12
Penjagaan Penghidap Penyakit Kronik Ketika Keadaan Berjerebu Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100 Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular. Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes. Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor. Lakukan senaman di dalam rumah. Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti. Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan. Jangan merokok. Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah. Layari http://moh.gov.my/v/terkini_jerebu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi jerebu di tempat anda Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.

info jerebu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: info jerebu

Penjagaan Penghidap Penyakit Kronik Ketika Keadaan Berjerebu

• Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100• Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan

pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.

• Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.

• Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.• Lakukan senaman di dalam rumah.• Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan

aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.• Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan

dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.• Jangan merokok.• Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala,

mual dan muntah.• Layari http://moh.gov.my/v/terkini_jerebu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi

jerebu di tempat anda• Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan

berjerebu ini.

Page 2: info jerebu

Kekal Aktif Walaupun Keadaan Berjerebu

• Kita perlu kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu. Pada lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah. Keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan menyedut dan terdedah kepada udara berjerebu yang tercemar. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita. Ia tidak semestinya begitu! Berikut adalah tips bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu:

Kegiatan fizikal dan sukan di dalam bangunan boleh diteruskan seperti menghadiri

gimnasium, sukan futsal, skuash dan badminton. Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan Mop lantai dan kemas rumah anda Menari di dalam rumah

Page 3: info jerebu

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

• Pemakanan yang sihat adalah penting semasa musim berjerebu untuk mempertahankan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai penyakit yang ada kaitan dengan jerebu .

• Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah.Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak .Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan . Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

Page 4: info jerebu

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

• Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .

• Minum Jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.

• Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.

• Pengambilan air suam adalah digalakkan berbanding minuman sejuk /berais kerana tubuh badan akan kehilangan haba dengan cepat yang perlu diganti semula.

• Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kehausan dan dehidrasi seperti makanan masin atau bergaram.

Page 5: info jerebu

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

• Makan pelbagai makanan mengikut keperluan untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.

• Pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak dan disimpan dalam keadaan yang sesuai sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.

• Kekal aktif di tempat yang sesuai ( Dalam bangunan /rumah) tetapi elakkan atau kurangkan aktiviti di luar rumah. Elakkan merokok kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.

• Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga.

Page 6: info jerebu

Apakah jerebu ?

• Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Page 7: info jerebu

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

Pembakaran Secara TerbukaAsap Dari KilangAsap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Page 8: info jerebu

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :

Kanak-kanak Orang tua

Mereka yang mengalami penyakit :

asma bronkitis radang paru-paru penyakit paru-paru yang kronik jantung alahan Perokok Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Page 9: info jerebu

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU STATUS0 - 50 Baik51 - 100 Sederhana101 - 200 Tidak Sihat201 - 300 Sangat Tidak Sihat301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

Page 10: info jerebu

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.Mata terasa pedih dan berair.Hidung berair dan kerap bersin.Kulit badan terasa gatal-gatal.Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Page 11: info jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:

• Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

• mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

• Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

• Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

• Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

• Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

Page 12: info jerebu

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:

• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

• Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

• Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

• Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.