View
245
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/30/2019 Assign HBML4103
1/17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBML 4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 730809015042002
NO. KAD PENGENALAN : 730809015042NO. TELEFON : 0125195504
E-MEL : masamin7372@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH
7/30/2019 Assign HBML4103
2/17
HBML 4103
1
1.0 Konsep Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19.
Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah
timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini
merupakan kesan langsung kedatangan agama dan kebudayaan Islam. Menurut Ismail
Hamid (1986:68) dalam buku Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, bahasa Melayu
Kuno yang tercatat pada batu-batu bersurat tersebut menerangkan bahawa bahasa Melayu
merupakan satu bahasa yang dinamik dan terus berkembang mengikut arus perkembangan
zaman.
Asmah Hj. Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu
dinamakan bahasa Melayu Klasik. Ismail Hussein (1984:24) dalam bukunya Sejarah
Penubuhan Bahasa Kebangsaan Kitamenyatakan, pembahagian yang dibuat adalah atas
pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu iaitu dibahagikan mengikut zaman
politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Pengaruh kebudayaan seperti Hindu,
Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno
yang diambil dari tulisan India, Arab dan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,
masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha menggunakan tulisan yang dibawa dari
India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dipenuhi
dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.
Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan
dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh dan Pagar Ruyung.
Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama. Terdapat
kira-kira 10,000 naskhah manuskrip lama tersimpan di beberapa buah negara terutamanya
Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, darikepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Manuskrip-
manuskrip lain seperti Tutinamah(1600),Hikayat Seri Rama(1633), surat Raja Aceh kepada
Harry Middleton (1602) dan surat emas Sulatan Iskandar Muda Mahkota alam. Penemuan
7/30/2019 Assign HBML4103
3/17
HBML 4103
2
ini menunjukkan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada
masa itu.
Secara kesimpulannya bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14
hingga abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan
dan undang-undang, sejarah, perdagangan,dan perhubungan iaitu budaya dan
kemasyarakatan. Bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari
kelompok Asia, Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.
1.0 Konsep Bahasa Melayu ModenZaman bahasa Melayu Moden telah bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan
penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah
dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Sebelum penjajahan Britsh,
bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas
Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar
dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
yang menyebut bahawa, Bahasa Kebagsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan
hendahlah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-
undang Parlimen.
Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi
kerajaan persekutuan negeri, tempatan dan bahasa berkanun). Laporan Razak 1956 telah
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Manakala menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari (2006:34) bahasa Melayu
berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu
Moden. Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri
dan kesultanan Melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan
negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu
bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah
7/30/2019 Assign HBML4103
4/17
HBML 4103
3
menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia. Bagi meningkatkan penggunaan
bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah, dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan
sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singgapura terutamanya selepas perang Dunia Kedua.
Kesimpulannya, dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas, maka bahasa
Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden
yangdigunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi dan tulisan ilmiah.
2.0 Perbincangan Tentang Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Modendaripada Sudut Perkataan (morfologi) dan Ayat (sintaksis)
Berdasarkan pada sebuah hikayat lama iaituHikayat Hang Tuah yang diselenggarakan dan
diberikan pengenalan baru oleh Kassim Ahmad, cetakan pertama 1991, terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
2.1 Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden daripada SudutPerkataan (morfologi)
a) Perbezaan daripada sudut penggunan perdu perkataan (kata pangkal ayat)Penggunaan kata pangkal ayat pada teks Hikayat Hang Tuah agak meluas. Kata-kata
seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah
digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu
moden tidak menggunakan kata pangkal ayat yang sedemikian. Teks moden banyak
menggunakan penanda wacana seperti lantaran itu, justeru, oleh itu, walaubagaimanapun,
sungguhpun pada awal ayat-ayat dalam perenggan.Contoh kata pangkal ayat daripada
Hikayat Hang Tuahadalah seperti di bawah.
