View
1.068
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
BAB I
PENGENALAN
KAJIAN KES LAMPIRAN 6
Seperti yang kita tahu, disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui
sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. C.M. Charles menghuraikan bahawa
terdapat 10 model disiplin yang beliau gelarkan “Model-Model Persediaan”. Kesemua
model adalah yang terbaik dan boleh diterapkan dalam menguruskan kelas dan
kesemuanya dicipta oleh tokoh-tokoh ternama.
Dalam kerja kursus pendek bagi subjek Ilmu Pendidikan pelajar semestar Ketiga
Tahun Kedua, setiap kumpulan diminta menghasilkan satu laporan analisa terhadap
lampiran yang diberi dan memberi reaksi berkenaan masalah disiplin pelajar dan
bagaimana seorang guru itu mencari penyelesaian dengan mengaitkannya dengan
fakta, teori, prinsip dan model-model disiplin yang dipelajari dari tokoh penting seperti
B.F.Skinner, Canter, Dreikurs, William Glasser dan Kounin.
Setiap kumpulan mempunyai kes kajian yang berbeza dan bebas untuk
membuat strategi dalam menyelesaikan kes serta memberikan pendapat dalam
memastikan langkah yang diambil adalah tepat dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kes seperti dilampirkan. Bahan kajian yang diberikan juga mempunyai
pelbagai jenis masalah yang memerlukan kreativiti pelajar dalam memilih model yang
sesuai seterusnya mencari jalan penyelesaian.
Kajian juga memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang situasi sebenar
yang akan mereka alami di sekolah. Ia juga memberi mereka peluang mengenal pasti
bagaimana menyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan menggunakan
pengurusan bilik darjah yang sempurna serta mengetahui kepentingan disiplin dan
jenis-jenis disiplin di samping mengaplikasikan model-model disiplin yang sesuai. Ini
semua akan membantu mereka menjadi seorang guru yang lebih bersedia dari mental
dan fizikal.
1
1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER
B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil
karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan
tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan.
Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan
berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman.
Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat
menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan
dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Peneguhan termasuklah
pembekalan vokal, senyuman, gred yang tinggi, masa membaca yang terluang,
ganjaran dan token ekonomi.
Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku
kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh
apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan
ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut.
Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.
Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak
melakukannya dengan kerap dan selalu.
Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan,
maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman
dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan
pengukuhan negatif.
Semasa awal sesuatu sesi topik pembelajaran, pengukuhan yang secara terus
menerus akan menghasilkan keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud sesuatu
tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa dan terjadi.
2
1.3 MODEL ASERTIF CANTER
Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini
dicipta oleh Lee Canter. Model ini adalah salah satu model yang termasyur dan sangat
diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta
sangat berkesan. Model ini juga didapati jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan
murid-murid didalam bilik darjah. Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
peraturan, pengenalan positif dan akibat/kesan .
Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun dan
sentiasa bertanggungjawab dengan dengan tingkah laku murid-muridnya. Seorang
murid perlu mempunyai sikap yang bersopan-santun seiring dengan kehendak ibu
bapa, komuniti dan juga proses pendidikan kini. Guru membantu murid-murid
memahami bentuk-bentuk tingkahlaku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Jika
seorang guru itu gagal, ini bermakna kelas guru tersebut juga akan gagal.
Seorang guru juga perlu mempunyai perkara-perkara asas di dalam kelasnya,
termasuk menggunakan semaksimum mungkin persekitaran pembelajaran, mempunyai
hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan sikap murid yang sentiasa dapat
memberikan kerjasama,mendapat hak dan bantuan apabila guru meminta pertolongan
daripada ibu bapa mahupun penjaga murid-murid.
Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu termasuk mendapat seorang
guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama mereka dan mendapat
sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan kerjasama yang
positif. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah
berjalan lancar.
Selain itu, pengiktirafan diberikan kepada murid-murid untuk menggalakkan
tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-
murid yang menganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Kemudian,
dengan merujuk satu peraturan bilik darjah yang telah anda tetapkan, rangkakan
3
pengiktirafan yang akan diberikan kepada murid-murid yang mengikut peraturan dan
tindakan pembetulan kepada murid-murid yang melanggar peraturan.
1.4 MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu
cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat
kepimpinan yang kukuh dan kuat. Guru juga akan mengenalpasti punca salah laku dan
membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu
keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan
tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan
perhatian kepadanya. Murid juga perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap
pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.
Dreikurs(1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada
motif-motif berikut, iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam,
dan mempamerkan kekurangan. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang
dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya.
Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Merujuk kepada kes di lampiran 6 “Grandma’s Boy” pelajar bernama Justin yang
mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan
pelajaranya terganggu. Merujuk kapada model ini sebagai seorang guru yang
berdedikasi,Cikgu Helen harus mencari punca-punca yang menyebabkan murid itu
menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru beliau perlu mengenalpasti kesalahan
dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid
berkenaan serta menyelesaikan masalahnya.
