11
11 PENASIHAT PN. ZUBAIDAH BT JAAFAR (GURU BESAR) PENOLONG PENASIHAT 1 PN. NORIDA BT ANNUAR (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) PENOLONG PENASIHAT 2 PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) PENOLONG PENASIHAT 3 EN. MOHD NIZAR BIN ZAINOL (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) KETUA EDITOR PN. SITI MUSLEHA BT MUSA (JURUTEKNIK KOMPUTER) SIDANG EDITOR PN. ZAHRATUL AKMAL BT YAHAYA (KP BM) PN. JEEVAJOOTHY A/P PALAYAN (KP BI) PN. NOOR HASIMAH BT MOHAMAD ANSOR (KP MT) PN. VANITHA A/P KANNAN (KP SN) PN. FARIDAH BT YUSOFF (KP PI) PN. KHAIRUNNISA BT BARUDDIN (KP PM) EN. SABARUDIN BIN MOHAMAD YUSOF (KP PSV) PN. FATIMAH BT ABDULLAH (KP PSK) PN. SITI FATIMAH BT MAT DAUD (KP PMZ) PN. NOORDINA BT MOHD HARON (KP PJK) PN. HANISAH BT HARON (KP KH) PN. NORAZIMAH BT AZIZ (KP KT) PN. SITI NORBAYA BT ABDULLAH ZAWAWI (KP SJ) EN. MOHD ROSHAYDI BIN AHMAD (KP RBT) PN. FARIDAH BT ABDULLAH (KP TMK) PN. RUHUL HUDA BT ABD HALIM (KP BA) PN. D.RHAYVADHI A/P DEVATHASI (KP BT) PN. SHAHANUM BT HAMID (PEMULIHAN) PN. SAODAH BT MAT YOB (PRASEKOLAH) SIRI H SEKAPUR GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI ASSALAMUALAIKUM, DAN SALAM SEJAHTERA Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah memberikan keizinan dan kekuatan kepada kita bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Penerbitan Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi Tahun 2015 Siri 2 (Edisi Sekolah) menggambarkan komitmen dan kesepakatan yang jitu dikalangan warga sekolah dalam menghimpunkan maklumat yang dipaparkan melalui buletin ini. Terhasilnya buletin ini bukan sahaja catatan peristiwa dan aktiviti sekolah semata-mata, malah boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan akan segala peristiwa dan kejayaan sekolah yang dicapai sepanjang tahun 2015. Peristiwa, aktiviti dan kejayaan yang dimuatkan dalam buletin ini boleh dijadikan asas untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam merangka program yang lebih baik dan membawa impak yang maksimum kepada sistem pendidikan kita. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini. Saya percaya segala maklumat yang dipaparkan boleh dimanfaatkan sebagai satu himpunan aktiviti dan kejayaan yang seharusnya disimpan malahan juga boleh dijadikan sumber rujukan serta peransang untuk kita terus berjaya pada masa hadapan selaras dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan kini. PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI ASSALAMUALAIKUM, DAN SALAM SEJAHTERA Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana izinNya jualah maka Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi ini dapat diterbitkan untuk tatapan semua warga Sekolah Kebangsaan Jawi. Dengan adanya buletin ini adalah diharapkan supaya setiap aktiviti yang

Buletin siri2 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Buletin siri2 2015

11

PENASIHATPN. ZUBAIDAH BT JAAFAR

(GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT 1PN. NORIDA BT ANNUAR

(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PENOLONG PENASIHAT 2PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALI

(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

PENOLONG PENASIHAT 3EN. MOHD NIZAR BIN ZAINOL

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

KETUA EDITORPN. SITI MUSLEHA BT MUSA

(JURUTEKNIK KOMPUTER)

SIDANG EDITORPN. ZAHRATUL AKMAL BT YAHAYA (KP BM)

