22
SIMPANAN (WADI’AH) ZAFIRAH ABDULLAH

Simpanan (Wadi'ah)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Simpanan (Wadi'ah)

SIMPANAN (WADI’AH)ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Simpanan (Wadi'ah)

TAKRIF• Wadi’ah (Simpanan):

• Merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk dijaga

• Istilah (menurut syarak): • Merujuk kepada sesuatu barang yang disimpan. • Ia juga merujuk kepada kontrak penyimpanan

Wadi’ah bermaksud : Mewakilkan seseorang untuk memelihara sesuatu hak milik atau sesuatu yang dihormati yang tertentu, dengan cara tertentu.

Hak Milik: Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak untuk dimiliki seperti

barang yang suci dan boleh digunakan.

Sesuatu yang dihormati yang tertentu: Suatu yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk dimiliki tetapi sah untuk dipelihara

dan dijaga (anjing yang terlatih)

Sesuatu yang dihormati :Sesuatu yang syarak tidak

perintahkan supaya ia dimusnahkan.

Page 3: Simpanan (Wadi'ah)

Kesahihan menurut syarak• Al-Quran

• “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu semua supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”

(An-Nisa : 58)

Hikmah• Memberi kemudahan kepada umat Islam dan demi menjaga kepentingan serta menjauhkan dari segala kesulitan

mereka.• Ini kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain untuk menjaga harta mereka.

• Mungkin ada di antara mereka yang mempunyai barang yang bernilai, tetapi tiada tempat yang selamat untuk menyimpannya / mereka tidak mampu untuk menjaga barang ini daripada tindakan-tindakan jahat.

Page 4: Simpanan (Wadi'ah)

HukumnyaSunat Wajib Makruh

• Pada dasarnya simpanan digalakkan dan disunatkan jika penjaga simpanan adalah orang yang berkemampuan untuk menjaga barang dan seorang yang dipercayai (amanah).

• Penjaga wajib menerima simpanan apabila diminta dalam keadaan hanya dia seorang sahaja yang dipercayai, serta dia yakin bahawa dia akan bersifat amanah dan mampu melakukannya.

• Dalam masa yang sama, tiada orang lain yang bersifat sepertinya

• Ini kerana jika dia tidak menerimanya, keselamatan simpanan tersebut tidak akan terjamin.

• Jika dia seorang yang amanah tetapi tidak yakin dapat berbuat demikian pada masa akan datang.

• Dikhuatiri akan bersikap tidak amanah dan menyelewengkan simpanan tersebut

Page 5: Simpanan (Wadi'ah)

HukumnyaHaram Harus

• Haram bagi seseorang menerima simpanan apabila diminta berbuat demikian, dia merasakan tidak mampu menjaganya.

• Dalam keadaan ini, menerima simpanan bererti mendedahkan kepada ancaman dan kerosakan.

• Seseorang itu boleh menerima / menolak apabila diminta untuk menyimpan sesuatu

• Kedua-dua keadaan adalah sama baginya

• Contohnya: Dia sendiri tidak yakin mampu bersifat amanah pada masa akan datang, manakala penyimpan sendiri mengetahui keadaannya tetapi masih bersedia menyimpan padanya.

Page 6: Simpanan (Wadi'ah)

Rukun dan Syarat Wadi’ah1. Dua pihak yang berkontrak

Penyimpan (Pemilik Barang)Penjaga Simpanan

• Kedua-dua mereka disyaratkan mestilah berkelayakan melantik wakil kerana kontrak simpanan bermaksud mewakilkan sesuatu untuk disimpan• Berakal• BalighTidak layak menjadi Penyimpan/Penjaga Simpanan• Kanak-kanak & Orang gila • Orang yang ditahan daripada membelanjakan harta kerana (safih- bodoh) • Orang Islam tidak dibenarkan meminta orang bukan Islam menyimpan mushaf Al-Quran

kerana mereka tidak dibenarkan membawa dan menyentuhnya

Page 7: Simpanan (Wadi'ah)

2. Lafaz (Sighah)• Penawaran (ijab) & Persetujuan (qabul)

• Contoh: Pemilik berkata “Saya simpan baju ini pada anda”

• Penjaga pula berkata “Saya terima”

• Lafaz yang digunakan tidak semestinya secara langsung (sorih)• Lafaz yang tidak langsung (kinayah) tetapi disertakan niat dan petunjuk sudah memadai

• Lafaz ini tidak semestinya diucapkan oleh kedua-dua pihak.• Sekiranya sebelah pihak sahaja yang mengucapkannya..• Sementara satu pihak lagi membuat sesuatu yang menunjukkan persetujuan..• Ia sudah memadai

3. Barang Simpanan• Barang simpanan mestilah sesuatu yang dihormati (dimiliki/ dipelihara) walaupun tidak diiktiraf

oleh syarak sebagai harta seperti bijirin gandum yang sedikit, dan najis seperti anjing buruan/baja.