4
1.5 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
Pengurusan kelas, bersedia, pengurusan kumpulan , perlu betulkan pelajar lain
jika betulkan seorang, peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan
keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan berlaku
apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab terhadap sesi
pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan
bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan
kemajuan murid. Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:
Merangkumi semua (withitness)
Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta
menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar
belakang murid.
Bertindih (overlapping)
Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada
sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.
Momentum (momentum)
Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka ialah guru-
guru yang peka
Kelancaran (smoothness)
Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan
teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru
mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Fokus kumpulan (group focus)
Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu melibatkan murid secara
total, mewujudkan P & P yang lebih menarik dan menarik perhatian murid.
5
1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER
Asas utama kepada model ini ialah perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada
keputusan yang baik/bijak. Ini bermaksud setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
individu berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat individu berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka.
Keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah rasa dipunyai dan
disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka
ria. Kurikulum dan pengajaran mesti berfokuskan keperluan asas ini.
Glasser juga memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia
bermaksud membina disiplin kelas. William Glaser menegaskan timbang rasa akan
mendatangkan nilai yang serius/penting.Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam
persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil
berat tentang kebajikan murid.
Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai
tingkah laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka.
Seterusnya, pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya
pemilihan pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk.
Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa
membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-
baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan
pemilihan tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk.Akibat daripada pemilihan
sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun
buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atanya.
Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.
Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh
muridnya. Seterusnya, murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala
akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka. Model Terapi Realiti
merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri.
6
BAB II
PEMBENTANGAN ANALISIS KAJIAN KES
2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES
Dalam kes yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu lampiran 6, watak utama
yang diceritakan ialah Helen Jamison dan Justin E. Richardson II. Helen Jamison
merupakan seorang guru perempuan yang bertugas di sebuah sekolah C.E Conners
Elementary School. Beliau merupakan seorang guru yang baru bertugas selama 2
bulan di sekolah ini. Helen, merupakan seorang guru yang kreatif di dalam membina
keyakinan diri seseorang individu khususnya anak muridnya. Beliau juga memberi
sumbangan dalam mencipta idea bagi memotivasikan murid-murid untuk memiliki rasa
penghormatan diri, berani dan bekerjasama di antara satu sama lain.
Selepas dua bulan mengajar, Justin yang merupakan seorang murid baru
dipindahkan ke sekolah ini dan dimasukkan ke kelas Cikgu Helen. Justin merupakan
seorang murid yang bermasalah dari segi sosioemosi, sukar untuk bekerjasama, suka
berkhayal dan tidak memberi tumpuan terhadap pembelajarannya serta tidak memberi
komitmen di dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Helen cuba mencari peluang
untuk berjumpa dengan ayah Justin setelah dinasihatkan oleh rakan sekerjanya.
Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk berbincang mengenai keadaan
pengurusan tingkah laku di rumah dan di sekolah di dalam menyelesaikan masalah
Justin.Helen dimaklumkan oleh bekas guru Justin iaitu, Cikgu Judy yang mengatakan
bahawa Justin merupakan seorang murid yang baik dan pintar. Namun, tingkah laku
Justin berubah pada penghujung tahunnya. Menurut Cikgu Judy, perubahan tingkah
laku yang berlaku pada Justin bermula setelah perceraian antara kedua ibu bapanya.
Lantaran daripada itu, Justin dan ayahnya, Encik Richardson telah berpindah ke rumah
neneknya.
7
Masalah Justin bertambah apabila neneknya suka mengongkong dan memaksa
untuk mengambil alih tanggungjawab penjagaan terhadap Justin. Selain itu, semua
cadangan adalah dikawal oleh Puan Ann, nenek kepada Justin. Justin menjadi tidak
bersemangat setelah kehilangan ibunya yang mana mereka telah berpisah tanpa ada
ucapan selamat tinggal dan tidak akan kembali lagi.Hakikatnya, Justin amat
mengharapkan keluarganya dapat bersatu semula.Tetapi, neneknya, sering memburuk-
burukkan ibunya di hadapan Justin.
Lantaran daripada hal ini, Helen telah membawa Justin kepada guru kaunseling
di sekolah tersebut. Namun, apa yang terjadi, nenek Justin memonopoli hampir setiap
masa sesi kaunseling. Justeru, Cikgu Cindy yang sepatutnya memberi khidmat
kaunseling seakan-akan diberi nasihat oleh Puan Ann. Pada masa yang sama, Puan
Ann telah membantah cadangan Helen untuk mengadakan “home-school management
program”.
