25
ASAS PEMASARAN UNIT 2 : CAMPURAN PEMASARAN PERLETAKAN HARGA

Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

ASAS PEMASARANUNIT 2 : CAMPURAN PEMASARANPERLETAKAN HARGA

Page 2: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

MAKSUD HARGA Pelanggan : Harga ialah nilai pertukaran bagi sesuatu

produk yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli dalam sesuatu transaksi

Penjual : Harga ialah sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan

Harga adalah isyarat kualiti bagi sesuatu produk. Harga yang tinggi bagi sesuatu jenama menunjukkan imej produk yang berkualiti tinggi. Cth : Rolex, Burberry dlll.

Page 3: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR DALAMAN Objektif Pemasaran

Objektif yang digunakan adalah penakatan, pemaksimuman keuntungan, pemimpinan pasaran dan kualiti produk

Penakatan : tindakan untuk memastikan perniagaan terus beroperasi. Permintaan produk perlu diwujudkan dan harga diletakkan pada paras yang rendah. Harga yang rendah perlulah dapat menampung kos tetap dan kos berubah keseluruhan operasi untuk memastikan perniagaan terus hidup

Memaksimumkan keuntungan : harga yang ditetapkan mestilah menghasilkan keuntungan, aliran tunai atau pulangan ke atas pelaburan

Pemimpinan Pasaran : meletakkan harga pada paras yang tinggi untuk menggalakkan peningkatan permintaan produk. Produk mestilah berkualiti dan berprestasi tinggi untuk menarik pengguna yang mementingkan kualiti

Page 4: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR DALAMANo Strategi Campuran Pemasaran

Keputusan penentuan harga dibuat dengan mengambil kira reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan jenis promosi

Keputusan meletakkan produk sebagai berkualiti tinggi dari segi prestasi dan jenamanya memerlukan syarikat mengenakan harga yang tinggi

o Kos Pengeluaran Kos menentukan harga terendah yang boleh dikenakan

oleh pengeluar ke atas sesuatu produk Harga mestilah mampu menampung kos berubah dan

kos tetap atau kos pengeluaran

Page 5: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR DALAMANo Pertimbangan Organisasi

Siapa yang layak untuk menentukan harga bergantung kepada saiz sesuatu organisasi

Dalam organisasi besar, penentuan harga melibatkan Pengurus Lini Produk dan Pengurus Jabatan

Sekiranya harga menjadi kelebihan persaingan utama sesuatu industri, jabatan harga akan diwujudkan dan pengurusnya bertanggungjawab meletakkan harga terbaik bagi mencapai keuntungan

Dalam pasaran industri, jurujual mungkin diberi kuasa berunding dengan pelanggan

Pihak lain dalam syarikat yang menentukan penentuan harga termasuklah Pengurus Jualan, Pengurus Produk, Pengurus Kewangan dan Akauntan

Page 6: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Pasaran dan Permintaan

Jika kos telah menentukan harga terendah, pasaran dan permintaan pula menetapkan harga yang tinggi. Hubungan pasaran dan permintaan sesuatu produk perlu difahami oleh pemasar sebelum menetapkan sesuatu harga

Penentuan harga dalam pasaran berbeza memerlukan pemahaman terhadap empat jenis pasaran iaitu pasaran perniagaan sempurna, pasaran persaingan bermonopi, pasaran persaingan oligopoli dan pasaran monopoli

Pasaran Persaingan Sempurna : terdapat ramai pembeli dan penjual menjual produk yang sama, maka penjual tidak dapat menaikkan harga kerana pembeli mempunyai banyak pilihan untuk memilih produk

Pasaran Persaingan Bermonopoli : terdapat ramai pembeli dan penjual menjual-beli pada harga yang berbeza. Syarikat perlu membezakan produk dari segi kualiti, gaya dan servis. Cth : Syarikat pakaian, beg tangan

Page 7: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Pasaran dan Permintaan

Pasaran Persaingan Oligopoli : terdapat sedikit penjual tetapi mereka sangat sensitif kepada harga yang ditetapkan oleh pesaing. Apabila pesaing menurunkan harga, syarikat terpaksa mengikut kerana tidak mahu kehilangan pelanggan. Apabila pesaing menaikkan harga, tidak semua syarikat akan ikut naikkan harga. Cth : syarikat penerbangan dan syarikat kereta

Pasaran Monopoli: hanya terdapat seorang penjual dalam pasaran. Penjual tersebut mungkin kerajaan atau syarikat dikawal kerajaan (GLC). Adakala harga ditetapkan di bawah kos oleh kerajaan kerana mengambil kira kemampuan pengguna dan kepentingan produk. Adakala kerajaan menaikkan harga untuk mengurangkan penggunaan oleh pengguna. Bagi syarikat yang dikawal kerajaan, mereka bebas menetapkan harga yang memberi keuntungan berpatutan bagi mengembangkan operasi syarikat. Cth : Tenaga Nasional Berhad

