8

Click here to load reader

Latihan 1 pemahaman

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latihan 1 pemahaman

Soalan 1 hingga soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai.

1. “Saya nampak kejadian _________ berlaku di _________ . Ketika itu, saya sedang berdiri di sini,” kata perempuan itu sambil menunjuk ke arah tempat dia berada semalam.A. ini , itu C. itu , di situB. ini , di situ D. itu , di sini

2. Keempat-empat orang muda itu tidak berupaya ________ almari yang berat itu.A. mengusung C. menjunjungB. memikul D. memegang

3. Sebagai _________ , Adi Putra mesti menunjukkan sikap yang baik terhadap anak-anak muridnya.A. maharaja C. mahaguruB. mahasiswi D. mahasiswa

4. Ekzos kereta Pak Yusoff yang buruk itu mengeluarkan asap hitam ____________ .A. bertimbun-timbun C. berduyun-duyunB. berkepul-kepul D. berbondong-bondong

5. ___________ yang melanggar ___________ peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan denda yang berat dalam sesi perkhemahan ini.A. Apa-apa , siapa-siapa C. Siapa-siapa , mana-manaB. Apa-apa , bila-bila D. Mana-mana , siapa-siapa

6. ___________ negeri di Semenanjung Malaysia pada hari ini diramalkan mendung pada sebelah pagi manakala __________ buah negeri pula akan mengalami ribut petir pada sebelah petang.A. Segenap , setiap C. Seluruh , beberapaB. Setiap , segenap D. Beberapa , seluruh

7. ___________ penduduk di negara ini fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.A. Pelbagai C. BeberapaB. Kebanyakan D. Ramai

8. Kami akan datang ke pejabat awak __________ semasa ke semasa.A. di C. daripadaB. ke D. dari

9. Mesyuarat itu akan diadakan __________ hari Ahad ini ____________ Dewan Besar Sekolah Menengah Kamil.A. dari , ke C. di , padaB. ke , pada D. pada , di

10. Penyanyi bersuara ___________ itu sudah sembuh penyakitnya dan kembali aktif dalam bidang nyanyian.A. lunak C. bisingB. cantik D. kemas

11. Beberapa _________ pakaian kotor di dalam bilik itu akan dicuci oleh orang gaji Datin Yusmawati.A. gugus C. rumpunB. berkas D. longgok

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SULIT

1

Page 2: Latihan 1 pemahaman

12. Lori panjang itu dapat membawa kira-kira enam ratus _________ beras.A. mangkuk C. bakulB. guni D. bungkus

13. Azlan terpaksa ___________ kerana sudah enam bulan dia menganggur.A. cari jalan C. ikat perutB. curi tulang D. alas perut

14. Amirul __________ apabila melihat motosikal barunya yang berkuasa tinggi bercalar-balar.A. ada hati C. besar hatiB. keras hati D. panas hati

15. Dalam perjalanan ke Shah Alam, Minah makan cempedak goreng sebagai ___________ sahaja.A. kepala udang C. makan suapB. alas perut D. buah tangan

16. Watson Nyambek merupakan pelari __________ di Malaysia ketika ini.A. terlaju C. terpantasB. terdepan D. terkuat

17. Kulit bayi lembut bak _____________ .A. tuala C. tilamB. belut D. sutera

18. __________ sahabat-sahabatku, berusahalah dengan gigih!A. Wahai C. AmboiB. Syabas D. Nah

19. Semua ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Belia Jajahan Ke 14 itu _________ cadangan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan.A. membangkang C. menyampukB. menyodok D. menyimpang

20. Kaum Iban di Sarawak melangsungkan perkahwunan mereka mengikut _________ dan budaya mereka sendiri.A. tatasusila C. tatarakyatB. tatatertib D. tatacara

Soalan 21 hingga soalan 22Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

21. “Kalau kita selalu memburu binatang, lama-kelamaan binatang akan berkurangan,” kata Cikgu Wahidah.

A. Cikgu Wahidah mengatakan lama-kelamaan binatang akan berkurangan.B. Cikgu Wahidah mengatakan bahawa binatang akan berkurangan sekiranya

kita memburunya selalu.C. Memburu binatang adalah pekerjaan yang berkurangan pada pendapat Cikgu

Wahidah.D. Cikgu Wahidah melarang kita memburu binatang.