Hasil perbincangan dengan keluarga Justin, Helen dan Cindy gagal mencapai
penyelesaian yang boleh membantu perkembangan Justin.Kesimpulannya, cerita ini
mengisahkan tentang usaha Cikgu Helen yang tidak tercapai objektifnya ekoran
daripada tidak ada kerjasama daripada keluarga Justin.Hal ini bermaksud, tidak semua
masalah yang dihadapi oleh murid-murid mampu diselesaikan dengan jayanya oleh
guru.
8
9
Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
Kurang memberikan perhatian
Pendiam
Apati
Pasif-agresif
10
Cadangan Strategi Penyelesaian Masalah
Aplikasi Teori Keperluan Maslow
Aplikasi Model Realiti Terapi
Model akibat Logikal Dreikurs
Bina hubungan rapat dengan Justin
Intervensi dalam menangani masalah disiplin
2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISA
DISIPLIN
Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok
masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan
masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun seterusnya
membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang.
P.F. Olivia (1956) mengatakan bahawa disiplin ialah kawalan diri dari luar yang
patuh kepada outoriti keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang
sistematik dan cara menetapkan peraturan dan hukuman.
G.V Sheriakov F.Redi (1956) mengatakan disiplin ialah perihal ketenteraman dan
peraturan di dalam sesuatu kumpulan termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman
dan peraturan.
Dalam konteks pendidikan, disiplin seorang murid bukan sahaja dipengaruhi
alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Disiplin juga dipengaruhi oleh sikap dan
tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru, dan pemimpin
masyarakat.Di sekolah, peraturan yang dikenakan kepada murid adalah bertujuan
untuk mengawal tingkahlaku mereka melalui hukuman dan ganjaran.
Konsep/Model/Teori untuk memahami kes
Pelajar tidak perlu dihukum atau didenda. Pelajar melakukan kesalahan disiplin
kerana mereka masih belum membina kemahiran untuk bersendirian dan mengawal diri
sendiri (disiplin diri). Mereka memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan untuk membentuk
sikap mereka. Kita dapat membantu mereka dengan memerhatikan apakah yang telah
mereka lakukan dan melatih mereka kemahiran yang baik yang berkaitan.
11
BAB III
LAPORAN PENUH ANALISIS KES
Menurut Kamus Dewan Edisi Keenam cetakan 2000, tingkah laku ialah
perbuatan pelbagai kelakuan. Tingkah laku merujuk kepada perlakuan individu yang
boleh dilihat. Ia juga berbentuk dari segi lisan atau bukan lisan. Aspek penting dalam
tingkah laku bukan sahaja memerlukan tindakan dari manusia tetapi juga dilakukan
sebagai cara untuk berinteraksi dengan pelbagai elemen di sekeliling kita ( Maag,2004).
Masalah-masalah tingkah laku selalunya muncul dan kelihatan bukan hanya
kerana anasir luar tetapi apabila keperluan sesorang individu itu tidak dipenuhi dengan
sebaiknya. Antara keperluan-keperluan itu ialah keperluan fisiologi, keperluan
keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan
kesempurnaan kendiri. Kesemua keperluan ini mempunyai peranannya yang tersendiri
bagi mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah tingkah laku.
Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok
masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan
masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir tersusun seterusnya
membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. Menurut Debbie
Roswell (1999), kanak-kanak memerlukan empat perkara dalam memastikan disiplin
yang baik untuk mengelakkan tingkah laku negatif. Antaranya ialah keinginan,
persekitaran, kemampuan dan sumber yang betul.
Dalam kes yang dilampirkan, masalah disiplin tersebut berpunca dari institusi
kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak yang negatif terhadap
perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang secara positif
membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan peraturan. Ini sesuai
dengan konteks pendidikan bahawa disiplin seorang murid bukan sahaja dipengaruhi
alam sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Disiplin juga dipengaruhi oleh sikap dan
tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru, dan pemimpin
masyarakat.
12
Justin ialah seorang pelajar tahun 2 yang bermasalah tingkah laku. Antara
masalah yang sering ditimbulkannya adalah seperti selalu berangan di dalam kelas,
tidak membuat kerja yang diberi, (“He daydreamed constantly, and he completed
virtually no assignments”, p6, b4: “He daydreamed constantly, was inconsistent in his
work habits, and refused to comply with her instructions.”)Dia juga sering mengelakkan
diri daripada berkumpulan dengan rakan sekelas, tidak menghiraukan sebarang pujian,
kritikan, denda dan juga ganjaran. (p20, b1: “Justin didn`t respond to either praise or
criticism, rewards or punishment.”)
Justin tidak bergaul dengan rakan-rakan kelasnya yang lain. (p5, b4: “he was not
keeping up with the rest of the students in the class.”). Masalah-masalah ini dikenal
pasti oleh gurunya melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajar di dalam kelas
tersebut. Kecenderungan Justin dalam permasalahan ini, menimbulkan tanda tanya
terhadap gurunya apa yang sedang berlaku.
