Transcript
Page 1: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

PENILAIAN KURSUS

KPF3012PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

0

Semester 2 Sesi 2015/2916ZAINI ABDULLAH (Penyelaras Kursus)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

FALSAFAHDASAR

ETIKA

AKTA

KEGURUAN

PELAN

Page 2: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2

2.0 Hasil Pembelajaran Kursus 2

3.0 Penilaian Kursus 2

4.0 Penilaian Kerja Kursus: 3

4.1 Esei Ilmiah

4.2 Pembentangan

4.3 E-Forum4.4 Pembelajaran Aktif

5.0 Penilaian Peperiksaan Akhir (Jadual Spesifikasi Ujian) 6

6.0 Rubrik/Skala Pemarkahan Kerja Kursus 7

6.1 Skala pemarkahan laporan esei ilmiah

6.2 Skala pemarkahan pembentangan

6.3 Skala pemarkahan e-forum6.4 Skala pemarkahan pembelajaran aktif

7.0 Peringatan 9

LAMPIRAN

Lampiran 1: Cover tugasan esei 10

Lampiran 2: Senarai tajuk esei & nama pelajar 11

1

Page 3: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

1.0 Pengenalan

Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan dasar perundangan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meneroka dan membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan amalan yang sepatutnya berlaku secara berterusan dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam profesion keguruan.

2.0 Hasil Pembelajaran Kursus

i. Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah dan dasar perundangan pendidikan. (C4).

ii. Menghubungkait pembentukan falsafah pendidikan, kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi sukatan pelajaran (C5, KK1).

iii. Membahaskan isu-isu yang terdapat dalam falsafah dan dasar perundangan pendidikan. (C6, A3).

iv. Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Keguruan. (C3, EM2).

3.0 Penilaian Kursus

Kerja Kursus Individu Pemberatan(Peratus)Perincian LO %

Esei Ilmiah 3 & 4 15

60%Pembentangan 3 & 4 15E-Forum 2 & 3 15Pembelajran Aktif 2 & 3 15Peperiksaan Akhir (Objektif) 1 40 40%

Jumlah 100%

2

Page 4: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

4.0 Penilaian Kerja Kursus

Sila baca SEMUA maklumat di bawah supaya anda mendapat kefahaman sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus.

Tugasan Arahan Tarikh Akhir

%

4.1. Esei Ilmiah

TAJUK: Sila rujuk Lampiran 2. Jawab SATU (1) dari soalan-soalan yang dikemukakan oleh pensyarah anda.ARAHAN:i. Pelajar diminta mengenal pasti seterusnya menganalisis

SATU (1) soalan yang dikemukakan. Pelajar perlu menyediakan esei ilmiah daripada analisis berkaitan soalan tersebut.

ii. Panduan Menulis Esei Ilmiah. Penulisan mestilah mematuhi format berikut: Format APA Font: Times New Roman. Saiz font: 12 Spacing: Atas = 0; Bawah = 0; line spacing = 1.5 Margins: Atas 1” (inci) ATAU 2.5 cm; Bawah 1" (inci)

ATAU 2.5 cm; Kanan 1” (inci) ATAU 2.5 cmKiri 1.5” (inci) ATAU 3.0 cm

Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya: 5 buah buku; 2 artikel dari jurnal bercetak dan 3 Sumber internet yang berwibawa.

Panjang laporan: 12 – 15 halaman.

iii. Format esei: Sila gunakan cover yang diberi. (Rujuk Lampiran 1). Tuliskan isi kadungan dan muka surat. Isi disusun mengikut sub topik.

iv. Esei yang lengkap MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru2 di ruangan Assignment. mengikut tarikh yang ditetapkan.