• Barang-barang yang tidak dihormati menurut syarak adalah seperti (khinzir/ alat-alat hiburan yang melalaikan)

• Barang seperti ini tidak boleh disimpan atau diminta untuk disimpan.• Ia juga tidak tertakluk kepada hokum wadi’ah

Page 8: Simpanan (Wadi'ah)

Implikasi Kontrak Wadi’ah1. Kewajipan penjaga menjaga barang simpanan

• Penjaga bertanggung-jawb menjaga simpanan di tempat yang sesuai dengannya (tempat yang selamat & biasa digunakan untuk menyimpan)

• Dia tidak boleh menyerahkannya untuk dijaga oleh orang lain• Seperti anak / Isteri / Pekerja• Ini kerana penyimpan mungkin hanya percaya dan menyerahkan simpanan tersebut

kepada jagaannya sahaja• Namun jika ia dibenarkan oleh pemilik, ia dibolehkan• Jika suatu yang tidak dapat dielakkan seperti penjaga terpaksa bermusafir / berlaku

kebakaran..etc), penjaga boleh menyerahkannya kepada jagaan orang lain.

Page 9: Simpanan (Wadi'ah)

2. Kontrak simpanan adalah kontrak yang tidak lazim (jaiz)• Maksudnya, kedua-dua pihak boleh membatalkannya pada bila-bila masa sahaja tanpa

persetujuan pihak kedua.• Pemilik boleh mengambil semula simpanannya pada bila-bila masa saja.• Penjaga pula boleh memulangkannya pada bila-bila masa.• Apabila diminta oleh pemilik, penjaga perlu memulangkannya segera mengikut

kemampuannya

3. Status Penjaga• Penjaga adalah orang yang diberikan amanah• Oleh itu, dia tidak perlu membayar ganti rugi jika simpanan tersebut rosak ketika dalam

jagaannya• Kecuali ia disebabkan oleh kecuaian atau tindakan yang sengaja

• Jika pemilik menyerahkan simpanan kepada penjaga dengan syarat penjaga perlu bertanggung-jawab sepenuhnya walau apa yang terjadi / dia tidak perlu bertanggung-jawab langsung walau apa yang terjadi. Penyimpanan tersebut TIDAK SAH.

Page 10: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?1. Jika penjaga menyimpan simpanan tersebut pada orang lain tanpa

izin penyimpan dan tanpa sebab munasabah

• Dalam keadaan ini, penjaga perlu bertanggung-jawab

• Jika penjaga menyerahkan simpanan tersebut kepada orang yang tidak dibenarkan menyimpannya…

• Dan kemudian ia rosak...• Pemilik berhak meminta mana-mana antara mereka untuk membayar ganti rugi• Jika pemilik memilih penjaga kedua dan didapati dia tidak tahu kedudukan sebenar, dia

berhak meminta ganti rugi tersebut dipindahkan kepada penjaga pertama.• Jika penjaga kedua mengetahui orang yang menyerahkan simpanan tersebut bukan

pemilik asal, dan ia disimpan tanpa kebenaran pemilik asal, dia perlu membayar ganti rugi kerana dia dianggap sebagai perampas dan bukan penjaga.

Page 11: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?2. Mengaibkan aspek penjagaan

• Jika simpanan ini tidak dijaga sehingga menyebabkan ia rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi• Pengabaian ini boleh berlaku seperti berikut:

i. Memindahkan simpanan ke tempat lain yang kurang selamati. Kerana perpindahan tersebut mendedahkan simpanan kepada kerosakanii. Jika tahap keselamatan tempat baru baik / lebih baik, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi

i. Kecuali jika penyimpan tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut kerana ia perlu melalui jalan yang tidak selamat

ii. Jika perpindahan dilakukan juga tanpa persetujuan pemilik, sebarang kerosakan akan ditanggung oleh penjaga. (Ini kerana ia berlaku disebabkan oleh perbuatan sengaja dan cuai)

ii. Tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang boleh membahayakan i. ..atau menyebabkan kerosakan barang yang disimpanii. Ini kerana melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara tersebut adalah wajib kerana ia

termasuk dalam makna penjagaan.

Page 12: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?3. Mengaibkan aspek penjagaan

i. Tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang boleh membahayakan

• Contohnya : Pemilik menyerahkan haiwan untuk disimpan, tetapi penjaga tidak memberi makan/minuman untuk tempoh yang boleh menyebabkan haiwan tersebut mati

• Jika haiwan tersebut mati, penjaga perlu membayar ganti rugi, tidak kira sama ada pemilik menyuruh penjaga memberi makan & minum atau tidak.