Seterusnya, Justin pelajar yang bermasalah tersebut tidak mempunyai cara
berkomunikasi yang baik. (p19, b1: “He doesn`t interact with the other students in the
class”) Ini boleh dibuktikan apabila dia sukar untuk bekerjasama, suka berkhayal dan
tidak memberi tumpuan terhadap pembelajarannya serta tidak memberi komitmen di
dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Tindakannya itu mengambarkan bahawa
Justin seorang pelajar mengalami masalah disiplin iaitu tidak mampu mewujudkan
tingkah laku yang baik dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat yang digambarkan
di dalam kes ini adalah masyarakat sekolah yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas
dan guru kelas Justin itu sendiri iaitu Helen Jamison. Dia seolah-olah berada dalam
dunianya sendiri. Dia juga bersifat pasif-agresif di mana sukar untuk berurusan
dengannya. (p6, b6: “He was difficult to deal with because of his passive-aggressive
personality.”)
Punca utama Justin mengalami masalah tingkah laku di dalam kelas ialah
masalah yang dihadapinya di rumah, iaitu latar belakang keluarganya. Penceraian
yang berlaku antara ibu dan bapanya telah mengganggu emosi Justin. (p8, b2:
“Justin`s parents had just divorced last summer.”) Tambahan pula perubahan ini tidak
diurus dengan baik oleh nenek dan ayahnya. Perasaan kerisauan, perasaan marah
13
atau kecewa yang terpendam akan dibawa ke sekolah. Sesetengah murid mempunyai
kekuatan dalaman atau sokongan ibu bapa untuk menghadapi cabaran dan terus
berusaha menjadi yang terbaik. Tetapi bagi Justin, dia tidak mendapat sokongan
daripada keluarga, oleh itu dia memberikan respon dengan bersikap putus asa atau
cuba menutup kelemahan melalui helah bela diri, misalnya tidak menhiraukan
pelajaran.
Selain daripada itu, sikap yang dibawa oleh neneknya juga merupakan punca
kepada masalah Justin. (p8, b4: “…this grandmother was a real ‘busy body’ and would
make herself a part of every interaction that took place between Mr. Richardson and the
school.” ) Neneknya seorang yang suka menyibuk dan ingin menguasai sagalanya.
Sentiasa campur tangan dalam semua urusan. Paling mengecewakan dia telah
memberikan ajaran yang salah kepada Justin di mana dia selalu memburuk-burukkan
menantunya di hadapan Justin. (p9, b6: “….she was adamant that Justin`s problems in
school were all caused by his mother-‘his no-good cheating, lying mother.” ) Hal ini telah
memberi konflik dalaman kepada Justin yang sangat menyayangi ibunya. Nenek Justin
juga tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu
menangani masalah cucunya. (p22, b1: “Justin don`t need no kind of home-school
program.”) Masalah disiplin kadangkala berpunca daripada ibu bapa atau penjaga
yang enggan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membimbing dan
menasihati anak jagaan mereka.
Masalah emosi yang berlaku kepada Justin turut menyumbang kepada masalah
tingkah lakunya di dalam bilik darjah. (p16, b6: “…Justin was in jeopardy of developing
some serious emotional problems.” ) Masalah yang dialaminya bersifat dalaman dan
tidak jelas kepada guru. Dia tidak mempunyai kawan, sukar menyiapkan tugasan,
menunjukkan sikap afektif yang kurang sesuai seperti tidak cergas dan pendiam.
Fikirannya sentiasa diracuni dengan perkara-perkara yang negatif tentang ibu
kesayangan oleh neneknya. Neneknya seorang yang sangat suka menjaga tepi kain
orang, dan sentiasa menguasai ayahnya menyebabkan ayah Justin tidak dapat
membuat sebarang keputusan untuk Justin. Justin mengalami masalah emosi dan
konflik terhadap tingkah laku dan perasaannya.
14
Sebagai seorang guru yang berdedikasi satu langkah yang bijak harus diambil
untuk mengembalikan pelajar ini ke pangkuan jalan yang betul. Maka gurunya iaitu
Helen Jamison telah mengambil berberapa langkah yang bijak untuk mendekati murid
berkenaan dan membantu Justin untuk menyelesaikan masalahnya.
Antara langkah yang diambil oleh beliau adalah dengan berjumpa dengan ibu
bapa Justin tetapi tidak berjaya. Secara tidak langsung, beliau boleh memahami
keadaan sebenar yang dihadapi oleh murid sebenar. Kemudian, Helen merujuk fail
maklumat terkumpul Justin dan berjumpa dengan guru tahun satu Justin, iaitu Judy
Cole. Judy menceritakan bahawa masalah Justin bermula ketika Justin di dalam tahun
satu. Judy juga bercerita bahawa ibu bapa Justin telah bercerai pada musim panas
yang lalu.