Minggu 817.04.2016

15%

3

KANDUNGAN Halaman

Abstrak1.0 Pengenalan2.0 Sorotan Penulisan: Latar Belakang

Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

3.0 Pernyataan Masalah4.0 Objektif 4.0 Metodologi5.0 Dapatan dan Perbincangan6.0 Penutup7.0 Bibliografi7.0 Lampiran (Jika ada)

Page 5: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

4.2 Pembentangan

Berdasarkan tajuk tugasan dalam esei ilmiah yang telah dilaksanakan, pelajar perlu membuat pembentangan dalam tempoh 10 minit. Pembentangan hendaklah dirakam secara video. Rakaman tersebut mestilah dimuat naik di tapak dalam Portal MyGuru2 di ruangan Assignment. Slaid 1: Pengenalan diri.Slaid 2: Tajuk pembentanganSlaid 3: Objektif pembentanganSlaid 4: Susunan isi kandungan Slaid 5: Pembentangan isi

Minggu 1030.04.2016

15%

4.3 E-Forum

i. Pensyarah kumpulan akan memuat naik 5 topik/soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).

ii. Pelajar MESTI menjawab semua soalan dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 250 perkataan) bagi setiap jawapan. Markah diperuntukkan ialah 2 markah.

iii. Pelajar juga perlu membuat komentar/kritikan terhadap sekurang-kurangnya SATU (1) jawapan yang dikemukakan oleh rakan bagi setiap topik/soalan yang dikemukakan (lebih kurang 150 perkataan). Markah yang diperuntukkan ialah 1 markah

iv. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

v. Contoh topik/soalan E-Forum adalah seperti berikut:a) Forum 1: Pendidikan dan pembangunan. Apakah

hubungkaitannya.

b) Forum 2: Sejauhmanakah dasar pendidikan menjadi penentu kepada pencapaian murid. Bincangkan.

c) Forum 3: Ke arah memartabatkan profesion keguruan di Malaysia. Bincangkan.

d) Forum 4: Tranformasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara bertaraf dunia. Hujahkan.

e) Forum 5: Guru beretika, murid bertatasusila. Bincangkan.

Minggu 3(12.03.2016)

Minggu 5(26.03.2016)

Minggu 7(9.04.2016)

Minggu 9(23.04.2016)

Minggu 10(30.04.2016)

3%

3%

3%

3%

3%

4.4 Pembelajaran

Aktif

i. Pensyarah kumpulan akan memuat naik bahan untuk aktiviti pembelajaran pada setiap minggu sebelum kelas bermula mengikut tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rancangan Instruksional..

ii. Pelajar perlu mencari maklumat dan melengkapkan tugasan yang diarahkan. Satu salinan perlu dihantar kepada pensyarah melalui tapak Assignment/ hardcopy.

iii. Setiap pelajar dimestikan terlibat secara aktif dalam perbincangan kelas bagi setiap tajuk.

Dari minggu 1 - 12

15%

4

Page 6: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

v. Markah hanya diperuntukkan kepada pelajar yang hadir ke kuliah dan membuat penyerahan tugasan mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

JUMLAH 60%

PERHATIAN Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan

pensyarah kumpulan kuliah masing-masing. Sila patuhi tarikh penghantaran tugasan yang diberikan.

5.0 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

TAJUK SKALA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BilTahu Faham Aplikasi Analisis Sintesis Nilai

1. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Fungsi pendidikan ke arah pembangunan

1(1)

1(6)

1(14)

3

2. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:Hala tuju perkembangan pendidikan

1(7)

1(15)

1(23)

3

3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian Dan Penghayatan. Asas falsafah (Barat & Islam)

1(2)

1(8)

1(24)

3

4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian Dan Penghayatan. Proses, matlamat dan elemen-elemen FPK

1(9)

1(16)

1(33)

3

5 Falsafah Pendidikan Guru (FPG) & Profesionalisme Keguruan

1(3)

1(17)

1(25)

3

6 Dasar-Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia.

1(10)

1(26)

1(38)

3

7 Perancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia

1(11)

1(27)

1(34)

1(39)

