1.0. NOTA GRAFIK
KATEGORI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
1
Masalah Pembela
jaran
Sindrom
Down Autisme
ringan
Lembam
Hiperaktif
ADHD
Disleksia
Terencat Akal Minima
SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN
2
KECEDERAAN OTAKSEBELUM KELAHIRAN BAYISEMASA KELAHIRAN BAYISELEPAS KELAHIRAN BAYI
GENETIKKANAK-KANAK MEWARISI MASALAH PEMBELAJARAN
KETIDAKSEIMBANGAN BIOKIMIA
BUKTI TENTANG KESAN KETIDAKSEIMBANGAN TIDAK KUKUH DAN KONSISTEN
PERSEKITARANKEMISKINAN DAN KEKURANGAN PERSEKITARAN BOLEH MENYEBABKAN MASALAH PEMBELAJARAN
INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT SOKONGAN KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
3
PERKEMBANGAN TEORI KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN
4
PENEMPATANBILIK DARJAH BIASAGURU PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI PENASIHATBILIK SUMBERBILIK DARJAH BERASINGAN
PENGAJARANPENGAJARAN SECARA LANGSUNGMEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN ISI KANDUNGANSTRATEGI PENGAJARAN
5
Peringkat-Peringkat Perkembangan Kanak-
Kanak
Peringkat ini adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio emosi (Santrock 2008).Terdapat lima peringkat perkembangan kanak-kanak
Peringkat bayi (0-2 tahun) Kadar ciri-ciri pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin perhubungan emosi.
Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun)
Dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial.
KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
6
Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun)
Mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa.Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan.
Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
Sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialamiBoleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik
Peringkat remaja (15-20 tahun)
Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari
2.0. PENDAHULUAN
7
INDIVIDUAudiologiIntervensi awalJurupulih cara kerjaPerubatanJurupulih fizikalJurupulihpertuturanPsikologi KaunselorPersatuan ibu bapaRakan sebaya Pertubuhan bukan kerajaanKomunitiJabatan Kebajikan Masyarakat
ORGANISASI /AGENSI KERAJAAN
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan KhasKementerian Pelajaran Malaysia, Pemulihan Dalam Komuntiti (PDK) dikendali oleh Jabatan Kebajikan MasyarakatWisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
ORGANISASI/AGENSI BUKAN KERAJAAN
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)TASPUTRA PERKIMNURYCleft Lip And Palate Association Of MalaysiaYayasan Sindrom Down KiwanisPersatuan Orang Buta Malaysia (MAB)Rumah Orang Cacat Convent Bukit NanasMalaysian Care dan Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (YMCA).
Pendidikan khas menurut Gargiula (2003) ialah program pengajaran khusus yang
direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan
penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Secara umum,
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu
yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka
memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada
dari segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat
belajar dengan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki. Kanak- kanak dengan
gangguan bahasa dan komunikasi menghadapi risiko tinggi untuk gagal dari segi
akademik. Mereka yang mengalami masalah tersebut mungkin tidak dapat mengikuti
arahan lisan, bertulis dan berkomunikasi secara berkesan. Bahasa adalah simbol
komunikasi penyampaian idea melalui simbol-simbol yang membawa makna. Seperti
yang kita tahu komunikasi ialah proses yang melibatkan encoding (penghantaran
maklumat yang boleh difahami) dan decoding (menerima dan memahami) mesej.
Komponen komunikasi melibatkan dua pihak iatu penerima dan dan penghantar.
Komunikasi juga tidak semestinya melibatkan bahasa sahaja. Komunikasi juga boleh
dilakukan dalam bentuk pergerakan, mimik muka dan sebagainya.
2.1. DEFINISI BERMASALAH PEMBELAJARAN
8
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan
yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut iatu
kebolehan kognitif, tingkah laku sosial/perkembangan sosial, penguasaan lisan/bahasa,
kemahiran perkembangan atau kemahiran matematik.