Selain itu Helen juga berjumpa ayah dan nenek Justin. Mereka tetap berkeras
mengatakan masalah Justin di sekolah berpunca daripada ibu Justin. Kemudian, Helen
berjumpa keluarga Justin buat kali kedua. Dia cuba bercerita tentang masalah Justin
serta mencadangkan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah Justin. Namun
begitu, keluarga mereka tidak bersetuju dengan semua cadangan Helen. Beliau
mendapati bahawa segala masalah yang berlaku berpunca daripada rumah Justin.
Untuk mengatasi masalah Justin, kita juga boleh mengaplikasikan Model Terapi
Realiti oleh William Glasser. Buku pertama beliau pada tahun 1965 yang bertajuk,
Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry. Buku ini telah mengubah fokus
tentang menangani masalah individu dengan mengkaji masa silam individu dan
mengaitkannya dengan masalah yang dihadapi. Teori ini mnekankan tingkah laku
manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas.
Keperluan-keperluan asas tersebut termasuklah rasa dipunyai dan disayangi,
mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria. Di dalam
persekitaran sekolah dan bilik darjah, salah laku dan masalah disiplin timbul apabila
murid-murid gagal memenuhi empat keperluan asas tersebut. Glasser percaya
keperluan-keperluan asas inilah yang mendorong tingkah laku individu.
15
Seperti mana yang telah dibincangkan, Model Terapi Glasser adalah model yang
sesuai untuk diaplikasikan oleh Helen Jamison untuk menyelesaikan masalah yang
dialami oleh Justin. Menurut model ini, Glasser menekankan tingkah laku manusia
didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas. Keperluan-
keperluan asas tersebut termasuklah rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa
dan kawaIan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria. Kurikulum dan pengajaran
mesti berfokuskan keperluan asas ini. Antara keperluan asas murid ialah kasih sayang,
mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan.
Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah yang
demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid.
Murid memerlukan kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap aktiviti-
aktiviti bilik darjah mengikut kecenderungan dan kebolehan mereka. Kebebasan perlu
diberikan kepada murid bersepadan dengan keupayaan murid. Kebebasan membuat
pilihan akan membangkitkan rasa tanggungjawab murid terhadap pilihan aktiviti bilik
darjah. Guru perlu mamikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyeronokkan murid-murid
dan pada masa yang sama meningkatkan tahap pembeljaran mereka.
Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu Justin
meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang perkara yang sedang dilakukan dan
membuat perancangan tentang kehendak sebenarnya pada masa akan datang. Salah
satu fokus utama dalam model ini ialah individu bertanggungjawab terhadap tingkah
laku sendiri, iaitu Justi bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri tanpa dikawal
oleh neneknya.
Idea utama dalam Model Terapi Realiti ialah tidak kira apa-apa yang telah
berlaku pada masa silam atau apa-apa yang berlaku pada masa sekarang, Justin
berhak memilih tingkah laku atau corak hidup yang boleh memenuhi empat keperluan
asasnya tadi, iaitu kasih sayang, keperluan mengawal kehidupan, kebebasan, dan
keseronokan. Model ini adalah satu bentuk siri langkah-langkah yang boleh membantu
Justin untuk memahami tindakan dan pilihan-pilihan yang dibuat olehnya.
16
Pada peringkat permulaan, guru boleh membantu Justin mengenal pasti akibat
daripada tingkah laku tersebut. Akibat mestilah realistik dan dikenal pasti atau dipilih
oleh Justin sendiri dan bukannya dikenakan oleh guru. Justin kemudiannya perlu
mengemukakan satu pelan perancangan untuk membantunya menguruskan tingkah
laku atau membiarkannya menanggung akibat daripada tingkah laku yang
dilakukannya. Guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan kaunselor yang
mendengar masalah Justin, membantu Justin membuat pilihan dan melaksanakan
pilihan tersebut.
Model Terapi Realiti membantu individu mengenal realiti kehidupan dan
memenuhi kehendak kehidupan mereka melalui pilihan-pilihan yang dibuat mengikut
lunas yang telah ditetapkan.bdi dalam persekitaran sekolah, guru harus menegaskan
kepada murid-murid tentang kelakuan-kelakuan yang diterima di sekolah dan peraturan
yang harus diikuti di sekolah.
Masalah-masalah tingkah laku yang berlaku pada Justin juga dapat dikurangkan
sekiranya gurunya mempunyai lngkah-langkah intervensi untuk mengawal masalah
tersebut sebelum menjadi semakin serius. Terdapat beberapa bentuk intervensi yang
boleh digunakan oleh guru dalam menangani masalah disiplin. Antaran adalah, Pastoral
Care, Bimbingan dan kaunseling dan juga Teknik modifikasi tingkah laku.
Pastoral Care merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru
untuk menjaga kebajikan murid-murid. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yg
luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku
dan sokongan emosi murid. Pastoral Care ialah elemen sokongan selain daripada
tugas guru dalam bidang akademik dan membantu guru untuk menghasilkan modal
insan yang menyeluruh dan harmonis dalam semua aspek pembangunan insan.
Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang
berkesan untuk membantu Justin semasa menghadapi kesulitan dan masalah.
Bimbingan merupakan suatu proses yang berlanjutan dan berterusan. Cara ini
dirancang dan digunakan oleh guru untuk membantu Justin mengetahui dan menyedari
tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantunya membuat penyesuaian
dengan persekitaran. Guru yang bertindak sebagai pembimbing akan membimbing
17
Justin memahami dirinya serta menyedari kekuatan dan kelemahan Justin. Guru yang
membimbing perlu mengenali Justin dari segi sahsiah, tingkah laku dan pencapaian
supaya dapat membantunya tersebut menetapkan matlamat yang selaras dengan
sahsiah dan kebolehan dirinya.
Manakala kaunseling pula adalah satu bentuk perkhidmatan yang professional,
dilakukan oleh guru kaunselor yang bertauliah atau guru-guru yang telah menerima
latihan khusus dalam khidmat kaunseling. Kaunseling suatu proses di mana guru
membantu Justin untuk memahami dirinya yang sebenar, mengenal kekuatan dan
kelemahan diri supaya Justin dapat membuat keputusan-keputusan yang berkesan
tentang pilihan-pilihan yang ada dalam hidupnya. Seorang guru kaunselor akan cuba
membantu m\Justin untuk mencapai matlamat yang realistik supaya Justin dapat
mengembangkan potensi diri secara optimum dan dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat dengan baik.
Intervensi seterusnya yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan
masalah Justin ialah, modifikasi tingkah laku. Teknik modifikasi tingkah laku
menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori peneguhan, tingkah laku Justin
ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah
laku ini akan dipelajari oleh Justin berdasarkan akibat atau peneguhan tersebut. Justin
akan mempelajari tingkah laku yang diterima atau yang tidak diterima berdasarkan
respon yang diperoleh daripada persekitaran. Oleh itu, akibat memainkan peranan
penting dalam menguatkan atau melemahkan tingkah laku yang akan ditunjukkan pada
masa akan datang.
Secara keseluruhan, teori peneguhan menyatakan tingkah laku dipengaruhi oleh
akibat selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan,
diteguhkan atau dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan. Teknik modifikasi
tingkah laku bertindak berdasarkan tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang
manakala yang tidak diberi ganjaran akan lupus. Mengikut kajian, peneguhan positif
(ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan.
18
Tugas seorang guru bukan sahaja untuk mengajar murid-murid memahami mata
pelajaran yang diajar, malah turut membimbing murid-murid menjadi seorang yang
berdisiplin dan berguna kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Seorang guru perlu
mengambil tahu latar belakang murid-muridnya serta mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi murid-muridnya supaya masalah murid tersebut dapat diatasi. Apabila
masalah-masalah yang dihadapi murid dapat diatasi, murid tersebut akan memberikan
perhatian dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan di kelas.
Murid-murid akan lebih fokus terhadap pelajarannya.
Terdapat berberapa model yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh murid berkenaan dan juga boleh diterapkan dalam penyelesaian
masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila
berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini. Namun, terdapat satu model
yang selalunya serasi dengan satu-satu kes.
Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah. Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca
kepada masalah tingkah laku. Beliau mengemukakan strategi untuk membantu murid-
murid memperoleh disiplin kendiri berdasarkan kefahaman murid-murid atau kanak-
kanak terhadap nilai-nilai sosial yang terdapat di persekitarannya. Dreikurs berpendapat
disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik.
Beliau berpendapat guru berperanan untuk membantu murid memahami motif
tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah laku dalam kalangan murid.
Salah laku akan lebih berjaya dikurangkan sekiranya murid diberi pilihan untuk
bertindak. Setiap tindakan disertakan dengan akibat yang bakal diterima. Murid akan
bertanggungjawab atas pilihan mereka dan menyedari akibat yang terhasil.
Menurut kes yang berlaku pada Justin, motif utama berlakunya salah laku pada
dia ialah untuk mendapatkan perhatian dan untuk menunjukkan kekurangan. Salah laku
sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru. Salah
satu bentuk tingkah laku Justinyang ingin mendapat perhatian guru ialah dia tidak
19
memberikan tumpuan semasa proses p&p dan tidak menyiapkan segala tugasan yang
diberikan. Adalah penting bagi seorang guru untukmenganalisa dan mencari punca
kepada salah laku tersebut. Sekiranya perhatian yang salah diberikan kepada salah
laku, kemungkinan besar salah laku tersebut akan meningkat.