4

8 Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah FPK

1(4)

1(18)

1(28)

3

9 Reka Bentuk Kurikulum Di Malaysia 1(12)

1(29)

1(35)

3

10 Penterjemahan Dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan.

1(19)

1(30)

1(36)

3

11 Kod Etika Perguruan Dan Peraturan Pendidikan Di Malaysia.

1(5)

1(20)

1(31)

3

12 Akta Pendidikan 1996 Asas pembentukan Akta Pelajaran

1(13)

1(21)

1(32)

3

13 Akta Pendidikan 1996 Implikasi Akta Pendidikan

1(22)

1(37)

1(40)

3

JUMLAH 5 8 9 10 5 3 40

6.0 RUBRIK & SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

5

Page 7: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

80 - 100%|------------|

ACemerlang

75 - 79%|------------|

A-Sangat Baik

70 - 74%|------------|

B+Baik

65 - 69%|------------|

BBaik

60 - 65%|------------|

B-Baik

55 - 59% |------------|

C+Sederhana

50 - 54% |------------|

CSederhana

49% and below|------------|C- FLemah

6.1 Skala Pemarkahan Esei Ilmiah (15%)

Gred Kriteria Laporan Esei Ilmiah

A(12.0 15.0)

Menepati format penulisan laporan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

A-(11.25 – 11.99)

Menepati format penulisan laporan, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

B+(10.50 – 11.24)

Menepati format penulisan laporan, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

B(9.75 – 10-49)

Menepati format penulisan laporan, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

B-(9.00 – 9.74)

Menepati format penulisan laporan, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

C+(8.25 – 8.99)

Ada penulisan laporan, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).

C(7.50 – 8.24)

Ada penulisan laporan, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

C-(6.75 – 7.49)

Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

D/E(6.74 dan ke

bawah)

Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

6.2 Skala Pemarkahan Pembentangan (15%)

6

Page 8: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

Gred Kriteria Pembentangan

A(12.0 15.0)

Tahap perbahasan ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

A-(11.25 – 11.99)

Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

B+(10.50 – 11.24)

Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

B(9.75 – 10-49)

Tahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

B-(9.00 – 9.74)

Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

C+(8.25 – 8.99)

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

C(7.50 – 8.24)

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

C-(6.75 – 7.49)

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

D/E(6.74 dan ke

bawah)

Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan, serahan melewati tarikh akhir.

6.3. Skala Pemarkahan E-Forum (15%)

Gred Kriteria E-Forum

A(12.0 15.0)

Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan cemerlang, penyampaian yang cemerlang, bahan yang kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.

A-(11.25 – 11.99)

Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan tinggi, penyampaian yang baik, bahan yang menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.

B+(10.50 – 11.24)

Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, bahan yang menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala.

B(9.75 – 10-49)

Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, bahan yang menarik, idea yang bernas, ada komunikasi.

B-(9.00 – 9.74)

Tahap perbahasan ilmiah, ada keyakinan diri, penyampaian yang baik, bahan yang menarik, ada idea yang kemas, ada komunikasi.

C+(8.25 – 8.99)

Ada perbahasan, ada keyakinan diri, penyampaian yang sederhana, ada menggunakan bahan, ada idea sendiri, ada komunikasi.

C(7.50 – 8.24)

Ada perbahasan, ada keyakinan, penyampaian sederhana, bahan yang digunakan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas, ada komunikasi tetapi lemah.

C-(6.75 – 7.49)

Kurang perbahasan, tidak ada keyakinan, penyampaian yang tidak berkesan, penggunaan bahan yang kurang bersesuaian, idea yang tidak jelas, tiada komunikasi.

D/E(6.74 dan ke

bawah)

Tiada perbahasan, tiada forum, melewati tarikh akhir.