Secara purata dianggarkan 1 dalam setiap 20 kanak-kanak dikenalpasti sebagai
bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini diandaikan mengalami ketidakupayaan
neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingat
atau menyampaikan maklumat. Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah
pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses
pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan, atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya
bukanlah kesan daripada kerencatan akal, halangan sensori (buta dan pekak) atau
faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan
mengira adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang
nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran.
Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental,
bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.
Akta Masalah Pembelajaran Spesifik pula memperluaskan definisi Samuel Kirk dengan
menyatakan ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses
psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan
ataupun tulisan. Ini dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar,
berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, dan mengira. Golongan yang termasuk
dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan kekurangan
persepsi, kecederaan otak, ketidakfungsian otak ruang minima, disleksia dan lain-lain
2.2. DEFINISI TERENCAT AKAL
9
Evans (1983) mendefinisikan kerencatan akal sebagai individu yang tidak dapat belajar
secepat orang yang normal, tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang
normal dan yang tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Kerencatan akal
ini biasanya berpunca sebelum umur 18 tahun.Dengan perkataan lain, kanak-kanak
kerencatan akal mengalami kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada
kemahiran adaptif berikut seperti komunikasi, jaga diri sendiri, kemahiran hidup,
kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriadah serta
kerja.
Terdapat dua perkara penting yang harus diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh
diklasifikasikan sebagai kerencatan akal iatu kefungsian intelektual. Kefungsian
intelektual ialah kanak-kanak kerencatan akal dikenalpasti sebagai berfungsi pada
tahap intelektual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan
lazim digunakan. Manakala tingkah laku adaptasi pula merujuk kepada kebolehan
kanak-kanak kerencatan akal dikenal pasti melalui sejauh manakah mereka berjaya
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling bercampur gaul, menjaga diri sendiri,
berkomunikasi dan sebagainya.
2.3. DEFINISI ADHD (masalah tumpuan singkat)
10
Kanak-kanak Attention Deficit/Hyperactivity Disorder ADD/ADHD tidak dapat
mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu
tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersifat
impulsif dan sering menganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesutau tanpa
berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri
kanak-kanak ADHD.
Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmitter yang spesifik iatu
noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam set litar otak. Rawatan melibatkan
peningkatan aras neurotransmitter. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan
pengaruh dadah tetapi tahap penumpuan mereka masih tidak sama seperti kanak-
kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD. Namun, penggunaan dadah tidak berkesan
untuk semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak
diketahui. David Nylund mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak
tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.
Nylund cuba memberi perspektif baru kepada pembelajaran sebagai faktor yang boleh
diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Belaiu mencadangkan guru menggunakan
masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberikan tumpuan untuk menguasai
diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau
kurang memberi penumpuan adalah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat
oleh pakar.
11
3.0. HASIL KAJIAN
3.1. MAKLUMAT PERIBADI MURID
NAMA : MOHD JAZLI BIN MOHAMED
JANTINA : LELAKI
AGAMA ; ISLAM
BANGSA : MELAYU
NO K/P : L 226374
NO PENDAFTARAN : LD 0002687
ALAMAT RUMAH : NO. 30, TAMAN SEPADU, 01000 KANGAR, PERLIS.
NAMA BAPA : MOHAMED BIN MADUN
12
NAMA IBU : JUNAINA BT ABU SEMAN
3.2. CIRI-CIRI MASALAH (TERENCAT AKAL DAN ADHD)
TERENCAT AKAL
Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikanalpasti terhadap kanak-kanak terencat akal.
Antaranya ialah terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi
intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Mereka juga
mempunyai daya ingatan yang rendah. Selain itu, murid yang terencat akal
mempunyai bidang pemerhatian yang singkat dan mudah hilang tumpuan terhadap
sesuatu perkara. Sikap dan nilai mereka juga berbeza daripada tingkah laku kanak-
kanak normal. Selain bermasalah komunikasi, mereka juga mengalami masalah
bahasa dan komunikasi. Murid ini juga mengalamai masalah perkembangan motor
halus dan kasar yang menyukarkan pergerakan mereka. Masalah kelancaran juga
salah satu masalah yang dihadapi disamping emosi yang tidak terkawal. Ciri-ciri lain
terencat akal ialah murid ini cepat lupa apa yang telah dipelajari atau diberitahu
kepada mereka. Malah, mereka juga mudah terganggu dengan sesuatu perkara.
