Kek pisang super

  • View
    224

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Kek pisang super

  • 1. Kek Pisang Taburan Coklat saida_wati@myresipi.com Resepi asal oleh Ana Ina (rakan KR @ facebook) tp diubah sket utk memancing selera anak.. Created on : 29-04-2011 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi saida_wati Bahan-bahan ( 5 orang ) 1 cawan minyak 1 cawan gula 5 biji telur 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu makan baking powder 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh esen pisang 10 biji pisang emas | pisang jenis lain pun boleh Parutan coklat cadbury | boleh guna coklat masakan atau apa2 jenis coklat Chocolate rice | tabur di atas adunan Cara-cara 1. Minyak, telur dan gula diblend | 5 minit 2. Masukkan adunan yang sudah diblend dalam mangkuk, lepas tu masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan esen pisang | gaul 3. Masukkan pisang yang telah dilenyek. Gaul. Kemudian masukkan parutan coklat. Gaul sekejap je untuk elak coklat cair dalam adunan

2. 4. Sapu loyang dengan minyak. Tuang adunan tadi ke dalam loyang. Tabur chocolate rice dan bakar selama 40 minit dengan suhu 180C 5. Sedap makan masa panas2.. [ Kek Pisang Super newbie123@myresipi.com Walupun melambak resipi kek pisang kat sini, nak letak jugak resipi kek pisang ni for my reference lah in the future pasal rasa dia best giler. Jangan mare...nanti kena jual... Bahan-bahan ( 1 biji kek ) 4 biji pisang medium size di lecek (saya guna pisang Montel) 1/2 cawan minyak jagung 1 1/2 cawan tepung 1 sudu teh soda bicarbonate 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu teh cinnamon powder 1 sudu teh esen vanilla 1/4 cawan plain yogurt drink secubit garam 1/2 cawan gula putih 1/4 cawan gula perang 3 biji telur Cara-cara 1. Panaskan oven 180 darjah. Lenser tin kek dengan sedikit marjerin. 2. Campur tepung, soda, baking powder, garam, cinnamon powder. Ayak dan ketepikan. 3. Di dalam satu mangkuk, pukul gula dan telur hingga sebati. Campurkan minyak, pisang, dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Last sekali masukkan yogurt drink. 4. Tuang dalam tin kek dan bakar selama 35-40 minit. Texture kek ni lembab dan gebu. Bila makan takleh berenti...tak sesuai untuk orang yg tengah diet :) 3. Resipi apam beras 1 cawan nasi 2 cawan tepung beras 1 cawan gula putih 1 1/4 cawan air 1 sudu kecil yis sepeket kecil eno Caranya: 1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). 2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. 3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. 4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka. 4. - sebelum ditoppingkan dgn kelapa- - ros guna kelapa kering je- Bahan2: 5 eggs, 1 cup sugar, 1 cup margerin, 3 cups self raising flour, 5. milk 1/2 cup or can use water (sukahati mau atau tidak). perasa lain or pewarna..sukahati mau tambah. Cara2 buat: mix sugar n margerin till creamy. add all eggs. then flour (1 cup at a time) then milk/water. .pastu isi dlm cup. inti..sukahati la. .20 mins to prepare, 15mins to cook, 150'c. oku ndai sumia 75 cups, 3 sidoh madang.. 6. Resepi Biskut Nestum Bahan-bahan ( lebih 200 biji... ) 7. 375 gm mentega 250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn 400 gm tepung gandum 225 gm nestum 1/2 sudu teh serbuk penaik coklat masakan...utk hiasan je....tak letak pon takpela.. Ceri dipotong kecil2..saya saje tambah ni paper cup secukupnya Cara-cara 1. Pukul mentega & gula perang hingga kembang. 2. Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh akan jd berderai mcm serbuk gitu) 3. Bentukkan..saya kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat 4. Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...sejukkan sebelum di hias 5. Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan, paipkan atas biskut..(saya boh dalam plastik, gunting buat lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka lah yea.. 6. Simpan dalam bekas kedap udara..biskut ni rangup & kurang manis, resepi asalnya dibentukkan ikut suka..selamat mencuba 7. Saya buat separuh adunan & dapat lebih kurang 170 biji biskut Resepi Cupcake Vanilla Bahan-bahan ( sekeluarga, kalau mini dalam 80 pcs, kalau saiz m dalam kurang lebih 20 pcs ) 8. 1 cawan gula kastor 1/2 cawan mentega 2 biji telur 2 sudu teh esen vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum 1 3/4 sudu teh serbuk penaik 1/2 cawan susu (segar atau uht) 2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x) Cara-cara 1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius. 2. Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla. 4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat. 5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat. 6. 25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat. 7. Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain. DONAT 9. hasiah63@myresipi.com Lembuuuttttt, sedap dimakan panas2 . . Rspi nie asal nya dpt dr sorang kwn, trima ksih byk2 krna sdi shre ye . . ^_^ Bahan-bahan ( lebih kurang 30biji - terpulang pada saiz ) 600 gm tepung gandum 80 gm marjerin 60 gm gula halus 1 biji telur 2 sudu susu pekat manis 1 paket yis Air suam secukupnya Gula kastor - untuk menggaul MInyak - untuk menggoreng Cara-cara 1. Air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Biar sampai kembang. 2. Gaul tepung, marjerin dan telur. Masukkan bancuhan yis tadi, gaul sebati. 3. Tambahkan air suam sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang licin, perapkan selama 20- 25minit. 4. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang dikehendaki. 5. Bentukkan bebola tersebut menjadi donat dengan menebuk lubang ditengah-tengah. 6. Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan naik lebih kurang 20-25 minit lagi. 7. Goreng hingga masak, bila agak suam barulah gaulkan dengan gula kastor. 10. Apam Marble rahel@myresipi.com sangat sedap..lembut je.. Bahan-bahan ( 1 family ) 300g tepung superfine* 220g gula kastor-kisar halus 3 biji telur gred A 1/2 sb ovallet 250ml susu cair 1 1/2 st baking powder* sedikit pewarna pilihan Cara-cara 1. Panaskan air dlm kukusan,siapkan acuan apam.Ayak bersama bahan bertanda* 2. Menggunakan pemukul elektrik,pukul telur,gula,ovallet sehingga kembang dan pekat selama 7- 10 minit pada kelajuan sedang. 3. Masukkan tepung berselang seli dg susu cair,sambil digaul rata guna spatula.Bahagi kpd 3 bahagian & warnakan. 4. Sudukan ke dlm acuan secara berselang seli hingga paras penuh. 5. Kukus dg api sederhana kuat selama 15 minit.(lapik tudung periuk dg tuala/kain bersih dan jgn buka tudung periuk selama mengukus apam). 11. Wallaweyy...tengok tu.siap letak kismis!x penah2 aku letak kismis kan..tengok permukaan atas macam kosong je...nampak biasa.Nak letak bijan, xde stok la pulak...nampak je kismis,terus la gatal tangan nak tabur.Hasil nya begini la....bila maka tu pula terasa skali kismis nya. Sedap taw .. Macam biasa la.. kalau dah buat ni tak kan la nak makan sorang2 kan??Jadi aku gi pack dalam tupperware yg ada dan bawak bekal ke opis utk kengkawan..Sampai opis je alhamdulillah, laris bingka ni. Tekstur bingka ni lembutttt je... i like ... Sebelum ni pernah jugak buat bingka labu ni kan.resepi nya sama ja cuma kali ni tabur kismis tu je la... Bingka Labu Berkismis by : ryoazhar@blogspot.com Bahan2 : 500g labu kuning 2 cawan santan pekat 2 cawan tepung gandum 2 sudu margerin/butter 4 biji telur 1 cawan gula secubit garam kismis secukupnya Caranya : 1. Panaskan oven15 minit (180') 2. Rebus labu sehingga lembut (10 Minit).Tmasukkan sikit garam kalau perlu,toskan. 3. Lenyek labu di dalam bekas bersama margerin*akan cair sbb labu masih panas 12. 4. Pukul telur didalam bekas lain, kemudian tuang ke dalam adunan labu. 5. Masukkan santan,gula,tepung gandum..pukul lagi menggunakan hand whisker hingga sebati 6. Tuang adunan ke dalam loyang 8"x8"/9"x9" yg telah disapu sedikit minyak masak. 7. Tabur kismis secukupnya 8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah (180'c) 9. Dah siap. Balik smalam,ternampak pulak buah labu duk posing tepi pintu..mintak perhatian ler tuh...terus aku tepikir nk buat menu guna labu ni la pulak.. Bingka Labu Kuning Tingg!Dah masak*loyang 9"x9" 13. Sedap sebagai juadah sarapan/minum petang Ok,skarang share resepi yang tak berapa nak rahsia ni pulak *sebab ramai mmg dh tau buat kan.. Bingka Labu Kuning by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com Bahan2 : 500g labu kuning *dipotong dadu 2 cawan santan pekat*ryo guna santan kotak 2 cawan tepung gandum 2 sudu margerin/butter 3 biji telur 1 cawan gula secubit garam *optional Caranya : 1. Panaskan oven15 minit (180') 2. Rebus labu sehingga lembut (10 Minit).Tmasukkan sikit garam kalau perlu,toskan. 3. Lenyek labu di dalam bekas bersama margerin*akan cair sbb labu masih panas 4. Masukkan santan,gula,telur,tepung gandum..pukul menggunakan hand whisker hingga sebati 5. Tuang adunan ke dalam loyang 8"x8"/9"x9" yg telah disapu sedikit minyak masak. 6. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah (180'c) 7. Dah siap.... 14. Dah tak tahu berapa kali buat bingka ubi kayu ni guna resepi yg sama. Suka sangat dengan resepi ni