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SULIT

2

Page 3: Latihan 1 pemahaman

22. “Bersabarlah, Mamat. Ini semua dugaan Tuhan,” kata Tok Ketua.A. Tok Ketua memaksa Mamat supaya bersabar menghadapi dugaan.B. Mamat menyuruh Tok Ketua bersabar dalam menghadapi dugaan Tuhan.C. Tok Ketua menasihati Mamat supaya bersabar menghadapi dugaan Tuhan.D. Tok Ketua mengatakan ini semua dugaan Tuhan.

Soalan23 hingga soalan 24Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

23.

24.

Soalan 25 hingga soalan 26Pilih ayat nafi daripada ayat-ayat berikut.

25.A. Bilakah mereka hendak datang?B. Silalah duduk.C. Amboi, besarnya kereta awak!D. Buah tangan ini bukannya untuk awak.

26.A. Eh, engkau rupanya.B. Siapakah kawan awak itu?C. Nenek saya tidak mengambil baju itu.D. Bangunan baru di tepi pusat membeli-belah itu amat tinggi.

Soalan 27 hingga soalan 28Pilih ayat majmuk daripada ayat-ayat yang berikut.

27. A. Dia kurus tetapi kuat makan.B. Rumah buruk itu telah dirobohkan.C. Adakah awak ke mana-mana semalam?D. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran.

28.A. Siapakah yang membuka pintu almari ini?B. Pergilah engkau dari sini!C. Orang itu menaip surat sambil mendengar radio.D. Emak memasak kari ayam di dapur.

Soalan 29 hingga soalan 30Pilih ayat yang betul struktur ayatnya

29.A. Encik Kamal bertugas di Bank Simpanan Nasional berapa lamakah?B. Di Bank Simpanan Nasional itu berapa lamakan Encik Kamal bertugas?

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SULIT

3

A “Walaupun Danial bersalah, tetapi dia tetap anak kamu,” kata Wak Loyah.

B “Walaupun, Danial bersalah tetapi, dia tetap anak kamu,” kata Wak Loyah.C “Walaupun Danial bersalah, tetapi dia tetap anak kamu?” kata Wak

A. Aduh! sakitnya perut saya. Apa yang perlu saya buat sekarang?B. Aduh, sakitnya perut saya! Apa yang perlu saya buat sekarang.C. Aduh sakitnya perut saya. Apa yang perlu saya buat sekarang?D. Aduh, sakitnya perut saya! Apa yang perlu saya buat sekarang?

Page 4: Latihan 1 pemahaman

C. Bertugas di Bank Simpanan Nasional itu berapa lamakah Encik Kamal?D. Berapa lamakah Encik Kamal bertugas di Bank Simpanan Nasional itu?

30.A. ‘Akhlak Mulia Masyarakat Jaya’ bertemakan sambutan Hari Kebangsaan pada

tahun lepas.B. Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun lepas bertemakan ‘Akhlak Mulia

Masyarakat jaya’C. Pada tahun lepas bertemakan ‘Akhlak Mulia Masyarakat jaya’ bertemakan

Hari Kebangsaan.D. Pada tahun lepas sambutan ‘Akhlak Mulia Masyarakat Jaya’ bertemakan Hari

Kebangsaan.

Soalan 31 hingga soalan 35Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikut.

RANCANGAN AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU 1999SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETAI, PASIR PUTEH, KELANTAN

Persatuan Bahasa Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1980 atas cadangan guru kanan Bahasa Melayu iaitu Cikgu Haji Shamsuddin bin Ahmad. Pada tahun ini, ahli-ahli persatuan telah bertambah kerana kemasukan pelajar-pelajar baru. Oleh itu, beberapa aktiviti telah dirancang untuk memberi faedah kepada ahli-ahli persatuan ini khususnya.

Bagi penggal pertama, persatuan ini telah merancang mengadakan pertandingan seperti syarahan, perbahasan, dan mendeklamasi sajak. Tujuan pertandingan adalah adalah untuk menyediakan pelajar-pelajar yang berani melahirkan pendapat.

Pada permulaan penggal kedua nanti, pesta ria sekolah akan diadakan. Oleh itu, pihak persatuan cuba menambah wang tabung persatuan dengan membina gerai menjual makanan dan minuman.