ADHD
Kekerapan dan keterukan masalah tingkah laku pelajar ADHD menunjukkan
perbezaan yang besar. Misalnya pelajar ADHD hiperaktif-impulsif atau ADHD jenis
gabungan, kebiasaannya mempunyai masalah tingkah laku yang dapat dilihat dengan
jelas oleh guru berbanding pelajar ADHD yang kurang tumpuan. Ciri-ciri utama yang
dapat dilihat daripada murid yang mempunyai ADHD ialah mereka merupakan seorang
yang amat agresif. Mereka kerap memulakan pergaduhan atau pertengkaran dengan
rakan-rakan yang ;lain. Selain itu, mereka kerap membuat kesalahan kerana cuai.
Kanak-kanak ini juga gagal menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru kerana
kurangnya tumpuan. Malah, mereka juga tidak mahu mendengar apabila kita bercakap
dengannya. Memandangkan mereka tidak boleh duduk diam, mereka sukar untuk
mengatur tugasan aktiviti kerana mereka tidak boleh untuk memebrikan tumpuan
dalam jangka masa yang panjang. Tambahan pula, mereka akan mengelak, tidak suka
13
atau enggan membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental seperti
kerja sekolah. Akibat daripada masalah tersebut, mereka lemah dalam pembelajaran
disamping menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
14
3.3. PUNCA-PUNCA DAN FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH
PEMBELAJARAN
TERENCAT AKAL
Memang sukar untuk menentukan sebab kerencatan akal. Menurut, Daryl (1983),
terdapat kira-kira 250 sebab yang menyebabkan berlakunya kerencatan akal. Secara
umum, terdapat 75- 80% kes kanak-kanak yang klasifikasikan sebagai kerencatan akal
tidak dapat ditentukan punca dengan khusus. Bagaimanapun, Persatuan Kerencatan
Akal Amerika (AMR) telah mengklasifikasikan sebab-sebab kerencatan akal kepada
tiga kategori umum iatu Pranatal ( berlaku sebelum kelahiran), Perinatal (berlaku
semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepas kelahiran bayi).
Antara punca terencat akal semasa pranatal ialah sindrom down. Ini disebabkan oleh
keabnormalan pada kromosom ke 21 yang sepatutnya hanya sepasang tetapi telah
menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan akal sederhana tetapi juga boleh
menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1 daripada 1000 kelahiran bayi mungkin
menghadapi Sindrom Down dan angka ini meningkat kepada 1:30 bagi wanita yang
melahirkan bayi pada umur 45 tahun.
Selain itu, sindrom down janin turut berlaku semasa pranatal. Ibu yang hamil apabila
meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan anak terencat akal dan juga
kerosakan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu mungkin disalurkan kepada
janin atau fetus. Sindrom ini telah dikenalpasti pada tahun 1973 dan lebih kerap berlaku
jika dibanding dengan Sindrom Down. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini adalah
kecil berbanding kanak-kanak biasa atau normal dan keadaan ini berterusan sepanjang
hayat.
Sindrom Pader Willi juga dikaitkan sebagai salah satu punca yang menyebabkan
terencat akal. Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke 15.
Kanak-kanak sindrom Prader-Willi mempunyai selera makan yang tidak terhad
sehingga ramai di antara mereka menjadi obese atau gemuk. Selera makan yang tidak
terkawal menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak ini mengalami
15
kerencatan mental ringan dan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran. Mereka
mempunyai tangan serta kaki yang kecil dan mereka adalah lebih pendek berbanding
kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah, dan bertindak tergesa-
gesa serta keinginan mencederakan diri sendiri seperti mencubit badan mereka.
