Upload
nurul-azuwin
View
1.564
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
AMOEBA Kebanyakan amoeba hidup
bebas di dalam air tawar dan tanah lembap.
Organisma ini bergerak dengan mengunjurkan pseudopodium (kaki palsu) ke suatu arah dan meletak hujung pseupodium pada tanah.
Sifat Amoeba Amoeba dilingkungi membran plasma. Bentuknya sentiasa berubah. Jika persekitaran tidak sesuai amoeba
membentuk spora. Mempunyai vakuol makanan iaitu ruang
yang berisi makanan dan air. Amoeba berundur apabila wujud ransangan
yang kuat seperti larutan asid atau cahaya terang.
Bentuknya sentiasa berubah apabila bertemu dengan halangan dan bergerak balas terhadap rangsangan.
Cara Pemakanan Amoeba (FAGOSITOSIS)
Pseudopodium melindungi makanan yang kemudiannya dibungkus dalam vakuol makanan.
Vakuol makanan bergabung dengan lisosom, kemudian makanan dicerna oleh enzim hidrolisis dalam lisosom yang disebut lisozim.
Nutrien yang terhasil akan diserap ke dalam sitoplasma.
Pertukaran gas, nutrien, dan bahan buangan berlaku melalui membran plasma secara resapan.
Oleh sebab amoeba hidup dalam persekitaran air tawar, air akan meresap masuk ke dalam sel amoeba secara osmosis dan mengisi vakuol mengecut.
Vakuol mengecut terlibat dalam pengosmokawalaturan.
Setelah mencapai tahap maksimum, vakuol tersebut akan mengecut dan menyingkirkan kandungannya dari masa ke masa.
Pembiakan amoeba Amoeba menjalankan pembiakan
aseks iaitu belahan dedua.
Amoeba induk Nukleus
membahagi Sitoplasmamembahagi Dua anak
Amoeba terbentuk