Page 8: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Pasaran dan Permintaan

Harga turut dipengaruhi oleh kuasa permintaan dan penawaran. Penawaran : kuantiti produk yang akan dijual oleh pengeluar pada harga tertentu. Permintaan : kuantiti produk yang akan dibeli oleh pengguna pada harga tertentu. Kebiasaannya kuantiti yang diminta akan meningkat apabila harga rendah dan sebaliknya

Page 9: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Persaingan

Keputusan penentuan harga dipengaruhi oleh kos dan harga pesaing

Strategi penentuan harga memberikan kesan kepada bentuk persaingan dalam pasaran

Penjual menggunakan strategi harga tinggi dan mendapat margin yang tinggi akan mendorong penjual baru memasuki pasaran dan bersaing dari segi harga

Untuk bersaing dari segi harga, syarikat perlu mengetahui hubungan antara kualiti dengan harga produk pesaing

Sekiranya produk pesaing mempunyai kualiti yang sama, harga yang diletakkan mestilah lebih kurang sama. Begitu juga sebaliknya.

Page 10: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGAFAKTOR LUARAN Persekitaran

Dalam menentukan harga, faktor-faktor persekitaran luar perlu diambil kira

Keadaan ekonomi yang meleset boleh mempengaruhi harga kerana keadaan ekonomi memberi kesan kepada kos pengeluaran dan persepsi pengguna terhadap nilai dan harga

Polisi harga yang ditetapkan kerajaan mesti diketahui pemasar supaya tidak melanggar undang-undang semasa menentukan harga

Harga ditetapkan mestilah memberi keuntungan kepada semua pihak terutama orang tengah

Penentuan harga perlu mengambil kira faktor sosial iaitu tidak membebankan pengguna demi keuntungan semata-mata

Page 11: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

PENDEKATAN PENENTUAN HARGA SECARA UMUM PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

PENENTUAN HARGA TOKOKAN KOS PENENTUAN HARGA PULANG MODAL DAN UNTUNG

SASARAN PENENTUAN HARGA BERDASARKAN NILAI PENENTUAN HARGA BERDASARKAN PESAING

PENENTUAN HARGA KADAR KINI PENENTUAN HARGA BIDA TERTUTUP

Page 12: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOSPENENTUAN HARGA TOKOKAN KOS Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambahkan

margin keuntungan ke atas kos pengeluaran produk Cth : Seorang pengeluar radio mempunyai kos jangkaan

jualan berikut :Kos berubahRM10Kos tetap RM300,000Jumlah jangkaan jualan 50,000 unit

Page 13: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Maka kos seunit radio ialah :

Kos Seunit = Kos Berubah +Kos Tetap

Jumlah Jualan

= RM 10 + RM300,00050,000

= RM 16

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 14: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Sekiranya pengeluar ingin menokok 20% margin keuntungan, harga tokokan ialah :

Pengeluar akan mengenakan harga RM20 kepada penjual / orang tengah dan membuat keuntungan sebanyak RM4 seunit.

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 15: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Penentuan harga berdasarkan kos sangat popular kerana : Penjual lebih pasti tentang kos berbanding dengan permintaan Dengan mengambil kira kos dalam penentuan harga,

penyesuaian tidak perlu dilakukan apabila permintaan berubah

Kaedah ini lebih adil kepada kedua-dua pihak; pembeli dan penjual

Harga akan menjadi sama dan persaingan harga dapat dikurangkan

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 16: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

PENENTUAN HARGA PULANG MODAL DAN HARGA UNTUNG SASARAN Syarikat cuba menentukan harga yang memberikan pulang modal

atau untung sasaran yang telah ditetapkan dengan menggunakan rajah pulang modal

Rajah di bawah menunjukkan titik pulang modal dengan keluk jumlah kos dan keluk jumlah hasil dijangka pada tahap volum jualan yang berbeza

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 17: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Pendapatan, Kos (RM,000)

 

1,200

 

1,000

 

800  

600

 

400                            

200

 

0                          10 20 30 40 50 60

Volum Jualan (,000)

Jumlah Pendapatan

Jumlah Kos

Kuantiti Titik Pulang

Modal

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 18: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Kos Tetap / overhed : perbelanjaan yang tidak berubah sama ada jualan meningkat atau menurun. Cth : kos sewa, premium insurans

Kos Berubah : perbelanjaan yang berubah mengikut jumlah pengeluaran dan jualan.

