Click here to load reader

GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN

  • View
    1.695

  • Download
    5

Embed Size (px)

Text of GEOGRAFI TINGKATAN 1: SALIRAN

POLA SALIRAN

POLA SALIRANGEOGRAFI TINGKATAN 1By mrrem

Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Terdapat beberapa jenis pola atau corak saliran. Contohnya pola saliran reranting, pola saliran jejala, pola saliran sepunca (jejari), pola saliran bawah tanah, pola saliran sejajar, pola saliran bersifat dan pola saliran darat.

Sistem saliran terbentuk di permukaan bumi apabila air hujan mengalir di atasnya. Terdapat beberapa jenis pola atau corak saliran. Contohnya pola saliran reranting, pola saliran jejala, pola saliran sepunca (jejari), pola saliran bawah tanah, pola saliran sejajar, pola saliran bersifat dan pola saliran darat.

Sungai dan Tasik di Malaysia

Malaysia menerima hujan yang banyak sepanjang tahun. Kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan merupakankawasan tadahanhujan. Seterusnya, air hujan ini mengalir di permukaan bumi dan membentuk sungai-sungai yang banyak terdapat di seluruh negara

Di semenanjung Malaysia, sungai-sungai berpunca dari kawasan tanah tinggi di bahagian tengahnya. Di dataran pantai barat, sungai-sungai mengalir masuk ke Selat Melaka. Sungai-sungai di dataran pantai timur mengalir masuk ke Laut China Selatan.

Di Sarawak, sungai-sungai berpunca dari tanah tinggi di kawasan pedalaman dan mengalir ke Laut China Selatan di sebelah barat. Di Sabah, sungai-sungai mengalir ke Laut Sulu di sebelah timur dan Laut Sulawesi di sebelah tenggara.

Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sungai-sungai utama yang lain di Sarawak ialah Sungai Trusan, Sungai Limbang dan Sungai Baram. Sungai Kinabatangan di Sabah adalah sungai yang kedua terpanjang. Sungai-sungai utama yang lain ialah Sungai Labuk dan Sungai Segama.

Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dan yang ketiga terpanjang di Malaysia. Sungai-sungai utama yang lain di Semenanjung Malaysia ialah Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Endau.

Tasik-tasik semula jadi utama di Malaysia ialah Tasik Bera dan Tasik Chini di negeri Pahang. Tasik Bera adalah tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Malaysia juga mempunyai tasik buatan. Contohnya Tasik Kenyir dan Tasik Temengor.

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai

Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran. Peringkat-peringkat itu ialah hulu, tengah dan hilir sungai yang mempunyai ciri berbeza. Perbezaan tersebut dapat kita lihat dengan jelas melalui profil panjang sungai dan profil rentas sungai

PERINGKAT HILIR

Kepentingan SungaiSungai-sungai di Malaysia adalah sangat penting. Sungai Golok menjadi sempadan antarabangsa di antara negara kita dengan Thailand. Sungai Bernam pula menjadi sempadan negeri di antara negeri Selangor dengan negeri Perak. Di Sabah dan Sarawak, sungai-sungai penting sebagai laluan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan beras. Contohnya, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.

Air dari sungai dan tasik dibersihkan di loji-loji dan disalurkan kepada pengguna sebagai sumber bekalan air utama untuk kegunaan di rumah dan perindustrian. Air sungai digunakan juga untuk mengairi kawasan penanaman padi. Contohnya, Rancangan Pengairan Muda di Sungai Muda mengairi kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.

Sungai diempang di bahagian hulunya untuk menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya ialah Empangan Kenyir di Sungai Terengganu dan Empangan Temengor di Perak. Sungai menjadi tempat rekreasi dan tarikan pelancong. Contohnya, Air Terjun Sekayu, di Terengganu dan Air Terjun Kota Tinggi, Johor. Sungai berperanan membekalkan sumber protein seperti ikan air tawar, udang dan ketam untuk penduduk tempatan.

JUMPA LAGI..