Bahasa Melayu Klasik
(Kata Pangkal Ayat)
Muka
Surat
Bahasa Melayu Moden
syahadan
maka
alkisah
1
1
3
selanjutnya
lalu
ceritanya
7/30/2019 Assign HBML4103
5/17
HBML 4103
4
b) Perbezaan dari segi penggunaan kosa kata klasik (lama)MemandangkanHikayat Hang Tuah merupakan sebuah hikayat lama, sudah pasti banyak
menggunakan kosa kata klasik dalam penulisan. Ini amat berbeza dengan bahasa Melayu
moden yang tidak menggunakan kosa kata klasik dalam teks-teks masa kini. Berikut
adalah beberapa contoh kosa kata klasik dalam teksHikayat Hang Tuah dan maksudnya.
hatta
sebermula
adapun
tatkala
kata sahibul hikayat
arakian
2
14
1
54
67
201
kemudian
pembuka kata untuk sesuatu kisah
mengenai,perihal
ketika, pada masa itu
kata yang empunya cerita
sesudah itu
Bahasa Melayu Klasik
(Kosa Kata Klasik)Muka
SuratBahasa Melayu Moden
Kalakian
Sekonyong-konyong
emas sepuluh mutu
masghul
ratna mutu manikanpeseban
masyhurlah
sukacita
sahaya
mongkor
anak-anak dara yang taruhan
beranggap-anggapan
10
15
12
13
10123
11
116
119
94
176
178
Ketika itu
Dengan tidak disangka
emas tulen
sedih, susah hati
berbagai-bagai intan permatabalai tempat mengadap
menyebarkan
gembira
abdi ,hamba
tandu, usungan
anak dara yang cantik-cantik
Bergiliran mengajak menari
7/30/2019 Assign HBML4103
6/17
HBML 4103
5
c) Perbezaan daripada sudut perkataan berimbuhanPerkataanberimbuhan awalan mar dan ni yang terdapat dalam bahasa kuno telah
diganti dengan ber dan di dalam bahasa Melayu Klasik contohnya dalam teksHikayat
Hang Tuah. Namun begituterdapat beberapa perbezaan pembentukan perkataan
berimbuhan yang dapat dikenalpasti berbanding dengan teks-teks masa kini sama ada
penggunaan imbuhan ataupun ejaan perkataan berimbuhan.
Contohperbezaan penggunaan imbuhan yang dapat dikenal pasti antara buku Hikayat
Hang Tuah dengan teks moden adalah seperti berikut:
d) Perbezaan dari sudut kata gandaSekiranya dilihat dari sudut penggunaan kata ganda, terdapat perbezaan antara bahasa
Melayu klasik dan Moden. Berikut adalah beberapa contoh perbezaan penggunaan kataganda yang terdapat dalam teksHikayat Hang Tuah.
Bahasa Melayu Klasik
(Kata Berimbuhan)
Muka
Surat
Bahasa Melayu Moden
belengkaplah
bepermata
beoleh
dipermulia
besuaka
diperhamba
campaki
mengapus
berlayarlah
menengarkan
beserta
8
4
6
19
19
208
58
105
163
165
231
berlengkap
berpermata
beroleh
mempermulia
bersuaka
diperhambakan
mencampak
menghapus
belayarlah
mendengarkan/mendengari
berserta
7/30/2019 Assign HBML4103
7/17
HBML 4103
6
e)
Perbezaan dari segi penggunaan perkataan bahasa istana.
Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa
istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.
Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu Klasik
adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami
oleh kalangan raja di istana. Beberapa contoh bahasa istana yang terdapat dalam buku
Hikayat Hang Tuah seperti di bawah.