Cth : kos buruh, kos bahan mentah Keluk Jumlah Kos bermula di sebelah kiri rajah pada RM300,000

(pengeluaran sifar) Keluk Jumlah Pendapatan / hasil bermula dengan sifar dan

meningkat pada setiap unit terjual Pada unit keluaran ke-30,000 unit, keluk jumlah kos = keluk jumlah

hasil. Titik persilangan ini dikenali sebagai Titik Pulang Modal (TPM) yang bermaksud pada harga RM20, syarikat mestilah menjual 30,000 unit radio untuk mendapatkan pulang modal

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 19: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

TPM boleh dikira dengan menggunakan formula iaitu :

Sekiranya syarikat ingin membuat untung sasaran, syarikat mesti menjual lebih daripada 30,000 unit pada harga RM 20 / unit

Titik Pulang Modal = Kos TetapHarga - Kos Berubah Seunit

= RM 300,000RM 20 - RM 10

= 30,000 unit

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 20: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Andaikan pengeluar radio telah melabur sebanyak RM1 juta dan ingin mendapatkan 20% untung sasaran (RM200,000)

Sekiranya syarikat meletakkan harga yang tinggi, ia tidak perlu menjual 50,000 untung mendapat untung sasaran

Titik Pulang Modal = Kos Tetap + Untung Sasar

Harga - Kos Berubah Seunit

= RM 300,000 + RM 200,000

RM 20 - RM 10

= 50,000 unit

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN KOS

Page 21: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN NILAI Menggunakan persepsi pembeli tentang nilai produk dan

bukan kos jualan sebagai penentu harga Penentuan harga dimulakan dengan analisis tentang

keperluan pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu produk

Kemudian harga disesuaikan kepada nilai yang telah dikenalpasti

Cth seorang pengguna sanggup membeli beg tangan Burberry bernilai RM5,500 kerana nilai jenamanya

Page 22: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

PENENTUAN HARGA BERDASARKAN PESAING Pengguna membuat penilaian harga sesuatu produk dengan

membuat perbandingan harga yang ditawarkan oleh pesaing 2 jenis harga berdasarkan pesaing :

Penentuan Harga Kadar Kini Penentuan Harga Bida Tertutup

Penentuan Harga Kadar Kini : syarikat meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing. Cth : peruncit kertas & baja. Bagi syarikat kecil, mereka akan mengikut pemimpin pasaran meletakkan harga. Strategi ini sesuai untuk mengelakkan perang harga

Penentuan Harga Bida Tertutup : kaedah ini digunakan apabila syarikat ingin memasuki tender untuk mendapatkan kontrak. Syarikat akan meletakkan harga yang lebih rendah daripada syarikat lain untuk mendapat peluang

Page 23: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

PENENTUAN HARGA PRODUK BARU 2 kaedah penentuan harga produk baru:

Kaedah Harga Penarahan Pasaran Kaedah Harga Penembusan Pasaran

Kaedah Harga Penarahan Pasaran Syarikat meletakkan harga pengenalan pada harga yang tinggi

untuk menarik pembeli yang tidak mementingkan harga tetapi tertarik dengan kualiti produk

Syarikat akan menurunkan harga secara berperingkat pada masa akan datang. Ia mengandaikan permintaan untuk produk baru ini adalah tidak anjal

Strategi ini sesuai digunakan untuk mendapat pulangan yang cepat ke atas kos penyelidikan dan pembangunan yang telah dibelanjakan untuk menghasilkan produk baru

Matlamat utama kaedah ini adalah mendapatkan keuntungan maksima sebelum pesaing memasuki pasaran. Cth syarikat pengeluaran ubat

Page 24: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

Kaedah Harga Penembusan Pasaran Syarikat meletakkan harga permulaan yang rendah supaya

produk mampu dibeli dan untuk menembusi pasaran Syarikat mengandaikan permintaan produk sangat anjal Matlamat utama untuk membina syer pasaran yang besar dan

membentuk kesetiaan pengguna terhadap jenama baru Ia akan membolehkan syarikat mengeluarkan produk dalam

jumlah yang banyak untuk mencapai ekonomi bidangan dengan kos seunit yang rendah

Ia juga bertujuan menghalang persaingan kerana keuntungan yang sedikit

PENENTUAN HARGA PRODUK BARU

Page 25: Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga

FAKTOR YG MEMPENGARUHI PERLETAKAN HARGA

FAKTOR DALAMAN Strategi

campuran pemasaran

Kos pengeluaran Pertimbangan

organisasi

FAKTOR LUARAN Pasaran dan

permintaan Persaingan Persekitaran

PENENTUAN HARGA SECARA UMUM

BERDASARKAN KOS Penentuan harga

tokokan kos Penentuan harga

pulang modal dan untung sasaran

BERDASARKAN PESAING

Penentuan harga kadar kini

Penentuan harga bida tertutup

BERDASARKAN NILAI

HARGA