6.3 Skala Pemarkahan Pembelajaran Aktif (15%)

7

Page 9: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

Gred Penglibatan Pembelajaran Aktif

A(12.0 15.0)

Tahap perbincangan yang cemerlang, berkeyakinan cemerlang, penyampaian yang cemerlang, idea dan isi yang bernas, ada hujah & bukti yang baik.

A-(11.25 – 11.99)

Tahap perbincangan yang baik, berkeyakinan tinggi, penyampaian yang baik, idea dan isi yang bernas, ada hujah & bukti yang baik.

B+(10.50 – 11.24)

Tahap perbincangan yang baik, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, idea dan isi disampaikan dengan baik, ada hujah dan bukti yang kukuh.

B(9.75 – 10-49)

Tahap perbincangan yang baik, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, ada idea yang menarik, ada hujah yang menarik.

B-(9.00 – 9.74)

Tahap perbincangan yang baik, berkeyakinan untuk penyampaian idea, ada hujah untuk menyokong idea.

C+(8.25 – 8.99)

Ada perbincangan yang sederhana, berkemampuan penyampaian idea, berkebolehan untuk berhujah.

C(7.50 – 8.24)

Menunjukkan keupayaan untuk berbincang, ada keyakinan diri untuk mengemukakan idea, mampu berhujah.

C-(6.75 – 7.49)

Kurang aktif melibatkan diri dala perbincangan, kurang yakin, kurang mampu memberi idea

D/E(6.74 dan ke

bawah)

Tiada aktif, tiada perbincangan, tiada penglibatan

7 PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

v. Kegagalan menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

vi. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

vii. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan masing-masing.

8

Page 10: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

SEMESTER 2 SESI 2015/2016

KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

KUMPULAN KULIAH: _________

PENSYARAH : _____________________________________________________

Tarikh Serah : ____________________________________

9

LAMPIRAN 1

Page 11: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

SENARAI TAJUK ESEI & NAMA PELAJARGROUP: ______________

Unit Tajuk Soalan Esei Nama No. Matrik1. Pengenalan

kepada pendidikan, falsafah, dasar dan pembangunan

a) Pengertian dan hubungkait di antara falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan.

b) Pengaruh dan fungsi falsafah terhadap perkembangan pendidikan.

c) Pengaruh pendidikan terhadap pembangunan insan dan negara.

d) Pengaruh pembangunan terhadap perkembangan pendidikan

2. Hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia

a) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Tanah Melayu ketika era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat.

b) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah ketika era penjajahan terhadap pembangunan insan & negara.

c) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia ketika era pasca merdeka terhadap pembangunan insan dan negara.

d) Analisis hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 terhadap pembangunan insan dan negara.

3. Asas falsafah dalam pembentukanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

a) Pengertian cabang falsafah dan mempengaruhinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

b) Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

c) Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

d) Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai falsafah eklektik: Kriteria dan manfaat.

0

LAMPIRAN 2

Page 12: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan huraiannya

a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Analisis konteks Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia.

b) Merealisasikan bentuk dan proses pendidikan saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi amalan pengajaran dan pembelajaran.

c) Keberhasilan pendidikan yang bersifat intrinsik dan ekstrinsik dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

d) Peranan guru ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5. Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan

a) Hubungkait antara Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah kecemerlangan pendidikan.

b) Falsafah Pendidikan Guru sebagai teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru.

c) Kriteria kerjaya guru sebagai profesional dalam perkhidmatan awam.

d) Analisis komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia.

6. Dasar-dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia

a) Pengertian dasar dan dasar pendidikan serta kepentingannya terhadap sistem pendidikan negara.

b) Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

c) Merujuk kepada mana-mana satu (1) dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia. Bincangkan latar belakang pembentukan, pelaksanaan dan pencapaiannya.

d) Faktor-faktor mempengaruhi kejayaan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia.