• Jika pemilik melarang penjaga melakukan sesuatu untuk menjaga barang simpanan dan dengan sebab itu penjaga mengabaikannya sehingga menyebabkan kerosakan..

• Penjaga tidak perlu membayar ganti rugi• Ini kerana penyimpan sendiri yang membenarkan kerosakan tersebut berlaku.• Sekiranya perkara yang disimpan itu adalah haiwan, penjaga dianggap bersalah kerana membiarkan

kerosakan tersebut• Walau bagaimanapun, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi

Page 13: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?4. Membawa simpanan dalam perjalanan

• Apabila penjaga terpaksa melakukan perjalanan jauh dan keluar daripada kawasannya, dia tidak boleh membawa barang simpanan bersama• Jika penjaga membawanya sedangkan ia boleh diserahkan kepada seseorang, penjaga perlu bertanggung-jawab

• Ini kerana dia bertanggung-jawab menyimpannya di tempat yang selamat sedangkan perjalanan jauh bukan tempat yang selamat

• Dalam keadaan ini, penjaga WAJIB memulangkannya kepada pemilik atau wakilnya (jika pemilik tidak dapat ditemui)

• Jika kedua-duanya tidak dapat ditemui, penjaga perlu menyerahkannya kepada HAKIM jika boleh dipercayai

Page 14: Simpanan (Wadi'ah)

4. Membawa simpanan dalam perjalanan

• Jika tidak, dia boleh menyerahkannya kepada seseorang yang dipercayai

• Jika tiada sesiapa yang boleh diserahkan, dia dibenarkan untuk membawa bersamanya kerana ia lebih selamat berbanding meninggalkannya kepada orang yang tidak boleh dipercayai

• Bagi penjaga yang sakit (yang boleh membawa mati), jika penjaga tidak dapat menyerahkannya kepada seseorang, dia perlu mewasiatkannya• Jika tidak, dia perlu bertanggung-jawab dengan barang simpanan jika berlaku kerosakan selepas

dia meninggal dunia• Mungking juga waris penjaga akan menuntut simpanan tersebut sebagai pusaka kerana setahu

mereka barang tersebut berada dalam tangan penjaga.

Page 15: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?5. Penjaga menafikan kewujudan simpanan tanpa sebab

• Apabila pemilik menuntut semula simpanannya, lalu penjaga menafikan bahawa pemilik ada menyimpan sesuatu padanya dan kemudian simpanan tersebut rosak..

• Penjaga perlu membayar ganti rugi walaupun dia mengakui perkara yang sebenarnya

• Ini kerana penafiannya tadi telah menyebabkan dia menjadi perampas dan orang yang merampas perlu bertanggung-jawab

• Kontrak simpanan tadi terbatal melalui penafian tadi dan hanya boleh diteruskan aoabila ia diperbaharui

• Jika ada sebab tertentu dia menafikannya, kontrak tadi tidak terbatal dan simpanan tadi kekal menjadi amanah di tangannya. Jika simpanan ini rosak, dia tidak perlu membayar ganti rugi

Contohnya : (Page 1580)

Page 16: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?5. Penjaga menafikan kewujudan simpanan tanpa sebab

Contohnya : • Pemilik dipaksa untuk menuntut semula simpanan tersebut oleh seorang

perampas/ orang yang zalim..

• Sementara penjaga mengetahui jika dia mengakuinya, pemilik akan menuntutnya semula dan simpanan itu akan dirampas oleh orang yang tidak berhak

• Jadi penjaga menafikan dengan niat untuk mengelakkan keburukan berlaku kepada penyimpan

• Jika selepas itu simpanan tersebut rosak, penjaga tidak bertanggung-jawab kerana apa yang dilakukannya itu tidak salah

Page 17: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?6. Keengganan memulangkan simpanan apabila diminta

• Jika penjaga enggan memulangkan/melewat-lewatkannya tanpa sebab, dia perlu bertanggung-jawab

• Ini kerana dia telah melakukan kesalahan apabila menyimpan barang milik orang lain tanpa sebab & tanpa kebenaran

• Jika kelewatan berlaku dengan sebab munasabah..contohnya• Penyimpan menuntut semula simpanannya pada waktu yang tidak sesuai atau..• Dia bimbang jika dipulangkan, simpanan tersebut akan dirampas oleh orang lain atau sebagainya…• Dia tidak perlu bertanggung-jawab

Page 18: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?7. Barang simpanan dicampur-adukkan dengan yang lain

• Penjaga perlu menyimpan simpanan di tempat yang sesuai dengannya, tidak mencampur-adukkan dengan harta atau miliknya sendiri sehingga ia tidak boleh dibezakan lagi apabila bercampur