Bahasa Melayu Klasik
(Kata Ganda)
Muka
SuratBahasa Melayu Moden
laki-isteri
beranggap-anggapan
berumbai-umbaikan
perihal-ehwalnya
menghulu-hulukan
berpenanak-penanak
dipengapa-ngapa
bersegera-segera
9
178
9
35
253
133
134
171
suami isteri
bergilir
mutiara yang dikarang
hal-ehwal
mendahului
sepenanak
diapa-apakan
bersegera
Bahasa Melayu Klasik(Bahasa Istana)
MukaSurat
Bahasa Melayu Moden
baginda
santap
berangkat
sembah
inangda
murka
patikmangkat
gundik
gering
13
210
23
148
211
207
1433
42
43
dia (rakyat menyapa raja)
makan, minum
bertolak
memberi salam
inang
marah
sayameninggal dunia
isteri yang tidak rasmi
sakit
7/30/2019 Assign HBML4103
8/17
HBML 4103
7
f) Penggunaan kosa kata dan fonem Arab dan ParsiKata-kata pinjaman Arab mula menapak ke dalam bahasa Melayu. Pelbagai jenis kosa kata
Arab digunakan dalam pelbagai bidang bahasa seperti dalam bidang ilmu keagamaan,
undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf
dan kata-kata umum.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. ( Abdullah
Hassan :1992 ) Contohnya 'kh'(akhirat), 'z'(zaman) dan 'sy'( syarat). Penggunaan fonem-
fonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab
agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Bahasa Melayu Klasik juga telah
menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Contoh perkataan yang
dipinjam dari perkataan Arab ialah duniawi, jahaman, akhirat, mu'tabar, fakir,
sultan dan jumaat.
Contoh-contoh kosa kata dan fonem Arab yang terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah.
iram-iram
mengadap
titah
putri
singgahsana
75
84
89
112
139
payung
menjumpai
kata
anak perempuan
kerusi
Bahasa Melayu Klasik
(Pinjaman Arab dab fonem arab)
Muka
SuratBahasa Melayu Moden
azal
fakir
syariat
hakim
kudrat
iradat
fadhihat
wallahualam
1
2
5
12
13
13
19
44
masa lampau
orang miskin
aturan agama
cendekiawan
kekuasaan allah
kehendak Tuhan
cela, keji
7/30/2019 Assign HBML4103
9/17
HBML 4103
8
Berikut adalah beberapa contoh kata pinjaman Parsi yang terdapat dalam buku Hikayat
Hang Tuah.
g) Menggunakan Perkataan JawaPerkataan Jawa digunakan ketika rombongan Sultan Mansor Shah berada di Majapahit.
h) Menggunakan Perkataan SiamMelalui Hikayat Hang Tuah, perkataan Siam dapat dilihat ketika Hang Tuah diutuskan ke
Siam untuk mendapatkan gajah untuk Sultan Melaka.
Bahasa Melayu Klasik
(Pinjaman Parsi)
Muka
Surat
Bahasa Melayu Moden
nafiri
syahbandar
saudagar
kahwin
pahlawan
nobat
149
60
66
70
72
74
Alat muzik
pegawai bagi urusan pelabuhan
orang yang berniaga
nikah
orang yang gagah berani
ditabal menjadi raja
Perkataan JawaMuka
SuratBahasa Melayu Moden
bangat 225 sangat
Perkataan SiamMuka
SuratBahasa Melayu Moden
Phra Cau 473 Nama Raja Siam
7/30/2019 Assign HBML4103
10/17
HBML 4103
9
i) Banyak menggunakan kata penegas (partikel pun dan lah)Perbezaan daripada aspek morfologi juga dapat dilihat berdasarkan penggunaan kata
penegas khususnya partikel pun dan lah Penggunaan partikel ini banyak digunakan
dalam teks Melayu klasik (Hikayat Hang Tuah) jika dibandingkan dengan teks-teks
Melayu moden. Berdasarkan buku Hikayat Hang Tuah, contoh-contoh perkataan yang
digandingkan dengan partikel ini seperti di bawah.
j) Perbezaan Perkataan dari segi ejaanBanyak perbezaan perkataan yang dapat dilihat dari segi ejaan antara bahasa Melayu
Klasik dengan Moden. Ini dapat dilihat pada teks Hikayat Hang Tuah. Perbezaan-
perbezaan tersebut seperti di jadual di bawah.
Partikel pun dan lahMuka
Surat
Bermohonlah
sudahlah
dikeluarinyalah
imanlah
adapun
sebenarnyalah
mempelailah
rakyatpun
campur-baurlah
itupun
sekalipun
santaplah
timbullah
itulah
178
207
3
3
4
178
6
10
10
11
20
21
28
31
7/30/2019 Assign HBML4103
11/17
HBML 4103
10
3.2Perbezaan Antara Bahasa Melayu Klasik dan Moden daripada Sudut Ayat(sintaksis)
a) Menggunakan ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.Berdasarkan pada Hikayat Hang Tuah, struktur ayat bahasa Melayu Klasik yang
digunakan adalah ayat-ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit sehingga
mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi
pembacaan. Contohnya.
i.
