arah.
5. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .
6. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
7. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalandengan betul akan dikira pemenang.
Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai
atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua check point dan soalanyang akan diberikan).
Check Point 1
Bearing : 156
Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasaTempat orang berehat
Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi
daun kepada tumbuhan.
12.2 Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan environmentalhunt. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan
satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti iniadalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
22/23
individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagisesiapa yang terlibat.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga
mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yangperlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan
alam sekitar kepada mereka.
OBJEKTIF Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.
Peralatan
Kompas Suunto Kad kompas dan soalan
Peta kawasan Wisel
CARA PERLAKSANAAN
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akanmelantik seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kadkompas terdapat beberapa check point yang perlu dicari. Setiap check point akan dipandu
dengan bearing serta clue. Di setiap check point juga ada disediakan soalan-soalan untukdijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompasuntuk mencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan
dengan betul akan dikira pemenang.
Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denaiatau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua check point dan soalan
yang akan diberikan).Check Point 2
Bearing : 156Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat
8/6/2019 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
23/23
Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakahkepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.
Posted by mohd nor izwan sulaiman at 12:21 AMLabels: PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR
2 comments:
mrs. fakirsaid...
assalamualaikumpengalaman menyertai pendidikan luar semasa di kampus; kajian di tapak lapangan
antaranya di kompleks Gelanggi adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan
October 13, 2009 8:52 PM
maz_aira said...
gud information...apa beza antara pendidikan luar n sukan/rekreasi?