• Sekiranya simpanan ini dicampurkan / bercampur tanpa disengajakan , penjaga perlu bertanggung-jawab kerana percampuran ini adalah kesalahannya.• Sedangkan penyimpan tidak bersetuju ia dicampurkan dengan orang lain

• Jika simpanan boleh dipisahkan dengan mudah, penjaga tidak perlu bertanggung-jawab• Contohnya, dirham dicampurkan dengan dinar

• Jika sukar dipisahkan, contohnya gandum bercampur dengan barli... Penjaga perlu bertanggung-jawab

• Jika ganti rugi perlu dibayar, penjaga perlu membayar dengan barang yang sama jika ada ATAU dengan nilai yang sama jika tidak ada barang yang sama• Dia perlu membayar harga yang tertinggi bagi nilai barang tersebut sepanjang tempoh penyimpanan

sehingga hari kerosakan .• Barang yang dicampur itu kemudiannya menjadi miliknya.

Page 19: Simpanan (Wadi'ah)

Bilakah simpanan perlu dijamin?8. Melanggar syarat Pemilik (Penyimpan)

• Contohnya : Pemilik menyuruh penjaga menyimpannya di tempat yang tertentu / dengan cara yang tertemtu..

• Lalu penjaga melanggar syarat ini dan menyimpannya di tempat lain / dengan cara yang lain sehingga menyebabkan simpanan tersebut rosak

• Dengan itu penjaga perlu membayar ganti rugi kerana kerosakan berpunca daripada kesalahan yang dilakukan.

• Termasuk dalam ertikata ini ialah penjaga melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan.

Page 20: Simpanan (Wadi'ah)

1. Bagi barangan yang boleh dipisah..

• Seperti wang..mereka boleh membahagikannya dan masing-masing akan menyimpan separuh simpanan tersebut

• Jika salah seorang di antara mereka menyerahkan bahagiannya kepada seorang lagi untuk disimpan kesemuanya, dia perlu bertanggung-jawab dengan bahagian simpanan tersebut

• Ini kerana penyimpan hanya bersetuju simpanannya disimpan oleh mereka berdua dan bukan seorang sahaja.

• (Pendapat lain): Dia tidak perlu bertanggung-jawab kerana penyimpan bersetuju dengan sifat amanah mereka. Justeru, mereka boleh menyerahkan semua simpanan tersebut kepada salah seorang di antara mereka.

Simpanan pada 2 orang

Page 21: Simpanan (Wadi'ah)

2. Bagi barang yang tidak boleh dipisahkan..

• (Sepakat Ulama’) : Kedua-dua penjaga boleh menyerahkan kesemuanya kepada salah seorang dari antara mereka dan dia tidak perlu bertanggung-jawab.

• Ini kerana simpanan seperti ini hanya boleh disimpan di satu tempat sahaja

Simpanan dua orang pada seorangJika dua orang penyimpan menyimpan satu barang pada seseorang, kemudian salah seorang di antara mereka menuntut simpanan tersebut atau menuntut bahagiannya

sahaja..Adakah penjaga perlu memenuhi tuntutan itu?

Jawapan:• Penjaga tidak perlu menyerahkannya walaupun hanya sebahagian kerana mereka

berdua menyimpannya secara bersama

• Oleh itu, mereka juga perlu bersama-sama ketika menuntutnya.

• Jika hanya seorang sahaja yang mahu menuntut bahagian tersebut, penjaga perlu membawa kes kepada hakim untuk membuat pembahagian pegangan tersebut

Page 22: Simpanan (Wadi'ah)

Penamatan Kontrak Simpanan1. Kontrak simpanan dianggap tamat apabila pemilik menuntut semula simpanannya/ Penjaga menyerahkan

semula barang yang disimpan.

• Walau bagaimanapun, penjaga diharamkan memulangkannya dalam keadaan dia WAJIB menerima simpanan tersebut dan pemilik masih belum mahu menuntutnya.

• MAKRUH dipulangkan kepada pemilik dalam keadaan dia disunatkan menerimanya dan pemilik masih mahu menuntutnya

2. Apabila pemilik / penjaga meninggal dunia..• Kerana kontrak ini hanya berlangsung antara mereka.

3. Demikian juga jika salah satu pihak didapati gila atau pengsan4. Atau jika penjaga dihalang daripada menguruskan harta kerana bodoh (safih)- Muflis5. Begitu juga jika pemilik memindahkan hak milik simpanannya kepada orang lain, sama ada melalui jual

beli/hadiah/sebagainya

Setelah tamatnya kontrak, penjaga wajib memulangkan barang tersebut kepada pemilik/wali secepat mungkin.

Pulangkan: Memberitahu mengenainya / mengenai tempatnya. Jika tidak dapat temui keduanya, penjaga harus

memulangkan kepada hakim.