PN. JEEVAJOOTHY A/P PALAYAN (KP BI)PN. NOOR HASIMAH BT MOHAMAD ANSOR (KP MT)

PN. VANITHA A/P KANNAN (KP SN)PN. FARIDAH BT YUSOFF (KP PI)

PN. KHAIRUNNISA BT BARUDDIN (KP PM)EN. SABARUDIN BIN MOHAMAD YUSOF (KP PSV)

PN. FATIMAH BT ABDULLAH (KP PSK)PN. SITI FATIMAH BT MAT DAUD (KP PMZ)PN. NOORDINA BT MOHD HARON (KP PJK)

PN. HANISAH BT HARON (KP KH)PN. NORAZIMAH BT AZIZ (KP KT)

PN. SITI NORBAYA BT ABDULLAH ZAWAWI (KP SJ)EN. MOHD ROSHAYDI BIN AHMAD (KP RBT)

PN. FARIDAH BT ABDULLAH (KP TMK)PN. RUHUL HUDA BT ABD HALIM (KP BA)

PN. D.RHAYVADHI A/P DEVATHASI (KP BT)PN. SHAHANUM BT HAMID (PEMULIHAN)PN. SAODAH BT MAT YOB (PRASEKOLAH)

EN. DZULHASDI BIN MAT ZAMAN (KAUNSELING)PN. NOORAINI BT NOOR (SAL)

PN. HJH RODZIAH BT IBRAHIM (STUDIO)PN. SUGANTHI A/P NALLATHAMBI (DR.MUDA)

FOTOGRAFIEN. CHE SALIM BIN OTHMAN (PSS)

PN. NOOR LUBNA BT ISMAIL (PIBG)PN. NOR HAFIZOH BT NORDIN (JQAF)

PN. ROHANI BT OSMAN (DATA)

SIRIHSEKAPUR

Mutiara Kata : Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari salah dan berani mengaku adalah lebih satria.

GURU BESARSEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

ASSALAMUALAIKUM,DAN SALAM SEJAHTERA

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana telah memberikan keizinan dan kekuatan kepada kita bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Penerbitan Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi Tahun 2015 Siri 2 (Edisi Sekolah) menggambarkan komitmen dan kesepakatan yang jitu dikalangan warga sekolah dalam menghimpunkan maklumat yang dipaparkan melalui buletin ini.

Terhasilnya buletin ini bukan sahaja catatan peristiwa dan aktiviti sekolah semata-mata, malah boleh dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan akan segala peristiwa dan kejayaan sekolah yang dicapai sepanjang tahun 2015. Peristiwa, aktiviti dan kejayaan yang dimuatkan dalam buletin ini boleh dijadikan asas untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam merangka program yang lebih baik dan membawa impak yang maksimum kepada sistem pendidikan kita.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini. Saya percaya segala maklumat yang dipaparkan boleh dimanfaatkan sebagai satu himpunan aktiviti dan kejayaan yang seharusnya disimpan malahan juga boleh dijadikan sumber rujukan serta peransang untuk kita terus berjaya pada masa hadapan selaras dengan transformasi pendidikan yang dilaksanakan kini.

PENOLONG KANAN PENTADBIRANSEKOLAH KEBANGSAAN JAWI

ASSALAMUALAIKUM,DAN SALAM SEJAHTERA

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana izinNya jualah maka Buletin Sekolah Kebangsaan Jawi ini dapat diterbitkan untuk tatapan semua warga Sekolah Kebangsaan Jawi. Dengan adanya buletin ini adalah diharapkan supaya setiap aktiviti yang dijalankan dapat dimaklumkan kepada semua warga sekolah dan seterusnya dapat berkongsi maklumat untuk memajukan kualiti pendidikan Negara selaras Transformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kemaafan dipinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam terbitan sulung ini dan komen-komen yang membina daripada warga pendidikan amat dialu-alukan.