1

11

Page 13: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

7. Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia

a) Analisis kejayaan pelaksanaan rancangan pembangunan pendidikan di Malaysia beradasarkan Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia Ke Sebelas.

b) Rumusan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ke arah memajukan pendidikan negara.

c) Perancangan pembangunan pendidikan dan transformasi pendidikan secara holistik di Malaysia.

d) Kaedah terbaik mengatasi cabaran dalam pendidikan untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020.

8. Kurikulum sebagai wahana menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan

a) Konsep kurikulum dan perubahan pengertian kurikulum mengikut kronologi masa.

b) Pengertian kurikulum kebangsaan dan perbandingan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah berdasarkan sistem pendidikan di Malaysia.

c) Peranan KSSR dan KSSM sebagai kurikulum kebangsaan ke arah merealisasikan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)?

d) Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan kurikulum kebangsaan.

9. Reka bentuk kurikulum di Malaysia

a) Pengertian reka bentuk kurikulum, pola kurikulum dan orientasi kurikulum kebangsaan Malaysia.

b) Analisis prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum Malaysia dari dimensi vertikal (urutan & kesinambungan) dan dimensi horizontal (integrasi, imbangan dan skop).

c) Analisisi ciri-ciri reka bentuk kurikulum berasas pengalaman

2

12

Page 14: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

pembelajaran yang lengkap berdasarkan Model Kurikulum Tyler.

d) Faktor-faktor mempengaruhi reka bentuk kurikulum di Malaysia yang bersifat dinamik.

10. Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan.

a) Analisis hubungankait di antara matlamat pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum kebangsaan dan pengajaran dan pembelajaran.

b) Perbandingan domain objektif kognitif, domain objektif afektif dan domain objektif psikomotor dalam penetapan objektif kurikulum & pengajaran.

c) Merujuk mata pelajaran/program peringkat sekolah, bina satu Rancangan Pengajaran Harian/aktiviti program bagi mana-mana topik yang terkandung di dalamnya.

d) Pengertian refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan dan kepentingannnya dalam pendidikan.

11. Kod etika profesionalisme keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia.

a) Perbandingan pengertian kod etika, prinsip etika dan nilai etika kerja yang dilaksanakan dalam perkhidmatan keguruan di Malaysia.

b) Pengertian profesional dan amalan Kod Etika Profesionalisme Keguruan di Malaysia.

c) Perbandingan peraturan pendidikan dan undang-undang pendidikan di Malaysia.

d) Analisis tujuan & fungsi peraturan-peraturan pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia.

12. Akta pendidikan

a) Pengertian dan Akta Pendidikan dan latar belakang pembentukan Akta Pendidikan 1996.

3

13

Page 15: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

1996: pembentukan & kandungan

b) Analisis kandungan Akta Pendidikan 1996.

c) Kepentingan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia pada abad ke-21.

d) Perbandingan kandungan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996

13. Akta pendidikan 1996: fungsi & implikasi

a) Analisis keberkesanan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan Malaysia.

b) Fungsi Akta Pendidikan 1996 terhadap pembangunan pendidikan Malaysia bertaraf dunia.

c) Implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pen-didikan di Malaysia.

d) Cabaran-cabaran utama dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dan langkah berkesan untuk mengatasinya.

14. Isu-isu dalam falsafah dan Dasar perundangan pendidikan

a) Terdapat pelbagai isu dan cabaran pendidikan yang perlu dihadapi untuk menjayakan Wawasan 2020. Jelaskan pengertian isu pendidikan dan bagaimanakah isu-isu pendidikan tersebut berbangkit dalam pendidikan di Malaysia.

b) Dengan merujuk kepada satu (1) isu pendidikan terkini, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculannya.

c) Bincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menghadapi isu-isu pendidikan.

d) Bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh mengambil langkah-langkah yang positif bagi menangani cabaran-

4

14

Page 16: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

cabaran ke arah menjadikan pendidikan maju dan gemilang

5

15

Page 17: Penilaian Kursus KPF3012 SEM 2 201516

0


Recommended