Punca pranatal yang lain ialah jangkitan mikroorganisma. Terdapat juga pelbagai jenis
mikrorganisma yang mengancam perkembangan janin atau fetus dan menyebabkan
keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental. Contohnya, ibu yang hamil yang
menghidapi penyakit rubella dan syphilis berisiko untuk melahirkan bayi kerencatan
akal.
Terencat akal juga boleh disebabkan oleh faktor kemiskinan. Ini kerana, ibu yang hamil
daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang sihat kerana tidak
mengambil makanan seimbang semasa mengandung. Oleh kerana tidak
berkemampuan, ibu yang hamil mungkin tidak cukup makan atau makanan tidak
seimbang. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan
kelahiran bayi terencat akal.
Bagi proses perinatal pula, antara puncanya ialah bayi yang dilahirkan pramatang. Bayi
yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badan yang kurang
daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kerencatan mental.
Ini kerana, usia kandungan adalah penting kerana ia akan menentukan kematangan
organ dalam janin yang sedang berkembang. Sekiranya bayi yang dilahirkan berusia
antara 21 hingga 34 minggu dalam kandungan, peluang untuk hidup adalah tinggi tetapi
ia berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerencatan akal. Antara punca kelahiran
pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang atau faktor kesihatan yang lain.
Antara faktor perinatal lain ialah kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen semasa
kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi sehingga menyebabkan
kerencatan akal.
Walaupun selepas kelahiran bayi ataupun posnatal, bayi tersebut tetap berisiko untuk
menghidapi terencat akal. Antara puncanya ialah jangkitan virus. Encephalitis
disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh
16
menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang
menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu
otak dan tulang belakang. Tanda-tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit
mata, dan muntah. Jika tidak dirawat segera, kerencatan akal mungkin berlaku.
Menurut ibu pelajar berkenaan, semasa proses kelahiran Jazli, Jazli telah dilahirkan
dalam keadaan pramatang atas faktor kesihatan kerana ibunya menghidap darah tinggi
dan kencing manis semasa proses bersalin. Malah, ibunya mengalami pelbagai
komplikasi semasa proses melahirkan ekoran daripada masalah kesihatan tersebut
sehingga mendesak Jazli dilahirkan dalam keadaan pramatang. Berdasarkan nota yang
telah saya rujuki, bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat
badan yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kerencatan mental. Ini kerana, usia kandungan adalah penting kerana ia akan
menentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Sekiranya bayi
yang dilahirkan berusia antara 21 hingga 34 minggu dalam kandungan, peluang untuk
hidup adalah tinggi tetapi ia berkemungkinan tinggi untuk mengalami kerencatan akal.
Antara punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang atau
faktor kesihatan yang lain.
17
ADHD
ADHD atau lebih dikenali sebagai masalah tumpuan singkat merupakan salah satu
daripada masalah pembelajaran. Terdapat pelbagai punca dan faktor-faktor yang
menyumbang kepada ADHD. Antara punca ADHD ialah perbezaan fungsi otak. Faktor
ini khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD akibat daripada terdapat
kekurangan aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap ransangan bagi
bahagian-bahagian tersebut.
Faktor keturunan juga turut memainkan peranan. Inidividu dengan ADHD
berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malah, kanak-
kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda
mempunyai ADHD.
Malah, faktor biokimia seperti bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai
neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga
bahagian atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula
dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.
Antara faktor lain yang mungkon menjadi penyebab kepada ADHD ialah kecederaan
otak. Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada
penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses
kelahiran, kecederaan otak mungkin berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu,
kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk, atau kemalangan
yang melibatkan kecederaan kepala.
Selain itu, faktor persekitaran juga dilihat penyumbang kepada tahap keterukan ADHD
yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak dengan ADHD yang dididik
dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang jelas akan
berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan.