Justin mengalami masalah di rumah dan merasakan dirinya tidak sama seperti
rakan-rakannya yang lain. Dia bertindak memencilkan diri atau meminggirkan diri. Murid
sebegini suka dibiarkan berseorangan, mengelak daripada membuat sebarang gerak
kerja kumpulan, tidak bercampur dengan rakan sekelas yang lain dan tidak mengambil
bahagian dalam mana-mana aktiviti yang dijalankan. Tujuan utamanya adalah supaya
dia tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunianya sendiri. Justin gagal membuat
aktiviti yang disuruh, gagal bekerjasama dalam kumpulan, tidak mencuba atau menolak
untuk mengambil bahagian. Motif menunjukkan kekurangan adalah langkah terakhir
yang diambil untuk mendapatkan pengiktirafan diri di dalam bilik darjah. Secara
psikologi dia cuba meyakinkan diri sendiri bahawa dia tidak mempunyai kebolehan
seperti rakannya yang lain. Oleh itu, dia menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti
kelas.
Seorang guru patut belajar cara untuk mengenal pasti matlamat-matlamat murid
yang salah ini dan cara untuk menanganinya. Apabila guru mula melihat tanda-tanda
berlakunya salah matlamat, guru patut menyedarkan murid-murid dan berbincang
dengan murid tindakan salah yang telah diambil dalam suasana yang mesra dan tidak
terancam.
Secara keseluruhan, Dreikurs telah mencadangkan beberapa langkah untuk
menangani murid-murid yang mempunyai motif-motif yang salah dalam mempamerkan
tingkah laku. Pertama, guru perlu mengenal pasti motif murid sama ada ingin
mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam atau mempamerkan
kekurangan. Bantu murid untuk memahami motif yang telah ditunjukkan. Murid mungkin
gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan
diri di dalam bilik darjah. Kedua, tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah
memilih cara atau motif yang salah untuk mendapat pengiktirafan diri. Ketiga, bantu
murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang
20
mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Keempat, galak dan bimbing murid untuk
bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih, dan yang terakhir bantu murid
untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat tersebut mestilah
boleh difahami dan diterima oleh murid. Akibat itu perlu memberikan manfaat kepada
diri murid dan orang-orang di persekitaran mereka.
Di samping itu, Dreikurs juga menekankan pengajaran demokratik dan berdepan
dengan kesalahan. Disiplin bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu
cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka
sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan
dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.
Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu
keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan
tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan
perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka.
Segala tingkah laku bermasalah berpunca daripada empat motif, iaitu
mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan
ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan
oleh kanak-kanak dan jangan mendorong mereka untuk melakukannya. Sebaliknya
guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Merujuk kepada kes di lampiran 6 “Grandma’s Boy” Justin yang mempunyai
masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan pelajarannya
terganggu. Merujuk kepada model ini sebagai seorang guru yang berdedikasi Helen
Jamison harus mencari punca-punca yang menyebabkan murid itu menjadi
bermasalah. Sebagai seorang guru, beliau perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pelajarnya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan
serta menyelesaikan masalahnya. Ini adalah kerana, Justin mempunyai potensi untuk
berdendam akibat masalah yang bercampur dengan emosinya yang terpendam lama.
Oleh itu, Helen harus mendalami perasaan dan masalah Justin serta cuba sedaya
upaya bagi mencari jalan penyelesaian.
21
Selain itu, model kelompok Kounin juga boleh digunakan kerana model ini
mementingkan pengurusan kelas yang betul. Seorang guru harus bersedia, pengurusan
kumpulan dengan baik, perlu betulkan pelajar lain jika betulkan seorang, peralihan yang
perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan keadaan kunci pengurusan kumpulan
efektif, pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga
tentang murid dan bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat
dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan bermacam-macam aktiviti,
persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Merujuk
kepada kes tadi, Helen menyatakan bahawa Justin tidak menunjukkan prestasi yang
baik dalam ujian membaca dan juga ketika menjawab teks pemahaman.
Walaubagaimanapun, Helen boleh mengubah fikiran atau menghalakan fikiran dan
minat Justin kepada jurusan pendidikan dengan mewujudkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik seperti sesi berdialog, drama, main sambil belajar, lakonan
dan sebagainya supaya dia tidak akan memikirkan hal-hal atau masalah yang akan
memusnahkan hidupnya seterusnya membantunya untuk memikirkan langkah yang
terbaik untuk dirinya serta masa depannya.
Seterusnya, teori pembelajaran yang berkaitan dengan kes ini ialah Teori
Humanisme iaitu Teori Keperluan Maslow. Maslow menganggap motivasi sebagai
sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia.
Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu
matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua
manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan tahap
generasi.Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir
dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan
keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan
oleh individu.
22
Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.
Keperluan fisiologi merangkumi keperluan untuk makanan, rehat, udara, pembuangan
kotoran dan kejantinaan. Keperluan psikologi pula terdiri daripada keperluan untuk
keselamatan, kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk
pengetahuan dan estetik. Menurut Maslow lagi manusia sentiasa akan berusaha untuk
memenuhi keperluan primernya, iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang
dan penghargaan diri. Setelah keperluan primer ini dipenuhi barulah individu akan ke
arah mencuba memenuhi keperluan penyempurnaan kendiri, pengetahuan dan estetik.