Page 2: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP (12 MAC 2015) Kejohanan Olahraga ini telah berlangsung di SMK Mutiara Impian dimana SK Jawi turut menyertai dalam beberapa acara yang di pertandingkan. Antaranya penyertaan dan kejayaan yang telah dicapai ialah

PENYERAHAN BANTUAN KWAPM (13 MAC 2015)Program Penyerahan Bantuan KWAPM ini bertujuan untuk menyerahkan duit bantuan persekolahan kepada murid yang didalam keluarga yang berpendapatan sederhana atau miskin. Guru kelas telah ditugaskan untuk menguruskan penyerahan duit ini kepada ibubapa mereka yang hadir. Dengan adanya bantuan sebegini, sekurang-kurangnya telah membantu ibubapa dalam merancang untuk kegunaan persekolahan anak mereka.

MERENTAS DESA (27 - 28 MAC 2015)Program ini bertujuan untuk membina stamina dan kecerdasan murid-murid dalam bersukan. Program ini melibatkan semua murid SK Jawi dimana murid-murid akan berlari merentasi check point yang telah ditetapkan dan diawasi oleh guru-guru yang ditugaskan setiap check point. Laluan merentas desa dikawal oleh polis trafik dari IPD SPS, Jawi bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar dan terkawal. Setiap pemenang akan menerima hadiah sebagai tanda telah berjaya sampai ke garisan penamat.

MTQ (16 MAC 2015)Pertandingan MTQ Peringkat Daerah diadakan di SK Sungai Bakap Indah. Guru pembimbing yang terlibat Pn. Faridah bt Yusoff, Pn. Norhafizoh bt Nordin, En. Mohd Fairuz b. Ismail, Pn. Mardziyah bt Salleh, Pn. Nafizah bt Md. Akhir. Kejayaan yang dicapai di dalam pertandingan ini ialah Naib Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki), Naib Johan Bercerita (Lelaki), Ketiga Bercerita (Perempuan), Ketiga Tilawah Al-Quran (Perempuan), Ketiga Kalam Jamaie dan Ketiga Kompang Selawat.

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM BIG (13 MAC 2015)Semua warga SK Jawi mengalu-alukan kedatangan rombongan PPG Bahasa Tamil Kohort-2 yang mengadakan Program BIG di SK Jawi. Program ini bertujuan untuk mendedahkan mereka tentang penyertaan atau penglibatan warga sekolah yang mencapai kejayaan disamping persekitaran sekolah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran di SK Jawi. Di samping itu dapat mendedahkan mereka bahawa SK Jawi di antara sekolah yang cemerlang di dalam Kurikulum, Kokurikulum mahupun pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Page 3: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

KEJOHANAN BOLA BALING LELAKI (31 MAC 2015)Kejohanan Bola Baling Kategori Lelaki 12TKB Peringkat Negeri ini telah berlangsung di Pusat Komuniti Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Seramai 5 orang murid SK Jawi telah mewakili sekolah ke peringkat negeri Pulau Pinang. Pencapaian mereka di dalam Kejohanan Bola Baling ini ialah Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada mereka dan guru pembimbing serta semua ahli pasukan bola baling peringkat negeri Pulau Pinang. Semoga kejayaan ini akan terus menaikkan usaha mereka untuk kejayaan yang lebih tinggi.

PERASMIAN BILIK KELAB DOKTOR MUDA (1 APRIL 2015)Perasmian Bilik Kelab Doktor Muda ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang iaitu Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin. Selain perasmian, aktiviti lain yang dijalankan ialah persembahan murid, kedai jualan dari kalangan guru dan murid yang mewakili kelab masing-masing, pameran dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPS serta pameran kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bukit Panchur. Program ini telah mendapat sambutan dikalangan ibubapa juga.

