44
HADIS SAHIH OLEH : KU FASEHAH BT KU ZAHARI

5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hadis hassan, Dhoif dan Sahih

Citation preview

Page 1: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HADIS SAHIH

OLEH : KU FASEHAH BT KU ZAHARI

Page 2: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

PENGERTIAN HADIS SAHIH

Ibnu Al-

Salah

•Hadis yang sanad di mana sanadnya bersambung daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit hingga kepada kesudahannya, tanpa ada kejanggalan syaz dan kecacatan ‘illah.

Al-Nawawi

•Hadis yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit tanpa sebarang kecacatan dan kejanggalan.

Ibnu Kath

ir

•Hadis yang bersanad yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit daripada perawi yang adil lagi dhabit sehingga berkesudahan kepada Rasulullah SAW atau kesudanhannya daripada sahabat atau selainnya, tanpa terdapat syaz, atau tertolak, atau kecacatan ketara.

Page 3: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SYARAT HADIS SOHIH

Bersambung sanad hadis

Periwayatnya bersifat adil

Periwayatnya adalah dhabit.

Hadisnya tidak syaz

Hadisnya tidak mempunyai illah.

Page 4: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SYARAT HADIS SAHIH Menurut Imam As-Suyuti, 5 syarat wajib dalam kategori Hadis Sahih :• Bersambung sanad hadis.

Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan Baginda walaupun sekali.

• Periwayatnya hendaklah adil.• Periwayatnya hendaklah dhabit (kuat ingatan).• Hadisnya tidak syaz. (hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah

tidak bertentangan dengan perawi yang lebih thiqah daripadanya/tidak janggal). • Hadisnya tidak mempunyai ‘illah (tiada kecacatan).

Jikalau sesuatu hadis didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang disebutkan, maka martabat hadis mungkin akan menurun kepada hasan bahkan dhaif.

Page 5: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Sahih Lizatihi (sempurna)

Sahih Lighairihi (kurang

sempurna)

Bahagian hadis sahih (Hadis

Maqbul)

Page 6: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SAHIH LIZATIHI

Hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain.

Memenuhi syarat-syarat hadis Sahih seperti yang disebutkan. Contoh hadis : "Tangan di atas (memberi) lebih baik dari

tangan di bawah (menerima)." (H.R Bukhari dan Muslim).

Page 7: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SAHIH LIGHAIRIHI

Hadis yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam sesetengah syaratnya.

Hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya : hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi

kurang mantap ingatannya. Dengan kekurangan tersebut, ianya turun menjadi Hasan lizhatihi. Apabila terdapat riwayat yang lain menyokongnya dan memberi

kekuatan kepada hadis tersebut, ia meningkat menjadi Sahih lighairihi.

Jadi, Hadis Sahih Lighairihi pada asalnya adalah hadis Hasan Lizhatihi yang memberikan tahap kekuatannya dengan terdapat riwayat dan jalan yang lain.

Page 8: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HURAIAN :

Seperti yang disebut oleh Ibnu Salah adalah Hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad Bin Amr daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Kalau tidak kerana akan menyusahkan ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi (siwak)

setiap kali hendak solat. " (H.R Hasan).

CONTOH HADIS SAHIH LIGHAIRIHI

Page 9: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

TINGKATAN HADIS SAHIH• Martabat hadis shahih itu tergantung tinggi dan rendahnya kepada ke-

dhabit-an dan keadilan para perawinya. Berdasarkan martabat seperti ini, para muhadissin membahagikan tingkatan sanad menjadi tiga iaitu:

• Pertama, ashah al-asanid iaitu rangkaian sanad yang paling tinggi darjatnya. Seperti periwayatan sanad dari Imam Malik bin Anas dari Nafi’ mawla (mawla = budak yang telah dimerdekakan) dari Ibnu Umar.

• Kedua, ahsan al-asanid, iaitu rangkaian sanad hadis yang yang tingkatannya dibawah tingkat pertama diatas. Seperti periwayatan sanad dari Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas.

• Ketiga. ad’af al-asanid, iaitu rangkaian sanad hadis yang tingkatannya lebih rendah dari tingkatan kedua. seperti periwayatan Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah.

Page 10: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

KEDUDUKAN HADIS SAHIH MENGIKUT KARANGAN YANG MASYHUR

Tertib keutamaan adalah 7 tingkat :1- Kitab/Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Kitab/Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Kitab/Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Kitab/Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing.

5-Kitab/Hadis yg mengandungi hadis sahih yang menepati syarat Imam Bukhari sahaja tetapi tidak dimasukkan ke dlm kitab sahihnya.