Menurut artikel, `Grandma`s boy`, Justin seorang kanak-kanak yang kekurangan
kasih sayang daripada keluarganya. Oleh kerana keperluan primernya iaitu kasih
sayang tidak dipenuhi, maka Justin tidak dapat memenuhi keperluan seterusnya seperti
keperluan pengetahuan. Oleh itu, Justin tidak berminat untuk menumpukan perhatian di
dalam kelas mahupun menyiapkan tugasan yang diberi. Justin juga kekurangan
penghargaan diri, di mana neneknya menentukan segalanya tanpa memberi peluang
Justin menentukan apa yang dia inginkan. Sebagai contoh, neneknya sentiasa
memburukkan ibu Justin, sedangkan Justin amat menyayangi ibunya dan ingin
bersama-sama semula seperti sebelum ini. Neneknya tidak menghargai perasaan
Justin terhadap ibunya. Amat penting untuk seorang guru dan ibu bapa atau penjaga
peka kepada keperluan murid-murid dan anak jagaannya supaya kanak-kanak didorong
memberikan perhatian dan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat
dalam bentuk hieraki.
23
Berdasarkan kes yang dikaji, keperluan kasih sayang adalah amat penting bagi
Justin. Berdasarkan Teori Maslow, keperluan ini adalah perlu untuk mendapatkan
hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di
dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila mereka
mengahadapi masalah keluarga. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di
dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap proses pembelajaran mereka.
Contohnya, Justin mengalami gangguan emosi akibat masalah keluarga yang
melibatkan perpisahan ibu dan bapanya. Ketagihan kasih sayang serta perasaan sedih
yang dipendam menyebabkan Justin menjadi murung, suka bersendirian ,selalu
berangan di dalam kelas, tidak membuat kerja yang diberi, mengelakkan diri daripada
berkumpulan dengan rakan sekelas, tidak menghiraukan sebarang pujian, kritikan,
denda dan juga ganjaran.Ini secara tidak langsung menjejaskan proses
pembelajarannya.
Dalam konteks ini, Helen sebagai seorang guru perlulah memberi tunjuk-ajar
kepada Justin dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk
mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Melalui cara ini, Justin akan
merasakan bahawa dia ada tempat menumpang kasih, diterima, dihormati, serta
dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik
keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran
pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-
masing individu telah dapat memenuhi keperluan.
24
PENGHARGAAN
KASIH SAYANG
KESELAMATAN
FISIOLOGI
PENYEMPURNAAN KENDIRI
Di samping itu, inisiatif dan usaha Helen sahaja sebagai seorang guru tidak
memadai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Justin. Lantaran itu, keluarga
Justin juga harus memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan moral
yang padu serta sedia berganding bahu bersama Helen untuk membantu Justin supaya
bebas daripada gangguan emosi yang dialaminya. Sebagai contoh, nenek Justin tidak
patut memburukkan emak Justin secara kerap dan harus memahami perasaan Justin
yang ketagihan kasih sayang ibunya. Bapa Justin pula haruslah memahami masalah
anaknya dan cuba menghubungi ibunya supaya datang melawat Justin sekali sekala
atau cuba berbaik semula dengan isterinya demi masa depan anak mereka.
25
BAB IV
RUMUSAN ANALISIS KES
GRANDMA`S BOY
Sesebuah bilik darjah terdiri daripada kanak-kanak. Kanak-kanak ini mempunyai
harapan dan impian masing-masing. Guru yang masuk mengajar perlu sentiasa
bersedia. Persediaan ini bukan sahaja berkaitan dengan isi mata pelajaran yang
hendak disampaikan, malah persediaan guru perlu mengambil kira kanak-kanak
sebagai individu yang berfikir, yang mempunyai perasaan dan keperluan berbeza. Guru
perlu sedar bahawa kelas yang diajar mempunyai pelbagai tingkah laku yang berbeza
dan sesetengah tingkah laku tersebut mungkin sukar diterima dan boleh menimbulkan
pelbagai masalah disiplin.
Pengetahuan tentang murid, sekolah dan latar belakang murid dapat membantu
guru memahami dan seterusnya menangani masalah disiplin dan tingkah laku yang
mungkin dihadapinya. Pada masa yang sama, guru juga perlu sentiasa membuat
refleksi diri dan bertanya jika beliau turut menyumbang kepada masalah disiplin dan
tingkah laku yang berlaku di bilik darjah
Kesimpulannya, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita perlu
mencari jalan penyelesaian, atau model-model yang sesuai agar mudah untuk mencari
jalan penyelesaian yang sempurna dan baik. Selain itu, kita juga perlu memikirkan
akibat dan kesan daripada keputusan yang dibuat. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita
harus memahami dan menyelami perasaan pelajar serta peka terhadap persekitaran
kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.
26
Recommended