Berdasarkan pelajar yang saya kaji, punca-punca dan faktor ADHD pelajar saya adalah
disebabkan oleh faktor persekitaran memandangkan dia dibesarkan daripada 4 orang
18
adik beradik lelaki. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan dia sering bertindak
kasar terhadap orang-orang di sekelilingnya. Salah satu faktornya ialah faktor latar
belakang keluarga. Jazli dikelilingi oleh tiga orang abang yang mempunyai jarak umur
yang agak jauh daripadanya. Memandangkan abang-abangnya sering bermain secara
kasar, maka secara tidak langsung ini juga mempengaruhi perlakuan dia. Malah, dia
juga selalu menonton bersama abang-abangnya rancangan ‘WWE’ di televisyen.
Selain itu, dia juga mudah naik marah apabila diusik dan akan bertindak kasar terhadap
kawan-kawannya
19
3.4. INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN YANG PERLU DIBERI / DIIKUTI
Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan
perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah
Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “ to a range of services
provided to children, parents and families during pregnancy, infancy and/or early
childhood.
Program intervensi awal bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan
mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami
oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakkan
pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu
dikenal pasti dan diberi program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu,
lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang
upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-
kanak memasuki alam persekolahan.
Program intervensi awal juga dapat menyediakan sokongan kepada anak dan keluarga
dalam pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukan kecacatan yang
dialami ( Kaiser, 2000). Melalui program tersebut bantuan keluarga membuat
penyesuaian ke atas anak mereka dapat diberikan. Selain itu, Program Intervensi Awal
juga memberi latihan kemahiran kepada kedua ibu bapa mengikut keperluan anak
untuk dikendalikan di rumah dan membantu keluarga mengenal pasti khidmat sokongan
tambahan yang bersesuaian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau peruntukan
kewangan. Program Intervensi Awal juga merupakan kaedah paling baik mewujudkan
kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin dan komuniti.
Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini
merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang
pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi
20
kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa
pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Antaranya ialah bilik darjah biasa, guru Pendidikan Khas sebagai
Penasihat, bilik sumber dan bilik darjah berasingan.
Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa ditempatkan dalam bilik darjah
biasa yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru
dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam
bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan
penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas dan guru
biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.
Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah
mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan
persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan
persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajaran dan bahan
serta membina prosedur penilaian dan pengerdan pelajar bermasalah pembelajaran.
Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan
perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran
secara langsung dijalankan oleh guru biasa.
Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran akan ditempatkan dalam sekolah biasa
akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi
membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan
pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah
pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang
sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik
sumber mestilah seorang guru yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat
berkerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku,
membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan
keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk
disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.
21
Bagi bilik darjah berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil
(dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan
mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja atau dikumpulkan
mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori
ketidakupayaan. Biasanya pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi gangguan
emosi dan kerencatan mental ditempatkan di dalam satu kelas. Menurut Heward
(2003), kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka
dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah
pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin disebabkan
kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat
dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga
menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas
berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah
pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih tertumpu.
Kajian menunjukkan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran mendapati sukar
menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak
dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Gerstein (1998)
mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah. Pendekatan
yang pertama ialah pengajaran secara langsung. Guru hendaklah mengajar secara
langsung menurut urutan yang tersusun. Nyatakan kepada pelajar secara terus apa
yang patut dilakukan , apa yang patut disebut dan apa yang patut ditulis. Guru perlu
menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep.
Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan
langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada
pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.
