Upload
atifah-ruzana-abd-wahab
View
664
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
TAJUK
Ujian pemakanan
TUJUAN
Untuk mengenalpasti kehadiran gula penurun, lipid, lemak dan protein dalam sampel makanan.
BAHAN DAN RADAS
Gambar 1: Reagen-reagen dan kertas turas yang digunakan untuk ujian makanan
1
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
Gambar 2: Radas-radas yang digunakan
Gambar 3: Sampel makanan A dan B
Bahan: Larutan iodin, larutan Benedict, larutan Millon, sampel makanan A, sampel makanan B,
air suling, kertas turas dan label.
Radas: Tabung uji, rak tabung uji, bikar 500ml, bikar 250ml, bikar 100ml, pemegang tabung uji,
penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, penitis, botol air suling dan rod kaca.
PROSEDUR DAN PEMERHATIAN
1. Sebelum eksperimen dimulakan, sampel makanan A dan B disediakan oleh Pensyarah.
Kandungan di dalam sampel makanan tersebut tidak diketahui.
2. Enam tabung uji dilabelkan seperti berikut A1, B1, A2, B2, A3 dan B3.
3. Beberapa titisan sampel makanan A dititis di dalam tabung uji berlabel A1 menggunakan
penitis. Selepas itu, beberapa titisan larutan Iodin dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.
Perubahan pada warna diperhatikan dan direkodkan
4. Beberapa titisan sampel makanan B dititis di dalam tabung uji berlabel B1 menggunakan
penitis. Selepas itu, beberapa titisan larutan Iodin dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.
Perubahan pada warna diperhatikan dan direkodkan.
5. Beberapa titisan sampel makanan A dititis di dalam tabung uji berlabel A2 menggunakan
penitis. Beberapa titisan larutan Benedict dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.
Campuran di tabung uji digoncang pada kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam
kukus air sehingga berubah warna. Perubahan warna diperhatikan dan direkod.
2
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
6. Beberapa titisan sampel makanan B dititis di dalam tabung uji berlabel B2 menggunakan
penitis. Beberapa titisan larutan Benedict dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.
Campuran di tabung uji digoncang pada kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam
kukus air sehingga berubah warna. Perubahan warna diperhatikan dan direkod.
Gambar 4: Tabung uji A1 dan B1 diletakkan di dalam air kukus
7. Beberapa titisan sampel makanan A dititis di dalam tabung uji berlabel A3 menggunakan
penitis. Beberapa titisan larutan Millon dititiskan ke dalam tabung uji tersebut. Campuran
di tabung uji digoncang pada kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam kukus air
sehingga berubah warna. Perubahan warna diperhatikan dan direkod.
8. Beberapa titisan sampel makanan B dititis di dalam tabung uji berlabel B3 menggunakan
penitis. Beberapa titisan larutan Millon dititiskan ke dalam tabung uji tersebut. Campuran
di tabung uji digoncang pada kadar yang perlahan dan dipanaskan ke dalam kukus air
sehingga berubah warna. Perubahan warna diperhatikan dan direkod.
3
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
Gambar 5: Tabung uji A1, B1, A2 dan B2 diletakkan di dalam air kukus
9. Satu keping kertas turas dilabelkan A4 dan beberapa titisan sampel makanan A
dititiskan ke atas kertas turas. Kertas turas dipanaskan di atas penunu Bunsen dan
digerakkan dalam kadar yang cepat sehingga cecair sampel makanan menjadi kering.
Setelah menjadi kering, kertas turas dihalakan ke arah tempat yang bercahaya dan
perubahan pada kertas turas diperhatikan dan direkodkan.
10. Satu keping kertas turas dilabelkan B4 dan beberapa titisan sampel makanan B
dititiskan ke atas kertas turas. Kertas turas dipanaskan di atas penunu Bunsen dan
digerakkan dalam kadar yang cepat sehingga cecair sampel makanan menjadi kering.
Setelah menjadi kering, kertas turas dihalakan ke arah tempat yang bercahaya dan
perubahan pada kertas turas diperhatikan dan direkodkan.
4
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
Gambar 6: Kertas turas berlabel A4 dan B4.
5
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
PEMERHATIAN DAN INFERENS
Sampel Ujian Bahan Uji Pemerhatian Inferens
A1 Larutan Iodin Tiada perubahan Kanji tidak hadir
pada sampel
makanan A
B1 Tiada perubahan Kanji tidak hadir
pada sampel
makanan B
A2 Larutan Benedict Warna berubah ke hijau muda Sampel makanan
A mengandungi
gula penurun
6
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
B2 Mendakan hijau terbentuk Sampel makanan
B mengandungi
gula penurun
A3 Larutan Millon Mendakan merah bata terbentuk Sampel makanan
A mengandungi
protein
7
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
B3 Mendakan merah bata terbentuk Sampel makanan
B mengandungi
protein
A4 Kertas turas Terdapat tompokan minyak pada
kertas turas
Sampel makanan
A mengandungi
lemak.
8
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
B4 Terdapat tompokan minyak pada
kertas turas
Sampel makanan
B mengandungi
lemak.
9
SCES3013 FISIOLOGI DAN EPIDEMIOLOGI AMALI 3: uJIAN PEMAKANAN
PERBINCANGAN
1. Sampel makanan A dan sampel makanan B tidak mengandungi kanji. Apabila sampel makanan mengandungi kanji, sampel makanan akan berubah warna kepada biru gelap atau biru kehitaman selepas larutan Iodin dititiskan ke dalam sampel makanan tersebut. Sampel makanan A dan sampel makanan B tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas larutan Iodin dititiskan.
2. Sampel makanan A dan sampel makanan B mengandungi gula penurun. Apabila sampel makanan mengandungi gula penurun, mendakan merah bata akan terbentuk selepas larutan Benedict dititiskan ke dalam sampel makanan. Walaubagaimana pun, selepas larutan Benedict dititiskan ke sampel makanan A, mendakan merah bata tidak terbentuk malahan hanya berubah ke warna hijau muda. Ia masih menunjukkan keputusan yang positif kerana sampel makanan akan berubah ke warna hijau muda kerana mengandungi 0.1 hingga 0.5 peratus gula penurun di dalam sampel makanan tersebut. Bagi sampel makanan B, warna berubah ke hijau yang lebih gelap. Ini dapat menunjukkan bahawa sampel makanan B mengandungi gulu penurun yang lebih banyak berbanding sampel makanan A.
3. Sampel makanan A dan sampel makanan B mengandungi protein. Kedua-dua sampel makanan ini menunjukkan perubahan warna yang sama seperti teori. Apabila larutan Millon dititiskan kepada makanan yang mengandungi protein, mendakan merah bata akan terbentuk.
4. Kertas turas dipanaskan di atas penunu Bunsen pada kadar yang cepat kerana untuk mengelakkan kertas turas terbakar.
5. Semasa kertas turas dipanaskan, air akan disejat dan meninggalkan tompokan berminyak.
RUMUSAN
Sampel makanan A dan B mempunyai sedikit kandungan gula penurun, protein dan lipid.
10