PERTANDINGAN PENANG GERM BUSTER RACE (2 APRIL 2015)Pertandingan Penang Germ Buster Race ini telah dijalankan di Institut Latihan Kecemerlangan Mara (ILKM) Jawi. Di dalam pertandingan ini SK Jawi telah memenangi tempat Naib Johan. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Noorhasimah bt Mohamad Ansor, Pn. Zahratul Akmal bt Yahaya dan Pn. Norazimah bt Aziz. Program ini bertujuan menguji IQ murid untuk berfikir dengan menggunakan aras tinggi. Tahniah diucapkan di atas kejayaan yang telah dicapai dan teruskan usaha yang lebih baik.

MAASAS (4 APRIL 2015)MAASAS peringkat Daerah SPS ini telah diadakan di SMKA Nibong Tebal, SPS, Pulau Pinang. SK Jawi telah menyertai 2 acara iaitu Kompang Selawat dan Kalam Jamaie dan telah memenangi tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan murid SK Jawi. Persembahan dari SK Jawi telah dilakukan dengan baik oleh semua ahli pasukan. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan terus menaikkan nama SK Jawi ke persada kecemerlangan.

LAWATAN PENANDA ARAS SK JAWI KE SK CONVENT CAMERON HIGHLANDS, PAHANG (30 MAC 2015)Lawatan ini melibatkan beberapa orang pentadbir, guru, staf dan murid SK Jawi. Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk membina jalinan antara SK Jawi dengan SK Convent Cameron Highlands. Melalui lawatan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dengan amalan terbaik yang digunakan di SK Convent Cameron Highlands. Selain itu, ia dapat berkongsi pengalaman serta rahsia kejayaan SK Convent Cameron Highlands sehingga mereka telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Page 4: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

KAWAD PPIM (9 APRIL 2015)Kawad Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia telah diadakan di Perda-Tech Bukit panchur. Pasukan SK Jawi ialah murid seramai 44 orang dan guru pembimbing seramai 6 orang. Melaui program ini ahli PPIM dapat membina disiplin yang tinggi disamping menguji ketahan fizikal dan mental mereka. Selain itu, ia menggalakkan budaya berkerjasama dalam pasukan di sepanjang pertandingan. Tahniah di ucapkan kepada pasukan SK Jawi dan guru pembimbing kerana Berjaya memenangi tempat naib johan daerah.

KEM TAHUN 6 (11-12 APRIL 2015)Kem Tahun 6 telah dijalankan dengan jayanya di PULAZA, Pulau Pinang. Semua murid tahun 6 terlibat dalam program yang dijalankan ini sebagai program motivasi yang diadakan untuk murid tahun 6 setiap tahun bagi memantapkan jati diri murid dari segi fizikal dan mental yang bakal menjadi calon UPSR 2015 nanti. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program ini. Beberapa guru pembimbing turut menyertai program ini untuk memberi semangat kepada murid tahun 6 supaya mereka lebih semangat dan akan memberi tumpuan sebaiknya untuk peperiksaan UPSR nanti.

PROGRAM KESIHATAN (11 APRIL 2015)Program Kesihatan ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar cara-cara memelihara kebersihan diri dan kesihatan. Aktiviti yang turut dijalankan adalah persembahan dari pelajar SK Jawi. Dengan adanya program seperti ini, murid-murd dapat mengetahui serba sedikit tentang penjagaan diri dan keselamatan diri mereka dengan baik dan berkesan. Selain itu ialah membina keyakinan diri dan melatih budaya bekerjasama dalam pasukan.

PESTA PANTUN DAERAH (8 APRIL 2015)Pesta Pantun peringkat Daerah SPS 2015 kali ini telah diadakan di SK Jawi. SK Jawi telah menjadi tuan rumah bagi program ini. Seluruh warga SK Jawi turut bekerjasama dalam menjayakan program ini agar ianya berjalan dengan lancar. Seramai 5 orang pemantun dari SK Jawi yang dibimbing di bawah Pn. Siti Fatimah bt Mat Daud, Pn. Noor Haida bt Shohaili dan Pn. Zahratul Akmal bt Yahaya. SK Jawi telah menjuarai pertandingan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga SK Jawi yang terlibat.