Pendekatan kedua ialah memperkukuhkan penguasaan isi kandungan. Selain
menguasai 3M(membaca, menulis dan mengira), pelajar bermasalah pembelajaran
juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran seperti sejarah, sains,
22
geografi dan sebagainya. Sudah tentu ini adalah sukar bagi ramai pelajar bermasalah
pembelajaran kerana tahap kemahiran membaca mereka belum kukuh. Oleh itu, guru
perlu membantu pelajar menguasai fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran seperti
nota berpandu, penyusunan grafik dan neumonik. Nota berpandu merujuk kepada
edaran yang disediakan khas yang terdiri daripada isi-isi penting dan ruang kosong
untuk pelajar isi. Sambil guru mengajar, pelajar diarah mengisi apa yang disampaikan
dalam ruang-ruang kosong di sebelah point-point penting. Penyusunan grafik pula
bertujuan menyampaikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dalam bentuk grafik atau
visual yang dapat menarik minat pelajar. Sesetengah penyusunan grafik disampaikan
secara lengkap manakala yang lain disampaikan dengan meninggalkan ruang-ruang
kosong untuk diisi oleh pelajar. Manakala neumonik pula membantu pelajar meningkat
fakta-fakta penting. Contohnya, neumonik ‘PaReKi’ digunakan untuk membantu pelajar
mengingat kembali sungai-sungai terpanjang di Malaysia, iatu Sg. Pahang, Sg. Rejang
dan Sg. Kinabatangan.
Pendekatan terakhir yang boleh digunakan ialah strategi pengajaran. Pelajar normal
atau biasa menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan apabila berhadapan
dengan sesuatu tugas pembelajaran. Didapatai bahawa pelajar bermasalah
pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Strategi
pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam
menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa
yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana
dia berjaya melakukannya. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah
membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman,
strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Bagi memastikan kanak-kanak berpendidikan khas ini terbela, pelbagai agensi telah
tampil bagi membela nasib kanak-kanak ini. Bagi khidmat sokongan individu, ia terdiri
daripada kumpulan pelbagai disiplin dan merupakan unit yang berfungsi dalam
penaksiran murid-murid khas. Antaranya ialah Audiologi, Intervensi awal, Jurupulih cara
kerja, Perubatan, Jurupulih fizikal, Jurupulihpertuturan, Psikologi , Kaunselor, Persatuan
ibu bapa, Rakan sebaya , Pertubuhan bukan kerajaan, Komuniti dan Jabatan Kebajikan
23
Masyarakat. Organisasi kerajaan yang memberi perkhidmatan pula terdiri daripada
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pemulihan Dalam Komuntiti (PDK) dikendali oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Wisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Agensi bukan kerajaan pula menampilkan beberapa organisasi lain seperti
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), TASPUTRA PERKIM, NURY,
Cleft Lip And Palate Association Of Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis,
Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas,
Malaysian Care dan Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah
Persekutuan (YMCA).
24
3.5. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.
BANDING BEZA ANTARA KANAK-KANAK NORMAL DENGAN KANAK-KANAK
YANG DIPILIH.
Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses
biologi, kognitif dan sosio-emosi. Pelajar yang telah saya pilih seperti yang diketahui
merupakan seorang pelajar bermasalah pembelajaran di mana perkembangan pelajar
ini tidak seperti kanak-kanak normal.
Pada peringkat bayi iatu 0-2 tahun, kadar pertumbuhan cepat seperti sifat-sifat asas
manusia, bahasa, kebolehan fizikal dan kebolehan menjalin emosi mula kelihatan di
antara bayi dan penjaga atau individu di sekelilingnya. Ini berbeza dengan pelajar yang
saya kaji iatu Jazli. Pada peringkat ini, dia tidak dapat bertindak balas dengan individu
di sekelilingnya dengan baik. Jazli juga tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak
normal seusianya. Ini membuatkan dia tidak mahu berinteraksi ataupun berhubungan
dengan orang lain. Malah, dia juga tidak boleh merangkak pada awalnya. Namun,
setelah beberapa lama kemudian, barulah Jazli boleh merangkak dan seterusnya
sama dengan kanak-kanak lain walaupun agak lambat.