6-Kitab/Hadis yg mengandungi hadis sahih yang menepati syarat Imam Muslim sahaja tetapi tidak dimasukkan ke dlm kitab sahihnya.

7- Hadis yg bertaraf sahih menurut pandangan ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka (cth : Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dll.).

Page 11: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HUKUM BERAMAL

Para ulama bersepakat mengatakan Hadis Sahih adalah WAJIB beramal dengannya secara mutlak.

Ia juga merupakan salah satu daripada hujah

syarak dan diterima pakai dalam menjelaskan dan menentukan hukum syarak mengenai halal dan

haram serta untuk mentafsirkan Al-Quran.

Page 12: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HURAIAN HUKUM BERAMAL1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.

Page 13: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahih-nya jilid 4 halaman 18 :

kitab al- Jihad wa as-Siyar, Bab ma ya’udzu min al-jubni :

(الجهاد والسيار, باب ما يعوز من الجبن)

ض�ي �ك� ر� ن� م�ال �س� ب �ن م�ع ت� أ :س� �ي ق�ال� ب� م�ع ت� أ س�

ه� �ي �ه ع�ل �ي" ص�ل�ى الل �ب �ان� الن : ك هم، ق�ال� �ه ع�ن الل ع�ج ز�، �ك� م�ن� ال �ع�وذ� ب .ي أ �ن �ه�م� إ : الل �ق�ول� �م� ي ل و�س�

�ة� ن �ك� م�ن ف�ت �ع�وذ� ب �، و�أ م ه�ر� ، و�ال ن� ب ج� ، و�ال �س�ل� ك و�ال ر�. ق�ب �ك� م�ن ع�ذ�اب� ال �ع�وذ� ب ، و�أ م�م�ات� �ا و�ال ي م�ح ال

CONTOH HADIS SAHIH

Page 14: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Maksud Hadis :

Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Mu’tamir, ia berkata; Aku mendengar ayahku

berkata; Aku mendengar Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah SAW berdo’a ; Ya Allah,aku memohon kepada-Mu perlindungan dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut dan dari kepikunan,

dan aku memohon kepada-Mu perlindungan dari fitnah (ujian) di masa hidup dan mati, dan memohon kepada-Mu perlindungan

dari azab di neraka.

Page 15: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Hadis tersebut di atas telah memenuhi persyaratan sebagai hadis sahih, kerana :

1. Ada sanad nya hingga kepada Rasulullah saw. 2. Ada persambungan sanad dari awal sanad hingga akhirnya. Anas bin

Malik adalah seorang sahabat, telah mendengarkan hadis dari Nabi SAW. Sulaiman bin Tharkhan (ayah Mu’tamir), telah menyatakan menerima hadis dengan cara mendengar dari Anas. Mu’tamir, menyatakan menerima hadis dengan mendengar dari ayahnya. Demikian juga guru al-Bukhari yang bernama Musaddad, ia menyatakan telah mendengar dari Mu’tamir, dan Bukhari -rahimahullah- juga menyatakan telah mendengar hadis ini dari gurunya.

HURAIAN TERJEMAHAN

Page 16: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

3. Menepati syarat keadilan dan ke dhabitan dalam para periwayat di dalam sanad ,mulai dari sahabat, iaitu Anas bin Malik r.a hingga kepada orang yang mengeluarkan hadis, iaitu Imam Bukhari.

Anas bin Malik ra, beliau termasuk salah seorang sahabat Nabi saw, dan semua shahabat dinilai adil.

Sulaiman bin Tharkhan (ayah Mu’tamir), dia siqah abid (terpercaya lagi ahli ibadah).

Mu’tamir, (siqah) Musaddad bin Masruhad (siqah).

Al-Bukhari –penulis kitab as-Shahih-, namanya adalah Muhammad bin Isma’il al-Bukhari, dia dinilai sebagai jabal al-hifdzi (gunung hafalan), dan amirul mu’minin fil hadis.

• Hadis ini tidak syadz(bertentangan dengan riwayat lain yang lebih kuat.• Hadis ini tidak ada illah-nya.

Page 17: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HADIS HASAN

Disediakan oleh : Muhammad Syahrin B. Che Zakaria

Page 18: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

PENGERTIAN

• Ibn Al-salah– Pertama :• Hadis yang tidak sunyi sanadnya dari perkara-perkara

yang terlindung di mana tidak tercapai keahlian periwayatan hadis, asal sahaja perawinya tidak termasuk dalam kalangan yang banyak kesalahan yang diriwayatkannya, tidak berdusta, atau sebab-sebab lain yang menyebabkan beliau fasiq, di samping ia diriwayatkan melalui jalan lain.

