•Teori Pelaziman Klasik
•Teori Pelaziman Operan
TEORI BEHAVIORISME
PENGASAS TEORI BEHAVIORISME
PENGASAS TEORI
PAVLOV WATSON SKINNERTHORNDIKE
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN P. PAVLOV
• Seorang ahli sains Rusia• Menjalankan
penyelidikan ke atas anjing selama 35 tahun
• Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan
KONSEP PENTING PELAZIMAN KLASIK
Tahap 1- Sebelum Pelaziman
Daging Pengliuran(Ransangan tidak terlazim) (Gerak balas tidak terlazim)
Bunyi loceng Tiada gerak balas
Tahap 2- Semasa Pelaziman
Daging Pengliuran(Ransangan tidak terlazim) (Gerak balas tidak terlazim)+Bunyi loceng(Ransangan neutral)
Tahap 3- Selepas pelaziman
Bunyi loceng Pengliuran(Ransangan terlazim) (Gerak balas terlazim)
APLIKASI PELAZIMAN KLASIK DALAM PENGAJARAN
• Untuk pembelajaran berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran
• Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat
• Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dan gerak balas terlazim
TEORI PELAZIMAN J.B. WATSON
• Seorang ahli psikologi Amerika
• Orang pertama mencipta istilah behaviorisme
• Kajian beliau tentang emosi kanak-kanak
PROSES PELAZIMAN
• Menurut beliau, manusia mempunyai tiga emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.
• Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman
Eeksperimen dijalankan antara Albert (9 bulan) dan tikus putih
Tikus putih, dentuman kuat(Rangsangan terlazim)
Reaksi takut(Gerak balas tak terlazim)
Tikus putih(Rangsangan terlazim)
Reaksi takut(Gerak balas terlazim)
Tikus putih ditunjukkan kepada Albert dan suatu dentuman yang kuat Dibunyikan dari belakang. Albert serta merta terperanjat dan takut
Tikus putih ditunjukkan sahaja, Albert telah menunjukkan reaksi takut
Watson merumuskan bahawa Albert telah menghubungkaitkan dentuman kuat dengan tikus putih yang dilihatnya. Albert telah belajar tingkah laku takut
APLIKASI PELAZIMAN J.B. WATSON DALAM PENGAJARAN
• Tingkah laku positif boleh diajar dengan rangsangan yang sesuai
• Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik
• Untuk pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap
• Guru hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan pelajar supaya minat belajar
TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
• Seorang ahli psikologi Amerika
• Berjaya membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan
HUKUM KESEDIAAN
Pelajar bersedia belajar
(rangsangan motivasi)
Pembelajaran berkesan dan memuaskan
Pelajar belum bersedia belajar atau dipaksa belajar
(tanpa rangsangan)
Pembelajaran tidak berkesan
HUKUM LATIHAN
Pertalian antara rangsangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh jika ada latihan serta aktiviti pengukuhan diberikan
HUKUM KESAN
• Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika ada kesan pengalaman menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang
• Jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap
APLIKASI PELAZIMAN THORNDIKE DALAM PENGAJARAN
• Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai
• Banyakkan aktiviti latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan
• Memberi ganjaran untuk respon yang betul daripada pelajar
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
• Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan
• Peneguhan positif dan negatif
Prinsip umum Jenis dan Contoh Peneguhan Peneguhan positif
•Memberi sesuatu yang disukai oleh pelajar
•Contohnya memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar
Peneguhan negatif
•Menarik balik sesuatu yang tidak disukai oleh pelajar
•Contohnya kecualikan pelajar daripada aktiviti yang mereka tidak sukai
Hukuman Hukuman positif
•Memberi sesuatu yang tidak disukai oleh pelajar
•Contohnya merotan pelajar Hukuman negative
•Menarik balik sesuatu yang disukai oleh pelajar
•Contohnya tarik balik kebenaran menonton rancangan kartun pada waktu rehat
PRINSIP PELAZIMAN OPERAN
Jenis Peneguhan Positif Contoh
Peneguhan Kendiri Pelajar boleh diajar untuk memberi peneguhan kepada diri sendiri, misalnya masa rehat untuk diri sendiri atau memberi lebih masa untuk bercakap di telefon dengan kawan
Pujian Memberikan pujian lisan seperti ”Bagusnya!”, ”Awak memang hebat!” dan ”Saya suka idea bernas awak ini!”.
Perhatian Tunjukkan kepada pelajar yang kita memberikan perhatian kepadanya. Misalnya, mengangguk-anggukkan kepala, mendengar dengan teliti
Gred dan pengiktirafan Paparkan gred cemerlang atau berikan sijil
penghargaan di hadapan kelas Aktiviti yang disukai Pelajar diberikan masa untuk menjalankan aktiviti
bebas yang disukainya, baca novel, mengikuti lawatan, menggunakan komputer
Makanan Kismis, buah-buahan, jajan yang berkhasiat
JENIS PENEGUHAN POSITIF
PERBEZAAN ANTARA PELAZIMAN KLASIK DAN PELAZIMAN OPERAN
Jenis Pelaziman Klasik Pelaziman Operan
Pengasas Pavlov, Watson Thorndike, Skinner
Gerakbalas
(Tingkah Laku)
•Responden
•Bukan inisiatif sendiri (bergantung kepada rangsangan)
•Bersifat pasif
•Operan
•Inisiatif sendiri
(bergantung kepada peneguhan)
•Bersifat aktif
Urutan pelaziman Tingkah laku dilakukan selepas rangsangan
Tingkah laku berlaku kesan daripada rangsangan dan peneguhan
Cara pembelajaran
•Menggunakan rangsangan tak terlazim
•Secara responden terhadap rangsangan
•Menggunakan peneguhan positif / negatif
•Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan