Upload
nurulanwar
View
25.949
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
utk PISMP Sem 2
Citation preview
TUTORIAL KUMPULAN 2SOALAN
1. Keselamatan di prasekolah
2. Mengambil contoh gambar yang berkaitan dengan keselamatan di sekolah
AIZA HUSNA A. RAHIMNADIA SABRISITI MARLIYANA LATIP
KESELAMATAN DIPRASEKOLAH
Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik- Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa bermain.
Mengawasi kanak-kanak- Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.
Penggunaan selipar ke tandas- kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika lantai licin.
Pembalutan span pada tiang yang keras- membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih selamat.
Mewujudkan kawasan larangan
- Dapur merupakan kawasan larangan bagi kanak-kanak. Mereka
tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika
mengambil makanan.
Kawasan longkang ditutup
-Longkang dan lubang ditutup menggunakan papan penutup. Ia bagi
mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh ketika bermain.
Larangan menggunakan pensel warna yang tajam
- Kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan pensel warna yang terlalu
tajam.Semasa kanak-kanak mewarna,guru sentiasa memeriksa keadaan
pensel warna mereka.
Wayar-wayar elektrik dijauhkan dari kanak-kanak
- Guru sentiasa memastikan wayar-wayar ini berada di tempat yang tinggi dan
tidak berserabut.Kanak-kanak juga dilarang mendekati wayar-wayar ini.
Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering
- Guru sentiasa meneliti keadaan lantai prasekolah.Lantai harus kering dan
bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam kelas mereka.Lantai
yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.
Pintu pagar ditutup mengikut waktu
- Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap hari. Ia bagi
mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan
ini akan membahayakan kanak-kanak.
Pinggan dan cawan plastik digunakan
- Kanak-kanak menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika
makan. Jika perkakas ini terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak
mengundang risiko kecederaan kepada kanak-kanak berbanding jika
menggunakan perkakas kaca.
• KESELAMATAN DI LUAR BILIK DARJAH
– Guru dan pembantu sentiasa memberi perhatian dan
mengawal kanak-kanak yang sedang bermain di luar.
– Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik yang boleh
mengurangkan risiko kecederaan.
– Semua longkang adalah bertutup.
– Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang
berasingan dan jauh dari perhatian kanak-kanak.
• KESELAMATAN DI DALAM BILIK DARJAH
– Guru dan pembantu memberi perhatian sepanjang masa kepada
kanak-kanak ketika aktiviti berkumpulan.
– Alatan yang digunakan adalah tidak merbahaya. Contohnya gunting
yang hujungnya tidak tajam.
– Pintu utama dipasangkan jeriji agar kanak-kanak tidak keluar
sewenang-wenangnya.
– Perlatan tajam seperti pisau, gunting dan lain-lain diletakkan di
tempat yang selamat dan tinggi.
– Semua perabot berbucu bulat yang lebih selamat.
– Semua peralatan elektrik diletakkan pada tempat yang selamat dan
tersusun rapi.
– Terdapat peti pertolongan cemas yang lengkap dan baru.
• KESELAMATAN DI TANDAS
– Lantai di dalam tandas adalah bersih dan kering.
– Guru dan pembantu sentiasa memastikan paip air, sinki dan
pam tandas berfungsi dengan baik.
– Tiada bahan-bahan pencuci bertoksik yang disimpan di dalam
tandas.
– Kanak-kanak disediakan alas kaki yang sesuai untuk ke
tandas agar kanak-kanak tidak jatuhketika di tandas.
• KESELAMATAN RUANG DAPUR DAN TEMPAT MAKAN
– Kanak-kanak diberikan pinggan mangkuk yang
tidak mudah pecah dan berkarat.
– Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dapur
kecuali dengan kebenaran guru atau pembantu.
– Dapur adalah di dalam keadaan yang bersih dan
kemas.
CIRI-CIRI KESELAMATAN DI
PRASEKOLAH YANG MENEPATI PANDUAN
Pagar sentiasa berkunci sepanjang persekolahan
Kawasan taman permainan yang berpagar
Penggunaan pinggandan cawan plastik
Taman permainan di alas dengan karpet yang diperbuat daripada bahan fiber
Pusat permainan air mestilah bersih dan kosong jika tidak digunakan
Saiz tandas yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak
Susun atur yang kemas dan selesa
Susun atur dapur yang kemas dan bersih
Tingkap dan pintu dipasang jeriji besi
Guru memantau ketika murid sedang bermain
Kemudahan ruang rehat jika murid sakit
CIRI-CIRI KESELAMATAN DI
PRASEKOLAH YANG TIDAK MENEPATI
PANDUAN
Alatan permainan yang rosak masih tidak diperbaiki
Alatan permainan yang sudah berkarat dan rosak
Taman permainan berhampiran dengan kawasan pembakaran sampah
Kedudukan bangku yang berhampiran dengan longkang
Prasekolah terletak bersebelahan dengan stor sekolah
Laluan tangga ke prasekolah yang curam
SEKIAN..TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA