Upload
azie-zaki
View
683
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
hukum membaca, memegang dan mengambil upah membaca alquran
Citation preview
BAHAN GRAFIK ( POWER POINT )
HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG BERHADAS
HUKUM MENYENTUH AL-QURAN BAGI ORANG
BERHADAS
HUKUM MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR
AL-QURAN
HUKUM
1) MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS .
2) MENYENTUH AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS .
3) MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN
HUKUM MEMBACA AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS
ORANG YANG BERHADAS KECIL
• Imam As-Thahawi mengatakan. Kami meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mengenai bolehnya berzikir kepada Allah tanpa wuduk dan juga membaca Al-Quran
• Diriwayatkan daripada Sai’d bin Jabir, ia berkata:“ Ibn Abbas dan ibn umar pernah membaca Al-Quran pada saat keduanya tidak dalam keadaan berwuduk”
ORANG YANG BERHADAS BESAR
• Jumhur Fuqaha’ berpandangan bahawa orang yang berjunub tidak diperbolehkan membaca Al-Quran.
BAGI PENDAPAT MAZHAB SYAFIE
• Imam Syafi’e berkata:“ Orang yang berjunub tidak boleh membaca Al-Quran walaupun hanya sebahagian ayat sahaja kerana sesungguhnya bacaan tersebut mengurangi kehormatan yang wajib diberikan kepada Al-Quran.”
• Diharamkan perempuan haid membaca Al Quran walaupun satu huruf sekalipun melainkan perempuan itu:
1) Berniat zikir2) Membaca doa
* Dengan syarat tidak diniatkan membaca al-Quran.
• Diharamkan bagi perempuan haid membaca Al Quran melainkan jika perempuan itu seorang guru.
• Dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran dengan syarat:1) perempuan itu hendaklah mengajarkan anak muridnya satu
kalimah-satu kalimah, iaitu dengan memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain dan tidak boleh disambungkan kalimah-kalimah itu
2) dan tidak boleh perempuan itu membaca ayat, tetapi dibolehkan perempuan itu membaca ayat Al Quran kerana membuka sesuatu perkara yang dibacakan basmalah (bismillahirrahmanirrahim)
3) dan begitu juga dibolehkan ke atas perempuan itu membaca ayat-ayat pendek dengan niat doa atau memuji Allah.
BAGI PENDAPAT MAZHAB HANAFI
• Mazhab Hanbali mengatakan: “ Seseorang tidak boleh mebaca Al-Quran kecuali setelah dia bersuci.”
• Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Orang yang junub dan haid tidak diperbolehkan untuk membaca sedikit pun ayat Al-Quran.”
BAGI PENDAPAT MAZHAB HANBALI
• Mazhab Maliki mengatakan:“ Orang junub diperbolehkan untuk membaca
sedikit ayat Al-Quran.” Yang dimaksudkan dengan sedikit ayat Al- Quran iaitu seseorang yang memohon perlindungan dengan membaca Taawwuz/ ayat Kursi.
BAGI PENDAPAT MAZHAB MALIKI
HUKUM MENYENTUH
AL-QURAN BAGI ORANG YANG BERHADAS
Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa tidak boleh menyentuh Al-Quran semasa berhadas.
• Mereka berhujah dengan firman Allah yang bermaksud:“Pada kitab terpelihara (Luh Mahfuz) tidak menyentuhnya kecuali hamba-hambanya yang disucikan.”
(surah Al-Waqi’ah: 78-79)
Menurut mazhab Imam Hanafi:“Seseorang tidak diperbolehkan untuk menyentuh Kitab Tafsir Al-Quran kerana sesungguhnya menyentuk Kitab Tafsir adalah sama dengan menyentuh Al-Quran. ”
Menurut mazhab As-Syafi’e:“Orang yang berhadas tidak diharamkan untuk menyentuh buku tafsir jika jumlah tafsirnya lebih banyak daripada ayat Al-Qurannya.”
HUKUM MENGAJAR AL-QURAN
HUKUM MENGAJAR
• Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.
HUKUM MENGAJARTidak dibolehkan bagi orang yang berjunub
untuk mengajar Al-Quran.
Hal itu berdasarkan hadits yang berbunyi:�ا : • ْي ًئ َش" &ُض$ اْل َح"اِئ " َو"َال $ُب$ اْل ُج$ُن $ ُأ "ْق َر" َي " َال اْلله رسول قال
آِن& اْل ْق$َر ِم&َن"Rasulullah Salallahu’alaihi wassalam bersabda:'Orang yang junub dan wanita yang haid tidakboleh membaca al-Qur`an."