Setelah sudah, maka Sang Perta Dewa pun berkasih-kasihan laki isteri danbarang sesaat pun tiada bercerai; jika mandi pun sama-sama, jika tidur pun
diselimuti; dan barang maksud tuan puteri itu tiadalah dilalui oleh raja dan
barang maksud raja pun tiadalah dilalui oleh tuan putri. Gemala hikmat itu
pun dipinta oleh Sang Perta Jiwa.(ms 5)
ii. Maka bagindapun berjalan-jalanlah bermain-main pada tengah padang itu;maka dilihat oleh baginda ada sebuah kolam terlalu indah perbuatan,diikat
dengan permata pancawarna, berkeliling kolam itu pelbagai bunga yangindah-indah dengan jambangnya. Maka Sang Sapurba pun berkeliling pada
tepi kolam itu melihat kekayaan Allah Subhanahu Wa Taala.(ms 8)
Bahasa Melayu Klasik
(ejaan perkataan)
Muka
Surat
Bahasa Melayu Moden
(ejaan perkataan)
bahwa
putri
ghali
berlayar
menengar
ananda
yaitu
4
11
117
39
54
54
182
bahawa
puteri
gali
belayar
mendengar
anakanda
iaitu
7/30/2019 Assign HBML4103
12/17
HBML 4103
11
b) Ayat yang digunakan kebanyakkannya ayat pasif.Ragam ayat jenis ayat pasif banyak digunakan dalam bahasa Melayu Klasik. Bentuk
ayat ini lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Manakala dalam bahasa Melayu
Moden banyak menggunakan ayat aktif dalam sesebuah penulisan.
Contoh ayat pasif dalamHikayat Hang Tuah.
i. Maka Sang Sapurba dan tuan puteri pun dihiasi oranglah dengan pakaiankerajaan yang indah-indah.(ms 9)
ii. Sang Sapurba pun diarak oranglah berkeliling negeri dengan segala bunyi-bunyinya.(ms 9)
c) Ayat yang digunakan kebanyakkannya ayat songsang.Dalam bahasa Melayu Klasik juga terdapat pendepanan pradikat dalam ayat yang
digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsangan ayat. Pendepanan predikat
terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh
nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, Bahasa Melayu Moden pula banyak
menggunakan ayat aktif dalam penulisan karyanya. Berikut dinyatakan contoh ayat
songsang yang terdapat dalam teksHikayat Hang Tuah.
i. Maka genta besar itu pun digerakkan oranglah sepuluh kali berturut-turut.(ms 562)
ii. ke negeri Keling laksamana sampai(m/s 115)iii. Adipati Solok namanya disebut orang (m/s 457)
d) Banyak menggunakan laras bahasa istanaTidak dapat dinafikan lagi bahawa bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan laras
bahasa istana terutamanya dalam hikayat-hikayat.