Apabila berusia 3 hingga 8 tahun atau lebih dikenali sebagai peringkat awal kanak-
kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat bermain menggunakan imaginasi,
perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan
bersosial. Namun, ini berbeza dengan Jazli. Jazli dilihat sebagai seorang yang
pendiam, agresif, tidak boleh duduk diam, namun dia tidak banyak bermain. Dia
banyak termenung dan memencilkan diri daripada orang lain. Jazli juga tidak boleh
bercakap seperti kanak-kanak normal. Ditambah lagi dengan keengganannya untuk
berinteraksi dengan orang lain. Malah, jika memerlukan sesuatu, dia lebih rela
membuat isyarat badan untuk menunjukkan keinginannya daripada bercakap dengan
orang di sekelilingnya. Selain itu, dia mempunyai kebolehan bersosial yang agresif. Ini
kerana, dia selalu menyakiti rakan-rakannya sebagai tanda perkenalan membuatkan
25
ramai kanak-kanak lain memencilkannya. Dia juga mudah naik marah apabila berlaku
sesuatu yang tidak disukainya atau rakan-rakan yang lain mengusiknya.
Pada peringkat kanak-kanak iatu 9 hingga 11 tahun, kanak-kanak normal sepatutnya
mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Contohnya
belajar perkara yang diajar di sekolah seperti sains, matematik, kajian tempatan dan
sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga diajar untuk mengurus diri sendiri disamping
melakukan kerja-kerja rutin seperti mengemas rumah, mengurus diri, melipat baju dan
lain-lain. Namun, Jazli masih tidak mencapai tahap ini. Pemikirannya masih lagi di
peringkat awal kanak-kanak. Dia banyak bergantung kepada ibunya untuk
menguruskan diri. Malah dia juga tidak dapat mengikuti pelajaan di sekolah seperti
kanka-kanak normal. Pada waktu ini, dia telah dimasukkan ke dalam kelas pendidikan
khas. Berkat kesungguhan guru-gurunya, dia mula menunjukkan perubahan yang
positif. Walaupun perkembangan mindanya lambat, namun dia sudah boleh bertutur
walaupun pelat dan sebutannya tidak jelas. Malah, dia juga sudah semakin pandai
mengawal emosi dan tingkah laku daripada bertindak agresif seperti dulu.
Pada peringkat awal remaja iatu 12 hingga 15 tahun. Seseorang pelajar itu akan mula
sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Malah, mereka juga
sudah boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik. Pelajar yang saya pilih
sudah dikira memasuki peringkat awal remaja kerana berdasarkan maklumat yang
saya perolehi, dia sudah berusia 12 tahun pada tahun ini. Namun, dia masih dengan
sikap keanak-anakan dan tidak mengarah kepada sensitif terhadap paras rupa dan
perubahan fizikal. Pemikirannya juga masih di takuk kanak-kanak dan tidak mampu
untuk memikirkan perkara yang kompleks lagi.
26
KEMATANGAN BIOLOGI
Teori ini melihat perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi dalam
diri seseorang dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut Arnold Gesell,
perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell
menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap serta
urutan dan pola tertentu. Misalnya seorang kanak-kanak mungkin boleh mula berjalan
pada umur 10 bulan kerana dia bersedia melakukan sedemikian. Kesediaan ini
bermaksud perkembangan dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf sudah mencapai
tahap yang membolehkan kanak-kanak tersebut berjalan. Kadar perkembangan
berbeza bagi setiap individu. Begitu juga dengan Jazli. Dia mempunyai perkembangan
dan pertumbuhan tulang, otot dan saraf yang lambat. Antara faktor lain kelewatan
perkembangan fizikal dia pada awalnya adalah kerana dia dilahirkan dalam keadaan
pramatang. Malah, Arnold Geselle berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan
peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya
kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
KOGNITIF
Teori ini berfokus kepada bagaimana kanak-kanak berfikir. Pada pandangan Lev
Vygotsky pula, beliau percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam
persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu
dimana kanak-kanak meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu.
Menurut teori Jean Piaget, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan
intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan
masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru
untuk memahami persekitaran mereka. Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita
berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai
kematangan. Berdasarkan pelajar yang saya kaji, saya dapati perkembangan kognitif
27
Jazli lambat jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal dan tidak selari dengan
peringkat umurnya. Ini kerana, masalah yang dihadapinya iatu terencat akal banyak
menjejaskan perkembangan kognitif Jazli.