Terdapat juga sebagian ulama membolehkan bagi yang haid untuk membaca al-Qur`an bila ia takut lupa terhadap hafalan yang akan di ujikan dan ia boleh membaca sebagian ayat sebagaimana boleh berzikir dan berdoa dengan ayat-ayat yang disebutkan dalam wirid.
HUKUM MENGAMBIL UPAH
MENGAJAR AL-QURAN
ORANG YANG MENGAJAR AL-QURAN TERBAHAGI KEPADA 3 GOLONGANGolongan yang
mengajar al-Quran semata-
mata kerana Allah tanpa mengambil
sebarang balasan atau keuntungan.
Golongan yang mengajar al-
Quran dengan mensyaratkan
upahnya.
Golongan yang mengajar al-Quran tanpa
mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan
menerimanya. Harus bagi
mereka menerima hadiah.
Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang
balasan atau keuntungan.
Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' a.s.
Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya.
Sebahagian ulama mengatakan:
Tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW: “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”.
Sementara sebahagian ulama lain berkata:
Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].
Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah
mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.
dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau
menerima hadiah mereka.
Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak.
Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.
Imam Hassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.
Imam Ibnu Rushd al Hafid menjelaskan, Adapun meminta
upah untuk mengajarkan al-Quran, sekelompok fuqaha
berselisih pendapat dengan memakruhkannya , namun
sebahagian yang lain mengharuskannya. Mereka yang
mengharuskannya telah mengqiaskan pada amalan yang
lain dan berhujah dengan apa yang diriwayatkan oleh
Kharijah bin al-Somit dari bapa saudaranya beliau berkata :
“Aku telah menerima Islam dari sisi Nabi saw. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan
aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena
penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya
berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa kamu ini telah datang dari
lelaki (Nabi saw) yang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati
untuk merawat si malang ini ?”. Maka aku katakan kepada mereka: “YA” Lalu aku pun
menjampikannya dengan surah al-Fatihah selama 3 hari setiap pagi dan petang. Dengan izin
Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya
menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku berkata kepada mereka: “Jangan
sehinggalah aku bertanyakan hal ini kepada Nabi saw terlebih dahulu”. Aku kemudiannya
terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku.
Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:”Adakah engkau (telah menambah dengan apa-
apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”"Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah
S.A.W. bersabda: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama
sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya
kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.
Al-Hakam bin Utaibah berkata : Tidak aku ketahui
seseorang pun (dari kalangan sahabat dan tabi’in) yang
memakruhkan untuk mengupah seorang guru. Dan apa
yang SAHIH dari ‘Atho dan Abi Qilabah adalah HARUS
mengupah guru untuk mengajar al-Quran. Hasan al-
Basri dan ‘Alqamah di dalam satu pendapat mereka turut
mengHARUSkan memberi upah dalam kerja menyalin
al-Quran. (Kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm, juzuk 8
m/s 196).
Akhir sekali kita ambil penjelasan dari kitab Tuhfatul Ahwazi karya
Abd Rahman al-Mubarakfuri dalam juzuk 6 m/s 191 :
Imam al-Syafie memberi izin bagi guru yang mengajarkan al-Quran diambil
upahnya. Sependapat dengan al-Syafie beberapa Imam lain seperti Imam
Malik, Ahmad, Ishaq (ibn Rahawaih), Abu Tsaur dan selain mereka dari
kalangan ulama SALAF dan para ulama selepas mereka. Ulama yang
menCEGAH perbuatan tersebut hanyalah Imam Abu Hanifah yang
mengharuskannya hanya di dalam jampi sahaja (berpaksikan hadis di atas)
sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab syarah
Muslimnya. Dan berkata pula Imam al-Hafiz (Ibn Hajar) sesungguhnya
dinaqalkan daripada Iyadh (al-Qadhi Iyadh al-Maliki) diharuskan mengambil
upah dari mengajarkan al-Quran dari SELURUH ULAMA kecuali ulama Hanafi
sahaja.
1. http://bahteraemass.blogspot.com/2012/04/hukum-mengambil-upah-mengajar-al-quran.html
2. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.0
3. Abdul Karim Zaidan (1993). Ensiklopedia Hukum Wanita dan Keluarga. Robbani Press: Jakarta
SEKIAN