PROGRAM TAHUN 6 BERSAMA USM (10 & 17 APRIL 2015)SK Jawi telah mengadakan jalinan bersama USM iaitu program murid tahun 6 bersama pelajar USM. Melalui program ini, murid tahun 6 dapat memperolehi beberapa tips kejayaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Selain itu ia dapat menaikkan semangat murid-murid tahun 6 supaya mereka lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Di dalam program ini, pelajar USM turut mengadakan beberapa aktiviti yang menguji minda dan motivasi yang dapat diamalkan oleh murid tahun 6 sebelum dan selepas peperiksaan UPSR.

Page 5: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

KARNIVAL BAHASA - SCRABBLE (14 APRIL 2015)Program Scrabble yang diadakan di dalam Karnival Bahasa ini telah berlangsung di SJKC Kampung Jawi. Program ini merupakan salah satu permainan bahasa yang memerlukan kemahiran berfikir dalam membina perkataan didalam perkataan yang dibina dikalangan pemain-pemainnya. Di dalam permainan ini, idea yang menarik yang menghasilkan perkataan yang betul dengan jayanya akan dikira sebagai pemenang. Di dalam permainan ini, SK Jawi tetap mendapat saguhati sebagai penyertaan. Tahniah.

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP NEGERI(16 APRIL 2015)Kejohanan Bola Sepak MSSPP Negeri Pulau Pinang ini telah diadakan di Penang Free School. Pasukan bolasepak peringkat negeri turut diwakili oleh murid dari SK Jawi seramai 3 orang murid dimana mereka telah mewakili Zon Nibong Tebal. Kejayaan mereka ialah mendapat naib johan untuk kategori 12TKB. Malahan seorang murid turut melayakkan untuk mewakili Negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan iaitu adik Aman Syamim. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan berpihak kepada pasukannya.

KEJOHANAN CATUR (16 APRIL 2015)Kejohanan Catur 12TKB peringkat daerah ini telah disertai oleh 2 orang wakil murid SK Jawi. Beliau telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar kepada beliau. Tahniah diucapkan terutamanya kepada adik Nurul Akma Quzaina kerana berjaya memenangi tempat dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Semoga mereka akan meneruskan usaha ke arah kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

PROGRAM SEGAK (16 APRIL 2015)Program SEGAK ini telah diadakan di Dewan Ar-Razi, SK Jawi. Program ini merupakan program Pendidikan Kesihatan dan Jasmani. Ia merupakan latihan dan ujian bagi mengetahui tahap kecerdasan fizikal mereka. Program ini telah dibimbing oleh Pn. Noordina bt Mohd Haron, Pn. Rubavathi a/p Arumugam, Pn. Siti Holijah bt Ghazali dan En. Mohd Roshaydi bin Ahmad. Semoga program ini dapat meningkatkan stamina murid dalam mengekalkan kesihatan mereka dengan lebih baik.

MINI PARLIMEN (13-16 APRIL 2015)Seramai tiga orang murid SK Jawi iaitu adik Noor Amirah Aisyah bt Zaiffri, Muhammad Muizzudin bin Mohd Zaili dan Muhammad Syahmi bin Ishak telah terpilih menjadi ahli parlimen kanak-kanak dalam rancangan bersiri RTM iaitu Mini Parlimen. Rancangan bual bicara kanak-kanak membahaskan sesuatu isu berkaitan di Malaysia ini. Apa yang membanggakan adalah mereka ini turut bergandingan dengan pelakon-pelakon cilik tanah air untuk memberi nafas baru kepada rancangan Mini Parlimen 2015.

