Click here to load reader

Konsep ketuhanan dan keagamaan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

    Bandingkan Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Antara Pandangan Islam Dengan

    Tamadun-Tamadun Awal Manusia.

    Pengenalan :

    Konsep ketuhanan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada

    kaidah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa. Agama Islam menekankan aspek syariah

    dalam menentukan peraturan kehidupan. Berbeza dengan konsep ketuhanan dan

    keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayai kepada agama yang

    menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.

    Isi :

    Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Islam.

    Terdapat dua bentuk ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w:

    Di Mekkah:

    Ajaran berbentuk Tasyri Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di

    dalam Al quraan, melalui surah surah Makkiyah sebanyak 93 surah. Ia menyentuh

    mengenai Hablum Minallah (Hubungan antara HambaNya dengan Allah ). Iaitu

    berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan.

    Di Madinah :

    Ajarannya berbentuk Tasyri Juzi ( ajaran secara khusus ) sebagai mana disebut di dalam

    surah Madaniyah ayat 21. Ia menerangkan persoalan Hablum Minannas ( hubungan

    antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan,

    ekonomi, kemasyarakatan dan lain lain lagi.

    Aspek-aspek Ajaran Islam :

    Aspek Akidah :

    Tauhid : mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala

    kesempurnaan, berkuasan mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala

    ajaran anthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan

    tuhan dengan makhluk Nya.

    Mempercayai enam rukun iman : beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitan kitab

    suci Allah, para rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah

    swt.

    Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga

    adalah tempat kediaman di akhirat nanti nagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan

    neraka adalah tempat manusia yang mengingkari perintah Allah

  • 2 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

    Perkara perkara selepas mati: mempercayaai adanya alam barzakh (kubur ), hari

    nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain lain lagi. Di

    dalam ajaran Islam ini, umat Islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan

    mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan

    dilarang melakukannya melalui perantaraan.

    Aspek Syariah:

    Ajaran ini membezakan dengan ajaran ajaran jahiliah kerana ia membentuk cara

    hidup sendiri melalui syariah syariah yang merupakan undang undang atau tatacara

    bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk

    peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu Nya kepada Rasullah s.a.w. hanya

    mengamalkan peraturan dan undang undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di

    dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.

    Aspek Akhlak:

    Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak. Di dalamnya terdapat

    peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak

    melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, minum arak,

    berjudi dan sebagainya. Ajaran Islam juga menggalakkan manusia supaya berakhlak

    mulia, menjalinkan silaturahim dan tolong menolong. Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara

    individu atau bermasyarakat boleh dianggap beriman kepada Allah, rasul Nya dengan

    sebenar benarnya. Aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam

    dengan keagamaan orang orang Jahilian sebelum Islam.

    Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Tamadun Awal Manusia.

    Menyembah banyak Tuhan.

    Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu

    agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa dewi. Misalnya orang orang

    Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal

    percaya dewa dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

    Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula

    tuhan yang paling penting Amon Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai

    Nil. Manakala dewa dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga.

    Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ), langit (Dyaus) dan api (

    Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

    Menyembah Dewa dewi.

    Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung (

    patron deity ). Orang- orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat

    melindungi kota kota mereka.

  • 3 notappismpsejarahgstt.blogspot.com

    Bagi orang orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa

    dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak

    semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

    Upacara Pemujaan dan pengorbanan.

    Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan

    pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara

    pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil kuil berbentu menara yang dipanggil

    Ziggurat.

    Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya

    binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang

    suci.

    Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu

    menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan tuhan mereka.

    Menyembah banyak Objek dan Unsur Alam semester :

    Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam

    semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan

    yang paling berkuasa adalah tuhan Tien iaitu tuhan langit.

    Mereka percaya tuhan tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh

    menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.

    Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan

    supaya tuhan tuhan mereka tidak marah.

    Kepercayaan kehidupan selepas mati.

    Bagi orang orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu

    mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

    Sebaliknya orang orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru

    itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia

    sebagai tempat bersemadi roh roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan,

    perabut, harta juga disemadikan bersama sama mumia.

    Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja

    raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani

    bersama sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

    Memuja Roh Nenek Moyang :

    Orang orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh

    roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.

    Mereka percaya dengan penggunaan tulang tulang nujum ( oracle bones ) untuk

    membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan

    roh nenek moyang mereka.