Page 19: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Kedua :– Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang terkenal

lagi amanah namun tidak sampai ke peringkat perawi hadis sahih kerana kekurangan dari segi hafazan dan ketelitian.

– Ibn al-jawzi :• “ hadis yang terdapat sedikit kelemahan serta andaian

sesuai diamalkan”.

– Ibn al-hajar :• “ jika kurang dari segi ingatannya ia adalah hadis hasan

li zatih…

Page 20: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Kesimpulannya, hadis hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dan diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang mantap ingatannya daripada riwayat perawi yang sama keadaannya hingga kesudahan sanad tanpa ada syaz dan terhindar daripada ‘illah.

Page 21: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

KEDUDUKAN HADIS HASAN DAN HUKUM BERAMAL DENGANNYA

• Menurut pendapat ulama, kedudukan dan hukum beramal dengan hadis sahih adalah sebagaimana berikut :– Menurut pendapat majoriti ahli hadis, wajib

beramal dengan hadis hasan. Berhujah dengan hadis hasan lizatih dan hasan lighayrih sama dengan hadis sahih tetapi darjat perawinya tidak mencapai darjat perawi hadis sahih.

Page 22: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

– Menurut pendapat minoriti ahli hadis, seperti ibn hibban, al-hakim, dan ibn khuzaimah, kedudukan hadis hasan adalah setaraf dengan hadis sahih. Walaubagaimanapun, mereka juga tetap meletakkan darjat hadis sahih lebih tinggi dan mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila berlaku pertentangan di antara keduanya.

Page 23: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SYARAT-SYARAT HADIS HASAN

• Perawinya bersifat adil.• Perawinya bersifat dhabit(walaupun tidak mencapai

taraf dhabit hadis sahih).• Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir

riwayat.• Tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan.• Tidak ada sebarang ‘illah padanya, iaitu tidak cacat.

Page 24: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

PEMBAHAGIAN HADIS HASAN

• Hasan lizatih.– Hadis yang mempunyai salsilah sanad bersambung

yang diwakili oleh para perawinya yang adil tetapi kurang sedikit kedhabitannya dari dhabit hadis sahih, namun tidak janggal dan tidak ada kecacatan.

Page 25: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Hasan li ghairih.

– Hadis yang tidak diketahui dengan jelas keadaan perawinya dari sudut sifat dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu kuat atau lemah.

– Walaubagaimanapun, perawi hadis hasan lighairih bukanlah seorang yang pelupa, juga tidak banyak melakukan kesalahan dalam periwayatan hadis, juga tidak ada kecacatan, tidak dituduh melakukan pemalsuan atau pembohongan pada hadis serta bukan seorang yang fasik.

Page 26: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Merupakan hadis dha’if, tetapi diangkat taraf kepada hasan lighairih kerana disokong oleh hadis lain atau riwayat lain yang sama pada lafaz dan maknanya.

Page 27: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Hadis hasan lizatih :

ما رواه الترمذي من طريق محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة أن رسول الله

صلى الله عليه وسلم قال : لو ال ان اشق .على أمتي ألمرتهم بالسواك عند كل صالة

Maksudnya : imam al-tirmizi meriyatkan melalui jalan sanad muhammad bin ‘amru, daripada abu salamah daripada abu hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda : sekiranya tidak kerana bimbang menjadi bebanan terhadap umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan solat.

Page 28: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Dalam rangkaian sanad ini, perawi yang bernama Muhammad bin ‘Amru kurang sempurna penjagaan hadisnya sebagai perawi dhabit, dimana hafalannya kurang baik.

Page 29: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Hasan li ghairih:

حديث أبي سعيد الخدري رضي .الله عنه : ال ضرر وال ضرار

Hadis ini asalnya hadis dai’f tetapi ia turut diriwayatkan oleh al-dar qutni dan al-hakim yang menyokong hadis ini bertaraf hasan lighairih.

Page 30: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HADIS MARDUD (HADIS DHAIF)

MARTABAT HADIS DAN

HUKUM BERAMAL(oleh : Fatihah Ab Rahman)

Page 31: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

PENGERTIAN• Dari segi bahasa:– Bermaksud lemah, lawan kepada

kuat.• Dari segi istilah Ahli Hadis : – Menurut Ibnu Al-Salah : Setiap hadis

yang tidak menepati syarat-syarat hadis Sahih dan juga syarat hadis Hasan.

– Ia adalah hadis yang gugur satu atau lebih syarat-syarat Maqbul.

Page 32: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SEBAB HADIS DHAIF LEMAH (SUDUT HUJAH)

TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT

SAHIH

TERDAPAT KECACATAN ATAU

ILLAT

PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT

SANAD TIDAK BERSAMBUNG

TERDAPAT KEGAGALAN ATAU

SYAZ

Page 33: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

JENIS-JENIS HADIS DHAIF

2 SEBAB UTAMA

1) Sanad Gugur. 2) Tuduhan terhadap Perawi.

Page 34: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HUKUM BERAMAL1) PENDAPAT yang dipelopori oleh Ibn Al-Arabi

(Mazhab Maliki), al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hazm (bermazhab Syafie) :

“ TIDAK HARUS beramal dengan hadis Dhaif secara muthlak, sama ada hadis itu berkaitan dengan perundangan atau hukum dan sama ada berkaitan Fadhail al-A’mal.

Page 35: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

2) PENDAPAT Imam Ahmad :

“ Jika berkaitan dengan GALAKAN dan ANCAMAN, kami tidak terlalu ketat mengenai sanadnya. Imam Ahmad akan meriwayatkan hadia tersebut dengan menyebut semua perwainya ( jika tiada yang thiqah untuk hujah).

“ Untuk BERAMAL dengan perkara berkaitan KELEBIHAN AMALAN SOLEH SAHAJA ( spt kelebihan BACAAN AQ & kelebihan ZIKIR)

Page 36: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

3) PENDAPAT Imam al-Nawawi dan Ibn Hajar al-Asqalani:

“Hadis Dhaif boleh dijadikan HUJAH dalam perkara berhubung dengan Fadhail ‘Amal, kisah-kisah, galakan dan ancaman serta seumpamanya.

“ TIDAK BOLEH dijadikan hujah syarak kerana TIDAK BOLEH digunakan sebagai dalil dalam perkara : AKIDAH, HUKUM DASAR.”

Page 37: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SYARAT BERAMAL• Menurut pendapat al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :

1) Hadis ini asalnya BOLEH BERAMAL spt Tilawah AQ dan BERDOA.

2) Hadis ini TIDAK MENSABITKAN HUKUM SYARAK / menjelaskan SIFAT-SIFAT ALLAH. ( tidak berkaitan

AKIDAH&HUKUM HAKAM)

Page 38: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

SYARAT BERAMAL

3) Ia BUKAN HADIS PALSU (Mawdu’).

4) Hendaklah BERHATI-HATI dari sudut PEGANGAN ketika beramal dengannya.

Page 39: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

HIKMAH MENGETAHUI JENIS-JENIS HADIS

DISEDIAKAN OLEH : MORFARAHIN BT HAMDAN

Page 40: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Mengelakkan Pendustaan (sekalipun tanpa sengaja) Dalam Hadis

• Antara kepentingan mempelajari hadis ialah untuk mengelakkan berlakunya pendustaan kepada Nabi s.a.w. Pendustaan kepada Nabi s.a.w. merupakan

dosa yang sangat besar, bahkan melebihi dosa berzina lagi. Dalam satu hadis yang mutawatir, yang

diriwayatkan oleh berpuluh-puluh orang sahabat, Nabi s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Sesiapa yang sengaja berdusta ke atasku (mereke-reka sabdaan yang aku tidak sabdakan),

maka tempahlah tempatnya di dalam neraka”.

Page 41: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

Hadis Adalah Sebaik-baik Ilmu

• Ilmu hadis merupakan ilmu yang paling penting dan paling mulia. Dan orang-orang

yang berkecimpung secara mendalam dalam ilmu ini merupakan orang-orang pilihan Allah.

Perkara ini diakui oleh para ulamak.

Page 42: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Menilai hukum sesuatu hadis. Jika hadis itu sahih, maka wajib diamalkan, dan jika tidak, maka tidak

wajib diamalkan.

• Mengetahu sejauh mana tahap kesahihan dan kedhaifan sesuatu hadis. Ini kerana, ada juga

hadis dhoif yang boleh menjadi “hasan lighairih”, lalu ia juga mesti diamalkan. Dan juga hadis dhoif boleh diamalkan untuk kelebihan amalan, jika ia

tidak terlalu dhoif.

Page 43: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

• Mencari pendapat yang lebih tepat tentang hukum sesuatu hadis, jika berlaku khilaf di kalangan ilamak tentang status hukumnya.

• Mengelakkan daripada kesilapan dalam aqidah atau amalan, bila mengamlkan hadis

yang tidak diketahui kesahihannya.

• Tidak mahu secara tidak sengaja menyebarkan hadis yang sudah tidak boleh disebarkan

seperti hadis palsu atau yang terlalu dhoif.

Page 44: 5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete

سكيانتريما

! كاسيه