View
2.164
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
KONSEP BERITA
CIRI-CIRI BERITATiga ciri penting yang harus ada dalam berita adalah
Pertama,bahasa yang digunakan adalah mudah.
Kedua, gaya tulisan yang jelas
Ketiga, isi tulisan mestilah tepat.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, dan kiasan, haruslah dielakkan.
Karangan Naratif - Berita
Berita merupakan salah-satu daripada cara penulisan naratif.
ciri-ciri penulisan berbentuk naratif juga terdapat dalam ciri-ciri penulisan berita, iaitu :
lengkap dan memperlihatkan kesatuan - penulisan itu mestilah mempunyai permulaan, pertengahan dan penutup.
memperlihatkan pertautan - dipersembahkan secara sistematik dari segi sudut pandangan, suasana latar dan masa.
Mempunyai penekanan - memperlihatkan jalan cerita yang mengandungi bahagian-bahagian yang mendatar dan memuncak.
Mempunyai nada dan gaya yang baik - memperlihatkan pemilihan perkataan (diksi) yang harmoni atau sejajar dengan kejadian atau peristiwa yang diceritakan.
Jenis-jenis penulisan berita
Penulisan berita daripada siaran akhbar cerita yang datang daripada individu,jabatan atau pertubuhan
disebut ‘siaran akhbar’. Jenis siaran akhbar:
pengumuman peristiwa yang dijangka akan berlaku atau hal perseorangan seperti persaraan, galakan jualan dan perkara seumpama.
maklumat berhubung dengan kebajikan atau amal.
maklumat untuk menonjol imej seorang atau imej pertubuhan.
Penulisan Berita daripada Ucapan, Sidang akhbar, Akhbar, dan Mesyuarat. Berita melalui sidang akhbar.
Penulisan Berita Musibah (kemalangan, kebakaran, Bencana Alam)
Penulisan Berita Jenayah dan Liputan daripada Mahkamah.
Recommended