Page 6: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

KARNIVAL SAINS – MATH MAGIC (18 APRIL 2015)Program Math Magic yang diadakan dalam Karnival ini telah diadakan di SMK Permatang Pasir. Tujuan program ini adalah menguji kepantasan murid dalam menyelesaikan masalah pengiraan. Program ini akan menguji kepantasan membuat keputusan bagi penyelesaian masalah tersebut dan menyatakan jawapan yang betul. Peserta yang paling banyak berjaya menjawab dengan tepat akan dikira sebagai pemenang. Kumpulan SK Jawi telah menjadi juara.

PESTA PANTUN NEGERI (22 APRIL 2015)Kejayaan Pesta Pantun Daerah SPSP yang lalu telah melayakkan pemantun SK Jawi ke peringkat Negeri yang telah diadakan di SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang. Pasukan pemantun SK Jawi telah memenangi Naib Johan Negeri. Tahniah diucapkan kepada pemantun dan guru pembimbing pesta pantun. Diharap Pasukan Pemantun SK Jawi tidak berputus asa dan semoga teruskan udaha ke peringkat yang lebih tinggi.

ANUGERAH SLAAS (23 APRIL 2015) SK Jawi telah diberi Pensijilan Khas Sekolah Harapan dalam Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2013 / 2014. Sijil ini telah diterima oleh guru besar SK Jawi sebagai penganugerahan kepada SK Jawi di atas kejayan warga sekolah yang bertungkus lumus dan bekerjasama merealisasikan impian sekolah untuk menjadikan SK Jawi sekolah cemerlang alam sekitar. Dengan kejayaan ini maka terbuktilah bahawa SK Jawi sememangnya cemerlang setara dengan kebitaraan alam sekitar sekolah kluster kecemerlangan.

KEJOHANAN CATUR (23 APRIL 2015)Kejohanan Catur ini telah disertai oleh adik Nurul Akma Quzaina bt Khairolnisal dari kelas 4 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Jawi. Beliau telah memenangi tempat keenam yang diadakan SJKC Shang Whu, Air Itam. Dengan kejayaan yang dicapai telah melayakkan beliau untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Semoga beliau mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar kepada beliau.

KEMPORI PENGAKAP (24-26 APRIL 2015)Kempori Pengakap peringkat daerah SPS ini telah diadakan di SK Sungai Acheh selama 3 hari. Murid-murid dan guru pembimbing pengakap SK Jawi turut terlibat dalam program ini. Kempori Pengakap ini menjalankan aktiviti seperti perkhemahan dan beberapa ilmu unit beruniform pengakap yang telah diberi semasa program dijalankan. Tahniah diucapkan kepada murid SK Jawi kerana begitu bersemangat dalam menjayakan program ini dengan baik.

Page 7: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PENGHARGAAN SEKOLAH - ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN (27 APRIL 2015)

Anugerah Kecemerlangan Sukan kepada murid-murid SK Jawi ini merupakan penghargaan sekolah kepada mereka yang telah berjaya dalam setiap pertandingan yang telah mengharumkan nama SK Jawi di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Semoga dengan penghargaan dan penganugerahan ini, mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Tahniah.

PERTANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK KELOMPOK R1 (28 APRIL 2015) Pertandingan Kokurikulum Akademik Kelompok R1 Bahasa Melayu diadakan di SK Sungai Bakap manakala Bahasa Inggeris pula diadakan di SJKC Kampung Jawi. Kategori Bahasa Melayu telah memenangi Johan dalam setiap acara manakala Bahasa Inggeris pula memenangi Johan Poem, Naib Johan Story Telling, Ketiga Choral Speaking dan Saguhati Action Song. Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 (29 APRIL 2015)Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 ini telah diadakan di Perda-Tech Bukit Panchur, Pulau Pinang. Seramai 6 orang penerima APC SK Jawi iaitu Pn. Zubaidah bt jaafar, Pn. Maznah bt Mohd Ghazali, Pn. Rubavathi a/p Arumugam, Pn. Rodziah bt Ibrahim, Pn. Nora bt Nordin dan En. Abdul Razak bin Kamaruddin. APC merupakan penganugerahan di atas kecemerlangan penjawat awam di atas penilaian prestai mereka di tahun semasa mereka berkhidmat di tempat kerja.