Selain itu, persatuan juga akan mengadakan minggu Bahasa Melayu pada awal penggal kedua. Pada minggu tersebut, beberapa aktiviti akan diadakan seperti pertandingan melukis poster dan cogan kata, lakonan, tarian, nyanyian, dan pertandingan menguji pemahaman tatabahasa pelajar.

Walau bagaimanapun, rancangan-rancangan di atas hanyalah merupakan cadangan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa. Setiap keputusan akan dibawa ke pengetahuan guru penasihat persatuan ini iaitu Cikgu Mohamed Noor bin Abu Bakar dan Puan Pauziah binti Haji Jaafar.

Disediakan oleh, 1 Januari 1999

Anis Syahirah(ANIS SYAHIRAH)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Sungai Petai,

31. Bilakah Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sungai Petai ditubuhkan ?

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SULIT

4

Page 5: Latihan 1 pemahaman

A. 1 Januari 1999 C. Tahun 1999B. 1 Januari 1980 D. Tahun 1980

32 Siapakah guru kanan Persatuan Bahasa Melayu pada tahun penubuhan tersebut ?A. Cikgu Mohamed Noor bin Abu BakarB. Cikgu Pauziah binti Haji JaafarC. Cikgu Haji Shamsuddin bin AhmadD. Cikgu Anis Syahirah

33. Apakah rancangan Persatuan Bahasa Melayu pada penggal pertama ?A. Mengadakan pertandingan syarahan dan mendeklamasikan sajak.B. Mengadakan pesta ria, minggu bahasa dan pertandingan syarahan.C. Mengadakan minggu bahasa, melukis poster, nyanyian, tarian, dan lakonan.D. Mengadakan pertandingan syarahan, perbahasan, dan mendeklamasikan

sajak.

34.Apakah cadangan pihak Persatuan Bahasa Melayu semasa Pesta Ria sekolah ?A. Menjual kuih-muih dan minuman.B. Mengadakan persembahan tarian.C. Mengadakan aktiviti lakonan.D. Menganjurkan peraduan melukis poster.

35. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘faedah’ ?A. Kegiatan C. KecekapanB. Keuntungan D. Kejayaan

Soalan 36 hingga soalan 40Baca pantun di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tuang minyak dengan corong, Banyak sungguh anak angsa,

Tumpah sedikit terkena jari, Sampai jatuh ke dalam perigi,Jangan suka bercakap bohong, Usah kita berputus

asa,Nanti dewasa menjadi pencuri. Kiranya kita gagal

lagi.

Pergi mengai di bekas lombong, Gatal sungguh gigitan pijat,Dapat pula si ikan duri, Miang pula sentuhan hama,

Jangan suka bersikap sombong, Teruskan usaha dengan giatKawan benci habis lari. Tentu kejayaan akan

menjelma.

Hendak mengambil buah keranji, Ambil kelapa dibuat kerabu,Jangan guna tangan kiri, Boleh juga dibuat kaya,

Orang cacat jangan dikeji, Jangan lupa ayah dan ibu,Kelak menimpa diri sendiri. Kalau sudah di puncak jaya.

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SULIT

5

Page 6: Latihan 1 pemahaman

36 Apakah jenis pantun di atas ?A. Teka –teki C. JenakaB. Seloka D. Nasihat

37 Apakah yang berlaku sekiranya seseorang suka menipu ?

A. Akan mendapat perhatian daripada ibu bapa.B. Akan menjadi pencuri.C. Akan menjadi orang berguna.D. Akan dihormati oleh kawan-kawan.

38. Bagaimanakah keadaan orang yang suka bersikap sombong ?

A. Dipuji oleh kawan-kawanB. Diberi galakan oleh ibu bapaC. Tidak disukai oleh kawan-kawan.D. Mendapat ikan duri di lombong.

39. Mengapakah kita mesti berusaha bersungguh-sungguh ?A. Menjadi seorang jutawan C. Mendapat kerabu kelapaB. Menjadi penternak angsa D. Mencapai kejayaan.

40. Siapakah yang perlu kita ingat sekiranya kita telah berjaya ?

A. Orang cacat C. Gigitan pijatB. Ayah dan Ibu D. Minyak dalam corong

SOALAN TAMAT

011 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SULIT

6