SOSIAL
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-
kanak tersebut. Robert Havisghurst menerangkan konsep tugas dalam teori
perkembangannya. Menurut belaiu, pada setiap peringkat perkembangan, manusia
ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan
jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu manakala kegagalan dalam
menyempurnakan tugasan tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah
dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan
manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai norma dan budaya masyarakat.
Merujuk kepada Jazli, salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan sosialnya
ialah faktor persekitaran. Walaupun menghidap ADHD yang menyebabkan dia sering
bertindak agresif dan tidak boleh duduk diam, dia juga menjadi seorang yang agresif
kerana dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai 3 orang abang sebelumnya.
Menurut ibu Jazli, Jazli sering menonton perlawanan WWE bersama abang-abangnya
dan sering bermain secara kasar dengan mereka. Ini secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial Jazli. Dia sering menganggu rakan-rakan yang
lain dan sering memukul mereka apabila marah dan berasa terganggu.
28
REFLEKSI
Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya berasa saya teruja kerana ini
merupakan pengalaman pertama melaksanakan tugasan berdasarkan pemerhatian di
luar kampus iatu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, saya juga lebih
mengetahui mengenai teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak
yang sangat berguna dan dapat diaplikasikan apabila memasuki alam pekerjaan sikit
masa lagi.
Melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa setiap teori mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget,
beliau menekankan bahawa proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Lev Vygotsky pula percaya bahawa
perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang
mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Lev Vygotsky telah memberi
alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.
Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial
kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang dewasa yang lain dan rakan
sebayanya. Disini dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan mental kanak-kanak
terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun
begitu, persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak membantu mereka
mengadaptasi perkembangan kognitif. Malah setiap budaya menerapkan cara hidup
dan cara berfikir kepada kanak-kanak.
Saya beranggapan bahawa teori Lev Vygotsky lebih baik jika dibandingkan dengan
teori Jean Piaget. Ini kerana, teori Jean Piaget hanya menekankan perkembangan
kognitif berdasarkan perkembangan fizikal yang seiring dengan usia. Sedangkan
perkembangan kognitif juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti pengalaman yang
dilalui, pendedahan yang diberikan lebih awal dan sebagainya. Lev Vygotsky pula
menekankan bahawa perkembangan kognitif boleh dipengaruhi oleh persekitaran sosio
budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan oemikiran individu. Sebagai contoh,
rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai dan adab mempengaruhi tingkah laku dan
29
corak pemikiran kanak-kanaknya yang lebih menghormati orang yang lebih tua dan
agak pasif. Ini kerana, belaiu menekankan bahawa faktor utama perkembangan kognitif
kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.
Dapat disimpulkan di sini bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada
pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya
berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya seperi
nenek dan cucu.
Walaupun pelajar yang saya kaji mengalami masalah dalam perkembangannya, saya
percaya dia akan mampu berjaya seperti insan lain mengikut kemampuan yang dia
miliki. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah PK 3101 kerana dengan
adanya tugasan ini, saya dapat lebih memahami mengenai teori-teori yang
dikemukakan dan lebih menghargai kelebihan yang dimliki serta mengingatkan diri
bahawa ramai lagi insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan pembimbing
seperti guru pendidikan khas. Sesungguhnya kerjaya guru merupakan kerjaya yang
mulia dan diberkati. Saya juga berharap supaya saya dapat membantu pelajar-pelajar
yang bermasalah pembelajaran ini suatu hari nanti.
Sekian.
.........................................
AFIQAH BT MOHD NOOH
30
BIBLIOGRAFI
HSBL 1103, Pengenalan Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran, Open
University.
Kamarulzaman kamaruddin, (2003). Psikologi perkembangan: teori dan konsep. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
Letham, C. & Miles, A. (2002) Communication, curriculum and clasroom practise.
London : David Fulton Pub.
http://www.angelfire.com
http://www.bookcafe.com.my
http://www.pendidikankhas.com.my
31
32
33
Recommended