PIDATO IDOLA PENANG GREEN COUNCIL (25 APRIL 2015)Pidato Idola atau pertandingan pengucapan awam ini telah diadakan di Penang Green Council. Murid SK Jawi iaitu Adik Syazrin Amanda binti Rosli telah berjaya di peringkat separuh akhir yang diadakan di Straits Quay Retail Marina sempena penganjuran program ‘Think Green, Go Green’. Beliau telah dipilih sebagai 5 finalis yang akan bertanding di peringkat akhir di pusat membeli belah 1st Avenue sempena penganjuran Karnival Hijau Pulau Pinang 2015.

SUKANTARA (29-30 APRIL 2015)Sukantara diadakan bagi melatih murid-murid mengekalkan stamina mereka untuk bersukan dan mendedahkan kepada mereka bahawa kesihatan fizikal juga penting untuk mereka sentiasa sihat. Latihan sukan turut dijalankan bagi melatih murid-murid yang layak memasuki acara yang dipertandingkan semasa Hari Sukan Sekolah pada 26 Mei 2015. Melalui sukaneka ini sekolah akan mempunyai olahragawan dan olahragawati bagi mewakili sekolah ke peringkat setersunya.

Page 8: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PERTANDINGAN PIDATO SKK KEBANGSAAN (7 MEI 2015)Pertandingan Pidato SKK Kebangsaan ini telah diadakan di Unisza, Terengganu. Adik Syazrin Amanda binti Rosli telah menyertainya yang telah dibimbing oleh Pn. Rodziah bt Ibrahim. Adik Syazrin telah memenangi Johan Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada adik Syazrin dan Pn. Rodziah kerana Berjaya mengharumkan nama SK Jawi ke peringkat kebangsaan dan meletakkan SK Jawi di persada kecemerlangan.

PERKHEMAHAN PPIM (8 MEI 2015)Perkhemahan Unit Beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia telah diadakan di . Pasukan SK Jawi ialah murid seramai 4 orang dan guru pembimbing seramai 2 orang. Objektif perkhemahan ini adalah untuk mendedahkan mereka kepada beberapa aktiviti yang menguji ketahan fizikal dan mental mereka di samping menggalakkan budaya berkerjasama dalam berpasukan semasa menjalankan aktiviti di sepanjang kem ini. Tahniah di ucapkan kepada pasukan SK Jawi. Semoga terus bersemangat dalam aktiviti yang diadakan di masa hadapan.

PERSAHABATAN SOFTBOL (8 MEI 2015)Persahabatan Softbol antara SK Jawi dengan SKKB telah diadakan di SK Kampung Baru, Bukit Mertajam. Program ini diadakan untuk membina jalinan antara kedua-dua sekolah dan melatih pasukan softbol sekolah untuk terus memberikan yang terbaik semasa dalam permainan softbol. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Rubavathi a/p Arumugam, En. Mohd Roshaydi bin Ahmad dan En. Sabarudin bin Mohamad Yusof. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

JAMUAN PENGHARGAAN PESERTA MTQ & MASAAS (30 APRIL 2015)Jamuan ini diadakan sebagai penghargaan kepada peserta MTQ dan MAASAS yang telah berjaya dalam acara yang dieprtandingkan. Jamuan ini telah diadakan di De Pauh Garden, Permatang Pauh di mana semua peserta dan beberapa guru pembimbing turut menyertainya. Makanan yang disediakan beserta layanan amatlah baik dan harganya berpatutan. Semoga dengan adanya jamuan penghargaan ini, murid-murid yang terlibat akan terus berusaha untuk kejayaan di masa akan datang.

