7/29/2019 PENGENALAN untuk esaimen mte3112.docx
1/1
PENGENALAN
Setiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima
pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh
guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan rasmi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam sukatan yang ditetapkan oleh setiap
mata pelajaran perlu diajar dalam tahun berkaitan.
Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah
disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik. Pada
amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang sistem pendidikan yang
bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya memang bersesuaian dengan
kebolehan majoriti murid dalam sistem persekolahan umum.
Namun terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem pendidikan
seperti yang dijelaskan. Golongan murid ini merupakan murid berkeperluan khas kerana
mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi halangan kepada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh guru melalui proses pengajaran dan
pembelajaran seperti yang biasa diamalkan dalam sistem pendidikan aliran perdana.
Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu
disediakan untuk membantu mereka. Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah
berbeza dan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran
perdana. Pendidikan yang disediakan untuk golongan berkeperluan khas tersebut dikenali
sebagai pendidikan khas.
Murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi
kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan keupayaan emosi. Murid
dengan keperluan khas perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk menentukan sama ada
mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke sekolah biasa.
Recommended