Berikut adalah beberapa contoh laras bahasa istana yang terdapat dalam Hikayat Hang
Tuah
i. Daulat Tuanku, mana titah patik junjung(ms 65)
7/30/2019 Assign HBML4103
13/17
HBML 4103
12
ii. Setelah itu maka baginda pun berangkat masuk. (m/s37)iii. Maka baginda pun bertitah, Ayuh, mamak bendahara,beta hendak
anugerahi nama akan Tun Tuah kerana ia banyak kebaktiannya pada beta
dengan teguh setianya.(ms 252)
e) Menggunakan partikel pun dalam ayatSelain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pun
berbanding dengan teks bahasa Melayu Moden. Partikel pun ditulis bagi mengeraskan
lagi maksud kata yang diiringinya itu. Contoh penggunaan partikel pun dalam ayat,
seperti yang terdapat dalam teksHikayat Hang Tuah ialah:
i. Syahdan, maka surat pun diarak oranglah ke perahu. (m/s37)ii. Maka peti itupun dikuncinya dari dalam, maka diaraklah peti itu. (m/s45)
f) Menggunakan partikel lah dalam ayatSelain partikel pun yang sering digunakan, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak
menggunakan partikel lah berbanding dengan teks bahasa Melayu Moden. Partikel
lah bertujuan untuk melembutkan nada perintah dan memberikan tegasan yang sedikit
keras bagi kalimat berita. Contoh penggunaan partikel lah dalam ayat, seperti yang
terdapat dalam teksHikayat Hang Tuah ialah:
i. Maka tersebutlah perkataan seorang raja terlalu besarnya kerajaannya.(ms 1)
iii. Maka laksamanapun beriwayatlah sambil minum di hadapan raja dansegala pegawai.(ms 312)
g) Penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindamBahasa Melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta
penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya
7/30/2019 Assign HBML4103
14/17
HBML 4103
13
prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin
disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk
lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana
penceritaan. Berikut dinyatakan beberapa contoh penggunaan laras bahasa puisi yang
terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah.
Contoh penggunaan pantun sewaktu Hang Tuah menerima pemberian daripada Dang
Anum anak Dang Sandang.
Kain bersuji di atas atap,
Pakaian raja hari raya,
Jika sudi tuan santap,
Jika tidak apakan daya.
(m/s222)
h) Menggunakan kiasan dan perbandinganMenceritakan betapa banyaknya todak yang menyerang Singapura,
i. Sebermula todak itupun datanglah seperti hujan yang lebat, ditikamnya denganjongornya.(ms 503).
i) Menggunakan Frasa Sendi ArabFrasa sendi dan ayat pinjaman dari bahasa Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atas dengandan lain-lain.
Frasa bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
Frasa sendi Arab ini amat jarang digunakan dalam bahasa Melayu Moden. Berikut adalah
beberapa contoh frasa sendi pinjaman Arab yang terdapat dalam buku Hikayat Hang Tuah.
i. Ilam, ketahuilah olehmu, kepada zaman dahulu kala...... (m/s 111)ii. Ketahui olehmu, bahwa aku memanggil engkau ini,.... (m/s 413)
7/30/2019 Assign HBML4103
15/17
HBML 4103
14
4.0 RUMUSAN
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa
Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Pada
abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama
Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi
perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan
juga tulisannya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya
semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan
kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan
perdagangan dan perkembangan islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.
Dari segi tatabahasa, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam
Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama jua berlaku bagi proses morfofonemik,
penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini dimanfaatkan
empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan
Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Gaya bahasa Klasik pula
memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat
kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan
lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya yang
menggambarkan kehalusan dan gaya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut.
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri.
Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Peranannya juga
penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan
mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang
penting.
7/30/2019 Assign HBML4103
16/17
HBML 4103
15
RUJUKAN
Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors.
Asmah Hj Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan dipetik daripadaEnsiklopedia Kebudayaan Melayu (1998). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Ismail Hamid (2001). Perlembagaan Kesusasteraan Melayu Lama. Selangor: Pearson
Education Malaysia Sdn Bhd.
Dr Zaitul Azma bt Zainon Hamzah (2006).Membudayakan Bahasa Kebangsaan. (Dewan
Bahasa Jilid 6 Bil 9)
Harun Jaafar (2002). Wacana Kesusasteraan Melayu Klasik. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
HBML 2103 (2010).Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Open University Malaysia.
HBML 4103 (2010). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Open University Malaysia.
Ismail Hussein (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid (1986), Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:
Longman Sdn Bhd.
7/30/2019 Assign HBML4103
17/17
HBML 4103
16
(2010).Kamus Dewan Edisi Ke Empat.Kuala Lumpur: Dawama Sdn Bhd.
Kassim Ahmad (1991),Hikayat Hang Tuah (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur : Utusan
Printcorp Sdn Bhd, (DBP 1964)
Munir Ali (1990), Kajian Kesusasteraan Melayu Klasik. Selangor: Pearson Education
Malaysia Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Recommended