LAWATAN ILMIAH KE BRUNEI (1 – 4 MEI 2015)Lawatan Ilmiah ini bertujuan untuk membina jalinan antara ahli Kelab Doktor Muda dengan guru-guru SK Jawi dan masyarakat di Brunei. Ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta menyebarkan maklumat tentang program Kelab Doktor Muda disamping dapat mendedahkan murid-murid dari Kelab Doktor Muda SK Jawi kepada sebuah institusi pendidikan di Brunei iaitu SK Sengkurong. Selain itu, ia dapat menilai tahap atau amalan kualiti akademik yang boleh digunakan sebagai penanda aras.

Page 9: Buletin siri2 2015

11

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

KEM BOLA ASTRO KASIH (9 MEI 2015)Kem bola Astro Kasih ini diadakan di Padang TNB, Perai. Seramai 4 orang wakil dari SK Jawi telah menyertai kem bola ini. Melalui program ini, murid-muird dapat didedahkan dengan tips-tips semasa dalam permainan bola supaya lebih cekap semasa bermain. Guru pembimbing yang terlibat ialah Pn. Rubavathi a/p Arumugam. Semoga dengan adanya program sebegini, murid-murid dapat memberikan yang terbaik semasa dalam perlawanan bola nanti.

STATE ENGLISH LANGUAGE FAIR (9 MEI 2015)State English Language Fair ini telah diadakan di SMK Tinggi Bukit Mertajam. Aktiviti yang diajalankan ialah reading corner, writing corner, cooking, raffle, drum presentation, exhibition, coloring corner, language foot step. Pn. Zubaidah bt Jaafar selaku guru besar turut hadir memberi sokongan kepada semua guru yang menyertainya. Semoga dengan adanya program sebegini dapat mempertingkatkan kualiti bahasa inggeris guru-guru semasa dalam PdP masing-masing. Tahniah.

KEJOHANAN CATUR TERBUKA USM (9 MEI 2015)Kejohanan Catur Terbuka 12TKB ini telah diadakan di USM Kampus Kejuruteraan Transkrian. Adik Nurul Akma Quzaina bt Khairolnisal telah memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana bersungguh-sungguh dalam pertandingan tersebut. Walaupun beliau tidak berjaya memperoleh Johan, namun beliau telah memberikan yang terbaik di dalam permainan catur tersebut. Ternyata beliau mempunyai daya pemikiran yang bijak untuk menghabiskan permainan catur tersebut.

KONVENSYEN DOKTOR MUDA DAERAH SPS (11 MEI 2015)Konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah SPS ini telah diadakan di Institut Latihan Kecemerlangan Mara Jawi. Acara yang dipertandingkan yang mendapat kejayaan adalah Johan Sekolah Cemerlang Doktor Muda, Johan Tokoh Doktor Muda, Johan Kuiz Kesihatan, Johan Bicara Spontan BM, Johan Bicara Spontan BI, Naib Johan Pameran Intervensi, Ketiga Projek Komuniti, Ketiga Inovasi BBM. Acara yang mendapat johan akan meneruskan perjuangan ke peringkat negeri pada 19 Mei 2015 nanti. Semoga Berjaya.

Page 10: Buletin siri2 2015

11

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program-program yang dijalankan oleh Sekolah Kebangsaan Jawi sepanjang tahun 2015.

PN. ZUBAIDAH BT JAAFARGuru Besar Sekolah Kebangsaan Jawi

PN. NORIDA BT ANNUARPenolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jawi

PN. MAZNAH BT MOHD GHAZALIPenolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jawi

EN. MOHD NIZAR BIN ZAINULPenolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jawi

EN. ROHAIZAR BIN HARONYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Jawi

SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PIBG SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP

PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA SG JAWI

SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI DAN KUMPULAN ATAU INDIVIDU YANG MENYUMBANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI PADA TAHUN 2015.

PENGHARGAANSEKALUNG